Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Ramadhan 1435 @ 25hb Julai 2014, 03:21:50 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Automotif  
(Pengendali : zacks)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Bateri Kereta : Bateri Kereta:Berapa lama boleh tahan....??
Ainalina
Ahli Baru
1. Dihantar pada 11hb Julai 2005, 10:06:27 pagi    [Edit]
A'kum...semua.

Nie nak tanya ler kat kekawang MDC ni, camna nak jaga betri kereta? Biasanya beteri kete ni tahan lama mana ek? Saya selalu gak check air bateri nie...kalo kurang tambah jer sampai kat had dia tuh..Tp nak tahulah jugak..biasanya boleh tahan sampai brp thn? takkan nak pakai tambah jerrrr sampai bila2. Kalo kita jaga air dia jer...x kan rosak ker? apa tanda2 beteri dah nak rosak...

Ma kacih sape2 yang bagi pendapat tuu....

4 your info...i pakai kete Wira 1.5 Auto.

192.198.147.:-)

bangmie
Ahli Baru
2. Dihantar pada 11hb Julai 2005, 11:31:01 pagi    [Edit]
tanda2 bateri nak rosak.
1. nampak hablur2 putih keluar dari salah satu atau kedua-dua conet.
2. kuasa bateri semakin kurang, kalau nak hidupkan enjin agak payah, lagi2 masa enjin sejuk.

tu sikit yang aku tau, kalau salah, tolong tunjukkan...
pasal tambah air bateri tu, nak kena cukup syarat gak.
kalau boleh, biar semalaman bateri jangan digunakan.
Jangan guna alarm elektronik. Kunci kereta secara manual.
Pagi-pagi2 baharulah tambah air bateri tu. Dan terus charge.
Hidupkan enjin dalam setengah jam. Ini bagi memanjangkan
usia bateri.

AWAS : Jangan sekali-kali tambah air bateri semasa air
di dalam bateri mempunyai gelembung2 udara yang agak banyak.
Ini menunjukkan bateri masih aktif dan kuat casnya.

Bagi memanjangkan usia bateri, senang sahaja, kurangkan
penggunaan elektrik. Dan jangan selalu guna tanpa enjin
dihidupkan. Usia biasa bateri kereta adalah dalam masa 3 tahun.

--------------
di mana ada mula, di situ ada akhir...

219.94.45.:-)

Ainalina
Ahli Baru
3. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 03:12:26 pagi    [Edit]
ooooo ittu macam kaa....so bateri kete saya masih o.k lagilah yek?
Tak ada tanda cam saudara katakan tuh....
thanks 4 your infoo....bukan apa, pompuan biasa lahkan, bukan tahu sgt pasai kete nih..

192.198.147.:-)

AhmadRazin
Ahli Baru
4. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 03:59:57 pagi    [Edit]
salam,

quote:
bukan apa, pompuan biasa lahkan, bukan tahu sgt pasai kete nih

..bukan alasan. Untuk pengetahuan lelaki pun bukannya tahu semua... termasuklah

dari pengalaman saya berkereta, kalau air bateri dijaga dengan baik, boleh tahan paling lama 2 tahun. . paling sekejap 1 tahun. kurang 1 tahun kalu claim warranty

selamat berkereta...

219.95.195.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 04:56:01 pagi    [Edit]
quote:
bukan apa, pompuan biasa lahkan, bukan tahu sgt pasai kete nih..


tak gak..ada sesetengah tu lagi advance dari lelaki...hehehe...lagi satu..sebab kita yang tanak amik tahu, tahu bawak jer...

tak pun kalau malas jaga or tak rajin nak isi air bateri..pakai jer "battery maintenance free"..tak payah pakai air..costly RM250+++. jangka hayat -+ 2 tahun lebih.. (kalau ada stereo system heavy duty..jangka hayat pendek skit la). Nak tau camner nak abih/kong..dia ada indicator (bulat)..kalau hijau mean ok, kalau gelap - nak kong..kalau ring hijau mean nak kena caj (about 10 min..dah full).. sonang!

Jaga bateri kereta secara berkala - Harian Metro

BATERI boleh dianggap sebagai nadi yang menggerakkan kereta anda. Justeru, penjagaan bateri perlu dilakukan secara berkala bagi mengelakkan kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan, sekali gus membantutkan aktiviti harian anda.

Beberapa panduan penjagaan bateri kereta yang dipaparkan boleh membantu anda mengelak kejadian tidak diingini.

- Periksa paras elektolit berkala. Lihat pada bateri kenderaan anda (gunakan lampu suluh jika keadaan tidak jelas), pastikan paras penunjuk elektrolit bateri kenderaan anda berada di antara paras maksimum dan minimum sepanjang masa.

- Jangan biarkan paras elektrolit berada di paras rendah (minimum) ataupun melebihi paras maksimum.

- Tambah air bateri jika ia berada di paras minimum.

- Apabila membuat penambahan air bateri, gunakan air suling dan elakkan daripada menggunakan air galian.

- Periksa ketumpatan bandingan selalu. Cas bateri sekiranya ketumpatan bandingan berada dalam keadaan nyahcas untuk masa yang lama.

- Gunakan jeli petroleum pada tambatan bateri untuk mengelakkan pensulfatan dan periksa sambungan sama ada ketat atau sebaliknya.

- Pastikan palam pengalih udara ketat dan pastikan liang pengalih udara tidak tersumbat.

- Gunakan asid sulfik gred bateri apabila mengisi bateri yang baru.

- Pastikan bateri ditambat kukuh pada kedudukannya. Jika tambatan tidak kuat besar kemungkinan bateri tidak dapat berfungsi.

- Periksa penyambung bumi daripada berkarat dan kakisan.

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 14hb Julai 2005, 03:00:31 pagi

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

TJ_04
Ahli Setia
6. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 07:31:48 pagi    [Edit]
nak senang pakai bateri kering tu je........tak yah risau pasal nak tambah2 air......aku lak dpt harga staff price.........1 bateri kurang dari rm100....... ....kalau kat luar, rm 2XX

--------------
be yourself!

219.95.29.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 08:18:02 pagi    [Edit]
wah TJ murah benoo..dulu MR beli RM280 tau.. TJ nih keje kat mana if you don't mind?? tp betul kalau malas nak isi air etc..better pakai bateri jenis nih... even MR punye bateri tu pun over 2 yrs dah pakai...

tp nx time kalau bateri out boleh mintak staff price ngan TJ tak hehehe.. kalau tanak kasik staff price..jual la ngan rege tak lebih RM200 hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 12hb Julai 2005, 08:20:15 pagi

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

nur312003
Ahli Setia
8. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 08:31:21 pagi    [Edit]
bateri keta akak tahan 4 tahun...baru la ni tukar....tapi kete kancil je...

161.139.186.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 08:47:37 pagi    [Edit]
akak nur nih mesti guna kete or stereo ngan yang sewaktu ngannye tahap minima..tu yang tahan 4 taun tu..ke bawak kete jarang2?..gurau jer ye kak nur..

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

TJ_04
Ahli Setia
10. Dihantar pada 13hb Julai 2005, 03:37:34 pagi    [Edit]
MR,

TJ bukan keje kat situ.........cuma supplier tu member2 gak....stok pula, bukan leh dpt selalu.....setahun beberapa kali je......tapi , kalau nak beli, kitorang kena beli sekotak..........baru leh dpt harga tu....biasanya.........kitorang kongsi beli dgn member2........

--------------
be yourself!

219.95.30.:-)

nur312003
Ahli Setia
11. Dihantar pada 13hb Julai 2005, 04:00:43 pagi    [Edit]
Mrs Red

akak jarang pakai aircon , radio.... kalu gi keje pagi...sujuk....kalu bawak anak je pakai aircon...lagi pun tak pikap le ... pakai kete pegi balik keje je...sebulan sekali balik kg kat melaka.... sayang kete tu, akak mmg jaga punya...kete cari makan

161.139.186.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 13hb Julai 2005, 3:00:10 ptg    [Edit]
saya pun guna bateri kering gak.. beli tahun lepas lam RM125 je.. heh.. ada efek tak kalau kita selalu caj tipon lam keta?

MR n TJ,
tak retilah nak tengok kat bulat2 tu coz dari awal.. tak nampak kaler ijau pun? dia patut kaler ijau terang ke ijau gelap? ntah2 cina tu jual kat saya hak 2nd hand ek.. tu pasal murah je.. betul ke rate dia RM2++? musykil lak..

* Mesej ini telah disunting oleh rowhoney pada 13hb Julai 2005, 3:02:14 ptg

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.188.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 14hb Julai 2005, 03:05:42 pagi    [Edit]
rowhoney.. indicator tu bukan kat luar la my dear..dia kat penutup belah dalam..memang tak nampak sangat unless u kat tempat direct sunlight..takpun suluh jer mesti nampak..

try tengok...

bab harga b 4 nih dia ikut saiz bateri NS40,NS70 etc tp skang nih semua dah standard size..harga rata2 skang nih RM250++.

betoi ke TJ???

charge hp..takder makan banyak sangattt bateri kete...

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 14hb Julai 2005, 03:45:15 pagi

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

TJ_04
Ahli Setia
14. Dihantar pada 14hb Julai 2005, 03:21:13 pagi    [Edit]
TJ pun tak tau......tak penah charge henpon dlm kete.........asyik rosak je punat dia tu......

pasal rege tu.......mmg RM2XX.....siap ada gerenti lagi...........tapi kalau boleh dpt 1xx dari kedai cina, muskil gak tu..........

la ni TJ dah pakai dekat 2 tahun.....so 2 tahun la tak payah isi air.......sesuai utk org malas nak check air bateri ni..

--------------
be yourself!

219.95.172.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 14hb Julai 2005, 11:53:11 pagi    [Edit]
mrs red..

pagi tadi berjaya gak tengok kaler ijaunya.. selama 10bulan guna.. baru arini dapat tengok kaler indicator tu.. selama ini ingatkan kat atas tu je.. tadi bila belek betul2 n tenung dalam2.. barule tau.. hehe.. kat dalam rupanya dia nyorok

anyway, tq..

TJ..

tulah kan.. caner leh jadi seratus lebih je.. takpelah.. selagi tak mendatangkan masalah.. hehe..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.191.:-)

Ainalina
Ahli Baru
16. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 10:46:43 pagi    [Edit]
Bateri kering?...x pernah dengar laa sblm nie.. . Apa beza nyer? Jangan lak jawap bezanyanya... kering ngan basah lorrr Maksud i, mana lebih baik? Kalau nak bteri kering...just bagitau kat pomen jer ker?
Sorry ekk..nie mmg sah x tau pasai kete nih...

192.198.147.:-)

TJ_04
Ahli Setia
17. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 02:58:55 pagi    [Edit]
bateri kering ni, bateri yg tak payah nak isi air bateri mcm bateri biasa tu..........kelebihan dia sesuai utk org yg malas nak check air bateri..... tapi rege mahal skit dari bateri biasa................

--------------
be yourself!

219.95.29.:-)

Tuk_Gawo
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 04:35:38 pagi    [Edit]
Tuk pun belum berkereta lagi...

leh tak kalo...yerlah dah ada duit sikit nie...Tuk beli Bateri Sel Kering tue dulu...simpan kat umah...kira lama gak arrr...dalam 3-4 tahun...

pehtu baru pikir nak beli keter...leh ker...

--------------
misteri di alam nyata...

202.21.224.:-)

eicha
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 08:30:09 pagi    [Edit]
Tuk,

bleh aje. beli la partē yg tuk rasa mampu. beli wiper dulu ke.. pastu baru beli lampu, pastu beli tayar.. pastu lastē pasang sendiri keta tu.

bateri keta eicha tahan 2 1/2 tahun. kebetulan ada kat workshop keta tukar tayar.. bateri dia terus abis. tukar terus. tapi time tukar bateri besor skit.. selalunya tambah air bila pi servis keta. kalau tak.. my brother tukang check kan.

info tambahan utk tambah jangka hayat bateri (ni dpt dr salesman keta dulu):

sblm matikan enjin, switch off dulu aircond dan radio.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 3:11:16 ptg    [Edit]
quote:
Tuk beli Bateri Sel Kering tue dulu...simpan kat umah...kira lama gak arrr...dalam 3-4 tahun...

pehtu baru pikir nak beli keter...leh ker...
quote:
bleh aje. beli la partē yg tuk rasa mampu. beli wiper dulu ke.. pastu baru beli lampu, pastu beli tayar.. pastu lastē pasang sendiri keta tu.


amacam tuk gawa? ok gak idea eicha nih.. ekonomik gitu..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.188.:-)

eicha
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 01:37:41 pagi    [Edit]
arwah kawan aku memang pasang sendiri keta dia. dia import parts dr UK utk koleksi keta ford dia.. sampai aku panggil dia 'abg ford' tapi dia takde la beli partē cenonet cam wiper tu.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 03:12:10 pagi    [Edit]
quote:
sblm matikan enjin, switch off dulu aircond dan radio.
-> ada gak ke spesis mati enjin dulu baru off aircond/radio? hehehe..

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005