Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Syawal 1435 @ 23hb Ogos 2014, 3:28:52 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Automotif  
(Pengendali : zacks)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Jual Kereta : Prosedur Jual Kereta
avrillavigne
Ahli Baru
1. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:21:40 tghari    [Edit]

Aku nak tanya korang ler.. pasal prosedure jual kereta. Aku berhajat nak jual kereta aku dengan direct buyer (kawan aku laa). Lepas tolak hutang ngan bank, aku kira2 aku dpt dalam RM 2,500 untung laa. Cadang duit tu nak buat tambah bayar downpayment kereta baru. Camna prosedur dia eh.. sbb kawan aku ni akan bagi aku duit cash laa.. jadi betul ker if aku buat camni :

1. Kawan aku bagi aku cash money, aku bagi dia kereta & konci
2. Aku gi bank settle loan bank, balance tu (RM 2,500) aku simpan
3. Aku gi JPJ ngan kawan aku, buat urusan tukar nama
4. Lepas settle tukar nama, kereta tu sah jadi milik kawan aku..

Soalan aku yg lain plak :

1. Tukar nama tu kena bayor tak..?? berapa kena bayor?
2. If kena bayor, sapa yg kena bayor ? aku ker kawan aku yg bayor ?
3. Bayaran tukar nama tu termasuk dlm total harga yg aku setuju jual ke
4. Ok ker aku dpt untung RM 2,500 jer - aku pakai keter ni dalam 2 1/2 tahun

--------------
luka di hati tiada siapa yg tahu

218.111.235.:-)

avrillavigne
Ahli Baru
2. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 5:22:08 ptg    [Edit]
errmm tak der org reply ek topik aku nih... cian aku !!

--------------
luka di hati tiada siapa yg tahu

218.111.235.:-)

kni_03
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 5:28:20 ptg    [Edit]
eosk ramai le yg replyy...org dah nak balik ....

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

naini
Ahli Baru
4. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 10:30:51 pagi    [Edit]
avril.. (waaahhh cam aku nak ckp dgn pop star plak)

procedure kalu cash aku takde pengalaman. Tapi aku skang pun dlm proses nak beli kete cash gak. Aku tanya member aku yg penah jual cash, dia ckp:

1. kita pegi bank dgn owner kete gi settlekan utang owner tu dgn bank. Kena bawak cash. Kalo pakai cek, kena tunggu cek clear la plak silap2 3 hari baru clear. Tunggu release letter dr bank pd hari tu gak.

2. g JPJ tukar nama. Dah tukar nama, belen payment baru bg kat owner tu & kita plak amik konci & kete & geran. Pastu balik.

jawapan soalan ko:
1 Tukar nama tu kena bayo rm100.
2. Sape kena bayo? Mbr aku ckp, part ni up to kata sepakat antara kita dgn owner, s/ada kita yg bayo atau 50-50.
3. tak termasuk. Asing2
4. Untung tu tengok la pada belen utang ko dgn bank & harga semasa kete. So takleh nak ckp ok ke tak ok. Kalo belen ko byk lagi maka untung ko sket aaa... takpon kalo belen ko lebih dr harga semasa, kira ko rugi aaa.

Nak tanya pd netter (lupa tanya mbr tu), part insuran & road tax kete dibeli tu camner lak?

60.48.253.:-)

OoooD
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 5:24:39 ptg    [Edit]
meh aku toolong tokok..

cara jual beli kete pada direct buyer...
contoh le..aku letak harga...rm20k...

1) kawan ko bayar booking kat ko contoh le 1k
2) Ko bagi salinan geran kat kawan ko tu
3) Kawan ko kena apply loan kat bank...
document yg kawan ko kena bawak adalah:-
- IC
- Driving lesen
- photocopy geran (nanti bank officer mintak no phone ko, time nak process loan nanti, officer bank akan call ko tanya detail such as berapa rege ko jual kat member ko tu)
- slip gaji 3 bulan terakhir
- salinan buku bank yg mana gaji dikreditkan
- penyata kwsp terbaru (setengah bank je yg nak)
- utility bill (bil air/bil api/bil tipon) (ni nak pastikan alamat yg diberi wujud)

4) Dalam masa process loan tu, bank officer akan mintak ko mai bank bawak kete, dia nak ambik gambor...(ni pun tengok bank mana member ko pinjam la, ada setengah bank tu dia soh ko buat puspakom test je, then report puspakom bagi bank unt dia pastikan engin, chassis no sama dlm geran, dlm ertikata lain bukan kete potong, atau dah tukau enjin)
5) bila loan dah lulus, bank officer akan call ko & member ko datang sign agrement...
6) Dah sign agreement, ko dah boleh kasik kunci kete kat kawan ko...waktu sign ni kawan ko kena siapkan duit tukar nama, insurance, roadtax, etc...bank akan kirakan, kawan ko yg kena bayor, bukan ko...tapi kalo ko baik hati, ko tolonnn le bayorkan...
contoh lagik...
jual 20k
settlement 15k..
so ko akan dapat 5k dr sini...

kawan ko apply loan 19k
nanti bank akan selesaikan 19k (loan baru member ko) dibayar 15 (loan lama ko), balance lagi 4k bank akan bagi cheque antor kat ko..ambik masa dlm 3 hari ni...
jadiknya bank bagi ko rm4k, booking kawan ko tadik 1K = dapat le 5k...
7) soh kawan ko antor ko balik umah..
8) 3 hari nanti bank akan panggil ko ambik cheque atau pun ko soh je bank masukkan dklm akaun ko...
9) bleh belanja aku...

aku baru je semlm test kete kat puspakom cheras, nak beli kete dr owner...


--------------
http://jajancrispy.blogspot.com ~~teh_bunga2002@yahoo.com / 013-2040120

192.228.129.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005