Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 29hb Dzulhijjah 1435 @ 24hb Oktober 2014, 00:29:29 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Fresh Tempe : Macamana nak buat?
NoorMasri
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 05:57:55 pagi    [Edit]


Kak Noor ni suka makan tempe samada goreng ker, buat sambal tumis ke..sayur lodeh ke, gado-gado ke..pendek kata sgt suka makan tempe..tapi kat sini payah skit nak dapatkan tempe..ada jual tempe dari Holland mahal sunggoh.

Kalau ada di antara kawan2 kat sini yg tahu cara2 buat tempe, postkan resepi nya kat sini yer..setahu akak tempe ni dibuat dr kacang soya yg telah direbus pastu diperam dgn yis ke ragi ke apa ek..part ni yg tak tahu..dulu masa kat M'sia tak nak tanya makcik yg jual tempe kat pasar malam cara2 nak buat tempe..dtg sini baru nyosal...

Tempe oh tempe...

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 20hb Disember 2004, 06:14:48 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 07:25:04 pagi    [Edit]
oo kak noor... lin juga rindu nak makan tempe...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maizana
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 07:29:57 pagi    [Edit]
Kesiannya Noor dengan Lyn... sabar ehhh.. belajar buat tempe.. nanti makanlah banyak2.

Tapi kalau ada resepi sambal tempe yang kering campur ikan bilis dan kacang tanah goreng tu sedap jugak kan.... siapa tau buat?

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

60.48.80.:-)

zurina77
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 10:03:38 pagi    [Edit]
quote:
Tapi kalau ada resepi sambal tempe yang kering campur ikan bilis dan kacang tanah goreng tu sedap jugak kan....


Selalunya org johor mmg suka tempe ni..
Saya tak pandai makan..

Tapi masa kat itm dulu, ada sorang roommate ni org johor. Tiap2 kali balik kg dia akan bawa balik sambal tempe kering campur ikan bilis dan kacang tanah goreng. Saya yg tak pandai makan tempe pun suka.. Kalau ada resepi boleh gak try buat sendiri..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

cha
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 3:53:56 ptg    [Edit]
sorry eh kak nor, cha pun tak tau camna nak wat tempe... tapi memang
suka makan tempe jer... pepetang cam nih if dapat tempe goreng berempah cecah ngan sambal kicap... minum lak ngan kopi kaww... fuh sedap nyer...

yang cha tau, nak wat tempe ni ada pantang larangnyer... if tak ikut sure tempe tu tak menjadi... antaranya.. kena betul2 bersih... serba serbi kena bersih.. if tengah period pun tak leh buat tempe.. nanti tempe nyer tak elok..

* Mesej ini telah disunting oleh cha pada 20hb Disember 2004, 3:56:28 ptg

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

Rimbunan3887
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 4:02:40 ptg    [Edit]
kak NOor..
ingat balik ni nak pi beli tempe la..
tapi suami rimbun tak suka.dia nak rimbun masak tapi tak best la sebab suami pun nak juga makan kan..
terpaksa lah rimbun pk lauk lain..
kempunan juga nak makan tempe ni..
sedapnya
emm
ingat nak masak jugalah suatu hari nanti,
tempe + ikan bilis + petai sedapnyerr..

--------------
Pengedar tetap Produk Perubatan Elektronik 019-9950070

219.95.101.:-)

itsme
Ahli Baru
7. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 8:12:45 mlm    [Edit]
Salamm.. amboiii kak noor.. nak buat tempe ke?
ermm.. camne nak bgth ekk..

kacang soya kena rebus.. dalam 4 jam.. toskan dan jemur...
bila dah sejuk,ilang panas,gaul ngan ragi.ragi tempe ni sebenarnya tempe yang dipotong halus2 dan dijemur hingga kering.. pastu blend. lepas gaul ngan ragi, kena bungkus... dah bungkus tempe tuh nanti,kak noor kena plak susun tempe tuh kat atas kain... buat 2 3 lapis pon takpe.. pastu tutup ngan kain tebal.. nak bagi panas.. biar yis membiak.... ragi tuh jemur sampai bebetui kering.. sbb takut tempe tuh itam kangg..

gitu ler lebih kurangggg.......

--------------
~ aKu TeTaP AKu ~

219.93.240.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 10:56:35 mlm    [Edit]
itsme , syoknya ada gak org tahu buat tempe dlm MDC ni..cuma nak tanya skit, ragi tempeh tu sama tak dgn ragi buat tapai ? kalau ragi wat tapai akak ada kat umah ni bawak dr M'sia.

Dulu masa kat M'sia pernah gak kawan akak bagitahu mak mertuanya buat tempe utk jual dia guna tempe yg sedia ada tu sbg ragi..akak nak cuba buat skit dulu..guna tempe yg sedia ada tapi dah frozen agak2 boleh tak ek ianya bertindak sbg ragi..mekasih itsme bagi penerangan cara buat tempe tuh (penerangan u sama macam dlm web di bwh ni)..

Akak ada jumpa info pasal ni dlm website tempe..cara2 buat nya..step by step..

http://www.tempeh.info/maketempeh/how-to-make-tempeh.html

http://www.soya.be/how-to-make-tempeh.php



How to make tempeh?

Step 1: Ingredients

You need about 500g whole soya beans to make 1 kg of tempeh.

Step 2: Soaking and dehulling soya beans

Whole soybeans can be dehulled by soaking the beans for 8 - 14 hours in water and then removing the hulls by hand. In doing so, the beans are split into two halves and the seed coats are discarded.

Step 3: Cooking the dehulled beans

The dehulled beans are cooked for 15-20 min. Drain and remove the cooked beans onto towels to drain off the excess water and to cool the beans, which are now swollen and soft. It's important that the beans become very dry. Otherwise undesirable bacteria can grow which will create off-flavours.

Step 4: Inoculating the dehulled beans

Put the cool and dry beans in a clean container and sprinkle them with 1 teaspoon of tempeh starter (can be ordered at tempeh.com) and mix thoroughly. The exact amount of starter required is given on the package of tempeh starter.

Step 5: Incubating the beans

Take 2 plastic bags 18 x 28 cm and perforate them with holes at a distance of about 1 cm by a thick but sharp needle.

Divide the soya beans in the two bags and seal them. Press them flat, making sure that the total thickness of the beans is about 3 cm.
Place the packed beans in an incubator at 30C or at a warm place for about 24- 48 hours or until the container is filled completely with white mycelium and the entire contents can be lifted out as a whole piece. A simple incubator can be made with putting a light bulb in an old fridge. Depending on the room temperature bulbs with different wattage (15W, 25W, ..) can be used, but remember that the tempeh will also produce some heat on its own.

soya yg baru diperam soya yg lepas diperam dah jadi tempe

Boleh beli ragi atau tempeh starter dlm website tu tapi jauh benorr..pakai shipping lagi..kehkehkehkeh.

Esok nak gi beli kacang soya..nak try wat tempe nak guna keadah ni ragi tempe ni sebenarnya tempe yang dipotong halus2 dan dijemur hingga kering.. pastu blend sbg tempeh starter tapi camana nak jemur kasi kering sekarang musim sejuk..keringkan dlm oven boleh tak ek..agak2 mati tak yis tu nanti

Kalau berjaya ni boleh jadi saudagar tempe lak kat sini...hihihi jom lah Lynn sama2 kita buat eksperimen..proses tempe kat dapur masing2...


cha , pantang larang wat tempe tu sama macam wat tapai gak kan..yg penting kebersihannya..

quote:
Tapi kalau ada resepi sambal tempe yang kering campur ikan bilis dan kacang tanah goreng tu sedap jugak kan....

biasa gak masak cam ni, nanti Noor postkan resepi nya.

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 20hb Disember 2004, 11:10:57 mlm

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

itsme
Ahli Baru
9. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 6:28:44 ptg    [Edit]
cayyalah kak noor... ragi tempe tuh mmg pakai tempe yang dah sedia ada, hiris halus2 dan jemur... kalo pakai oven tak tau la menjadik ke idak....
kak noor try then bgth ..
pape pon slamat mencuba.. kalo dah jadik,kita pakat buh resepi tempe plak kat sini.....

--------------
~ aKu TeTaP AKu ~

219.93.240.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 6:49:01 ptg    [Edit]
itsme , jap lagi nak keluar gi kedai cari kacang soya...nanti kalau berjaya akak bgth eh..

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 21hb Disember 2004, 6:49:33 ptg

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 02:53:14 pagi    [Edit]
SAMBAL GORENG IKAN BILIS DGN TEMPE & KACANG

Bahan-bahan:

150 g ikan bilis } digoreng garing
80 g kacang tanah } digoreng garing
200 g (1 keping) tempe } dipotong nipis dan goreng garing
6 ulas bawang merah } ditumbuk
7 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula atau secukup rasa
garam jika perlu
1 keping asam keping
minyak

Cara membuat:

Panaskan minyak secukupnya goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat. Goreng pula tempe hingga garing kemudian angkat diikuti dgn kacang tanah digoreng sehingga garing.
Keluarkan lebihan minyak tinggalkan lebih kurang cawan , tumis cili kisar dan bawang merah hingga garing dan naik minyak.
Masukkan asam keping dan gula.
Masukkan ikan bilis, kacang tanah dan tempe.
Kacau sekata, rasa dulu jika perlu baru masukkan garam secukup rasa sebab ikan bilis dah sememangnya masin.
Kacau hingga sekata dan kering baru diangkat.
Bila sejuk, masukkan ke dalam bekas bertutup.Ia tahan beberapa hari.

Nota:

Pastikan minyak utk menumis mestilah cukup utk menghasilkan sambal goreng yg cantik dan enak
JANGAN masukkan air jika tidak ikan bilis dan bahan lain akan menjadi lemau.
Ikan bilis tidak perlu dibasuh jika tidak apabila digoreng ianya tidak akan garing/rangup, cukuplah sekadar buang kepala dan perutnya.

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 22hb Disember 2004, 05:42:52 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 02:22:50 pagi    [Edit]
proses fermentation tempe segar tengah berjln..lagi 2 hari dpt tahu keputusannya berjaya atau tidak..

Dialu-alukan sapa2 yg ada resepi yg berkaitan dgn TEMPE boleh lah tempek kat sini..share bersama kawan2..

Tempe ni bagus utk kesihatan kaya dgn protein..cewahh promote tempe lah pulak

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

eyzlyn
Pengendali
13. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 07:57:33 pagi    [Edit]
wah.. kak noor dah start buat tempe ek....

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

maizana
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 09:26:15 pagi    [Edit]
NoorMasri

Tak ada ambil gambar ke?

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
15. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 11:08:00 pagi    [Edit]
ada sesapa supply tempe? ha... makanan fav liz tu..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

cik_donna
Ahli Interaktif
16. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:21:22 tghari    [Edit]
Semalam don baru makan tempe.. sedap dimakan begitu saja.. selepas digoreng ler.. eheheh.. jangan jelouss ekk kak nor ngan lyn.. akekeke...

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

eyzlyn
Pengendali
17. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:25:21 tghari    [Edit]
don.. ko makan tak ingat kat lin ek?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ashra
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 1:45:32 tghari    [Edit]
tempe goreng sedap nak2 kalau celup dgn telor pehhh

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

eyzlyn
Pengendali
19. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 2:00:45 ptg    [Edit]
weh korang... sampai hati.. teruja aku kat sini weiiiiii

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

cik_donna
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 2:19:14 ptg    [Edit]
lynn

ko nak ke? Aku post kan ekk? Sian lak aku kat ko..

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

eyzlyn
Pengendali
21. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 2:30:32 ptg    [Edit]
don.. post.. jgn tak pos... tapi tahan ker ek?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

cik_donna
Ahli Interaktif
22. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 3:00:23 ptg    [Edit]
Tempe tahan lama ler..... bak alamat ko.. ker dekat kad raya ko tuh ada alamat??

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

eyzlyn
Pengendali
23. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 3:08:50 ptg    [Edit]
don... tempe aper tu tahan lama? konfius aku? aku rasa, tak payah la... sure tak lepas barang macam tu, nanti kena tahan... parcel yg pn ann kirim pun tak sampai-sampai lagi...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ashra
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 4:03:31 ptg    [Edit]
skang ni nak hantar parcel mcm2 halangan tak tau nape susah sgt..haritu aku hantar parcel kat singapore pon depa dah charge Rm57 padahal CD sekeping jek..dahtu nak performa invoice le kejadah sume dari 2 ari leh sampai masol 4-5 hari baru sampai..bengang aku

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 6:49:53 ptg    [Edit]
kak Zana , sayangnya gambo tak boleh nak upload kat sini, usb cable digicam Noor rosak , belum beli cable baru..last week dah gi cari kedai tak ada stok..hampehss..nak kena order online..

Tadi buka bungkusan tempe yg sedang menjalani proses fermentation, wow macam tak percaya dah keluar yg putih2 menyaluti soya tu..tapi masih nipis selaput putih tu..sbb baru 2 hari..proses tu kena 36 hrs..esokkk dah boleh makan my first batch tempe...seronokkk ni..rupanya senang je buat tempe ni..ragi tu hari keringkan tempe lama dlm oven pd suhu 30'C (ala panas cam matahari) selama 12 jam gak la..nak boleh ke kering..

Macam tak percaya ..jadikkk jugak akhirnya..esok nak rendam kacang soya lagi..first batch buat hanya 200 g kacang dpt 400 g tempe..lepas ni boleh buat byk skit kasi kawan2 kat sini rasa...

lyn , takmo try buat eksperimen kat umah ke ? Lepas ni boleh makan tempe hari2..

Liz , nak cari pembekal tempe ke hehee kat M'sia senang dpt tempe

donna , sedapkan goreng rangup2 pastu cicah sambal kicappp..tangkap leleh..

quote:
tempe goreng sedap nak2 kalau celup dgn telor pehhh


ashra , cite lah lebih detail resepinyaaa..nak gak try

quote:
ko nak ke? Aku post kan ekk? Sian lak aku kat ko..


donna , postkan kat Lyn ragi tempe..bior dia buat sendiri tempe kat umah..kalau post tempe sekali makan abis kalau post ragi..boleh makan sokmo..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 24hb Disember 2004, 11:57:59 mlm    [Edit]


SAMBAL GORENG TEMPE

1 paket tempe...]potong kecil dan goreng dalam minyak dan toskan
1 biji kentang....]
1 cawan ikan bilis.. goreng garing


Sambalnya...
1 cawan cili mesin
2 labu bawang besar }
2 ulas bawang putih } mesin
sikit belacan..jika suka }
1 s/b cuka

minyak
garam
gula

Cara memasak..
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan cuka. Masukkan garam dan gula sikit.
2. Bila dah naik minyak dan pekat baru masukkan ikan bilis, kentang dan tempe tadi.
3.Gaul rata dan angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 26hb Disember 2004, 07:15:31 pagi    [Edit]
Kak Liza , kat Kertih mudah tak dpt tempe..Noor dulu masa duk Trg tak pernah jumpa tempe kat pasar KT, tak tahu lah lening..Noor reti makan tempe pung bila masuk UKM kawan2 ajar makan.

Hari ni tempe yg Noor buat dah boleh makan..Noor buat tempe goreng ketumbar..goreng garing2..perghhhh nikmat tak terkata makan begitu saja sampai anak tanya' kenapa mak suka makan tempe? '

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 26hb Disember 2004, 10:31:27 pagi    [Edit]
Noor..

Le ning cukup senang dapat tempe kat Kerteh ni..
Se benonya kak liza memang suka jugak tempe ni..
selalunya kak liza buat smbal goreng tempe [saperti yg kak liza berikan resepi tu] dan juga...

MASAK LEMAK CILIAPI TEMPE DAN PUCUK PAKU

Bahan
1 ikat pucuk paku
1 bungkus tempe
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
sedikit ikan bilis atau udang kering

bahan mesin
15 biji cili api
2 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
garam

Cara.
1. Asingkan pucuk paku dari tangkainya dan bersihkan. Toskan.
2. Tempe di potong kecil tetapi panjang.
3. Masukkan semua bahan kecuali santan cair dan masakkan sehingga mendideh.
4. Bila dah mendideh, masukkan santan peekat dan rasakan garam. Sentiasa kacau supaya kuah tidak naik minya.
5. Bila dah agak mendideh, tutup api dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan goreng.

Memang sodapppppp wooooo...

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 26hb Disember 2004, 11:12:21 pagi

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

cik_donna
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 10:53:24 pagi    [Edit]
quote:
Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...

Memang kena ler tu kak liza, menambah-nambah nasi ler jawabnya.... akekeke.. semalam beli tempe 2 packet. Satu hubby dah goreng malam tadi makan ngan bubur nasi. Hari ni nak buat macam menu kak liza. Tukar sikit2 je...

Kubis masak lemak
Sambal belacan
Ikan goreng
Tempe goreng

Sedapnyaaaaaaaaaaaaaa...

kak noor
Waa.. jadi dah tempe?? Cayalahhhh... kalo akak leh buat don pon buleh ler kan? Takyah beli2.. hehehee.. Pasal ragi tuh nanti don tanya lyn dia nak tak..

ash

A'ahh lerr.. bagi ler resepi.. kemut arrr... akekeke..

lynn

Tak lepas ke? Asal diorang ingat cam dadah ekk? hehehe

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
30. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 11:00:55 pagi    [Edit]
aku suka makan sambal tempe cili api... masakan org jawa kut ...

aku makan member aku masak... tak amik resepi tapi dr lauknya aku nampak ikan bilis ditumbuk... cili api ditumbuk (banyak2) ... lain2 bahan bawang2 cam biasa kut... tempe dihancurkan sampai jadik seketul2 ler soyanyer... sedap bangat .. tapi sebab cik abg tak makan cili api .. takdo arr nak masak.. pernah buat sekali main agak2 resepinya... tapi makan sensorang... tak beh betul...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

cik_donna
Ahli Interaktif
31. Dihantar pada 27hb Disember 2004, 11:07:55 pagi    [Edit]
whitecabai

Makan sorang2 memang tak best kan... tak feel.. hehehe..


Sambal goreng tempe tu kalo bubuh telur puyuh rebus pon sodap jugak kan? Telur puyuh banyak kat umah tu...

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 02:34:26 pagi    [Edit]
whitecabai , sambal tempe cili api tu camana, tempe tu tak yah goreng/masak dulu ke..terus tumbuk cam tu ek..

quote:
Kubis masak lemak
Sambal belacan
Ikan goreng
Tempe goreng



donna, semalam akak masak lebih kurang menu di atas gak..

sayur green leaf masak lemak putih + suhun + fucuk
sambal belacan
ayam goreng
tempe goreng

memang sedappppp..lupa lak diet..kehkehkeh tapi akak amik nasik skit aje..selebihnya ratah tempe dgn sayur..

quote:
kak noor
Waa.. jadi dah tempe?? Cayalahhhh... kalo akak leh buat don pon buleh ler kan? Takyah beli2.. hehehee.. Pasal ragi tuh nanti don tanya lyn dia nak tak..


donna , cuba jgn tak cuba... akak dah start buat tempe kali ke-2 dah ni..percubaan pertama hubby puji sedap, sama rasa dgn tempe kat kedai..kehkehkeh..kembang lobang hidung ku...

kak Liza , masak lemak ciliapi tempe dgn pucuk paku tu mmg faveret Noor nyum nyum..kalau kat sini sayur apa sesuai utk gantikan pucuk paku eh..lamanya tak makan pucuk paku 4 tahun lebih dah kot...

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 28hb Disember 2004, 02:39:16 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

eyzlyn
Pengendali
33. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 04:37:18 pagi    [Edit]
don,
benda macam tempe ni payah skit.. sebab benda berunsur tumbuhan.. kena ader declaration.. ko anta ragi pun ok sebab kat sini sah-sah tak ader jual ragi... ataupun apa dia ragi dalam bahasa inggeris?

aku bukan aper, parcel pn ann anta yg ader rempah mee bandung pun blom sampai. katanya dah lebih sebulan anta. cousin aku hantar kuih raya langsung tak sampai. tu buat aku serik nak suruh org anta barang ni. dah la bayar pos mahal, lepas tu barang tak sampai.

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ngah_2
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 06:05:36 pagi    [Edit]



K.Noor - bestnya tempe dah jadi...kacang soya mmg ada kena g cari tempe wat ragi la pulak...ada jual kat sini...K.Noor leh tlg kasi step by step tak cara buat tempe tu kat sini...leh la makan mcm2 lauk M'sia

* Mesej ini telah disunting oleh ngah_2 pada 28hb Disember 2004, 06:06:19 pagi

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

ashra
Ahli Interaktif
35. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 08:16:42 pagi    [Edit]
kak noor
resepi tempe goreng salut telur tu senang je..bak kata org resepi maleh hihihi..tempe sekeping tu belah dua..lepas tu amik telur sebijik(ikutlah berapa byk tempe) pecah dan dadar..letak garam sket..lepas tu goreng..dah siap boleh buat minum petang atau mkn dengan nasi

dona
tu aku dah kasi resepi kat ateh heheh..aku tempe ni suke msk berlada cam org jawa tuh..letak suun,kacang,ikan bilis sume tuh..lagi bes masak lodeh ar..santan tu pekat sket nyum nyum

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

cik_donna
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 12:04:45 tghari    [Edit]
quote:
donna, semalam akak masak lebih kurang menu di atas gak..
sayur green leaf masak lemak putih + suhun + fucuk
sambal belacan
ayam goreng
tempe goreng

memang sedappppp..lupa lak diet..kehkehkeh tapi akak amik nasik skit aje..selebihnya ratah tempe dgn sayur..

kak noor, perghh.. lebih kurang sama arr menu kita semalam.. hehehe... don nya..

masak lemak(kobis+sawi sikit(sayang nak buang)+tempe+kentang+ikan bilis)
sambal belacan
ikan kembung goreng
tempe goreng
juice carrot susu

Don pon lupa diet.. tambah nasi tu.. akekekekeke... Ingatkan nak bubuh pumpkin sekali dalam lauk masak lemak tuh.. tapi takda jual lak kat kedai. Cancel! Tuh fasal ganti ngan kentang tu..

Best masuk topik nih.. leh kongsi idea nak masak apa? hehehe

quote:
donna , cuba jgn tak cuba... akak dah start buat tempe kali ke-2 dah ni..percubaan pertama hubby puji sedap, sama rasa dgn tempe kat kedai..kehkehkeh..kembang lobang hidung ku...


Orang kalo dah pandai masak.. memang jadi punya.. Don ni ada kala jadi.. ada kala dok.. hehehe... don dah nak uzur.. so tokleh buat tempe kot. Takut arr tak jadi.

ash.. thanks.. hehehe

--------------
Apa pandang-pandang?? Nak kena tala??

219.93.8.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 12:19:52 tghari    [Edit]
GORENG RAMPAI TEMPE

bahan
1 bungkus tempe [potong kecil memanjang]
1 cawan ikan bilis kecil [bersihkan ]
1 cawan kacang tanah
3 buku kentang [potong panjang]
2 biji tahu keras
1 bungkus suhun [rendamkan dgn air dan toskan]
10 biji cili api [mayang panjang]
3 biji cili merah [mayang]
3 biji hijau [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
3 ulas bawang purh [mayang]
minyak

Cara
1. Gorengkan semua kentang, tempe, ian bilis, kacang tanah, tahu berasingan.
2. Potong kecil tahu dan ketepikan.
3. Panasakan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih sehinggan layu dan masukan cili2 dan bawang besar.
4, Masukkan tahu, kentang., tempe, kacang tanah, suhun, ikan bilis dan gaul rata.
5. Rasakan garam dan angkat dan hidangkan.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 28hb Disember 2004, 12:21:14 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

eyzlyn
Pengendali
38. Dihantar pada 28hb Disember 2004, 12:24:03 tghari    [Edit]
saper tahu, ragi dalam bahasa inggeris org panggil aper ek?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

NoorMasri
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 03:28:46 pagi    [Edit]
donna , tak sangka ek selera kita sama lak semalam ..cam janji gitu kalau menu tu ditambah dgn ikan pekasam goreng atau ikan tengiri jeruk goreng..perghh lagik terangkat mau tak ingat dunia makan...

quote:
aku tempe ni suke msk berlada cam org jawa tuh..letak suun,kacang,ikan bilis sume tuh..


ashra, sambal goreng jawa ek...sedap tu..kak Noor pernah makan kat umah kawan (org Jawa) lawan ngan masak lemak nangka..nasib baik kat umah org..kalau idakkk abis kak Noor kerjakan..

tempe goreng dgn telur tu ok gakkk cam omellete berperisa tempe kan..klas gitu thanks ashra

kak Liza , goreng rampai tempe tu cam hampir2 sama dgn sambal goreng Jawa .. kalu tak silap sambal goreng Jawa buh kacang panjang..tul ke ek..ingat2 lupa arh..

nanti nak try arh wat goreng rampai tempe tu..nyum nyumm..thanks kak Liza

ngah , nanti kak Noor bg step by step cara wat tempe..japp..lepas tengok EastEnder ehh..tungguuu

lynn , ragi omputeh panggil yeast..tapi yeast utk tempe tak sama dgn yeast buat roti tau

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 29hb Disember 2004, 04:00:59 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 04:32:39 pagi    [Edit]
TEMPE

Bahan-bahan:

200 g kacang soya
40 g tempe

Cara-cara utk buat ragi:

Tempe dihiris nipis-nipis kemudian jemur sehingga kering. Sbg alternatif kak Noor guna oven pd suhu 20'C-30'C (ala2 suhu cam panas matahari gitu)
Bila kering blend halus.
Simpan didalam botol dan ditempat yg gelap jika belum digunakan lagi.


Proses fermentasi tempe:

Kacang soya dibasuh kemudian direndam selama 12 jam

Lepas tu ramas-ramas supaya tanggal kulitnya dan kacang terbelah dua.

Bilas kemudian rebus selama 1 jam

Toskan kacang soya kemudian keringkan samada jemur atau lap dgn kitchen towel atau keringkan dlm oven pd suhu 20-30'C

Biarkan sejuk kemudian gaulkan dgn ragi sehingga sekata

Masukkan dlm plastik, 'seal'kan dgn lipat plastik tersbt dan layur dgn api lilin (nak senang guna plastik sandwich yg ada seal tu)

Ratakan kacang soya supaya tebalnya dlm 3 cm

Buat lubang2 dgn menyucukkan jarum/lidi dikedua2 belah plastik tu dlm 2 cm jarak setiap lubang

Simpan soya tadi dlm bekas tertutup di tempat yg suam 30'C (kak Noor bubuh tepi boiler)

Simpan selama 2-3 hari, baru boleh dimakan.


Penting:

Pastikan soya betul2 kering sebelum bubuh ragi krn proses fermentasi microorganisma Rhizopus (dr ragi) hanya berlaku dlm keadaan kering.

Membuat lubang pd plastik supaya microorganisma dpt oksigen utk jlnkan proses fermentasi

Suhu yg optimum utk proses fermentasi adalah 25-30 'C- kalau terlebih panas dikhuatiri mati microoragnisma trsbt.

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 01hb Januari 2005, 06:17:02 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

ashra
Ahli Interaktif
41. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 08:21:31 pagi    [Edit]
kak noor
tempe tu bkn diperbuat drp kacang soya ker ?ape beza tempe dgn kacang soya plak nih..moskil betul

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
42. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 09:30:14 pagi    [Edit]


t/kasih K.Noor- semlm cakap dgn hubby nak try wat tempe...hubby cakap 'basuh pinggan dulu' ngah sejak dah 'berisi' ni mmg minta tlg hubby basuh pinggan...tunggu badan ok sikit la...baru wat tempe

ashra- tempe tu mmg dr kacang soya...kita dok belajar wat tempe la...nak wat tempe tu kena ada ragi...ragi tempe tu dr tempe jugak rupanya paham ka ? ...nak wat tempe kena ada ragi, tapi ragi tu dr tempe gak

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

ashra
Ahli Interaktif
43. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 1:43:11 tghari    [Edit]
ngah
same le gan ash sejak berisi ni pingan hubby yang tolong basuh
ooo ash paham maksud ngah bahan2 dia first kacang soya..second tempe (that mean kacang soya yg sudah dijadikan tempe) tui dak?kalau salah tulong betui kan..beku jab otak

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
44. Dihantar pada 29hb Disember 2004, 8:27:02 mlm    [Edit]


ash- tui la tu...tempe utk wat ragi
-ragi tuu utk wat tempe...
-nak wat tempe lak kena ada kacang soya & ragi

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 02:24:39 pagi    [Edit]
ashra , betul lah apa yg ngah jelaskan tu.

ngah, wei lah..dah berapa bulan 'berisi' ni, syoknyaaa..jeles akak dengar..sementara duk UK ni baik beranak ramai2 ..bukan apa sini bersalin free pastu masa contraction tu boleh sedut gas utk ilangkan sakit..apa2 pung tahniah..jaga diri dan kandungan.
Tak mabuk ke ngah ?

ashra, anak pertama eh..dah berapa bulan ni..mesti tak sabar ni nak dpt title ibu kan....apa2 pung jaga diri dan kandungan..minum air soya dan makan tempe byk2..bagus utk kesihatan..

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 30hb Disember 2004, 02:25:48 pagi

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

bunnybucuk
Ahli Baru
46. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 04:57:44 pagi    [Edit]
kak masri dan kak ezlynn punya parcel tak sampai2?.. pelik aa?.. sebab selama nie.. semua lauk pauk mak kita hantar.. kat uk.. sampai jer.. emm tgk lokasi kot.. atau maybe sebab bulan nie diorang sibuk dgn krismas... sebab order online kita pun kena tunggu lepas new year( waa.. nak kena pakai buku nak siapkan fyp secepat mungkin).... emm.. tapikan.. yg jadi kemusyikilan... baru2 kawan mak kena tahan gak.. kat airport.. (dia kahwinn dgn org local sini).. nasib baik brg yg mak najk hantar tak jadi hantar kat dia... sebab dengar pasal airport heatrow makin strict.. (kalau dulu manchester).. tapi alhamdulilah.. so far.. i haven't experience any yet.. and don't want to experience it either.. (hari tu beg siap terlupa nak lock).. anyway.. yg jadi kemusyikilan.. semalam.. kawan kita.. budak brunei.. kawanya dtg bercuti sini.. mak aii.. bertingkat2 bekas makanan.. dia bawak dari brunei.. lepas plak... siap ada sambal belacan dah disiap tumbuk.... sambal ikan kering diorang, ikan kering , sago (nak dibuat abuya)... dan mcm2 lagi.. termasuklah segala aneka mak nenek kuih yg bunny pun tak tahu apa namanya... inclusing kuih raya dan rendang2nya... daging plak tue.. ok jer.. pastu 2 weeks before pun sama jugak.... kawannya ada sorang siap bawak kotak besar... my housemate nie siap kena gi birm nak amik barang... katanya kawannya takde plak kena tahan (unbelieveable.. limau purut,cili padi, beras brunei... sambal ikan dan daging dan etc)... rasanya sapa dari brunei dan dtg naik kapal royal brunei nie.. takkan kena tahan kot... agak2nya sultan brunei dah buat mmu dgn pihak british kot?.. bukan tu saja.... parcel yg diterimanya pun selamat tiba... dengan mengambil masa tak sampai seminggu.. selama nie pun bunny kalau dah malas+campur segan nak menumpang/kirim melalui org akan suruh mama bunny pos jer brg.... dapatlah dalam minggu tu jugak...(3 hari)... heheh nampaknya raya nie nak buat open house aa.. nak perabihkan stok2 lama... lemang2 segera dan ketupat2.. termasuk kelongsong2nya tak guna lagi (tu housemate punya jgn ditanya kat kita... heheheheh)... tadi baru first time bunny tgk kuih/ kek yg jadi harta karun dalam peti beku... yg housemate punya.. kalau tak.. mau sampai tahun depan aa tak makan2.. ..kak masri kalau berjaya buat tempe tu kasi aa.. kalau tak dapat.. takpe.. saya suruh kawan saya mintak org kirimkan...

ps:terkejot besor.. masa kawan kata nak pesan kat keluarga dia pucuk paku.. mak aii..

--------------
When a life shut's a door, it opens another!

84.92.51.:-)

eyzlyn
Pengendali
47. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 07:01:15 pagi    [Edit]
bunny,

saya di canada, bukan UK. so, canada ni strict skit dgn benda macam ni..

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

ashra
Ahli Interaktif
48. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 08:39:21 pagi    [Edit]
kak noor
skang ni dah 8 bulan heheheh takut ar kak nak bersalin hehehe

ngah
paham pahamm..tima kasehhhh

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
49. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 6:00:10 ptg    [Edit]


K.Noor- mmg cadang nak lagi sorang kat sini tapi yg ni mcm awal lak tapi x pe...rezeki terima saja...lps ni ngah nak rest la 4 thn ...insyaAllah...hubby pun dah luluskan...mabuk ? loya2, lemah2 badan...mlm lagi teruk loyanya...lain lak kali ni...tapi x muntah lak...makan lalu pulak tu...

bunny- kawan ngah baru balik last week, kat Manchester...habis serunding daging dia kena amik ...mmg strict kali ni dia cakap...

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 30hb Disember 2004, 9:16:29 mlm    [Edit]
bunnybucuk , mmg kat airport Heathrow strict skit lening..bulan 9 ari tu kawan akak nya sepupu dtg sini sekali sampai airport kena hantar balik M'sia sbb dia dtg open ticket pastu nak kerja jaga anak kawan akak tu..hahaha last2 antor balik tak sempat kuat dr airport..dan kes kedua kawan lagik sorang cam tu gak..sedaranya dtg nak jaga anaknya..berjam2 depa soaljawab budak tu nanti nak duk mana..rumah yg bakal duk berapa bilik..last2 kantoi gak..kena antor balik..kesian.

makanan yg di bawa tu bergantung pd nasib gak..bulan 10 ari tu adik akak dtg siap bawak lempok, belacan, ikan bilis, tempoyak, sotong kering, kepok nasib tak kena tahan kat kastam..sbb masa dia lalu tu kastam tengah tahan sorang india tu bawak rokok berkatun-katun..akak pung setakat 3 kali naik kapaltrbg kesini..so far tak pernah kena tahan dan kena rampas lagi makanan..mintak dijauhkan..tengok nasib gak la..cam kawan akak last year balik seme makanan yg berasakan daging(serunding) kena rampas, menangis kawan sbb teringatkan mak dia penat2 beli dan bungkus sekali kena rampas..kata org, kastam check kalau kita bawak barang dlm kotak..sbb depa tahu dlm kotak selalunya org buh macam2 makanan..

ashra , jgn takut..biasalah tu..nanti lepas bersalin lega selega-leganya nak2 lepas tengok baby..

ngah , nasib ngah tak mabuk ek..anak ke 3 kan ngah..tak pe beranak rapat2 pastu rest..cam akak
1 dgn 2 beza 4 tahun
ke 3 dgn no 2 beza 2 tahun
ke 4 dgn no 3 beza 4 tahun
yg ke5 tak tahu lagikk..

terasa rugilak..sbb beza sampai 4 tahun..

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 30hb Disember 2004, 9:19:40 mlm

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005