Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb Ramadhan 1435 @ 22hb Julai 2014, 3:19:57 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Info : Ibu Hamil
eyzlyn
Pengendali
1. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 06:31:55 pagi    [Edit]


Tujuan topik ini dibuka untuk berkongsi info mengenai ibu hamil. Berbeza dengan kelab ibu mengandung, di sana lebih kepada berbual-bual dan berkongsi pengalaman.(ayat diedit utk mengelakkan kontreversi). nanti ada masa saya akan cuba isikan dengan info-info berguna terutama dari segi pemakanan dan sebagainya.

Kalau sesiapa ada info berguna, bolehlah kongsi bersama-sama. Kalau ada kemusykilan pun, boleh kemukakan di sini. Kalau saya atau yang lain tak boleh jawab, kita ada Dr Boboiz..

* Mesej ini telah disunting oleh eyzlyn pada 25hb Jun 2005, 03:50:52 pagi

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 06:57:33 pagi    [Edit]
TANDA-TANDA KANDUNGAN BERMASALAH

KEHAMILAN merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk wanita. Bahkan bagi wanita itu sendiri, kehamilan yang dinantikan merupakan saat yang paling membahagiakan. Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Rawatan Islam, Dr Habibah Abdul Ghani, sebab utama berlakunya komplikasi ialah kerana berlakunya perubahan-perubahan hormon dalam tubuh ibu yang hamil ini.

Kehamilan menyebabkan banyak berlaku perubahan fisiologi pada tubuh si ibu. Perubahan yang disebabkan oleh pertukaran hormon ini menjadikan kebanyakan sistem dalam tubuh ibu yang hamil juga turut berubah.

Ada sesetengah ibu yang mampu mengadaptasi kadar perubahan sistem dalam tubuh ini dengan mudah dan tidak kurang juga sebaliknya. Kadar mengadaptasi ini di kalangan ibu-ibu hamil juga berbeza antara satu sama lain.

Bagi sesetengah ibu, tubuh mereka dapat menerima perubahan ini dalam waktu singkat dan tidak kurang ada juga yang memakan masa yang panjang sehingga hampir saat kelahiran.

"Kesukaran si ibu mengadaptasikan sistem tubuh mereka dengan perubahan-perubahan ini menyebabkan berlakunya komplikasi sepanjang kehamilan ini. Namun demikian, rawatan yang awal akan dapat menyelamatkan ibu dan kandungannya," jelas Dr Habibah lagi.

PENDARAHAN

Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.

Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:

masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
'missed obortion' iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi mengandung.
mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
mengandung kandungan anggur ( molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir yang tidak berguna.
Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.

"Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal. Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan," jelas Dr Habibah.

Keadaan ini dikenali sebagai 'cervical incompletence', boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.

PUCAT/ANEMIA

Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa.

Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya, kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, siibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.

Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda (usia 17 tahun kebawah).

"Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi," terang Dr Habibah. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini, biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan janin selamat.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan.

"Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna," tegas Dr Habibah lagi.

Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.

Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'. Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah.

Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.

KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL

Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.

"Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil," tegas Dr Habibah lagi.

Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian.

Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin.

Sumber : SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/S 88-89

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
3. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 12:15:05 tghari    [Edit]
Qb mintak maaf sebab masuk umah ibu hamil, tapi Qb nak tanya masalah kesihatan ibu hamil. Kakak ipar Qb bila mengandung ajer mesti kene kencing manis, walaupun dia bukanlah pengidap penyakit itu asalnya...

Tahun lepas dalam bulan 10, dia dapati kandungan yg berusia 8 bulan tidak berdenyut lagi... setelah mengikuti beberapa prosedur sehingga lah dihantar ke Hospital besar Sg Petani, bayinya didapati telah meninggal dunia....Sedih sgt sebab baby tu mmg dah cukup sifat..lebih kurang 2 minggu saja lagi akan dilahirkan......


Kini baru semalam dia dapat tahu mengandung lagi, kandungan baru berusia 1 bulan, tahap kencing manisnya amat tinggi dan terpaksa di tahan di wad...

Beliau dinasihatkan pergi ke hospital setiap minggu bagi suntikan insulin...

Boleh ibu2 kongsi nasihat...atau pandangan...dari pengalaman

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.20.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 12:36:03 tghari    [Edit]
QB

MR dapat petua nih dari internet gak..ada posting dari orang yang ada xperience kena kencing manis...

"Cuba amalkan meminum air kelapa muda....Sebijik , selang sehari....Rasanya yang enak dan lazat.....Juga dapat membuat kulit baby bersih ketika bersalin nanti....Cubalah......ini pun petua dari orang tua-tua....."

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 12:42:24 tghari    [Edit]
TQ kak MR.. nanti QB bagitau dia..

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.20.:-)

eynda
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 12:48:45 tghari    [Edit]
Apa penyebab kencing manis masa pregnant ek? Ada sesape tahu tak?

219.95.95.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 1:05:24 tghari    [Edit]
masa peknen kan hormon produce double..
maybe keturunan, family history, endrokrin system ada problem.. hehhee

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 2:10:06 ptg    [Edit]
Yang perlu dihindari/dikurangkan oleh ibu mengandung

Pengambilan makanan, minuman dan ubat-ubatan tertentu semasa hamil mungkin tidak dibenarkan kerana ia akan memberikan kesan-kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang dikendong. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.

Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:

Alkohol

Pengharaman alkohol oleh agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepatnya melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus.

Kafein

Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda

Rokok

Merokok semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah. Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

Ubat-ubatan

Ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil).

Gula

Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh meyebabkan bayi besar daripada selalunya.

Vitamin

Pengambilan vitamin A yang tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dsb. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan
bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

Raksa

Mungkin kita belum pernah mendengar orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

bersambung..........

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 2:13:37 ptg    [Edit]
Makanan mentah

Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah (atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan komplikasi yang buruk:

- Toxoplasmosis
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

- E.coli (bunyinya E.kolai)
E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.
Salmonella. Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini boleh menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin merbahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.

- Listeria
Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.

- Cacing
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidaklah memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang diperlukan oleh bayi anda.

Herba

Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.

Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid

Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.

Makanan lebihan

Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman.

Pemanis tiruan

Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengurangkan kandungan kalori gula. Ia juga digunakan oleh orang yang ingin menjaga berat badan mereka. Antara yang sering diperkatakan ialah Aspartame (jenama EQUAL, PAL-SWEET, SLIM-UP, dan juga dalam minuman bertin) dan Saccharin. Saccahrin kini telah pun tidak lagi digunakan di Malaysia. Selain saccharine, bahan tiruan lain yang perlu dijauhi ialah cyclamates. Aspartame mengandungi phenylalanine, sejenis asid amino yang merbahaya untuk kanak-kanak yang menghidapi phenylketonuria, sejenis penyakit yang jarang berlaku. Selalunya ia tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi sebagai langkah penjagaan, penggunaan barangan ini masih lagi dibolehkan asalkan dalam kuantiti yang sederhana.

Makanan yang diproses

Makanan jenis ini seperti hotdog dsb mungkin mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan, oleh itu hendaklah dikurangkan pengambilannya.

Bahan-bahan lain

Kebanyakan bahan-bahan tambahan seperti additif adalah selamat digunakan (ingat, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja). Antara yang sering diperbincangkan dan perlu dijauhi ialah:

- MSG (monosodium glutamate) seperti di dalam Ajinomoto.

- Pewarna tiruan terutamanya blue 1, blue 2, green 3, red 3 dan yellow 6


* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 24hb Jun 2005, 2:18:22 ptg

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 2:54:41 ptg    [Edit]
Aku tengah pregnant sekarang nie..bulan lepas kena mai klinik untuk check samada aku ada kencing manis atau tak..terpaksa ler minum air glukos tu..loya betul tekak nie....lepas minum kena tunggu 2 jam untuk ambik darah buat kali kedua..sempat jugak ler berbual-bual dgn makcik-makcik yg datang untuk ambik ubat kencing manis nie..

Ada satu makcik tu..siap pesan..klu org mengandung yg ada kencing manis nie..suruh makan apple hijau tiap-tiap hari..insyallah kandungan gula tu tak kan tinggi sangat..try arr..

* Mesej ini telah disunting oleh cikgu_taska pada 24hb Jun 2005, 4:47:07 ptg

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.49.74.:-)

maria03
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 2:56:10 ptg    [Edit]
Adeh, tetiba terasa jek kata kelab ibu mengandung berbual kosong

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

219.95.32.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:01:04 ptg    [Edit]
kat sini lebih specifik dan detaill...

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:07:16 ptg    [Edit]
MR takler peknen setakat nih tp sajer la nak share info bab preg nih..

bab epal ijau idok la MR tahu tp no harm to try cikgu taska.. tp untuk mendapatkan kulit baby yg cantik, amalkan la memakan epal merah setiap hari. Untuk menajamkan otak pula cuba la makan kismis, insya Allah.

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

maria03
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:10:01 ptg    [Edit]
RED, Gud Job..keluarkan semua ilmu yg ada tuh.

adik,
yelah

--------------
1- Nureen Saffiya 2- ? 3- ? 4-?

219.95.32.:-)

waha7475
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:41:49 ptg    [Edit]
maria, waha pun terkejut club ibu mengandung tu di kata bual kosong... rasanya dari mula mengandung sampai bersalin byk maklumat waha dpt & siap buat buku lagi apa˛ yg penting...

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.255.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 5:47:16 ptg    [Edit]
releks bebb..

p/s: more articles please..

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

eyzlyn
Pengendali
17. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 01:49:55 pagi    [Edit]
maria, waha...

dah nama pun kelab ibu mengandung, kat sembang kelab , utk berbual.. lin pun berbual kosong jugak kat sana, i admit it .. cuma kat sini lin kalau blh nak specified pada info, artikel dan pertanyaan mengenai kehamilan. u all jgnlah terasa hati pulak. no heart feeling, ok? kita semua sesama nak belajar. kalau lin ada terjumpa artikel bagus, lin paste kat sini. kat kelab, kita berborak la puas-puas...

nanti sat gi aa tepek info, nak memasak jap...

oh ya, kat sini tak kiralah sesapa yg tak peknen, anak dara, bapak org, teruna atau sesiapa saja yg ada info, blh la sama-sama berkongsi

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 08:14:51 pagi    [Edit]
pastu nak tanya lagi...

kalau cucuk insulin setiap minggu takde efek kat baby ker????

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.16.:-)

just4fun
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 09:07:45 pagi    [Edit]
hampir2 terkena kencing manis masa pregnant ke 5. warna strip ujian air kencing tu dah hampir2 menunjukkan tahap bahaya. berat pun naik lebih sikit dari yg sepatutnya sampai kena sound dgn doktor. bila2 fikir balik, maybe sebab asyik minum air sirap, air tu kan manis...pastu jarang ambil plain water. tu yg paras gula naik gaknya.

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.194.:-)

just4fun
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 09:09:57 pagi    [Edit]
Bahaya darah tinggi dan keracunan kehamilan
=================================

Masalah darah tinggi dan keracunan kehamilan (pre-eclampsia) biasa berlaku mulai kehamilan tujuh bulan. Kadangkala kita tidak menjangka siapa yang akan terkena penyakit ini, tetapi bagi mereka yang hamil pertama kalinya, ataupun mereka yang terlalu gemok dan mengidap penyakit kencing manis, ataupun memang pernah mengidap penyakit darah tinggi dan buah pinggang adalah diantara mereka yang terdedah kepada masalah ini.

Pemeriksaan “antenatal” setiap bulan, selepas tujuh bulan dua minggu sekali dan bulan terakhir seminggu sekali, adalah sangat penting untuk mengesan keadaan penyakit darah tinggi dan keracunan (toxemia) kehamilan. Setiap kali ibu hamil datang ke klinik diantara pemeriksaan yang dilakukan keatasnya ialah mengukor tekanan darah, mengukor timbang beratnya dan juga memeriksa air kencingnya untuk gula dan albumin.

Ini sangat penting untuk tujuan mengesan penyakit keracunan (toxemia) kehamilan yang biasanya ditandakan dengan bengkak kaki, timbang berat yang naik secara mendadak, sembab muka dan apabila diukor tekanan darah didapati terlalu tinggi iaitu melebihi 140/90 mm Hg dan air kencingnya mengandongi albumin.


Apakah risiko kepada ibu?

Toxemia kehamilan boleh mengancam nyawa ibu jika ia tidak terkawal khususnya apabila tekanan darahnya meningkat mungkin melebihi 180/110 mm Hg dan apabila air kencing ibu tersebut mengandungi banyak albumin iaitu mungkin sehingga tanda + + + + . Ibu juga merasa pening, mungkin gelap mata dan hampir pitam dan rasa kesakitan pada bahagian ulu hati. Jika keadaan begini berlaku kadangkala ibu boleh terkena serangan sawan (eclampsia).

Sawan ini sangat merbahaya pada ibu kerana ini menandakan pendarahan mungkin telah berlaku dalam otak ibu (cerebral hemorrhage), atau bekalan darah kepada otak telah terganggu akibat daripada kuncupan saluran darah tersebut dan biasanya otak telah dipenuhi dengan cecair (cerebral adema). Risiko kematian ibu adalah sangat tinggi dalam keadaan begini khususnya mereka yang telah tidak sedarkan diri (coma).

Dalam keadaan begini doktor perlu melakukan pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi tanpa mengira umur atau akibat kepada bayi tersebut samada boleh hidup atau tidak demi untuk menyelamatkan nyawa ibu. Apabila bayi dan uri telah dikeluarkan melalui pembedahan, biasanya penyakit ini akan reda dengan cepatnya dan hanya inilah yang boleh menyelamatkan nyawa ibu setelah diserang dengan sawan tersebut.

Dalam kes yang kurang teruk doktor boleh mengawal penyakit toxemia ini dengan memasukkan ibu tersebut ke hospital untuk berehat sambil mengawal tekanan darahnya, air kencingnya dan pertumbuhan bayi melalui ujian-ujian klinikal , ukuran timbang berat dan juga ujian ultrasound yang dilakukan berulangkali untuk mengetahui samada pertumbuhan bayi masih berlaku atau tidak.

Jika tidak ada pertumbuhan bayi dan bayi mungkin terancam nyawanya, dan dijangka bayi boleh hidup apabila dilahirkan, maka langkah yang sewajar ialah untuk melakukan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi.


Jika keadaan darah tinggi dan toxemia ini sangat sederhana dan tidak ada tanda-tanda ia mengancam ibu dan bayi, setakat berehat dan diberi rawatan dengan ubat untuk mengurangkan tekanan darah, kawalan pemakanan untuk mengurangkan karbohidrat, minyak dan garam dalam makanan.


Rehat adalah sangat penting untuk mengawal penyakit darah tinggi ini. Biasanya jika keadaan ini boleh dikawal dan pertumbuhan dan nyawa bayi tidak terancam, maka kelahiran secara normal boleh dilakukan dengan memaksa sakit bersalin (induced labour) pada umur kehamilan antara 37 hingga 38 minggu. Kelahiran tidak boleh lambatkan kerana uri boleh rosak dan dengan itu bekalan oxygen dan makanan pada bayi boleh terjejas menyebabkan kematian bayi dalam rahim.



Apakah punca sebenar bagi toxemia dan darah tinggi?

Punca yang sebenar tidak diketahui, tetapi mungkin dalam darah pesakit yang mengidap toxemia ini terdapat banyak jenis racun yang boleh menyebabkan darah tinggi dan merosakkan organ organ badan khususnya otak dan hati.


Racun-racun ini adalah dikeluarkan oleh uri (placenta). Mengapa uri mengeluarkan racun, tidaklah diketahui dan mengapa sesetengah wanita keluarkan racun ini dan yang lainnya tidak, ini pun tidak diketahui. Mungkin ia merupakan satu reaksi untuk menolak uri tersebut.


Uri dibentuk sebahagiannya daripada baka suami, tubuh isteri cuba menolaknya dan dengan ini timbullah reaksi dengan mengeluarkan racun. Bagaimana ia berlaku tidaklah diketahui. Biasanya selepas kelahiran bayi dan uri telah sempurna dikeluarkan, keracunan akan lesap dan tekanan darah turun ketahap normal dengan cepat.


Perkara perkara yang boleh mengelakkan kejadian ini ialah dengan amalan makanan yang seimbang, memakan vitamin Folic Acid yang terus menerus antara 5mg hingga 10 mg setiap hari dari awal kandungan hingga akhir. Mengawal berat badan supaya ia tidak melebihi had biasa, berat badan sepatutnya tidak boleh melebihi 15 kilo bagi keseluruhan kehamilan. Bagi panduan para ibu yang hamil, lima bulan pertama berat badan patut meningkat satu kilo sebulan dan empat bulan terakhir dua kilo sebulan menjadikan jumlahnya lebih kurang 13 kilo di akhir kehamilan.


Kerehatan dan ketenangan juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan masalah darah tinggi dan keracunan. Bagi mereka yang tenang rohnya serta kuat iman mungkin kurang tededah kepada ancaman toxemia, sebab itu saya sentiasa menasihati ibu-ibu yang hamil untuk membaca Al Quran dari awal kehamilan dan tidak melupakan segala suruhan Allah seperti solat, berpuasa dan sering melakukan amalan zikir, bertasbih, bertasmid dan lain lain untuk mengingati Allah. Memang amalan amalan ini boleh mengurangkan ketegangan fisikal dan mental.




*sumber dari hamidarshat.com

http://health.groups.yahoo.com/group/timang1005/ --- yahoo group yg diterajui oleh Dr. Hamid Arshat

* Mesej ini telah disunting oleh just4fun pada 25hb Jun 2005, 09:35:55 pagi

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.194.:-)

eynda
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 09:23:53 pagi    [Edit]
Sapa ada tips atau pengalaman mengurangkan rasa meloya atau muntah-muntah masa pregnant??

219.95.93.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
22. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 09:33:03 pagi    [Edit]
quote:
Sapa ada tips atau pengalaman mengurangkan rasa meloya atau muntah-muntah masa pregnant??


"Berisi" ke ? Kalau betul...........TAHNIAH

Part muntah....pengalaman mengandung anak sulung..mama muntah2 sampai hari nak bersalin.Cuma hari bersalin aje tak muntah....hari sebelum tetap muntah gak.Memang dugaan betul....makan ubat tahan muntah .Doktor kasi........tetap gak muntah..Time tu....memang kurus..perut aje besor sbb ada baby.

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.222.:-)

eynda
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 09:52:21 pagi    [Edit]
Belum confirm la mama... . Last month eynda silap kira hari, mati-mati ingat dah pregnant sebab ngidam makan macam-macam....rupanya nak datang period . Bulan ni tak rasa langsung tanda-tanda nak datang period. Kalau ikut kiraan putaran period, ni dah lewat 4 hari....tapi takmo berharap sebab boleh jadi jap lagi datang pulak period . Tapi start semalam terbau tumisan kat kedai makan dah takleh tahan....meloya semacam pulak....hari ni pun rasa meloya, payau je mulut ni....Petang ni nak gi beli pregnancy test kat farmasi....

Mama punya alahan lebih kurang macam mak eynda masa ngandung kat eynda. Sampai nak bersalin pun dok muntah-muntah lagi....Eynda masa ngandung kat Adam dulu takde alahan apa-apa langsung, asyik ngunyah jer....Tu yg risau kalau-kalau pregnant kali ke2 jadi alahan teruk pulak.....sebab tak pernah ada pengalaman .

219.95.93.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
24. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 09:59:23 pagi    [Edit]
quote:
Last month eynda silap kira hari, mati-mati ingat dah pregnant sebab ngidam makan macam-macam....rupanya nak datang period

Kalau kita berharap sangat....memang terkadang jadi begitu.Dulu mama takut sangat pregnant............lagi lah plak lewat period tu datang...Jadi lebih baik relax aje.........Tapi sejak minum BIdadari...datang on time...SELAMAT.


quote:
Bulan ni tak rasa langsung tanda-tanda nak datang period. Kalau ikut kiraan putaran period, ni dah lewat 4 hari....tapi takmo berharap sebab boleh jadi jap lagi datang pulak period . Tapi start semalam terbau tumisan kat kedai makan dah takleh tahan....meloya semacam pulak....hari ni pun rasa meloya, payau je mulut ni....Petang ni nak gi beli pregnancy test kat farmasi....


Pergilah buat test segera.....!! Kalau jadi...TAHNIAH...berkat kerja keras tungkus lumus utk menghadiahkan adik utk Adam.

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.222.:-)

kittun
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 11:26:56 mlm    [Edit]
a'kum,

kittun just nak tambah, penyakit toxoplasmosis bukan shj leh dpt dr cara memasak daging tak betoi, tp drp najis kucing juga. jadi elakkan tersentuh najis kucing, atau sentuh tanah2 ms berkebun tu ye...bahaya untuk baby.

--------------
sabar itu indah..

138.253.245.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:01:09 pagi    [Edit]
MORNING SICKNESS

Morning sickness selalunya berlaku pada trimester pertama (3 bulan pertama) mengandung. Ia terjadi kerana pertambahan hormon yang drastik dalam darah. Selalunya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ia juga boleh berlaku pada waktu-waktu lain. Penggunaan ubat tidak digalakkan terutamanya pada trimester pertama. Bagi kes-kes yang teruk, seperti sehingga hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan, doktor anda boleh mencadangkan beberapa jenis ubat yang didapati selamat untuk wanita yang mengandung.

Antara yang khas untuk orang yang mengandung ialah jenama Navidoxine yang mengandungi meclizine dan pyridoxine. Ia juga boleh didapati dari farmasi-farmasi.

Anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk mengawal rasa pening dan ingin muntah anda :
- minum air dengan banyak
- makan makanan ringan seperti biskut sebelum anda bangun daripada tidur
-makan sedikit-sedikit tetapi dengan lebih kerap
- berhenti merokok (dan berhenti minum alkohol)
- jauhi dari meminum kopi, susu dan minuman bergas
- rehat
- lakukan senaman ringan di tempat yang berudara segar
- makan halia
- ambil vitamin B6 (pyridoxine). Selalunya vitamin ini sudah ada dalam vitamin yang diberi semasa mengandung seperti Obimin

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

cikgu_taska
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:19:00 pagi    [Edit]
quote:
Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:
Kafein
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda


So far sejak aku pregnant air yg aku tak pernah sentuh lagi cuma Kopi..macam minuman bergas ngan coklat tu..ada ler jugak..tu pun klu terliur tengok adik aku yg kecik makan ngan minum benda nie..

Nescafe ngan teh lak..mmg kerap arr aku ambik..nak katakan mmg tiap-tiap hari ler..so ada effect tak..hmm..try gak tak mau minum nescafe..gantikan ngan milo..naik loya lak bila hari-hari milo jerk..nak minum air horlick mmg mintak ampun..tak leh masuk tekak nie..hmm..nak kasi ganti ngan air apa yerk..

--------------
Mama Nur Iman Irdina

60.48.202.:-)

eyzlyn
Pengendali
28. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:35:12 pagi    [Edit]
well, selalunya lin minum teh- herbal tea, blacurrant, orange dan bermacam perisa la.. rasa lagi relax skit. dan minum air jus buah . macam susu pulak, lin cuma blh minum susu coklat jer. well, mungkin u blh bertukar-tukar jenis air, mcm lin ni cepat muak, kalau minggu ni duk minum apple juice, minggu depan nak oren juice pulak.

sib baik tak mengidam kelapa muda, kalau tak, naya nak cari kat sini....

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Mrs_Red
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 10:43:52 pagi    [Edit]
MR masa preg dulu.. everyday wajib fresh orange ngan ribina pagi petang siang malam...sometimes amik milo or horlick, teh amik gak tp sekali sekala jer...susu on and off..rasa nak minum susu..buat jer rasa tanak takderla..

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

just4fun
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 2:51:38 ptg    [Edit]
cikgu_taska,

minum nescafe ngan air teh ya?? nak kena babab ni...
jgn lah consume banyak sangat...kalau boleh pagi secawan, petang secawan...jgn lebih dari tu...takut nanti baby lahir tak cukup berat...salah satu sebab dia la...
masa pregnant yg pertama dulu tiap2 hari aku minum nescafe kat ofis...anak aku lahir below normal weight...
sekarang ni sekali-sekala jerr minum nescafe or teh...tetiap hari milo saje...
horlicks tu memula dulu aku pun tak boleh nak telan...tapi bila rasa sekali...sedap pulak..



*eh, baru aku perasan logo Sembang2 dah tukar kaler...

* Mesej ini telah disunting oleh just4fun pada 27hb Jun 2005, 2:52:59 ptg

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

218.111.39.:-)

qisttina
Ahli Baru
31. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 4:23:45 ptg    [Edit]
sekadar menceritakan pengalaman...

saya amalkan minum air kelapa muda...
puasa nescafe (favourite) & teh tarik...
sehari sebiji oren sunkist...
susu anmum

218.111.16.:-)

DeLia75
Ahli Baru
32. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 5:22:20 ptg    [Edit]
qisttina..
start minum air kelapa nie bila yee...cam delia dah msk 7mth leh start minum air kelapa keee..?

219.95.132.:-)

eynda
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 6:30:51 ptg    [Edit]
Ada sesetengah skincare/kosmetik yg kita takleh pakai waktu ngandung,kan...? Maksud eynda yg ada ingridient tertentu yg membahayakan...contohnya yg ada bahan pemutih...Ada lagi tak yg korang tahu?

219.95.23.:-)

just4fun
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 6:46:58 ptg    [Edit]
pergi salon buat rambut pun tak boleh...ubat kerinting rambut tu merbahaya gak...so tak boleh la nak buat rambut cam si kembar olsen tu ya...

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

218.111.39.:-)

eynda
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 27hb Jun 2005, 6:51:02 ptg    [Edit]
uikksss....

Buat masa ni semua plan kena put on hold dulu . Sekarang ni ku masih keliru

219.95.23.:-)

nurizsha
Ahli Baru
36. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 10:46:51 pagi    [Edit]


Saya nak bertanya la, skrng ni saya pregnant 4 bulan, tapi masalahnya anak saya yg first tu menyusu badan terutama pada waktu malam, dia hanya minum susu botol time kat umah babysitter, kalo saya ada kat umah tgk mood dia jugak kadang2 nak jugak minum susu botol tapi dia tetap nak nyusu badan baru dia rasa puas....mcamane yer? Umur anak yg first tu 11 bulan....

--------------
nurizsha

61.6.35.:-)

Aaxslan
Ahli Baru
37. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 3:49:25 ptg    [Edit]
semua..

saya nak tanya Setengah2 orang kalu ngandung biasanya ada angin dalam badan macamana nak mengatasi angin dalam badan
HARAP DAPAT MEMBANTU

202.185.41.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 4:14:49 ptg    [Edit]
nurizsha,
my gynea tak galakkan breast feed jika kita sedang mengandung.. katanya BF mengallakan rahim untuk mengecut.. tak baik untuk kandungan jika tak kuat..
tapi ada gak kawan adek still BF on the way dia pregnant until 6 month..

nasihat saya.. asingkan anak bila tidur.. or biar anak tidur bersama ayahnya.. tidur selang seli pon boleh.. pesan ngan anak.. cakap kat anak walau dia paham.. 'dalam perut ibu ada baby, kak long takleh nyonyot lagi tau.. sian baby nanti' .. insya'allah dia paham..


Aaxslan,
angin dalam badan sebab terlewat makan.. perut yang kosong mudahkan angin untuk mengisi ruang kosong perut..
makan kerap dalam small amount..

p/s: pregnant bleh minum air halia tak?..

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

Aaxslan
Ahli Baru
39. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 08:59:03 pagi    [Edit]


adikcomelx

saya baru aje minum air halia.. saya adalah tanya akak2 kat opis ia cakap tak apa kalu minum tapi jangan banyak sangatlah...

202.185.41.:-)

Imann
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:45:22 pagi    [Edit]
TANDA-TANDA KANDUNGAN BERMASALAH

KEHAMILAN merupakan satu keistimewaan dan kelebihan yang yang dianugerahkan oleh Tuhan untuk wanita. Bahkan bagi wanita itu sendiri, kehamilan yang dinantikan merupakan saat yang paling membahagiakan. Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan. Ada juga baiknya jika pasangan masing2 lebih peka akan perubahan ke atas si ibu agar si ibu tidak rasa keseorangan, tekanan perasaan ataupun terlalu letih. Ini juga antara punca boleh menyebabkan kemurungan dan mengganggu sistem horman si ibu lalu menyebabkan keguguran.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Pusat Rawatan Islam, Dr Habibah Abdul Ghani, sebab utama berlakunya komplikasi ialah kerana berlakunya perubahan-perubahan hormon dalam tubuh ibu yang hamil ini.

Kehamilan menyebabkan banyak berlaku perubahan fisiologi pada tubuh si ibu. Perubahan yang disebabkan oleh pertukaran hormon ini menjadikan kebanyakan sistem dalam tubuh ibu yang hamil juga turut berubah.

Ada sesetengah ibu yang mampu mengadaptasi kadar perubahan sistem dalam tubuh ini dengan mudah dan tidak kurang juga sebaliknya. Kadar mengadaptasi ini di kalangan ibu-ibu hamil juga berbeza antara satu sama lain.

Bagi sesetengah ibu, tubuh mereka dapat menerima perubahan ini dalam waktu singkat dan tidak kurang ada juga yang memakan masa yang panjang sehingga hampir saat kelahiran.

"Kesukaran si ibu mengadaptasikan sistem tubuh mereka dengan perubahan-perubahan ini menyebabkan berlakunya komplikasi sepanjang kehamilan ini. Namun demikian, rawatan yang awal akan dapat menyelamatkan ibu dan kandungannya," jelas Dr Habibah lagi.

PENDARAHAN

Komplikasi yang jelas dan perlu mendapat perhatian ialah pendarahan di awal kehamilan. Sebarang titisan darah yang keluar dari vagina perlu dilaporkan kepada doktor seberapa segera. Biarpun ia mungkin hanya radangan biasa, namun ia jangan diambil ringan. Pendarahan tahap pertama berlaku di awal kehamilan ini merupakan ancaman pengguguran. Ancaman pengguguran ini boleh jadi disebabkan oleh konsepsi yang tidak normal. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kandungan terus gugur.

Selain daripada itu pendarahan juga mungkin disebabkan oleh:

masalah keguguran yang kurang sempurna iaitu gugur yang tidak habis.
'missed obortion' iaitu darah turun sedikit demi sedikit menyebabkan si ibu tidak jadi mengandung.
mengandung di luar rahim ( ectopic pregnancy)
mengandung kandungan anggur ( molar pregnancy) iaitu keadaan di mana kandungan si ibu tidak menjadi fetus sebaliknya ia wujud seperti tiub-tiub berselerakan yang dipenuhi bendalir yang tidak berguna.
Selain daripada itu, komplikasi lain yang dapat dikesan ialah kontraksi yang terlalu awal. Biasanya berlaku sakit bersalin yang terlalu awal (pre-mature labour) kerana si ibu itu sendiri ada masalah kesihatan. Misalnya si ibu mungkin menghidap kencing manis ataupun ada masalah-masalah lain.

"Kadangkala komplikasi ini teriadi kerana rahim si ibu itu sendiri tidak dalam keadaan yang normal. Misalnya seperti kes pintu rahim terbuka. Jarang berlaku tetapi memang ada kes pintu rahim yang tidak boleh ditutup dan menyebabkan berlakunya pendarahan," jelas Dr Habibah.

Keadaan ini dikenali sebagai 'cervical incompletence', boleh dirawat dengan mengikat pintu rahim tersebut pada peringkat awal mengandung. Apabila kandungan sudah berusia lapan bulan, ikatan ini akan dibuka untuk mengeluarkan bayi tersebut.

PUCAT/ANEMIA

Pucat ataupun dikenali juga sebagai anemia juga merupakan salah satu komplikasi yang sering melanda ibu hamil. Kurang darah dan pucat ini adalah keadaan di mana kepekatan darah merah berkurangan daripada biasa.

Pucat ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah. Sewaktu mengandung keperluan hemoglobin untuk si ibu dan anak adalah melebihi daripada biasa. Sewaktu mengandung, tahap kepekatan hemoglobin dalam darah sebaik-baiknya tidak kurang dari 11 gram. Kekurangan darah sewaktu hamil memberi akibat yang buruk kepada kandungan jika ia tidak di atasi dan diberi rawatan. Antaranya, kemungkinan si ibu akan mengalami keguguran ataupun melahirkan anak yang tidak cukup bulan.

Bayi dalam kandungan kecil dan lahir dengan keadaan tidak cukup berat badan.

Keadaan kurang darah dapat dikesan melalui pemeriksaan awal semasa mengandung. Untuk mengatasi masalah ini, siibu akan diberi tambahan darah dan vitamin sampingan seperti zat besi. Si ibu akan digalakkan memakan makanan yang membina sel darah merah seperti hati atau limpa.

TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi memang sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.

Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda (usia 17 tahun kebawah).

"Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil lebih tinggi," terang Dr Habibah. Ibu yang sememangnya menghidap penyakit ini, biasanya di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan siibu dan janin selamat.

Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan.

"Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna," tegas Dr Habibah lagi.

Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi dapat ini di kesan dan diatasi.

Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'. Melalui rawatan ini, siibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah.

Kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.

KENCING MANIS SEWAKTU HAMIL

Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.

"Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil," tegas Dr Habibah lagi.

Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian.

Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin.

--------------
grill,w'drobe,p'ceiling,bidadari,bj kurung,telekung,jubah,gaun smocking - 016-2370406

219.93.6.:-)

edinamaya
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 1:19:56 tghari    [Edit]
Lyn..nak join kelab ko....boleh tak? wakakakaka
tapi...tapi perut edin kempis je....mgandung apa nih?

* Mesej ini telah disunting oleh edinamaya pada 29hb Jun 2005, 1:20:30 tghari

--------------
Makkkkkkkk! Lapooooooooo..

161.139.100.:-)

suhadet
Ahli Baru
42. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 5:20:49 ptg    [Edit]
a,kum..

saya cuma nak tanya sakit bersalin tu cam mana? apa tanda2 kita dah nak bersalin. saya ni tengah tunggu masa. anak kedua tapi jarak 5 tahun so dah tau tahu camna tanda2 dia.

selalu je tengah mlm rasa sakit kat belakang ngan perut. mula terfikar kot2 dah sampai masa. setiap saat takut je rasa. boleh terangkan sesikit tak. kot2 boleh membantu hilang kerisauan skit.



60.48.216.:-)

Imann
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 08:42:54 pagi    [Edit]
suhadat

pecah air mentuban...lepas tu sakit perut (memulas) nya lain macam skeit....eerkk...tu je yg den ingat lah...den pun dah 7thn pencen... ..lupa aarr...

--------------
grill,w'drobe,p'ceiling,bidadari,bj kurung,telekung,jubah,gaun smocking - 016-2370406

219.93.6.:-)

suhadet
Ahli Baru
44. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 5:23:14 ptg    [Edit]
kalau pecah air mentuban tu banyak ke? masa anak 1st dah masuk labour room baru turun darah. sebelum tu x de apa2 cuba rasa sakit perut je. tu yg kali ni risau sangat sebab x tau mcm mana yg dikatakan contraction tu.....

218.111.19.:-)

sriputri
Ahli Setia
45. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 11:26:23 pagi    [Edit]
suhadet... ni macam kes sri masa bersalin anak 2nd.. masa tu pun tak paham contraction tu camner.. sbbnyer yg first tu induce labour... kesudahannya dah tersakit sgt baru gi hospital.. bukak pun dah 10cm, nurse pun siap sound nasib baik tak terbersalin kat keta ke mana... tapi dah ada pengalaman tu dah tau la camner dgn yg 3rd ni... contraction tu rasa mcm sakit kejang2 kat perut tu.... mula2 jarak antara sakit tu lama... tapi makin lama makin pendek jarak antara sakit tu... bila jarak antara sakit tu makin pendek.. sakit tu pun akan jadi makin kuat... last2 kita akan rasa nak meneran, pecah air mentuban dan akhirnya bersalin la... lebih kurang camtu la... mengikut pengalaman sri la...

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

219.94.8.:-)

adeena2000
Ahli Baru
46. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 2:10:32 ptg    [Edit]
saya pun macam sriputri
induce masa first baby..rase sakit macam senggugut kot contraction tu ek?

second baby ni due bulan 12 insya allah..tapi deena agak risau sbb bleeding banyak masa dalam 11-13 minggu..my gynae cakap uri merekah sikit..seramnye dengar..mungkin masa kandungan sebulan lebih deena terjatuh..dijatuhkan oleh peragut beg sebenarnye..tapi lepas jatuh tu tak bleeding..sebulan lepas tu baru darah keluar..so doktor tak pasti punca die kenapa..

yang pasti mmg kene banyak berehat sesangat..nak jejalan pi hypermarket pun takleh..dgn suami pun kene 'berpantang'..huhu

--------------
::Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan::

218.111.211.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
47. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:39:48 ptg    [Edit]
nih MR amik dari 'harian metro' ruangan Pakar Sakit Puan ..soklan dari pembaca...
for your info..

Perlu elak kafein

ADAKAH minuman kopi memberi kesan kepada bayi dalam kandungan? Saya kini disahkan hamil tiga bulan dan minum kopi setiap hari sejak setahun lalu. Saya bimbang ia menjejaskan kandungan saya



- KOPI mengandungi sejenis bahan dinamakan kafein. Selain kopi, kafein turut terkandung di dalam teh, coklat dan bahan soda.

Diketahui bahawa kafein boleh memasuki janin melalui uri. Kebanyakan doktor tidak menggalakkan wanita hamil mengambil makanan atau minuman berkafein, setidak-tidaknya wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan kafein tidak melebihi 300 miligram (mg) sehari (anggaran dua hingga tiga hidangan).

Secawan kopi mengandungi kira-kira 65-135 mg kafein.

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 01hb Julai 2005, 4:40:38 ptg

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
48. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:42:24 ptg    [Edit]
Dari Harian Metro gak...

Asid folik kurang risiko anak cacat

SAYA kini hamil anak pertama dan kandungan saya berusia dua bulan. Doktor ada memberi saya pil asid folik tetapi saya sering terlupa mengambilnya. Adakah ini akan menjejaskan kandungan saya?


- ASID folik adalah sejenis vitamin B dan wanita digalakkan mengambil asid folik sekurang-kurangnya 400 mikrogram setiap hari bermula seawal sebulan sebelum hamil serta diteruskan sehingga kandungan berusia 13 minggu (tiga bulan).

Ini bertujuan mengurangkan risiko kecacatan sistem otak dan saraf tunjang janin sebanyak lebih daripada 80 peratus. Kebanyakan pil asid folik mengandungi sebanyak 5,000 mikrogram (ataupun lima miligram) asid folik.

Tidak perlu mengambil lebih daripada sebiji pil setiap hari kerana kandungan ini melebihi 10 kali ganda yang disarankan. Ini berbeza dengan pil multi vitamin ataupun minuman diperkayakan yang mengandungi hanya sebahagian sahaja sukatan di atas.

Sayuran berdaun hijau serta bijirin juga mengandungi asid folik tetapi dalam kuantiti kurang.

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
49. Dihantar pada 01hb Julai 2005, 4:44:54 ptg    [Edit]
Harian Metro

Elakkan makan jeruk ketika hamil

SAYA kini mengandung tiga bulan (anak pertama) dan mengalami alahan, muntah-muntah serta pening kepala. Berat badan saya menurun disebabkan tidak lalu makan.


- MAKANAN yang disediakan menggunakan bahan pengawet seeloknya dihadkan pengambilannya. Belum ada kajian dibuat antara makanan ini dengan kenormalan janin.

Kajian yang sudah dibuat menunjukkan kaitan antara makanan diproses dengan barah usus besar. Islam juga tidak menggalakkan pengambilan sesuatu secara berlebihan.

Makanan segar termasuk buah-buahan boleh membantu mengurangkan rasa loya serta menambah kandungan vitamin tubuh anda.

Keadaan anda kebiasaannya dialami dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Sekiranya teruk dan menyebabkan kekurangan air, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor.

Jika berlarutan sehingga bulan keempat dan seterusnya, pemeriksaan lanjut boleh dilakukan. Anda dinasihatkan mengambil air mencukupi.

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

sriputri
Ahli Setia
50. Dihantar pada 04hb Julai 2005, 3:43:26 ptg    [Edit]
Sri nak tanya pulak... ada tak sapa2 ada petua camner nak banyakkan susu badan... sri ni jenis susu tak berapa byk... masa anak first pun susu badan sampai 5 bulan je.. yg second lelaki.. tak penyabo punyer pasal hisap susu badan tak sampai habis pantang pun dah tak nak... lepas2 bersalin tu lagi la mmg tak nak keluar langsung... dah balik rumah berurut baru dia nak keluar... hmmm... ada petua ke?

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

219.94.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005