Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 12:13:37 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh macamane : nak beli rumah
baby6538
Ahli Setia
1. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 12:58:06 tghari    [Edit]
nak tanya pendapat,

kalau nak beli rumah ni,biasanya pemaju akan mintak duit 10% drpd harga rumah,nak tanye,adakah 10% tuu kita boleh keluarkan drpd kwsp akaun 2,
atau kena bayar duit cash pada pemaju?nak minta pendapat,untung @ rugi kalau buat joint name(husband + wife)betul ke kalau dah buat joint name,kita tak boleh beli rumah lain.tolong sapa boleh jawap...

203.82.66.:-)

abeja
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 5:15:16 ptg    [Edit]
baby

Blh ambil dari KWSP untuk pembelian rumah pertama

Kelebihan nama bersama
1) Hubby/wife x lebih pindah nama, jual sesuka hati

Memandangkan beli rumah selalunya kena buat pinjaman, bank akan tengok kemampuan membayar balik & bukannya berapa penama. Kebiasaanya jumlah installment bulanan untuk semua hutang bagi seseorang peminjam hendaklah tidak lebih dari 30% pendapatan bulanannya.

Kelebihan satu nama
1) Jika penama mati, Sykt insurans utk MRTA akan menjelaskan baki hutang. Pewaris x perlu bayar installment lagi. Kalau ada lebih dari satu penama, MRTA hanya akan jelaskan baki hutang bila semua penama meninggal.

--------------
Perhiasan seramik berkonsep 'english roses' di http://lovelycraft.blogspot.com

218.111.18.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 5:39:36 ptg    [Edit]
quote:
betul ke kalau dah buat joint name,kita tak boleh beli rumah lain

tak semestinya..tgk penndapatan & kemampuan kita la, mcm kata abeja tuh..

quote:
kalau nak beli rumah ni,biasanya pemaju akan mintak duit 10% drpd harga rumah,nak tanye,adakah 10% tuu kita boleh keluarkan drpd kwsp akaun 2,


kalu urusan semua ok..sempat la amik KWSP tuh. macam adiya dulu, byk ngat birokrasinya....pemaju dah mintak duit, KWSP lom leh kuar.jawabnya..bayar cash la.. menggagau cari...

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 9:30:18 mlm    [Edit]
quote:
kalau nak beli rumah ni,biasanya pemaju akan mintak duit 10% drpd harga rumah,nak tanye,adakah 10% tuu kita boleh keluarkan drpd kwsp akaun 2,



boleh..utk beli rumah, boleh keluarkan 10% maks dr akaun 2 KWSP.
sbb sy dah pernah keluar kan duit dr KWSP utk beli rumah nie.
cepat jer prosesnya.cukup 2 minggu terus diorg masukkan duit dlm akaun bank kita.tapi kita mesti ader surat kelulusan pinjaman dr bank yg kita buat pinjaman tu,dan kena bagi satu salinan dokumen perjanjian jual dan beli rumah dr pemaju.pastu mcm biasa isi borang KWSP. itu ajer.
rasanya KWSP skrg dh tak slow sgt mcm dulu.

tapi mcm adiya ckp ler..
sementara nak tunggu KWSP keluarkan duit kita,
kena la ikhtiar cari duit utk bayar kpd pemaju dulu..
pinjam la kat mak ayah dulu..dpt jer KWSP tu, terus bayar balik kat mereka.

* Mesej ini telah disunting oleh ArWEeNa pada 20hb Jun 2005, 9:34:44 mlm

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.15.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
5. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 09:06:51 pagi    [Edit]


Kalau kita beli rumah msh dlm pembinaan, lazimnya pemaju akan minta duit booking... biasanya RM2,000.00. Selepas itu, apabila kita sign S&P, kita kena buat bayaran permulaan 10% dpd harga rumah... dari tarikh kita booking dgn sign S&P kat pejabat lawyer, ada masa dlm dua minggu...
Utk keluarkan duit KWSP kita kena ada S&P ni... syarat wajib KWSP... makanya pi mai pi mai, duit 10% tu kenalah dibayar cash!!!

Kalau kita beli rumah sdh siap dpd pemaju, kita kena bayar terus 10% dpd harga rumah, kemudian baharu sign S&P... tak lama, 2/3 hari sahaja... kemudian kita diberikan tempoh 3 bulan utk menyelesaikan baki bayaran harga rumah... maksudnya kita ada 3 bulan utk mencari sumber kewangan...

Membeli rumah menggunakan dua nama... untungnya kita boleh keluar duit KWSP dpd dua-dua akaun, akaun suami dan isteri...
ruginya, dari segi harta pusaka... rumah itu ada suku shj milik suami... sebabnya, 1/2 milik isteri, suami tiada hak... 1/2 milik suami, ada hak isteri atas sbb harta sepencarian... begitulah adanya!!!
rugi kedua, kalau ditakdirkan salah seorang meninggal dunia, maka bayaran pinjaman terpaksa diteruskan oleh seorang lagi yg masih hidup sehingga selesai... kalau isteri yg tinggal untung jugak, sebab dia dpt 3/4 bhg rumah tu, kalau suami... dia cuma dpt 1/4 shj... dari segi logiknya!!

161.139.100.:-)

baby6538
Ahli Setia
6. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 10:54:17 pagi    [Edit]
maknanya,10% drpd harga rumah tuu,boleh keluarkan kwsp lah,cuma sementara nak lulus tuu,kena bayar cash dulu.contoh harga rumah
RM 100,000,kita kena bayar 10% drpd harga tuu,maknanya RM 10,000..
kalau dlm akaun 2 cuma ada RM 7000,so lebih RM 3000 tuu kita kena bayar
cash ye...tapi kalau letak nama husband &wife,dlm akaun saya ada
RM 7000,akaun husband RM 10,000,maknanya saya boleh keluarkan semua duit tuu,atau pun just 10%je boleh keluar...biasanya duit lawyer berapa agaknya...

203.82.66.:-)

baby6538
Ahli Setia
7. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 2:19:34 ptg    [Edit]
betul ke kalau buat join name interest kena double....

203.82.66.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 5:34:44 ptg    [Edit]
quote:
betul ke kalau buat join name interest kena double....


ekekek..kalu 2-2 buat loan..2-2 la kena interest.
quote:
kalau dlm akaun 2 cuma ada RM 7000,so lebih RM 3000 tuu kita kena bayar
cash ye...tapi kalau letak nama husband &wife,dlm akaun saya ada
RM 7000,akaun husband RM 10,000,maknanya saya boleh keluarkan semua duit tuu,atau pun just 10%je boleh keluar...biasanya duit lawyer berapa agaknya...


ok..kalu kita 10%..urs leh kuar RM700, asben RM1000 la.so dptla RM1700.
pasal lawyer...kurang2 RM2000. adiya dulu >RM2000.tgk la....kot2 ada promosi, leh la kurang skek.

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

moshi
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 5:39:21 ptg    [Edit]

Salam.


Berapa banyak amal kebaktian orang yang beramal hasil dari jalan atau tunjukajar kita, maka demikianlah bahkan lebih Allah berikan pahala kerana dakwah sedemikian.
SEBALIKNYA,
Berapa banyak KEMAKSIATAN ATAU KEMUNGKARAN HASIL dari tunjuk ajar kita sehingga pengamal kesesatan itu perbuat, demikianlah balasan KEMURKAAN JAHANNAMNYA diberikan amaran oleh Allah SWT.

Lalu,
tunjukakilah jalan YANG ALLAH SWT SUKAI,
dan tinggalkan jalan-jalan AHLI KESESATAN DAN ZULUMAT,
kerana ia hanya mengundang kecelakaan YANG TIDAK BERAKHIR,
kecuali TAUBAT YANG DITERIMANYA. WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 21hb Jun 2005, 9:54:33 mlm

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

ArWEeNa
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 8:48:44 mlm    [Edit]
quote:
tapi kalau letak nama husband &wife,dlm akaun saya ada
RM 7000,akaun husband RM 10,000,maknanya saya boleh keluarkan semua duit tuu,atau pun just 10%je boleh keluar...biasanya duit lawyer berapa agaknya...



10% daripada harga rumah tu...
bkn 10% dari jumlah wang yg ader dlm akaun 2 tu..

katakan awk beli umah RM100,000..maknanya awak leh keluar RM10000 dan suami awk leh keluar RM10000 jgk..dgn syarat penama rumah adalah nama husband and wife.
jadinya kalau akaun 2 awk ader RM7000 & husband ader RM10000,awk dan husband bleh keluarkan kesemuanya dr akaun 2 tu..

kawan saya pun baru2 nie keluarkan KWSP dia, begitu juga husband dia..utk satu rumah yg diorg beli atas nama husband and wife..
so dua2 leh dpt 10 % dr akaun 2 masing2..
haa..mcm tu la sy pahamnya..

takpe ...kita tunggu apa org lain kata apa..

* Mesej ini telah disunting oleh ArWEeNa pada 21hb Jun 2005, 8:51:49 mlm

--------------
:~Cinta datang dari mata, Benci datang dari hati~:

219.95.2.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 11:28:24 mlm    [Edit]
quote:
10% daripada harga rumah tu...
bkn 10% dari jumlah wang yg ader dlm akaun 2 tu..


erk..betul la....adiya yg silaps.sori ekkk. kalu tak, takkan asben leh kuar 20K.kalu 10% drp KWSP...leh kuarkan 20K..kayo la den..

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005