Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 16hb JamadilAkhir 1435 @ 17hb April 2014, 06:13:09 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh bayi : eczema
bungapadi68
Ahli Baru
1. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 12:15:17 tghari    [Edit]
assalamualaikum,
Saya mempunyai bayi berusia 9 bln, mempunyai masalah eczema.
Kadang-kadang teruk, dan kadang-kadang ringan sikit.
ada sesiapa netters di sini yg berpengalaman deal dgn anak yg mempunyai masalah yg sama? marilah berkongsi petua dan kaedah rawatan.

202.188.197.:-)

kaklonglin
Ahli Setia
2. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 12:27:32 tghari    [Edit]
eczema ni memang jadi kebiasan buat masa ni. kak long nak recomend transfer factor untuk yr baby. dia dalam capsule so u boleh buka capsule tu & bubuhkan dlm susunya. memang ternyata berkesan, untuk orang dewasa pun boleh jugak

--------------
Nuraslindah - AmWay/TransferFactor -017-3218365 lindasof@yahoo.com

210.186.217.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
3. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 12:44:08 tghari    [Edit]
U pernah guna fr your baby ke?
ada testimonial tak?

202.188.197.:-)

kaklonglin
Ahli Setia
4. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 3:47:01 ptg    [Edit]
not for my own baby tapi my anak saudara, she;s only 11 months. if u can email to me & i akan forwardkan the testimonial book.
OK tak ?

--------------
Nuraslindah - AmWay/TransferFactor -017-3218365 lindasof@yahoo.com

210.186.217.:-)

Ayuk
Ahli Baru
5. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 5:25:54 ptg    [Edit]
eczema kat neh?? kalu kat muka tu @ ruam susu kat muka tu.. anak ayuk pun slalu kena kulit dia mmg elergik sangat kat susu.. yelah kawan tido mlm ngan botol susu dah tu meleleh la susu kat pipi.. kengkadang bila ayuk or hubby sedar tolong la lap kan...kalu tak pagi esok sure naik ruam tu... .. dulu ayuk slalu tonyoh mcm2 ubat tapi makin teruk.. last2 sapu bedak jer.. trus elok.. ikekekke

--------------
Mamipoko (80pcs): S-rm32, M-rm34, L-rm36, XL-rm38 Mamipoko Pull-up Pants (40pcs): M-rm28, L-rm29

202.185.196.:-)

jamd
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 5:32:30 ptg    [Edit]
bungapadi

kalau anak kena eczema, masa mandikan gunakan sabun nie...disyorkan oleh Dr yg anak kawan jamd kena eczema



Untuk memenuhi keperluan produk mandian untuk kanak-kanak yang lembut lagi berkesan, Gel Mandian Sudzy yang baru telah dirumus supaya sangat lembut dan masih memberi pembersihan yang terperinci dan perapian kulit semula jadi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak pasti akan menyukai bau haruman buahnya sambil anda diberi jaminan bahawa campuran agen pembersihan yang tersangat ringan akan menanggalkan kotoran dengan lembut daripada kulit yang sensitif, menjadikannya bersih dan rapi.

Mengapa Gel Mandian Sudzy disyorkan untuk kanak-kanak?Apa yang menjadikan ia begitu berbeza? Mengandungi gel Aloe Vera yang tulen: Aloe vera telah diguna zaman berzaman kerana kuasa penyembuhnya, ciri-ciri kelembutan yang menenangkan dan antiradang. Daripada mengguna pelembap tiruan, Gel Mandian Sudzy yang sangat lembut membelai kulit halus dengan ciri-ciri gel Aloe Vera tulen yang melega, antibakteria dan sangat melembap.Tidak seperti banyak produk yang hanya menampilkan Gel Aloe Vera tulen daripada seluruh daun yang lebih kuat daripada gel yang diekstrak hanya daripada hujung daun.


Tidak mengandungi sabun dan pH seimbang: umumnya produk yang berasaskan sabun adalah bersifat alkali dan tahap pH yang tinggi ini boleh menyebabkan keketatan kulit yang tidak selesa. Bagi kanak-kanak, pH yang sangat tinggi ini mungkin menyebabkan calaran dan seterusnya radang.


Tidak perlu bimbang lagi! Gel Mandian Sudzy tidak mengandungi sabun! Ejen campuran pembersihan yang lembut akan membersih dengan lembut kulit yang halus tanpa menyebabkan kekeringan, keketatan atau radang. Banyak produk sabun mandi atau produk berasaskan sabun mungkin mempunyai pH 9 atau lebih. Ini boleh membawa kepada kekeringan dan keketatan kulit, terutamnya untuk kanak-kanak atau orang yang berkulit sensitif. Gel Mandian Sudzy mempunyai pH dengan julat dari 5 hingga 7, untuk melengkapi tahap pH semula jadi kulit kita.


Tambahan pula, Gel Mandian Sudzy juga disyorkan gel mandian harian untuk individu yang berkulit sensitif atau pelbagai gangguan kulit. Rumusan yang sangat lembut ini membersih dengan lembut tanpa merengsa kulit sensitif manakala Gel Aloe Vera menenang dan melegakan kulit yang terengsa.

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

raihanis
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 02:23:34 pagi    [Edit]
i sokong produk yg jamd perkenalkan sbb anak2 i pun guna gak.

lagi satu, u boleh guna losyen serigama keluaran luxor. anak i timbul ekzema
dan i cpt2 sapu losyen tu dlm masa 3 hari je. sampai sekarang tak jadi dah ezkema tu.

ekzema ni susah gak nak hilang sbb ianya berasal dari keturunan. i punya ekzema
makin kurang sejak duk sapu Allano Lotion. kalau terlalu gatal, i sapu krim Beprosalic.
beli kat farmasi je. krim ni memang cepat kesannya , dlm 3-4 hari ekzema yang
itam2 tu boleh jadi cerah. lps tu i sapu Allano lotion utk lembutkan balik kulit
yg hampir kematu nih.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.208.:-)

ella973
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 09:04:25 pagi    [Edit]
anak kawan saya di opis no pun guna mandian Sudzy nie, doktor yg syorkan sebab mandian ni bukan berasaskan sabun memang sesuai utk baby yg ada ezcema ni... saya pun ada ezcema...tapi malas betul nak sapu2 lotion cuma amalkan supplemen jer la... so far ada la pengurangan..

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

219.93.8.:-)

monica
Ahli Setia
9. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 09:35:27 pagi    [Edit]

Bungapadi68

Selain Gunakan SUdy baby bath & shampoo, boleh guna allano Lotion & talcum powder dia, My bos & my friend guna benda ni.... my daughter guna talcum powder allano, lotion ni habis dilumur 1 badan mcm lotion biasa dibuatnya

218.208.18.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
10. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 2:43:00 ptg    [Edit]
Gel mandian Sudzy ada di jual kat any farmasi ke? berapa harganya.
Semalam saya bawa baby jumpa doktor. Dr kata one of patient ada baby ekzema worsen than my baby sampai kulit merekah. Baby's parent bagi makan spirulina, after that ekzema terjadi dgn teruk sekali..just for info.
Not to blame spirulina, tapi maybe sbb spriluna one of sea produk, so baby ekzema allergy with seafood or any sea product...dr said.

202.188.197.:-)

jamd
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 2:56:35 ptg    [Edit]
bungapadi,


sabun mandian sudzy tu produk amway...so boleh dapatkan dari dealer amway including myself

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

raihanis
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 3:00:03 ptg    [Edit]
quote:
Gel mandian Sudzy ada di jual kat any farmasi ke? berapa harganya.



takde jual kat farmasi, hanya boleh didapati dari dealer2 amway je. harganya
RM15.40, harga ahli cuma RM12. guna sikit je pun dah cukup sbb sabun ni memang
banyak buih.



kalau utk lotion lak iaitu Allano Lotion harganya RM27.50, harga ahli RM22.



jangan kasi spirulina kat baby, kesian baby kalau jadi apa2.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

218.208.198.:-)

cha
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 5:02:02 ptg    [Edit]
anak dara cha yg sulong pun memang ada exzema since baby lagi...

If exzema dia kuar (esp bila kerap makan seafood), cha mandikan dia dgn Garam Zara (produk cosway), pastu sapu ngan Nutrimoist (CNI) or kengkadang cha sapukan ngan losyen gamat luxor jer... Alhamdulillah cepat jer eloknya...

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

shahir
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 11:40:24 mlm    [Edit]
Jika anak kena eczema, mmg elok mandi dgn Gel mandfian Sudzydan kemudian sapukan Allano- Hand and Body Lotion .

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.16.:-)

acen1010
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 1:37:03 tghari    [Edit]
Pertama sekali kena elakkan dari makan menda2 yang boleh menyebabkan eczema. Sometimes eczema boleh terjadi because alah pada habuk, detergent, makanan, bulu binatang dll jugak. So, kena identify menda apa yang cause the probs.

Mandikan dengan mandian Gamat utk legakan kegatalan dan sapukan Jel Gamat (Topical Gel). InsyaAllahh....

192.91.75.:-)

fazyan_77
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 4:37:04 ptg    [Edit]
jamd.

nak gak laa gel mandian baby tuu...anak fazyan ada gak gatal2 badan dia..tapi tak tau laaa...eczema ke aperrr...

--------------
kHiDmAt wIriNg..

219.93.8.:-)

raihanis
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 4:48:45 ptg    [Edit]
Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan.

Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik.

Pakar Dermatologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Madya Dr. Mokhtar Nor berkata, penghidap ekzema tidak terkecuali mengalami tekanan perasaan dan gangguan emosi akibat masalah kulit yang keterlaluan ini.

Menurut beliau, penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun.

"Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam hingga dua tahun,'' katanya.

Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.

Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema memb a b i tkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.

Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.

Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

Ekzema berasal dari perkataan Greek - boiling - merujuk kepada lepuhan yang wujud di peringkat awal pada sejenis penyakit kulit yang gatal.

Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka.


Menurut Dr. Mokhtar, statistik menunjukkan satu hingga 30 peratus individu di negara ini menghidap penyakit ini sama seperti di United Kingdom. Bagaimanapun, insiden ini kurang pada kanak-kanak dan orang dewasa.

"Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa menghidap ekzema,'' katanya.

Di Amerika Syarikat tiga peratus penduduknya menghadapi masalah ini, manakala 10 peratus terdiri daripada bayi. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan atau memburukkan ekzema.

Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.

Sehubungan itu, jika dilihat pada faktor ini ekzema lebih ketara di kalangan kanak-kanak. Tambah beliau, sesetengah individu mempercayai makanan tertentu boleh mencetuskan serangan ekzema.

Justeru, dengan mengelakkan pengambilan makanan tersebut dipercayai dapat mengurangkan serangan ekzema.

"Bagaimanapun, dengan menghindarkan sesetengah makanan yang mencetuskan ekzema ini tidak memberi jaminan bahawa masalah ini dapat disembuhkan dalam jangka masa panjang,'' katanya.

Meskipun penyakit ini tidak dapat disembuhkan, pelbagai rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala yang tidak menyenangkan.

"Biasanya, ekzema ini menunjukkan perubahan positif yang cukup ketara apabila kanak-kanak ini mencecah usia lima tahun,'' jelasnya.

Malah, sebahagian besar akan sembuh apabila sampai peringkat remaja. Hanya lima peratus penghidap penyakit ini akan berterusan hingga peringkat dewasa.

TANDA- TANDA


Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal.

Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah:

* Mengelupas

* Bersisik

* Kemerah-merahan

* Kulit yang kering

* Penebalan kulit

* Ada kalanya lepuhan juga terbentuk

Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

RAWATAN

Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa.

Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak

* Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru.

* Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk.

Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik.

Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu.

*Penggunaan ubat sapu (topikal steroid)

Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat.

Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit.


Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit.

Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.

Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini.

Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius.

Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubat-ubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan.

KOMPLIKASI

* Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit.

* Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga).

* Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian.

* Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman.

Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering.

Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur.

* Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius.

Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

PANDUAN

* Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit.

* Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit.

* Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya.

* Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman.

* Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktor dan jangan biarkan keadaan bertambah teruk.

* Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.211.:-)

jamd
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 4:57:48 ptg    [Edit]
fazyan

quote:
jamd.

nak gak laa gel mandian baby tuu...anak fazyan ada gak gatal2 badan dia..tapi tak tau laaa...eczema ke aperrr...



jamd memang nak beli bulan nie...leh order sekaligus...nak sabun mandi tu je ke...syampoo nak tak...

gel mandian & shampoo suzy nie memang pekat...so tak nak bagi anak2 jamd main...jamd tuang kat bekas besar lain pastu campur dgn air...so jimat le sikit

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

nurin71
Ahli Baru
19. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 10:12:35 pagi    [Edit]
Anak saya kena eczema juga. Doktor recommend guna satu sabun yg jual kat farmasi(lupa nama dia). Harga dlm RM10. Sprulina, saya bagi kat anak. Ada kesan. One more thing, Doktor advice tukar susu lembu kpd soya base.
So far, it works pd anak saya.

218.111.150.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:33:19 tghari    [Edit]
kalau saya yg kena eczema leh guna ke sabun tu??hehe

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

ella973
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 12:44:50 tghari    [Edit]
addy

boleh apa salahnyer, pastu tambah lagi ngan allano lotion

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

219.93.8.:-)

Ayuk
Ahli Baru
22. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:16:26 tghari    [Edit]
waaa....


Mengambil kesempatan mempromote produk memasing....

--------------
Mamipoko (80pcs): S-rm32, M-rm34, L-rm36, XL-rm38 Mamipoko Pull-up Pants (40pcs): M-rm28, L-rm29

202.185.196.:-)

jamd
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:18:37 tghari    [Edit]
ayuk

dah guna produk tu...so promote le produk kita guna...takkan nak promote produk kita tak guna

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

Ayuk
Ahli Baru
24. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:23:51 tghari    [Edit]
heheheh....

memang la kalu bagus kita kena laaa promote... tak bagus diam2 kan jer...

--------------
Mamipoko (80pcs): S-rm32, M-rm34, L-rm36, XL-rm38 Mamipoko Pull-up Pants (40pcs): M-rm28, L-rm29

202.185.196.:-)

jamd
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 23hb Disember 2004, 1:31:10 tghari    [Edit]
ayuk,

jamd promote produk yg diguna & memang bagus...kalau tak bagus memang jamd tak promote le...tak baik tipu org.....

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

maizana
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:26:07 tghari    [Edit]
Anak Kak Zana memang ada eczema.. masa tau tu pun masa umur dia 9 bulan macam tu...

So..itulah punca Kak zana joint Amway... sebab nak pakai produk dia untuk baby yang ada eczema. Macam Monica kata... pakai SUDZY shampoo dan bath gel lepas tu sapukan allano lotion untuk mengelakkan kekeringan... malam Kak Zana bagi special cream... nak tau nama cream dia.. PM Kak Zana..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

bungapadi68
Ahli Baru
27. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 08:39:59 pagi    [Edit]
setelah ditimbang2, saya buat decision nak guna produk Sudzy
dan Allano lotion. Sapa2 yg blh deliver to my house, u r welcome.
saya berada di Bukit Jelutong. Shah Alam.
my phone no: 019-2510019

202.188.197.:-)

shahir
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 09:04:28 pagi    [Edit]
quote:
Sapa2 yg blh deliver to my house, u r welcome.
saya berada di Bukit Jelutong. Shah Alam.



Shahir can deliver....kalu nak order drp Shahir sms me...

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.151.:-)

raihanis
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:10:48 tghari    [Edit]
laju je shahir reply.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.215.:-)

jamd
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:25:23 tghari    [Edit]
kalau area shah alam jamd leh deliver gak sebab husband keje kat shah alam

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

shahir
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 12hb Januari 2005, 12:51:15 tghari    [Edit]
raihanis
Dah ada yg bertanya...

bungapadi68
Ok..kak...nanti sebelum shahir datang shahir call akak dulu ya.
Jumpa nanti.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.151.:-)

kaklonglin
Ahli Setia
32. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 11:03:38 pagi    [Edit]
bungapadi
u buat keputusan yg bijak , Illano & Sudzy memang bagus. tapi kalau baby u ezema teruk , u shld try bagi dia TF, ia bertindak dr dalaman & Illano & Sudzy dr luaran. kalu u tengok sebab tu lah kak long lin ni distributor untuk AMWAY & Transfer factor. These 2 names memang a good combination. ada a friend yg duk di Bt Jelutong ( depan surau) dah cuba dah...
selamat mencuba.

--------------
Nuraslindah - AmWay/TransferFactor -017-3218365 lindasof@yahoo.com

210.186.217.:-)

monie747
Ahli Setia
33. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 3:02:14 ptg    [Edit]
gi spitall..
diorang akan kasi 2 jns krim... 1 utk treatment.. 1 lagi utk lembutkan kulit.. akan sembut dlm beberapa hari je..

--------------
Saya budak baru blajar.. :-)

202.184.82.:-)

acen1010
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 5:16:48 ptg    [Edit]
Untuk anak I, I bagi ni.... Gamat Topical Gel.

penggunaan krim dari klinik memang elok, tapi tidak digalakkan utk penggunaan yang berterusan kerana ianya mengandungi steroid yang menghakis kulit walaupun dlm dos yang rendah. Jika hendak disapu, disarankan menyapu sekali sekala sahaja dengan sapuan yang nipis sekali lalu, jgn di gosok!

192.94.94.:-)

raihanis
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 5:46:43 ptg    [Edit]
quote:
penggunaan krim dari klinik memang elok, tapi tidak digalakkan utk penggunaan yang berterusan kerana ianya mengandungi steroid yang menghakis kulit walaupun dlm dos yang rendah.


sbb tu i guna Allano lotion. anak i suka main2 krim yg i sapu kat badan dia,
pastu dia masukkan pulak jari ke dalam mulut. kalau sekali sekala dia buat
camtu, lain la sikit. ini tiap2 kali sapu krim tu dia nak makan, risau gak la.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.57.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 13hb Januari 2005, 8:28:57 mlm    [Edit]
masih belum memilih ubat yg sesuai?..NUFERA amat berkesan, selamat & tak memudaratkan walaupun bayi...jika boleh beri makan, jika tidak sapu shj pada kulit yg sakit, semua peringkat umur boleh sapu & makan, selain penyakit kulit ia boleh digunakan utk lain2 sakit....

tiada dadah, dia bahanpengawet..100% pati kelapa dara...

klik http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=103 atau nufera.net



* Mesej ini telah disunting oleh LeiLa04 pada 13hb Januari 2005, 8:29:50 mlm

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

srikundang
Ahli Baru
37. Dihantar pada 12hb November 2006, 11:19:50 pagi    [Edit]


Ya-Ampun... tolonglah Sri... anak Sri kena eczema yg seriuos! Jenoh dok sapu ubat kat dia.. baby sri dah 5 mths. Dia kena eczema start from age 2 mts lagik! kesiannyer kat dia! Sri cuma sapukan cream yg disarankan doctor iaitu Elomet.. tapi kalu tak sapu naik.. bila sapu ilang... tapi mana larat reger nyer pun kat2 30 hengget cenonet jer... tahan ler sebulan...

Pada sesape yg berdekatan leh tak PM sri sbb sri nak bli syampoo + baby bath + lotion yg u all suggestkan tu... Sri tinggal area Damansara...

Please... sri memerlukan bantuan segera!!!

Thanks in advance!!!

"SELAMAT HARI RAYA"

Regards

-srikundang-

--------------
... together forever...

60.50.195.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005