Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulkaedah 1435 @ 22hb September 2014, 4:11:57 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Resepi : Pelbagai Puding Part 2
hanieliza
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 3:31:10 ptg    [Edit]
Pelbagai Puding Part 1
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=924



PUDING ROTI SOS COKLAT

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam


CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

2. Kacau dan gaul rata bahan B.

3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang yg telah disapukan majerin dan taburkan tepung.

4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

5. Sejukkan dan potong dan hidangkan dengan sos coklat.


SOS COKLAT

Bahan
250 coklat masakan
1/2 cawan susu cair
1 s/b majerin

Cara.
1. Masukkan cokalt dan butter dalam mangkuk tahan panas.
2. Masakkan dalam kuali yg ada air dan biarkan sehingga coklat cair.
3. Bila telah cair, tutup api dan angkat coklat dari kuali.
4. Campurkan susu cair dan kacaui rata.
5. Hidangkan bersama puding roti yg telah dipotong.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.56.:-)

sitislam
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 09:08:18 pagi    [Edit]


kak liza..semalam tunggu kak liza buka ym takder..so sitislam main belasah jek.alhamdulillah jadik cam gambar yang kak liza paste.sempat tangkap gambo lagi tapi lum load dalam pc..anyway thanks. sedap

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

shahir
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 10:37:36 pagi    [Edit]
Off topik jap

Sitiislam

Tahu tak hari apa ada pasar tani di serdang (mardi)?

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.86.:-)

sitislam
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 2:20:16 ptg    [Edit]



shahir..pasar tani tu pada hari selasa dan jumaat.sitislam kalau pi situ sebulan sekali atau dua kali....beli frozen food coz murah sesangat.

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

SayangIZ
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 2:49:14 ptg    [Edit]
Pasar tani dalam compound Mardi Serdang tu sendiri ke?Tang maner?...dari pukul berapa sampai pukul berapa?..and kalau nak beli buah-buahan..cam durian, rambutan, manggis mmg ada dijual dlm Mardi?

--------------
^ ^ - I'll find you... @

202.190.116.:-)

sitislam
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 5:15:40 ptg    [Edit]


pasar tani ni berdekatan ngan sekolah ngan tokong india..kalau hari selasa pasar tani kat orang jual makanan berdekatan ngan kawasan tu n kalau hari jumaat kat padang leh nampak dari situ.ia bermula dari 8 pagi hingga 11 pagi.


kalau yang beli buah kat mardi yang murah tu tempat tu bernama pusat pengumpulan buah-buahan.siti pernah pergi kat situ tapi nak mension jalan tak ingat..bila musim buah memang murah terutama buah durian,mangga n rambutan.

* Mesej ini telah disunting oleh sitislam pada 23hb Jun 2005, 5:17:35 ptg

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

shahir
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 8:43:44 mlm    [Edit]
Terima kasih...sitislam...

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.86.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 12:58:50 tghari    [Edit]


PUDING ROTI CARAMEL

Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]

1/2 cawan gula [hanguskan]

hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel]

Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

hazdi
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 11:47:44 pagi    [Edit]
kak liza,

apa nama puding yang selalunya gerai orang kelantan/terengganu yang ada jual nasi kerabu atau nasi dagang tu.

kalau tak silap puding karamel yer..
banyak pakai telur kan?

ada tak resepi nya.
nak try la....

--------------
Diapers => MAMAN, USA, MAMY POKO, HUGGIES....019-2607811

61.6.163.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 12:39:47 tghari    [Edit]
hazdi...

kalau tak silap maybe..



PUDING GULA HANGUS

Bahan:

1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

1 tin fruits cocktail...untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.58.:-)

maz3d
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 18hb Oktober 2005, 9:04:34 mlm    [Edit]
ehmm...yum..yum..yum..sedapnya puding ni...nasibla ada kwn2 kat sini
yg baik hati sudi share ilmu....bolehla kita blaja same2...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 06:04:56 pagi    [Edit]


PUDING FLAN COKLAT

Bahan

80 gm Flan Pudding Vanilla powder
250 ml susu coklat Ductlady
250 ml air

1 sudu besar gula [cairkan sampai kekuningan dan masukkan dalam acuan/loyang]

buah Cocoa DeNata [sebagai hiasan]

Cara
1. Campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Tuangkan adunan dalam loyang/acuan yg ada gula cair.
4. Sejukkan baru di masukkan dalam petisejuk.
5. Hidang sejuk [chilled] bersama buah Cocoa DeNata.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.58.:-)

cikedis
Ahli Baru
13. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 08:14:14 pagi    [Edit]
kak liza

nak tanya Flan Puding vanila powder tu ropernya macamana ?
tak penah dengarlah..maklumlah jarang masak
ada gambar tak ?
ada jual kat supermarket ke?
nampak puding tu macam lazat jek.
boleh buat utk berbuka nanti.

--------------
citi tgh buat apa tu hah ?

192.228.129.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 08:58:53 pagi    [Edit]
cikedis...

Flan Puding vanila powder tu ropernya macam serbuk gula kristal gitu...
ada dijual kat kedai jual bahan kek/biskut nun..
kak liza beli kat situ..

anyway memang ada kat BAGUS [Taman Melawati..Ulu Kelang]..BWY [ChowKit]..dan juga BAKEWELL [Kuantan]

kalau kat supermarket ni kak liza x pernah jumpa la...

memang sedap.. texturenya halus dan lembut jer..macm makan taufu faa tu jer..cuma ia berperisa coklat...sedap serve sejuk2...

gambar nya nanti kak liza amik..
jap algi kak liza nak kuar p surau..so balik nanti la...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.58.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 09:38:19 pagi    [Edit]
k.liza..
flan puding vanilla powder ader tak jual kat k4?boleh tak ganti dgn yang lain? sebabnye..asben beg mmg suka sgt dgn puding coklat ni..ari tu buat puding roti bersos coklat tu..dia sengsorang jer abihkan..

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

202.184.60.:-)

hazdi
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 10:26:45 pagi    [Edit]
kak liza,

boleh kan masukkan dalam mini container (yg selalu letak tau foo faa) tu?

balik ni terus cari Flan Pudding Vanilla powder .......

quote:
susu coklat Ductlady


selain coklat, boleh ganti dgn perisa lain tak???

--------------
Diapers => MAMAN, USA, MAMY POKO, HUGGIES....019-2607811

202.157.192.:-)

maz3d
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 11:03:14 pagi    [Edit]
quote:
gambar nya nanti kak liza amik..
jap algi kak liza nak kuar p surau..so balik nanti la..


...nak tgk gambar Flan Pudding Vanilla powder tu...pastu senang sikit nak beli
nanti...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 12:07:06 tghari    [Edit]
b_e_g


kak liza tak sure pulak flan mix ni ada jual kat K4 or GIANT..sebab selalunya kak liza round tenguk..tapi tak pernah jumpa pung..


hazdi..
boleh jugak letakkan dalam mangkuk taufu tu..memang cantiklah..comel jer...

kak liza belum cuba baut lagi gunakan perisa lain..tapi kak liza rasa boleh jugak..
cuba gunakan susu perisa stoberi..oren..mangga...
kak liza rasa tentu sedap jugaklah..



flan mix ni keluaran Lady's Choice..
kandungannya Gula..Kuning telur..gam tumbuhan..bahan perasa yg dibenarkan..garam dan bahan yg dibenarkan [Tartrazine E102]
ada sijil HALA L JAKIM...kat tepi botol tu..

Flan MIx ni macam gula kristal berwarna kuning muda gitu..
rasanya dah ada gula kot...tu yg macam berkilat2 jer serbuk ni...

kak liza beli dalam bekas botol besar berat 2 kg..dgn rege RM25.00 [rasanyalah]..
kalau kat BAKEWELL [Kuantan] mmg ada jual dalam paket kecil untuk 1 adunan [sekali masak]

1 adunan biasa ialah 160gm + 1000 ml [ 1 L] susu segar [susu kotak tawar]..
tapi olejh sebab kak liza gunakan susu berperisa..so kena campurkan saperti yg kak liz aberikan tu sebab kalau gunakan semuanya susu berpoerisa..muak sangat..dan juga manis...

so kira kak liza dah edit suit to our taste laaaa..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.58.:-)

maz3d
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 1:16:58 tghari    [Edit]
kak liza tq byk2 nanti maz3d nak cari kat tesco la....

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

arejue01
Ahli Baru
20. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 2:53:05 ptg    [Edit]

nak tanya kat kak Liza........saya budak baru belajar
kalau nak kukus puding gula hangus tu.....emm....boleh tak
pakai bekas kaserol tu???

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 3:06:03 ptg    [Edit]
arejue01


kalau nak kukus pudign gula hangus..kena cari puding yg cara kukus..
tak boleh gunakan yg flan mix ni kot...
kak liza pun belum cuba lagi..
tapi flam mix ni just boil dlam kuali/periuk dan tuangkan dalm loyang...
senang sangat..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.58.:-)

arejue01
Ahli Baru
22. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 3:18:29 ptg    [Edit]
o.k terima kasih kak Liza.........nanti saya cuba

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

linot9778
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 5:01:42 ptg    [Edit]
terliur... terliur... rasa mcm nak try sumer

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 10:09:38 mlm    [Edit]
nyum..nyum..beshnya!!!!!

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

203.106.185.:-)

maz3d
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 1:10:11 tghari    [Edit]
dah beli brg semlm kat tesco nak buat PUDING FLAN COKLAT dan Puding
triffles tu...betul ker eja ni ..hehehe

aDiya.....mmg sedap tgk gambar semua ni...apa lagi cuba la...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 1:35:21 tghari    [Edit]
maz..puding2 nih ok gak kan? nak cuba gak la..heheh

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

61.6.35.:-)

maz3d
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 4:43:03 ptg    [Edit]
Baru jer siap buat puding triffles tu.....maz3d guna buah dlm tin nata de Coco
perasa buah kelapa + laici sbb x boleh makan nenas...letak sikit buah kurma
saje nak bagi rasa lain sikit dan nampak cantik...swiss roll tu guna perasa
coklat..susu cair guna susu Ideal...kristal jelly perasa strawberi..Gula pulak
guna brown sugar sbg ganti gula kasar....tgk la nanti dah buka nanti nak rasa..
yum..yum...yum...x sabar nak rasa...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

maz3d
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 5:22:31 ptg    [Edit]








cantik tak puding triffles ni...........ni bukan maz3d yg buat hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh maz3d pada 20hb Oktober 2005, 8:39:08 mlm

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

nora_balqis
Ahli Baru
29. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 8:15:09 mlm    [Edit]
maz3d....cantik nyer gambor tu..takkan tak der resepi dia...

--------------
balqis_nur81@yahoo.com

61.6.163.:-)

dreamcatcher
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 20hb Oktober 2005, 9:10:27 mlm    [Edit]
sedapnya maz3d buat.. tq..

--------------
http://peng-u.com | SAYA BERMINAT MEMBANTU ANDA BUAT DUIT MELALUI GOOGLE | http://peng-u.net

60.48.110.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
31. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 00:13:09 pagi    [Edit]
quote:
sedapnya maz3d buat.. tq..


Bahagialah suami maz3d......kalau di hidangkan setiap hari!!

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.36.:-)

maz3d
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 11:57:47 pagi    [Edit]
mama............mmg somi sukapun........kalau buat ari2 takut x muat pakai baju raya lak ..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

linot9778
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 4:34:17 ptg    [Edit]
best tgk gambo2 tuh... ish, ko nih maz... buat terliur je

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

maz3d
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 21hb Oktober 2005, 8:55:36 mlm    [Edit]
linot....gambar yg maz paste ni semuanya puding triffles. Maz buat ikut resepi kak maizana...So lain sikit la rupanya....Tgk gambar2 tu semuanya mmg
geram jer....nyum..nyum....

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

linot9778
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 2:06:27 ptg    [Edit]
maz
aku penah gak amik resepi triffles tuh kat sini. aku tak ingat k.liza punyer resepi ke saper? tp tak penah try lagik...

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

OrangMinyak
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 2:23:22 ptg    [Edit]
lonot
buatla triffel tu semangkuk dua tuk aku .. heheheh

--------------
komunis > m.e.n.g.a.p.a belum b.e.r.a.m.b.u.s

61.6.39.:-)

linot9778
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 4:28:07 ptg    [Edit]
OM
aiyaaa... semangkuk dua??? byk tuh... byk ko mkn ekkk

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

maz3d
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 6:55:12 ptg    [Edit]



..OM buat ler suprise bagi kat Que hehehehe...sure dia suka punya..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
39. Dihantar pada 24hb Oktober 2005, 11:43:16 mlm    [Edit]
quote:
mama............mmg somi sukapun........kalau buat ari2 takut x muat pakai baju raya lak .


Biar boroi sket....nampak MACHO

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.36.:-)

linot9778
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 12:24:49 tghari    [Edit]
maz...
reti ke pun si OM tuh nak buat utk Que. tlg Que potong bwg reti ler kot???

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

sufiku
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 12:42:32 tghari    [Edit]
hari sabtu last week tgk rancangan masakan kat tv brunei ... makcik tuh buat triffles (dia sebut traffles) ... bahan sama jerk, cuma yg agak lain dia gaul kastard yg dah siap dimasak tuh ngan fruit cktails. Then dia lapis susun ngan biskut oreo ... then lapis lagik ngan kastard. Last sekali barulah dia ltk nestle cream (takde lapis jelly).

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.255.:-)

maz3d
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 2:26:33 ptg    [Edit]
linot.......resepi tu dari kak maizana kot...cubala mmg sodap dan senang gak
buat...buat la weekend ni ker...

sufiku....resepi triffles ni mmg ada mcm2 cara...bantai jer asalkan sodap nyumm..
nyumm...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

maz3d
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 2:28:30 ptg    [Edit]
Maz copy n paste resepi MAIZANA...

Kak Zana bagi simple recepi Puding Triffles.. kalau jadi mesti ingat Kak Zana seumur hidup......hehehe


PUDING TRIFFLES

Bahan...

Beli swiss roll (Kak Zana suka beli dari kedai Kings..tak kiralah rasa pandan ke apa)
1 tin fruit coktail (brand ligo ke..macam2 ada)
Kristal Jelly (belilah perasa apa pun...Kak Zana mesti cari brand ni..cuba Nona..susah menjadi)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad
Nestle Yogurt (pengganti whipping cream)

Caranya

Layer 1:
Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal..susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit coktail...keatas swiss roll..sehingga lembab (basah). Ketepikan dulu..bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Layer 2:
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula..dimasak atas api. (sambil masak tu..bancuk 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 gelas air). Bila susu dan mendidih..kecilkan sedikit api..masukkan bancuhan tepung kastad..kacau..hingga bancuhan susu tadi menjadi likat. Tuang ke atas layer 1 tadi.

Layer 3:
Buahan koktail tadi ditabur ke atas layer 2 (kastad). Ketepikan sekejap, sementara tu bolehlah sediakan layer jelly.

Layer 4:
Masak air panas...sukat air panas mengikut arahan kotak jelly..bancuhkan jelly tersebut dengan air panas yang disukat, tunggu sejuk sedikit (masih dalam keadaan cair)..baru tuang ke atas lapisan ke 3 (buah-buahan).

Layer 5: Bila jelly dah beku..sapukan Nestle Yogurt ke atasnya..kalau nak cantik lagi..taburkanlah buah strawberry atau peach keatasnya.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

linot9778
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 25hb Oktober 2005, 4:18:52 ptg    [Edit]
maz
aku dah amik resepi triffles tuh b4 this. dah masuk dlm koleksi resepi aku lagik... cuma buatnyer belum... hehehe. nanti ler, kalau ada kelapangan...

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

maz3d
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 11:00:45 pagi    [Edit]
linot jgn lupa utk raya nih...bagi gempaq sikit kat org kg hehehe...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

linot9778
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 4:16:21 ptg    [Edit]
hehehe... aku kalau dah sampai umah mak aku, aku jadik malas...

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

chilut
Pengendali
47. Dihantar pada 27hb Oktober 2005, 10:41:15 pagi    [Edit]
cakk!!!

emmmm bulan nie suka masuk tiopik yang ada gambar menarik.

hanieliza
tanya sikit, kalau tak jumpa '250 ml susu coklat Ductlady ' gantikan
dengan perahan susu itik boleh jadi tak?

Alisyaira
Ahli Baru
48. Dihantar pada 28hb Disember 2005, 3:26:03 ptg    [Edit]
K.Liza,
Nak tanya psl puding jagung. I ada ikut resepi sebijik yg K.liza kasik. Tpkan, kenapa bila sejukkan puding tu lepas masak, dia x keras2 yer.. cair jer.. cemana nk tau bahan2 yg dimasak tu sudah masak & bolah diangkat utk sejukkan? Tak payah letak agar2 ker dlm bahan2 nih? Tolong nasihat sikit..

PUDING JAGUNG
Bahan
1 tin jagung cream
1 tin susu cair
1 tin gula
4 tin air
1 tin tepung kastad
1/2 tin tepung jagung

Cara.
1. Kacau semua dan masakkan atas api yg perlahan sehingga masak..
2. Tuangkan dalam bekas dan sejukkan

210.19.76.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 28hb Disember 2005, 8:17:04 mlm    [Edit]
Alisyaira..
masakkan adunan tu sehingga naikwap..nampak berkilat dan agak kental...
tapi jangan lama sangat nanti bilasejuk puding tu merekah pulak...
tak sedap...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.98.:-)

Alisyaira
Ahli Baru
50. Dihantar pada 29hb Disember 2005, 08:25:13 pagi    [Edit]
K.Liza,
Menyesal x tanya K.liza dulu sebelum buat hari tu.. Tapi x per.. nanti weekend nh nk cuba lagi. Thanks yer..

210.19.76.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005