Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 11:27:11 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Sastera & Budaya  
(Pengendali : Aki, DaniaAlia)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Borak : Novel dan Penulis Melayu (20)
lobakbiru
Ahli Interaktif
1. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 00:32:08 pagi    [Edit]

pada sumer peminat novel melayu....
ni dia senarai ahli jemputan yg memeriahkan topik novel ni. antara yang selalu memeriahkan topik kita...dipersilakan...

1-harsha
2-lobakbiru
3-icecreamgirl
4-yangseri
5-eyzlyn
6-yazreina
7-sitizulieani
8-maisa
9-OnePolar
10-monie747
11-arkina78
12-Nilamsina
13-muarian_girl
14-udasri
15-irnai
16-nurafieza
17-bad_buddy
18-matiara1
19-aweks 123
20-Suria_Shafie
21-amirun
22-vok
23-Fiedariza7
24-ella973
25-syamputra
26-attyra
27-arenum
28-adikcomelx
29-mrs_ally
30-Qiena
31-mizzmizza
32-M_74
33-afrina04
34-jerangkung
35-nur_amani
36-ilham_azizi
37-lolly75
38-anieaina
39-DaniaAlia
40- faent
41-rockgirl
42-iansuryani
43-ireena@nor erny othman
44-OoooD
45-pipet
46-missblue_my
47-PutriAntasha
48-kaca_emas
49-nettbiru
50-wayfarer
51-ArWEeNa
52-angle_carl
53-atehphia
54-ayongieja
55-rowhoney
56-aneys
57-jelatah
58-cikciti

* Mesej ini telah disunting oleh lobakbiru pada 21hb Julai 2005, 12:05:27 tghari

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.160.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
2. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 00:33:12 pagi    [Edit]
ok...nanti kita borak lagik...aku nak pi keje...

yg lain2 tu borak2 ler psl novel ni....nanti kat opis aku ngintai2 ek...bubbye...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.160.:-)

Suria_Shafie
Ahli Interaktif
3. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 06:00:12 pagi    [Edit]
tumpang lalu...
mana geng yg lain...?
selalunyer meriah jer..

--------------
|... http://bangsalburok.blogspot.com...|

202.184.41.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 08:20:04 pagi    [Edit]

wah.. dah jadi panel jemputan ni.. kena lah jejenguk selalu .. tima kaseh ye cik lobak kerana sudi menjemput diri ini..
aku dok baca rahsia perindu tu tak abih2 lagi lah.. heh.. kat bab 3 cam pahm.. masuk bab 6.. dah tak paham balik.. ramai nau yang sakit mental lam cta tu.. ekekek..
kengkwan lain dok baca cta apa? korang penah baca tanah adriyani tak? keluaran creative enterprise.. penulisnya dok satu lorong dgn umah aku..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.188.:-)

arenum
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 08:46:34 pagi    [Edit]
jeles aku tahap tapir tengok korang cerita2 pasal novel...... bila ni aku nak baca novel lagiik......

210.186.116.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 08:56:11 pagi    [Edit]
ada sesapa pernah baca/beli buku ni tak..



PENULIS: CT ROHANY ABU
KOD BUKU: BNZW-T2211
HARGA: RM 19.90 Semenanjung Malaysia | RM 20.90 Sabah/Sarawak

Cinta hadir tanpa diundang. Begitulah cinta seorang tomboy, Nur Ain Maisarah terhadap Tengku Amir. Namun Tengku Amir tidak pernah mempedulikan cinta Nur Ain Maisarah. Akibat gelojak nafsu, Tengku Amir memperkosa Nur Ain Maisarah lalu dia melarikan ke United Kingdom. Sejak itu Nur Ain Maisarah mula membenci lelaki itu. Nur Ain Maisarah melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Amir Haikal. Kehadiran Amir Haikal membuatkan Nur Ain Maisarah bangkit dari penderitaan sehingga berjaya menjadi pereka fesyen yang terkenal. Kemunculan Tengku Amar mengubah pandangannya terhadap lelaki. Manakala perasaan bersalah sentiasa menghantui Tengku Amir. Dingin salju juga marak membakar rindunya pada Nur Ain Maisarah. Dia pulang ke tanah air tika Nur Ain Maisarah dan Tengku Amar sedang menyulam kasih. Dapatkah Tengku Amir mendapatkan semula cinta Nur Ain Maisarah? Bagaimana pula dengan Tengku Amar? Nur Ain Maisarah keliru antara cinta dan harga diri.

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 08:57:47 pagi    [Edit]
rowhoney...

aku pernah baca TANAH ANDRIANA tu.. mm...not bad...dan aku tak sangka ending buku tu cam gitu... NOOR SURAYA kan ...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

aneys
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 10:45:10 pagi    [Edit]
lobak-ko tuan umh kat sini ek..aku nk join gak..bleh ey..

tanah andriyana-blh tahan best gak citer tu..br tau citer psl asal usul keturunan dan kehidupan puteri jawa..tp tak tau btul2 ke tak..

--------------
**I DONT WANNA B...

202.58.85.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 11:51:01 pagi    [Edit]
mana lak budak kecik si aneys ni?dah balik dah ke? adik kecik aneys...udah dehh...nama ko dah masuk senarai dah...pas ni kena rajin2 singgah sini..takmo mcm kat KAD...asik2 tumpang lalu jek manjang.kat sini kita org lebih suka kalau ko dpat citer apa2 saja tentang novel atau penulis...nak kutuk2 novel pon kat sini gak...apa lagi penulisnya!ekekekekeke..

arenum
nape eh...tarak membaca lagi ke skg?apsal...mood membaca takde?erkk...

rowhoney
kalau ko tanya psl novel RAHSIA PERINDU mg fenin pala kalau membacanya...mg pon aku rasa sumer watak dalam citer tu sakit mental...termasuk dengan pembacanya sekali buleh tersakit mental sekali.serius tau...aku bila abes baca novel tu...mentak dan otak aku rasa sakit...tak pernah aku rasa sakit otak cam tu...berpusing2 rasanya...

[beskrem]
ko ni...menci aaa...tadi aku buzz ko takmo pon jawab.. aku ada hal nak tanya ko.tapi tak per jenet...mungkin ko bz.berbalik pd topik ni nak tanya ni..apsal cover HARGA DIRI tu gambar teddy bear...errkkk...comel sgt....geram betul aku...tapi tu dr publisher mana ha?cam bukan alaf jek..ecsb lagi ler bukan...

eh yg lelain tu kan...nak tanya kat korang ni...best ke tak citer MENCARI CINTA terbitan alaf penulis leeya mira?ni...adik aku ingat nak beli novel ni...aku plak kata nanti dulu...kang kalau beli tak bes dah rugi...kan jenet? so..oleh itu aku amat berbesar hati kalau korang dapat bagi nasihat ke apa kan psl novel tu...apa2 pon time kasih yek...

oh yer suria topik ni memang ler ada musim...cam time dapat gaji gak...kalau tgh bulan mandom ler jawabnya!ekekekekekeke...


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.152.:-)

attyra
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 12:55:25 tghari    [Edit]
erkk nak tanya.. tiba2 teringat..
dulu ada baca 1 novel nih tp x ingat tajuk aa
ada sape2 tahu tak???

pasal watak utama - heroin nih... waktu kat univ die mcm tomboy sket.. then terpaksa kawen sbb kawan lelaki dia raped dia... & takut pregnant...
then heroin larikan diri.. tiba2 dorang jumpa balik bila masing2 dah kerja... hero tuh keje kat 1 tpt ngan heroin nih..

atie lupa arrr tajuk dia

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 4:08:38 ptg    [Edit]
attyra
erkk...kalau tak silap aku tu citer ma lee chuswan kan?terbitan cesb...tapi tajuk dia cam ingat2 lupa ler.samada PERMATA HATI atau tajuk yg lain.rasanya aku pernah baca version yg ko citer ni...novel yg aku pinjam kat eskrem...tak pon samada novel yg lain...tapi version yg sama..entah ler jenet...dah ingat2 lupa ni...tapi kompom citer ma lee chuswan ada jln citer yg ko tanya tuh...nanti mintak kompom kat org lain plak yek....


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.168.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 16hb Julai 2005, 07:35:32 pagi    [Edit]
aku ader beberapa novel ma lee chuswan yg belum dibaca lagi..
novel ASSYIDA tu pun tak abis2 lagii

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.236.:-)

attyra
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 02:53:29 pagi    [Edit]
lobak atie pon rasa mcm terbitan cesb... penulisnyer mcm yg lobak cakap tp totally x ingat tajuk buku tuh
ingat nak cari... nak wat koleksi.. ari tuh x silap adik pinjam dr kawan dia
kes tumpang baca aje ler nih

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.94.58.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
14. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 11:40:20 pagi    [Edit]
atie
rasanya betul kot tajuk novel tu PERMATA HATI.watak pompuannya daring sket...rasanya sumer watak pompuan dari citer2 ma lee chuswan mg daring2 seh...tapi jalan citer dia ok gak...

weena
agaknya kan...ko bila nak abeskan dua novel tu?tu novel yg ko sewa kan atau ko beli...jeles tau kat sana ada novel melayu yg bleh sewa cam tuh...

eh yg korang2 yg lain kan...nanti masuk ler topik yg ni (kat sembang sastera ni gak).psl nak tau atau nak komen korang tentang penulis novel dan gaya penulisan yg korang suka...bagus gak nak tau ni...nanti masuk dan beri pendapat kat sini yek....

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=9363

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.250.:-)

jelatah
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 12:29:49 tghari    [Edit]
attyra


buku tu mmg Ma Lee Chuswan..tajuknya.." Selamat Tinggal Sayang"..heronya_hakim dan heroinnya_dee(puteri nur Deena)...citer ni mmg best...gak...aku ada koleksinya..ok jenet kalo nak betul2 pasti tny yg lain..aku pun dah ingat2 lupa.

--------------
Hidup TANPA tujuan lebih teruk dr hidup yg x mencapai tujuan....

219.92.206.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
16. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 1:16:20 tghari    [Edit]
jelatah
quote:
ok jenet kalo nak betul2 pasti tny yg lain..aku pun dah ingat2 lupa.


uikss....ko pon dah pandai nak jenet2kan org?

jelatan eh...ko pon banyak membaca novel kan...nanti rerajin le masuk sini ek...nanti aku masukkan nama ko tau jenet... dan lagi satu aku rasa betui aa tu tajuk citer tu selamat tinggal sayang...ni kompom ni...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.152.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 11:09:53 mlm    [Edit]
lobak...

sowi.. aku bz sangat minggu lepas. Naik semput aku.. minggu ni pun aku bz.. ada meting kol 930 karang.. sambung lak kol 3 petang karang.


Oklah.. buku citer HARGA DIRI tu ada dapat dari website yang mrs ally bagi.. ni web dia.. http://malay.rhythm.com.my/new_novel.asp

aku tgk mmg cute2 cover2nya. Buku2 ni dari RYHTM PUBLSHER...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 17hb Julai 2005, 11:38:31 mlm    [Edit]
buku baru...buku baru....



Tajuk: Emilya Zulaikha
Halaman: 448
Harga: RM17.00

Tragedi bermula apabila Asrul dan Emilya yang belajar di USM dipaksa memutuskan hubungan cinta mereka. Perbezaan agama, pangkat dan kedudukan keluarga menyebabkan Emilya meninggalkan Asrul tanpa sepatah kata.
Pemergian Emilya yang entah ke mana hampir menyebabkan lelaki itu gagal dalam pengajiannya. Namun, Asrul bangkit dan gagahkan semangatnya untuk belajar. Selepas patah hati, dia akur pada kehendak ibunya agar mengahwini Farida, adik angkat yang tinggal serumah dengannya sejak kecil. Tapi hubungan mereka tidak lebih sebagai adik dan abang. Farida sendiri menerima keadaan ini dan simpati dengan nasib Asrul.

  Setelah 10 tahun, Emilya muncul kembali di depan Asrul. Kenangan lama menggamit kembali ingatan Asrul. Hatinya teruja ingin mendekati wanita itu semula. Tapi bagi Emilya, Asrul sudah lama ?mati?. Dia pulang untuk mencari anaknya yang telah diserahkan pada Jabatan Kebaajikan Masyarakat. Dan kebetulan pula, anak itu, Zulaikha adalah anak angkat Asrul dan Farida.

Emilya berkeras mahu menuntut anaknya semula. Asrul terkejut, tapi perkara ini harus dirahsiakan daripada Farida yang sedang menghidap sakit buah pinggang yang kronik. Jadi, siapa yang harus mengalah? Asrul atau Emilya? Sesungguhnya tragedi air mata tidak harus berulang lagi?

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

attyra
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 00:20:11 pagi    [Edit]
jelatah
betul tuh... nama hero ngan heroin dah betul ler tuh
nnt masa nak beli buku baru.. leh cari sekali..

awal thn ari tuh atie beli 1 novel keluaran rhythm...
best gak... sempoi aje gaya penulisannya..
tajuk novel tuh Hanya Dikau

ini sinopsisnya...
quote:
Eka seorang gadis cantik, berperwatakan menarik dan disayangi teman-teman. Faris, merupakan pemuda yang menjadi sahabat baiknya, tempat dia berkongsi masalah dan bermanja. Hubungan rapat mereka menimbulkan pelbagai gosip. Hingga satu ketika, timbul perasaan sayang di hati Faris, namun dia membiarkannya saja. Eka sering bertukar teman lelaki walaupun sudah puas dinasihati oleh Faris. Entah bagaimana, kehadiran Ary memikat hati Eka. Hubungan itu mewujudkan konflik di antara dua jiwa ini. Pemergian Eka ke luar negara menimbulkan tanda tanya pada Faris. Adakah dia tersilap menduga hati Eka? Tidak pernah hadirkah secebis cinta untuknya di hati Eka?


offi topic
jenet ??? uwaaaaaaaaaa tingat kat member lama.. best fren kat cyber...

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

matiara1
Ahli Baru
20. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 06:09:38 pagi    [Edit]
tara.....

hai geng! aku baru jek khatam CINTA JANGAN KAU PERGI. novel KAK YATI.

ceritanya mengisahkan ZULFA yg kehilangan identiti, memakai pakaian lelaki kerana dikatakan comel begitu hingga zaman remaja di melbourne. kehilangan ibu semasa masih baby lagi. bapa berkahwin lain, tinggal di N zealand. difitnah lesbian, kerana berpakaian tomboy. anak org kaya dan berpendapatan hampir setengah juta setahun. mempunyai teman PARK KUEN sejak kecil lagi.

dlm buku ni menceritakan tentang penanaman ros di cameron highlands. banyak pengetahuan yg saya tak tahu tentang itu. bagus.

zulfa mangsa fitnah sejak tinggal di melbourne dan hingga ke malaysia (7 tahun gitu). fitnah berat lagi. dilamar oleh org yg menfitnah dan dlm masa yg sama abang penfitnah juga melamar. siapakah pilihannyer....

so, 4/5 bintang utk CINTA JANGAN KAU PERGI


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

Suria_Shafie
Ahli Interaktif
21. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 08:18:38 pagi    [Edit]
matiara..
ko membuatkan aku tak sabar2 nak beli karya baru kak yati..
hehehehe... hai gaji.. lambatnyer ko menjelma....

--------------
|... http://bangsalburok.blogspot.com...|

202.184.41.:-)

aneys
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 08:57:05 pagi    [Edit]
waaa...banyak nyer..tak tau mana satu nk baca nih..

--------------
**I DONT WANNA B...

202.58.85.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 2:42:46 ptg    [Edit]
eskrem

hehe.. silap lak tulis tajuknya.. betullah nama penulis tu.. aku panggil dia kak su.. skang ni dia bukak kedai buku under creative enterprise.. sebenarnya kan.. aku tak sempat pun lagi nak beli/baca buku tu.. ekeke.. yang aku leh promot coz aritu.. liena afiera malik (bukan puteri lindungan bulan) datang promotion kat kedai kak su tu.. dia sendiri minat baca cta novel tu.. so, mestilah best ek.. cuma aku jugak yang asik ketinggalan lrt.. eskrem, ko keja kat kedai buku ke? cepat nau dapat tau koleksi baru.. buku faisal tehrani, kua dak gi? aku tingin nak belilah..

lobak

memang gila aa cta tu.. aku dah berjaya baca till bab 30 dah.. mujur keja stail main2.. hehe.. sempat le melayan novel.. .. semua watak lam cta tu ada potensi jadi pesakit mental.. dengan aku2 ni pun cam dah nak mental dibuatnya.. tapi makin lama baca makin best coz bengang nak tau siapalah si leopard tu.. adakah aku? last2 dek kerana kurang kesabaran dalam diri ini maka.. aku telah menyelak di tengahnya.. haha! dapat lah tau siapa sebenarnya si leopard tu.. cheh! dah tak suspen.. padan muka aku..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.188.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 3:10:59 ptg    [Edit]
rowhoney
lorr...ko tak tau ker si eskrem tu tokei kedai buku dgn tokei cd cetak rompak?

ha...psl citer RAHSIA PERINDU eh...tu ler wat apa pi selak tengahnya...kan dah tak saspen jenet...

eh citer kak yati yg matiara kasik sinopsis tu cam best jek jln citernya...nak beli ke tak nak...beli...tak...beli...tak....beli...tak...beli...tak..beli...tak..beli...tak...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.157.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 01:34:00 pagi    [Edit]
rowhoney....

quote:
eskrem, ko keja kat kedai buku ke? cepat nau dapat tau koleksi baru.


aku ni ada gaya ke.... aku just bukak website novel2 jerk.. tu yang dapat info terbaru.. kekadang tu member2 yang bagi tau..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 11:59:10 mlm    [Edit]
aku baru jek dapat sambung citer SAAT CINTA BERSEMI citer damya hanna tu setelah kuperap berapa ketika setelah sibuk seminggu 2 ni.dah nak abes dah lagi 100 m/s.alahai..apa punya tinggi benor ler ego hero tuh...uihh...letih aku nak layan ego cam ni...tu kalau aku ler jadi heroin...aku ketis jek laki cam tuh...!kui kui kui...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.164.:-)

mrs_ally
Ahli Baru
27. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 02:46:13 pagi    [Edit]

Kenapa yer ruangan ni semakin malap jer skrg tak meriah macam dolu2.... ohh mungkin kawan2 sibuk membaca novel kot ......

218.208.124.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 05:11:57 pagi    [Edit]
mrs ally..

quote:
Kenapa yer ruangan ni semakin malap jer skrg tak meriah macam dolu2.... ohh mungkin kawan2 sibuk membaca novel kot ......




aku minggu ni mmg sibuk giler... ym pun takleh nak on..dari pagi sampai ke petang.... pening kepala aku...
buku citer aku ni, bawak p bawak p..baca tak jugak... kat rumah .. dah letih.. baca 2-3 ms, aku pun belayar...

minggu depan mungkin free kot...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 06:01:55 pagi    [Edit]
tetengah bulan ler ally..!tapi aku ni tak kira tgh bulan ker...tgh tak baca novel ke...aku tetiap hari mesti nak masuk sini gak...sbb aku suka topik kat sini....tak kira ler aku merayau kat ceruk mana MDC ni...topik ni tetap di hatiku...huhuhhuuhu....

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.154.:-)

hensem
Ahli Setia
30. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 10:30:25 pagi    [Edit]
tumpang tanyer...
novel apa yang paling best skang...

--------------
nama satu doa

202.190.136.:-)

maisa
Ahli Setia
31. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 11:00:06 pagi    [Edit]
kabare semua....
lobak, eskrem,dlll ... lama tak posting sini... tiap2 hari pun baca perkembangan korang... tapi maisa plak tadek aper nak citer pasal novel ni.... la ni tengah cuba baca terima kasih kekasih ... novel kak yati.. yang musti ramai org dah baca... macam biasa... novel dia pinjam kat kawan jer...

lobak...
ko dah khatam kan novel baru fauziah ashari tu... berapa ko bagi bintang kat novel tu???

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
32. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 1:40:50 tghari    [Edit]
alooo... maisa long time ni see..ehehehe..pada hal baru seminggu 2...
quote:
lobak...
ko dah khatam kan novel baru fauziah ashari tu... berapa ko bagi bintang kat novel tu???

uish...citer CINTA...TIADA AKHIRNYA tu dah lama dah khatam...sejak beli ari tu...2 ari dah abes dah baca...ko tak abes lagik ke baca citer tuh?uih...lama tu...dah nak dekat sebulan kan...hmm...ok citer tu...penuh konflik...sumer rasa ada...tak rugi ler beli...kat novel ni kasik 4/5 bintang aaaa....

hmm...tadi kat opis aku dah kasi abes kat novel damya hanna tu..SAAT CINTA BERSEMI tu...hmm yg citer ni...not bad aaa...tapi apa2 pun aku lagi suka 1st novel dia...tak tau nape...citer ni mcm kurang ramuan lerr....kasik 3/5 bintang ajelah...ok...tu just my opinion...lain org lain plak penerimaannya....kan jenet???



en. ensem
lain kali rerajin ler jengah sini...pehtu baru tau citer apa yg beh..mana yg tak beh...susah mau cakap ooo...minat org ni lain2....


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.160.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 11:21:41 mlm    [Edit]
buku baru dari CESB...


--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 11:26:21 mlm    [Edit]
malas nak edit... ingatkan takde kat website dia.... so ni aku paste dia nyer sinopsis je tau... cover rujuk kat atas nun...

Kau Yang Satu
Haimy Ajmin

Sebagai jejaka yang digilai oleh ramai gadis remaja, Duan lewati musim-musim cintanya dengan penuh kenakalan. Namun tatkala ditangkap basah, Duan buktikan cintanya selama ini bukan sendaan. Ada keikhlasan yang cuba dijulang, ada harapan yang bukan mainan. Dan janji-janji lalu juga bukan satu gurauan. Lalu tatkala muazin melaungkan azan Subuh, Maira dan Duan selamat diijabkabullkan... tanpa arakan kompang, tanpa renjisan mawar, mempelai diusir - terbuang, putus sudah kasih sayang. Namun malam pengantinnya tidak gerhana, walau bulan madu di bangsal usang hanya bertemankan si air mata. Kerana cinta bagi mereka, adalah memberi dan menerima, berkorban selagi hayat dikandung badan. Apalah sangat dengan dugaan yang menimpa, jika dihitung pada cinta mereka yang umpama bintang-bintang yang bertaburan di dada alam ... berkelipan dan sentiasa menyinar



Bahagia Itu Miliknya
Rozita Abd Wahab

Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...

Realiti
Abdul Rahim Awang

Cinta itu telah membutakan matanya. Mengheret- nya dalam kancah rumah tangga yang penuh kekejaman. Bila nafsu ditindas buas... bila kasih sayang diperkosa penuh kejam... apalah ertinya sebuah perkahwinan. memiliki seorang suami yang tidak tahu menghargai, lebih baik mati daripada diseksa sampai mati. Masliza sengsara... Masliza menderita jiwa dan raga. jalan ke luar juga bagai dipenuhi cerucuk... tersalah langkah, maut menanti- nya di mana-mana. Sedang dia perlu hidup untuk seribu tahun lagi. Demi Sarah, permata hati yang disayanginya. Lantaran tidak ingin mengaku kalah, Masliza menyerahkan seluruh jiwanya pada Ron. Bersama lelaki itu, Masliza temui cintanya yang hilang, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus nafsu yang tidak bertepi... demi memohon pelindung untuknya bernaung. Ketangkasan Ron, satu kekaguman padanya.




cam best2 jerk buku2 ni.. lupa lak nak mintak duit kat abang.. ada yang aku pakai duit 'plastik' ni kang.... sib baik ler aku dlm minggu ni dari kol 8-6 dok jerk kat opis tak kuar2... mkn pun idak... gara2 ISO.. hampeh tol..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
35. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 00:01:20 pagi    [Edit]
uwaaa....buku baru lagik!

erkk...eskrem...buku KAU YG SATU tu macam best jek...

eh yg citer ABD RAHIM AWANG tu...cam lain sket ajek dr dia novel2 dia sebelum ni...
eekk...citer psl keretakan rumah tangga plak...
hmm...lemahnya aku kalau citer psl penderitaan umah tangga ni..
tapi aku suka gak kalau citer abdul rahim awang....
oleh itu haruskah aku dapatkan novel REALITI ni di pasaran?

anyway eskrem...thankx 4 info...


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.162.:-)

matiara1
Ahli Baru
36. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 00:34:56 pagi    [Edit]

lama aku tak conteng kat sini, just sambil lalu baca terus blah.
sekarang ni aku tengah baca TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG penulis favourite aku, JOHN NORAFIZAN, buku terbitan kesayangan aku, CEST, harganya, RM 29.90.

buat masa nih tak leh bagi ringkasan ceritanyer lagi sebab baru separuh dpd 718 mukasurat. ceritanyer amat nerujakan hingga sanggup ku skip lunch utk membacanyer. tapi aku sayang nak habiskan buku tu.

jika ada sesiapa yg mahu membelinyer, beleklah majalah gila-gila, ada jualan pra-cetak, 20% less, kerana buku ini tiada di pasaran lagi.

dan jika mau beli ini buku, aku nasihatkan beli dahulu buku yg terdahulu iaitu SEMPADAN TANPA SERI, harganyer RM 21.90 penulis yang sama. kerana watak mempunyai hubung kait watak hero dizaman silamnyer.....

wa cakap lu, tak rugi bajet makan tengahari hang semua beli dua-dua buku ini. pasti anda akan menyukainyer....


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

Suria_Shafie
Ahli Interaktif
37. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 00:36:39 pagi    [Edit]
semalam beli Sayang Tak Terucap (Norhayati Berahim) dan Nota Luka III (Sabariah Araur).... tak sempat nak tunggu gaji dah... hheheheh...

--------------
|... http://bangsalburok.blogspot.com...|

202.184.41.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 02:49:42 pagi    [Edit]
mmm... lobak.... buku yang ko cadangkan tu cam ada apa2 jerk.... ...

aku kat rumah dah terlalu byk tajuk kau yang satu, antara kau dan aku... antara kau dan dia...pening aku...

tapi akan ku beli gak buku2 ni... silap ari bulan aku tenyeh kad jerk.. wakakakkaka....


tensen tensen tensen..... minggu ni mmg kene skip lunch.. sb terlalu sibuk... ni pun aku interframe jap ....

matiara... ko ni cam aku ler.. sayang nak abiskan buku cite tu lebih2 lagi kalau buku tu terlalu sedap. Cam aku baca USLYPKC... mmg sayang giler nak abiskan... bacapun dengan penuh berhati2.. tak moh tertinggal walau satu uruf pun.... tapi dlm sayang2 tu, still rasa tak sabar nak tau endingnya...


tensen dah mai................

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
39. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 05:18:17 pagi    [Edit]
eskrem
quote:
mmm... lobak.... buku yang ko cadangkan tu cam ada apa2 jerk....

belum lagi aaaaaa....

matiara
tunjukkan aku satu bintang...hmm...ko citer buat aku teruja jek...nanti nak pi usha novel ni...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.154.:-)

cikciti
Ahli Aktif
40. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 05:26:48 pagi    [Edit]
hari tu terbaca citer dekat di hati (alaf21 punye) tak best langsung...citer dia mcm utk budak2 stpm tuh....

202.184.211.:-)

matiara1
Ahli Baru
41. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 06:53:44 pagi    [Edit]
quote:
(alaf21 punye) tak best langsung...citer dia mcm utk budak2 stpm


cikciti,

kita alaf 21 beli gak dan tak penah miss (kecuali penulis tak sedap). tapi kita lebih suka CESB sebab kebanyakkan ceritanyer berat (penulis terpilih). alaf 21 terlampau ringan bak tisu.


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

anieaina
Ahli Baru
42. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 07:18:56 pagi    [Edit]

Lama dah tak tinggal jejak kat sini.

matiara
kita dah habis baca dah baca buku tu. Betul kata awk sapa nak baca buku ni kena baca buku
SEMPADAN TANPA SERI. Cite dia mmg best. Sekarang tgh baca BUKAN CINTA BIASA (LILY)

rowhoney
Buku kak su Tanah Adriyana kita dah baca tapi kak su ada juga buat sbgan cite ni di blog dia.

* Mesej ini telah disunting oleh anieaina pada 21hb Julai 2005, 07:20:32 pagi

--------------
Haruskah sebuah kehidupan yg dibina bersama cinta dan harapan dihancurkan dgn kebencian

219.95.250.:-)

mrs_ally
Ahli Baru
43. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 07:24:29 pagi    [Edit]

matiara & anieaina
Anda berdua ada ym tak ... kalau ada u pm kat i boleh tak ... senang i nak tanya pasal novel2 ni kat u ....

Matiara u ada senarai novel2 yang best tak .... kalau tak keberatan boleh pm kan kat i tak ....

218.208.124.:-)

mizzmizza
Ahli Setia
44. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 07:25:29 pagi    [Edit]
alloo geng...
tompang lalu ye (lobak soh ckp camtuh)
hehehhehehe

--------------
:: Tak udah diucap, tak usah dilafaz... aku dah mengerti bahasa cintamu....... ::

203.106.229.:-)

cikciti
Ahli Aktif
45. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 09:33:15 pagi    [Edit]
matiara bukan semua alaf21 cam gitu..yg ni je...yg lain2 semua best2 nangis2 baca especially ombak rindu.......best betul........cesb tak pernah beli sbbb nampak mcm tak best je...anyway ada suggestion ke

202.184.211.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
46. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 2:19:48 ptg    [Edit]
ehai mizzmizza ku cayangggg.... tumpang lagu jek?bukan nak kata.... 'can i pass away ?' ...iyalah rajin sangat kan singgah sini...tu pon sib baik aku 'tercall' ko tadik....kalu tak haram nak singgah sini...

oh yer...tadi aku nak baca novel alaf ni..aku rasa citer ni lama tak lama ler...citer apa eh tajuk dia?lupa plak..malas nak selongkar dalam beg keje...tapi yg pastinya citer aina emir...yg watak utama nama risya dgn reeza.erkk...tatau ler nape...mula2 baca...cam boring sket...so gamaknya...taktau ler bila buleh abes citer ni...

cikciti
minta maaf sbb lambat masukkan nama dalam senarai.ingatkan nama dah masuk sebelum ni...bila check balik....blum ada...sori eh.ha...nama ko dah masuk senarai...rerajin ler konsi info...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.163.:-)

attyra
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 00:08:56 pagi    [Edit]
lobak
novel tuh tajuk die.. seharum kasih.. mmg pening gak baca novel tuh.. asyik rasa x puas hati jek.. lembab pon ada

erkk lobak.. suggestkan kat atie tajuk2 novel yg best..
ingat ari sabtu nih nak ghi minerva sbb gi jln2 kat situ..

novel yg ada harapan utk dibeli

1. Sayang Tak Terucap (Alaf21)
2. Saat Cinta Bersemi (Alaf21)
3. Semusim Rindu (Alaf21)
4. Dekat Dihati (Alaf21)
5. Selamat Tinggal Sayang - lobak ke eskrem yg cakap (CESB)


erkkk 1 lagi tajuk novel FA tuh apa ek?
keluaran apa ek..
pastu nak tgk2 novel terbiatan rythm gak..
aduhaiiiiiiiiiii kering poket den

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

matiara1
Ahli Baru
48. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 00:15:55 pagi    [Edit]

cikciti, betul tak semua alaf tak sedap. ini cuma saya punyer pandangan saja. dan pengalaman saya membaca kedua-dua terbitan ini.

saya lebih suke terbitan CESB, mungkin faktor umur. alaf mungkin berat kepada pembaca remaja.

faktor kedua mungkin disebabkan harga CESB agak mahal berbanding alaf. (covernyer dilukis tangan) tapi saya tak kisah, sebab yg penting qualiti cerita itu sendiri (juga lihat siapa penulisnyer)

saya suka mencadangkan cikciti membeli satu buku CESB bertajuk WARISAN - ABD TALIB HASSAN - RM35.00. Pasti selepas membaca buku ini, bukan saja cikciti jatuh cinta dgn CESB malah dgn penulisnyer sekali. saya sendiri mempunyai mungkin kesemua buku tulisannyer (18 buah).

sekian.

--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

cikciti
Ahli Aktif
49. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 00:33:29 pagi    [Edit]
alamak lobak...aku ni suka baca je apa yg korang tulis...jrg2 buat ulasan kat sini...anyway tq jugakla sbb masukkan nama aku skali

202.184.211.:-)

ella973
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 01:04:41 pagi    [Edit]
PENGUMUMAN

KAT BLOK B8, PARCEL B, KOMPLEKS JPM PUTRAJAYA

diadakan jualan termasuk jualan buku/novel, dengar kata ada diskaun 20%...ishhh ni yg nak pi nih... tapi ada meeting lak pg nih...

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

58.26.0.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005