Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 4hb Dzulkaedah 1435 @ 30hb Ogos 2014, 4:27:14 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Local skincare : jom kita discuss
jamd
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 08:01:38 pagi    [Edit]
kalau kita jenguk mingguan wanita....macam2 produk yg diusahakan oleh wanita malaysia .......berbagai2 jenama tapi ketika sendiri tak pasti bagaimana cara pengilangan dibuat...


ada yang mengatakan dari kilang yang sama tapi nama + pengasas yg berlainan....jom senaraikan produk2 yg berada dipasaran dan telah mendapat hati di mata pengguna.

sesiapa yang pernah guna boleh kongsi kebaikan dan keburukan produk tersebut.

* Mesej ini telah disunting oleh jamd pada 27hb Jun 2005, 08:02:37 pagi

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

219.95.151.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 08:02:59 pagi    [Edit]
setakat ini belum pernah & teringin nak guna produk ni semua..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

eyzlyn
Pengendali
3. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 08:30:00 pagi    [Edit]
dulu pernah discuss topik ni, tapi topik sudah kena delete...

nanti la, ada masa saya type dan berkongsi cerita kat sini

kalau sapa yg masih igt, saya pernah cuba felissa n citra ayu

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

faent
Pengendali
4. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:24:36 ptg    [Edit]
aku penah la pakai satu local product..
tapi tak sesuai ngan kulit kot..sbb rasanya dia silap analysis kulit aku..
hasilnya..kulit muka makin kering..dan senang sgt nak naik jerawat..
dr kulit licin, terus byk pimples dan tinggal parut yg tak cun langsung..

lepas tu terus takmo pakai ..pi la dermalogica..buat skin analysis balik..pakai product dia..skang ni dah pulih seperti sedia kala ..
rasanya mmg kulit i mmg tak bleh pakai local skin care kot..

--------------
Cuba bertanya pada manusia, Tak ada jawabnya. Cuba bertanya pada langit tua, Langit tak mendengar

nafizah
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:56:53 ptg    [Edit]
kalau kita baca majalah mingguan wanita, setiap pages ada skin care... cuma ok ngan tak jer... tp bukan sume yg tak ok.. ada yg elok..

--------------
~puteriku balqis.......~

60.48.244.:-)

maisa
Ahli Setia
6. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:15:42 ptg    [Edit]
aku dah penah mengalami mimpi nger kerana menggunakan salah satu produk ni... ayyyyoyo... kulit merah2 .. pastu muka gatal .... tapi tak tau ler mungkin ada org lain yg sesuai kut...tobat rasernyer

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

zurina77
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:31:38 ptg    [Edit]
Jumaat lepas tengok dalam AlHidayah Ustazah NorBayah cakap, bila nak pakai moisturiser ke, night cream ke, jgn lupa baca doa dan cari produk yang halal.. skincare ada logo halal ke?..
aku pun tgh dok survey skincare la ni..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

jamd
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:51:10 ptg    [Edit]
pada yg dah bagi feedback tu...bagi le tahu jenama apa...so org lain boleh share...mungkin sesuai utk org nie tapi tak sesuai utk org lain...

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.208.239.:-)

maisa
Ahli Setia
9. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 5:13:43 ptg    [Edit]
jamd

panjang sejarah penggunaan skincare kat muka ni....bak kata asben aku... muka ku ini ibarat makmal eksperimentasi... bila eksperimen fail ... mula gelabah.. he he...

dipendekkan cerita... masa study dulu.. aku pakai yg biasa2 aje... masa tu tak kesah pun nak jaga muka sangat... setakat pakai cleanser ngan toner jer... sunblock langsung tak pakai.. aku plak bila pegi kuliah .. main bantai jer tengah terik matahari.. payung malas nak pakai.... kesannya.. muka aku macam kuda belang..

bila dah keje.. aku masih cam tu gak.. sehinggalah aku nak kawen.. housemate aku ajak pakai citra ayu... so.. aku pun pakai.. trial set ajer... tak berani nak beli benda2 dia yg lain tu... kesannya... ok kat muka aku...

lepas kawen.. konon nak kasi muka lagi glowing... so.. aku try BML.. masa tu blom ada kes hidrokuinon lagi... muka memang terseksa ... mengelupas dan merah2.. tahan jugak lag... maklumler.. nak lawa.... last sekali sehinggalah ... timbul kes hidrokuinon.. aku cepat2 stop.. takut ler pulak...

ada panjang lagi.... kisah aku pakai produk2 dlm mingguan wanita tu... hui... nasib baik kesannya tak berkekalan kat muka aku... jerawat2, tompok2 ker semua takder... tapi malangnyer....ada jeragat yang singgah kat muka aku.. kekal hingga kini dan amat degil utk dinyahkan....

so... aku try AG2000... sebab aku tengok kawan aku yg mukanyer musnah akibat NV.. telah switch ke produk berasaskan gamat ni.. tersangatlah clean and clearnyer muka dia... lembut macam baby... so.. aku pun ikut dia pakai ....

kesannya .. biasa ajer kat muka aku... tapi .. paling best produk AG2000 ni kat aku ialah pigmentation creamnyer... kena sabor sikit ler... sebab kesannya tak cepat... pakai dalam 2, 3 tube.. insya allah ok... cuma yg tak tahan nyer...rega dier... mahal.... bagi aku ler.....

lepas tu... aku stop pakai.. sebab aku tengok muka aku ada banyak open pores... sblm ni muka aku bukan jenis cenggitu... so... dek terpengaruh ngan iklan kat TV... dan akan kemurahan harga suatu produk ni... akhirnya tobat yg penah aku lafazkan dulu.. terlerai jua.. kerana aku telah membeli produk itu... Dermwhite.... mula2 ... nampak muka ok.. takder le pengelupasan yg serius... tapi skg ni dah sebulan aku pakai... tiba2 hari ni... aku tengok muka aku merah pulak dah.. dan gatal.... oh.. napaknyer aku kena stop... dan aku berazam utk membuang botl2 nyer semua ... ....

skrg.... aku tak tau nak pakai apa... tengah survey.... aku berdoa utk diri aku.. semoga produk yg seterusnya ini adalah yg terakhir utk aku... aminnnn

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

jamd
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 5:25:57 ptg    [Edit]
maisa

thanks for sharing the info...kira kau bagus gak eh tak pernah outus asa nak mencuba produk kat mingguan wanita tu...so far jamd baru try 2 produk je kat mingguan wanita...natasya dgn Evolusi anggun...lain2 tak pernah try...coz time anak dara dok bantai hazeline snow punya crim...lepas pakai muka mesti berpeluh2 pastu rasa berangin je muka nie...bila study tukar lak safi....sekarang try produk tu semua tak sesuai dah....gamaknya muka aku nie tau gak bila aku dah keje & ada duit sendiri....gatal lak mintak branded & mahal punya produk...tu yg dok pakai clinique, estee lauder, sk2, biomedic...la nie main try and error gak

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

218.208.239.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 5:47:28 ptg    [Edit]
Hmm...skincare yang sesuai...sekarang ni pakai body shop..pastu pakai krim malam Evolusi Anggun..alhamdulillah dua2 produk tu tak mendatangkan masalah pada kulit muka..hehe...ingat nanti nak beli krim dia plak...nanti kita cari kak Jamd ek...

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

eynda
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 6:55:49 ptg    [Edit]
So far local skincare yg pernah eynda try semua tak sesuai....Actually 2 produk jer...O'Lynn & Sendayu Tinggi....O'Lynn sebabkan kulit mengelupas teruk...Sendayu Tinggi plak sebabkan muka naik jerawat nasi penuh muka....Takut nak try yg lain walaupun geram tengok iklan dlm majalah2...

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 27hb Jun 2005, 6:56:19 ptg

219.95.23.:-)

maisa
Ahli Setia
13. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 11:15:03 mlm    [Edit]
jamd

ooo.. ko penah pakai biomedic yer... ok tak??? sebab skang ni aku pun tgh intai-intai biomedic atau cellexc...

utk yg lain.. jangan jadi macam aku... asyik try and error jer... kang muka jahanam baru nak menyosal...

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 07:44:47 pagi    [Edit]
mawar pun pernah guna body shop Vit E moisture cream, tapi
muka jadi berminyak dan berjerawat...hampehhh nasib baik beli
yang 15ml punya kalu tak rugi je...

Safi pun mawar pernah guna, Safi Balqis, susu kambing & aloe vera, semua
dah cuba. Ok gak cuma mawar ni cepat jemu...rajin bertukar-tukar
produk..tu la pasal, tak tahu mana yg sesuai, mana yg tak...
tapi hari tu, mawar g satu salon tu, akak salon tu kata, muka kita
ni elok gak guna macam-macam produk supaya muka kita tak immune
pada sejenis je..nanti jadi lagi susah...tapi jgn sampai
memudaratkan...satu produk tu gunalah sampai habis bila dah beli
tu..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

jamd
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 08:06:24 pagi    [Edit]
maisa


aku pakai retinol 30 from biomedic pastu aku beli trial kit biomedic ( now tak de lagi dah) ...nie semua aku beli sendiri from US..actually biomedic nie hanya prescription dari DR je baru boleh beli...dulu2 aku pernah buat skin analysis online dgn Dr kat US...so diorg bagi le password kalau nak beli biomedic dgn diaorg.....kira murah sikit le dari Beyondpretty ( aku pun agen beyondpretty )

so aku pakai setahun lebih retinol 30 nie...mmg bagus produk biomedic nie ...sesuai dgn aku...yg tak sesuai duit pastu nak order takes time gak le

so sekarang aku main camour2 je....cleanser aku pakai biomedic cleansing gel, toner - Evoulusi anggun , moisturizer - SPF25 Evolusi Anggun, night cream - biomedic extra mild protection coz retinol 30 abis dah

seminggu sekali aku pakai sabun lulur puteri binari susu kambing/ susu lembu buat dok scrub muka

ko try le biomedic tu....coz kawan aku try cellex c tak sesuai dgn muka dia...jerat dia pun tak hilang...tapi dia pakai essence sk2 ...hilang gak jeragat dia

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

219.95.150.:-)

Teja_77
Ahli Setia
16. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 10:27:01 pagi    [Edit]
teja pulak abih form 5 dulu pakai citra ayu,putihnyer tak cakap lah.pahtu
tukar ke pesona.elok jugak.memang cerah tapi mild sikit tak kuat sangat.
ada lah pakai dalam 1 tahun.

bila dah start keje pakai BML.sebulan je ,pahtu hampeh.muka start tumbuh jerawat nasi.pakai de wajah pulak.de wajah memang sesuai tapi effetcnya lambat cam nak hilangkan parut ngan sunblock protection.teja pakai dalam 1 1/2 tahun.

disebabkan gatal tangan nak cuba benda lain pi pakai NV.pun elok jugak, muka cerah jerawat tak singgah.bak kata sihat lah muka.teja pakai dlam 3 tahun.

lepas tu bermula lah episod yang tidak diingini.tahun lepas teja peknen dlm 1 bulan muka start nik jerawat batu.agaknya hormon kot. api masa tu tak tau peknen.stop pakai NV. dah mula dah risau jerawat batu naik satu persatu. teja try body shop tea tree set,pakai dlm 1 bulan je.kulit kering.

teja pakai artistry.then tahu peknen.agaknya hormon mengganggu.pakai dlm 1 bulan lagi rancak dia keluar, pahtu berminyak. continue pakai then teja gugur dlm 3rd month.

lepas keluar hospital muka tak tahu nak cakap lah macam kuari bak kata hubby teja. teruk betul hubbyku ini. atas nasihat kakak ini teja pakai jelitayu ngan minum nutri faktor.selama 4 bulan teja pakai.ade perubahan sebab nutri faktor dia detox kotoran dalaman dan disebabkan history pakai macam2 dulu abih dia keluarkan semua hidrokuinon.teruk jugaklah suffer. tapi sekarang dah okey. teja stop pakai pencuci ngan nite cream sebab kering sgt dan parut still tak hilang.

sekarang pakai campur2.untuk cleanser pakai neostrata, pahtu pakai gesundheit anggun jelita (toner&moist), pahtu pakai jelitayu sunblock.
bila dah maintain dlm 4 bulan jerawat batu baru naik!!!!!!tensionnyer

tak tahu apa yang silap.ingat nak minum balik nutri faktor dan pakai biotherm acnopur atau de wajah. tapi regenya mak aiii.tengah cari2 ni set apa yang bagus untuk hilang parut. ntah lah bingung sekarang ni.

219.95.23.:-)

maisa
Ahli Setia
17. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 1:50:59 tghari    [Edit]
quote:
....coz kawan aku try cellex c tak sesuai dgn muka dia...jerat dia pun tak hilang...



jamd ... gerun ler plak .. bila ko kata cam ni... sebab aku aim sesungguh cellex c ni...

nampak gayer .. aku continue jerlah ngan AG2000 nyer pigment control tu.. ader sesapa leh suggest item utk kasik muka glowing mowing??

--------------
Who loses faith, loses all.

203.106.242.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 2:28:40 ptg    [Edit]
maisa, liz dah reply tentang Cellex C di topic product kecantikan.

2 item so far liz pakai 2 item shj sudah mencukupi. Very good even my skin very sensitive.
Agak costly tapi tahan setengah tahun.. hehe sampai naik jemu liz memakainya.




Tentang skincare yg ada dlm mW tu liz dah pernah bukak topicnya.
Actually hampir semua brg adalah sama manufacturernya di Filifina.
Bawak ke sini tanpa label dan jenama.. So org kita akan invest duit dan buat jenama sendiri.
actually brg murah sgt... Guna ingredient apa kita pun tak tau. So hati2/

* Mesej ini telah disunting oleh Liz_Dee pada 28hb Jun 2005, 2:30:35 ptg

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

jamd
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 2:35:06 ptg    [Edit]
maisa

kalau kau tak kisah leh try & error le....kawan aku yg cakap tak sesuai dgn dia maybe sesuai dgn ko....ko leh try ...mana tau kot2 muka kau tambah glowing nanti

sebelum tu aku rasa baik kau check betul2 skin kau jenis apa...pastu study sikit

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

219.95.150.:-)

qisttina
Ahli Baru
20. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 2:44:25 ptg    [Edit]
teringin nak guna AG2000. bonda kita makan gamat healin. ramai yg kata AG2000 mmg bagus tapi regenya jer yg x tahan.

so far kita penah guna citra ayu. bagus gak
laa nie guna olay total effect. sesuai sgt ngan kulit kita

218.111.16.:-)

Ngel83
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 2:45:55 ptg    [Edit]
ellopssss

meh sini kite cite pengalaman kite lak..

masa skolah dulu mmg muka tak naik skit pun jerawat... so guna pencuci muka biasa je.. follow me with kiwi, mmg elok sbb masa skolah aktif ngan aktiviti kawad, so kulit jadi gelap ngan tak sekata... bila bukak tudung, nmpk le berbelang... hehehe... so,bila dah pakai kulit jd neutral cerah...

bile dh keje, muka mula naik jerawat skit... ada sorang akak tu offer buat facial kat tmpt dia.. so dia recomment guna produk savitri... kite pun cuba le guna, dgn harapan bleh ilangkn jerawat yg skit tu... tapi akhirnya hampeh... bukan nk ilang, lg bnyk dia tmbuh ada le.. pastu muka jadi menggelupas teruk, beza gile warna muka ngan leher... dh le pedih.. pastu terus stop, kite guna blk follow me tu...

dlm thn lepas, kite try guna jenama secret lak.. so far sesuai, jerawat tak tmbuh dh n kulit tak bminyak. tp baru2 ni tbaca ttg produk natasya... ramai kata bagus, kite pun gatal nk cuba... bila pakai, jerawat naik bnyk sgt... dh tu kulit berminyak gile... rasa nyesal sgt.. kulit br nk ok... dh jadi blk...

pastu skang ni kite guna pencuci muka secret formula oil control ngan
c-mycin (buatan m'sia) ... alhamdulillah, sume jerawat dh ilang, parut pun dh pudar...

so kesimpulannya, klu dh ok guna sesuatu produk tu... jgn pi gatal nk try yg lain... skang ni kite dh nekadkan ati, jgn tpedaya lg ngan iklan2 produk kecantikan tu...

setia pada yg satu...

* Mesej ini telah disunting oleh Ngel83 pada 28hb Jun 2005, 2:51:20 ptg

--------------
L.I.B.Y.A <LoVe iS bEautiFuL.. yOu aLsO!>

219.94.125.:-)

Teja_77
Ahli Setia
22. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 3:35:42 ptg    [Edit]
kulit ngel jenis ape?

kulit teja jenis combination kot; oily ngan sensitive.

219.95.23.:-)

maReeyo
Ahli Setia
23. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:35:49 ptg    [Edit]
seblum ni masa zaman sekolah2 memang guna mustika ratu puteri.. nak kata bagus sangat tu xdelah, biaselah budak skolah, terlalu banyak terdedah ngan sukan n matahari, so sbb xberape jaga sangat kulit, kulit cam biase je.. pakai mustika puteri ni until i umo 21 tahun.. lama x lamalah... tapi xdelah sampai kulit cantek bagai.. sekadar guna utk cuci muka, tone and moisturize jer...

habis blaja tahun 2001 start guna citra ayu, memang bagus.. some people memang terasa proses pengelupasan tu... tapi for me, rasa biase je.. cuma eachtime pakai citra ayu nye nite cream tu kulit a bit itchy lah.. lenlain xder.. masa tu kulit maReeyo mmg licin habis sampaikan pegi reunion itm, sumer member tanya apsal kulit cantek, xmacam dulu... hitam!!! jumpa kawan2 sekolah pon diorg bgtau kulit cantik.. so gunalah citra ayu tu sampai 2003, lama kan.. tp tulah, time tu poket somonye kering, so lepas satu2 bende xleh nak menten, kulit kembali kepada yg asal, tp xlah sehitam masa dulu2 tu, cume, kulit stat naik pimples, scars, and too oily.. dah xtau nak guna produk ape... ade gak cuba2 produk memacam, sumenye xmenjadi...

skang pakai sk2, stat tahun lepas, kulit mmg dah xde jerawat, unless bile tido xcuci muka.. scars walaupon masih ade, tp bnyk yg dah pudar.. lepas ni nak cuba evolusi anggun plak..

--------------
http://www.klik4biz.com/?ref=MyVi

219.93.97.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 6:08:12 ptg    [Edit]
Terus terang cukuplah sekali aku terai adik beradik product tuh... nge..nge..nge... asalnya sbb tokey kedai tuh kakak ankat aku... sajek jek la terai nak jaga hati kakak... sudahnya... tak pernah2 tumbuh jerawat...jadik jerawat penuh satu muka....

terus aku stop... bagi aku mengarut jek product2 tuh sumer... takde jaminan tok cantik.. toksah percaya ngan iklan yg pakai model2 cun.... model tuh memang dah cun! Ingat org cun pakai ker Product2 murah nih? dan pengasasnyer tuh byk duit rasanya depa nak pakai ker product depa sendirik? aku muskil gak... ekekekekkeke...

kalo gambo2 before and after tuh.. hehehhehe..toksah ler percaya sangat... aku designer.. pernah gak buat iklan kasik tacap gambo model berjerawat dr tak cun..kasik kulit dier cun!

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

maisa
Ahli Setia
25. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 6:58:53 ptg    [Edit]
jamd
tima kasih for your advice... ... actually kulit aku memang combination... oily kat certain part dan dry plak kat certain part yg lain... jerawat muncul time tertentu jer.. ada ler sebijik... pastu hilang dua hari kemudian... kulit agak kusam dan ada jeragat kat pipi... huh... menci aku tengok jeragat tu...

Liz_Dee

ten kiu jugak... i memang sangat2 aim cellex c ni... dah dapat reply email dr Mutia.. dia suggest Biomedic.... anyway akan pertimbangkan salah satu...

semoga kali ini aku mampu setia

qisttina


AG2000 tu ok jugak... memang rega dier mahal sikit... tapi boleh tahan 6 bulan... gamat healin pun bagus... i dah penah try 3 botol... result... kulit tumit yg merekah.. jadi smoot gitu... ewah..

skrg.... tgh fikir... nak stick to AG2000, Cellxc atau biomedic... ayoyo.....

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

Ngel83
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:01:20 pagi    [Edit]
Teja,
kulit Ngel cam Teja gak kot...
combination, oily + sensitive...

--------------
L.I.B.Y.A <LoVe iS bEautiFuL.. yOu aLsO!>

219.94.125.:-)

sriputri
Ahli Setia
27. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:29:21 pagi    [Edit]
nak share jugak la... dulu masa sebelum kawen mmg muka sri ni banyak jerawat dan berminyak... dah la mmg maleh nak jaga muka masa sekolah2 dulu... asyik dok kena berleter je dgn mak kata muka macam apa je... last2 masa nak dekat bertunang tu mak bawak gi saloon tu buat facial peh tu akak tu introduce la de wajah... pakai la... maka berlaku la pengelupasan demi pengelupasan.. lama2 mmg kurang la jerawat + putih la kulit muka ni.. tapi yg sri tak tahan tu setiap kali lepas pegi facial je kulit mesti jadik pedih je, merah macam udang kena bakar.. pas tu mmg menggelupas la... dalam 2 hari tu hilang la... tapi dok fikir asyik menggelupas je kulit muka ni.. ok ke kan... lagi satu day cream dia mmg oily habis muka.. dok dlm aircond pun boleh berminyak2 muka... lepas pakai tu tukar la lain pulak... bukan local dah la... kira yg local yg sri pakai yg tu je la... disebabkan tak berapa sesuwai walaupun berjaya mengurangkan jerawat dan memutihkan muka pakai tu.. tapi kutukar jua akhirnya..

ada sorang member housemate dulu pulak... dia muka mmg bersih takde jerawat... tapi gelap sket la... so dia pun try la olynn konon2 nyer nak bagi cerah sket... sekali baru pakai sehari... kulit dia jadi merah bengkak menggelembung... kitorang yg tgk pun takut... mula2 dia call je saloon tpt dia beli tu... dia kata tu kesan awal yg biasa... tapi takkan la sampai camtu kan... last2 dia pergi balik saloon tu tunjuk muka dia... baru org tu terkejut tgk... dia cakap tak logik la apa la... member ni mintak money back la kan... tapi saloon tu taknak bagi balik.. last2 dia terpaksa pergi klinik kulit, doktor siap bagi mc lagi... ish.. ish.... seram betul ingatkan balik...

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

219.94.8.:-)

faent
Pengendali
28. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 10:35:54 pagi    [Edit]
sriputri
aku penah gak kene camni..
masa memula pakai ada satu product local..dr tak ade pimples..makin mencanak plak dia naik..
pas tu bile aku tunjuk kat org saloon tu..dia cakap..ni biasala..
awal˛ dia akan keluarkan semua pimples..then baru dia sembuh semua..

aku tak caya..aku pi buat skin analysis kat saloon lain..
lepas tu aku stop pakai product tu..pakai Dermalogica plak..
tak ade pulak pimples keluar mencanak canak..
tak ade la plak teori kata during skin treatment dr tak ade pimples, pimples akan keluar byk˛ sblm kulit jadi gebu dan glowing..
merepek gile minah tu..
admit je la yg product tu tak sesuai utk kulit aku..apa raaa

--------------
Cuba bertanya pada manusia, Tak ada jawabnya. Cuba bertanya pada langit tua, Langit tak mendengar

sriputri
Ahli Setia
29. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 12:31:23 tghari    [Edit]
tu la faent... sian oo member sri tu... masa membengkak tu mmg dia kata pedih sgt muka dia... kalau boleh nak bukak mulut ke makan ke senyum pun tokleh... bukan nak condemn produk tu.. tapi kekadang org yg tukang jual tu yg salah... bila dah muka org jadik camtu mengaku je la bende tu tak sesuai ngan muka dia... ni dia boleh kata tak logik sbb produk tu dari asas ekstrak buah2an.. sepatutnya sesuwai utk semua jenis kulit... for that reason dia tak nak bagi duit balik kat member sri tu... ish.. ish... sian member... dah la tak dpt duit balik.. keluar duit lagi pegi klinik pakar kulit..dpt mc pun tak lama siap kena amik cuti lagi... ye la... takkan la muka bengkak2 tu nak gi kerja kan...

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

202.188.127.:-)

yatie28
Ahli Setia
30. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 12:44:26 tghari    [Edit]


Saya salah seorang pengedar kosmetik produk local, bukan semua produk local tak elok dan akan membuat muka orang jadi bertambah teruk. Kalau boleh setiap syarikat/pengasas/pengeluar mahukan produk mereka yang terbaik dan seterusnya top terhangat dipasaran malaysia.

Saya sendiri sebagai pengedar buat study dan kajian seterusnya guna pada muka sendiri sebelum saya kenalkan pada pengguna dan bersetuju untuk jadi pengedar.

Masa nak beli jangan terus beli, consult dulu jenis kulit dan nyatakan kita tak mahu yang mengelupas .. ada produk yg acid dia kuat dan ada yang begitu lembut dengan kulit muka ... ia juga bergantung pada keserasian itu yang penting . Serasi pada kita tak semestinya serasi pada orang lain.

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005