Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 28hb Dzulhijjah 1435 @ 23hb Oktober 2014, 07:53:04 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Kerjaya pasangan : Jadi suami kepada guru tadika
AlAmin
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 11:21:47 pagi    [Edit]
Assalamualikum
sebenarnya masalah ni lebih kepada masalah khusus . Tapi saya perlukan pendapat secara umum.
Tujuan saya ialah untuk mencari idea untuk mengukuhkan hujah sekaligus mencari alasan untuk membuat keputusan.

Kes: Seorang system developer telah bertukar kerjaya kepada seorang pendidik. Sebab dia bertukar kerjaya ini sebenarnya adalah minat yang tumbuh dalam hati dia untuk jadi guru tadika. tetapi kelulusan yang dia ada hanya melayakkan dia jadi cikgu IT. Tetapi minat untuk menjadi guru tadika sungguh kuat. dan dia sedang dalam usaha untuk ambik course guru tadika sebagai second option. Sebenarnya nak buat first option..tapi ada halangan dari pasangan.

Persoalan: Pasangan siap suruh buat survey
1) Ada tak para suami yang setuju isteri dia seorang graduet jadi cikgu tadika
2)Tanya para isteri, suami mereka setuju tak kalau isteri mereka jadi guru tadika.

kata-kata hampir macam nak kata , kata putus la :
Teruskan dengan apa yang awak ada sekarang(Guru IT) bg la cikgu tadika tu untuk orang yang memang dah dalam bidang tu.

Tolong la bagi saya sedikit input.

--------------
CantStopTheHurtInside

202.45.133.:-)

zbear
Ahli Setia
2. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 11:50:19 pagi    [Edit]
Jadik guru tadika, gaji mesti tak tinggi. Sekiranya suami
ada kemampuan untuk tanggung keluarga dgn keadaan
gaji si isteri yg tak seberapa, maka sepatutnya tak menjadi
masalah.

Sebenarnya, lagi bagus kalau isteri tuh buat kerja yang
dia minati. Wanita mempunyai sifat keibuan yg sesuai sgt
dgn kerja sbg guru tadika, berbanding kerjaya IT etc.

Jgn la sbb nak kekalkan keegoan, sanggup buat kerja yg
kita tak enjoy sampai ke tua..

Err.. siap ada survey ehh...
Isteri saya pun seorang graduate... kalau dia nak jadik
guru tadika pun, saya setuju. kalau dia nak jadik suri rumah
sepenuh masa pun, awal2 lagi saya dah setuju. Malangnya,
keadaan ekonomi keluarga masih belum mengizinkan utk
saya suruh dia jadi suri rumah sepenuh masa. Tunggu masa jer
nih..hehe..

192.228.129.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 11:59:51 pagi    [Edit]
Tumpang tanya....saya minat gak jadi cikgu tadika....dapat lek awal....krusus ape kena amek...

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

yatideen
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:01:31 tghari    [Edit]


tak der masalah kalau minat nak jadi guru tadika
tapi oleh kerana dia ada kelulusan..saya syorkan agar dia menjadi pengusaha tadika.. maksud saya, membuka tadika sendiri..modal pun tak lah banyak sangat, cuma kena cari lokasi dan persekitaran yang sesuai.. jiran saya dalam tempuh 2 tahun dah buka 2 tadika..dengar khabar nak cari 2,3 tempat lagi..lumayan gak...

--------------
- bye -

219.95.190.:-)

zbear
Ahli Setia
5. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:05:37 tghari    [Edit]
haa.. bukak tadika sendiri pun bagus jugaks..
kita ni kena laa galakkan supaya lebih banyak
orang melayu yg jadik usahawan daripada makan gaji

192.228.129.:-)

avanza
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:12:16 tghari    [Edit]
yatideen & zbear
bukan senang nak buka tadika..mcm-mcm licence kena mohon..kalau tengok memang mcm senang..kita dah try..tapi kena pikir 2 kali

--------------
~nak seribu daya..tak nak seribu dalih~

211.24.145.:-)

yatideen
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:26:15 tghari    [Edit]


avanza.. biasala tu...
tapi kalau nak jalan mudah.. kita boleh sewa lesen pengusaha tadika yang sedia ada.. maknanya buka tadika atas nama dia..ikut kaedah pembelajaran mereka dari segi buku, pakaian dan lain2..tapi pengurusan semuanya kita buat sendiri.

--------------
- bye -

219.95.190.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:42:48 tghari    [Edit]
Betul..jadi pengusaha tadika merangkap cikgu tadika tu sendiri...Memang berbaloi...contoh..isteri ahmad idham (pelakon tu)..pengusaha merangkap cikgu tadika yg kira sukses lah..

* Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 23hb Disember 2004, 12:43:53 tghari

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.218.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:50:09 tghari    [Edit]
Saya pun graduate, dan dah 8++ thn bekerja di company IT. Namun berhajat nak mengusahakan tadika/nursery...ada sesiapa boleh bagi panduan??

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
10. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:01:41 tghari    [Edit]
kalau bukak tadika sendiri dan kita jadik cikgunya maybe lumayan la.
Tapi kalau mkn gaji jadik Cikgu Tadika maybe tak setinggi mana kot.


tak tau la. Agak2 jer.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

ashra
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:30:43 tghari    [Edit]
haah cam isteri pelakon Ahmad Idham tu pengusaha tadika..tapi tadika ade classs tu..ape ke namanya..motedsory hehehe aku pon tak tau nk spell kalau salah tolong betuikan ..kena amik course tu..kat obersea byk..yuran dia aku dengo mahal ..selalu org cina ye pelopori

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

roseum
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 26hb Disember 2004, 11:13:18 mlm    [Edit]


di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...


--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

218.208.240.:-)

boboiz
Pengendali
13. Dihantar pada 26hb Disember 2004, 11:26:05 mlm    [Edit]
ashra

montessori laa

AlAmin

Aku rasa takde masalah kalau minat. Yang penting tu je. Kalau tak suka, susahlah hidup. Bangun pagi nak pegi kejepun liat. Nanti bebudak kecik tu yang tak terjaga nanti sebab cikgu takde mood mengajo.

Kenapa suami dia tamau dia buat 1st option aku tataulah, he is the ruler of his household

fia_rindui
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 2:34:50 ptg    [Edit]


hi..alamin kawan aku dulu ke..?alamak lamanya menghilang..

contact la aku jap..0162718105

--------------
"Where is the love..

219.94.126.:-)

dPJ
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 3:22:45 ptg    [Edit]
kalau nak jadi guru tadika. cuba la teroka bidang montessori. Baru la orang pandang tinggi sikit. coz kebanyakan mak bapak yg educate prefer hantar anak kat yg ada montessori.

Nak ambik bidang tu kat UM pun ada, kat Summit USJ pun ada.
Yg penting duit mau ada!

219.94.53.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
16. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 3:54:15 ptg    [Edit]



Membaca kisah ini, teringat kawan saya yang sekarang dah sukses dengan 2 buah sekolah Tadika dan 3 buah Taska..

Makanya...cekai sangat ke status Guru Tadika ?

Isu dan kes yang sama seperti AlAmin....kawan, seorang graduate lulusan Engineering..suami dia juga Graduate dalam bidang Komputer...

Disebabkan isteri minat dengan kanak-kanak dan waktu yang sama masalah nak urus anak-anak...dia minta izin dengan suami nak berhenti kerja...kemudian dia terfikir nak buka Tadika dan Taska...

Sewaktu kawan berhenti kerja nak buka Taska...suami dia memang tidak setuju..saya masih ingat lagi...bagaimana mereka gaduh besar...

Saya berikan semangat pada kawan...saya katakan..."tak pe..biarkan apa pun dia nak kutuk..anggap itu sebagai cabaran untuk U...insya-Allah jika minat dah kesitu dan niat U ikhlas...rezeki akan tetap ada..."

Saya berikan guideline..macam mana nak sukseskan perniagaan dia...saya syorkan dia cari tempat yang sesuai...alhamdulillah...dia sukses...

La ni...dia pakai kereta Estima..suami yang pada mulanya tak anggap satu kerjaya yang boleh dibangga..barulah turut sama membantu...suami kawan sekarang buat business komputer...itu pun isteri yang kasi modal...

Apa yang hendak saya katakan...suami sebenarnya kurang yakin dengan kredibiliti isteri....

--------------
~PnAnn~

rusila69
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 3:55:17 ptg    [Edit]
kat tadika KEMAS kat tempat anak aku belajar nih... cikgu dia pun kelulusan tinggi gak... tapi dia mengajar baguss... tak asyik nyanyi dan makan jerr.. anak2 aku dari umo 5 tahun lagi dah tau huruf dan no... lagi satu yang penting, suami dia berdiri di belakang dia...sebab bila ada apa2 acara, suami dia tolong dia bersusah payah.... tu yang berkat kot...

--------------
~ ila ~

219.93.48.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 5:09:13 ptg    [Edit]
Pn Ann
bagi saya guideline dari A-Z camne nak buka taska ni leh tak?? hehe

dPJ
kat Summit USJ?? kat mana tu?? ada institut ke ??

* Mesej ini telah disunting oleh ady1661 pada 28hb Disember 2004, 10:34:25 pagi

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

hijaupurnama
Ahli Setia
19. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 5:45:34 ptg    [Edit]
Saya pun nak cakap benda yg sama ngan Pn Ann cakap. Got a friend yg tak pernah menyesal berhenti kerja untuk amik diploma montessori dan buka tadika.Oleh kerana PnAnn dah terlebih dulu cakap, tak perlu lagi siaran ulangan.

Hebat aper, cikgu tadika. Lagi educated lagi hebat... Saya percaya ibu2 berkerjaya yg dah kurang masa utk mengajar (bukan mendidik- ni t/jawab yg tak boleh mak ayah nak lepas tangan) sendiri anak2, akan rasa lega sikit bila cikgu2 hebat seperti ni buka tadika dan ajar anak2 depa. Dan cikgu2 tadika ni lebih bernasib baik daripada cikgu2 sekolah atau universiti, sementelah ibu2 yg kerjanya selalu kena outstation - cikgu2 tadika ni boleh ajar anak orang tanpa mengabaikan anak sendiri... Nikmat dan rahmat yg semua ibu nak tapi tak semua ibu dapat...

161.139.100.:-)

maizana
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 09:25:40 pagi    [Edit]
quote:
Persoalan: Pasangan siap suruh buat survey
1) Ada tak para suami yang setuju isteri dia seorang graduet jadi cikgu tadika
2)Tanya para isteri, suami mereka setuju tak kalau isteri mereka jadi guru tadika.

kata-kata hampir macam nak kata , kata putus la :
Teruskan dengan apa yang awak ada sekarang(Guru IT) bg la cikgu tadika tu untuk orang yang memang dah dalam bidang tu


Kalau nak jadi guru tadika (makan gaji) sampai bila-bila.. baik tak payah belajar tinggi.. dan tak perlu further study semata-mata nak ambil kursus dibidang tersebut... tapi kalau ianya di komersil kan, ditambah pula dengan asas yang kukuh (ilmu)..Insyallah boleh membantu menambah pendapatan suami...dan mengurangkan masalah pada ibubapa yang menghantar anak ke Taska

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

raya2020
Ahli Setia
21. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 09:39:20 pagi    [Edit]
Pandangan seorang suami :

Dah berbincang ngan isteri lama dah pasal kerjaya nie.

1)Bergantung kepada Isteri. Kerana Isteri yang belajar tinggi2, so, kalau jadi cikgu tadika je, isteri maybe rasa rugi?

2)Suami pendapatan utama. Si isteri patutnya hanya membantu suami (niat bekerja) or sebagai duit poket Isteri untuk shopping/bantu suami.

Maka, tak jadi masalah kalau isteri tak keje (kurang la duit shopping/nak bagi kat parent) or keje biasa-biasa , eg Cikgu Tadika/Cikgu KPLI/etc.

That's all.


202.184.38.:-)

pip
Ahli Baru
22. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 12:06:37 tghari    [Edit]
wa'alaikumusalam;

hemmm mcam kenal aja siapa system developer tu. hehehe

1) suami tak setuju
sebab:
Kelulusan utk jadi guru tadika lebih rendah dari system developer.
gaji guru tadika < gaji system developer.
Ulasan:
shift dari System Developer(SD) ke guru tadika (GT) tak menunjukkan peningkatan gaji. malah mencipta satu teladan yg tidak baik utk zuriat agar tidak perlu berlajar rajin2 hingga ke peringkat tertinggi kelak akan kerja gaji rendah juga.
Selain tu menghalang rezeki insan yg kurang berpendidikan tinggi. Menambah persaingan pada mereka.

202.188.127.:-)

buazo
Ahli Interaktif
23. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 3:25:16 ptg    [Edit]
dPJ n ady1661
kat summit USJ tmpt saya keje ler tu..
bawah PRIME College..
dlm PRIME ada MSC n SIC..
MSC tuk student art n SIC tuk Montessori punya..
kebykan student montessori adalah para ibu2..

--------------
mama Afiq Haikal

210.19.203.:-)

sufiku
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 01hb Januari 2005, 12:27:18 tghari    [Edit]
Kalau utk kepuasan + minat, bajet pun cukup ... better jd pengusaha tabika. Blh mintak nasihat dan pandangan drp JKM atau Jbtn Pelajaran coz skang nih perlu guna kurikulum preschool kebangsaan. Kalau just jd pekerja di tabika2 swasta, gaji ciput ... Tak pun, amik degree dlm bidang berkenaan ... blh jadi seorg guru tabika berijazah di bwh kendalian kementerian pelajaran.

Satu lagi, KEMAS ... kalau amik kira dr segi gaji, hmm ... ciput gak ... kena g kursus asas lagi selama 6 bln sblm posting. Tapi tu la ... walau gaji ciput tapi komitmen guru2 cukup tinggi.

rusila

... yupp, KEMAS skang dah beza sama sekali ngan dulu. Aku pun bekas anak tabika KEMAS gak, dan boleh nampak pbezaannya dulu dan skang. Bukan apa, psaingan semakin sengit utk anak2 kita ... so, KEMAS rasa tpanggil utk sama2 mbantu anak2 bangsa. At least blh mengenal huruf dan membaca secara asas sbgmana anak2 yg belajar di private preschool.

Bagi sesiapa yg benar2 bminat utk jadi pengusaha tabika, try cari kat website ... ada persatuan pengusaha tabika yg sedia mbantu beri bimbingan, bkongsi pengalaman dan input. Cuma, sorry ... aku tak dpt tlg carikan website tuh coz masa suntuk sgt nih ... nak blk umah. esok kena g outstation lagikkks.

* Mesej ini telah disunting oleh sufiku pada 01hb Januari 2005, 12:37:29 tghari

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.161.:-)

siti_lain
Ahli Setia
25. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 3:49:58 ptg    [Edit]
adis siti tadika kemas je,takde montessori pun la ni cemerlang gila.kesimpulannya tak yahla bertadika mahal2.
best ke jadi cikgu tadika cam rimas je

--------------
hidup biar sederhana

202.190.183.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 03hb Januari 2005, 4:53:15 ptg    [Edit]
Tolong....sape2 boleh tak bagi info kat saya....saya minat nak bukak tadika...ttp kat mana nak dapat info & pengalaman.Kos ape kena amik.Please....sebab saya minat ngan budak2....lagi satu...dapat ajar anak sekali....

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
27. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 10:05:15 pagi    [Edit]
Selain taska, nurseri pun okay.. Kat rmh liz ni ada sorang akak ni kena buang kerja. Ada pampasan sikit then buat business nurseri.

Mula2 tu kena pulau la dgn babysitter lain. Skrg dah maju, dah nak bukak branch baru lak tu..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

jen
Ahli Baru
28. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 10:22:42 pagi    [Edit]
rasanya nak jadik CIKGU TADIKA compared to PENGUSAHA TADIKA, dua issue yg berbeza kot..... jadik CIKGU TADIKA yg pro pun gaji still lagi sikit dr jadik system developer. tapi kalau nak jadik PENGUSAHA, patut digalakkan sb dia nak jadik businesswoman.

but again, si suami ni mungkin patut consider that the wife tu dah muak dgn kerja yg hectic & stressed & sampai tak sempat nak senyum and gelak sampai dia nak bertukar angin. dgn budak2 mmg stressing tapi my personal opinion, at the end of the day, walaupun money wise pulangan dia tak berapa, the satisfaction tu lebih. kids hv that magical effects walau se annoying manapun dia org or walau sebusuk manapun berak dia org. boleh buat awek muda.

219.93.99.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:02:45 pagi    [Edit]
Sekarang kursus KPLI dah ada guru prasekolah.... jangan kata guru prasekolah gaji rendah... kalau dah amik KPLI memang gaji taraf ijazah...starting RM1800.

Pada saya tak salah kalau membuat kerja yg memberi kepuasan diri yg total walau gaji agak kecil...ketenangan jiwa, dan keseronokkan hati dan diri sukar dibeli... berbanding bekerja gaji besar, tapi tak berminat dgn kerja yg dilakukan...membuat kerja dgn hati tak ikhlas dan diri tak bermotivasi melakukan segala tugas...lelama tugas tak dapat dilaksanakan, diri tertekan, tiada keseronokan bekerja...dan hidup jadi tak tentu bila dgn hati yg tak tenang... menjadikan gaji yg dapat tetiap bulan tu menjadi persoalanpd diri sendiri halal atau tidak??

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:15:25 pagi    [Edit]
Ady1661...saya nak tanya...tolong badi details.....kalau boleh saya nak ambil ijazah...tu..apa syaratnye.....umur bape...pls bagi panduan kat saya...saya betu2 berminat ngan budak......pls e-mail kat saya...fainafasqina@yahoo.com

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
31. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:25:15 pagi    [Edit]
Dahlia
tunggu iklan kemasukan KPLI dlm tengah tahun ni ek... ni under Kementerian Pendidikan... bukan leh main masuk bebila suka... Biasanya mereka keluarkan iklan di surat khabar atau website, kena beli no pin di BSN dan apply melalui internet... pastu dipanggil buat ujian khas... kalau lulus ujian baru dipanggil temuduga... dan kalau lulus temuduga baru leh masuk maktab...setahun lamanya... Tapi jangan risau sebab dia bagi elaun RM1K+... pas dapat kena posting memana ikut depa bagi laa... Tapi bukan senang nak dapat laa... dan bukan sikit org yg minta...berpuluh ribu org yg minta... ada yg dah 3-4 kali apply pun tak dapatē walau layak... so try your luck nanti ek ...

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:41:38 pagi    [Edit]
Ady....tima kasih ye...Dahlia..dah paham.......

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 04hb Januari 2005, 11:44:06 pagi    [Edit]
Ady...biasanya apa syarat2 nye

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

AlAmin
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 10:44:38 pagi    [Edit]
terima kasih pada semua respon tu.

zam
saya sajer menghilang diri...tp xde sorg pun cari sy...punya la takder orang syg sayer yer...hee hee...nanti sy msg ok.

Dahlia
selain dari KPLI , UPSI pun ada tawarkan Ijazah Pendidikan(Pendidikan Awal Kanak-kanak)

checkselalu bila borang kuar.

teman yg lain
Sekarang ni bukan nk jd pengusaha tadika...nak jd guru tadika...cikgu tadika...Gaji RM 1800 la. Jd cikgu IT pun RM 1800 jugak....
Kisah System Developer kira tutup abih laa...memang takleh banding gaji laa bab tu...tak adil

maklamat skg bukan duit yg dpt bulan2 tu( nafkah isteri tanggungjawab suami kan he he...??) tapi nak cari hiburan yang berfaedah....

malu ker seorang suami pangkat tinggi bila kwn tanya "wife u keje apa??"
jawab "Cikgu tadika"

katanya ...buat kawan gelak jer

agaknya org mcm gitu tak layak buat suami kot kan????

--------------
CantStopTheHurtInside

202.45.133.:-)

sufiku
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 1:35:32 tghari    [Edit]
quote:
malu ker seorang suami pangkat tinggi bila kwn tanya "wife u keje apa??" jawab "Cikgu tadika"



Persepsi masyarakat masih di tahap lama ttg kerjaya seorg cikgu tadika. Lazimnya dedulu seseorg cikgu tadika plg tinggi pun bkelulusan SPM/STPM. Ramai di kalangan masyarakat tdk menyedari betapa pentingnya kerjaya ini sedangkan dari semasa ke semasa kelayakan yg perlu utk jadi guru tadika telah dan akan di'upgrade'.

Bcakap ttg gaji, umum dah "terbiasa" bertanggapan secara purata gaji seorg gr tadika adalah rendah sama ada swasta atau kerajaan iaitu starting yg aku survey di tadika2 swasta biasanya serendah RM400-RM500, manakala guru tadika KEMAS / Perpaduan starting RM500++. Mrk yg jadi gr tadika berijazah di tadika kementerian pelajaran agak tinggi iaitu RM1.8k. Itupun msh ramai di kalangan masyarakat yg tdk menyedarinya.

quote:
katanya ...buat kawan gelak jer

Aku dpt memahami apa perasaan org yg bhadapan dgn situasi begini coz ada di kalangan kekawan hubby yg sangka aku nih cikgu tadika bila sebut nama agensi aku keje skang. Nada diorang semacam jerr ... pada telahan aku, hubby tak pernah sebut apa kerjaya aku sebenarnya hinggakan ada yg sangka aku nih cikgu tadika. Aku blh terima kalau diorang btanggapan gitu, tapi nada suara diorang tuh buat aku geram. Nak tak nak aku mention la kerjaya aku yg sebenar.

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.159.:-)

susu
Ahli Aktif
36. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 2:13:05 ptg    [Edit]
malas nak baca dari atas...
just nak menjawap jer...

dari menjadi guru tadika kat tempat lain....baik bukak tadika sendiri.....
jadikan profession tuh sebagai sumber pendapatan.....

cun tak idea aku nih???...kekekek....sebab ini pun salah satu cita2 murni aku....hehehehhehe...

wiewiiiiiiiiiiittttttttttttttttttttttttt

--------------
isap lagi bess...

219.95.81.:-)

shahir
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 2:38:43 ptg    [Edit]
Bila baca topik ni...terus teringat kat my senior. Dia seorang graduan dan pernah menyandang jawatan pengurus corporate finance kat merchant bank. Tapi sbb tuntutan tugas yg begitu demanding dan anak2 sering ditinggalkan dgn maid sbb balik jauh malam...dan sbb ekonomi suami yg telah kukuh...(dia mmg tak perlu kerja sbb pendapatan suami mmg dah established), maka dia pun berhenti kerja...jadi suri rumah sepenuh masa. Setiap hari hantar - jemput anak ke tadika. Mungkin dah rezeki dia...maka dia ditawarkan jadi guru tadika kat tadika dimana anaknya belajar.

Bila tanya kenapa tak bukak tadika sendiri sbb dia mmg mampu dr segi kewangan...katanya "...cukuplah..I cuma nak spend masa dgn aktiviti anak2 jer..."

Makanya jangan kita sangka kesemua Guru tadika tu Cekai..atau tak berpelajaran tinggi....

* Mesej ini telah disunting oleh shahir pada 17hb Februari 2005, 2:42:14 ptg

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.85.:-)

AlAmin
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 10:54:12 pagi    [Edit]
kalau suami dalam kisah ni mcm shahir

sufi,
kalau suami yang x pertingkan "perkataan" xpe. Soalnya skg...suami tu sendiri x bersedia hadapi tanggapan kwn2 dia yg "bijak pandai" tu

* Mesej ini telah disunting oleh AlAmin pada 20hb Februari 2005, 10:58:25 pagi

--------------
CantStopTheHurtInside

202.45.133.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005