Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 5hb Syawal 1435 @ 02hb Ogos 2014, 08:22:58 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Negeri , Kelab & Jejak Kasih  
(Pengendali : UGLY)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Club : Ibu Mengandung 42
cikgu_taska
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:20:44 ptg    [Edit]
Club ibu ibu as at 28 June 2005

Dalam Pantang :
1. Diina ( 7/5/05-girl : 2.45kg )
2. balqis ( 7/5/05-boy : 3.3kg)
3. alya 185 : 24 Mei 2005
4. zharre: 25 Mei 2005
5. Pure: 18 June 2005(Nama Baby : Tuah Muhammad)

SEDANG DALAM PENANTIAN :

Julai
1. epal merah : 1 Julai 2005
2.ngah-2 : Julai 2005
4.Alina: 7 Julai 2005
5.ewie_reqina : 3 Julai 2005
6. sayangmoon : 22 Julai 2005
7. mama_aina : 24 Julai 2005

Ogos
7. Danik : Ogos 2005
8. maria : Ogos 2005
9. sirna : Ogos 2005
10. kittun : 7 Ogos 2005

September
11. mamanisa : September 2005.
12. fahima : September 2005
13. dyana00 : September 2005.
14. Vico:September 2005
15. DeLia75 : 20 September 2005
16. kuwehkeria: 22 September 2005*
17. vogue2704 : 25 September 2005

Oktober

18. ananipa : Oktober 2005
19. dikme : 4 Oktober 2005
20.cikgu taska : 6 Oktober 2005
21. mama hana : 9 Oktober 2005.
22. liyana 79 : 22 oktober 2005


November
22. ezlyn : November 2005
23. ummie : 15 November 2005
24. aysar naylah : november 2005
25. wewma : 3 November 2005
26. sriputri : 5 November 2005
27.shiro_fuyu:8 November 2005
28. Asmaan : November 2005



Disember
28. ezzy : 6 Disember 2005
29. Daketor :13 Disember/16 Disember 2005
30. viruspadu : 26 Disember 2005
31. Nor022275: 24 Disember 2005

Januari
32. aN Ne : 11 Januari 2006.
33. rimbunan : Januari 2006
34. Juita77 :26 Januari 2006

February
35. kachang : 16 Feb. 2006

So kat sini ada sedikit list keperluan barangan Bayi..Harap dapat membantu semua ibu-ibu yg masih lagi keliru atau tercari-cari barang keperluan bayi..Thanks o Waha...

quote:
Barang² keperluan bayi (yg diambil dari pengalaman org & pengalaman sendiri) :
1.Baju & seluar - 6 pasang (lengan panjang beli 1 aje dah… panas)
~ beli macam² colo & saiz (klu saiz new born 2 @ 3 pasang aje cukup ~ baby cpt besar).
2.Sarung tangan dan kaki - 5 pasang.
3.Topi baby utk mengelakkan ubun² sejuk – 1 aje cukup.
4.Bedak, sabun, syampo, minyak rambut – 1 set kecil aje. (Nanti mesti dpt hamper punya)
5.Lampin – 1 dozen (guna utk bedung baby)
6.Diapers size S @ new born (beli brand murah aje dulu coz baby kerap berak)
7.Selimut baby – 1 helai
8.Towel – 1 helai @ beli set kembar pink & blue
9.Barut – 5 helai (seelok²nya buat sendiri pakai tali ~ 17cm x 46cm)
10.Kelambu – 1 jer
11.Tilam baby
12.Bantal – 1 kepala 2 peluk (kalau boleh beli yg kekabu)
13.Bantal separuh bulat (yg dekat tengah² tu kosong) ~ sesuai bagi kepala baby licin @ straight
14.Botol susu – 1 botol besar & 1 botol kecil
15.Tisu basah – 1 botol besar
16.Kapas @ Cotton bud
17.Tisu kotak @ tisu bulat
18.Minyak telon utk mengelak perut kembung
19.Krim utk ruam lampin (Drapoline). Tapi waha guna bedak Peksan. Boleh dpt kat kedai ubat cina.
20.Plastik alas tidur
21.Besen mandi baby
22.Bakul letak kain baju
23.Bakul sampah kecil
24.Pam perah susu

Keperluan tambahan (klu perlu)
1.Katil baby @ Play pen
2.Buai
3.Buai mcm kerusi baring (yg boleh enjut² tu)
4.Kereta sorong
5.Kerusi dlm kereta
6.Walker (Klu 5 bln ke atas)



Terdapat satu lagi topik berkenaan Info Ibu Hamil dibahagian Sembang Kesihatan, Petua Dan Kecantikan..Jom jengah..

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=8502

Ok..kepada pembuka topik yg seterusnya..Harap jangan lupa pastekan sekali list ibu mengandung dan list barangan baby tu key..

Wassalam

* Mesej ini telah disunting oleh cikgu_taska pada 04hb Julai 2005, 11:58:21 pagi

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.49.75.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:24:23 ptg    [Edit]
Assalamualaikum...

Heheheh..jenuh gak tunggu selama 10 saat ada tak yg nak buka rumah baru..bila cari balik topik kak sirna dah kena lock..so aku bukak rumah baru untuk semua ibu mengandung..hehhehe

Tadi pagi aku gi scan..berdebar tul rasanya..lagi ler time tu rasa dia makin asyik bergerak-gerak..lagi aku takut..bila scan..alhamdulilah semuanya ok..tapi tak dapat tengok lagi girl ke boy..Laki aku macam frust jugak..heheh...apa nak buat..dia nak main nyorok-nyorok dulu..

* Mesej ini telah disunting oleh cikgu_taska pada 29hb Jun 2005, 1:58:21 tghari

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.49.75.:-)

Tuk_Gawo
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:43:10 ptg    [Edit]
awal tawun nie...Tuk ader beli satu hamper barang baby kat Semua House...brand 'PUREEN' ok ker? Tuk belikan utk baby abg Tuk...kira anak sedara arrr...ok gak barang tue...siap dgn baju dan seluar...

nak tanya sikit...pasal nie...
quote:
4.Bedak, sabun, syampo, minyak rambut – 1 set kecil aje. (Nanti mesti dpt hamper punya)


tanya sikit...Minyak Rambut tue yang Brylcream ker atau Johnson & Johnson...

--------------
misteri di alam nyata...

202.21.224.:-)

yusmar
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:47:08 ptg    [Edit]
cikgu~ syokkan kalau dpt tengok baby bergerak. Takpe lah mungkin next mth boleh nampak....dia malu nk tunjuk!.

Waha...oh! paham lah kalau yg tu. Jambu batu pun takleh.
Lepas pantang hari tu tingin sgt nk makan rojak. Tapi semuanya dlm tu benda sejuk2...last teringat kat office diorang slu mkn carrot/epal/tomato buat rojak. Apa lagi pulun le!. Tapi jenuh gak...sakit perut sbb lama x mkn pedas walaupun rojak tu x lah pedas sgt.

Tuk~ slunya sapu baby oil. Ada beberapa jenama. johnson2 pun ada. Jgn pulak di taruh brycream tu!

* Mesej ini telah disunting oleh yusmar pada 28hb Jun 2005, 4:50:07 ptg

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

nafizah
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 5:20:40 ptg    [Edit]
tuk
jgn la sapu brylcreem tu...

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.202.:-)

Tuk_Gawo
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 5:24:26 ptg    [Edit]
Yusmar
ooo...baby oil...Tuk ingatkan Brylcream...hehehe...
setau Tuk yang Johnson & Johnson arr...

Nafizah
fuiyyooo...kalo Tuk sapu Brylcream...tentu baby tue berkilat terus rambut dia...ngalahkan John Travolta...hehehe...

--------------
misteri di alam nyata...

202.21.224.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 5:33:55 ptg    [Edit]
nafizah & waha
biasa la kalau lps bersalin period mmg selalu buat hal skit.. ada org lambat dtg period semula..so fizah tak yah nak risau... kdg tu mmg lambat sampai 3/4 bulan pun ada especially kalau yg menyusukan baby sepenuh masa mmg lagi le lambat.. kdg tu setahun dua thn pun tak period lagi...

cam kes waha tu.. sirna dulu pun camtu masa lps bersalin yg 1st dulu.. period mmg tak tentu..kdg lama kdg kejap.. pastu cycle mmg lari teruk sgt... kdg tu 2 kali sebulan baru period kdg dlm sebulan 2 kali lak period.. tu mmg perkara normal... rajin2 le amik EPO atau amik lain2 produk yg bole regularkan balik period tu..cam sendayu tinggi pun ada kot...

Tuk
jgn le sapu brylcream lak.. baby oil tu le minyak rambut baby bukannya minyak rambut org tua tu...

cikgutaska
best kan dpt scan tgk baby... sirna baru esok nak gi checkup tak tahu le kena scan ke tidak... last scan masa 6 bln dulu baby melintang.. hopefully by this time dia dah ready kepala kat bwh la.. dah 33 minggu ni...

Delia
sirna pun suka tgk perut bergerak2 ni... hehehe selalu duduk2 tgk tv tu bukan tgk tv tp duk tgk perut.

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
8. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 5:34:07 ptg    [Edit]
....tuk gawo lepaks sini lak ye!!!

Memang best lynn~saat mengandung memang indah!!

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

kittun
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 01:06:40 pagi    [Edit]
salam manis unt ibu2 ngandung..

bila tengok balik senarai brg2 nak dibeli..kittun terpk saranan sorang kwn ni..takyah beli buai! Bukan apa, kalau biasakan baby ngan buai, kalau nak jenjalan mana2, payahla sket kena angkut sekali ngan buai2 tu..May be yang surirumah takde mslh, kalau yg kerja..payah juga..apa pendapat kwn2?

Ngah: patutla lama tak nampak kat sini.rupanya sibuk bwk parents berjalan ek. tak jalan ke scotland ke?

Yusmar: nape jambu batu takleh makan lepas pantang???

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 08:06:59 pagi    [Edit]
a'kum..

Good Morning hehehe...
saje nak menenguk dulu ni...belum breakfast lagi ni...
sekarang ni dah nak masuk 7 bulan...cepatnye masa berlalu...ade 2 bulan lagi....kita pun barang2 baby dah ade ...cuma nak basuh jela...selalu kalau cuti tu cam malas je nak buat kerja...padahal sebelum weekend tu berkobar2 semangatnye hehe...

Alahai Tuk...rambut baby tu tak berapa nak ade...mana boleh letak brylcream hehehe...

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

juita77
Ahli Baru
11. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 08:51:15 pagi    [Edit]


selamat pagi bakal2 ibu semua.....juita baru je lepas sarapan, tadi makan roti jala...sedapnya!!

kak leila....juita nak order salindah tau, hujung bulan julai nanti. nak set sebelum bersalin ye...nanti juita inform akak ye!!

--------------
kaulah satu-satunya...di antara berjuta insan teristimewa!

202.75.44.:-)

ashra
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:08:35 pagi    [Edit]
name baby pure Tuah Muhammad yek..

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

yusmar
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:36:04 pagi    [Edit]
kittun~ saya setuju sbb mmg dah ada pengalaman masa anak sulung dulu. Masa dlm pantang duk ngan mak mertua, dia mesti nak guna buai. Org tua2 suka guna buai sbb katanya anak tidur lama dan x terkejut. Lepas tu mmg susah kalau xde buai lebih2 lagi kalau kerumah org/berjalan. Nk tidur rumah saudara mesti angkut buai sekali..penuh bonet keta. Puas cuba nk biasakan tidur tanpa buai lama2 ok gak!. Lepas tu anak yg lain pun x ajar guna buai.

Jambu tu org cakap takut rahim kembang[i/]

* Mesej ini telah disunting oleh yusmar pada 29hb Jun 2005, 09:37:05 pagi

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

ashra
Ahli Interaktif
14. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:42:07 pagi    [Edit]
yusmar
sama la dgn baby ash mak ajar tido buai..takde buai takmo tido dah dia so kalau nak gi mane2 susah..kena hangkut buai..dlm kereta sangup sengkang mate takmo tido..nak buai gak ..ash siap beli buai elektrik sebab letih nak berbuaikan dia..tapi bila masokkan dlm tu dia takmo gak..nak buai yg manual tu..iskkk membazir je beli..terbiar camtu je..ingat nak jual la..sape le yang nak..la nih dia dah besar sket ash ajar tido kat katil sket2 kadang mau dia kadang2 takmo...

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

DeLia75
Ahli Baru
15. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:42:08 pagi    [Edit]
morning....utk semua ibu2 & bakal ibu...
Sirnatinta..
yela kadang2 sampai senyum sorang kat depan pc nie bila tgk perut kita kan..kita yg 2nd baby pun excited bila tgk baby move ..apa tah lagi for the 1st mummy kat....

vogue2704
tula rasa cam baru jee prenantkan lagi 2bulan jeee..nak menuju puncak delia pun baru nk gie shopping beli baju2 baby ...this weekend.baju2 siabang dulu dah kasi kat adik ipar ... tak kan nk ambil balik kan..

219.95.132.:-)

sayangmoon
Ahli Setia
16. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 10:01:54 pagi    [Edit]
semua ibu2 & bakal ibu...

Moon pulak, maser baby yg first dulu tak pakai buai pon. Baby memang tidur kat tilam..kebetulan dia tidur menangkup..x menelentang.. lagi pon nanti susah nak pie maner, nak dok angkut buai sana sini..

Paling tidak pon Moon ajar dia tidur kat baby bouncer yg saiz besar (ader kat pasar2raya).. Itupon sebab nak start keje dah, nanti senang sikit...bila dia jaga, enjut sikit..pastuh dia lelap balik. So tak payah ngangkut buaian sana sini.. nak pie jalan pon, baby bouncer tuh boleh dicabut2...taklah penuh boot kereta...

202.184.41.:-)

waha7475
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 10:19:28 pagi    [Edit]
cikgu taska, waha rasa elok gak klu letak list brg baby dlm nama senarai tarikn ibu mengandung yg nak bersalin tu... senang klu ada sapa² jenguk kat club ni.. print aje...

Tuk_Gawo klu beli brg baby kat semua house tu.. mahal sikit... compare ngan sogo murah sikit walaupun brand yg sama... pagi² buka mdc nampak ada brylcream lak...

sirna ada juga mcm kes waha yek... mula² nak period meragam sikit..

kittun, jambu batu sejuk... tapi ikut sains semua boleh mkn... ikut tradisional, buah & sayur yg sejuk² tak leh mkn dulu... takut kembang "tut"

citer pasal buai, waha terpaksa buaikan baby (masa siang)... klu tidur kat lantai (tilam)... tak sampai sejam dah jaga... tak dpt buat kerja lain... suara dia pulak rasanya cukup membuatkan 1 taman perumahan boleh dengar ... tapi mlm nasib baik dia nak tidur atas tilam... tidur kol 9 lebih mlm... sampai lah kol 7 pagi besoknya... di atas tilam...

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.165.:-)

nafizah
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 10:43:03 pagi    [Edit]
kittun/ash/yus
pasal buai ni pun kekdg problem kan... masa dlm pantang hari tu, saya mmg dok umah mak saya sendiri.. dia mmg buat buai kat umah. bila saya cakap tak nak biasakan buai tu ngan anak, dia kata nanti anak susah nak tido.. kalau tido dlm buai tak terkejut la, tido nyenyak la.. mula tu menjawab jugak la, at last saya diam kan je la.. takut gak nak menjawab byk2.. bila dah abis pantang, saya balik la umah (umah mak mertua), umah dia pulak tak de tempat nak gantung buai, tentu la baby tak nak tido... susah la.. sampai kan nangis yg 2-3 jam... at last asben kena pegi beli buai jugak.. skrg ni saya x berani nak kemana2... takut baby saya mengamuk..
terpaksa la..

--------------
~puteriku balqis.......~

60.48.90.:-)

gojira
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 11:38:40 pagi    [Edit]
tips dari aku plak..

kalau boleh, anak pertama tu, barang2 dia, beli mahal sikit
biar tahan lama, nanti leh diwariskan kat adik-adik dia..
jimat sikit...

--------------
Abah Irah & Mamat...

61.6.59.:-)

Tuk_Gawo
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 11:44:49 pagi    [Edit]
Kisah Tuk Gawo selaku Assistant Nursery....

Tuk dulu penah jadi Assistant Nursery pada Mak Tuk...dedulu start dari ting. 2, First time biler balik dari sekolah tue dalam tengah hari...tetiba jer ada 2 baby ataih tilam Toto...Tuk terpinga-pinga...biler masa plak Mak Tuk nie culik baby owang plak nie...adehhhh...

tanya ngan Mak Tuk..."Mak...mak culik dan bawak lari anak owang ker...", "hishhh nko nie...tue anak owang larr...Mak jaga baby sekarang...", ohhh...camtue...

tapi Tuk ada adik-badik pompuan...kebanyakannya, dowang lah yang jaga...Tuk nie selaku Assitant jer...banyak gak Tuk belajar cara-cara jaga baby nie...antaranya :

Cara untuk memandikan baby bawah 1 tahun...atau baby baru lahir :
1) sediakan besen dengan air suam...
2) kaki kita hendaklah diluruskan...dan letak baby atas betis atau peha kita...
3) perlahan-lahan mandikan dia dan ratakan seluruh tubuh...pada ketika nie ada gak baby yang menangis...tak kurang jugak yang suka sangat dgn air...cam anak penyu jumpa air jer...hehehe...tak pun yang menggetar cam sotong...hehehe...
4) sapukan dia dengan mandian bayi johnson & johnson dan jugak syampu dengan syampu johnson & johnson...biasanya syampu nie tak sakit mata...
5) bilas kembali baby tue dengan air tadi...
6) pehtu lapkan dia dengan tuala baby...biasanya tuala baby nie lembut dari tuala biasa...pehtu bungkus baby tue dengan kain lampin supaya tak kesejukan...lapkan kering baby tue...pehtu bulehlar siapkan lampin...

bersambung....(untuk menyediakan lampin dan pakaikan baju utk baby...)


Leila04
a'a Tuk lepak sini...besh gak...leh jadik Assistant Nursery...hehehe...

Waha
tue arr...Tuk beli kat Semua House...ingatkan kat situ murah...rupanya ada lagi murah kat Sogo...biasanya time sale ker murah barangan kat situ?

Sirnatinta
a'a baby oil baru Tuk ingat plak...biasanya johnson and johnson kan?

* Mesej ini telah disunting oleh Tuk_Gawo pada 29hb Jun 2005, 11:45:20 pagi

--------------
misteri di alam nyata...

202.21.224.:-)

yusmar
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 12:24:12 tghari    [Edit]
Tuk~mana lah org mandikan baby cam tu lagi sekarang ni...
. Budak2 sekarang ni lasak2 belaka mana leh duk diam. Lagi pun kalau kat rumah pakai kain batik boleh lah....he..he...
Nampaknya ada pengalaman jugak ye tuk ni...!.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

alina
Ahli Setia
22. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 1:13:10 tghari    [Edit]
hai.. , nak join boleh tak? alina nih tengah tunggu hari jer, tarikh di jangka minggu depan 7/7, so far barang2 dah siap, cuma masa baca list keperluan baby tadi ada yg tertinggal iaitu topi utk elak ubun2 baby sejuk..petang nih ker,weekend nih ker nak pi beli...minyak telun pun belum beli lagi...aiyaa...mesti beli takut tak sempat..

kalau sapa tahu set bersalin yang paling best sekali, bolehlah advice ye...sebab tgh tercari2 nih...

--------------
hanis & nisa permata hatiku

219.95.135.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 2:01:09 ptg    [Edit]
Hai Alina..
Welcome..hehhe..dah tak lama ler tu kan..tinggal kira lagi seminggu jerk...

Hujung minggu nie mmg confrim nak borong barang baby..first and last..tak dapat ler aku nak pilih samada warna biru ke pink..terpaksa beli warna campur-campur..Hari nie rasa macam baby aku aktif sangat..selalu rasa dia kick belah kiri jerk..hari nie rasa belah kanan..agaknya hari nie kira first day dia duk belah kiri lak kot..tu pasal kick belah kanan sunguh-sungguh..hehehhe...

--------------
Mama Nur Iman Irdina

219.95.198.:-)

nafizah
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 3:49:11 ptg    [Edit]
cikgu
dah berapa bln.. jap jer kan..
ari tu kita baru dok bersembang pasal alah2 ni.. awak sakit belakang la, sakit pinggang la.. skrg dah ok ker..

--------------
~puteriku balqis.......~

60.48.90.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 5:07:06 ptg    [Edit]
Nafizah...

Hehhehe..la nie 6 bulan dah...so far alhamdulilah ler..tak der sakit lagi arr..tapi kadang tu berat terasa mmg belah kanan..klu baring nak pusing ke kiri..mmg terasa sakit sangat..maybe sbb baby dok belah kanan..tapi rasanya mmg dia selalu dok belah kanan jerk..

--------------
Mama Nur Iman Irdina

219.95.198.:-)

nafizah
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 5:11:32 ptg    [Edit]
cikgu
org kata kaalu belah kanan baby girl.... tp saya hari tu, hint sume mcm baby boy tp keluarnya girl... waktu 1st time tgk muka dia, saya tgk operate... syahdunya.. saya cium dia sambil airmata berlinang.... nnt awak akan rasa sume tu..
terasa asben genggam tgn makin erat waktu tu, sampai kan terlupa saya tgh operate....

--------------
~puteriku balqis.......~

60.48.90.:-)

adhadi
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 9:19:07 mlm    [Edit]
salam,

just nak tanya kalau2 ada sesiapa yang tahu mana nak cari tukang urut selepas bersalin di area subang jaya. Err.... untuk isteri saya la... bukan saya tau.

Thanks

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.190.134.:-)

daketor
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 10:01:20 mlm    [Edit]


apa khabar ibu2 semua. rasanya dah lama benor saya tak nulis apa2 kat sini..ntah la larely ni asek pening kepala ja..kalau ngadap computer tu lagi menjadi jadi plak...tapi dalam pada tu..dok baca gak posting2 kat sini..just tak reply ja..


last week dah check up, alhamdullilah suma ok, 1st time hubby tgk baby syahdu je dia, baru la dia percaya betul2 dalam perut ni ada baby hehe..ye la saya baru je masuk 16 weeks, so perut pun tak besar lagi...tapi dah boleh la rasa my uterus, especially pagi2 bila full bladder tu hehhe.. nak meniarap pun tak berapa selesa..


saya sejak peknen ni...manja berlebih lebih plak ngan hubby..baby girl kot..hospital kat sini policy dia tak reveal sex baby, sbb takut org sue kalau silap...lepas ni pindah tempat hubby tak tau la pulak dorang punya policy...tak kisah la..surprise pun best jugak ekkk


ada 4 minggu lagi nak pindah permanent dok ngn hubby..tak sesabo rasaya...ni nak kena carik umah la ni..

kittun


kittun pun dah tak lama nak pindah kan..syoknya...saya pun tak setuju sgt buai2 ni..leceh nak bawak jln..lagipun kita sini mana ada buai tak?? tu pun anak dorang ok ja...rasanya mak2 kita dulu, dok umah kayu, tu yg kalau bagi anak tido atas tilam atas lantai kan kalau ada budak2 kecil main2 etc, bergegar lantai, baby pun terja ga la kot?? skang ni, mostly suma dok umah batu, so maybe tak apply lagi dah...

but scientifically, mmg saya pernah baca, baby tdo lagi nyenyak kalau atas buai/bouncer, sbb kita replicate movement baby waktu lam perut, ye la kita dok gerak2 etc camtu kan..so baby rasa dia in familiar surrounding and comforting.....ntahla..

--------------
**Lily Bumbleroot of Fair Downs**

83.141.72.:-)

kittun
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 02:45:25 pagi    [Edit]
kalau gitu, guna bouncer ajela ganti buai ye tak? mudah sket kalo nak ke sana ke mari...

daketor, ha ah nak pindah ujung bulan 7 ni. husband suh pindah awal sket sebab bahaya katanya kalo jalan2 hentak2 naik keter 38 weeks. tapi tanya midwife , dia kata takpe je..hehe.mana satu tah betoi..

tadi midwife dtg ke rumah. dia check baby.alhamdulillah ok. baby aktif. dia kata belakang dan punggung baby kat belah kiri perut..hehe.seronok je dengo.

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

PuRe
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 05:19:24 pagi    [Edit]
assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
salam tuk ibu2 ngandung dan ibu2 yg tak ngandung dan jugak bapak2 yang tak ngandung jugak...hehehe

pagi ni tadi...kol 4.00 terjaga...nyusukan si Mamat...dari last kol 8.00 malam tadi kalo tak silap...dah ibunye tertido..mamat pun diam aje..tak tau lah kot mamat bunyik tapi ibunye tak dengo...tapi...menjelang nak sampai kol 4 tadi..2-3 kali gak terbangun..tdengar2 kan jugak si mamat...mmg tak de bunyik..ingat dia lum lapo lagi...sambung tido je lah...last2..terjaga kol 4 tadi...jengah dia...tengok..kain bedung dia dah paras pinggang...kaki dah tersilak...pastu..bantal dia dah tinggal...mata dah terkelip2 memerhati sekeliling dalam gelap tu..hehe...terus le angkat bagi nyusu...

ash...
ye ha'ah..baby PuRe yg 2nd nama dia Tuah Muhammad. Baru ari senin aritu daftar and konpem nama tuh..

waha...
saya dah guna sabun herba yang awak kata dulu tu...mmg best gille...
nak pulak kena kat tempat yg gatal2 kesan merekah tu...sedap le menggosok...hilang sket rasa gatal2...hehe...tapi kalo nak tengok kesan jangka panjangnye lum nampak lagi...sbb baru berapa hari je guna...jadi parut2 tu sume masih ada laa walaupun nampak cam kurang sket... sebelum balik ni ingat nak beli stok siap2 dalam 5-6 buku lagi..hehe

kittun/ash/yus/nafizah
pasal buai plak ye...sape kata senang kat surirumah kalo anak tido berbuai..hehe..dari pengalaman le ni...masa nadzirah dulu...ada gak dia guna buai dalam 2 bulan kot...menjelang masa nak habis pantang sampai umur dia 3 bulan kot...dia tido buai...mmg untuk nak bagi nyenyak tido le...nyenyak memang le nyenyak...tapi kena buai sentiasa lah pulak...masa dok kat kampung oklah jugak..bila ibu dia tgh makan..ade laa org lain tolong buai...tapi bila dah balik johor...dah memang tinggal ibu dia je yg kena henjut..hangin jugak lah masa tu..mana taknye...kite kat dapur baru nak angkat pisau..dia dah bunyik kat depan...kena gi lari enjut..lari balik ke dapur...baru nak pilih beras pulak..dia bunyik lagi...kena lari lagi...enjut lagi..boleh kurus jugak dibuatnye..hehehe...jadi lepas tu ajo balik laa dia tido atas toto jek...sebaik nak..sampai laa sekarang...dia tido kat atas tilam jek..dah tak berbuai...senang...masa uwan dia masuk ijn pun senang...lam stroller pun dia boleh tido..lam surau lagi dia boleh tido...nak pulak beraircond..lagi nyenyak dia tido...
adik dia ni pun ingat nak biasakan gitu gak aaa...tapi..kalo tak boleh gak..takpe..buai nadzirah ade 2 tak digunakan..hehe

--------------
Ibu Irah dan Mamat...

61.6.58.:-)

daketor
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 06:02:58 pagi    [Edit]
kittun

rasanya ok kot travel waktu 38 weeks tu..cuma, tak selesa sket la...lagipun, 5 jam je kan, ikut M6 tu byk je rest station, tapi tu la make sure bawak bantal kecik lapik bagi selesa, pakai baju longgar yg selesa, lots of supply food n drink lam keta, ye la nak carik halal food tgh jln bukannya senang, kang kembung makan veggie burger Burger King ja la pehtu lak, make sure la siap hospital and baby bag handy (with your preggy record etc) mana la tahu kan...


pure




congatulation, waaaaaaa dah active balaik dah ya..

--------------
**Lily Bumbleroot of Fair Downs**

83.141.72.:-)

alina
Ahli Setia
32. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 09:43:38 pagi    [Edit]
..

hai cikgu taska & bakal2 ibu semua....memang tak sabar rasanyer nak tunggu minggu depan 7/7, baby pun asyik menendang jerk..maybe dia pun tak sabar nak keluar....hee..malam tadi dah beli barang2 yang terlupa nak beli, set bersalin pun dah beli...alhamdulilah...

sekarang nih still driving hantar husband gi kerja, stereng kereta pun dah atas perut hee, naik opis pun terpaksa naik tangga tingkat 3 (no choice sebab takde lift) semput gak nak naik tuh, tapi bila pikir balik naik turun tangga tu excercise kan...

apa2 pun doakan semuanya selamat .....

--------------
hanis & nisa permata hatiku

219.95.135.:-)

waha7475
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 09:53:53 pagi    [Edit]
tuk, fesyen sekarang org mandikan baby tak mcm cara dulu² lagi... kiranya tuk ni rajin juga melayan kerja² mcm ni yek... boleh jadi suami mithali nanti ni...
~ sale ke @ tak sale, sogo lagi murah dari semua house tu...

cikgu, senangkan dah ada list brg baby tu.... sapa² jengah kat sini boleh guna... cepatnya cikgu nak borong brg baby.... slow² lah shopping..

pure, baru dlm pantang dah tenet ye... citerlah pengalaman bersalin 2nd baby tu kat sini....

daketor, lama tak nampak... baca citer kittun, daketor & ngah yg ada kat luar ng... rasa mcm diri nie ada kat luar ng lak...

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.165.:-)

balqis78
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:39:31 pagi    [Edit]


Hi apa khabar sume..rindu nya dekat MDC..jenuh la nk baca posting yg dah terlepas tu..tp takleh lama2 sbb bz sesangat..maklumlah 2 bulan keje terbengkalai...

--------------
*De Bella/Cosway/Salindah/Examo/Alfio Raldo/Revell...E-Mail : ida863@yahoo.com

219.95.156.:-)

waha7475
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:43:48 pagi    [Edit]
balqis dah masuk keje.... cian dia byk keje... nanti free citer la pasal baby.. apa nama dia & citerlah pengalaman bersalin dulu...

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.165.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
36. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 1:58:16 tghari    [Edit]


ashra - tapai ? mmg pulun jugak la ...

kittun- g Scotlland ? mmg rancangan asal cuti2 tahun ni nak ke sana...tapi disebabkan ada baby kat dlm ni...kena la ubah rancangan...jauh sgt nak travel ke sana...ngah g Somerset je...

daketor-
quote:
veggie burger Burger King
...tak tau lak ngah ada gak vegge burger kat burger king...selama ni makan Mc D punya vege burger je la...boleh la try lps ni....

pasal buai lak- ngah mmg tak pernah ajar anak2 ngah guna buai....harap2 yg bakal keluar lagi sorang ni pun tak payah le...mmg susah nak jln kalau nak tido buai je ....

esok g jumpa doktor...dah tak larat niiii....

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:17:51 ptg    [Edit]
salam semua,

Minggu ni dah 28 weeks..perut makin bulat tapi kekadang tu tak nampak pun ya..Kalau pakai baju besar, ada juga yg tak perasan saya pregnant. Ingatkan kita gemuk ..heheheh..so far semalam pi interview, depa tak perasan pun saya pregnant dan tak sentuh langsung bab anak pinak ni..semua bab p'laman kerja dan insya allah kalau ada rezeki tu adalah..

Cuma yg meragukan, sejak 2 hari ni selalu sgt perut jd kejang dan sakit mencucuk-cucuk kat ari-ari tu..Pi doc Selasa lepas, dia kata baby mcm ke bawah sikit. So dia ada bg ubat nak control sbb ada lg 2 months before due. Kenapa boleh jd mcm tu ya sbb pregnant yg first dulu tak rasa apa pun dan parut ceaser tu semakin ngilu tak terkata. Maybe kesan jatuh hari tu kot..alahai, mudahan selamat ler hingga ke 9 bulan nanti.

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

60.48.36.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:41:57 ptg    [Edit]
Assalamualaikum...

Arghhhh..baru siap keje...tu pun baru 30%..esok nak start lagi 70%..huhuhu..baru ler semangat skit nak masuk mdc..hehehhe...

quote:
senangkan dah ada list brg baby tu.... sapa² jengah kat sini boleh guna... cepatnya cikgu nak borong brg baby.... slow² lah shopping.


Cepat ke waha..bukan apa..takut nanti nak tunggu sampai 8 bulan baru nak shopping takut dah tak larat..nie pun rasa perut macam berat beno..mmg nampak bulat jerk..pastu baby dlm nie bukan main aktif sangat....rasa macam dia tengah berlatih kung fu kat dalam nie..hehhe...mungkin klu nak beli pun..lengkapkan dulu set badan dia arr..cam pamper ngan tisu tu semua kedian..yg penting baju dia..heheh

quote:
sekarang nih still driving hantar husband gi kerja, stereng kereta pun dah atas perut hee,


Alina..
Aduhai..larat lagi yerk pulas stereng keta tu..aku nie yg baru 6 bulan jerk rasa macam nak pulas apa..heheh..tapi adat ler..stereng kancil...hehehhe...mana ada power stereng..kekek...la nie pun jarang drive..kebanyakan laki aku jerk..kadang tu klu nak ke kedai pun suruh dia jerk..malas dah nak bawak keta..tapi klu bawak moto boleh lagi..siap boleh main race-race gitu..heheh

--------------
Mama Nur Iman Irdina

218.111.212.:-)

DeLia75
Ahli Baru
39. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:45:27 ptg    [Edit]
hi ibu2 semua & bakal ibu2.....
mamanisa..
u pun dah msk 28week kee....delia pun 28weeks gak..cam delia nie nama jee 28week tapi kalau tgk perut cam dah nk due sgt,sampai officemate risau tgk delia jalan maybe badan delia kecil kot.. .Jarak u dgn 1st prenant dgn 2nd prenant dekat sgt thats why u rasa sakit kat bekas ceaser tu...so far delia x rasa sakit kat bekas ceaser tu,maybe lama kot jarak the 1st tu dgn 2nd ceaser nie ..5yrs beza...

219.95.132.:-)

balqis78
Ahli Aktif
40. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 5:47:17 ptg    [Edit]
hari ni 1st day kena berpisah dgn my baby, dlm kepala ni duk ingat dia jer...rindu betul lah..tak sabar dah nak balik...

--------------
*De Bella/Cosway/Salindah/Examo/Alfio Raldo/Revell...E-Mail : ida863@yahoo.com

219.95.156.:-)

PuRe
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:17:26 mlm    [Edit]
140605 - Selasa
Ulang pergi ke Klinik Tebrau, buat medical checkup untuk sambung belajar kat UTM. Sambil tu bawak irah untuk jumpa doktor sekali. Macam tak berapa sihat je nampaknya dia. MA tu kata, memang ada demam sket.

160605 - Khamis
Masih belum ada tanda2 nak bergegas ke pusat bersalin HSA. Walaupun perut terasa makin berat, tapi dok mantain gak lagi. Irah pulak makin tinggi demam dia. Bawak ke klinik Paul, amek ubat lagi.

170606 - Jumaat
Demam irah tambah tinggi. Malam tadi meragam sepanjang malam. Hari ni ayang terpaksa tak pergi kerja. Yelah, dah sarat2 macam ni, tak terlarat nak ngangkat irah kalo time dia meragam. Sampai ke malam, demam irah pasang surut. Kejap tinggi kejap rendah. Tapi demam2 pun masih nak main jugak, dan alhamdulillah, walaupun demam dia masih nak makan.

Malam - irah kurang meragam, tapi masih jugak meragam. Badan dia masih agak panas. Tido pulak asik terganggu dengan batuk. Marah betul dia tiap kali terbatuk. Pun, masih jugak belum terasa nak gi ke hospital lagi. petang tadi masa talipon mak, mak suruh pegi cek jugak kalo masih tak de ape2 lagi. Nengok keadaan irah, pagi esok je lah baru pegi hospital.

11.00 malam - Terjaga dari tido. Terasa perut lain macam. Berat benar rasanya. Nak pusing ke kiri tak kena, ke kanan tak selesa. Bangun. gi nengok Romeo Must Die kat TV3.


180605 - Sabtu

12.00 t/malam - Masuk bilik balik. Irah ngan abahnya baru je lena. Baring balik kat katil. Terasa nak gi toilet lah pulak. Pegi toilet. Masuk bilik. Baring lagi. Terasa nak buang air kecik lagi, pegi toilet lagi. masuk bilik balik. Baring lagi.

1.00 pagi - dah berapa kali ulang pegi ke toilet. Perut masih jugak rasa tak selesa. Dalam hati kata, kalo ikut masa nadzirah dulu, bila dah asik berulang ke toilet buang air kecik, masa tu dah bukak laluan 5cm. Tapi masalahnya nadzirah tak berapa sihat, takkan nak pegi hospital tengah2 malam ni?. Tunggu dululah sekejap. Pagi esok ke. Biar irah tido dulu.

Baring lagi. Masih rasa tak selesa. Tibe-tibe teringat. Esok dah hari Sabtu. Kalo lewatkan lagi ke hospital, maknanya memang lagi lambat le orang dalam ni nak keluar. Kalo masuk hospital hari sabtu, bersalin lewat hari sabtu, nak kena tunggu baby kencing berak mungkin ambil sehari, pastu nak kena tunggu ada doktor baru boleh cek darah beku dan kesan jahitan ok ke tidak. Mungkin doktor takde hari ahad. Dah kena tunggu hari isnin. Kalo boleh discaj hari isnin, kena tunggu lagi seminggu baru boleh balik melaka. Kalo betul nak daftar jugak master 0607 nih, maka, seminggu lepas tu mesti dah nak kena balik johor. Takkan seminggu je dok Melaka. Buat penat balik je. Hmmm...

Perut makin rasa tak selesa. Dah pujuk nak tunggu kol 6.00 pun dia masih buat tak selesa jugak. Gerakan baby kejap ada kejap tak de. Buat orang makin risau. Daripada tanggung risiko, baiklah pegi aje cek. Tapi kalo sebenarnye belum bukak pun lagi ataupun baru bukak laluan 3cm...takkan nak kena stay kat spital lama2...arrgghhhh..malasnye nak dok kat spital. Tak sukanya duduk kat hospital.

Last2 kejut jugak ayang. Bagitau perut rasa tak sedap. Ayang suh siap nak gi spital. Tapi masih rasa berat. Masih rasa nak tunggu kol 6.00 pagi. Ayang suruh gak bersiap. Bersiap jugak lah dengan perasaan malas.

1.30 pagi - Dah dalam kereta dalam perjalanan ke hospital. Cik Keton ngan Cik Mat follow kat belakang. Sampai kat bilik saringan tunggu doktor cek. Dah bukak 5cm. Doktor tanya dah ada tanda?..tak tau..Rasa-rasa baby ni lagi besar dari yang 1st ke?..pun tak tau. Nasib baik doktor tak naik hangin dengan jawapan saya. Hehe. Doktor suh masuk pusat bersalin terus. Sebab masa mengandung tak de masalah dan laluan baru bukak 5 cm. berat bayi dianggarkan antara 2.6 ke 3.8 kg.

Keluar dari bilik saringan, carik ayang dah tak de. Misi yang siapkan dokumen nak suh daftar masuk dah tanya mana husband. Mungkin ayang kat bawah sebab irah meragam. Cakap kat misi nak gi cari ayang kat bawah tapi misi tak bagi. Dia kata laluan dah bukak besar. Kena duduk je kat situ tunggu. Misi call pak guard. Takde orang jawab. Call pakguard lain suh tengokkan ayang kat bawah. Tunggu. lambatnye. Ayang tak de kat bawah ke? Misi mintak no hanphone nak call. Baru nak suh operator sambungkan, lif terbukak. ayang keluar. Misi terus bagi dokumen untuk daftar masuk. tunggu ayang gi daftar kat kaunter saringan tu je.

2.00 pagi - check in ke pusat bersalin. ayang tolak dengan wheel chair. Hehe. Berat tak berat kena tolak jugak lah. Rasa kesian jugak, tapi bila lagi nak merasa.

Dah lepas check in, misi suh ayang balik. Dia kata kalo nak tau progress boleh call kat nombor yang dia bagi. Tak de kata pasal boleh tunggu sama kat dalam labour room pun. Lepas tu dorang check heartbeat baby. Ambik tekanan darah. Pastu dia suh rehat dulu kat bilik. Tanya gak kat misi tu tak boleh terus pecahkan air ketuban cam irah dulu ke?? Misi kata belum boleh sebab walaupun laluan dah bukak 5cm, tapi kepala baby masih tinggi. Jadi kena tunggu dulu.

Tanya misi kalo gi carik ayang kat bawah kejap boleh ke, sebab nak kontek hp dah tak de, misi suh ayang bawak balik semua. Misi bagi. Turun carik ayang. Tapi bayang ayang tak nampak pun. Ayang tunggu kat depan bangunan baru agaknye. Naik atas. Misi suh rehat je dulu. Tunggu ayang call. Kalo ayang call nanti dia panggilkan. tapi masih tak puas hati. Tiap kali ulang ke bilik air dok pandang keluar. kot ayang ade tunggu kat sana. Last2 giveup. Tido ajelah. Mintak2 ayang tau ape patut dia buat. Hmmm...

6.00 pagi - rasa sakit masih belum datang. Rasa nak kencing pun macam dah kurang. Misi dah banyak kali cakap, kalo ada rasa sakit bagitau. boleh masuk bilik cek.

Ade sorang lagi patient cam ade problem. Misi panggil doktor yg oncall untuk cek. Langsung misi suh masuk untuk doktor cek sekali. Doktor cek, terus pecahkan air ketuban. Lepas tu bermulalah sesi menunggu. Menunggu masa untuk meneran.

Sambil menuggu tengok kat luar tingkap. Masih nampak gelap. Kol 6.00 pagi. awal lagi. Pejam mata sekejap. terlelap. Bukak mata, nampak kat luar dah terang sikit. ayang ni tunggu kat lam kete ke balik rumah agaknye. hehe. sempat jugak terpikir pasal ayang. pejam mata lagi. terlelap lagi. sakit masih belum datang. bukak mata hari dah makin terang. kat bilik sebelah dengar orang meraung tahan sakit. Memang meraung series punye sakit. Sampai misi marah pun dia tak kira. Nak raung jugak. cuma bila misi ugut nak tinggalkan dia sorang2 baru senyap. Itu pun kejap je. Pastu sambung raung lagi. Dalam hati terasa seram gak dengar macam tu. Kalau boleh biarlah orang dalam ni keluar lepas orang sebelah selesai.

Raungan kat bilik sebelah dah senyap. Dah selamat dia melahirkan. Tibe-tibe mula terasa sakit. Misi yang dok jaga dari tadi dah pesan, kalo rasa sakit nak meneran panggil dia. jadi cube lah panggil. Kena marah ngan sister. Dia ingat kite pun nak ikut cam orang bilik sebelah. Tapi memang tak terniat pun.

Lagi sekali sakit tu datang..tapi tak tau nak kata sakit macamana. Nak kata rasa nak meneran..macam tak pulak. Sakit yg kali ni macam tak jelas. Kalo masa irah dulu, betul2 dia bagi. Dia bagi pun tak lama. Dalam 4-5 kali sakit yg betul2 memulas, terus terasa ada bende nak keluar kat bawah. panggil misi, misi kata dah nampak kepala, terus dorang suh sedia untuk teran.

Kali ni, dah laa sakitnye tak jelas, dia bagi slow2 pulak tu, jarak antara sakit pertama dengan sakit kedua lama, sampai sempat terlelap.

Hari dah makin terang kat luar. Kat dalam tak tau pukul berapa. Tak tau jugak ayang dan irah ape cite. Dengar bunyi talipon dah banyak kali, tapi tak de pulak misi carik.

Dah berapa kali rasa sakit tu datang..tak terkira. Tiap kali tu jugak lah misi tu tanya "ada rasa nak meneran?" Jawapan sama jugak "tak tau" slow je..hehe. Tahan punya tahan akhirnya, tibelah rasa sakit yg ditunggu2 dek misi tu. Memang betul laa kali ni rasa sakit macam nak meneran. Hehe. Pastu..bila terasa macam ada bende nak keluar, baru laa cam rasa sakit tu. Panggil misi. Misi suh baring telentang, dia nak tengok. Memang dah ada nampak. Rasa sakit dah makin kuat. Apalagi terus teran jek aaa. Tetibe misi kata "nanti dulu, jangan teran dulu, barang belum ready lagi". Ceh! potong stim. Amek napas kompol tenaga dulu. Sister yang garang dah mai. dia suh pegang buku lali. Tapi dah rasa tak larat nak tarik kaki sendiri pun. Takut punye pasal tarik jugak lah. Bila misi dah kata boleh teran, baru lah start teran. Masa mula teran, dah rasa nak pejam mata dan letak kepala. Tapi sister marah, dia suh bukak mata dan pandang perut. Erk..kena buat cam tu ke?? Masa irah dulu tak de pun. Dah laa ayang tak de kat sebelah ni...hmmm..ikut ajelah. Sekali teran, tak lepas lagi. Sister suh tarik nafas panjang dan teran. Dua kali tarik pun tak lepas jugak. Misi siap boleh kata, "bagus, pandai awak menggayakan" heh..teran pun ada gaya rupenye ek. Tarik nafas kali ketiga, teran habis-habisan. Baru terasa ada objek menggelungsur keluar. Serentak rasa lega. Tapi misi lom bagi habis teran lagi. ada lagi yang tak abis keluar rupenye. Sambil misi dok menggodeh2, dengar lah suara baby. Dalam hati kata "macam bunyik nangis akak dia jugak". Dah mula nak letak kepala. Nak lelap mata. Penat. Tibe2 sister panggil lagi. Dia tunjuk baby tu. "Tengok ni, lelaki ke pompuan?" Dia tanya. Pandang kat baby tu, rasa macam pelik. Lelaki ke pompuan. Nape macam lain jek. Erkk..memang laa lain..lelaki lah... Sister ulang tanya lagi. Baru leh jawab "lelaki". Masih tak percaya adik irah lelaki.

Lepas tu misi pun mula operasi membersih dan menjahit. Lama jugak menunggu walaupun luka tak banyak. Rupe2nye misi tu pelatih lagi. Pelatih pun pelatih laa janji dia layan bagus. Dan kebetulan, jahitan yg dia apply untuk jahit luka tu mmg 1st time dia cube. Sebaik dapat pujian dari sister yg tengok.

9.30 pagi - baru semuanya selesai. Tunggu misi papah ke kerusi roda untuk amek baby dan terus balik ke katil. Tak lama lepas tu ayang naik. Siap2 nak azankan baby. Tarik kejap tanya dia "tau ke nak azan ke nak qamat?" Dia kata kalo dalam buku kata buat dua2. Bagitau dia adik irah boy. Dengan muka tak de expression (expression x dapat nak baca), dia amek baby dan azankan. Lepas tu dia balik uruskan uri dan irah.

12.30 t/hari - Waktu melawat. Ayang datang dengan mak, adik & irah. Muka irah macam tak puas hati. Macam merajuk dah lama tak jumpa. Rupenye dia masih tak abis merajuk ngan uwan dia. Hehe. Kena tinggal minggu lepas, minggu ni pun ingat lagi. Mintak ayang tanyakan kat misi, kalo sume ok boleh balik ke petang ni. Misi kata kena tunggu doktor.

3.00 ptg - Sister datang cek. Tanya baby dah kencing ke berak. Cek tengok. Dah kencing dan berak pun. Tapi tak berani lagi nak bersihkan sendiri. Bagi tau misi baby dah kencing dan berak. Misi kata tunggu doktor ada ke tak, sebab ari sabtu kengkadang doktor tak de.

4.30 - Misi panggil suh masuk bilik nak cek jahitan dan buang darah beku. Banyak juga darah beku yang doktor tu keluarkan. Siap guna alat ape ntah dia panggil. Memang lagi banyak dari masa irah dulu. Sebab masa irah dulu tak de guna alat pun. Selesai tu sempat tanya misi kenapa boleh ada darah beku. Misi tu kata sebab darah tu nak keluar, tapi tersekat kat pintu sebab mungkin masa tu dah baring. Jadi darah pun beku lah kat situ. Oooo..macam tu rupenye. Next time kenalah ingat tak leh baring awal sangat.

5.00 ptg - Mak ayang dan adik2 ayang pulak sampai. Mintak mak tolong bersihkan berak baby. Hehe.

6.00 ptg - Baru ayang sampai. Orang dah tak sabar2 nak balik. Surat untuk bayar bil pun dah jadi kipas tangan dah. Ayang sampai je terus bagi surat tu utk dibayar. Selesai proses pembayaran dan pengemasan, terus balik rumah.

--------------
Ibu Irah dan Mamat...

61.6.58.:-)

PuRe
Ahli Aktif
42. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:21:06 mlm    [Edit]
hehe...tu dia..panjang lebo...
dah syok naip..sampai tak perasan dah panjang lebo gitu...

--------------
Ibu Irah dan Mamat...

61.6.58.:-)

yun
Kuntilanak
43. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:47:36 mlm    [Edit]
Pure..

ko mmg... sejak kawen ari tu,
mmg kuat membebel....
terikut prangai abg ko le tu....
dia tu, kalu membebel x hingat donia....
(puas hati aku dapat kutuk goji... wakakakaa...)

--------------
X S A M S E N G - ' Chenta Agung Cari Nahas '.....

waha7475
Ahli Aktif
44. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 09:35:44 pagi    [Edit]
Baca kisah pure mcm baca cerpen lak... hayal aje.... tapi senangnya nak bersalin....

Tunggu citer balqis pula..

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.165.:-)

balqis78
Ahli Aktif
45. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 09:53:44 pagi    [Edit]
macam baca cerpen lak citer pure...

waha
belum ada kesempatan nak citer lagi..panjang citer ni...mcm pure gak la lebih kurang...hehehehe.... ..

--------------
*De Bella/Cosway/Salindah/Examo/Alfio Raldo/Revell...E-Mail : ida863@yahoo.com

219.95.156.:-)

maria03
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 10:16:43 pagi    [Edit]
Pure,
wallah lengkap gituk!
ni yg buat maria dup dap dup dap ni..alahai..harap sgt leh bersalin normal..err org bersalin sambil baring ke posisi duduk ni?
fuhhh..ada apa2 teknik pernafasan ke kene belajar ni..
pagi tadi hubby kata..eh tinggal sebulan lagi awak nak bersalin..muehehe...serem i nak fikir kan..tapi bersalin ni kan dah lumrah..dari zaman Adam dah berlaku..apa laa yg teruk sgt kan (sedapkan hati sendiri)
sekarang ni kalo kerap gi bilik air pon dah saspen..pehtu nak buang air besar problem..ye ye sakit perut bila masuk bilik air tros kensel..ahaks!

Err nak minum ke air selusuh ke apa ni?

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

219.95.63.:-)

wewma
Ahli Setia
47. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 11:03:49 pagi    [Edit]


Salam semua..

Seronok baca pengalaman Pure.. kelakar pun ada...

Gitu rupanya ekk kalau bersalin normal.. biasa dgr org cerita tapi takde lah sedetail cerita Pure. Wewma sendiri belum merasa bersalin normal... Dua org anak kena ceaser. Utk kali ni tak tahu lah cemana kisahnya nanti... tapi kebanyakan org kata mmg takleh normal dah, nak kena operet gak... but I'm still hoping for a miracle to happen....

--------------
lebih lanjut tentang COSWAY, GUARA CAFE & DCL? Boleh email wewma@hotmail.com dan juga YM @ wewma

211.25.50.:-)

sriputri
Ahli Setia
48. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 11:09:54 pagi    [Edit]
wah... lengkap dan detail gitu citer pure... baca citer tu teringat masa bersalin no 2 dulu... masa tu pun bersalin tanpa asben di sisi sbb asben kena temankan yg sulung... tapi alhamdulillah la tak lama... yg lamanya tunggu doktor datang.. sbb masa tu pukul 5.30 pagi...

semalam gi check-up 5 bulan... masa doktor scan tu... dia tunjuk la.. ni kepala dia, mata dia, tulang belakang dia, jantung dia... pastu kaki dia... ni tgh2 ni nampak tak?... ingatkan nampak apa... rupanya nampak tut... mmg jelas dan terang la boy... dlm kepala dah tau boy tu pun boleh pegi tanya lagi kat doktor.. tu laki ke pompuan tu... doktor pun siap tergelak.. cakap.. laki2 la... ooo.. haah la...

pandang kat asben dia senyum je... mmg kitorang tak kisah pun mana2... sekarang nipun dah ada sepasang dah... tp macam best je dpt anak lelaki ni kan... mungkin sbb kita ibu rasa anak lelaki ni mcm protector pulak bila dah besar nanti la... komen asben pulak.. bagus jugak dpt lelaki... tak la tambah budget nak beli brg kemas bila time2 dpt bonus... ke situ pulak perginyer...

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

219.94.8.:-)

dikme
Ahli Setia
49. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 11:12:07 pagi    [Edit]
detail sungguh cerita pure buat kita yg tgh menunggu ni rasa berdebar dan suspen aje. saya risau betul kalau sakit tgh malam, kalau sakit memang kena angkut budak2 sekali kesian aje rasanya beruntung betul sapa yg masih boleh mintak tolong mak . masa 2nd baby dulu nasib baik bersalin waktu siang bolehlah hantar anak yg no.1 tu ke rumah baby sitter. no. 3 ni tak tahu cam mana

192.228.154.:-)

ummie_76
Ahli Setia
50. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 12:41:30 tghari    [Edit]
tumpang tanya, antara play pen & baby cot, mana lagi safe, tahan lama & berguna???

Ummie tengah survey nak beli baby cot or playpen. hubby suruh beli playpen sbb senang nak pasang berbanding baby cot, ye ke??

211.24.150.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005