Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 22hb JamadilAkhir 1435 @ 23hb April 2014, 3:18:32 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Produk Kecantikan & Kesihatan  
(Pengendali : eyzlyn)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Consultation : Rahsia Kecantikan Semulajadi Wanita bersama D' Orange Classic
yatie28
Ahli Setia
1. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 09:52:27 pagi    [Edit]


Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat kecantikan bolehlah bertanya pada yatie, Yatie akan membantu berdasarkan pengalaman sendiri, pengetahuan dan kursus kursus yang yatie hadiri dan harap dapat kita berkongsi ilmu ..

Hari ni Yatie nak perkenal kan set penjagaan wajah kepada yang mementingkan kejelitaan, Pernah dengar set skincare Royal Jelly Bio Cos ? Ramai tak yang dah guna ? ada feedback ? Kalau yang ingin mencuba dan inginkan khidmat nasihat ttg produk produk kecantikan yang sesuai dengan diri masing masing boleh bagitau Yatie. SMS ke .. YM ke... Call ke .. semua layan ...:-)

Produk "Royal Jelly Bio Cos" adalah sejenis produk tempatan yang dihasilkan melalui kaji & selidik (R&D) oleh para profesor-profesor yang bertauliah. Ia diuji dan dihasilkan dimakmal "Royal Jelly Bio Cos" sendiri. Produk ini diasaskan dari madu lebah asli (pure royal Jelly ) yang bermutu tinggi dan diimport khas dari negara China. Semua produk ini mengandungi pelbagai jenis vitamin A,C,D,E,K dan 9 jenis vitamin B. Ekstrak produk ini juga mengandungi 66% air, 15% protin, 12% karbohidrat, 5% lipit dan 2-3% 10HDA. Semua jenis vitamin dan ekstrak yang terkandung dalam produk ini bersifat anti-bakteria yang mana boleh membantu melawan penyakit, menegangkan dan mencantikan kulit. Ia juga boleh membantu melewatkan kesan penuaan. Keistimewaan yang terletak pada Jeli Raya ialah kandungan 10HDA yang tidak ada pada produk lebah lain. Melibatkan proses loifilisasi iaitu satu kaedah bermula dengan pembekuan pantas diikuti dengan dehidrasi dalam keadaan vakum, menjamin kesegaran, keaslian dan keberkesanan yang baik dan tiada sebarang kesan sampingan.

Royal Jelly Ligtening Milk - Membersihkan Kulit secara mendalam dan membantu sel-sel kulit berfungsi dengan baik. Membersihkan kesan make-up dan pori-pori muka. Kulit akan kelihatan segar dan sihat.

Royal Jelly Cleansing Soap - Ia menyegarkan dan membersihkan kulit tanpa meninggalkan kesan minyak. Mempunyai nilai PH yang bersesuaian dengan kulit wajah yang sensetif terhadap nilai PH yang tinggi. Kelembapan yang tinggi menjadikan kulit kelihatan licin, cerah dan segar.

Royal Jelly Freshener - Mengandungi anti bakteria yang mampu menghilangkan baki kotoran yang ada pada kulit. Menutup pori-pori muka dan menjadikan kulit halus dan segar.

Night Refinement Cream - Krim Malam yang berfungsi secara efektif selama anda tidur. Membantu menjaga kelembapan, mengurangkan garis garis halus serta menjaga elastisti kulit. Membantu menghilangkan kesan pigmentasi, bekas bekas jerawat dan seterusnya membantu dalam penghasilan semula sel sel kulit.

Compact Foundation SPF - Melindungi kulit dari sinaran UV, Ia boleh digunakan sebagai sunblok dan foundation. Ia juga memberikan kesan tekstur yang halus pada kulit wajah.

Lightening Complex Lotion - Mengembalikan kecerahan kulit, Ia juga amat berkesan untuk mencegah pertumbuhan jerawat dan menghilangkan jeragat seterusnya menghilangkan parut parut jerawat. Kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.

Sekiranya kulit berminyak dan berjerawat ada set lain iaitu mengandungi :-)

Clarifying Soap - Ia dapat mematikan kuman jerawat dan mengeringkan kulit agar terasa segar sepanjang hari.

Clarifying Toner - Ia mengandungi anti septik yang dapat mematikan kuman jerawat. Kulit akan segar sepanjang hari.

Oil Control Toner - Membantu menghilangkan baki kotoran sertasisa sisa minyak yang ada pada kulit. mampu mengekalkan kesegaran kulit serta mengelakkan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit.

Oil Contol Cleanser - Membersihkan Kulit serta kesan kesan minyak dengan berkesan. Membantu sel sel kulit berfungsi dengan lebih baik. Kulit wajah akan kelihatan segar licin dan berseri.

Hanya perlu nyatakan jenis kulit pada Yatie dan saya akan beritahu apa yg sesuai . Sekiranya dah biasa guna produk ni jika nak beli satu satu pun boleh juga. Untuk Trial Pack RM98.00.

* Mesej ini telah disunting oleh yatie28 pada 27hb Jun 2005, 3:18:43 ptg

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

yatie28
Ahli Setia
2. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 09:57:13 pagi    [Edit]
Kepada yang tidak mahu nampak tua sebelum waktunya Keluaran Evolusi Anggun boleh membantu, Evolusi anggun bukan sahaja mempunyai produk kecantikan tetapi produk pelangsingan seperti SS-Shape dan untuk Vagina iaitu Virgin Gel. Keterarangan lanjut mengenai produk

Deep Clearly Gel ( RM54.00 )
Membersih, menaggalkan sel mati, mencerahkan dan meningkatkan keanjalan kulit.
* memang deep dia bersihkan kulit muka*

White Super Toner ( RM55.00 )
Mencerahkan tompok hitam, memudarkan jeragat, mengecutkan serta menghilangkan kesan jerawat dan memadatkan kulit.
* memang super ... really love it *

White Plus SPF 25 ( RM54.00 )
Melindungi kulit dari sinaran matahari, mencerahkan kulit, dan membuat wajah berseri tanpa makeup yg tebal.
* bagusnya dia tak berminya .. pakai sikit jer .. nampak very natural *

Intensif Night Cream ( RM52.00 )
Memudarkan tompok hitam , jeragat dan kesan jerawat, mengecutkan jerawat serta mencerahkan kulit. Biarkan overnight kat muka.
* Pakai ni malam .. kalau ada jerawat .. pagi bangun dah kecut .. best giler *

Botox Cosmetic ( RM99.00 )
Bertindak seperti "botox" , sungguh berkesan, kulit kelihatan lebih remaja, gebu, berseri, padat dan menghalang kedutan dan menambah antioksidan.
* Yg ni lebih pada nak nampak muda ... tak mahu ada kedut kedut kat muka .. bagi tegang gitu

Virgin Gel ( RM 25.00 )
Manjakani "buah ajaib" bukan sekadar mengetatkan, kecantikan wanita bukan terletak pada wajah sahaja tetapi lebih penting pada sistem peranakan dan alamat kelamin. Jika tidak dijaga dengan baik mendatangkan tekanan pada emosi dan pudarlah keserian wajah, Khas untuk pujaan hari menikmati asmara menjadikan malam-malam anda seperti malam pertama, memberi kesan hebat mewangi, merapatkan penuh keyakinan.
Bahan-bahan : Manjakani, Kacip Fatimah, kayu Manis, Cengkih
Cara guna : 5 minit sebelum bersama masukkan dlm faraj


* Mesej ini telah disunting oleh yatie28 pada 25hb Jun 2005, 10:05:15 pagi

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

yatie28
Ahli Setia
3. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 10:08:13 pagi    [Edit]
Natasya - Sesuai untuk kulit yang berjerawat dan berjeragat, harga yang murah sesuai kepada yang under budgect

Krim Malam & Sabun Jeragat Herba 2 in 1 ( RM35.90 )
Kombinasi herba semulajadi & ramuan terpilih
Menghilangkan jeragat, jerawat, bintik hitam dan mencerahkan kulit muka

Sabun Jeragat & Jerawat Herba ( RM7.90 )
Gabungan formulasi terkini dan herba terpilih, Sesuai untuk kulit wanita Asia, Berkesan menstabilkan pH kulit, Menanggalkan sel-sel kulit mati di muka,

Krim Malam Jeragat & Jerawat Herba ( RM29.90 )
Kombinasi herba semulajadi & ramuan terpilih, Berkesan Menghilangkan jerawat, jeragat & bintik hitam, Sesuai digunakan pada waktu malam sahaja.

Krim Pelindung UV SPf25 + Alas Bedak ( 39.00 )
Kombinasi herba semulajadi & ramuan terpilih, Bertindak sebagai agen pencerah & pelindung sinaran UV dan juga mengandungi alas bedak untuk melindungi kulit muka agar wajah kelihatan, bermaya sepanjang hari serta melambatkan proses penuaan.Merawat kesan jeragat, jerawat serta bintik-bintik hitam.


--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

yatie28
Ahli Setia
4. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 10:18:03 pagi    [Edit]
Puteri Rembulan - Produk tradisonal dari Indonesia, produk ni famous kat KL but negeri lain mungkin belum lagi... Pada yang dah guna mungkin tahu kehebatan Puteri Rembulan, bagi yang belum guna teruskan membaca untuk mengetahu rahsia kelitaan Seperti Puteri Rembulan

Mempunyai 2 set sahaja iaitu untuk kulit normal dan untuk kulit jerawat & berminyak.

Harganya lebih kurang juga dengan produk paoduk lain, pengunaan boleh tahan dalam 6 bulan ..lama tu ekkkk

Sebarang pertanyaa mengenainya boleh lah tanya ya ... jangan malu malu..


* Mesej ini telah disunting oleh yatie28 pada 25hb Jun 2005, 10:20:01 pagi

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

yatie28
Ahli Setia
5. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 3:23:08 ptg    [Edit]
Hai ...

Yatie dah update dah gambar Royal Jelly Bio Cos..

Yang tanya melalui PM or YM tu .. thanks a alot ... dan kalau boleh tanyalah kat forum ni .. boleh kongsi cerita ramai ramai ....

Mrs Yus ..
Meh masuk sini cerita pasal Puteri Rembulan ..

Yang lain lain tu janganlah malu malu ...

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

mezlin
Ahli Baru
6. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 08:54:12 pagi    [Edit]


yatie28...nak tanya sikit...kalau set putri rembulan tu... berapa hah? muka saya sebenarnya tak pernak ada jerawat cuma yg ada kalau time period aje keluau 1-2 biji...tapi setelah pakai satu bedak muka jenama ........(???) muka saya keluar jerawat kecik-kecik macam ruam kat pipi...kawan -kawan pun perasan muka saya dah kasar.

So...apa suggestion yati? berapa kos set putri rembula tu? kalau beli dapat special price ke?

203.223.132.:-)

yatie28
Ahli Setia
7. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 4:17:32 ptg    [Edit]
mezlin,

Sorry lambat reply ya .... set Puteri Rembulan ni sesuai untuk kulit yang sensetif sebab ia lembut dan berasaskan tradisional.
Harga one set RM200 .. special price tak banyak kurang .. but adalah kurang juga dari harga kaunter.

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 11:22:04 pagi    [Edit]
D'Orange Classic ni kat Banting ye?

Nak tanya... kalau kulit muka tetiba kering, mengelupas dan jadi nipis... pasal apa hah? sebelum ni tak pernah ada masalah kulit... dan tak pernah guna sebarang jenis produk skin care pun, sebab tadak masalah... lately nih plak jadik camtu... sedih betul laaaa...


203.115.226.:-)

yatie28
Ahli Setia
9. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 12:21:33 tghari    [Edit]
semut merah ,

ya D'orange Classic kat Banting

Masalah semutmerah ni mungkin juga berpunca daripada faktor cuaca, hormon badan dan tahap kelembapan kulit.

Semutmerah kena kaji balik pencuci muka yang semutmerah gunakan .. dulu mungkin tiada apa-apa .. tapi dlm jangkamasa panjang ....
Mungkin tahap kelembapan kulit muka semutmerah telah hilang oleh sebab itu ia kering dan mengelupas .. gunalah pelembab untuk melembabkan kulit muka semula.

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 12:41:49 tghari    [Edit]
Tq yatie...

Dulu, zaman belajar (10 tahun dulu) memang semut pernah guna pencuci muka... tapi kesannya teruk sangat sampai semut fobia... sampai skang, 1 produk skin care pun semut tak gunakan langsung... alhamdulillah, so far tadak masalah... tapi bila jadik camni, rasa pelik gak... mungkin faktor umur kot... dah 30 tahun... nak guna pelembab? ntah la, fobia masih ada... takut lagi teruk la plak...


203.115.226.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 3:29:34 ptg    [Edit]
Okay... setelah sekian lama.. Liz pun nak share tentang Natasya..
I rasa nite cream dia really amazing. Kalau yatie perasan,,, liz byk soal jawab tak kira di forum ni atau lain.. Sbb takuut.. sblm promote atau recommend sesuatu product mesti try or at least dpt tahu sedikit sebanyak brg tersebut.
Lepas soal jawab ...
Liz rasakan product ini bagus.. terbukti.
Ianya dr herba.
At 1st question liz ialah adakah dia mengandungi kojic acid yg menghakis..
dan paling penting bukan dr Filifina. hehe.

Now fully recommended la. Selain product doctor jual, liz pun tukang promote menda ni.. Sbb dah terbukti di muka liz sendiri.. Hilang jerawat yg suka tumbuh di dagu tu.. dan scar.

ada sorang dealer approach liz jadi dealer.. So i'll think 1st.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

jeen
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:42:48 ptg    [Edit]
ok ker natasya ni...teruja oiii

kalau beli sabun jer tak boleh ker?

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.93.226.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 4:56:09 ptg    [Edit]
Jeen. Guna both. Combination yg bagus.
Rm35 jer kan.. tak rugi. Dpt kulit bersih. Liz pun dah kurang scar.
Now nak beli Biomedic Retinol 30 utk smoothen skins pulak.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

yatie28
Ahli Setia
14. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 5:57:49 ptg    [Edit]
Jeen,

Beli sabun jer boleh RM7.90 jer seketul.. tapi mcm yg Lizz_dee ckp lah .. mungkin efect dia kurang lah .....


Dan kini ada Natasya Tiruan jadi berhati hati ya .... nampak packaging lain mcm sikit .. beware ...

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

blur
Ahli Setia
15. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 08:24:13 pagi    [Edit]
Ade sesapa yg guna product Evolusi Anggun and nak beli:-

1) Deep Clearly Gel - ade lagi 1/2
2) White Super Toner - ade lagi 3/4

RM50.00 inclusive delivery charges.

--------------
~ D One N Only ~ Langkawi Island

203.106.5.:-)

ddla
Ahli Baru
16. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 2:09:53 ptg    [Edit]
Yatie28,

Dalam byk2 produk ni..frankly nya yg mana paling best?

--------------
Dila's:0197231000 Fax:074344155/ ddnyer@yahoo.com...Kejutkan aku dari lenaku

211.24.65.:-)

yatie28
Ahli Setia
17. Dihantar pada 13hb Julai 2005, 09:53:02 pagi    [Edit]
ddla ....

i suka evolusi anggun .. coz i guna skincare ni ... cuma scrub i guna puteri rembulan .. tapi kalau ada parut tak sesuai sgt guna evolusi .. kesan dia slow sikit sebab dia tak mengelupaskan kulit .... setiap produk ada kelebihan dia lah ..

--------------
B-Nice/Krim Natasya/Herba Dara/TRIMZ&KLENZ/Ladiva/ pelbagai.. tanya je HP 0123883240 YM- yatie_1598

203.106.52.:-)

suzismi
Ahli Aktif
18. Dihantar pada 16hb September 2005, 07:11:49 pagi    [Edit]
hai blur..
kenapa nak jual..?
tak serasi ye..

--------------
Salindah/Examo/Revell/Cosway/DCL/mawar9774@yahoo.com/sms~0127526483

210.186.176.:-)

blur
Ahli Setia
19. Dihantar pada 16hb September 2005, 07:19:54 pagi    [Edit]
serasi...cuma lambat ilangkan parut je...jerawat mmg x de dah lepas guna E.A nih..
ade lagi kat umah barang2 tu..

--------------
~ D One N Only ~ Langkawi Island

203.106.5.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005