Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 4hb Syawal 1435 @ 01hb Ogos 2014, 01:32:54 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Hiasan : Dekorasi Rumah (1)
PnAnn
PnAnn
Pengendali
51. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 03:44:58 pagi    [Edit]
Sebagai penutup tentang Teknik Mengecat @ Menghias Dinding dengan bahan kayu atau titles, saya paparkan dinding utama rumah saya.





Saya membeli wall paper yang dah lama coraknya dengan harga RM32 satu roll dan saya perlukan 2 roll sahaja. Saya beli di Lamex Wallcovering.

Border Wall paper itu, saya beli corak yang dah lama juga di Ferina's dengan harga RM29.90 dan saya hanya perlukan satu roll sahaja.

Frame itu adalah frame gambar jenis kayu oath…kayu yang ada ira (corak kayu)…dan saya beli cat KHAS untuk kayu…cat tersebut macam bentuk cream….hanya satu tin saje sudah cukup….cat itu apabila digosokkan pada kayu ia akan meresap dan mengikut ira kayu.

Saya memang hendak nampakkan ira kayu tersebut. Agar lebih menarik. Saya belikan gambar kayu dan lekatkan ke dinding. Saya perlukan 10 frame kayu dengan harga RM20 satu frame.

Belakang frame, dinding asal memang saya telah buat teknik spounge. Seolah wall paper apabila semuanya telah siap.

Jumlah keseluruhan kos yang saya keluarkan RM350.00.


Minggu hadapan hari Selasa...sebab Isnin saya tidak ada.......saya akan buka topik Menggantung Gambar & Pemilihan Frame Gambar.

Tunggu yek !....

Selain tu nak promosi....sesiapa yang minat Kraf...jom joint Kelab Kraftangan di Sembang Kelab & Negeri...saya alu-alukan penyertaan kalian...banyak aktiviti menarik boleh kalian dapat jika minat hias rumah...

* Mesej ini telah disunting oleh PnAnn pada 22hb Julai 2005, 03:48:11 pagi

--------------
~PnAnn~

eicha
Ahli Aktif
52. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 03:46:18 pagi    [Edit]
Kalau teknik nusantara/bali, apa jenis perabot sesuai utk ruang living room? saya bercadang utk menghias apartment cara simple je.. sesuai utk org bujang. Sesuai ke kalau saya letak sofa 3 seater (fabrik kain) di hadapan dinding berbatu sebegitu?

Dari gamba dinding yg batu berwarna yg Pn Ann attached kat sini mcm moden jgk interior dia.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
53. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 03:53:55 pagi    [Edit]
eicha

Anda boleh rujuk dalam majalah Anjung Seri yang banyak paparkan jenis-jenis perabot nusantara @ bali. Apa pun pemilihan perabot, saya akan diskus kemudian...malahan sebelum ini juga ada ahli MDC pernah paparkan foto-foto perabot. Anda boleh semak....

yeap...itulah hasil idea oleh pereka Interior Designer yang terkenal John Loring...konsep hiasan moden tetapi abstrak dan menarik.

So far..dalam majalah Anjung Seri tak pernah ada idea begitu.......tidak ramai orang kita berani mencuba kelainan...

--------------
~PnAnn~

kamar401
Ahli Aktif
54. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 04:00:32 pagi    [Edit]
Pn Ann,

saya selalu tengok majalah dekorasi Impiana...design kat dlm majalah tu..nampak simple ttp menarik. banyak juga konsep bali/nusantara ni...

Apa komen Pn Ann...?

--------------
bersama HERBALIFE - membina keyakinan diri....ctc wan 019-2776889

219.95.16.:-)

eicha
Ahli Aktif
55. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 04:15:28 pagi    [Edit]
Pn Ann,

Kalau boleh saya taknak restrict diri saya dgn Bali/nusantara. saya prefer utk modern/ simple. Kalau ikut contoh paparan John Loring, kiranya tak salah la kalau saya letak perabot modern dipadan dengan dinding yg dihias dgn batu? nanti saya ambik gambar contoh dinding yg saya rancang utk rumah saya.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

DeenaSarah
Ahli Setia
56. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 04:18:19 pagi    [Edit]


Pn. Ann ini pula rumah saya. Saya baru berpindah rumah saya masih kosong sebab masih tercari2 idea yang sesuai untuk deco rumah saya.









Boleh puan Ann beri pandangan dan idea untuk saya hias rumah saya. Warna cat yang sesuai, jenis perabot dan susun atur yang sesuai.

Saya lebih cenderung pada konsep traditional english. Saya juga suka pada teknik sponge dengan colour seakan coklat atau terracotta.

Harap puan Ann dapat membantu
terima kasih

61.6.163.:-)

linot9778
Ahli Produktif
57. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 04:20:21 pagi    [Edit]
gambo nih linot amik from mag country living. linot minat sgt ngan combination kalernyer... ijau + blue. jgn tak tau... perbot2 tuh sumer adalah yg dibeli kat pasar brg2 terpakai. asalnyer memang buruk giler, memang patut dicampak ke laut je. tapi bertukar menjadik mcm dlm gambo nih... cantik gilosss


* Mesej ini telah disunting oleh linot9778 pada 22hb Julai 2005, 04:22:00 pagi

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

Cintamanis
Ahli Setia
58. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 07:38:51 pagi    [Edit]


Pn. Ann,

Terima kasih kerana membuka topik yang amat menarik dan bermanfaat untuk semua.

Saya memang tertunggu2 topik sebegini dibincangkan!
Memang saya berminat sangat untuk memperindahkan lagi kediaman saya sekeluarga. Walaupun kami tinggal hanya di sebuah kediaman yang kecil (Flat 3 Bilik) tentu ada decor yang sesuai untuk kediaman kecil kami...

Saya harap Pn. Ann dapat membantu saya...
Keseluruhan rumah memang sedia ada cat berwarna light pink

Lagi satu, boleh tak Pn. Ann tunjukkan dengan lebih jelas lagi dinding utama rumah Pn. Ann... saya kurang jelas...

Terima kasih diatas segala pandangan dan idea...!

Tentang foto rumah kami, susah sikit le... sebab tak der digital camera

--------------
Hidup Berlandaskan realiti

60.48.156.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
59. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 07:56:30 pagi    [Edit]
kamar
saya jarang beli Majalah Impiana...maka tak leh nak komen laa...sowi yek......cuma sekali sekala beli...memang perasan pun banyak konsep bali @ nusantara yang simple...saya lebih suka begitu...at least beri ruang dalam rumah...tidak terlalu padat dengan perabut...


eicha
yeap...nanti saya cuba paparkan konsep hiasan bali & nusantara...sebab saya ada beli buku khusus untuk Interior Design Asian Look.

Saya suka melihat konsep hiasan mereka yang tidak terlalu Nusantara...masih ada diselitkan moden look..terutama pemilihan perabot dan hiasan dinding...

Anda juga boleh kongsi bersama idea anda...

* Mesej ini telah disunting oleh PnAnn pada 22hb Julai 2005, 08:22:07 pagi

--------------
~PnAnn~

PnAnn
PnAnn
Pengendali
60. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 08:14:29 pagi    [Edit]
Deenasarah

Ok...anda minat English Style...saya suka warna sofa anda "purple"...anda berani tak pada kelainan ?

Jika anda berani lakukan...saya yakin lebih menarik dengan garapan warna purple.....macam mana ? nak saya kasi idea ?

Masa saya pindah dulu...saya memang idamkan warna purple...memandangkan sofa saya warna hijau...maka impian saya terpendam cegitu aje...maka saya memang wish jika ada member yang nak warna purple di garapkan dalam rumah mereka.

Sebelum itu...dalam konsep hias rumah...sofa 2 seater...jangan letak cegitu yee...itu ibarat anda tidak benarkan tetamu masuk...alihkan kedudukan...jadikan bentuk L shape....biar terbuka dengan memberi laluan tetamu masuk dan duduk.

kedudukan rail...1 ft dari atas sliding door dan lebihkan rail 5 inci kiri dan kanan...baru nampak lebih menarik. Tak cantik ikat langsir tengah begitu..biarkan dia atau ikat bawa kiri dan kanan.

Tingkap kecik...tukarkan kepada langsir Moden Blinds...jika berani dan sanggup...saya syorkan anda beli kain langsir Elyza's corak English Floral warna purple...hanya untuk bahagian luar sahaja...<>RM100 untuk sliding door...buat paten langsir begini…sebab itu, tidak banyak kain Elyza’s gunakan.





Dinding bahagian sliding door itu, bahagian bawah, saya syorkan anda susun kayu beralun…Selasa saya paparkan macam mana rupa bentuk kayu itu…saya beli dengan harga RM0.70 sekaki…anda hanya perlukan 3 kaki (tinggi) untuk <>30 keping kayu…susun kayu itu dan warnakan dengan cat cream kayu putih….sebelum lekat…dinding tu anda buat teknik spounge dengan warna purple…setelah siap…tampal kayu dan bahagian atas kayu letak roll border berukir (macam rumah saya) dengan corak floral purple & green.

Eeerrr….ko leh bayangkan tak…kalo idak…Selasa laaa…saya draw dan upload…

--------------
~PnAnn~

PnAnn
PnAnn
Pengendali
61. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 08:25:02 pagi    [Edit]
cintamanis

rasanya gambar dinding rumah saya dah jelas dah tu saya paparkan. ....

Boleh tak saya tahu keluasan rumah ? dan ketinggian lantai ke syiling ?

--------------
~PnAnn~

atoncute
Ahli Interaktif
62. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 08:31:32 pagi    [Edit]
hai..bestnyer nengok umah2 korang...cantek2jer..aton kena simpan niatler dulu sbb skrg tgh menyewa lg..bila dah beli umah sendirik baru blh pikir itu ini..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

Eha
Ahli Setia
63. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 09:25:53 pagi    [Edit]
saya pun nak masuk umah baru bulan depan....tengah pening pk nak cat kaler apa, nak paten langsir cemana...konpius gue

cadangnya nak buat moden kontemporari...

218.111.101.:-)

DeenaSarah
Ahli Setia
64. Dihantar pada 23hb Julai 2005, 03:46:00 pagi    [Edit]

Pn. Ann terima kasih dengan nasihat dan idea tapi tak boleh nak gambar kan sangat le..Saya kureng minat sikit dengan warna purple. saya lebih berminat dengan colour coklat yang camni nampak warm..



Soalan saya.
1. Adakah teknik cloud tu saya perlu cat untuk semua ruang atau untuk living are sahaja? Boleh tak kalau feature wall aje saya terapkan teknik cloud ni seperti dalam gambar tu.

2.Bagaimana dengan dining area saya. (living, dining dan dry kitchen bersekali memanjang. Sebagai divider kepada dry kitchen saya InsyaALLAH akan buat breakfast counter. Cuma antara dining dan living tu memang tak de separator. Sesuai tak sofa yang ada dengan colour dinding. Perlu ke saya susun 3 seater tu sebagai divider antara living dan dining. Atau Perlu tak tona warna yang berlaianan untuk dua area tu?

2. Bagaimana pula bahagian tangga dan pintu masuk utama. Perlu cat warna sama atau lain. Kerusi 2 tu saya akan gantikan dengan console table. Sesuai tak kerusi tu saya gandingkan dengan sofa yang sedia ada.

3. Tentang langsir saya setuju dengan cadangan dan patern Puan Ann bagi tu. Harap Puan Ann boleh bagi contoh corak yang sesuai.

Puan Ann boleh saya pinjam Pn Ann satu hari untuk datang rumah saya...alah bukan jauh pun.... kajang aje...tak pun saya datang jemput pun boleh jugak...

* Mesej ini telah disunting oleh DeenaSarah pada 23hb Julai 2005, 03:51:09 pagi

61.6.163.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
65. Dihantar pada 23hb Julai 2005, 04:03:42 pagi    [Edit]
DeenaSarah

saya ada gi tgk show house kat puncak alam.ada satu jenis umah tu kecik je 18x65 dan keluasannya hanya 1308sqft.ruang dlmnya pun mcm umah u..living n dining are not separate,tapi the interior designer is very smart..dia leh decorate smpai umah tu nmpk lebih besar n very comfortable.
tak rasa pun mcm umah tu just 1308 sqft jerk..

divider antara living n dining tu,dia guna cermin besar...emmm..camna yek..susah nak digambarkan tapi bukan cermin yg leh kita wat tgk mekap tu laaa...nanti saya paste kan yek..susah nak diceritakan kat sini..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

DeenaSarah
Ahli Setia
66. Dihantar pada 23hb Julai 2005, 04:21:04 pagi    [Edit]

mama syafiq paste kan lah gambar tu kat sini..kalau berkenan mungkin sya boleh tiru idea tu nanti....

thank you

61.6.163.:-)

Cintamanis
Ahli Setia
67. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 03:28:43 pagi    [Edit]


Pn. Ann,

Rumah saya low cost flat...
3 Bilik + 2 bilik air
Keluasan : 680sqft
Tingginya: dlm 3meter...

Dining + living sekali...

Tingkap di living room mengadap matahari naik. Time matahari naik... memang terang benderang sangat living room kami Tapi bila malam menjelang, memang cantik sangat permandangannya kerana menghadap highway dan boleh nampak limpahan cahaya lampu... Kalau pakai langsir yang jarang... memang nampak seksi!

Biliknya pula, bilik tidur utama(bilik saya) mengadap matahari naik juga... (ada bilik air)
Bilik tidur kedua (bilik 2 hero saya) mengadap matahari jatuh... bilik mereka sentiasa sejuk berbanding bilik saya...
Bilik tidur ketiga, bilik nie agak kecil, menghadap matahari naik, bila tengahari memang terang dan panas (sama dengan living dan bilik tidur utama) Saya bercadang nak jadikan bilik nie sebagai Mini Library...

Dapurnya pula macam bar style mengadap ke living room.
Saya ingatkan nak tutup dinding tu (bar style) menggunakan tingkap sliding dengan menggunakan cermin yang bewarna warni...
Jika saya sedang masak atau berada di dapur, boleh nampak dari living room! Rasa saya kurang sesuai la...

Macam mana pula pandangan Pn. Ann?

--------------
Hidup Berlandaskan realiti

60.48.156.:-)

tenet_my
Ahli Setia
68. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 06:17:18 pagi    [Edit]
Pn Ann,

teknik spounge tu camner yerkkk.....

192.85.47.:-)

DeenaSarah
Ahli Setia
69. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 07:20:05 pagi    [Edit]

tenet kalau nak tahu teknik lanjut boleh surf kat sini

http://www.icipaints.com.my

tak sabar nak tunggu Pn. Ann bersuara...

202.157.192.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
70. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 02:36:11 pagi    [Edit]
Deenasarah

Sowi yek...semalam memang saya tak de....ari nie..busy...banyak kerja nak settle...nanti jika kelapangan...saya sambung diskusi ye....harap sabar yek...

--------------
~PnAnn~

tenet_my
Ahli Setia
71. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 04:51:56 pagi    [Edit]
deena.....thanks for the compliment(curik ayat felix)
nah bunga

192.85.47.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
72. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 06:41:24 pagi    [Edit]
DeenaSarah

ni ye gambar umah yg saya katakan tu..Deena tgk ya kat tgh2 antara dining and living room..ada mcm cermin pembahagi..tapi bwhnya tu simen kalau tak silap kot...saya dah gi tgk secara live, mmg nampak umah luas,selesa n kemas..so,leh la Deena tiru idea tu yek..


* Mesej ini telah disunting oleh PnAnn pada 28hb Julai 2005, 08:51:06 pagi

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

Honey_Teddy
Ahli Baru
73. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 09:50:47 pagi    [Edit]
Assalamualaikum Pn Ann. Tenkiu sbb bukak topik yg mmg amat berguna ni, kebetulan saya pun baru pindah rumah dan tgh nak decorate so nak mintak pandangan puan ann.

Saya baru je cat dinding living room cum dining area dgn warna kuning (jovial by jotun -ala-ala butter yellow.) Tapi problemnya furnishing yang saya beli sebelum ni agak colorful sbb rumah lama dinding putih je. Jadi bila set dining tu colorful (4 kerusi berlainan warna), dgn carpet warna kuning bercorak pooh..pastu throw cushion pun bold colors jugak, rumah saya ni dah nampak macam overdose color la pulak. Mcm mana agaknya saya boleh tone down rupa rumah ni? Warna apa yang patut saya guna untuk langsir sliding door dan sofa untuk dapat effect rumah yang cosy dan tak gelap sbb saya suka natural lighting. Rumah sewa baru saya ni agak kecil bukaannya dan bahagian depan living room dikuasai sepenuhnya oleh pintu kayu dan pintu sliding.

Saya setuju betul ngan loring tu yg kata better guba bajet kecik sbb saya pun ada bajet kecik je. Sebelum pindah rumah baru ni, saya cuma gunakan kotak-kotak kosong yang dialas dengan kain sbg. side table, rak buku etc..takde org perasan ekeke...

--------------
Honey_Teddy

58.26.0.:-)

mamanabil
Ahli Setia
74. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 00:46:02 pagi    [Edit]
kalau nak beli langsir.. kat mana lebih bagus kualiti.. & berpatutan harga...

i. Nilai 1 & 3
ii. Kamdar
iii. SSF
iv. MACY

203.115.226.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
75. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 3:13:35 ptg    [Edit]
mamanabil

haha..mcm jwb soalan peksa je..pilih jwpn yg betul..hehe..

ni my answer:
i- nilai 1 & 3 --> saya tak pernah sampai sini lagi..
ii-kamdar --> ok,menarik,harga pun berpatutan cuma choice tak byk la..
iii-SSF --> lagi ok..menarik,byk choice taaapiiii mahal2 laaa..paling murah RM19.90 semeter.
iv- MACY --> pun tak pnh sampai lagi..tapi rasa2nya lebih kurang SSF.

SSF curtain ada kat kota damansara..dekat sgt2 ngan umah saya..leh la singgah..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

ibu_wawa
Ahli Baru
76. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 3:58:57 ptg    [Edit]
ibu_wawa pun li langsir kat KAMDAR jek... murah sket...

toi kata mama_syafiq tu...kat kota damansara ade SSF Curtain... kain nye mmg perghhhh canteekkk tapi kene la jugek sediakan duit yg tebal2... hehehe ibu_wawa saje gi survey2 jek kat situ..sekali tgh harga... rasa cam tak mampu ler....tapi kalau mampu mmg le nak beli sbb mmg cantik dan kualiti bagus la kain2 kat situ....

mama_syafiq...ibu_wawa pun dok kat kota Damansara gek..kat Pangsapuri Carmila Sek. 5....

--------------
~iBu cAyAnG WaWa & NaBell 4 eVa~..muahhh

203.121.44.:-)

mamanabil
Ahli Setia
77. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 4:20:54 ptg    [Edit]
iye ke... tengok dalam advertisement kain dekat SSF tue lawa-2 gitu.. harga tak tahulah pulak.. betul ke mahal even time sale pun mahal jugak yea... my frenz tukang jahit langsir.. dia suggest beli kat macy ataupun SSF coz kualiti kain dia.. kalau kat nilai tue senang rosak/pecah...

hari sabtu nie cadang nak singgah SSF coz nak menyinggah sekali kat One Utama...

203.115.226.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
78. Dihantar pada 27hb Julai 2005, 4:27:52 ptg    [Edit]
saya kalo pegi SSF rasa macam taknak balik....







ada duit .. value for money... beli kat SSf ..
nak jimat.. Kamdar... walaupon tak byk pilihan... tapi jika bijak memilih... tetap cantik...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

sufiku
Ahli Produktif
79. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 08:21:27 pagi    [Edit]
Nagoya textile ... macam2 pilihan ada. Sy suka g yg kat wangsa maju - dlm carrefour

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.251.:-)

mamanabil
Ahli Setia
80. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 08:27:32 pagi    [Edit]
sufi...

Mamanabil suka gi nagoya kat batu pahat, summit.... ari tue gi nagoya BP tgk kain langsir memang lawa-2... english design pun ada... bunga ros jenis besar-2 tue.. cantik-2lah...murah pun murah... then nak beli pikir 2 kali mana tahu kat wangsa maju lagi lawa-2.. lastly gi wangsa maju... cari english design tue tak de langsung....

tension betul.. rupanya even same company tapi kain tak semua ada kat setiap tempat...

203.115.226.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
81. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 08:47:35 pagi    [Edit]



Allo Cik Kakak Sekalian......nak stori pasai langsir...kain langsir etc...pi laaa di topik Koleksi Paten Langsir....please yee....

Apa pun saya nak selitkan sikit info....pada saya semua tempat..samada Kamdar, Nagoya, Tee Wah, Macy, SSF dan Nilai 1....tempat berkenaan menjual kain langsir yang semuanya adalah corak biasa (lama) tiada yang menarik.

Saya syorkan kalian ke Suria Textile Nilai 3...ada kain langsir corak baru dari Korea...paten menarik dan lain dari lain. Selain itu, Elyza's & Beggie Best. 3 tempat itu, menjual corak kain langsir yang coraknya akan kekal lama berbanding area diatas.


Saya ingin menjawab soalan DeenaSarah.

Soalan saya.
1. Adakah teknik cloud tu saya perlu cat untuk semua ruang atau untuk living are sahaja? Boleh tak kalau feature wall aje saya terapkan teknik cloud ni seperti dalam gambar tu.

Jawapan : Saya syorkan sebahagian dinding sahaja Terpulang pada anda samada bahagian living area @ bahagian dining @ feature wall.


2.Bagaimana dengan dining area saya. (living, dining dan dry kitchen bersekali memanjang. Sebagai divider kepada dry kitchen saya InsyaALLAH akan buat breakfast counter. Cuma antara dining dan living tu memang tak de separator. Sesuai tak sofa yang ada dengan colour dinding. Perlu ke saya susun 3 seater tu sebagai divider antara living dan dining. Atau Perlu tak tona warna yang berlaianan untuk dua area tu?

Jawapan : YES. Anda perlu buat divider untuk membezakan ruang antara living area & dining area. Teknik divider ini, anda boleh letak Kabinet wall @ pelmet (sekeping kayu Jati) dan saja diletakkan didinding berkenaan. Untuk rumah saya, saya hanya letak rak kayu disusun memanjang seolah kabinet hiasan. Esok saya upload gambar.

Colour sofa dengan colour dinding – TIDAK sesuai. Tidak sesuai susun sofa sebagai pembahagi ruang dan begitu juga tona warna. Melainkan ada kabinet yang anda letakkan diantara pembahagi ruang.

Saya ada melihat contoh katalog yang dipaparkan oleh mamasyafiq berkenaan letak kabinet kaca. Mungkin salah satu idea. Ini pendapat saya dan terserah pada anda samada boleh dijadikan hiasan atau tidak.

Teknik hiasan begitu, adalah teknik lama. Amat popular dikalangan designer Hong Kong. Mereka suka hias dengan letak divider kaca begitu. Di M'sia apa yang saya perhatikan amat popular di pub @ karaoke @ restoran.

3. Bagaimana pula bahagian tangga dan pintu masuk utama. Perlu cat warna sama atau lain. Kerusi 2 tu saya akan gantikan dengan console table. Sesuai tak kerusi tu saya gandingkan dengan sofa yang sedia ada.

Jawapan : Terpulang pada kreativiti anda samada nak cat warna sama atau lain atau warna sama teknik lain. Yeap..sesuai digandingkan dengan sofa. Cuma warna sarung sofa perlu ditukarkan…tidak kena gaya. Warna Purple adalah teknik hiasan moden (ceria)...kerusi antik adalah warna alam. Padanan warna tidak menarik.


4. Tentang langsir saya setuju dengan cadangan dan patern Puan Ann bagi tu. Harap Puan Ann boleh bagi contoh corak yang sesuai.

Jawapan : Sukar untuk saya syorkan corak. Sebab saya tidak melihat kesleuruhan hiasan rumah anda setelah diubahsuai.


Anda tinggal di Kajang di mana ?

* Mesej ini telah disunting oleh PnAnn pada 28hb Julai 2005, 08:57:53 pagi

--------------
~PnAnn~

PnAnn
PnAnn
Pengendali
82. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 09:58:27 pagi    [Edit]
Merujuk kepada soalan Cintamanis;

Tingkap di living room mengadap matahari naik. Time matahari naik... memang terang benderang sangat living room kami Tapi bila malam menjelang, memang cantik sangat permandangannya kerana menghadap highway dan boleh nampak limpahan cahaya lampu... Kalau pakai langsir yang jarang... memang nampak seksi!

Jawapan ~ Saya syorkan tingkap rumah anda guna langsir Roman Blinds. Untuk kurangkan bahang panas matahari masuk rumah dan dilapisan luar, gunakan langsir Sheer.


Dapurnya pula macam bar style mengadap ke living room.
Saya ingatkan nak tutup dinding tu (bar style) menggunakan tingkap sliding dengan menggunakan cermin yang bewarna warni...
Jika saya sedang masak atau berada di dapur, boleh nampak dari living room! Rasa saya kurang sesuai la...

Jawapan ~ Teknik cermin adalah teknik biasa….bagaimana dengan tingkap kayu berlipat…esok saya upload contoh tingkap dapur berkenaan.

--------------
~PnAnn~

PnAnn
PnAnn
Pengendali
83. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 10:04:28 pagi    [Edit]
Merujuk kepada soalan Honey_Teddy;

quote:
Saya baru je cat dinding living room cum dining area dgn warna kuning (jovial by jotun -ala-ala butter yellow.) Tapi problemnya furnishing yang saya beli sebelum ni agak colorful sbb rumah lama dinding putih je. Jadi bila set dining tu colorful (4 kerusi berlainan warna), dgn carpet warna kuning bercorak pooh..pastu throw cushion pun bold colors jugak, rumah saya ni dah nampak macam overdose color la pulak. Mcm mana agaknya saya boleh tone down rupa rumah ni? Warna apa yang patut saya guna untuk langsir sliding door dan sofa untuk dapat effect rumah yang cosy dan tak gelap sbb saya suka natural lighting. Rumah sewa baru saya ni agak kecil bukaannya dan bahagian depan living room dikuasai sepenuhnya oleh pintu kayu dan pintu sliding.

Jawapan ~ Memandangkan anda dah cat...tiada banyak yang boleh di 'touch-up' lagi...saya hanya boleh syorkan...buat sarung kerusi dengan warna kain yang senada dengan colour dinding.

Langsir...elakkan corak colourfull...guna langsir sheer satu warna sahaja sudah memadai atau corak sulam simple.



Saya setuju betul ngan loring tu yg kata better guba bajet kecik sbb saya pun ada bajet kecik je. Sebelum pindah rumah baru ni, saya cuma gunakan kotak-kotak kosong yang dialas dengan kain sbg. side table, rak buku etc..takde org perasan ekeke...

--------------
~PnAnn~

PnAnn
PnAnn
Pengendali
84. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 10:27:37 pagi    [Edit]
mama_syafiq

Sila kosongkan mail box PM anda...saya cuba balas soalan anda...mail box anda penuh...

--------------
~PnAnn~

DeenaSarah
Ahli Setia
85. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 11:28:42 pagi    [Edit]


Terima kasih Pn Ann...saya duduk kat kajang sungai Chua..boleh ke nak pinjam Pn Ann satu hari..mungkin lepas Pn Ann melihat rumah saya dan bagi idea baru le saya berani nak beli barang dan cat semua....sementara perabot belum masuk ni tak kisah nak cat mengecat ni sebab barang belum ada lagi..so kerja pun tak banyak nak kena buat..

L:agipun kerja pasang memasang KC akan dibuatt dalam 3 minggu lagi..so saya nak cat sekali dry kitchen tu sblm pasang cabinet..

Tak sabar nak tunggu Pn. Ann upload gambar dalam ni

202.157.192.:-)

Cintamanis
Ahli Setia
86. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 2:11:31 ptg    [Edit]


TQVM Pn. Ann kerana sudi memberi pandangan pada saya...

Bagaimana pula dengan pemilihan cat dinding? Kebanyakkan perabot kat rumah warna coklat. Sesuai ke jikalau saya buat teknik sponge untuk cat semula dinding rumah kami?

BTW - Terima kasih Daun Keladi

--------------
Hidup Berlandaskan realiti

60.48.156.:-)

mama_syafiq
Ahli Setia
87. Dihantar pada 29hb Julai 2005, 10:15:37 pagi    [Edit]
pn ann

feel free to send PM..dah delete..

--------------
**mama_syafiq**

219.93.210.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
88. Dihantar pada 02hb Ogos 2005, 1:57:29 tghari    [Edit]



DeenaSarah
Bulan September saya free...insyallah saya boleh singgah rumah anda..


Cintamanis
BOleh...jika anda hendak kelainan.


mamasyafiq
nanti saya balas yek !




***Saya akan sambung diskusi...tetapi tidak dalam masa terdekat ini...my CD drive problem..susah saya nak upload gambar-gambar dekorasi.

--------------
~PnAnn~

DeenaSarah
Ahli Setia
89. Dihantar pada 08hb Ogos 2005, 09:21:48 pagi    [Edit]

Pn Ann kedatang Pn Ann amatlah saya dan sekeluarga alu-alukan. Masih menanti gambar2 deco rumah Pn Ann bila nak masukkan dalam ni.

61.6.163.:-)

shurie
Ahli Aktif
90. Dihantar pada 20hb September 2005, 05:36:06 pagi    [Edit]
kalau nak carik langsir or kedai perabot dan brg2 umah yg lain, pegi kat Nilai 3 or Nilai 1..mmg harga pon ok dan syok shopping sana...shurie dok sana so tahu apa yg best kat sana..

--------------
Smart : IgG-Plus....sila sms/call..012-6705713

202.174.153.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
91. Dihantar pada 16hb November 2005, 11:06:16 pagi    [Edit]
Upkan lagi topik ni...!

Pn Ann, nanti free upload lah gambar lagi ye!
Insyaallah awal tahun pindah rumah so tengah survey teknik hiasan & warna utk cat living area.

thx...

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

pucukmuda
Ahli Baru
92. Dihantar pada 16hb November 2005, 11:18:02 pagi    [Edit]
Ye laaa... PnAnn.... saya pun tertunggu tunggu jugak kehadiran Pn Ann kat sini. I baru pindah isnin lepas, masih banyak yg nak diuruskan & diberi perhatian dlm bab hiasan ni..... siapa ada idea bagus utk dekorasi apartment??? Meh la share kat sini.

60.48.157.:-)

azzaai
Ahli Baru
93. Dihantar pada 14hb Januari 2006, 5:35:07 ptg    [Edit]
Kongsi bersama-hall

60.50.193.:-)

azzaai
Ahli Baru
94. Dihantar pada 14hb Januari 2006, 5:39:47 ptg    [Edit]


60.50.193.:-)

azzaai
Ahli Baru
95. Dihantar pada 14hb Januari 2006, 5:41:12 ptg    [Edit]
langsirir

60.50.193.:-)

azzaai
Ahli Baru
96. Dihantar pada 14hb Januari 2006, 5:45:19 ptg    [Edit]
Kitchen




60.50.193.:-)

mas5780
Ahli Baru
97. Dihantar pada 15hb Januari 2006, 12:39:33 tghari    [Edit]
wauuu....azzaai...comei nyer dapur awk....berkenan ler....leh suntik ide tu tuk ruang dapur sy yg ciput nie...

--------------
*Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai lebih berat drpd sabar menahan sesuatu yg dibenci*

218.208.3.:-)

azzaai
Ahli Baru
98. Dihantar pada 15hb Januari 2006, 7:28:04 mlm    [Edit]
mas,
dapur kita memang kecik sangat....buat masa sekarang oklah tapi kalau ada rezeki ada jugak niat nak besarkan dapur....apa salahnyer tujuan kita pun nak bg idea kat rakan2 yg dapur comel lote

60.48.72.:-)

DeenaSarah
Ahli Setia
99. Dihantar pada 17hb Januari 2006, 3:38:29 ptg    [Edit]
Puan Ann

Saya nak tanya susah tak nak cat secara teknik sponge tu. Saya nak buat teknik sponge pada sebahagian dinding rumah saya. Sponge yang mcm mana yang say perlukan. Dan Adakah saya perlu membeli cat yang specific untuk kerja2 ni...

note: uisshh sampai bila le nak habis mendeco rumah ni kan...sabar aje laaa

61.6.163.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
100. Dihantar pada 18hb Januari 2006, 10:06:43 pagi    [Edit]


Pn Ann.. liz rumah aprt. Kecik jer. Masuk2 jumpa dapur. lebih kurang mcm plan di atas.

Now wallpaper dah beli .. tapi simpan jer sbb tak tau lagi nak cat color apa.. Sama ada bawah kaler lain , half kaler lain.
Liz minat beige sbb match apa2 senang sikit. Tapi still thinking of terracotta and green.
Sofa warna beige..

Liz suka American-English-Country tapi rasa mcm tak sesuai la sbb rumah aprt.

apa pendpt Pn Ann?

Contoh style idaman liz sprt nie..







Tq amik bunger

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005