Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 4hb Syawal 1435 @ 01hb Ogos 2014, 3:46:56 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kerjaya  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh TLDM : Kerjaya Bersama Tentera Laut Di Raja Malaysia
logammaut
Ahli Setia
1. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 5:49:14 ptg    [Edit]


Jika anda berminat utk menyahut cabaran utk menyertai TLDM boleh tunggu iklan seperti dinyatakan di bawah.

<copy & paste>

E-mel ini dari 'Laman Tentera Laut Diraja Malaysia (Royal Malaysian Navy)' Mesej: Iklan Pengambilan Pegawai Graduan akan dikeluarkan melalui akhbar utama tempatan pada 26 Jun 2005. Sila dapatkan naskah anda pada hari tersebut untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai peluang untuk memasuki TLDM sebagai pegawai graduan. Juga, lawati laman web ini pada tarikh tersebut untuk rujukan lanjut.

http://navy.mod.gov.my/

Kalau ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh la tanye. Mungkin aku boleh bantu skit2.

* Mesej ini telah disunting oleh logammaut pada 23hb Jun 2005, 11:20:38 mlm

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
2. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 12:56:12 tghari    [Edit]
Masuk la Navy. Liz suka lelaki keja nih..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

nr75
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 1:08:13 tghari    [Edit]
NAVY -

Ayah saya bekas pegawai Navy... masa dia masih dalam perkhidmatan dia pesan kat anak2 (masa me n my sis lum kawen lagi) kalau boleh elak le dari dapat suami kerja tentera sebab asik ditinggalkan...

bila pk balik.. mana2 kerja pun kena tinggalkan gak...

--------------
Kasihnya SyaNor (",)

161.142.141.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
4. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 1:17:24 tghari    [Edit]
kelulusan aper nih... nak suruh adik kepada bakal adik ipar mintak,...betul ke apa yg QB tulih ni.. ataupun adik tunang adik QB

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.92.:-)

logammaut
Ahli Setia
5. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 3:34:25 ptg    [Edit]
peluang ni terbuka kepada calon2 yg mempunyai ijazah atau diploma dlm apa2 bidang dari ipta/s yg diiktiraf k'jaan. yg mempunyai kelayakan ijazah akan ditauliah terus ke pangkat Leftenan TLDM (setaraf Kapten darat) dan yg mempunyai diploma akan ditauliahkan terus ke pangkat Leftenan Madya TLDM (setaraf Leftenan darat). Tarikh pemakaian pangkat dan kekananan akan dikira sejurus lepas angkat sumpah dan layak mendapat gaji penuh dan semua elaun berkaitan walaupun belum mengikuti latihan asas. kontrak hanya selama 10 tahun dan jika nak terus berkhidmat boleh sambung sampai pencen sehingga umur 56 thn.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

rashna
Ahli Setia
6. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 4:07:01 ptg    [Edit]
semboyan angkatan laut kita
di samudera raya
menjaga pantai ibu pertiwi
dari angkara murka

dari barat sampai ke timur
itulah pantai malaysia
tiap saat berjaga
di tengah samudera raya

perwira dan satria
angkatan laut diraja

bersemangat bila dengar lagu nie...

--------------
"Wahai Tuhanku,kasihilah mereka keduanya,sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"

219.94.111.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 9:45:06 mlm    [Edit]
tahun lepas aku dah pernah apply..
tapi tak dpt...
tahun nie aku nak try lagi la..
kaedah cuba jaya..
moga2 berjaya la kali nie..

* Mesej ini telah disunting oleh ArWEeNa pada 23hb Jun 2005, 9:46:14 mlm

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.24.:-)

logammaut
Ahli Setia
8. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 11:16:52 mlm    [Edit]
arweena. apsai tak dapat? tak dipanggil temuduga ke?

skim graduan paling senang nak dapat asalkan cukup syarat asas iaitu cukup berat & tinggi, tiada sebarang kecacatan fizikal, tidak mengidap penyakit kritikal & berisiko, tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dgn dadah.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

Ich_Dich
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 5:10:26 ptg    [Edit]
Kalo dah kawen.. bley apply tak...????

--------------
¬Tidak susah | dengan senang¬

60.49.10.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 10:39:34 mlm    [Edit]
quote:
arweena. apsai tak dapat? tak dipanggil temuduga ke?



tak dipanggil pun utk ditemuduga..
rasanya berat & tinggi dah cukup..
takde rezeki lagi kot...

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.7.:-)

logammaut
Ahli Setia
11. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 02:42:43 pagi    [Edit]
ich_dich. dah berkahwin tak jadi masalah asalkan tak lebih had umur. utk graduan ijazah kejuruteraan had umur 30 thn. utk graduan bidang2 yg lain had umur 27 thn. cuma utk calon2 wanita kalau mengandung semasa temuduga & pemilihan dah tentu tak boleh.

arweena. cuba lagi. pegawai graduan paling senang nak dapat kalau cukup syarat2 asas. rasa2nya permohonan tu mungkin tak sampai kot. kalau sampai mesti dipanggil temuduga.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 25hb Jun 2005, 1:55:22 tghari    [Edit]
ooo..mcm tu ker?
takpela..just cuba jer..
ader beberapa thn lagi seblm sampai umo 30 thn tu..

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.0.:-)

adi_putra
Ahli Baru
13. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 11:16:35 pagi    [Edit]
a'kum
saya sangat berminat...tapi nak tanya....
orang yang berkaca mata peluang untuk menyertai navy ada peluang cerah tak....
maklum...la mata dah out asyik tgk pc kan
jurusan kejuruteraan itu ...kalau takat ada diploma ok tak...
apa yang dimaksudkan :" kecacatan fizikal"
lagipun.....bagi tau la...
apa kriteria pemilihan kali ni..nak kena lari lagi ke......atau apa apa..cuba cerita sikit......

219.95.2.:-)

logammaut
Ahli Setia
14. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 12:24:49 tghari    [Edit]
Iklan Pengambilan Pegawai Graduan ada keluar dlm suratkhabar2 utama hari ni (Ahad, 26 Jun). Semua syarat2 kelayakan, bidang kursus yg ditawarkan dan cara memohon ada dinyatakan. Iklan ini ialah untuk ketiga2 cabang perkhidmatan ATM iaitu Darat, Laut dan Udara. Anda boleh memohon mana2 cabang perkhidmatan mengikut minat dan kesesuaian. Syarat2 dan kreteria pemilihan adalah sama untuk semua cabang perkhidmatan ATM.

Kalau anda berminat sila baca dulu Iklan Pengambilan. Nanti boleh kemukakan apa2 kemusykilan.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

monie747
Ahli Setia
15. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 10:50:23 pagi    [Edit]
ada dua jenis perjawatan.. apa beza dedua tu?
saya jurusan sains, yang mana satu untuk saya? sbb saya tak faham... harap bantu..

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

203.106.157.:-)

lissa
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 08:55:21 pagi    [Edit]
teringin gak nak apply...tapi selalunyer dia punyer training berapa lama?...teruk x?

--------------
:: tO rEmeMbEr a LitTle soMetHinGs ::

203.106.31.:-)

logammaut
Ahli Setia
17. Dihantar pada 29hb Jun 2005, 09:18:34 pagi    [Edit]
Dalam Angkata Tentera Malaysia, semua pegawai tentera ditauliahkan sebagai Pegawai Tugas Am dan akan menerima gaji mengikut skim gaji Z. Walau bagaimanapun, ATM masih kekurangan tenaga profesional dalam bidang2 tertentu yg kritikal berikutan kekurangan minat lulusan universiti menyertai ATM disebabkan jumlah pendapatan yg lebih baik di sektor swasta dan sektor kerajaan yg lain.

Untuk menarik lebih byk tenaga profesional menyertai ATM, satu skim perkhidmatan baru telah diperkenalkan iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas. Terdapat 5 kategori tugas ikhtisas dalam ATM iaitu:

1. Kejuruteraan dan Senibina (Gred J41) - Darat, Laut & Udara
2. Doktor Perubatan & Pergigian (Gred U41) - Darat shj
3. Pendidikan (Gred DG41) - Darat shj
4. Pengajian Islam (S41) - Darat shj
5. Veteriner (G41) - Darat shj

Jika anda mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yg melayakkan anda berkhidmat dalam mana2 kategori di atas, anda akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tugas Ikhtisas dan layak menerima gaji dan elaun2 seperti skim perkhidmatan awam yang dilaksanakan di jabatan2 perkhidmatan awam yg lain + semua kemudahan2 yg ada diperuntukkan dalam ATM.

Selain drpd 5 bidang di atas, anda akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tugas Am dan menerima gaji mengikut skim Z + elaun2 & kemudahan2 dlm ATM. Jika anda mempunyai kelulusan yg layak ditauliahkan ke Pegawai Tugas Ikhtisas, anda juga berhak utk memilih menjadi Pegawai Tugas Am.



monie747. semasa sesi pemilihan & temuduga, anda akan diberi penerangan dan ceramah serta soal jawab berkenaan bidang tugas yg sesuai diceburi. tak semestinya anda akan masuk tentera jika pegi sisi pemilihan sbb anda berhak menerima atau menolak selagi belum mengangkat sumpah. tapi anda berpeluang melihat prospek masa depan anda dlm ATM.

adi_putra. diploma pun layak. anda akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tugas Am dan memegang pangkat Leftenan (atau setaraf) dan menerima gred gaji Z17. Kecacatan fizikal maksudnya kecacatan anggota badan samada nampak atau tidak yg tidak membolehkan atau membataskan anda melakukan segala aktiviti ketenteraan yg lasak & mencabar. Doktor akan menbuat pemeriksaan fizikal dan akan mengesahkan samada anda layak atau tak. Berkenaan dgn kreteria pemilihan, ujian fizikal mmg la ada. setakat lari tu biasa la. tapi ujian fizikal dlm pemilihan tak la teruk sgt pun kalau anda rajin bersenam & berjogging. kalau berminat, start dari hari ni dah boleh bersenam & berjogging setiap petang nanti masa pemilihan sure takde masalah.

lissa. tempoh training mengikut cabang perkhidmatan. utk TLDM, biasanya 3 bulan latihan asas (penyesuaian, kawad, jasmani, modul umum dll) + 3 bulan latihan pengkhususan (kejuruteraan shj) + 3 bulan latihan OJT (on job training). utk darat & udara tak sure lak. boleh tanya semasa pemilihan. semasa training pun dah layak dapat gaji + elaun + semua kemudahan sbb anda ditauliahkan sblm training bermula. standard training mengikut standard tentera iaitu utk memantapkan fizikal & mental. tapi tak la seteruk latihan utk jadi komando. jika anda mempunyai semangat & kesungguhan, semua cabaran akan dapat di atasi.

* Mesej ini telah disunting oleh logammaut pada 29hb Jun 2005, 4:58:28 ptg

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 04hb Julai 2005, 00:28:57 pagi    [Edit]
oo utk jadi navy je ke...udara, darat?

hehehe...ini keje kena tahan maki, pastu kena 3 suku.


jaman˛ skolah dulu minat gak aku unit beruniform camni.
ada gak la join...

deathmetal...kamu sojar ke?

* Mesej ini telah disunting oleh langsuir80 pada 04hb Julai 2005, 00:31:07 pagi

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.249.:-)

adeq525
Ahli Baru
19. Dihantar pada 04hb Julai 2005, 3:11:17 ptg    [Edit]
assalamekkom seme...
abang logammaut, nak mintak tu tak payah pakai form kan....kena antaq transkrip je ker??? Takkan tak yah wat cover2 letter ke hapa ker???? Karang antaq buta karang kena reject pun buta gak.....Leh abang logammaut terang kan sket dak???

211.24.45.:-)

mahhsuri
Ahli Baru
20. Dihantar pada 04hb Julai 2005, 7:45:10 mlm    [Edit]
bagus ni, adik perempuan mahhsuri mmg nak masuk TLDM... terimakasih, ek... boleh saya kasik tahu dia...

hmm.. ada apa2 tips ker? hmm... katakan kalau dapat, ada apa di peringkat seterusnya? interview ke apa ke?

ada sesapa ada pengalaman tak??

--------------
...the RIGHT ATTITUDE each day can make a world of difference...

202.162.29.:-)

bayu2003
Ahli Baru
21. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 09:02:28 pagi    [Edit]
Assalamulaikum,

Sebagai manusia kita mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza, sebagai persara tentera, saya mempunyai pengalaman selama 21 tahun berkhidmat sebagai anggota tentera (darat).

Saya ada 1001 sebab untuk menyekat anak saya dari menyertai ATM ....

219.92.140.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 12:40:34 tghari    [Edit]
bayu
boleh kami tau apa sebab2nya tu?

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.234.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 1:19:57 tghari    [Edit]
w`salam en. Bayu...

mungkin zaman yg lepas kot en. bayu...
zaman skang ni mungkin ok skit kot.
lagipun kemudahan dan imbuhan dah lebih banyak.

anyway...tahniah en. bayu...salah seorang wira negara yeah...jadi sojar.
tabik kat en. bayu.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.61.:-)

monie747
Ahli Setia
24. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 1:47:18 tghari    [Edit]
pandangan org yg pernah berkhidmat dan pandangan orang yang teringin nak berkhidmat nih.. berbeza..

mcm saya.. teringin nak join..
tapi bapak saya kata.. t ak payah.. susahh...

hehe.. mak bapak mana tak sayang anak oii..

apa-apa pun.. kepada mereka-mereka yang betul-betul berminat.. teruskan cita-cita murni itu.. sebab tuah manusia nih lain-lain.. ALL THE BEST!

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

210.186.183.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 4:19:00 ptg    [Edit]
langsuir
aku tak rasa bayu maksudkan pasal income..
tapi ader benda lain nie...

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.234.:-)

logammaut
Ahli Setia
26. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 5:04:47 ptg    [Edit]
langsuir80. pemilihan untuk ketiga2 cabang perkhidmatan darat, laut & udara. boleh pilih yg mana berkenan. aku tulis topik navy sbb aku navy. dah tentu promote masuk navy.

adeq525. tak payah pakai form. hantar salinan dokumen seperti yg dinyatakan dlm iklan. nanti dia akan panggil utk sesi pemilihan. masa tu kalau lulus baru dia bagi borang.

mahhsuri. selepas hantar dokumen nanti dia panggil utk pemilihan. dia akan hantar melalui pos maklumat berkenaan tarikh & tempat pemilihan. pergerakan pergi & balik akan ditanggung (diberi waran perjalanan). makan & penginapan sepanjang sesi pemilihan akan disediakan.

bayu2003. mungkin anda ada masalah atau pengalaman pahit dlm tentera. atau anda sendiri tak selesa dlm tentera. tapi anda perlu ingat 21 thn anda mencari rezeki dgn profession tentera dan itu adalah tempoh maksimum berkhidmat utk LLP. yg saya dapat nasihatkan anda, jika anda tidak begitu berkenan dgn tentera, tak perlu nyatakan. ini boleh 'membunuh' semangat org lain yg berminat. zaman dah berubah. dengan tertubuhnya kor agama angkatan tentera (KAGAT), semua aktiviti yg tak elok yg ditiru dari zaman penjajah dah diharamkan sama sekali. saya bangga dgn tentera malah menjemput org lain menyertainya. nabi muhammad saw pun pemimpin tertinggi angkatan tentera. sesuatu yg buruk bukanlah dari pekerjaan yg halal, tapi adalah dari diri sendiri.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

monie747
Ahli Setia
27. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 6:01:00 ptg    [Edit]
saya dah apply .. tentera laut! haha.. main air puas puas!

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

210.186.182.:-)

logammaut
Ahli Setia
28. Dihantar pada 05hb Julai 2005, 6:01:04 ptg    [Edit]
GAJI & ELAUN?

Jika anda ditauliahkan sebagai Pegawai Kejuruteraan Tugas Ikhtisas, gaji & elaun yg diterima pada bulan pertama:

Gaji Pokok (J41) = RM 1815.87
Elaun Khidmat Awam = RM 170.00
Elaun Tugas Ikhtisas = RM 300.00
Elaun Kritikal (5% Gaji Pokok) = RM 90.79
Imbuhan Tetap Perumahan (Utk yg sudah berkahwin shj) = RM 450.00

JUMLAH = RM 2826.66

Satu jumlah yg agak besar utk fresh graduate yg takde pengalaman bekerja. Itu tak termasuk elaun2 lain (jika layak) seperti Elaun Semenanjung (utk warga Sabah & Sarawak), Elaun Komando (jika join komando), Elaun Penerbangan (utk pilot), Elaun Seberang Laut (jika pergi ke oversea), Elaun Teknikal (utk teknikal yg layak), Elaun Kapal Selam (utk krew kapal selam. kapal selam siap 2009) dll. Setiap tahun layak dapat kenaikan tahunan. Kalau ada rezeki dapat anjakan gaji lagi.


CLAIM?

Boleh claim perjalanan dari rumah ke tempat kerja (mengikut jarak).

Tugas rasmi boleh claim perjalanan, elaun makan, sewa hotel & kenderaan, tol dll. Disediakan kenderaan tentera & pemandu.

Pindah ke unit lain pun boleh claim.


KEMUDAHAN2 LAIN?

Makan & rumah disediakan.

Pakaian seragam diperuntukkan.

Kemudahan hospital kelas pertama utk diri sendiri, isteri, anak2 dan ibu bapa. Semua perbelanjaan perubatan ditanggung.

Peluang utk sambung belajar sehingga peringkat PhD (dalam & luar negeri) ditanggung sepenuhnya oleh ATM.

Kemudahan pinjaman perumahan & kenderaan (interest 4%).


INGIN MENYAHUT CABARAN?

jika terpilih kontrak dgn ATM hanya 10 tahun. tak lama sgt tu. jika berminat boleh sambung lagi sampai pencen umur 56 thn. tarikh tutup dah makin hampir. kalau terlepas kena tunggu tahun depan lak. itu pun kalau umur tak lebih 30 thn.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

bayu2003
Ahli Baru
29. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 09:12:26 pagi    [Edit]
Assalamualaikum semua,

Setelah 3 tahun meninggalkan perkhidmatan tentera, hari ini saya bangga menyatakan saya seorang pesara tentera, bangga kerana pernah menggadai nyawa untuk kedaulatan negara tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir manusia yang bergelar pegawai dan anggota LLP (lain-lain pangkat).

Saya tidak mengaitkan pengalaman saya dengan Navy dan Air Force kerana saya berada di darat. Saya menyertai tentera darat dengan kerelaan saya sendiri dengan hasrat untuk menyambung pelajaran apabila saya berada di dalam tentera. Tetapi hasrat saya tidak kesampaian atas keperluan perkhidmatan dan sikap mementingkan diri sendiri orang atasan. Namun saya meninggalkan perkhidmatan tentera dengan rekod yang baik. BAT D 69 dan BAT D 113 (rekod kesalahan dlm tentera) tidak pernah tercalar kerana saya sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak.

Ruangan forum di sini tidak cukup untuk memaparkan kekecewaan saya. Ini bermakna mereka yang menamatkan perkhidmatan separuh jalan (samada menamatkan perkhidmatan 10, 15 atau 18 tahun) tentu mempunyai pandangan yang jauh lebih negatif dari saya. Kesemua mereka ini mempunyai pengalaman pahit masing-masing, tapi sayang tak ramai dari mereka ini yang mempunyai akses internet untuk meluahkan perasaan mereka di sini. Keupayaan mereka yang terhad untuk mereka menguasai teknologi ini menyebabkan saya bersendirian di sini. Jadi suara saya mewakili rakan-rakan yang lain. Tetapi saya tidak akan menjadikan forum ini sebagai medan untuk saya melepaskan kekecewaan saya. Namun sebagai manusia, saya paparkan satu peristiwa untuk kita renungkan bersama.

Dalam tentera saya berada di bahagian pentadbiran, jadi saya rapat dengan pegawai dan anggota LLP. Saya berada di tengah-tengah dan berpeluang untuk melihat sekeliling, memerhati dan menilai keadaan.

Hari ini saya nyatakan satu peristiwa yang tak akan saya lupakan hingga ke akhir hayat. Peristiwa di mana seorang pelatih (rekrut) dari Malaysia Timur yang berada pada minggu terakhir sebelum menamatkan latihan tidak dapat balik untuk menghadiri pengkebumian ibunya hanya kerana dua orang pegawai yang tidak bertanggungjawab. Kedua-dua pegawai itu sekarang ini berpangkat Mejar dan Lt Kol. Saya selaku kerani pergerakan telah menyiapkan segala dokumen yang perlu untuk penerbangan kecemasan rekrut tersebut balik ke Malaysia Timur. Tempahan penerbangan (TUDM) dan kenderaan telah diatur untuk pergerakan beliau balik ke Malaysia Timur. Tempahan ini sepatutnya disusuli dengan panggilan telefon oleh salah seorang pegawai berkenaan ke TUDM Subang untuk mengesahkan masa dan kebenaran untuk rekrut tersebut menaiki pesawat tersebut. Akhirnya rekrut tersebut hanya balik selepas latihan rekrut tamat iaitu cuti dua minggu selepas tamat latihan rekrut. Satu panggilan telefon sudah cukup untuk membolehkan rekrut tersebut menghadiri pengkebumian ibunya. Saya percaya rekrut tersebut masih berkhidmat dalam tentera darat sekarang ini. Cuba bayangkan rekrut tu, adalah adik, abang atau saudara mara kita. Saya terlalu kecewa dan kesal dengan peristiwa ini.

Perkara ini tidak akan berlaku jika rekrut tersebut adalah seorang kadet (bakal pegawai). Nyawa dan harga diri dalam tentera ditentukan oleh pangkat kita …….

219.92.143.:-)

e_cu
Ahli Baru
30. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 11:28:52 pagi    [Edit]

abe logammaut
1. biasanya di mana sesi pemilihan dan interview dibuat??
2.biasanya kalau kita hantar dokumen tu kita pasti dapat atau diambil untuk sesi pemilihan tu ke???
3. semasa traning lelaki dan perempuan sama saja ke?

--------------
islam itu indah

60.48.56.:-)

Tuk_Gawo
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 12:55:11 tghari    [Edit]
Tuk takleh apply...sbb confirm oleh doktor...
Tuk 'Blind Colour'

--------------
misteri di alam nyata...

202.21.224.:-)

yangseri
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 1:55:50 tghari    [Edit]

nak nangis dulu sebelum tulis..
saya ni encik, dah nak masuk tiga kali apply..tak dpt2 pun..kesian kan...tapi, tak serik..selagi umur saya ni tak lebih 27, selagi tu, saya apply..
saya tak kira apa je org kata pasal tentera ni..sebab memang itu cita2 saya dari saya kenal apa itu tentera...maklumlah, saya ni besar dalam kem...
arwah abah saya kata, susah nak dpt pegawai graduan ni...saya pun rasa mcm tu, tapi saya nak jugak..saya tak kira..nak jugak...nak jugak...nak jugak...!
tapi kalo tak dpt jugak nak kata apa...jadik cikgu sekolah pun ok apa...

ada soalan:
-ekceli, kuota utk pegawai tugas am tu sikit ke banyak?
-TLDM, TUDM, TDM..mana satu yg senang sikit nak dapat? ke sama je..?

tq..
HIDUP ASKAR! eheheh...

--------------
::KdgkalaPrkaraTrcntikNTerbaikDDuniaTakBoleDLihatDPggTpBoleDRasaiDlmHati::

219.95.189.:-)

missG
Ahli Setia
33. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 3:22:51 ptg    [Edit]
weh kna anto sijil jek kn..sekeping jekka..tader letak resume ker apo ker..camno nk apply nih..tak paham la...

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

e_cu
Ahli Baru
34. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 3:44:27 ptg    [Edit]
eh YANGSERI susah jugak ke nak dapat? ye la abang logammaut....kuota utk pegawai tugas am tu sikit ke banyak? apa2pun ecu dah apply

--------------
islam itu indah

60.49.83.:-)

logammaut
Ahli Setia
35. Dihantar pada 06hb Julai 2005, 7:14:58 mlm    [Edit]
bayu2003. anda mesti ada 1001 pengalaman manis dlm tentera. alangkah baiknya jika anda dapat ceritakan kat sini utk bakal2 wira negara. mereka ini generasi yg akan datang yg bakal menjadi pemimpin angkatan tentera. mmg ada pegawai & anggota lain yg bersifat camtu. tapi mesti ada maksud yg tersirat. keselamatan & kedaulatan negara adalah yg menjadi keutamaan. niat kita nak bantu org, tapi tak semua org kita dapat bantu. asalkan dah lakukan apa yg terdaya tu pun dah cukup bagus. tahniah!

e_cu. sesi pemilihan tak tentu. tapi kat kem tentera di semenanjung. jika hantar dokumen tu, tapisan peringkat pertama akan dilakukan. yg lulus shj akan dihantar surat panggil utk pemilihan. kalau anda takde rekod jenayah, tak perlu risau. panggilan pemilihan juga bergantung kepada bidang2 yg diperlukan shj. semasa training laki & pompuan sama jek asalkan tak melampaui batas2 agama.

tuk_gawo. takde rezeki.

yangseri. anda berkelulusan apa? cuba lagi. sbb saya TLDM, saya mesti cakap TLDM yg senang dapat. cuba mintak TLDM. nanti puas main air. tak pandai berenang nanti dia ajar sampai pandai. kalau nampak air sure tak takut.

missG. ikut jek arahan dlm iklan. tak payah cover letter. tak payah isi borang. tak payah resume. dokumen tu hantar yg photostat. jgn hantar yg original.

e_cu. takde kuota. tapi bergantung kepada bidang2 yg kritikal & diperlukan shj. tapi kadang2 bidang2 lain pun dia ambil jugak. yg penting cuba dulu.

hantar dulu ramai2. tarikh tutup 15 julai. nanti saya bagitau petua2 nak gi pemilihan. ni kira soalan bocor la.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

monie747
Ahli Setia
36. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 07:53:04 pagi    [Edit]
logam maut

betul ke senang nak dapat tldm?
saya mmg apply tldm pun..
hehe... tapi tu la.. course mcm x 'ngam' sangat jer..

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

210.186.182.:-)

missG
Ahli Setia
37. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 08:29:21 pagi    [Edit]
ermm kalo gitu nk anto gak la..btui yek kalo kalo tak reti berenang akan dier ajo sampai terer..ok gak tuh..mencabo bunyinya...

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

monie747
Ahli Setia
38. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 09:52:48 pagi    [Edit]
miss G
X reti berenang gak ke? hehe.. saya pun tatau.. saya boleh apungkan badan... tapi jenuh dok kuak, statik kats itu je.. haram tak berjalan pun! haha.. buat malu jer..

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

203.106.158.:-)

missG
Ahli Setia
39. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 12:09:53 tghari    [Edit]


setakat berenang kat pool leh la..stakat berenang tuk main2 tuh leh gak la..tp kalo laut dalam tuh takut wey..kan tenggelam kang.. tp tuh semer leh bajo..

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

logammaut
Ahli Setia
40. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 3:53:35 ptg    [Edit]
monie747. takde jaminan navy terlalu senang nak dapat. tapi kalau ikut trend lepas2 navy ni pelik skit. semua bidang dia main ambil jek tak memilih langsung. jadi peluang utk dapat tu agak tinggi. sapa2 yg sblm ni tak dapat masa mohon cabang darat & udara boleh cuba nasib dlm navy. asalkan ada ijazah (kepujian) bole cuba nasib. kalau takde kepujian tak boleh la sbb dah ketatkan syarat baru2 ni. masa yg lepas2 boleh.

missG. dulu pun saya langsung tak pandai berenang. mmg org kata mcm batu, asal jatuh dlm air tenggelam jek. skang ni kalau duk tengah2 laut mmg confident. untung dapat belajar berenang free. masa belajar renang dia ajar kat kolam renang. mmg seronok main air. kalau berminat nak belajar scuba diving free bole la masuk cawangan penyelam. ada tambahan elaun penyelam lagi.

sape2 yg dah hantar permohonan tu rajin2 la tambah stamina. petang2 tu rajin2 la gi jogging & simple excercise mcm push-up & sit-up. nanti masa pemilihan senang jek. vitamin c boleh kurangkan kelesuan. banyakkan minum air.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 4:09:13 ptg    [Edit]
nak tanya sikit...
org yg rabun mcm saya nie..ader peluang ker?

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.7.:-)

logammaut
Ahli Setia
42. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 4:32:50 ptg    [Edit]
rabun sikit2 pakai spek takpe. jgn rabun teruk sgt. nanti masa sesi pemilihan doktor akan check tahap rabun tu. kalau rabun warna mmg tak boleh.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

shamzshamrie
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 6:46:04 ptg    [Edit]
logammaut

nak tanya.. apa maksud yg ni.. agak2.. paling kurang bape tahap mimima ke'power'an spek mata tu..?
quote:
Bagi mereka yang berkacamata, maksimum keupayaan penglihatan tanpa kaca mata 6/12.

--------------
Perfume Ori | Jersi World Cup | VCD Ku T'lah Jatuh Cinta.. pm/ym : shamzshamrie

219.95.129.:-)

logammaut
Ahli Setia
44. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 00:07:59 pagi    [Edit]
aku ni tak la tau sgt pasai mata ni pasai bergantung kpd pemeriksaan oleh doktor. tapi yg aku paham apa yg hang tanye tu, masa pemeriksaan doktor akan check keupayaan mata tanpa spek. keupayaan penglihatan mata mestilah tak melebihi 6/12. itu ialah skala mengukur tahap keupayaan penglihatan mata. paling sempurna 12/12. kaedah ujian mata ialah tutup mata sebelah dan baca abjad di dinding pada jarak2 tertentu. ujian penglihatan akan dilakukan semasa pemilihan. kalau tatau berapa keupayaan penglihatan, hang apply jek. nanti masa pemilihan bila doktor check dia akan bagi keputusan. tapi kalau rajin hang gi la mana2 kedai spek dan check situ berapa keupayaan mata mengikut skala ?/12 tu.

kepoweran kaca mata dah tentu bergantung kepada keupayaan mata. berapa power tu aku tak reti nak jawab sbb aku bukan doktor atau tokey kedai spek. gurau jek.

semasa ujian pemilihan, pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh akan dilakukan termasuk ujian darah & air kencing. kebanyakan kita jarang sekali malah ada yg tak pernah buat ujian kesihatan. kemungkinan anda mempunyai penyakit yg langsung tak disedari. ujian semasa pemilihan ni dilakukan secara percuma. kalau ikut pengalaman2 lepas mmg byk kes calon2 tentera ni semasa pemeriksaan kesihatan baru tahu yg diri sendiri ada penyakit spt hepititis, kencing manis, asma, aids dll. yg baru tau diri tu mengandung pun ada. bila dah tau ada penyakit maka rawatan susulan boleh dilakukan.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

monie747
Ahli Setia
45. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 01:05:22 pagi    [Edit]
agak-agaknya pemilihan tu bila ye?

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

210.186.182.:-)

yangseri
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 04:23:55 pagi    [Edit]
tapi kan..kalo dah pakai spek, payah la nak masuk navy...nak berenang kena pakai spek la kan? kalo tak pakai, tak nampak...
ala...aku ni specky...hemmm...
aahh..aku tak kira..aku apply jugak..

--------------
::KdgkalaPrkaraTrcntikNTerbaikDDuniaTakBoleDLihatDPggTpBoleDRasaiDlmHati::

219.95.195.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 04:38:11 pagi    [Edit]
quote:
tapi kan..kalo dah pakai spek, payah la nak masuk navy...nak berenang kena pakai spek la kan? kalo tak pakai, tak nampak...


pakai contact point la.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.22.:-)

yangseri
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 04:44:00 pagi    [Edit]
nanti masuk air benda alah tu pun tercabut la encik langsuir...dah selalu jadik da..eheheh..
tengah pikir ni...ingat nak beli google yg ada power..ok gak rasanyer...

--------------
::KdgkalaPrkaraTrcntikNTerbaikDDuniaTakBoleDLihatDPggTpBoleDRasaiDlmHati::

219.95.195.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 06:16:34 pagi    [Edit]
err..bukan contact point....contact lense...
contact point tu kat motor.

errr...sojar laut berenang pakai google ke?

sape yg dah hantaq tu..waaa best arr pasni jadi sojar.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.62.:-)

logammaut
Ahli Setia
50. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 07:06:04 pagi    [Edit]
masa berenang bukak la spek. pakai google tak jadi masalah. matlamat utama pandai berenang. buat la camne pun asalkan selesa. mai ramai masuk sojar ayaq. main ayaq puas2.

monie747. pemilihan tu lebih kurang sebulan selepas tarikh tutup.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005