Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulkaedah 1435 @ 22hb September 2014, 12:11:48 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Makna nama : Sapa tau makna nama watie
cik_baru
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:04:58 tghari    [Edit]
Gini...td kt opis ada sorang staff tegur, dia soh sy tukar nama
panggilan lain selain dari wati. Dia kata makna nama wati x elok. Bila sy
tanya makna nama wati dia x nak bg tau. Dah la dia tegur dpn
staff lain pulak..malu ar.

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

UGLY
UGLY
Pengendali
2. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:15:20 tghari    [Edit]
kalau tak silap nama wati tu bermaksud kemaluan wanita dalam bahasa apa aku tak sure.. arab kut!!!

maaf kalau salah!!!

--------------
Last Day Vs Selamat Tinggal Dunia = Al-Fatihah

kakak
Ahli Baru
3. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:16:40 tghari    [Edit]
setahu saya panggilan nama tu tak berapa elok.....elok nama panggilan yang lain je...biarpun nama nya watie

--------------
Rx-Water #Terapi penyembuhan melalui air#

202.75.44.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
4. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:17:58 tghari    [Edit]
bukan maksudnya bersetubuh ke..

ingat masa skolah darjah dua ustazah bagitau

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.18.:-)

cik_baru
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:20:06 tghari    [Edit]
Ugly
tu la....tingat msa skolah rendah ustaz kt
dh tegor dh, tp dia kata lain ejaan lain makna.
Cam ejaan wati takper..tp ntah la ejaan dlm bhsa arab

kakak
takkan nk ubah kot, dh besa dr kecik suma pangil wati..wati...

Qb
penah jugak org kata makna dia setubuh...

* Mesej ini telah disunting oleh cik_baru pada 16hb Jun 2005, 12:22:15 tghari

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:26:26 tghari    [Edit]
mmg makna dia setubuh. Tu pasal kalau buleh tukar nama.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:31:46 tghari    [Edit]
pernah jumpa dalam teks Undang-undang Laut Melaka (masa tu belajar pasal kritikan sastera Melayu lama)... ada klausa sket lebih kurang camni la bunyi dia :

"hukuman bagi mereka yang wathi seorang perempuan..."

maksudnya : perkosa, rogol, atau yang sewaktu dengannya...

tapi ejaan dia "wathi" iaitu sebutan yang agak 'tebal'... kata pinjaman dari Bahasa Arab...

203.115.226.:-)

kni_03
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:47:33 tghari    [Edit]
takper la.. tukar nama...
hilangkan W.. jadi Ati .. ok apa....
sedap gak di sebut.. manja gitu...


kalau camtu lagu WINGS tajuk DI AMBANG WATI tu maksudnya nak bersetubuh ke???

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

logammaut
Ahli Setia
9. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:49:56 tghari    [Edit]
Presiden Megawati mesti hebat.

--------------
<O> TRUTH TAKES TIME <O>

203.82.67.:-)

CAM51
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:51:54 tghari    [Edit]
ye la tu... di ambang wati.... maknanya di ambang setubuh...
bukan diambang maut ye.....

serupa gak nama cam Silawati - sila.......
dermawati -, derma..........

61.6.35.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:59:46 tghari    [Edit]
MR nak sentuh gak bab nih.. sebab part of nama aku ada nama nih..

setau MR ..merujuk pada ustaz/ustazah..dia ikut ejaan..bahasa arab.. macam kate cik baru..lain eja lain makna..kalau mean setubuh tu..sebutan dia agak dalam/tebal! "wo'thi"...
macam perkataan lain gak..contoh lam solat..salah pronounce skit je jadi lain makna...
wati dengan wot'thi..kalau wati tu..takder makna melainkan wothi..

MR kureng senang kalau orang kate eh nama u tak elok.. bla bla bla..hm..! macam la aku yang taruk or gi register nama tu!!!!

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 17hb Jun 2005, 09:59:16 pagi

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

izahaz
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:02:11 tghari    [Edit]
wati (ti utk huruf jawi 'ta') tidak membawa apa2 makna...
manakala wathi (thi utk huruf jawi 'tho') membawa maksud perempuan jahat...

wallahualam..

--------------
~lofier yg poyo~

161.142.24.:-)

nr75
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:06:41 tghari    [Edit]
kalau ada moshi mesti dia leh jawabkan...

--------------
Kasihnya SyaNor (",)

161.142.141.:-)

bungabiru
Pengendali
14. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:16:44 tghari    [Edit]
qb.

mama pun penah dengar memang satu tubuh tu. kengkawan. ape makna pulak nama cik roZINA? kalau tak silap dia ni residen kat AF

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Mrs_Red
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:27:26 tghari    [Edit]
pepe jer la asal bahagia!

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 23hb Jun 2005, 09:56:57 pagi

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

WADIJA
Ahli Setia
16. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:51:32 tghari    [Edit]
RAMAI YG MENGATAKAN NAMA 'WATIE' TU TAK ELOK.DISINI WADIJA BOLEH TERANGKAN DENGAN TERPERINCI.
memang kalau kita sebut watie maksudnya dalam bahasa arab 'BERZINA'.tapi nama org melayu 'tie' tu bunyinya 'tha..ya...dalam bahasa melayu tapi maksud berzina tu di eja wa..alif...tho...ya(wathi).ianya berbeza dari segi membunyikan ayat tu.EJAAN WATI DALAM BAHASA MELAYU TIDAK MEMBAWA APA APA MAKSUD.
TAPI RAMAI YG TELAH SALAH SANGKA DENGAN perkataan ini.sebutan dan bunyi ayat berbahasa arab tu amat berlainan.gerak lidah pun dah cukup membezakannya.
ini adalah pandangan seorg guru agama disekolah saya dulu.jangan pulak ada org yg menjawap sinis dengan jawapan saya.tak betul diperbetulkan...jgn dipersendakan...

--------------
kalau ingin membina rumah carilah batu dan kayu yg baik....

218.208.39.:-)

cik_baru
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:56:44 tghari    [Edit]
wadija
yer....td rasa cam dimalukan ja oleh opismate, yg kata tu pulak laki
sedih ar.............skrang dh dgar pendapat, rasa lega
sikit ati ni.....

mrs red
klu masa kecik2 cik yg dafftar nama sendrik, x pelah...nk marah2 pon

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

WADIJA
Ahli Setia
18. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:08:42 ptg    [Edit]
lainkali kalau u jumpa org yg cakap maksud nama u tak baik.first sekali u suruh dia eja nama kamu dalam bahasa jawi dan ejakan kat dia nama yg tidak baik tu pula padanya.disitu sudah nampak perbezaannya dari segi ejaan dan bunyi.
seseorg tu kena arif tentang sesuatu perkara sebelum dia buat agakan yg melulu.

--------------
kalau ingin membina rumah carilah batu dan kayu yg baik....

218.208.39.:-)

attyra
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:20:48 ptg    [Edit]
dulu ada ak mana classmate pompuan yg terang2 makna namanya x baik.. tp takder ler sampai kene tegur depan2 org lain.. hatta ustaz pon secara automatik akan panggil dia dgn nama yg lain... kawan2 sekelas pon faham... nak bagitau pon makna nama tuh x elok.. cakap ler dgn org tu aje.. x yah ler cakap depan org ramai... kita nih ada maruah gak..

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:23:09 ptg    [Edit]
MR setuju sangatttt la ngan apa yang wadija terangkan tu.. mekasih wadija..

so cik baru..lain kali kalau ada orang persendakan lagi 'wati' amik fakta yang wadija kasi..biar mamat tu clear skit..jangan main hentam ajer..

asal nama wati mean tak elok la bla bla bla.. sebab pengalaman MR pun sama cam cik baru nih..asik terkena perli la macam2 suh tukar nama...

so no heart feeling ye...

* Mesej ini telah disunting oleh Mrs_Red pada 16hb Jun 2005, 2:23:56 ptg

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

moshi
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:23:51 ptg    [Edit]

Salam.

WATI @ WATIE atau juga waT,
melahirkan sebutan lebih kurang sahaja, WATI lah tu !!!.

Harus macam-macam untuk diperkatakan.
Kerana kita berada dikelilingi oleh ISLAM MELAYU,
maka WATI perlu dilihat dari nilai ISLAM.

saya bawakan pendekatan ini, agar saya dapat faham dan yang mahu ambil pelajaran juga tumpang sikit-banyaknya.

Menyentuh persoalan panggilan 'WATI' @ watie.


Berbagai-bagai definasi telah diberikan oleh ulamak berdasarkan pada perbezaan mazhab yang diikuti; di antara mereka ada yang medefinasikan sebagai “pencabulan kemaluan perempuan yang diharamkan melalui wati yang diharamkan pada bukan milik dan bukan milik yang kesamaran.”

Al-Kasani mendefinasikan zina sebagai nama bagi wati yang diharamkan ke dalam kemaluan perempuan yang masih hidup, dengan kerelaanya, dilakukan dalam dar al-‘adil yang iltizam dengan hukum-hukum Islam dan yang sunyi daripada milik dan milik yang samar-samar dan daripada hak milik serta daripada nikah yang sebenarnya dan nikah yang samar-samar.

Manakala al-Syirazi pula mendefinasikan zina sebagai seorang lelaki daripada penduduk negara Islam yang melakukan wati ke atas perempuan yang diharamkan ke atasnya dengan tidak melalui akad atau akad yang kesamaran dan tidak milik atau milik yang kesamaran dan lelaki itu berakal lagi baligh dna tidak dipaksa serta mengetahui hukum zina.

Dengan pengertian-pengertian di atas bolehlah dikatakan bahawa zina ialah (1) Perbuatan wati yang diharamkan. (2) Dilakukan dengan sengaja. (3) Dilakukan oleh orang yang cukup syarat sebagai mukallaf. Dengan ini maka ketiga-tiga perkara yang tersebut di atas sebagai rukun-rukun bagi kesalahan zina yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak.


Wati yang diharamkan : Perbuatan wati yang dianggap sebagai zina ialah dengan memasukkan hasyafah dan menenggelamkannya ke dalam faraj atau jika kemaluan lelaki itu tidak ada hasyafah lagi maka memadai dengan memasukkan kira-kira sama dengan kadar hasyafah yang terpotong.

Wati itu boleh dikira sebagai zina sama ada keluar air mani atau tidak dan walaupun ada pengalas yang memisahkan di antara kemaluan lelaki dengan kemaluan perempuan seperti dengan memakai sarung kemaluan lelaki; asalkan pengalas itu tipis yang tidak menghalang seseorang dari merasai kelazatan.

Mengikut kaedah bahawa wati yang diharamkan yang dianggap zina itu ialah wati yang dilakukan pada perempuan yang bukan milik. Ada pun wati yang berlaku pada perempuan yang dimiliki maka ia tidak dianggap zina walaupun wati seperti itu hukumnya haram seperti seorang suami berwati dengan isterinya yang sedang haidh atau yang sedang berpuasa atau yang dalam ihram. Semua wati seperti itu adalah haram tetapi tidak boleh dianggap sebagai perbuatan zina bahkan dianggap sebagai perbuatan maksiat yang boleh dihukum dengan hukuman takzir.

Hukuman Liwat : Berliwat ialah melakukan wati ke dalam lubang yang di punggung (dubur). Menurut Imam Malik, Imam Al-Syafi’e dan Imam Ahmad serta Abu Yusuf dan Al-Syaibani bahawa berwati pada dubur sama ada pada lelaki atau perempuan adalah diharamkan sama seperti berwati ke dalam faraj atau berzina dan orang yang didapati bersalah kerana melakukannya boleh dikenakan hukuman hudud Allah s.w.t. tidak membezakan di antara zina dengan liwat Firman Allah :
Maksudnya : Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji (liwat)

Firman-Nya lagi :
Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan ke atas lelaki dengan syahwat selain daripada perempuan-perempuan yang dibenarkan.

Firman-Nya lagi :
Maksudnya : Dan mereka (perempuan-perempuan) yang melakukan kejahatan daripada perempuan-perempuan kamu.

Dalam ayat di atas Allah menyebutkan bahawa berwati pada dubur dan berwati ke dalam qubul juga Al-Asy’ari menerangkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud.
Jika seorang lelaki melakukan (wati) ke atas lelaki maka kedua-duanya adalah berzina dan jika perempuan sama perempuan melakukan (wati) maka kedua-duanya juga berzina.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat bahawa berwati pada lubang punggung (dubur) tidak dianggap sebagai perbuatan zina sama ada yang kena wati itu lelaki ataupun perempuan dengan alasan bahawa melakukan wati haram pada faraj dinamakan zina sedang berwati dubur, dinamakan liwat. Oleh itu nama yang berbeza itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa kedua-dua perbuatan itu mempuyai makna yang berbeza. Selain itu zina pula boleh melahirkan keturunan yang tidak jelas dan boleh menginayai anak-anak yang tidak berbapa dan itulah di antara sebab-sebab hukuman Islam disyari’atkan. Pada kebiasaannya dengan melalui cantuman benih antara lelaki dan perempuan boleh menghasilkan keturunan sedangkan dengan liwat pada kebiasaannya tidak sampai melahirkan keturunan.

Berwati dengan orang yang telah mati : Orang lelaki berwati dengan perempuan bukan isteri yang telah mati tidak dikira sebagai melakukan zina, begitulah juga orang perempuan yang memasukkan kemaluan lelaki yang telah mati ke dalam farajnya tidak dianggap berzina menurut Mazhab Abu Hanifah dan satu pendapat dalam Mazhab Syafi’e dan Hanbali.

Pesalah wati di atas boleh dikenakan hukuman ta’zir sahaja kerana berwati dengan orang yang telah mati seolah-olah tidak berwati disebabkan tubuh badan simati sudah tidak boleh digunakan lagi dan ia merupakan satu perbuatan yang tidak menaikan nafsu dan berahi bahkan mematikannya.

Pendapat yang kedua dalam Mazhab Syafi’e dan Hanbali mengatakan wati seperti itu dikiranya sebagai zina yang wajib dikenakan hukuman hudud, sekiranya berlaku bukan antara suami isteri, kerana selain daripada perbuatan sebagai wati yang diharamkan, perbuatan itu merupakan pencabulan kehormatan seorang mayat.

Imam Malik pula mengatakan bahawa seorang lelaki yang mencabul kehormatan perempuan bukan isteri yang telah mati adalah dianggap telah melakukan kesalahan zina dan boleh dihukum dengan had zina. Tetapi kalau ia melakukannya yang demikian ke atas isterinya sendiri yang telah mati maka tidak dihukum dengan hukuman had zina bahkan dikenakan hukuman takzir begitulah juga dengan seorang perempuan yang memasukkan zakar lelaki bukan suaminya yang telah mati.

Berwati dengan Haiwan : Mengikut kebanyakan ulamak jika manusia lelaki atau perempuan berwati dengan haiwan tidak dianggap sebagai berzina tetapi sebagai perbuatan ma’siat yang pelakunya boleh dihukum dengan takzir. Imam Syafi’e dan Ahmad mempunyai dua pendapat : yang pertama, seperti pendapat yang di atas, yang kedua menganggap perbuatan tersebut sebagai zina akan tetapi pesalah lelaki dihukum bunuh berdasarkan kepada Hadith Rasulullah yang bermaksud :
Barangsiapa yang bersetubuh dengan haiwan maka hendaklah kamu bunuh dia dan haiwan sekali.

Manakala pesalah-pesalah perempuan pula dihukum dengan takzir sahaja.
Pertemuan Jenis Sama Perempuan (Lesbianisme)
Persenyawaan antara perempuan dengan perempuan hingga mendatangkan berahi dan kelazaran nafsu dengan cara bergelisalan kemaluan dan sebagainya adalah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh syarak, sebagaimana firman Allah :
Maksudnya : Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Ayat di atas menjelaskan bahawa apabila perempuan itu membenarkan kemaluannya dicabul oleh orang lain dari suaminya sama ada lelaki atau perempuan maka bermakna dia tidak memelihara kemaluannya dan ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang bermusuh dengan Allah.

Juga menurut hadith Rasulullah :
Maksudnya : Tidak boleh melihat seorang lelaki kepada aurat lelaki, dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan dan tidak boleh masuk ke dalam pakaian yang satu antara sama-sama lelaki dan antara sama-sama perempuan.

Hadith di atas menunjukkan pengharaman persenyawaan sesama perempuan kerana boleh membawa kepada hilang daranya.

WA.

Rujukan:
www.geocities.com/kmbedu/zina.html



ps.
Mudah-mudahan ia menjelaskan yang samar, bukan sekadar makna WATI, bahkan yang bersangkutan dengan istilah wati, InsyaAllah. WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 16hb Jun 2005, 2:24:49 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:33:18 ptg    [Edit]
Hah..tuuu dia...

harap takde yg mempersendakan....

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.152.:-)

thinkerbell
Ahli Setia
23. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 4:01:02 ptg    [Edit]
belle pernah dgr..tapi yg belle dgr maknanya pelacur,,tah ler..kita tak arif bab2 nih..dan nama kita sendiri sampai hari nih tak tau apa maknanya..

--------------
sekali air sungai melimpah..sekali pasirnya pun berubah..itulah falsafah yg menjadi ikutan & bualan

161.142.14.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 4:04:53 ptg    [Edit]
Hish...dah ler tuh...makin lama makin banyak plak maknanya...
sian le kat dorang.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.152.:-)

yusmar
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 5:21:05 ptg    [Edit]
ye...la dah lah tu!. Kesian kat dorang termasuk saya. Dulu mmg dah nak tukar nama siap ambik borang sampailah nk pegi angkat sumpah. Tapi bila dgr ustazah ckp x jadi, sbb katanya sebutan dan ejaan maksudnya lain. Tapi dari kecik abah panggil yatie. Korang pun kalau nk bagi nama kat anak nanti biarlah sempurna maksudnya.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 6:51:24 ptg    [Edit]
yelah - kecian dia.
kekadang ada org tu, letak nama pepanjang, tapi panggilnya pendek2 jer.

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.220.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
27. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 8:09:54 mlm    [Edit]
wati dalam bahasa melayu bermaksud bunga yang cantik.. sebab itu ia byk digunakan dalam perkataan melayu untuk menunjukkan kebanggaan seperti seniwati, olahragawati, dsb.. wallahualam..

--------------
~;]usoP..

hijaupurnama
Ahli Setia
28. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 10:18:02 pagi    [Edit]
Pandangan peribadi saya - nama wati tak sepatutnya menjadi isu kerana ianya perkataan melayu yang mempunyai makna yang baik dari aspek bahasa melayu.
Kalau dieja dengan tulisan jawi sekalipun,kita gunakan huruf 'ta' maftuhah' bukan dengan huruf 'tha'. Sebutan pun bunyi huruf ta' yg nipis bukan tha' yg tebal. Jadi pada saya tak ada masalah dengan nama wati.

Wati' -perkataan bahasa Arab dengan makna persetubuhan dieja dengan dengan huruf 'tha' dan diakhiri dengan huruf 'hamzah'. Perlu diingat, perkataan bahasa Arab boleh berubah makna hanya dengan pertukaran huruf atau pertukaran baris.

Saya ambik contoh lain bagi perkataan bahasa Arab yang dimelayukan:

Kalbu (huruf kaf) : Hati (BM)
al-kalbu/kalbun : Anjing (BA)
qalbun (huruf qaf): Hati (BA)

Faraj (dieja dengan baris atas pada huruf ra'): Kemaluan wanita (BM) tapi dalam Bahasa Arab maknanya sangat elok -freedom from grief or sorrow, pleasure, joy, comfort. Jgn terkejut bila jumpa orang lelaki Arab bernama Abdel Salem Faraj atau Sameer Faraj.

Farj (dieja dengan baris mati pada huruf ra'): Kemaluan wanita (BA)

Wallahu a'lam.

161.139.100.:-)

krismann
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 03:44:51 pagi    [Edit]
Aku sedih benar dengan isu lapuk ini. Wati adalah perkataan Melayu yang mungkin berasal dari perkataan Pali atau Sanskrit -- sama seperti syurga, neraka, suka, duka, durjana, puteri, putera, suria, bayu dan lain-lain lagi.

Kalau tak salah aku, dulu ia bermaksud "pemberi" yang digunakan untuk imbuhan nama dewi-dewi. Sungai Irrawaddy berasal dari perkataan "erawati" iaitu "pemberi makan-minum." Cuba bertanya rakan-rakan India apa maksud Sarasvathy, Padmavathy, dsbnya. Lama-kelamaan ia diMelayukan dan membawa erti "puteri" jika nama khas atau perempuan jika nama am seperti seniwati dan angkasawati sama seperti imbuhan akhiran +ita.

Megawati bermaksud puteri atau perempuan di awan. Mega ialah perkataan Sanskrit untuk awan seperti yang kita gunakan mega mendung. Memberikan maksud lain yang tidak baik kepadanya adalah fitnah.

Jika anda mempunyai nama akhiran "wati," berbanggalah dengan nama itu kerana ibubapa anda masih menyanjung budaya Melayu, sama seperti mereka yang mempunyai nama-nama lama yang indah seperti Ayu, Melati dan Melor. Jangan sibuk-sibuk nak pergi tukar kerana nama anda bermaksud "puteri" atau "bunga yang cantik" seperti kata Pak Usop.

Mengapa kamu harus hiraukan "Prophets of Doom" yang menafsirkan sepatah perkataan Melayu seolah-olah ia perkataan Arab? Bagaimana anda tafsirkan nama Arena Wati? Atau nama tokoh Syria, Dr Abdallah Wati?

--------------
Falling into you...

210.186.103.:-)

kabusgunung
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 09:11:04 pagi    [Edit]
ya.... betul krisman...

aku pernah berjumpa org sri lanka bersama member aku nih... member aku nih memang di akhir namanya ada perkataan wati... org sri lanka nih cakap... kalau member aku nih pergi sana... dia seorang raja yang berdaulat... penuh kemuliaan dan kehebatan...

kalau di translate ke bahasa arab memang lain laaah maksudnya...

cuba lah pikir dalam bahasa jerman kerrr... turki kerrr... ukraine kerrr atau pun ortodok jawa latin sepanyol... aku percaya mesti ada perkataan 'wati'.... so... maksud perkataan wati bagi setiap bangsa adalah berlainan...

bagi org melayu... maksud wati adalah seperti yang krisman tulih tulaaaa...

202.185.196.:-)

cik_baru
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 09:43:58 pagi    [Edit]
Tima kasih...tima kasih pd yg beri pandangan
dan pendapat dan berkongsi infomasi dan pengetahuan.
Baru la..rasa konfiden sket...

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

zbear
Ahli Setia
32. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 2:25:06 ptg    [Edit]
1) kebanyakan orang kata nama tuh tak elok kerana
secara adatnya, orang melayu menamakan anak
daripada perkataan arab. Tak banyak yang
menggunakan perkataan melayu untuk menamakan
anak. Kat sini punca berlakunya konflik.

2) Masyarakat malaysia selalu tak kisahkan penyebutan
perkataan dengan betul. Eg: khairul, kairul, hairul, khairol,
kerol.. by default, semuanya membawa maksud yang sama
kpd masyarakat malaysia iaitu "lebih baik" atau "baik".
Kalau ikut tulisan arab yg betul, setiap makna pun dah lari.

So, kena teliti betul2, makna mana yang parent kita guna
masa menamakan anak.

Nama panggilan yang baik amat penting, kerana ia menjadi
doa. Dalam hati saya, saya tak berapa berkenan org yg
menggunakan nama glamour nih, pasal ia tak menjadi
doa yang bermanfaat kpd pemilik nama tuh. Nama original
jugak yang mampu meninggkatkan iman, krn ia menjadi doa.

192.228.129.:-)

missG
Ahli Setia
33. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 09:50:05 pagi    [Edit]
mmm tumpang bace tuk dptkn lebih pengetahuan...

--------------
I don't want to run away but I can't take it, I don't understand

210.187.84.:-)

kni_03
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 09:58:17 pagi    [Edit]
takper. pendapat kawan2 buatkan tuan rumah lebih yakin dengan nama yg dia ada.

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 10:01:28 pagi    [Edit]
bukan ke maksud die zina???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.191.:-)

Mrs_Red
Ahli Aktif
36. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 10:14:56 pagi    [Edit]
quote:
Jika anda mempunyai nama akhiran "wati," berbanggalah dengan nama itu kerana ibubapa anda masih menyanjung budaya Melayu,


yessssssss...

--------------
~ The strong must protect the sweet...d'oh!!!

202.188.127.:-)

cik_baru
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 10:37:25 pagi    [Edit]
Mrs Red

Yessssss.....Yes.................

Mmg saya x kan tukar nama....
Saya akan tetap pakai nama ni sampai bila2
Sbb sy membesar dan dikenali dgn nama ni....

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

salsham
Ahli Setia
38. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 4:45:53 ptg    [Edit]
serupa la kiter... nama aku pun ada wati kat belakang...SALMAWATI

--------------
diammmmmmm......Barisan depan!!!

211.25.50.:-)

moshi
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 5:19:21 ptg    [Edit]

Salam.

Mana-mana netters yang memberikan apa-apa pandangan BUKANLAH SURUH TUKAR ATAU TAK TUKAR nama,
ia diberikan kerana tuan rumah bertanya.
Tukar atau tidak BUKAN ADA ORANG NAK BUNUH.


Saya cuma, hendak baea satu kisah dikampong saya.

Seorang pemuda bernama bermaksud "MUMBANG" @ "MANDUL", (bukan nama gelaran tu) ia dalam bahasa daerah dikampong saya tu.
Sejak kecil sehingga kahwin, ibubapa dan seluruh penduduk kampong memanggil dengan NAMA GELARAN "MUMBANG", sedang beliau ada nama asal sendiri dan juga dalam ICnya.

pendekan cerita,
maka si'Mumbang" telah berkahwin...
sehingga lebih 30an tahun,
Alhamdulillah perkahwinannya SELAMA ITU TIDAK MENGHASILKAN ANAK
( MANDUL ) sehinggalah isterinya meninggal dunia, sampai sekarang tidaklah belia ada anak sendiri (masih hidup).

dipendekan maksud:
Panggilan atau sebutan kita terhadap anak-anak atau sesiapa juga ADALAH DO'A,
jika nama panggilan yang kita panggil (doa) ribuan kali atau jutaan kali.... harus itu menjadi makbul.
Jika ramai 'AHLULLAH' yang lisannya 'makbul disisi Allah' telah turut sama sering memanggil sipolan dengan nama yang kurang elok kepada anak-anak atau kita, harus itulah 'munasabahnya doa itu makbul' WA.

Nabi SAW pernah berpesan tentang berikanlah nama kepada anak-anak dengan nama yang baik, maksudnya bukan sahaja sebutan bahkan bermaksud baik juga.
BAHKAN DILARANG PULA, memberi nama 'GELARAN' BAGINDA SAW,
JIKA nama GELARAN BAGINDA SAW di tegah,
apatah lagi NAMA-NAMA 'ASMA UL HUSNA'. WA.



ps.

WATi, sebahagian kepercayaan HINDU KUNO,
adalah nama salah seorang DEWA SUCI, demikian pula penggilan terhadap 'ANGKOR WAT' memang ia berkaitan dengan kepercayaan 'WATi", ada kaitan dengan DEWA YANG TINGGI. WA.

Yang penting, saya tidak akan menamakan nama anak-anak saya sebagai DAJJAL, KARUN, Januari, Maya @ Mei dsb. InsyaAllah.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 11:31:09 mlm    [Edit]
quote:


Katakanlah: "Serulah Allowh atau serulah A(l)rrohmaan. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al_asmaaa_u-(a)l_husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam sholat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" < Al_isro' :110 >



Dialah Allowh, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Al_asmaaa_u-(a)l_husna (nama-nama yang terbaik). < Thohaa : 8 >



Dia-lah Allowh Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Al_asmaaa_u-(a)l_husna (Nama-Nama Yang Terbaik). Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. < Al_hasyr : 24 >
Melalui ayat-ayat di atas Allowh SWT .. antaranya .. dengan Maha Hikmah Nya mengajar kita untuk memilih, memiliki , menyebut dan memberi nama-nama yang terbaik.
quote:
Dari Abu Darda' RA, ujarnya: ''Rasulullah SAW bersabda, "Pada hari kiamat sungguh kamu kelak akan dipanggil dengan nama-nama kamu, dan nama ayah-ayah kamu. Karena itu, pakailah nama yang baik buat diri kamu"." < HR Abu Dawud >

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para Nabi; dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdu-(A)llaah dan Abdu-(Al)rrahmaan; dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam; dan nama yang paling buruk ialah Harb (Perang) dan Murrah (Pahit)." < HR. Abi Wahab Aljasyimi >

Antara hak seorang anak yang sepatutnya ditunaikan oleh ayahnya adalah untuk menamakannya dengan suatu nama yang terbaik. Namun seorang bayi tidak mampu untuk meminta suatu nama, menyetujui suatu nama atau menolak suatu nama! Demikian juga seorang ayah mungkin kurang arif untuk menamakan anaknya dengan suatu nama yang terbaik! Tidak perlulah seorang anak menyalahkan ayahnya kerana tidak mampu menamakannya dengan suatu nama yang terbaik. Demikian juga tidak perlulah seorang ayah merasa tersinggung sekiranya di suatu ketika sang anak ingin mengubah namanya kepada nama yang lebih baik kerana nama yang diberikan oleh sang ayah didapatinya kurang baik!
quote:
Diriwayatkan oleh Hani': Telah datang satu rombongan kepada Nabi Muhammad SAW; lalu Nabi Muhammad SAW mendengar mereka menyebut suatu nama: Abdu-(a)l_hajr (Hamba Batu). Maka berkata kepadanya: "Siapa Namu kamu?", lalu ia menjawab: Abdu-(a)l_hajr. Maka kemudian Rosulu-(A)llowh SAW berkata: "Sesungguhnya kamu adalah Abdu-(A)llaah."

Diriwayatkan oleh Said bin Almusayyab, dari ayahnya, dari datuknya, ia mengatakan: "Saya datang kepada Nabi Muhammad SAW; lalu beliau berkata: "Siapa Namamu?" Saya menjawab: "Hazin (Susah).", lalu RasululLah berkata: "Kamu Sahl (Mudah).". Ia berkata: "Saya tidak akan mengganti nama yang diberikan oleh ayah ku!". Berkata Sa' id bin Almusayyab: "Maka kesusahan itu selalu (menyertai) kita setelah itu."

Rosulu-(A)llowh SAW pernah mengganti nama seorang anak dari nama Ashiyah (wanita durhaka) kepada nama Jamilah (wanita cantik). Bahkan Rosulu-(A)llowh SAW juga telah mengganti nama salah seorang isteri Baginda, Ummu-(a)lmu'miniin Barrah binti Harits menjadi Maimunah binti Harits RHA.

Menukar nama bukan suatu yang terlalu sukar! Sekiranya tidak dapat ditukar di dalam rekod pendaftaran pun tidak mengapa! Kita maklumkan sahaja nama tersebut kepada saudara mara dan kawan-kawan mengenai nama kita yang baru! Dengan baik kita minta mereka memanggil diri kita dengan nama baru tersebut!

Arwah ibu bapa Potpetpotpet semasa kembali dari menunaikan Haji .. terus memberitahu kepada semua orang bahawa nama mereka telah diubah kepada nama yang lebih baik .. Thoyyib (baik) dan Rohmah (kasih sayang)! Seorang kawan sekembalinya dari luar negeri memaklumkan bahawa Tuan Guru beliau telah mengubah namanya dari Suzaimi kepada Muhammad Syamim! Seorang kenalan pula memberitahu bahawa namanya telah diubah oleh Tuan Guru beliau daripada Sudin kepada Syamsu-(al)ddiin! Seorang lain pula memperkenalkan namanya sebagai Abdu-(Al)rrahmaan yang diberi oleh seorang Maulana bagi menggantikan namanya yang asal iaitu Jamari!

Demikian juga .. ada satu kaedah lain yang juga lazim diamalkan di kalangan orang-orang Islam .. sepasang suami isteri yang mempunyai anak bernama Salim .. sang ayah boleh sahaja mengunakan nama panggilannya sebagai Abu Salim (Ayah Salim) .. manakala sang ibu pula boleh menggunakan nama Ummu Salim! Manakala seorang anak kepada seorang yang lelaki bernama Umar .. boleh sahaja menggunakan nama Ibnu Umar (Anak Lelaki Umar) untuk dirinya .. manakala jika beliau adalah seorang perempuan maka dia boleh menggunakan nama Binti Umar (Anak Perempuan Umar)!

Sebuah athar Sahabat yang elok diambil pengajaran darinya ..
quote:
Suatu ketika datang seorang lelaki menghadap Khalifah Umar bin Khathab RA mengadukan kedurhakaan anaknya. Kemudian Umar RA mendatangkan anak itu untuk menceritakan kedurhakaannya dan kelalaiannya terhadap hak-hak orang tuanya.

Anak itu memulai dengan suatu pertanyaan: "Wahai Amiru-(a)lmu'miniin! Bukankah anak juga mempunyai hak-hak yang harus dipenuhi oleh ayahnya?". Jawab Umar : "Tentu!". "Apakah itu ya Amiru-(a)lmu'miniin?". Tanya anak itu selanjutnya. Umar RA menjawab "Memilihkan untuknya ibu yang sholihah, memberinya nama yang baik, dan mengajarinya Alqur_an!". Lalu anak itu berkata: "Wahai Amiru-(a)lmu'miniin! sesungguhnya ayah ku belum pernah melakukan salah satu pun di antara semua itu. Ada pun ibu ku adalah orang yang tidak mengenal Islam, aku diberinya nama Ju'al (Kumbang Kelapa), dan belum pernah diajarinya aku satu huruf pun dari Alqur_an ." Umar RA lantas menoleh kepada lelaki itu dan berkata: "Engkau telah datang kepada ku untuk mengadukan bahwa anak mu telah berbuat durhaka kepada mu! Pada hal sesungguhnya engkau telah mendurhakainya sebelum ia mendurhakai mu!"

Sayangnya kita sendiri sering meninggalkan sebutan nama yang baik dengan memanggilnya secara singkatan .. Muhammad kita panggil Mad .. Arsyad kita panggil Chat .. Abdu-(A)l_haliim kita panggil Lim .. Abdu-(A)llaah kita panggil Dolah .. Fathimah kita panggil Timah .. Sholehah kita panggil Leha .. Ruqaiyah kita panggil Kiah! Lebih malang lagi kita sendiri meletakkan tambahan yang kadang kala buruk kepada nama panggilan berkenaan .. contohnya adalah nama-nama panggilan seperti Mad Cabai (suka makan cabai) .. Man Berok (bela berok) .. Dolah Puyu (suka makan ikan Puyu) .. Yub Pendek (orangnya rendah) .. Minah Janda (janda) .. Tipah Tempoyak (jual tempoyak) .. Siah Kilang (kerja kilag)! Selalunya nama-nama tersebut bukan disebut di hadapan orang berkenaan .. sebaliknya disebut di belakang .. di hadapan mereka apa yang disebut hanyalah pangkalnya sahaja seperti Mad, Man, Dolah, Yub, Tipah dll.

Walhasil .. timbanglah isu nama ini dengan cermat .. semoga kita semua beroleh kebaikan dunia dan akhirat! Jika ada kesempatan rujuklah dengan Ustaz/Tuan Guru .. ambil keberkatan dari ilmu mereka dan sangka baik kita terhadap mereka sebagai orang yang berilmu!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 22hb Jun 2005, 10:16:27 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.212.:-)

krismann
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 00:29:21 pagi    [Edit]
Memang benar isu menamakan anak-anak adalah sesuatu yang pperlu dititikberatkan oleh semua bakal ibubapa. Apabila telah didaftarkan secara rasmi, proses menukarkan nama bukanlah suatu hal yang mudah seperti di zaman dahulu. Dalam kebanyakan hal nama lama masih dikekalkan dan nama baru ditambah hanya sebagai alias (@). Kalau dulu Nabi, Syeikh atau Guru hanya perlu mengatakan "tukar" dan anda berubah menjadi insan bernama baru serta-merta kerana Jabatan Pendaftaran belum wujud.

Kita orang Melayu, bukan Arab dan kita tidak mahu diArabkan walaupun kita orang Islam. Amalan mencampurkan nama dari budaya berbeza sudah lama wujud di semua kelompok-kelompok Islam bukan Arab selagi maksud asal menurut vernakular tempatannya baik. Nabi menyuruh umatnya memberikan nama yang baik-baik tetapi tidak pula menyatakan ia mesti di dalam bahasa Arab.

Orang-orang Islam di Asia Barat masih ramai yang menggunakan nama-nama indah Farsi secara tunggal atau dikombinasi dengan nama Arab. Begitu juga di sub-benua Indo-Pak, nama-nama Urdu, Tamil, Punjabi dsbnya masih digunakan tanpa menjejaskan pegangan agama mereka. Seorang guru agama yang aku hormati diberi nama Wahid Bakhsh -- lihat, tiada imbuhan awalan seperti Abd ul-, Fadzl ul- dsbnya. Ramai yang akan membantah padahal "Bakhsh" adalah perkataan Farsi yang bermaksud "Pemberian," dan Wahid Bakhsh bermaksud "Anugerah Tuhan yang Satu."

Jadi, bagi aku, nama "Wati" adalah nama Melayu yang patut dibanggakan dan bukanlah sesuatu yang memalukan. Salmawati adalah Puteri Salmah. Dan jika benar nama itu suatu doa maka anak saudara aku Fatimah Wati adalah seorang Puteri umpama Fatimah -- penuh tata-tertib, halus budi-bicara, terpelihara auratnya dan lengkap amal ibadahnya.

Jika "Wati" itu sebahagian dari kepercayaan Hindu, kenapa perkataan itu ditafsir mengikut vernakular Arab? Tidak dinafikan perkataan "Wati" mempunyai asal-usul dari budaya Hindu/Buddha kerana bahasa utama ketika zaman kegemilangan kepercayaan itu adalah Sanskrit. Tetapi mengapa kita tidak boleh terima bahawa ia telah diMelayukan dari segi sebutan dan maknanya? Bagaimana dengan Syurga dan Neraka -- tidakkah kedua-dua perkataan ini berasal dari perkataan Sanskrit "Swarga" dan "Naraka" yang melambangkan konsep pembalasan baik dan jahat di dalam ajaran Hindu dan Buddha?

Persoalannya: Adakah Tuhan (yang kita yakini sebagai Maha Mengetahui) tidak tahu yang nama "Wati" yang digunakan oleh para Muslimah itu adalah sebuah perkataan Melayu dan bukannya perkataan Arab? Adakah amalan baik kita menjadi sia-sia kerana kita memanggil Jannah dengan nama "syurga"?

--------------
Falling into you...

210.186.103.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 08:25:00 pagi    [Edit]
dah setel la kot kes ni...

tapi tu lah...kalau nama baik tapi perangai cam setan
rugi gak...nama baik...tp kasik kat owang jahat...hihi.

cik baru takyah sedih²...nama tu ok jer...guna le
sampai bebiler. janji hati mau baik.

contoh cam Ugly...nama je ugly...
tapi baik, lemah lembot dan lemah gemalai.
hikhik

* Mesej ini telah disunting oleh langsuir80 pada 23hb Jun 2005, 08:28:23 pagi

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.237.:-)

sufiku
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 08:33:02 pagi    [Edit]
quote:
rozina tak silap mean..penzina.. erk!



zaani @ zaaniah maksudnya penzina
lelaki dan penzina perempuan. Kalau rozina, aku kurang
pasti. Tapi kalau Zaina maksudnya perhiasan.

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.255.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 08:44:24 pagi    [Edit]
Ini ada artikel pasal nama. Panjang skit tapi sebagai pengetahuan utk semua.

quote:
Pengaruh firaun dalam penamaan anak

`JIKA betul ada firaun yang baik, ada yang menjadi penganut agama tauhid, ada yang menjadi nabi dan ada yang ahli keluarganya menjadi orang Mukmin, cubalah anda namakan anak anda sebagai firaun,'' kata seorang penyokong pembangkang kepada seorang penyokong kerajaan dalam perbincangan e-mel di sebuah e-group yang turut dilampirkan kepada penulis.

Pandai juga nampaknya penyokong pembangkang itu berhujah dan mungkin ada orang yang termakan hujahnya kerana jarang ada di kalangan orang Islam negara ini yang mengetahui bahawa memang wujud orang Islam tertentu menamakan diri atau anak mereka sebagai firaun.

Penamaan nama anak dengan nama raja bangsa Mesir kuno itu ada kala merupakan nama am seperti firaun dan ada kala merupakan nama khasnya seperti Ahmos, Ramses dan lain-lain.

Ada juga yang menamakan anak mereka dengan nama khas ahli keluarga firaun dan orang ternama yang hidup pada zaman firaun.

Bagaimanapun, penamaan ini bukan saja berlaku di kalangan orang Mesir yang terkenal sangat membanggakan tamadun firaun itu, tetapi berlaku juga di kalangan orang Arab di negara-negara Arab lain.

Malah orang Islam di Malaysia pun begitu juga. Cuma mereka tidak sedar dan tidak mengetahui bahawa mereka menggunakan nama yang mempunyai asal-usul firaun.

Sebenarnya jika penyokong pembangkang itu merupakan orang yang sentiasa mengikut perkembangan tanah air, dia tidak akan mencabar penyokong kerajaan supaya menamakan anaknya dengan nama firaun.

Ini kerana dalam salah satu temasya sukan tanah air baru-baru ini iaitu Kejuaraan Bot Laju Formula 1 Dunia 2001 yang diadakan di Tanjung Puteri, Johor Bahru muncul nama seorang rakyat Arab Saudi bernama Pharaon yang diisytiharkan sebagai juara. Semua media melaporkan kemenangan Pharaon itu termasuk Utusan Malaysia.

Pharaon yang dibaca Far'aun itu adalah sama dengan kita yang menyebutnya firaun. Ia disebut Pharaoh dalam bahasa Inggeris.

Nama penuh juara dari Arab Saudi itu ialah Laith Pharaon. Ini bermaksud nama juara Arab Saudi ialah Laith dan Pharaon itu ialah nama bapanya.

Semua media menonjolkan nama Pharaon dan bukan nama Laith kerana terpengaruh dengan penamaan dan panggilan nama mengikut cara Barat.

Jika tidak silap penulis, Pharaon adalah seorang jutawan Arab Saudi berasal dari Mesir yang terkenal di negara-negara Arab.

Pharaon (si bapa) nampaknya gemar menamakan anak-anaknya seperti orang Arab zaman silam yang gemar menamakan anak mereka dengan nama yang menunjukkan kehebatan, keberanian, tegas dan keras.

Ini kerana Laith itu bererti singa. Jadi Laith Pharaon bererti Singa Firaun (Singa Anak Firaun).

Selain ada orang Islam yang menjadikan nama am raja berbangsa Mesir kuno sebagai nama orang seperti dalam contoh di atas, terdapat juga orang yang menggunakan nama khas Firaun sebagai nama mereka seperti Ahmos, Mena, Tutmosis, Rames, Osoris, Isis, Nefertiti dan lain-lain.

Penamaan dengan nama-nama yang berasal firaun atau berasal bangsa Mesir kuno ini berlaku secara khas di Mesir sama ada di kalangan penduduk yang beragama Islam mahupun di kalangan penduduk yang beragama Kristian.

Sebagai contoh seorang doktor Mesir terkenal mempunyai nama Ahmos al-Hamamisi.

Kadangkala kita tidak dapat membezakan antara orang Mesir yang beragama Islam dan yang beragama Kristian jika melihat pada nama mereka kerana ada yang menggunakan nama serupa.

Nama Abdullah yang dipandang sebagai nama orang Islam pada kaca mata orang Islam di Malaysia umpamanya digunakan juga oleh orang Kristian di Mesir.

Dengan itu jangan anda terkejut jika bersua dengan orang Mesir bernama Abdullah, tetapi dia memakai salib.

Nama beberapa orang nabi seperti Adam, Musa, Ibrahim, Yaakub, Ishak, Ismail, Yusuf, Noh, Idris, dan lain-lain tidak usahlah hairan langsung kerana semua penganut agama langit menggunakannya.

Kesemua nama nabi itu dapat diketahui apakah ia Kristian atau Yahudi jika ditulis dalam bahasa Inggeris kecuali nama Nabi Adam yang serupa dalam semua bahasa.

Musa, Ibrahim, Yaakub, Ishak dan Ismail umpamanya dikenali di kalangan orang Kristian sebagai Moses, Abraham, Jacob, Isaac dan Ishmail.

Semua nabi ini pula dikenali di kalangan orang Yahudi sebagai Moshe, Avraham, Ya'akov, Yitzhak dan Yishmael.

Bagaimanapun, tahukah anda bahawa nama Musa yang terkenal di kalangan orang Islam sebagai nama Islam atau Moses yang terkenal di kalangan orang Kristian sebagai nama Kristian atau Moshe yang terkenal di kalangan orang Yahudi sebagai nama Yahudi itu sebenarnya berasal daripada firaun.

Ini kerana orang yang memberi nama Musa kepada anak yang dijumpai terapung-apung dalam raga di dalam Sungai Nil itu adalah anak perempuan firaun.

Musa itu sendiri bermaksud `anak' (son) menurut sesetengah penyelidik atau `tinggal' menurut sesetengah penyelidik yang lain.

Dikaitkan penamaan Musa dengan anak kerana dia merupakan anak yang dijumpai dalam Sungai Nil atau merupakan anak yang terlepas daripada pembunuhan yang dilakukan oleh tentera firaun.

Dikaitkan penamaan Musa dengan perbuatan meninggal pula kerana dia yang membawa Bani Israel meninggalkan Mesir selepas menang dalam perlawanan sihir dengan tukang-tukang sihir firaun Ramses II.

Nama Musa inilah yang penulis sebut merupakan nama yang digunakan oleh orang Islam di Malaysia tanpa menyedari bahawa ia berasal daripada tamadun firaun.

Perlu diterangkan di sini bahawa Nabi Musa a.s. juga hampir menjadi firaun iaitu raja kerana dia yang dibesarkan dalam istana Firaun Seti I itu dianggap sebagai putera oleh Firaun Seti I dan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, setelah dewasa dan dia mengetahui bahawa dia merupakan anak sebuah keluarga Bani Israel, dia menolak untuk menjadi firaun. Penglibatannya dalam perjuangan menolong anak bangsa yang menjadi hamba itu menyebabkan jawatan firaun terlepas daripada dirinya.

Bukan nama Musa saja digunakan oleh orang Islam di Malaysia untuk menamakan anak mereka, tetapi terdapat juga nama-nama lain seperti Asiah dan Masyitah.

Asiah ialah nama isteri salah seorang firaun yang disebut dalam al-Quran sebagai orang beriman.

Mengenai perkara ini Allah berfirman dalam surah at-Tahrim ayat 11: ``Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang mukmin (berhubung rapat dengan orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya) iaitu perihal isteri firaun, ketika ia berkata: ``Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah daku daripada firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku daripada kaum yang zalim.''

Rasulullah s.a.w bersabda: `Sebaik-baik wanita ahli syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah bin Muhammad, Asiah binti Mazahim (isteri firaun) dan Maryam binti `Imran.'' - (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Masyitah pula ialah isteri bendahari firaun atau tukang dandan anak gadis firaun. Dia dikatakan mendahului Asiah menjadi orang beriman. Kerana Asiah menjadi orang beriman selepas melihat ketabahan Masyitah berpegang kepada agama tauhid walaupun diseksa oleh suaminya (Asiah) sehingga meninggal dunia.

Itulah beberapa contoh nama firaun atau nama berasal firaun yang dijadikan nama orang Islam termasuk orang Islam di Malaysia


--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.237.:-)

zbear
Ahli Setia
45. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 09:05:06 pagi    [Edit]
1) Nama yang baik, dan mempunyai makna yang baik
dalam bahasa arab adalah penting. Sebabnya,
di padang mahsyar kelak, Allah akan memanggil
hambanya dengan menyebut nama hambanya di
hadapan semua orang. Bahasa di akhirat ialah bahasa
Arab.

Kita taknak laa, bila kat akhirat, allah sebut nama kita
yg membawa makna yg mengarut2 (dlm bahasa arab),
padahal dlm bahasa lain, ia membawa makna yg elok.
Sebab semua orang masa tu (di akhirat) cuma paham bahasa arab,
bukan bahasa lain. So, makhluk allah akan terjemahkan
kefahaman mereka ikut bahasa arab laa... so, diorang ingat,
si pulan bin si pulan tuh guna nama mengarut. Errr... nih cuma
pandangan saya semata-mata. Saya tak tau pandangan nih
betul atau salah. Sila lah komen.


2) Berkenaan nama pemenang bot F1 tuh, pharaon, tak boleh
dijadikan hujah yg kukuh. Kalau org arab guna, tak semestinya
dalam islam ia boleh digunakan. Sebabnya, MUNGKIN
bapa mereka sendiri jahil dalam menamakan anak. Begitu juga
dengan ratusan org arab lain yg menggunakan nama2 mcm rameses
ker, dll. Unless, kalau dia tuh sendiri anak ulama atau tokoh ugama,
saya boleh terima hujah tuh. Tapi, kalau ntah anak arab mana mana
ntah, kot kot anak penzina.. My point is, ia tak boleh dijadikan alasan
hanya semata2 org arab sendiri menggunakannya (nama yg tak bagus).
Kena ada fatwa atau pandangan dari ulama.

192.228.129.:-)

Nikmaya
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 10:30:56 pagi    [Edit]
quote:
saya tidak akan menamakan anak saya Maya


Apa masalah dengan nama Maya itu pula yea Encik Moshi?

Itu sebenarnya singkatan daripada nama Sumaiyyah.

* Mesej ini telah disunting oleh Nikmaya pada 23hb Jun 2005, 10:32:35 pagi

--------------
Sekali Jatuh Tidak Bererti Jatuh Selama-lamanya!

219.93.56.:-)

shahir
Ahli Aktif
47. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 12:12:09 tghari    [Edit]
Maya plak camner? Tak elok ke maksudnya?

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.86.:-)

moshi
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 4:36:47 ptg    [Edit]

Salam.


Netters yang dihurmnati.

Jawab takut susah hati,
tak jawab saya rasa salah.

Namun ianya saya maksudkan, JIKA SAYA,
bukan saya menyusahkan orang dalam PM diatas.



MAYA adalah bermaksud Nama Tuhan Maya,
yang berasal dari MEI (MAY), hasil keturunan TUHAN JANUS ( JANUARY ).

KERANA ITU,
Mereka MERAIKAN 1 HB JANUARI SEBAGAI HARI MENYAMBUT KELAHIRAN TUHAN JANUS, dan seluruh dunia meraikannya berselindung dengan nama SAMBUTAN TAHUN BARU MASEHI.
Sedangkan ISA AL MASEH disambut ulangtahunnya pada 25 Disember.

demikian juga,
mereka berlindung disebalik HARI BURUH ANTARBANGSA kerana mempunyai pengaruh 'alamin' dan pengaruh Penjajah yahudi dan Nasara seluruh duniua,
MAKA 1 MEI sebagai hari buruh antarabangsa, sebenarnya adalah untuk mengenang TUHAN MAYA YANG KUAT (BEKERJA).

WA.



Nota:

ISLAM AS SUNNAH MUDAH,
ikut sahaja yang Rasulullah SAW ajarkan kepada Para Sahabat RA,
itulah jalan 'SALAM' ( Selamat ),
sebaliknya yang mengatakan Islam itu susah,
adalah ahli Bid'ah yang mahu 'memasukan budaya atau amalan'
kemusyrikan atau Yahudi-Nasara dan sekuler dalam kehidupan masyarakat Islam, MEMANGLAH SUSAH, KERANA JAHANNAM ITU TETAP TEMPAT YANG PENUH KESUSAHAN YANG MENDERITA.
Lalu, memang susah bagi yang MAHU JADI ISLAM MUKMIN TETAPI DISAMPING ITU ADA PEMUJAAN TERHADAP 'ANTI SUNNAH' KELIHATAN MENARIK HATI DAN JUGA DICINTAI.

Siapa hendak ikut budaya Yahudi Nasara, harus ikut,
tiada siapa nak ugut dengan senjata atau dibunuh.
Yang hendak kekal BERAKHLAK MUKMIN, ALHAMDULILLAH.
WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 23hb Jun 2005, 4:42:23 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.82.:-)

krismann
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 02:04:09 pagi    [Edit]
Janganlah susah hati, Nikmaya.

Adalah satu kebiasaan di dalam budaya orang Melayu untuk memberikan nama manja atau nama timangan dengan meringkaskan nama seseorang kepada satu atau dua suku kata. Abdullah menjadi Dolah menjadi Lah. Latiffah menjadi Tipah menjadi Pah. Ia adalah panggilan kasual, tidak rasmi. Itu adalah ciri yang menjadikan kita Melayu.

Jika Maya adalah ringkasan dari Sumaiyyah, alangkah indahnya nama kamu itu. Ketika lahir, sekolah, kerja, nikah hingga akhirnya ditalqinkan pun kamu adalah Sumaiyyah. Hanya ketika bersenda-gurau, berkawan, bermanja kamu adalah Maya.

Jika nama asal kamu pun Maya, apa salahnya? Bergantung kepada dari mana asal usul nama itu di dapati, ia tidak membawa maksud tidak baik. Maya dalam bahasa Melayu ialah sebenar, mutlak atau virtual. Mungkin ia dari sebuah nama Arab lama iaitu Mayy (disebut Mai) yang bermaksud kijang padang pasir. Untuk apa nama itu disandarkan kepada mitos Greek dan Romawi yang sudah tidak wujud lagi penganutnya?

Memang benar bulan Mei itu dinamakan sempena dewi Maia, yang mengikut kepercayaan kuno orang Greek, adalah anak perempuan sulong dewa Atlas dan dewi Pleione. Dalam mitos orang-orang Romawi, dia dikenali sebagai Maia Maiestas yang 'bertugas' sebagai dewi pertumbuhan. Demikian juga Januari yang dinamakan sempena dewa Janus, yang 'bertugas' sebagai dewa pintu, pembukaan atau permulaan. Mereka yang memulakan kalendar itu, jadi dinamakan mengikut pilihan mereka. Tidak bermakna kita mengiktiraf dewa-dewi itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
p.s. Bagi orang-orang Islam, tidak ada Tuhan yang bernama Maya atau pun Janus. Tuhan (dengan 'T' huruf besar) hanya satu yang dipanggil Allah dan dikenali dengan 99 nama-namaNya yang indah. Rujukan kepada selain daripadaNya hanya layak dipanggil tuhan-tuhan kecilan (mempunyai bentuk jamak/gandaan dan dieja dengan 't' huruf kecil) seperti dewata, dewa dan dewi sahaja.

Similarly in English, God is reserved only for the Almighty; the rest are only referred to as god/gods, goddess/goddesses, deity/deities, etc. Aku harap forumers yang masuk selepas posting ini dapat menggunakan etika penulisan yang telah lama wujud ini untuk membincangkan topik-topik sebegini.

--------------
Falling into you...

210.186.103.:-)

kabusgunung
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 10:36:38 pagi    [Edit]
quote:
Sayangnya kita sendiri sering meninggalkan sebutan nama yang baik dengan memanggilnya secara singkatan .. Muhammad kita panggil Mad .. Arsyad kita panggil Chat .. Abdu-(A)l_haliim kita panggil Lim .. Abdu-(A)llaah kita panggil Dolah .. Fathimah kita panggil Timah .. Sholehah kita panggil Leha .. Ruqaiyah kita panggil Kiah! Lebih malang lagi kita sendiri meletakkan tambahan yang kadang kala buruk kepada nama panggilan berkenaan .. contohnya adalah nama-nama panggilan seperti Mad Cabai (suka makan cabai) .. Man Berok (bela berok) .. Dolah Puyu (suka makan ikan Puyu) .. Yub Pendek (orangnya rendah) .. Minah Janda (janda) .. Tipah Tempoyak (jual tempoyak) .. Siah Kilang (kerja kilag)! Selalunya nama-nama tersebut bukan disebut di hadapan orang berkenaan .. sebaliknya disebut di belakang .. di hadapan mereka apa yang disebut hanyalah pangkalnya sahaja seperti Mad, Man, Dolah, Yub, Tipah dll.


yupppppp... kerana sayang lah kita memanggil mereka Mad..Chat...Lim...Dolah...Timah...Leha...Kiah.... kerana itu adalah nama manja mereka..

202.185.196.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005