Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 23hb JamadilAkhir 1435 @ 24hb April 2014, 06:04:24 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh PERBEZAAN : maNDi SauNa/wAp hErBa
zana04
Ahli Baru
1. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 02:17:46 pagi    [Edit]
Hi semuaa.. zana nak tahu laa ape beza sauna ngan mandi wap ni raser cam samer jee.. lagi pon aper kebaikan mandi sauna niee so far zana tak pernah la try lagi.. ingat nak laa try.. eh tapi betul kee kalau kita selalu sauna ni boleh turun lOOse weight haa!!! kalau sesaper ade buat sauna tuee.. jom laa kongsi ngan zana kat sini.. sebab pk kalau bagus nak gak try..

161.142.140.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
2. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 04:53:29 pagi    [Edit]
zana

perbezaan antara sauna biasa dan sauna herba

sauna biasa = kosong tanpa sebarang bahan.. air semata mata

sauna herba = ada bahan herba yg boleh membantu dari segi kesihatan

di antara kelebihan bersauna kosong berdasarkan pengalaman buat program selama sebulan (seminggu 2 kali dan sebulan 6 kali) di Pan Pac :-
- badan susut aka kurus ler tu - dibantu dgn latihan gym yg lengkap
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal

manakala kelebihan bersauna herba:
- boleh hilangkan sakit sendi akibat urat terseliuh dsb (minima 3 kali seminggu semasa tempoh sakit)
- berat badan boleh berkurangan tapi perlukan bantuan senaman (minima 3 kali seminggu)
- badan segar selepas penat bekerja
- boleh buang daki tebal
- boleh buang angin dalam badan (minima 3 kali seminggu)
- boleh mencerahkan kulit

perlu diingat, utk loose weight perlukan kombinasi byk perkara... dan bukan setakat bersauna semata2 atau makan pil/ubat kurus semata2 atau jaga makan semata2...

kita ni nak kurus cepat tapi cara tak tepat.... masing2 ingat makan ubat kurus, leh turun berat badan dlm tempoh sekelip mata.... masing2 ingat bersauna sekali setahun boleh turun berat badan sekelip mata....

apa2 pun kombinasi penjagaan pemakanan (wajib/mesti) + senaman (wajib/mesti) + teknik loose weight yg dipilih (sauna/mkn ubat kurus/pakai gel pemecah lemak/pakai girdle satu badan dsb)

punca kegemukan yg ketara adalah dari segi jenis pemakanan yg diambil selain tiada langsung bersenam... tidak termasuk kes genetik

sekian dari saya... selamat bersauna....

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

missJebon
Ahli Baru
3. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 05:07:13 pagi    [Edit]


Oang nak tnyer..mandi susu tue t'masuk dlm pakage mandi sauna ker?betul ker oang kata mandi sauna tue leh ilgkn parut kt badan?oang nk tau la....zana tumpang erk...

61.6.35.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
4. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 05:34:06 pagi    [Edit]
MissJebon

Mandi SUSU dan Mandi SAUNA jauh berbeza.. ia merupakan 2 jenis mandian dan bukan pakej.. kalau sebut pakej biasanya orang sebut Pakej Mandi Lulur

Mandi SUSU biasanya orang gunakan susu tepung atau sebarang susu dlm bentuk serbuk.... ada yg guna susu kambing atau ada yg pakai susu tepung biasa... kalau fresh milk lak, mahal skett kosnyer... kat Body Shop ada jual susu jenis buat mandi nih... tapi anda perlu ada sebuah bekas besar utk merendam seluruh tubuh badan... samada guna bath tub atau tempayan besar...tempoh rendaman minima 10 minit sbb ia perlu meresap ke seluruh badan

Tujuan Mandi Susu adalah utk mencerahkan/memutihkan kulit dgn cara lembut selepas berscrub/lulur/manggir

Mandi Susu alone, tidak membantu mencerahkan kulit.... tubuh badan perlu dibuang daki, baru la di akhiri dgn Mandi Susu

Tentang hilangkan parut, bagi Lynnda, Sauna tidak membantu sgt utk proses hilangkan parut tu....

Cara terbaik utk hilangkan parut nipis ialah menyapukan vitamin E pada parut dan amalkan pengambilan Spirulina

Step terbaik utk mencapai objektif mencerahkan/memutihkan kulit ialah :
1. Mandi Sauna - Hilangkan daki2 degil yg telah menyumbat seluruh liang roma di tubuh badan
2. Scrub/Lulur - Membuang daki yg tidak hilang semasa proses sauna tadi selain menghaluskan bahagian tubuh yg kasar dan kematu
3. Mandi Susu - proses terakhir.... tapi dlm kaedah aromaterapi, proses scrub aromaterapi sudah memenuhi matlamat step ke 3 ini

Kalau minat nak cuba mandian2 ini, boleh datang kedai Lynnda.... tengah promosi sepanjang tahun 2005... biasanya bakal pengantin yg buat mandi2 kat kedai Lynnda nih...

* Mesej ini telah disunting oleh Lynnda pada 22hb Julai 2005, 05:48:16 pagi

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
5. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 05:42:57 pagi    [Edit]
Good Info..

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.25.:-)

zana04
Ahli Baru
6. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 06:48:24 pagi    [Edit]
eii kalau dapat berlulur pastu sauna plak eiiii best nye..

161.142.140.:-)

moktih
Ahli Baru
7. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 11:37:26 pagi    [Edit]

minatlah nak tau rega mandi2an tu & kat mana kedai u tu

203.106.82.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
8. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 02:04:56 pagi    [Edit]
Mandi sauna+herbs paling baguss liz pergi ialah di Tanjung Karang.

Murah dan puas hati la.. .. Berpeluh2.. Mcm bau serai.. . Rasa mcm ringan jer badan. Ianya bukan sekadar mandi.. Tapi merawat pelbagai penyakit. Liz pergi situ la rawat Gastric. Now liz dah baik.. Kalau dulu 2-3 hari sakit, 2-3 hari sakit.. Skrg dah hampir 2bulan lebih... baru 2 kali kena serang gastric Hehe..

Nak tau kost berapa??

RM15 jer...

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

zana04
Ahli Baru
9. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 08:17:22 pagi    [Edit]
la RM15 je murah tueeee......!!!!! lain2 kat aner lagi leh sauna ehh..pastu biasanyer sauna, lulur niee bape harga ehhh

161.142.140.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
10. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 08:26:42 pagi    [Edit]
Liz


Tg Karang tu tempat Lynnda main parit, mandi kat mengkenal, petik mangga telur, geronjos tebu.... ehehehehe

Tg Karang kat mana tu?

Lynnda penah g kat UPM RM 10 jer... tu 2 taun lepas... dia pun buat sauna herba tapi open air ler.... sekali laki dan pompan takde batas.. tu yg malu giler tu....

zana

step yg betul : > SAUNA baru Lulur

atau :> SAUNA - Lulur - SAUNA

moktih

nanti kita PM

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

Liz_Dee
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 08:57:03 pagi    [Edit]
Jgn silap faham. Ini bukan saloon.. Ini tpt berubat.

So thats why murah.
mana ada saloon yang bagi sauna RM15.. Betul tak Lynnda.. hehe

Tjg Karang dekat depan RHB bank tu..

Actually tpt berubat ala2 homeopathy/reflexology.

So dia adakan sauna utk berubat sekali.
Tapi boleh juga kalau tak sakit tapi nak mandi sauna.

Tapi sauna dia panas giler.. sampai liz tutup idung sbb terlalu panas wapnya.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

papaya04
Ahli Baru
12. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 2:20:44 ptg    [Edit]
minggu lepas saya ada try sauna cara infra-red
takde wap apa2 lah cuma rasa panas jer
kejap jer dah mula keluar peluh

cam sauna2 lain gak , lepas sesi bersauna badan rasa ringan n fresh

tapi yang tak best nya , kena share ngan org lain.......
satu bilik 3 org, saya plak pegi sorang2
urgh.........tak selesa langsung

tak nak pegi lagi lah tempat tu................

210.186.159.:-)

zana04
Ahli Baru
13. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 00:52:53 pagi    [Edit]
ermm kat tempat lynda baper eh.. jauh kee?

161.142.140.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 11:03:22 pagi    [Edit]
mandi wap herba ni mmg besh.........bau dia wangi je, tapi
ada org kata tak elok gak buat selalu, elok kalau dua atau tiga
bulan sekali. utk yg ada masalah keputihan mmg digalakkan...

mawar selalu buat kalau kat Ipoh ni di Gunung Rapat ada satu,
besh..murah gak 15 hengget..ikut suka...brapa jam larat le...
tapi mawar tak leh lama la...nak tunggu sejam pun penat...heheheh dia siap kasi satu botol mineral water lagi...huhuuuh...
tapi mmg segar badan..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

zana04
Ahli Baru
15. Dihantar pada 03hb Ogos 2005, 1:20:30 tghari    [Edit]
tp biasanya kalau sebelum buat tue kann (org kata laa) dier chek kita punyer tekanan dulu yer.. ermm betul ke tak leh selalu buat kenapa yee... adakah bahaya pada kesihatan kita??

161.142.140.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 10:17:30 pagi    [Edit]
ntah le kenapa takleh buat selalu ye, yang mawar tu
ianya akan mengeringkan kulit kita sbb byk peluh keluar
jika tidak diganti semula, maknanya kena minum air byklah
selepas itu
lagi satu akan menyebabkan open pores...

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

farmin
Ahli Setia
17. Dihantar pada 05hb September 2005, 01:46:09 pagi    [Edit]
askm saya dok kat area UM...nak tanya ler kat mana tempat sauna/facial paling dekat area sini? tima kasih

--------------
Kiamat sudah hampir...bertaubatlah saudara islamku..

161.142.24.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005