Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 05:18:41 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Mystery : Kokka Antara Fact dan Fiction
potpetpotpet
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 11hb Jun 2005, 3:03:18 ptg    [Edit]
Dalam thread Rahsia : Pemakaian cincin dalam Sembang Agama & Cara Hidup Langsuir80 menukil:
quote:
pakai cincin kokka lagi bagus.
Lantas menghimbau Potetpotpet untuk membuat respond dengan berkata:
quote:
quote:
pakai cincin kokka lagi bagus.
Langsuir80 dan Warga MDC .. kokka .. tasbih kokka harganya mahal .. tasbih kokka yang Potpetpotpet tanya di bazar di Makkah .. 99 butiran kecil .. kira-kira SR 600 atau SR 700 .. manakala 99 butiran sederhana .. kira-kira SR 1,000 .. sedangkan yang 99 butiran besar .. lebih dari SR 1,500 .. ada yang sampai SR 3,000! Cincin perak bermata kokka juga mahal .. Potpetpotpet memiliki sebuah cincin bermata kokka .. cantik juga .. rupa kokka itu macam batu berwarna coklat .. berkilat dan berkilau .. mungkin kerana ianya telah di-polish menggunakan buffing machine .. beli di gerai hadapan Masjid India KL .. RM 75 .. mahal kan!

Masalahnya .. bila Potpetpotpet tanyakan kepada penjual cincin .. mengenai apa sebenarnya kokka .. dia sekedar menjawab: "Kayu! Kayu keras! Orang kata kayu inilah yang digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh! Orang kata .. kayu ini hanya ada di daerah utara Afrika .. Mesir .. Turkey .. daerah Timur Tengah! Ada bukunya mengenai kayu ini!"

Mysterious kan!

Masalahnya .. betulkah apa yang diterangkan oleh penjual cincin itu?
Berikutnya AdiosXP menjawab posting Potpetpotpet seperti berikut:
quote:
yah.. kayu kokka ni mmg ade. adios pun ade pakai. siap buat gik cincin, tasbih sume.. bapak adios ade supply buah kokka dari timor sane. then dari buah tuh, dibuatnyer mate cincin, rantai , gelang sumer.

rahsie pamakaian kokka mmg misteri.. mmg ade buku pasal kokka nih...
Ayat AdiosXP yang berbunyi [bapak adios ade supply buah kokka dari timor sane. then dari buah tuh, dibuatnyer mate cincin, rantai , gelang sumer] sangat menarik perhatian Potpepotpet .. terutama frasa [buah kokka] dan frasa [dari buah tuh, dibuatnyer mate cincin, rantai , gelang sumer]! Timbul suatu pertanyaan dalam kepala Potpetpotpet .. adakah kokka itu jenis kayu .. atau .. jenis tempurung? Kayu atau tempurung?

Persoalan ini bermain dan berlegar dalam fikiran Potetpotpet .. jika ianya jenis kayu .. Potpetpotpet tidak pernah mendengar (lebih-lebih lagi melihat) sebarang product dari kokka dalam bentuk yang besar seperti meja atau kerusi atau almari! Sejak kecil sampai ke hari ini tidak pernah Potpetpotpet mendengar kokka dibuat belantan atau hulu keris atau hulu pedang atau sarong keris dsb! Material/bahan yang scarce seperti gading .. ada juga dibuat orang sebagai hulu keris atau hulu pedang! Di mana-mana pun .. di tempat orang menjual tasbih atau mata cincin kokka .. tidak pernah dipamerkan kokka dalam bentuk bungkah kayu berukuran besar .. katalah .. sebesar 6" x 6" .. tidak pernah langsung melihatnya dipamerkan! Megapa?

Apa yang ada dipamerkan adalah tempurung kokka! Yang paling besar yang Potpetpotpet pernah lihat adalah kira-kira sebesar buah koko ukuran besar! Tempurungnya mempunyai ketebalan kira-kira 1" atau lebih sedikit dari 1". Mungkinkah sebenarnya butiran tasbih kokka atau mata cincin kokka sebenar-benarnya adalah dari tempurung kokka? Sila lihat gambar berikut:



Di dalam gambar di atas .. yang di sebelah kiri gambar .. itulah tempurung kokka yang Potpetpotpet maksudkan! Namun sekiranya semua itu adalah berkisar disekitar pemanfaatan tempurung kokka .. maka bagaimana cerita yang mengatakan bahawa tongkat Nabi Musa AS dan bahtera Nabi Nuh AS adalah dibuat dari kokka .. fiction ke?

Inilah yang Potpetpotpet maksudkan dengan tajuk thread ini .. Mystery : Kokka Antara Fact dan Fiction Yang mana fakta .. yang mana fiction .. atau .. fakta telah bercampur aduk dengan fiction?

Nama kokka ini pun baru timbul dalam lingkungan tahun 80an! Orang tua-tua pun megakui bahawa mereka tidak pernah mendengar mengenai kokka sebelum itu! Manuskrip-manuskrip lama Melayu pun tidak langsung ada menyebut mengenai kokka! Manuskrip Sejarah Hang Tuah, Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat Melayu lama (seperti Hikayat malim Deman atau Hikayat Awang Sulung Merah Muda dll) yang pernah Potpetpotpet baca juga tidak ada menyebut mengenai kokka! Kokka adalah istilah baru dalam budaya Melayu!

Mari kita bincang-bincangkan di sini .. rasanya di sini lebih sesuai untuk membincangkannya .. bukan dalam Sembang Agama & Cara Hidup .. kerana ianya bukanlah isu Agama .. OK!

Ayuh .. silakan!

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 11hb Jun 2005, 6:48:13 ptg

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.94.83.:-)

Wali9
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 11hb Jun 2005, 3:09:59 ptg    [Edit]
mohon ma'af setahu saya kauka ni adalah dari pokok yg Nabi Nuh buat bahtera....tak pula tau tang buahnya.

saya ada sbentuk cincin yg mana ustadz memesan biar batunya kena pd kulit pemakai kerna banyak khasiatnya.....banyak perkara yg saya lihat atas pengakuan ustadz saya.

tak pernah lihat tempurung kauka....insya'allah nanti saya tanya kat ustadz tapi buat masa ini dia berada diMekah...

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 11hb Jun 2005, 6:18:06 ptg    [Edit]
mungkin kat sini nama lain.....kat tempat lain...lain pula nama nya......

60.48.178.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 11hb Jun 2005, 6:59:54 ptg    [Edit]
quote:
setahu saya kauka ni adalah dari pokok yg Nabi Nuh buat bahtera
Wali .. Potpetpotpet sebelum ini pun menyangka seperti apa yang Wali sangkakan!
quote:
mungkin kat sini nama lain.....kat tempat lain...lain pula nama nya......
Azlal .. mungkin juga .. tetapi .. itulah yang menjadi tanda tanya sekarang! Mungkin ada kalangan Warga MDC yang pernah mengkaji perkara ini .. dapatlah kita kongsi bersama maklumat tersebut!

BTW .. sila click link berikut untuk melihat keratan tempurung buah kokka dalam paparan yang besarnya lebih kurang seperti ukuran besar buah kokka yang sebenar .. http://atefah.tripod.com/Buahkoka03.JPG .. dan sila pula click link yang berikut ini untuk melihat beberapa product yang dihasilkan dari tempurung buah kokka .. silakan .. http://atefah.tripod.com/Productkokka01.JPG.

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 11hb Jun 2005, 7:09:00 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.214.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 11hb Jun 2005, 8:42:27 mlm    [Edit]
mmg mahal la harga mende nih...
tapi kesahihannya camne eh.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.249.:-)

noraaziz
Ahli Setia
6. Dihantar pada 12hb Jun 2005, 2:56:25 ptg    [Edit]
kita ade pakai gelang kokka, hubby pulak cincin belah rotan...saya punya tak berapa kilat..tapi hubby pakai cincin tu dah berkilat dah...tak tahu kenapa pulak....masa saya beli orang tu kata leh jauhkan kita dari anasir orang kene..cam kalo orang nak santau tak kene le kat kita ..dapat jauhkan penyakit.....beli ler satu...mahal tu....saya beli aje RM 65.00 gelang aje.....sesiapa nak beli leh le contact kita ke..macam2 ade..gelang, lakot bujur, bolat, cincin belah rotan, cincin ikat perak semua ade......gambar tak ade pulak nak pastekan gambar dia........ ....

lagi lama pakai cincin tu lagi berkilat kot! hubby pakai dah berkilat. dah......org tu cakap tenguk pade si pemakainya.......

* Mesej ini telah disunting oleh noraaziz pada 12hb Jun 2005, 2:59:06 ptg

219.95.184.:-)

senyum007
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 12hb Jun 2005, 3:18:50 ptg    [Edit]
pemecah kebuntuan...

http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html

http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka2.html

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.23.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 10:14:11 pagi    [Edit]
quote:
pemecah kebuntuan...
Senyum .. sebenarnya links tersebut adalah antara links yang awal-awal menimbulkan kesangsian Potpetpotpet!

Link pertama iaitu http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html adalah merupakan bahagian Mukaddimah kepada buku Rahsia & Kelebihan KAYU KOKKA terbitan Darul Nu'man .. ianya tidak menjelaskan apa itu kokka secara terperinci .. manakala khasiat yang disenaraikan juga tidak disokong oleh sebarang rujukan atau quotation! Kalau pun ianya berasaskan kepada pengalaman .. mungkin boleh disertakan kenyataan pihak-pihak pengamal perubatan tradisional .. atau kenyataan individu yang pernah mengalaminya sendiri! Potpetpotpet ada memiliki buku tersebut yang Potpetpotpet beli di kedai berkenaan di No. 16-1A, Tingkat 1, Wisma Yakin, Jalan Masjid India .. sekarang sedang go thru sekali lagi buku tersebut! Dalam buku tersebut tidak langsung menyertakan sebarang gambar foto pohon kokka atau daun kokka atau bunga kokka atau buah kokka!



Link kedua pula iaitu http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka2.html menunjukkan beberapa products dari kokka. Lihat gambar yang ke-3 di mana terang-terang disertakan gambar tempurung buah kokka! Tidak ada sebarang gambar yang menunjukkan adanya bungkah atau slab kayu kokka.



Pada hemat Potpetpotpet .. dalam tradisi Bahasa Melayu .. tempurung tidak dapat dikatakan sebagai kayu .. demikian juga biji juga tidak dapat dikatakan kayu. Contohnya di banyak tempat yang menjual barang-barang kerajinan handicraft .. ada terdapat ash tray, piggy bank dan senduk yang dibuat dari tempurung kelapa .. maka ianya akan dikatakan sebagai .. hasil product tempurung kelapa .. dan orang tidak pernah menyebutnya sebagai hasil product kayu kelapa! Contoh lain .. tasbih .. ada tasbih yang cukup cantik yang diperbuat dari biji asam boi .. kebanyakannya dibuat di Selatan Thai .. maka ianya tetap disebut sebagai tasbih biji boi .. dan tidak pernah disebut sebagai tasbih kayu boi! Mengapa? Jawapannya adalah kerana dalam tradisi Bahasa Melayu biji bukan kayu dan tempurung juga bukan kayu walau pun kedua-duanya datang dari pohon kayu!

Justru itu .. sekiranya biji tasbih, cincin, gelang tangan dsb yang dibuat dari tempurung kokka .. maka sewajarnya ia disebut sebagai .. hasil product dari tempurung kokka .. bukannya hasil product dari kayu kokka .. sebab tempurung tetap tempurung yang ada pada buah .. kayu adalah kayu yang diambil dari batang, dahan, ranting dan akar!

Bukti yang ada .. dalam gambar internet .. dalam phamplets .. di tempat pameran gerai/kedai menjual product kokka .. semuanya menunjukkan bahawa ianya dibuat dari tempurung kokka .. bukan kayu kokka!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 14hb Jun 2005, 00:25:05 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 1:24:49 tghari    [Edit]
cincin - rm 200 ke atas
gelang - rm 500
tasbih rm 700

tak caya, leh call kedai tu.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.111.62.:-)

pogolix
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 3:27:43 ptg    [Edit]
apa yg tuan potpet pikirkan.. itulah benda yang saya pikirkan..
mmg misteri sungguh.. adakah pokok kayu kokka tue ada buah.. mcm
pokok kelapa kea?? dari batangnya sehingga kea buahnya, macam2
boleh dihasilkan.. terdengar juga seorang ustaz menceritakan sebutir
biji tasbih sebesar lubang idung tue pun beratus ratus.. tue kira 1st
grade.. bila pikir2 kat jalan masjid india tue diaorg jual berapa puluh jea..
ntah grade kea berapa la agaknya kayu kokka tue.. ntah ori kea tidak, wallahualam..

--------------
.:: BLaNk ::.

218.111.117.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 11:51:11 mlm    [Edit]
quote:
apa yg tuan potpet pikirkan.. itulah benda yang saya pikirkan..
mmg misteri sungguh.. adakah pokok kayu kokka tue ada buah.. mcm
pokok kelapa kea?? dari batangnya sehingga kea buahnya, macam2
boleh dihasilkan
Pogo .. exactly .. itulah yang ingin Potpetpotpet ketahui! Potpetpotpet tidak berpuashati dengan maklumat yang Potpetpotpet dengar dari penjual tasbih dan cincin koka di gerai-gerai di hadapan Masjid India .. ada di antara mereka yang mula marah-marah dan tunjuk garang bila Potpetpotpet mengeluarkan pertanyaan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci .. "Ini semua memang kokka asli .. kayu ke .. atau tempurung ke .. tak kiralah .. semua tu kokka .. asalkan dari pokok kokka maka kokkalah dia!" .. ada juga yang terus berkata dengan mudah .. "Jika nak tahu dengan mendalam .. tu .. beli dan baca buku tu .. di situ semua ada cerita mengenai kokka!" .. sambil menunjuk kepada senaskhah buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka!

Dalam internet pun Potpetpotpet puas mencari rujukan menggunakan pelbagai search engine ke atas perkataan "kokka" .. namun yang Potpetpotpet temui hanyalah maklumat yang disandarkan kepada buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka! Ada satu link dari Brunei Darussalam menyebut ..
quote:
Bracelet made from the popular Kokka Wood is now a trend.

The wood can be obtained from Turkey, Egypt, Nigeria, Iran and Saudi Arabia.

This Kokka product is sold as from $40 up to more than $1,000.

The Kokka fruit, from which the bracelet is made from, is only being produced every eight years.
Cuba lihat frasa kata yang Potpetpotpet tandakan sebagai bold .. mula-mula dia kata gelang tangan (bracelet) itu dibuat dari kokka wood (kayu kokka) .. tetapi kemudiannya dia kata pula yang ianya dibuat dari kokka fruit (buah kokka) .. mana satu yang betul .. salah satu yang betul .. atau .. kedua-duanya betul?

Tidak Potpetpotpet temui link berbahasa Inggeris (selain dari yang tersebut di atas) yang menyebut mengenai kokka wood atau kokka fruit! Pelik kan? So .. apa perkataan kokka dalam Bahasa Inggeris? Apa scientific name untuk kokka? Tanda tanya .. tanda tanya .. tanda tanya! Teringat kata-kata Azlal ..
quote:
mungkin kat sini nama lain.....kat tempat lain...lain pula nama nya......
OK .. Potpetpotpet rujuk semula buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka .. buku tersebut setebal 66 halaman .. namun .. cerita mengenai apa sebenarnya pokok kokka hanyalah tersebut dalam beberapa baris ayat pada m/s 16 dan 17 .. tidak sampai pun 2 m/s penuh! Selain itu sebanyak 64 halaman adalah menceritakan mengenai pelbagai cerita pencarian bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan claimed khasiat dan kelebihan kokka! Sila semak buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka tersebut! Berikut adalah sedutan mengenai latarbelakang kayu kokka dalam buku tersebut ..
quote:
SEJARAH POKOK KOKKA

Pokok Kokka banyak tumbuh didalam hutan terutamanya dinegara-negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir dan Afghanistan.

A. ASAL-USUL

Kayu Kokka merupakan tanaman hutan berupa semak dan bersifat tahunan (perennial) yang tersebar di seluruh daerah tropika. Tanaman Kokka tumbuh subur dan liar disekitar hutan / bekas kebun. Ia banyak tumbuh di negara-negara Arab, ada juga yang mengatakan bahawa Kokka berasal dari India.

Pada Tahun 77-78 SM, Dioscorides menyebut tanaman ini sebagai Cyperus, menyerupai kemenyan, pahit, kelat dan sedikit pedas tetapi tidak beracun. Tanaman ini banyak diusahakan di Asia Selatan khususnya di India, Iran, Nigeria dan Mesir.

Pokok Kokka tumbuh bercabang dengan tinggi antara 1-10 meter. Batangnya merupakan batang semu, tegak, bulat, berwarna coklat dan tersusun dari pelepah daun ( agak lunak ). Daunnya memanjang hingga 10 – 40 cm dan lebarnya 8 – 12 cm.

Sila lihat frasa kata yang Potpetpotpet tandakan sebagai bold!

Pertama tanaman hutan berupa semak.
Kedua Cyperus.
Ketiga bercabang dengan tinggi antara 1-10 meter. Batangnya merupakan batang semu, tegak, bulat, berwarna coklat dan tersusun dari pelepah daun ( agak lunak ). Daunnya memanjang hingga 10 – 40 cm dan lebarnya 8 – 12 cm

Pelik! Perkataan .. semak .. Cyperus .. dan .. Batangnya .. tersusun dari pelepah daun .. tidak menggambarkan ianya sebagai sepohon kayu .. tetapi lebih kepada sejenis pohon palma atau semacam rumput atau seperti pisang! Bunyi macam kelakar pun ada!

Dalam kamus .. ada dua entries perkataan Cyperus:
quote:
Cyperus

\Cyp"e*rus\ (s?p"?-r?s), n. [NL., from Gr. ???? sedge.] (Bot.) A large genus of plants belonging to the Sedge family, and including the species called galingale, several bulrushes, and the Egyptian papyrus.

Source: Webster's Revised Unabridged Dictionary, © 1996, 1998 MICRA, Inc.

Cyperus

n : type genus of Cyperaceae; grasslike rhizomatous herbs; cosmopolitan except very cold regions [syn: Cyperus, genus Cyperus]

Source: WordNet ® 2.0, © 2003 Princeton University
Sah .. Cyperus adalah jenis seperti tumbuhan rumput!

Menggunakan search engine .. Potpetpotpet menemui berjenis-jenis species tumbuhan Cyperus ..seperti:
quote:
Cyperus acuminatus
Cyperus alternifolius
Cyperus brevifolius
Cyperus croceus
Cyperus esculentus
Cyperus helferi
Cyperus involucratus
Cyperus odoratus
Cyperus papyrus
Cyperus rotundus
Cyperus sphacelatus
Cyperus umbellatus
dll species Cyperus
Dan kesemua species tersebut adalah jenis tumbuhan rumput! Sila semak menggunakan search engine! Atau .. sila lihat gambar species Cyperus helferi seperti di bawah ..
quote:


The name Cyperus is most commonly associated with the papyrus of the ancient Egyptians, the paprus plants we cultivate on our window sills today, and with marsh plants in garden ponds. Now, a genuine underwater variety has gained a foothold in the aquarium. Cyperus helferi was first described as far back as 1874 when it was discovered in Burma.
Berikut pula adalah gambar species Cyperus papyrus yang asalnya terdapat di Egypt (Mesir)!
quote:


The Papyrus is an aquatic plant native to the Mediterranean basin and known for nearly 3,000 years for its use in making paper. Growing 6 to 10 feet tall on leafless green stems are the showy umbels composed of 50 to 100 graceful, arching and drooping hair-like rays 9 to 12 inches long. This plant is a vigorous grower in or out of water. Plant it up to 12 inches deep in water or in rich moist soil. Protect from wind. An excellent cut flower. Provide frost protection until plant is well established.
Pelik tak? Potpetpotpet memang sangat pelik! Lebih-lebih lagi apabila keterangan dalam m/s 16 dan 17 synch dengan fact yang menunjukkan bahawa kokka adalah sejenis rumput!

Malangnya .. semua species Cyperus berkenaan tidak menghasilkan buah kokka sebesar yang Potpetpotpet lihat di gerai dan di dalam gambar! Species Cyperus hanya mengeluarkan biji benih yang relatif kecil-kecil belaka!

Alhamdu-li-(A)llaah .. setakat ini dahulu .. insyaa-Allowh kita akan sama-sama bincang dan singkap mystery kokka .. Potpetpotpet pun tidak tahu arah mana yang dapat dipercayai .. antara fact dan fiction!

Wa-(A)llowhu-aa'lam!

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 14hb Jun 2005, 00:09:43 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.94.80.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 07:45:35 pagi    [Edit]
PotPet,
cuba try test call kedai DarulNu`man tu tanya pasal kokka ni.
dengar citer bos dia (org pakistan) mmg pakar pasal kokka. Aku tak tau nak tanya apa kat dia. Cuba Potpet call. Nnt kongsi la kat sini.

Ni nombornya...call lepas kul 11 pagi.
03-2691 2645

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.150.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 08:08:21 pagi    [Edit]
try juga call ustaz ni.........



beliau ada datang ke cc.....dan minta printkan 20 set pamplet seperti gambar ...
menurut ustaz ni.....kayu ni datang dr mesir.....
tak sempat nak cerita panjang....sebab dah masuk waktu asar.....
ustaz ni kejar waktu.......nampak macam bz je.......


* Mesej ini telah disunting oleh azlalchedin pada 14hb Jun 2005, 08:09:57 pagi

60.48.179.:-)

zacks
zacks
Pengendali
14. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 11:55:13 pagi    [Edit]
..

teringat masa solat jumaat di masjid negara tahun lepas.....ada la org dok jual cincin kokka ni kat gerai2 sebelah luar masjid....ada seorg hamba Allah tu try pakai cincin tu tetiba patah dua cincin tu.....tak pasal2 kena mintak ganti rugi dlm RM200 lebih....kesian dia....tp tak tau la dia settle macamana

azlalchedin
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 7:26:39 mlm    [Edit]
macam mana potpet...
dah dapat jawapan ka?

60.48.179.:-)

Sekafu
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 7:43:09 mlm    [Edit]
Potpet hmmmmmmmmmm macaman pula isu ni bukan isu agama. Walhal
ceritanya dah tersangkut dengan Nabi nohhhhhhhh.

Hmmmmmmmm potpet=potpet.

Pandai pulak awak memisahkan kkokka dengan agama.

Awak kena pergi mekah sepuluh kali lagi baru awak tahu kkoko bersangkutan dengan agama.

Saya tak mahu bincang hal ini dengan ahli mdc yg lain.
Tapi saya memang ingin membuka minda Tuan guru pasai kkoka yg ada bersangkutan dengan agama.

Mudah=mudahan saya berjaya membuka minda tuan guru potpet. Walaupun potpet tak respon tapi saya percaya minda potpet tetap respon.

Wasalam Tuan Guru.

Aikkkkkkk Potpet gi mekah cari kayu kkoka juga ?

218.111.82.:-)

moshi
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 10:00:17 mlm    [Edit]

Salam.


Teringat akan kisah Nabi Musa AS sewaktu 'sakit perut', lalu mohon kepada Allah untuk penyembuhan.
Maka Allah wahyukan agar nabi Musa AS mengambil dan memakan sejenis daunan (dihadapannya), setelah makan dedaun itu, maka sakit perutnya pun kebah (baik).

Diwaktu yang lain, Nabi Musa AS sekali lagi kena sakit perut, maka Nabi Musa AS teringat akan daunan yang dimakan ketika diperintahkanNYa untuk mengubati sakit perut itu.

DUKACITA, sakit perut Nabi Musa AS tidak sembuh, maka; Nabi Musa AS telah mengadu kepada Allah tentang keadaan demikian itu, sedangkan dedaun yang sama jugalah dahulu menyembuhkan sakitnya.

Maka, HIKMAH dalam persoalan ini. Pada saat pertama sakit perut, Nabi Musa AS meminta penyembuhan dari Allah,
sedangkan kali keduanya, Nabi Musa TELAH YAKIN KEPADA DAUN KAYU ITU SEBAGAI PENYEMBUH dan tidak munjarab.

ALLAH SAHAJA YANG MEMBERI MANFAAT,
ALLAH SAHAJA YANG MEMBERI MUDHARAT.
Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan (bantuan) Allah SWT.
insyaAllah. WA.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 11:35:01 mlm    [Edit]
quote:
ALLAH SAHAJA YANG MEMBERI MANFAAT,
ALLAH SAHAJA YANG MEMBERI MUDHARAT.
Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan (bantuan) Allah SWT.
insyaAllah. WA.




setuju.......

60.48.179.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 09:38:31 pagi    [Edit]
quote:
macam mana potpet...
dah dapat jawapan ka?
Azlal .. JKKK .. petang semalam lepas 'Asr .. Potpetpotpet ada membuat panggilan telefon kepada Ustaz Mayusoh 019 5772128 .. dia bercakap dalam loghat Kelantan pekat .. Potpetpotpet dapat berkesempatan mengajukan beberapa pertanyaan tetapi tidak terlalu detail .. maklumlah percakapan telefon!

Menurut Ustaz Mayusoh pokok kokka adalah seperti pokok kayu yang biasa .. berdahan, beranting dan berdaun.. tidaklah besar mana .. lebih kurang seperti pokok mangga .. tingginya lebih kurang antara 12 hingga 15 kaki. Pokoknya bukan seperti palm tree (keluarga pokok kelapa). Kebanyakan biji tasbih, mata cincin, mata loket, gelang tangan dll product kokka adalah dari tempurung buah kokka .. bukan dari kayu kokka! Harga kayu kokka jauh lebih mahal .. ianya sukar diperolehi .. mungkin .. kebanyakan orang menjual buah kokka .. mereka tidak menebang kayu kokka!

Keterangan Ustaz Mayusoh kelihatan lebih kuat dan tepat berbanding keterangan dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka sebagaimana yang telah Potpetpotpet huraikan dalam posting yang lepas.

Menurut Ustaz Mayusoh .. beliau sendiri ada memakai cincin yang diperbuat dari kayu kokka (bukan dari tempurung buah kokka). Beliau mendapat bekalan dari Selatan Thai. Setahu Ustaz Mayusoh .. kayu kokka tidak kedapatan di Semenanjung .. atau di Malaysia! Ini agak menghairankan Potpetpotpet kerana .. jika ianya sesuai tumbuh di Selatan Thai .. insyaa-Allowh ianya juga sesuai tumbuh di Malaysia .. mungkin .. ianya adalah kayu yang ditanam dari benih yang dibawa dari luar .. bukan tumbuhan asli. Ustaz Mayusoh juga mentioned yang dia ada menanam benih kayu kokka yang diperolehinya dalam perjalanan beliau ke Selatan Thai baru-baru ini.

Azlal .. Ustaz Mayusoh tinggal dekat Camp Askar di Ulu Kinta .. dia peramah nampaknya .. malah dia menjemput Potpetpotpet datang ke rumah nya! Jika Azlal ada masa .. cubalah cari Ustaz tersebut .. Potpetpotpet tidak dapat bertanya terlalu detail dalam perbualan telefon .. nampak seperti kurang adab .. mungkin Azlal boleh memperolehi maklumat yang lebih tepat dan terperinci untuk kita semua kongsi bersama!

Moshi .. JKKK .. benar kata Moshi .. hendaklah ada yakin yang betul iaitu yakin kepada Allowh SWT dan bukan yakin kepada makhluk.

Warga MDC .. ada apa-apa maklumat tambahan mengenai kokka yang boleh dikongsi bersama?

Alhamdu-li-(A)llaah .. setakat ini dahulu .. Potpetpotpet masih ada beberapa isu berkaitan dengan kokka .. insyaa-Allowh kita sambung lagi kemudian!

WABS

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 15hb Jun 2005, 7:57:11 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

KenArok
Ahli Setia
20. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 6:22:28 ptg    [Edit]
Cincin Kokka? Aku tak tahu tapi kalau cincin dari tempurung kelapa sawit aku tahu. Masa aku kecik2 dulu cincin tu le aku pakai sekarang dah tak muat dah.

--------------
Scientist create atomic bomb, poltician use it.

210.187.111.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 10:09:13 mlm    [Edit]
quote:
cuba try test call kedai DarulNu`man tu tanya pasal kokka ni.
dengar citer bos dia (org pakistan) mmg pakar pasal kokka. Aku tak tau nak tanya apa kat dia. Cuba Potpet call. Nnt kongsi la kat sini.
Langsuir .. JKKK atas cadangan Langsuir itu .. memang Potpetpotpet sudah pergi ke kedai tersebut .. sayangnya .. masa itu hanya kedai buku sahaja yang buka .. kedai kokka sudah tutup .. masa itu dekat lunch time .. mungkin boss dia pergi lunch .. insyaa-Allowh lain kali cuba lagi .. bab telefon ni .. Potpetpotpet tidak berapa pandai nak bertanya melalui telefon .. tidak dapat tengok muka dia .. so .. tidak dapat nak adjust kesesuaian untuk tanya atau tidak .. !

Ini satu perangai Potpetpotpet .. suka cari susah .. bila kenan .. bila tertarik dengan sesuatu perkara .. maka Potpetpotpet jadi semacam obsess .. mula tanya sana tanya sini .. baca sana baca sini .. kerodek sana kerodek sini .. seboleh-bolehnya Potpetpotpet akan cari jawapannya semampu mungkin! Leceh ada perangai ni!

OK .. seperti mana kata Azlal ..
quote:
mungkin kat sini nama lain.....kat tempat lain...lain pula nama nya......
Maka Potpetpotpet pun menggunakan search engine .. cari apa perkataan yang terdekat .. "koka" .. tiada yang relevant .. "kukka" .. pun tiada yang relevant .. "kuka" .. berhasil!
quote:


TURKISH HAND CARVED KUKA (COCO DE MER) PRAYER BEADS SET 99 EXTREMELY RARE.

A perfect gift to your muslim friends. Total closed length: 51 cm, average bead size: 5 mm.

Your are bidding for an extremely rare strand of prayer beads made of "Kuka". Kuka stands for Coco de Mer in French, that designates a kind of coconut in small size (usually the size of a lemon).

Sila lihat pula yang ini ..
quote:


Islamic Prayer Beads EXCEPTIONAL 99 KUKA x Tesbihci x

This is one of such items, which although newly carved,is made from rare Coco de Mer - Kuka seed- is already a rarity as practically impossible to find for the layman - to the same extend that the old ottoman hand made tesbihs in such a beautiful style are rare today.

Nah .. ini memang kokka .. dan menurut buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka ..
quote:
Pokok Kokka banyak tumbuh didalam hutan terutamanya dinegara-negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir dan Afghanistan.
Maka Potpetpotpet pun membuat carian ke atas "coco de mer"! Apa hasilnya .. ini pokoknya ..
quote:

.. ini pula buahnya tanpa sabut ..
quote:

.. ini pula ceritanya ..
quote:
Kingdom: Plantae
Phylum: Tracheophyta
Class: Liliopsida
Order: Arecales
Family: Palmae
Genus: Lodoicea
Size Height: up to 34 m
Leaf length: up to 10 m
Description: The awesome coco-de-mer is a giant of the plant world; this palm has the longest leaves and the largest and heaviest seeds of any plant in the world. The tall slender trunk may tower up to 34 metres in height, bearing at its crown a mass of palm fronds. In mature individuals the leaf blades may be 4.5 metres wide and are fringed at the edges; withered leaves hang from the palm below the vibrant, healthy green crown. Unlike other Seychelles palms, the male and female flowers of the coco-de-mer are borne on separate trees; the male catkins can reach up to a metre in length, making them the longest in the world. Possibly the most renowned feature of this palm tree, however, are its enormous seeds; over the ages mariners have seen these seeds washed up on deserted beaches or riding the waves and they have become known as the 'coconuts of the sea' appearing to come from some mysterious oceanic plant. The seeds usually have two lobes and can weigh up to an enormous 30 kg.
Kecoh betul .. ini bukan kokka yang dimaksudkan .. ini adalah sejenis palm tree yang kita namakan Kelapa Laut Afrika .. yang dibuat ubat batuk .. Ubat Batuk Kelapa Laut Afrika! Rupa buah Coco de Mer pun tidak sama seperti buah kokka yang Potpetpotpet lihat di gerai di hadapan Masjid India ..lain sangat rupa bentuknya! Ini bercanggah dengan apa yang Ustaz Mayusoh terangkan kepada Potpetpotpet .. orang Turki ini pun sudah bingung macam Potpetpotpet nampaknya!

Ada satu lagi .. dalam http://allmalaysia.info/news/story.asp?file=/2004/10/11/shopping/9075675&sec=mi_shopping terdapat cerita sepasang suami isteri .. suami bernama Simsek Aynacioglu (Turki) dan isterinya Amirah Cheung (Cina Malaysia) .. membuka sebuah store bernama ZEVK di Plaza Damas, Sri Hartamas .. dikatakan mereka ada menjual ..
quote:
Worry Beads made from Kuka fruit
Nampaknya .. kuka (Bahasa Turki) memang kokka (BM) tetapi bukan Coco De Mer (Bahasa Perancis)!

Setakat ini Potpetpotpet anggap keterangan Ustaz Mayusoh yang paling convincing!

Insyaa-Allowh .. nanti sambung lain .. masih mystery kan?

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 15hb Jun 2005, 10:15:06 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.196.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 07:51:03 pagi    [Edit]
fuh...detail carian potpet nih..

potpet masa pegi sana pukul berapa?
kalau potpet nak ke sana, dtglah lepas pukul 11 pagi atau lepas lunch
insyaAllah ada.


--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.242.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 3:02:05 ptg    [Edit]
kagum betul aku dgn pokpekpokpek punya pencarian dan penghujahan... aku pun minat gak ngan kokka ni..
nanti dah dpt, leh masuk lg topic ni

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.220.:-)

Sekafu
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 9:28:25 mlm    [Edit]
hheheheheh berjaya juga pokpekpokpek membuka mindanya.

218.111.82.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 01:30:24 pagi    [Edit]
Langsuir .. Ex8ly .. usah puji sangat Potpetpotpet .. takut Potpetpotpet jadi perasan pula .. jadi 'ujub .. jadi ria' .. jadi sam'ah .. tidak baik untuk kesihatan iman Potpetpotpet!
quote:
dtglah lepas pukul 11 pagi atau lepas lunch
insyaAllah ada
Eh .. Langsuir .. macam biasa sangat dengan kedai dan tuan kedai berkenaan .. Langsuir kerja dekat area berhampiran ke? Insyaa-Allowh .. jika ada kesempatan Potpetpotpet akan ke kedai tersebut!

Jika ikutkan hati .. serasa nak pergi ke Selatan Thai .. dapat lihat sendiri pokok yang dikatakan sebagai pokok kokka .. bagaimana rupanya .. tingginya .. dahannya .. rantingnya .. daunnya .. buahnya .. puas hati kan!

Buat sementara ini Potpetpotpet masih tercari-cari dalam internet .. ada sebuah website di England yang menjual tasbih .. rupanya saling tak tumpah seperti kokka .. sila lihat ..
quote:




This is a beautiful Egyptian-made Sabha / Tasbih. The beads are made of coconut material imported from Sri Lanka. Accented with fiber tassles at the end.
Keywords dalam keterangan itu adalah coconut material .. tempurung kelapa .. WBP .. setahu Potpetpotpet .. apa-apa tempurung kelapa pun tidak cukup tebal untuk dibentuk menjadi biji tasbih sedemikian besar ukurannya .. kecuali tempurung buah kokka!

Sebuah makalah dari Turki yang bertajuk Prayer Beads, Tespih .. ada menyebut mengenai kokka (kuka) ..
quote:
Not only in Islam, but in many other religions prayer beads have played an important role. In the past the loveliest tespih, as Muslim rosaries are called were made by Istanbul craftsmen and sold to buyers throughout the Islamic world. They were made from gold, silver, ivory, tortoiseshell, mother-of-pearl, amber, meerschaum, ebony, agalloch wood, and scores of other materials, some brought from as far afield as Africa, the Far East and South America. Then there are metals like gold and silver, and organic materials such as elephant ivory, walrus ivory, whale tooth, tortoiseshell, horn, camel bone, pearls, coral and mother-of-pearl. There are countless types of wood, including snakewood, ebony, agalloch wood, sandalwood, bloodwood, olive, rosewood, m'kunguni, tamarind, tulip wood, satinwood, sugar maple, teak, and Burmese sandalwood. These woods come from many parts of the world, including India, Egypt, Madagaskar and South America. Another category encompasses seeds and nuts like coconut, including a variety with a wavy grain called sirçali kuka, olive stones and date stones.
Sirçali kuka? Sirçali? Apa pula maknanya! WBP .. apa yang pasti adalah bahawa sirçali kuka adalah dibuat dari buah seperti kelapa yang maksudnya tentulah tempurungnya! Berikut adalah biji tasbih sirçali kuka ..
quote:


SIRÇALI KUKA ÇOK NADİR KOLEKSİYONLUK
Semua penemuan-penemuan ini sedikit sebanyaknya semakin mengelirukan! Mengapa keliru? Apa tidaknya .. kita di sini di Malaysia .. sebagaimana yang tertulis dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka .. mengatakan bahawa ..
quote:
Pokok Kokka banyak tumbuh didalam hutan terutamanya dinegara-negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir dan Afghanistan.
Manakala orang Turki pula mengatakan sebaliknya .. sebagaimana yang tertulis dalam keterangan-keterangan gambar dan kenyataan dalam makalah .. bahawa ..
quote:
These woods come from many parts of the world, including India, Egypt, Madagaskar and South America.
Jika kokka atau kuka .. banyak terdapat di Turki .. tentulah orang Turki akan berbangga dan akan menyatakan bahawa mereka adalah pengeluar kayu kokka atau kuka! Apa yang terjadi adalah .. mereka hanya berbangga dengan kemahiran seni pertukangan mereka .. craftsmanship yang ada pada orang Turki .. dengan kayu yang didatangkan dari luar .. so betulkah apa yang dinukilkan dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka .. bahawa ..
quote:
Pokok Kokka banyak tumbuh didalam hutan terutamanya dinegara-negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir dan Afghanistan.
Betulkah kenyataan di atas itu benar?

Apa yang lebih memeranjatkan Potpetpotpet adalah apabila Potpetpotpet membuat carian ke atas frasa "kuka tree" .. lihat apa yang Potpetpotpet temui!
quote:


Baobab Tree (Also Known As Kuka Tree)

One of the world's oldest and largest trees, indigenous to Africa, India, and Australia; also known as the kuka. Although there are different types of baobabs, those found in the dry savanna regions of Africa are scientifically classified as Adansonia digitata. Because its leaves only bloom for a brief period during the year, some view the baobab as an enormous upside-down bottle whose branches resemble twisted roots.

Ethnic groups in regions where the trees grow, such as Sudan, Kenya, Tanzania, Nigeria, Senegal, the Limpopo Valley, and Zimbabwe, have known for centuries that the baobab is a major sustainer of life. Some groups, in fact, refer to the baobab as "mother" because its pulp is used for healing a wide range of ailments. It has been used for treating scurvy, malaria, and rickets, as well as infections of the eye, skin, gums, and urinary tract. Beyond this, the baobab's bark has been used to make rope, fabric, and even fishing nets. The leaves, when in bloom, have been used to flavor drinks and stews and to produce a fruit, about 1 foot in length, called "monkey bread."

Baobabs measuring more than twenty feet wide are estimated to be about 1,000 years old. Generally, the older the tree, the more water its hollow trunk and interior roots can reserve. This is particularly critical in the more arid regions where humans and animals such as elephants seek water during long droughts and have inadvertently destroyed the trees as a result.

In ancient times, these large trunks served as burial tombs for high-ranking kings, chieftains, or founding members of family clans. This tradition was strongest among the Wolof and Serer of Senegal and the Batonga peoples of Zimbabwe, who laid their dead to rest with jewelry and surrounded by other valuable items. These groups referred to the living tree as an "ancestor," paying homage through special rites and ceremonies.

Pokok Baobab .. juga dikenali sebagai pokok kuka!

Dalam erti kata lain .. kokka di Malaysia bermaksud pokok lain .. kuka di Turki maksudnya adalah satu pokok yang lain pula .. manakala kuka di Afrika maksudnya adalah satu pokok yang lain lagi!

Jadi .. adakah mungkin kokka atau kuka yang dibuat tasbih dan cincin pada hari ini .. bukanlah kokka atau kuka yang dibuat bahtera oleh Nabi Nuh AS .. demikian juga bukanlah kokka atau kuka yang dijadikan tongkat oleh Nabi Musa AS .. mungkin tiga benda yang berlainan tetapi mempunyai sebutan nama yang hampir sama .. dan .. mungkin menggunakan ejaan huruf jawi yang sama (sekiranya benar ianya tersebut dalam kitab sirah dsb)! Afterall .. ianya sekedar "dikatakan" .. bukan difirmankan atau disabdakan!

Maka semakinlah ianya diselubungi mystery!

Macam mana .. tolong .. bantu Potpetpotpet dengan apa-apa maklumat yang ada .. sekarang ini .. semakin dikaji semakin berbelit nampaknya!

wa-(A)llowhu-aa'lam

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.241.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 01:51:55 pagi    [Edit]
quote:
Eh .. Langsuir .. macam biasa sangat dengan kedai dan tuan kedai berkenaan .. Langsuir kerja dekat area berhampiran ke? Insyaa-Allowh .. jika ada kesempatan Potpetpotpet akan ke kedai tersebut!

hehehe...potpet...adeler kisahnya tu...hehehe.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.242.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 07:52:38 pagi    [Edit]
quote:
bukanlah kokka atau kuka yang dibuat bahtera oleh Nabi Nuh AS .. demikian juga bukanlah kokka atau kuka yang dijadikan tongkat oleh Nabi Musa AS



kalau nak buat bahtera.....pastinya guna kayu dr pokok macam kayu balak tu... guna kayu macam ni..... nampak macam tak menjadi je....

60.48.180.:-)

aysar_naylah
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 09:31:15 pagi    [Edit]

cuba dptkan link ni...amat menarik sekali!!
http://flatrock.org.nz/topics/environment/beautiful_baobab.htm

salah satu statement dari website...
quote:
For centuries, much of what was known about baobabs was based exclusively on the African baobab (A digitata). The first recorded reference was by 14th-century Arab traveller Ibn Batuta who mentions the water-storage capacity of its massive trunk. In 1661 the writer Flacourt praised the giants - speaking about the area of Morondava, he wrote: "It is in this region that exists a tree named Anadzahé, which is monstrously stupendously large. It is hollow inside and 12 feet in diameter, round, ending in an archway like the bottom of a lamp. There are only a few small branches here and there on top. The tree is a wonder to be seen."




--------------
Someone to Watch over Me.... @-@

211.25.50.:-)

chilut
Pengendali
29. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 11:19:14 pagi    [Edit]
potpetpotpet
bagaimana pula dengan minuman Kokka? biasa chilut beli dipasaraya atau kedai 24jam. ada dijual dalam tin minuman. betul ke tu kokka, rasa macam kopi pun ada.

potpetpotpet
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 18hb Jun 2005, 11:22:38 mlm    [Edit]
Langsuir .. Potpet tidak sempat lagi ke kedai tersebut .. siapa nama tuan kedai tu .. Annam .. jika Langsuir ada masa .. tolong siasat sedikit bab pokok kokka ni dengan Annam .. sekedar nak tahu pokoknya seperti pokok apa .. berapa tingginya .. daunnya macam mana .. buahnya yang tergantung warna apa .. macam mana nak tahu yang mana buah jantan (tempurungnya padu) dan yang mana buah betina (dalam tempurung ada rongga dan ada isi) .. isi buah betina warna apa .. macam mana rupa getahnya? Please .. boleh kan .. bolehlah tu!

Azlal .. bahtera Nabi Nuh AS itu .. hanya untuk sekali guna sahaja .. perlukah ianya ditebuk dari kayu yang sangat keras? Bukankah yang penting ianya mestilah dari kayu yang besar .. kerana .. konon ceritanya (Ustaz yang cerita) ia ditebuk dari hanya sebatang kayu .. bukan dibuat dari baloti dan kepingan papan.

Aysar JKKK kerana memberi link mengenai kayu Baobab. Link tersebut pun ada menyebut mengeni namanya yang lain iaitu “kuka”:
quote:
Baobab (called kuka trees in Nigeria)
Seperti mana yang Potpetpotpet sangka sejak awal-awal .. pokok Baobab adalah dari species yang sama dengan pokok Kekabu (dalam Bahasa Jawa pokoknya disebut Randu manakala kekabunya yang seperti kapas itu dipanggil kapok) .. dalam link tersebut tercatat:
quote:
The trees are related to the kapok and the balsa
Jika ingin memastikannya .. sila lihat dalam http://www.blueplanetbiomes.org/kapok.htm Maka ternyatalah bahawa pokok “kuka” bukanlah pokok “kokka” yang tempurung buahnya diguna untuk membuat biji tasbih dan mata cincin!

WBP .. mungkinkah batang kayu “kuka” ini yang dibuat bahtera Nabi Nuh AS .. ianya tidak terlalu keras .. mempunyai daya apung yang sangat baik .. dan batang yang extra ordinarily besar .. dan dalam website dinyatakan:
quote:
In many places the straight trunks of the kapok tree are used to make dugout canoes
Seperkara lagi .. Potpetpotpet dapati sekiranya perkataan “kuka” atau “kokka” ditulis dalam kitab sirah .. sebagaimana yang didakwa dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka .. maka tentulah ianya ditulis dalam hurufu-(a)l_hijaiyyah .. huruf Jawi .. dan ianya menggunakan huruf asas yang sama iaitu .. kaf, wau, kaf dan alif.. atau .. qof, wau, qof dan alif .. maka tidaklah mudah untuk mempastikan sama ada sebenarnya ia merujuk kepada ‘kuka” atau “kokka” .. sesiapa pun boleh jadi terkeliru!
quote:
minuman Kokka? biasa chilut beli dipasaraya atau kedai 24jam. ada dijual dalam tin minuman. betul ke tu kokka, rasa macam kopi
Chilut ..ini Potpetpotpet tidak dapat menjawabnya .. berasa Potpetpotpet tidak pernah merasa minuman kokka itu! Mungkin ianya dibuat dari asas kopi kerana menurut Chilut rasanya seperti kopi! WBP .. buah kuka (Baobab) .. memang ada dibuat minuman dan makanan..
quote:
Inside its shell, the tree's fruit contains a number of seeds, embedded in a whitish, powdery pulp. Tangy and exceedingly nutritious, the pulp makes a tasty food or, after soaking in water or milk, a refreshing beverage (with 6 times the vitamin C content of an orange). Fermented, it makes a traditional brew. The seeds may be eaten raw or roasted. They yield an edible oil which is used for cooking and exported for use in cosmetics.
Pencarian lanjut .. menggunakan search engine ke atas perkataan “tasbih” membawa Potpetpotpet kepada satu lagi penemuan .. di Turki ada tasbih yang disebut sebagai tasbih “kuk”! Apabila difikir-fikirkan .. huruf mad “alif” .. atau .. huruf vowel “a” .. yang di hujung ejaan perkataan biasa digugurkan atau diubah dalam setengah-setengah slang .. terutama memadangkan huruf “kaf” atau “qof” dengan sendirinya mendatangkan gema yang membentuk bunyi “ka” atau “qa”! Sila lihat:
quote:




Kuk: Elaeis guineensis
Possibly the most legendary and highly sought-after material for quality tasbihs, Kuk is appreciated all across the Muslim world and has been used for centuries. Made from an incredibly hard, round nut, which is first painstakingly cut into cubes, then drilled and carved into beads, sometimes using diamond-edged tools. Characteristically light brown to amber in color, Kuk beads tend to darken with use and acquire a brilliant luster. Available in 6, 8, and 9 millimeter beads.

Tercatat frasa “Made from an incredibly hard, round nut, which is first painstakingly cut into cubes, then drilled and carved into beads” .. so .. lihat pula apa dia Elaeis guineensis!
quote:


Palms (Elaeis guineensis)

Synonymy:
Elaeis melanococca

Common Names:
African oil palm,
Obe palm (local name)

Distribution & Habitat:
It occurs in riverine forests and freshwater swamps from Guinea to the Senegal River, south to Angola and east to the Alberto Lake. Distinct populations are also found in Madagascar.

Description:
A large solitary pinnate palm to almost 20m tall, with irregularly spaced leaflets. Produces large bunches of bright red fruit.

General:
Used for the commercial production of high quality palm oil, which comes from the seed kernel. Plantations of this palm now cover vast areas of Malaysia, which has become the worlds leading producer of this oil.

Culture:
Sunny, moist, but well drained position in fertile soil. Requires at least warm sub-tropical conditions. Only produces commercially viable quantities of oil within 8° either side of the Equator.

Lagi kacau bilau .. ini pokok Kelapa Sawit .. bersepah di Malaysia .. apahal pula ni? Ini bukan kokka! Potpetpotpet beranggapan website Turki itu telah silap .. tempurung buah Kelapa Sawit tidak mungkin dibentuk menjadi biji tasbih atau mata cincin! Ianya tidak cukup tebal! Ia hanya boleh dipotong dan dijadikan cincin belah rotan seperti mana yang disebut dalam posting Ken Arok:
quote:
kalau cincin dari tempurung kelapa sawit aku tahu. Masa aku kecik2 dulu cincin tu le aku pakai sekarang dah tak muat dah.
Makin dicari makin berbelit-belit .. bukannya mystery yang terhurai .. Potpetpotpet yang kebingungan seorang .. macam mana ni!

Satu perkara lagi yang menjadi tanda tanya .. datang dari posting Zacks:
quote:
ada la org dok jual cincin kokka ni kat gerai2 sebelah luar masjid....ada seorg hamba Allah tu try pakai cincin tu tetiba patah dua cincin tu.....tak pasal2 kena mintak ganti rugi dlm RM200 lebih....kesian dia....
Begitu mudahkah cincin itu patah dua? Bukankah dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka ada menyebut bahawa ..
quote:
Kayunya yang keras kerap digunakan untuk dinding
Bahkan itulah yang disebut-sebut oleh penjual tasbih dan cincin kokka .. "kayu kokka sangat keras .. paling keras dalam dunia!". Akan tetapi .. Potpetpotpet sendiri kerap melihat mata cincin kokka yang kelihatan retak .. menurut pembuat cincin .. keretakan itu terjadi ketika pembuat cincin memasangkan kokka pada rumah cincin melalui kaedah kepitan! Pada hemat Potpetpotpet tempurung kokka .. seperti mana sifat yang ada pada grain, texture dan structure pada tempurung kelapa dan jenis-jenis tempurung .. memang keras tetapi brittle .. getas atau rapoh .. mudah pecah .. mudah sompek!

Apakah benar bahawa kayu kokka keras? Entahlah! Unless .. ada orang yang pernah lihat kayu kokka .. dan menguji kekerasannya .. barulah sah bahawa kayu kokka itu keras! Tempurung yang keras tidak menggambarkan bahawa kayunya juga keras! Tempurung kelapa .. tempurung kelapa sawit .. tempurung Kelapa Laut Afrika .. semuanya keras-keras belaka .. namun kayu pada batang pokoknya adalah lembut dan fibrous belaka! Mungkinkah kayu pokok kokka lebih keras dari tempurung buah kokka? Ini sangat-sangat Potpetpotpet ragui! Orang akan kata: “Potpetpotpet tidak pernah lihat .. tentulah Potpetpotpet meragui kekerasan kayu kokka!”, maka Potpetpotpet menjawab: “Benar .. sebab secara logic tempurung adalah keras .. ini hikmah .. tempurung melindungi benih .. ianya perlu lebih keras berbanding kayunya bagi melindungi benih dari kerosakan akibat persekitaran dan haiwan!”.

Bahkan menurut semakan skala kekerasan kayu (merujuk kepada Janka Hardness Test) .. antara kayu tropika yang termasuk dalam kategori paling keras dalam dunia adalah Lignum Vitae (janka 4500), Snakewood (?) .. manakala antara kayu yang dalam kategori paling keras di Asia Tenggara adalah kayu Belian (3020), Jati (janka 1000), Merbau (janka 1925), Kempas (janka 1854) .. sesuatu kayu itu dikatakan keras apabila kepadatan kayunya tinggi dan skala specific gravity (atau disebut relative density) kayu tersebut mestilah melebihi atau sekurang-kurangnya 1.00 .. Lignum Vitae (specific gravity 1.37) .. Snakewood (specific gravity 1.3) .. Belian (0.92) .. Merbau (0.68) .. Kempas (0.72) .. Jati (0.55) .. ujian paling mudah ialah dengan memasukkan kayu tersebut ke dalam air .. kayu yang keras dengan specific gravity sama atau melebihi 1.00 akan tenggelam dalam air!

Ini adalah kayu Lignum Vitae ..
quote:


Lignum Vitae (Guaiacum Officinale)
The heaviest densest wood in the world. Beautiful black green and brown grain. Turns like plastic in the lathe. 80+lbs per cubic foot.

Lignum Vitae memang telah dibuktikan keras .. lihat kepada grain, texture dan structure urat kayu yang terdapat dalam gambar di atas .. secara visual kita dapat mengetahuinya bahawa ia memang kayu yang keras! Soalnya .. mengapa kayu kokka tidak terdapat dalam mana-mana chart yang menyenaraikan kayu-kayu yang keras dalam dunia? Adakah claim yang mengatakan kayu kokka sebagai keras itu fact atau pun fiction?

Warga MDC .. ada sesiapa yang boleh membantu? Please .. Potpetpotpet masih bingung!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 21hb Jun 2005, 06:57:31 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.199.:-)

chilut
Pengendali
31. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 1:13:54 tghari    [Edit]
potpetpotpet
Ok, terima kasih, chilut pun tak dapat banyak membantu.

teringat satu masa dulu, chilut pernah dihadiahkan teras kayu balak dipanggil 'kayu jadi batu' diambil di lembah somalian. Bila dicanai kayu ni, tak ubah seperti gambar yang ditunjukkan. Tak siapa sangka kayu jadi batu cincin. Sayang batu tu entah siapa pula yang ambilnya setelah dicanai indah.

Pada pengamatan chilut, kayu kokka mungkin tak dikategorikan kayu yang keras sebab hanya terasnya aja yang keras. mungkin!

potpetpotpet
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 12:14:15 tghari    [Edit]
quote:
pengamatan chilut, kayu kokka mungkin tak dikategorikan kayu yang keras sebab hanya terasnya aja yang keras
Chilut .. JKKK atas respond Chilut itu .. mungkin itulah sebabnya sukar melihat dan memperolehi kayu kokka! WBP .. bahagian tengah kayu ada yang dipanggil teras dan ada yang dipaggil empulur atau mempulur! Teras memang keras tetapi empulur adalah lembut! JKKK sekali lagi buat Chilut.

Warga MDC .. kadang-kadang kita mempunyai suatu sikap untuk mengambil pakai sesuatu maklumat yang sekedar bertaraf hearsay dan berakhir menjadikannya terbentuk dalam kepercayaan dan amalan yang sebenarnya bertaraf heresy!

Kokka memanglah kokka .. tetapi .. yang manakah maklumat mengenai kokka yang sebenar-benarnya maklumat yang benar?

OK .. dalam MDC pun memang sudah banyak kali kokka disebut secara kecil-kecilan dan besar-besaran! Ada satu thread bertajuk KAYU KOKKA : JENIS KAYU BAHTERA NABI NUH... dibuka oleh mie8777 .. untuk menyemaknya sila click http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=2105 .. WBP Potpetpotpet tidak banyak memperolehi maklumat mengenai kokka di dalam perbincangan thread tersebut. Jika mie8777 terbaca thread Potpetpotpet ini .. mungkin beliau dapat banyak membantu kita semua dalam mengenali kokka secara ilmiah dan tepat!

Ada satu lagi thread dalam MDC yang bertajuk Perubatan : Perubatan Arab dibuka oleh fadil2020 .. untuk menyemaknya sila click http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=7305. Potpetpotpet temui satu respond yang menarik dari babyviva .. kata beliau antaranya:
quote:
nak tanya apa tu buah Adam atau buah kokka atau dipanggil juga buah zuriat
Ini suatu yang menarik .. rupa-rupanya "buah kokka" juga dipanggil "buah adam" atau "buah zuriat" .. adakah "pokok kokka" juga dipanggil "pokok adam" atau "pokok zuriat" .. atau mungkinkah hanya "buah kokka" sahaja yang dipanggil "buah adam" atau "buah zuriat" sedangkan pokoknya tetap dipaggil "pokok kokka"? Siapa yang tahu? Kemudian pertanyaan babyviva dijawab pula oleh PuteriAdat ..
quote:
Kalau nk dapatkan Buah Kokka, batu kokka, cincin kokka, boleh dapatkan dari pengedarnya di Masjid India...En Anaam ( sebutannya Anam)..dia dapatkan Kokka terus dari negara asalnya..

Kalau tak silap PA, dari penjelasan dia, kokka yg asli mmg banyak khasiat, tak semua org boleh menyimpannya, amalan dan ibadah harian kena cukup dan kuat, solat 5 waktu tak boleh tinggal..pastu kokka ni tak dijual, dia dikira sebagai tebus, maknya, kalau Babyviva nakkan kokka nih, tebus dari penyimpannya dengan harga2 tertentu la (ikut size), jaga dengan sebaik2nya dan amalkan mengikut aturan2nya, kalau rasa satu hari nnti dah tak nak simpan kokka nih, pulangkan pada penyimpannya dan dia akan tebus balik dari babyviva...camtu la kira2nya..ni kalau nk kokka yg asli la..

Kokka yg tiruan atau sekadar kokka biasa, mmg ada banyak jual kt kakilima masjid india tu..but khasiat dan manfaat darinya tu, wallahu'alam laa..kokka nih ada dijual dalam banyak bentuk..yg PA penah tgk, dibuat batu cincin utk lelaki, macam2 bentukk..batu loket utk rantai (tapi kalau nk masuk toilet kena bukak laa)..dan ada jugak jual batu kokka loose, kita boleh simpan begitu je atau tempah buat cincin..

Untuk penerangan ttg cara pengubatan menggunakan batu kokka ni, boleh tanya pada En Anaam sendri..boleh PM kt PA kalau nk dapatkan nombor tipon En Anaam nih..

Nama En Anaam nampaknya sudah synonyme dengan nama kokka di Lembah Kelang ini! Tidak tahulah bila agaknya Potpetpotpet dapat bertemu bual dengan En Anaam ini untuk mengupas persoalan dan teka teki mengenai kokka .. insyaa-Allowh suatu masa nanti!

Namun apa yang begitu memeranjatkan Potpetpotpet adalah beberapa statement PuteriAdat dalam posting tersebut seperti yang Potpetpotpet tandakan dengan bold di atas:
1) Statement .. [batu kokka] .. ada batu kokka ke? Adakah maksudnya mata cincin daripada kokka?
2) Statement .. [En Anaam ( sebutannya Anam)..dia dapatkan Kokka terus dari negara asalnya..]. Adakah maksudnya Turki (kononnya negara asal kokka) atau Pakistan (khabarnya negara asal En Anaam?
3) Statement .. [kokka yg asli] dan [kokka biasa]! Apa bezanya antara kokka yang asli dan kokka yang biasa .. adakah kokka yang asli itu bukan kokka yang biasa?
4) Statement .. [kokka ni tak dijual, dia dikira sebagai tebus]! Hairan! Jika dijual juga .. apa jadinya?
5) Statement .. [dibuat batu cincin utk lelaki, macam2 bentukk..batu loket utk rantai (tapi kalau nk masuk toilet kena bukak laa)]! Begitu sekali? Apakah akan terjadi sekiranya kokka di bawa masuk ke dalam tandas .. adakah khasiatnya akan hapus .. atau adakah ianya boleh menyebabkan orang yang membawanya masuk ke dalam tandas ditimpa malang? Apa yang Potpetpotpet pasti .. tidaklah berdosa untuk membawa kokka ke dalam tandas .. bukankah begitu?

Alangkah baiknya sekiranya PuteriAdat terbaca thread Potpetpotpet ini .. sekurang-kurangnya dapatlah beliau membantu kita semua .. untuk lebih mengenali kokka dengan lebih betul dan tepat!

Ada satu thread dalam MDC yang menyentuh buah adam iaitu thread yang bertajuk ZURIAT YANG DITUNGGU : Petua dan Rawatan Untuk Hamil (Part. 20) .. sila click http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=6781 .. Nors'022275 berkata:
quote:
Wanli ingat tak dulu awak pernah minta buah adam tu kalau ada lebih. Kini awak dah dapatkan? Alhamdulillah. Hajat awak nak dapat buah tu dah tercapai. Lepas ni bertawakal dan berdoalah kpd Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan boleh buat apa saja yang dikehendakinya. Disini Nor beritahu cara senang nak belah buah Adam tu. Mula-mula masukan dlm lesung batu dan tumbuk sampai buah tu lembut sikit. Lepas tu baru hiris buah tu. Tumbuk hirisan buah adam sampai penyek. 1st time dpt buah adam Nor pun mati akal juga tak tahu nak buat apa. Bila kali ke-2 dpt baru tahu nak buat macam mana sebab buah tu keras sangat kan?. Okey selamat mencuba. Bye.
Manakala dalam posting oleh teletubis76 pula disebut:
quote:
Ni saya dpt daripada mummy to be yahoo groups, kedai yg ada jual buah adam or di panggil buah kokka:

Al Madinah Perfumes Sdn. Bhd.
No. 20-4A, Level 4,
Subang Business Centre,
Jalan USJ 9/5T,
47620 Subang Jaya
Selangor.

Tel : 03-86001000
Fax : 03-86002000

Nors'022275 dan teletubis76 .. silakan .. jika anda terbaca thread ini .. bantulah kami untuk menyingkap mystery disekitar kokka!

OK .. persoalan makin bertambah .. makin terbelit!

Betulkah nama lain bagi "buah kokka" adalah "buah adam" atau "buah zuriat"? Begitu juga .. adakah "pokok kokka" juga dipanggil "pokok adam" atau "pokok zuriat"? Mungkinkah .. hanya "buah kokka" sahaja yang dipanggil "buah adam" atau "buah zuriat" sedangkan pokoknya tetap dipaggil "pokok kokka"?

Betulkah kokka tidak boleh dijual tetapi hanya boleh ditebus? Benarkah kokka tidak boleh dibawa masuk ke dalam tandas .. dan .. apakah yang akan terjadi sekiranya kokka dibawa masuk ke dalam tandas?

etc .. etc .. etc

Adakah di antara Warga MDC yang dapat membantu mengungkai soalan dan teki teki yang menyelubungi kokka ini? Please!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 22hb Jun 2005, 12:34:25 tghari

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.63.:-)

attyra
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 1:03:46 tghari    [Edit]
quote:
Jangan ragu2 untuk bali tasbih/tongkat yang dibuat daripada buah kokka dari Mesir, kami liat sendiri buah kokkanya untuk dibuat tasbih/tongkat, harganya lagi murah berbanding dengan kokka turki. jangan pecaya bila orang mengatakan: bahawa kokka Turki saja yang asli..apa buktinya? jangan becakap selarah2nya ani! meski kan b a b i snes kokka Turki.mun tasbih/tongkat yang dibuat daripada buah kokka sebenar, nda asli kan tu? pernah datang ke Mesirkah?. pernah meliat tasbih/tongkat kokka yang dibuat di Saudi? pernah liat sendiri camana diorang membuat? mun dangar carita dari orang nda faidah2 tu!. bezanya saja kehalusan membuat.

Tapi sebenarnya. Buah Kokka ani karas, iatah tu pasalnya dibuatkan tasbih/tongkat sal karas. orang Arab inda jua menggilaie kan kokka ani! tapi diorang suka sebab ianya keras payah kan pacah.
mun camatu banyak jua kayu2 rah kitani atu yang karas2 untuk dibuatkan tasbih/tongkat spt: kayu langan batu, kayu saumah, kayu impas , kayu pulaie.

kenapa kita hendak memiliki tasbih/tongkat yang diperbuat daripada buah kokka? ....masing2 mempunyai tujuan tersendiri. jangan saja kerna kokka akidah rosak


atie dpt dr 1 site nih

http://www.file.brudirect.com/hys/archives.php?tblsayOrder=Sorter_sayemail&tblsayDir=DESC&tblsayPage=1791

satu lagi dr forum
quote:
Quote:
--------------------------------------------------------------------------------


Pada 2004-11-25 22:14, tOk_uBaN menulis:
Kayu kokka memang mempunyai khasiat tersendiri dan boleh diringkaskan sebagai penawar, pelindung dan peyembuh DENGAN IZIN ALLAH.Sebenarnya Kayu Kokka telah lama masyhur di kalangan pengguna dan para peminatnya di alam melayu ini.Ramai juga para wali/ulama2 yang menggunakan tasbih kokka.Tok Selehor Kelantan juga menggunakan Kokka dari jenis Getahnya/kahraman/ mestika/amber. Sekali lihat warnanya nampak hitam tapi bila dilihat dibawah cahaya matahari akan lahir warna merah.Tuan Guru Menteri Besar Kelantan juga memakai cincin Kokka dari jenis getahnya.Warnanya koko berjalur hitam, dan tembus cahaya.

Di 4 wilayah sempadan Thai, masyarakat disana juga menggunakan/memakai Kokka termasuk untuk pertahanan diri DENGAN IZIN ALLAH.

Khasiat sebagaimana yang di war2kan tu memang betul.

Kokka ada macam2 nama dan jenis

1. kayu Kokka (jarang2 ditemui krn orang tidak tebang pokoknya)
2. Tempurung Betina (selalu ditemui)
3. Tempurung Jantan (jarang2 ditemui, dan mengikut pendapat ahlinya,khasiatnya lebih berbanding yang lain)
4. Getah Kokka (ada pelbagai warna. Jenis yang paling payah diperolehi dikenali dengan nama Kokka Nanah)

Wassalam.



* Mesej ini telah disunting oleh attyra pada 22hb Jun 2005, 1:07:33 tghari

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

PuteriAdat
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 12:22:02 tghari    [Edit]
PotpetPotPet

terpanggil dengan panggilan tuan hamba..hehehehhe...

PA mmg selalu berurusan dengan En Anaam tu, tapi hal lain laa...dia stokis untuk barang2 DCL..but bila masuk ke dalam opis dia, mmg ada bermacam2 jenis barang2 dari kokka nih..ada batu cincin, tasbih, tempurung kokka, getah kokka, loket dll..yg batu cincin tu ada yg dibuat dari biji kokka (dalam tempurung tuh ada biji dia lagi), ada jugak batu cincin yg dibuat dari getah kokka...menurut En Anaam nih, lagik gelap getah kokka tu, lagi tinggi khasiat, wallahu'alam..

Banyak sangat surf kt internet, tapi tak ketemuan juga jawapannya, malah lebih mengelirukan..so, PA rasa, penyelesai masalah (kalau boleh selesai la), amik masa untuk berjumpa dengan En Anaam tu (dia nih berasal dari Afghanistan border Pakistan), tanya dia sendiri ttg asal usul kokka ni, boleh dia tunjukkan sekali contohnya depan mata..boleh tanya habis2 ttg kokka dari dia..hopefully dia boleh merungkai persoalan yg bermain di minda Potpetpotpet.

Cuma, jangan jadi macam kaum yg disebutkan dalam surah Al-Baqarah, pabila diminta dicarikan sapi betina, terlalu banyak soalan2 tentang ciri2 sapi tersebut sehingga akhirnya menyusahkan diri sendiri..Wallahu'alam..



--------------
AMWAY/COSWAY/DCL-Bidadari, Guara Cafe/Trimz&Klenz-YM- fatin_fariha76/ HP-012-9118512

219.95.209.:-)

olak
Ahli Baru
35. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 12:40:13 tghari    [Edit]


suwi tenan tak enteni hasil kajian kang potpet sampek sa'iki orak ketemu jawapane..pasale tiap kali aku melebu kene mesti singgah nang topik ni.
teruskan yo kang petpet..angger wes entok jawapane baru la puas hati..
aku pon berminat gak karo kokka ni..

202.144.206.:-)

abede
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 2:48:32 ptg    [Edit]
seronok baca thread potpet nih tapi saya sampai sekarang ler masih tak belum berminat dengan barangan kokka nih... cincin kokka yang dikatakan mahal tuh sekiraanya dijuaal pada saya dengan harga RM5 pun rasanya susah saya nak beli

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 00:42:40 pagi    [Edit]
Attyra .. JKKK (Jazaakumu-(A)llowhu-khoironkathiiron) atas maklumat dari site tersebut! Ulasan Bayuumi itu mengetengahkan kokka dari Mesir pula! Namun bila diperhatikan tidak ada satu kenyataan yang menjelaskan dari mana asalnya kokka ini diperolehi! Baik negara Mesir mahu pun negara Turki memperolehi bekalan dari luar! Potpetpotpet tidak menemui lagi pengakuan dari pihak mereka yang mengatakan bahawa kokka adalah hasil bumi mereka! Mereka hanya sekedar pengeluar produk dari kokka! Mereka adalah orang tengah yang mempunyai kemahiran dan kepakaran kraftangan dan dapat mengukir dan mencanai butir-butir biji tasbih dengan seni dan kualiti yang tinggi dan mengkagumkan!

Manakala petikan yang kedua pula adalah dari forum Bicarasufi .. terdapat dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=9086&forum=9. Potpetpotpet telah go thru thread berkaitan .. sayangnya kebanyakan posting yang dibuat oleh Tok Uban telah pun dipadam melalui editan semula. Manakala paragraph tersebut masih ada kerana ianya adalah posting orang lain yang membuat quote ke atas posting Tok Uban. Mengapa Tok Uban memadamnya melalui editan semula .. wa-(A)llowhu-aa'lam! WBP .. ayat berikut perlu diambil perhatian ..[Di 4 wilayah sempadan Thai, masyarakat disana juga menggunakan/memakai Kokka termasuk untuk pertahanan diri DENGAN IZIN ALLAH] .. sebenarnya ayat ini adalah merupakan rephrase dari statement dalam buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka tulisan Fathur Rahman m/s 64 yang berbunyi seperti berikut:
quote:
13. Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, Alhamdulillah
Mohon maaf .. kenyataan ini tidak dapat dibuktikan .. mungkin ianya hanyalah suatu cerita dari tradisi lisan! Kenyataannya ke-empat-empat wilayah negara jiran itu telah tewas dan dijajah sampai ke hari ini! Satu perkara yang harus dimaklumi didalam peperangan pejuang-pejuang itu tidak hanya berbekalkan tangkal dan azimat tetapi juga berbekalkan pelbagai doa dan jampi terutamanya yang bertaraf sunnah seperti ayat-ayat pendinding diri! Sekiranya mereka beroleh kemenangan atau tidak lut senjata maka sebenarnya mereka sendiri tidak dapat mempastikan amalan apa atau pun azimat mana yang menjadi asbab kekebalan atau kemenangan mereka!

Persoalannya .. mengapa negara jiran itu disebut-sebut .. adakah sebenarnya kokka terdapat di negara jiran sejak dahulu lagi?

PuteriAdat .. JKKK atas respond PuteriAdat ..
quote:
amik masa untuk berjumpa dengan En Anaam tu (dia nih berasal dari Afghanistan border Pakistan)
Alhamdu-li-(A)llaah .. Potpetpotpet memang telah dapat menemui En Anaam (Ejaan nama beliau adalah Anaam seperti dalam business card beliau tetapi sebutan nama beliau adalah Inaam atau Eenaam)! Potpetpotpet akan tulis maklumat yang Potpetpotpet perolehi dari beliau selepas ini!
quote:
Cuma, jangan jadi macam kaum yg disebutkan dalam surah Al-Baqarah, pabila diminta dicarikan sapi betina, terlalu banyak soalan2 tentang ciri2 sapi tersebut sehingga akhirnya menyusahkan diri sendiri
JKKK atas nasihat PuteriAdat itu! Maka sesungguhnya ingat mengingati memberi manafaat kepada orang-orang yang beriman (mafhum ayat Alqur_an)! Kisah tersebut terdapat dalam surah Albaqoroh ayat 67 hingga 74. Ianya berhubung dengan Bani Israil yang berhati kesat dan bersikap sombong terhadap apa sahaja yang disampaikan oleh Allowh SWT melalui Nabi Musa AS! Mereka sentiasa menganggap remeh perintah-perintah Allowh SWT dan berdolak dalik atas niat ingkar dalam banyak peristiwa termasuk peristiwa lembu betina itu.

Walhasil dalam kes kokka ini Potpetpotpet dapati tidak ada langsung sebarang sumber atau sandaran dari mana-mana hadith .. jangankan hadith yang sahih .. hadith yang dhaif pun tiada .. bahkan hadith yang maudhu' pun tidak menyebut mengenai kokka! Itulah sebabnya Potpetpotpet mencari dan mencari fakta sebenar mengenai kokka bagi mempastikan bahawa ianya bukanlah hanya suatu fiction yang meniti dari bibir ke bibir dan bertambah gah dengan cerita-cerita tambahan yang tidak dapat diasal-usulkan sumber dan puncanya! Kita tidak mahu terpedaya oleh cerita dan omongan sehingga seekor ular lidi kita sangkakan ianya seekor anakonda! Afterall .. Potpetpotpet memang telah pun memiliki berberapa butir kokka .. sama ada yang dibeli sendiri atau pemberian hadiah orang. So .. pencarian ini hanyalah pencarian untuk mempastikan bahawa apa yang selama ini diperkatakan oleh orang mengenai kokka adalah fakta dan bukannya fiction yang kita terima pakai tanpa asas dan dasar yang betul dan benar!

OK .. Potpetpotpet ingin mengetengahkan beberapa frasa dan ayat yang ada points penting berhubung dengan kokka seperti yang tersebut dalam forum Bicarasufi! Antaranya dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=11489&forum=4 terdapat frasa:
quote:
tapi kalau dapat cari yg kayunya dari laut
Apa yang dimaksudkan dengan frasa [kayunya dari laut]? Apakah kokka tumbuh di laut?

Dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?mode=viewtopic&topic=9638&forum=9&start=50 terdapat frasa:
quote:
buah koka jantan dan betina
Mengenai buah kokka jantan dan buah kokka betina ada disebut-sebut dalam banyak tempat. Apa yang Potpetpotpet fahami dengan buah kokka jantan adalah apabila buah tersebut padat tanpa isi yang berwarna putih dan tidak dapat disemai menjadi benih. Manakala buah kokka betina adalah buah yang tempurungnya tidak semuanya padat tetapi ada rongga yang mempunyai isi berwarna putih dan dapat disemai menjadi benih. Buah kokka betina adalah lebih besar ukurannya berbanding buah kokka jantan.

Dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?mode=viewtopic&topic=9638&forum=9&start=75 terdapat frasa:
quote:
ade la sedikit stok kayu Kokka, kalau yg nak buat cincin tu dah ada....tapi kalau nak Tasbih Kayu Kokka, tok kena balik canai guna mesin dulu...33 ke 99 ke, ada dalam bentuk bongkah lagi...kalau nak Tasbih campuran Kayu, Tempurung Betina, Tempurung Jantan, & Getah pun boleh
Kebanyakan yang ditemui adalah tempurung. Manakala kayu dan getah kokka jarang ditemui. Getah kokka adalah termasuk dalam kategori resin yang lama kelamaan mengeras.

Dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?mode=viewtopic&topic=9638&forum=9&start=75 terdapat frasa:
quote:
mempunyai sebentuk cincin getah Kokka berwarna hitam
Potpetpotpet ada seorang kawan yang memiliki cincin kokka berwarna hitam dan menurutnya ianya adalah kokka sahaja (tanpa mengetahui dengan pasti sama ada ianya kayu atau tempurung atau getah). menurut sangkaan Potpetpotpet setelah melihat cincin beliau maka Potpetpotpet beranggapan yang ianya adalah tempurung kokka. Seorang kawan lain pernah menunjukkan cincin yang matanya berwarna kuning dan menurutnya adalah kokka. Potpetpotpet menjangka ianya adalah getah kokka yang belum cukup tua.

Dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?mode=viewtopic&topic=9638&forum=9&start=100 terdapat frasa:
quote:
Getah Kokka/amber/kahraman/mestika/
alman/futuran asli (ada pelbagaiwarna
Getah kokka adalah jenis resin. Amber bukan kokka dan ianya adalah juga sejenis resin yang dalam keadaan fossilized. Turki memang ada membekalkan amber yang berasal dari negara-negara Scandinavia. Manakala kahraman, mestika, alman dan futuran tidak Potpetpotpet ketahui apa benda dan rupanya!

Dan akhirnya dalam link http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=7034&forum=9 terdapat frasa:
quote:
yang original nak tunggu buah tu jatuh kdg2 sampai 30 tahun, tu yang harga sampai beribu dan warnanya amat gelap.
Ulasan Potpetpotpet .. angka 30 tahun ini ada ciri-ciri menyerupai fakta yang disebut untuk buah Coco De Mer .. pengeluar tasbih kuka di Turki menyebut-nyebut dalam banyak tempat bahawa kuka adalah diperbuat dari tempurung Coco De Mer ..
quote:
[There are male and female Coco de Mer palms. Male palms grow to about 30m high, female palms to about 24m high. The female palm produces the largest seed in the world; and are thought to weigh as much as 20kg. The seed is inside a husk and the fruit takes 6 to 7 years to ripen. After germination, the first leaf appears about 7 to 10 years later. In Vallée de Mai, leaves of young Coco de Mer palms can reach a length of 14m or more. A trunk does not appear until the palm is about 15 years. It reaches maturity between 20 and 40 years. Female trees may carry very heavy loads of nuts. Coco de Mer palms probably live for between 200 and 400 years.
Sekarang ini Potpetpotpet sedang study jenis-jenis pokok palma .. especially Coco De Mer .. kerana lazimnya buah yang bertempurung adalah datang dari species pohon palma!
quote:
suwi tenan tak enteni hasil kajian kang potpet sampek sa'iki orak ketemu jawapane..pasale tiap kali aku melebu kene mesti singgah nang topik ni.
teruskan yo kang petpet..angger wes entok jawapane baru la puas hati..
aku pon berminat gak karo kokka ni..
Insyaa-Allowhu-t'aala Olak .. nang apa ora melebu nang thread wong Jowo .. mengko jenengan mu tek lebokke nang jero senare wong Jowo nang MDC .. ini bahasa "Jerman Timur"!
quote:
sekiraanya dijuaal pada saya dengan harga RM5 pun rasanya susah saya nak beli
Abede .. lama tak dengar dari Abede .. JKKK kerana respond dalam thread ini! Ish .. ish .. ish .. jika kebetulan Abede menerima hadiah tasbih kokka buatan Mesir atau Turki .. jual sahajalah kepada Potpetpotpet .. Poteptpotpet sanggup beli dengan harga RM15 atau RM20 .. no prob!

Warga MDC .. OK .. berbalik dengan cerita pertemuan Potpetpotpet dengan En Anaam (Inaam atau Eenaam) .. suatu pertemuan yang menarik .. ternyata beliau seorang yang mudah mesra dan peramah! En Anaam berasal dari Pakistan (bukan Afghanistan). Beliau berketurunan Pathan (suku bangsa yang ramai di pakistan dan Afgahanistan) dari di Buner .. sebuah lembah yang indah di bahagian barat laut Pakistan. Antara bandar besar yang akan ditempuhi untuk sampai ke Buner adalah Peshawar. Ramai orang-orang Pathan dari Buner yang boleh berbahasa Melayu kerana ramai dari mereka yang pernah datang ke Malaysia. Potpetpotpet pernah datang ke Buner dan beberapa daerah di sekitar Buner. WBP dalam perbualan mengenai kokka beliau suka bermain kata sehingga terlalu sukar untuk mencongkel fakta.

Menurut En Anaam pokok kokka tiada di Pakistan atau pun di Afghanistan. Ianya ada di kawasan Timur Tengah. Asal-asalnya ia tumbuh di Syria dan kemudiannya biak sampai ke utara Afrika dan daerah Turki. Kokka yang terbaik adalah dari Turki disebabkan kesesuaian tanah taneh dan cuaca. Pokok Kokka adalah pokok yang pertama sekali tumbuh di dunia (?). Ianya mengambil masa 500 tahun untuk tumbuh dan menghasilkan struktur pohon yang sempurna (?). Sekarang ini pokok kokka hanya berbuah dan buahnya hanya akan masak dan gugur setelah 30 tahun (?). Menurut adabnya buah kokka tidak boleh dipetik kerana perbuatan tersebut adalah seperti merampas buah dari pohonnya (?). Buah kokka yang gugur diambil dan dicampak ke laut. Hanya buah kokka yang kembali terdampar di pantai sahaja yang boleh diambil kerana hanya yang itulah yang sebenarnya menjadi rezeki untuk dimanfaatkan (?). Rupa pohon kokka adalah seperti lukisan yang ada pada kulit buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka (?). bahtera nabi Nuh AS dan tongkat Nabi Musa AS adalah diperbuat dari kayu kokka.Kebanyakan produk kokka adalah dihasilkan dari tempurung kokka kerana orang tidak menebang pokoknya. Mana-mana produk kokka yang dibuat dari tempurung buah kokka yang dipetik dari pokoknya adalah dikira tidak asli (?). Khasiatnya .. "You pakailah cincin kokka .. kemudian you cerita khasiatnya kepada saya!" .. ujar En Anaam (?).

Selepas pertemuan dengan En Anaam .. Potpetpotpet seperti berjalan di dunia nyata setelah berjalan di atas awang-awangan .. seolah-olah kokka adalah pokok ajaib .. Potpetpotpet tidak tahu mana cerita En Anaam yang boleh dipercaya dan yang mana yang tidak boleh dipercaya!

Warga MDC .. apa pendapat anda?

Insyaa-Allowh .. setelah ini mungkin Potpetpotpet akan menemui Ustaz Mayusoh di Ulu Kinta untuk memperolehi cerita dari mulut beliau sendiri (sebelum ini hanya melalui telefon).

wa-(A)llowhu-aa'lam.

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 28hb Jun 2005, 00:57:19 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.208.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 07:54:41 pagi    [Edit]
quote:
Buah kokka yang gugur diambil dan dicampak ke laut. Hanya buah kokka yang kembali terdampar di pantai sahaja yang boleh diambil kerana hanya yang itulah yang sebenarnya menjadi rezeki untuk dimanfaatkan (?).

En. Potpet...sape le yg rajin gi campak buah kokka tu ke laut yea..tu pun mesti ahli lontar jauh...berapa jauh le dia leh lontar.

Apa yg jawapan En. Potpet dapat itu lah juga yg saya dapat,tp En. Potpet punya lebih detail skit.

Kalau pokok kokka tu macam gambar dlm buku tu mesti ada gambar yg aslinya...mana la dia dapat gambar tu.

En. Potpet ada tanya harga kokka tu kat dia?
hehehe...harga dia..gigil dengar...

apa pun, katanya semua bergantung pada amalan. kalau tak semayang pakai kokka pun takde apa hasil...tapi bila tanya balik dia kata kalau org selain dari Islam berhajat nak kokka tu, dia jual jugak. Camne pulak tu.
Lagipun kokka bukan utk org Islam jer. Maknanya khasiat kokka tu bukan lah bergantung pada amalan.Ia adalah khasiat kayu, tempurung itu sendiri
la kan.

Sensitip bila tanya "nak beli kokka"...katanya bukan utk dijual beli, (tak jual)...tapi harga dikira sebagai mahar kokka...tapi mende tu dikira urusniaga jugak.

Ahah lagi satu yg menarik...kalau org ada menuntut ilmu bukan², jgn la pakai kokka ni...nnt panas. Kalau tak caya...takleh ngam dgn itu kokka..
pulangkan semula...wang anda akan dikembalikan...hehehe.

w`salam.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.237.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 28hb Jun 2005, 2:18:14 ptg    [Edit]
quote:
Kalau pokok kokka tu macam gambar dlm buku tu mesti ada gambar yg aslinya
Langsuir .. exactly! Itulah yang Potpetpotpet mahukan! Gambar foto pokok kokka! Since harga kokka begitu mahal maka alangkah baiknya sekiranya kita dapat melihat gambar foto pokok .. daun .. bunga .. dan buah kokka yang masih tergantung-gantung selama 20 hingga 30 tahun itu! Sekarang adalah zaman sains dan IT .. memadailah dengan kita melihat gambar foto dalam web site atau dalam buku .. tidaklah perlu kita musafir beratus atau beribu batu hanya untuk melihat pokok kokka!
quote:
En. Potpet ada tanya harga kokka tu kat dia?
hehehe...harga dia..gigil dengar...
Sebutir cincin kokka saiz yang paling kecil diikat dengan perak berharga RM250! En Anaam tunjuk yang sedikit besar tetapi warna coklatnya lebih gelap .. harganya RM500! Potpetpotpet relax sahaja mendengar harga tersebut .. tetapi wallet Potpetpotpet yang menggigil kuat sekali!
quote:
katanya semua bergantung pada amalan. kalau tak semayang pakai kokka pun takde apa hasil...tapi bila tanya balik dia kata kalau org selain dari Islam berhajat nak kokka tu, dia jual jugak. Camne pulak tu.
Lagipun kokka bukan utk org Islam jer. Maknanya khasiat kokka tu bukan lah bergantung pada amalan.Ia adalah khasiat kayu, tempurung itu sendiri
la kan.
Potpetpotpet memang dari awal-awal lagi sudah rasa skeptical ke atas cerita-cerita mengenai kokka yang diuar-uarkan itu! Rupa-rupanya .. bukanlah Potpetpotpet seorang yang berperasaan begitu!

OK .. dalam posting yang lepas Potpetpotpet ada menulis:
quote:
Getah kokka adalah jenis resin. Amber bukan kokka dan ianya adalah juga sejenis resin yang dalam keadaan fossilized. Turki memang ada membekalkan amber yang berasal dari negara-negara Scandinavia. Manakala kahraman, mestika, alman dan futuran tidak Potpetpotpet ketahui apa benda dan rupanya!
Alhamdu-li-(A)llaah .. Potpetpotpet baru dapat maklumat bahawa kahraman adalah sejenis amber yang diperolehi di negara-negara Arab. Manakala Faturan pula adalah jenis kahraman yang telah diperkuat dengan campuran bahan-bahan lain. Untuk study bab amber, kaheraman dan Faturan sila klik http://www.efosjewelry.com/worrybead/amber.html atau sila baca sedutan berikut:
quote:


Amber is the ancient resin of pine trees which has gone through a number of changes over millions of years. The result is an exceptional gem with extraordinary properties. Like diamonds, true amber takes millions of years to be created. The stone in your amber ring, bracelet or worry beads may be 20 million years old or more!

.. etc ..

The Ambers of Arabic countries are called Kahraman and are unique and extremely expensive. Since amber is a light and fragile material, it is easily crumbled when used for the construction of worry beads. The above issue and the high price of amber led an Egyptian called Faturan, to invent a mixture of natural amber powder, resins and incense. The new material was named "Faturan Amber". This material is still widely used in the manufacture of worry beads. This material is more durable for playing, it creates a beautiful liquid sound and is usually four times cheaper than Kahraman amber. One can come across original old Faturan ambers, as well as their modern versions.

Warga MDC .. insyaa-Allowh .. ada sesiapa yang mempunyai maklumat baru atau maklumat tambahan? Semoga melalui thread ini akhirnya kita akan sama-sama mengenali kokka dengan persepsi dan maklumat yang betul dan benar! Semoga Allowh SWT membantu kita semua dalam mencari dan memperolehi hakikat dan kebenaran!

wa-(A)llowhu-aa'lam

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 01:39:18 pagi    [Edit]
Dalam posting # 37 Potpetpotpet menulis:
quote:
Getah kokka adalah jenis resin. Amber bukan kokka dan ianya adalah juga sejenis resin yang dalam keadaan fossilized. Turki memang ada membekalkan amber yang berasal dari negara-negara Scandinavia. Manakala kahraman, mestika, alman dan futuran tidak Potpetpotpet ketahui apa benda dan rupanya!
Alhamdu-li-(A)llaah .. dalam posting sebelum ini Potpetpotpet telah menemui apa yang dimaksudkan dengan kahraman dan faturan! Kali ini apa disebalik perkataan "mestika" pula telah terbuka! Ianya dalam bahasa Turkey disebut "mastixa" .. dalam bahasa Latin dipanggil "mastichum" .. dalam bahasa Greek juga bahasa Inggers dipanggil "mastic" iaitu [an aromatic resinous exudation obtained usually in the form of yellowish to greenish lustrous transparent brittle tears from incisions in a small southern European tree (Pistacia lentiscus) of the sumac family and used chiefly in varnishes (as for lining dental cavities).
quote:

Pict: Dried Gum mastic

From the time of ancient Greece, Gum mastic had been taken from the Mastic tree and dried, and put into the mouth to masticate as it was just like the natural chewing gum, It had the particular smell that was very similar to the cypress, and also it was well known by changing the smell of the mouth to be better and moreover by being effective for the health of the stomach. Women in those days felt that it was very nice and useful for their life, and also there was high value on Gum mastic to be exchangeable for gold, so that there was high popularity among traders.


Warga MDC .. ada sesuatu yang sangat memeranjatkan Potpetpotpet! Potpetpotpet jangka ianya juga memeranjatkan Warga MDC semua!

Pada kulit luar buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka terdapat gambar kecil satu pohon kayu yang menurut En Anaam (semasa Potpetpotpet bertemu dengannya) bahawa itulah rupa pohon kokka! Warga MDC yang tidak memiliki buku boleh melihatnya dalam link http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html! Baiklah .. bukankah rupa gambar pohon kayu itu adalah sebiji serupa dengan gambar ini:
quote:

Bandingkanlah .. bukankah exactly gambar yang sama dan serupa .. gambar itu Potpetpotpet percaya diperolehi dari sebuah website Kristian yang membuat kajian tentang kayu yang disebut dalam Bible sebagai "gopher wood" yang kononnya digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh AS .. nah .. sila lihat dalam http://www.christiananswers.net/q-eden/gopherwood.html!

Demikian juga kenyataan yang terdapat dalam m/s 16 buku Rahsia & Kelebihan Kayu Kokka sebenarnya mempunyai kenyataan dan ayat yang saling bercanggah sesama sendiri dan bercanggah juga dengan species pohon yang gambarnya ditampal pada kulit gadapan! Gambar yang ditampalkan pada kulit hadapan buku tersebut adalah "gopher wood" iaitu sejenis pohon dari species Cypress dan bukannya species Cyperus seperti yang didakwa dalam buku tersebut:
quote:
Kayu Kokka merupakan tanaman hutan berupa semak dan bersifat tahunan (perennial) yang tersebar di seluruh daerah tropika. Tanaman Kokka tumbuh subur dan liar disekitar hutan / bekas kebun. Ia banyak tumbuh di negara-negara Arab, ada juga yang mengatakan bahawa Kokka berasal dari India.

Pada Tahun 77-78 SM, Dioscorides menyebut tanaman ini sebagai Cyperus, menyerupai kemenyan, pahit, kelat dan sedikit pedas tetapi tidak beracun. Tanaman ini banyak diusahakan di Asia Selatan khususnya di India, Iran, Nigeria dan Mesir.

Pokok Kokka tumbuh bercabang dengan tinggi antara 1-10 meter. Batangnya merupakan batang semu, tegak, bulat, berwarna coklat dan tersusun dari pelepah daun ( agak lunak ). Daunnya memanjang hingga 10 – 40 cm dan lebarnya 8 – 12 cm.

Lihatlah frasa dalam m/s 16 itu sendiri saling bercanggah .. mula-mula dikatakan bahawa [Kayu Kokka merupakan tanaman hutan berupa semak] .. kemudiannya dikatakan pula [Pokok Kokka tumbuh bercabang dengan tinggi antara 1-10 meter. Batangnya merupakan batang semu, tegak, bulat, berwarna coklat dan tersusun dari pelepah daun ( agak lunak ). Daunnya memanjang hingga 10 – 40 cm dan lebarnya 8 – 12 cm] .. bukankah kenyataan pertama bercanggah dengan kenyataan kedua!

Nah .. sekarang .. apakah istilah "kokka" itu sebenarnya derived dari istilah "gopher" .. bukankah "gopher" adalah istilah yang diperolehi dari Bible .. sedangkan kita tidak seharusnya menggunakan Bible sebagai asas rujukan kerana ianya penuh dengan perubahan dan penyelewengan dari orang-orang Kristian!

Jika gambar pohon di kulit hadapan buku dan keterangan yang tersurat mengenai pokok kokka di dalam kandungan buku tersebut .. refutable .. kerana saling bercanggah, keliru dan mengelirukan .. maka .. bagaimana pula dengan khasiat-khasiat yang didakwa sebagai khasiat kokka .. mungkinkah ianya hanya dakwaan kosong sahaja? Bagaimana pula dengan dakwaan bahawa kayu kokka adalah kayu yang digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh AS dan kayu yang dijadikan tongkat Nabi Musa AS .. adakah boleh kita percayai begitu sahaja?

Maasyaa-Allowh! Apa sudah terjadi sekarang? Apakah selama ini sebenarnya kita telah terpedaya?

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.242.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 03:02:21 pagi    [Edit]
jadi ... sebagai kesimpulannya .....

benda ni karut dan kita telah tertipu dan menipu org lain juga...

tapi yg menipu ni ustaz.....ish...cemana pula tu....

60.48.181.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 08:11:21 pagi    [Edit]
rasanya dia tak menipu...tp mungkin dia pun dengar² citer org tanpa buat research cam En.PotPet... .
quote:
Sebutir cincin kokka saiz yang paling kecil diikat dengan perak berharga RM250! En Anaam tunjuk yang sedikit besar tetapi warna coklatnya lebih gelap .. harganya RM500!

ada satu lagi...besar skit jer dari tu...rm 700...hehehe.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.238.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 30hb Jun 2005, 08:26:21 pagi    [Edit]
masa lisha gi umrah baru nie ... lisha ada beli kayu koaka nie yang kecil macam batu tu untuk dibuat cincin harganya RM30 dan 50

so kalau dah siap cincin tu mestilah sampai beratus...

ayah lisha beli tasbih 100 biji reganya RM1500.00 ok apa

202.75.44.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 10:02:52 pagi    [Edit]
quote:
benda ni karut dan kita telah tertipu dan menipu org lain juga...

tapi yg menipu ni ustaz.....ish...cemana pula tu....
Azlal .. bertenang Azlal .. anggapkan sahaja selama ini kita (termasuklah Ustaz) telah menerima maklumat yang salah atas kecuaian kita tidak membuat semakan dan tapisan dengan teliti! Sebagaimana kata Langsuir ..
quote:
rasanya dia tak menipu...tp mungkin dia pun dengar² citer org tanpa buat research
Apa yang kita boleh buat pada masa hadapan adalah dengan memberi maklumat sekadar yang betul dan tidak bersalahan dengan fakta yang telah sama-sama kita capai:

*) Asal usul di mana kokka diperolehi tiada dalam pengetahuan yang jelas setakat ini.
*) Rupa bentuk pokok kokka tiada dalam pengetahuan yang jelas setakat ini.
*) Buah kokka sukar didapati menyebabkan bekalan yang terbatas.
*) Tempurung kokka adalah padat dan keras tetapi rapuh (brittle).
*) Tasbih dan mata cincin kokka adalah diperbuat dari tempurung kokka.
*) Kerja-kerja untuk memotong dan mencanai tempurung kokka sehingga terbentuk butir-butir biji tasbih atau mata cincin atau mata loket memerlukan kemahiran dalam pertukangan kraftangan yang tinggi.
*) Kelebihan tempurung kokka adalah cantik dibuat biji tasbih, mata cincin dan mata loket.
*) Cerita mengenai kokka yang kononnya digunakan sebagai bahan pembuatan bahtera Nabi Nuh AS dan tongkat Nabi Musa AS adalah tidak mempunyai dalil bertulis sama ada dalam Alqur_an atau Al_hadits atau Athar atau Sirah.
*) Cerita mengenai khasiat kokka juga tidak mempunyai dalil bertulis sama ada dalam Alqur_an atau Al_hadits atau Athar atau Sirah.

Potpetpotpet beranggapan adalah sangat penting untuk memperbetulkan sikap dan pendekatan kita supaya kita tidak sekali-kali menerima bulat-bulat dan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak mempunyai asas dan sumber pegambilan yang authoritative!
quote:
lisha ada beli kayu koaka nie yang kecil macam batu tu untuk dibuat cincin harganya RM30 dan 50

so kalau dah siap cincin tu mestilah sampai beratus...

ayah lisha beli tasbih 100 biji reganya RM1500.00 ok apa
Nuralisha .. sekiraya kita berkenan kerana rupa dan buatannya yang cantik .. maka secara peribadi ianya OK!

WBP .. apa yang Potpetpotpet dan Langsuir maksudkan adalah .. harga produk kokka itu sepatutnya jauh lebih murah lagi sekiranya ianya tidak dikaburi dengan maklumat-maklumat tidak berasas dan tidak bersumber seperti yang didakwa kononnya sebagai kayu yang dibuat bahtera Saiyidina Nuh AS dan tongkat Saiyidina Musa AS serta mempunyai pelbagai macam khasiat!

Sebagai contoh .. ini contoh sahaja .. tidak ada maksud menuduh atau menghina sesiapa. Kita membeli sekalung tasbih 100 butir dengan harga RM1,500 .. bermakna setiap butir harganya RM15 sahaja! Kiraan harga ini tidak mengambil kira 3 butir kokka yang menjadi separator dan sebutir kokka kepala tasbih. Sedangkan di KL sebutir biji tasbih itu dijual dengan harga habis-habis murah pun tidak kurang dari RM30! Sekiranya kita menjual butir-butir biji tasbih tersebut di KL maka kita sekurang-kurangnya boleh mendapat RM3,000! 100% untung!

Kita juga boleh memperolehi % keuntungan lebih besar lagi sekiranya kita menjual dengan harga yang lebih mahal ke atas butiran biji tasbih yang warnanya lebih pekat!

Demikian juga sekiranya kita membuatkan ikan cincin daripada perak dengan kos kira-kira RM150 sebuah di Terengganu atau Kelantan maka kita boleh menjualnya di KL dengan harga RM250 sebuah! Mari kita kira:

*) Kos belian 100 butir tasbih kokka RM1,500.
*) Kos pembuatan cincin kokka ikat perak RM150 x 100 = RM15,000. Kos ini potpetpotpet jangka boleh dikurangkan kerana pembuatan pada volume yang besar .. positif boleh dikurangkan sebanyak 10% .. jadi kosnya adalah RM13,500).
*) Jumlah kos pembuatan cincin kokka ikat perak RM1,500 + RM13,500 = RM15,000.
*) Jumlah harga jualan cincin kokka ikat perak RM250 x 100 = RM25,000.
*) Jumlah untung jualan cincin kokka ikat perak RM25,000 - RM15,000 = RM10,000!
*) Keuntungan yang lebih besar boleh diperolehi dengan menjual cincin kokka ikat perak yang kokkanya berwarna lebih pekat dan lebih gelap dengan harga RM350 misalnya!

Bila Potpetpotpet memikir-mikirkan keuntungan .. rasa teringin pula Potpetpotpet berniaga cincin kokka ikat perak! Sayangnya Potpetpotpet belum pandai-pandai lagi berniaga!

BTW .. Warga MDC .. ada sesiapa yang dapat memberi maklumat .. nama lain pokok kokka .. selain kokka dan kuka .. misalnya nama pokok kokka dalam bahasa Thai atau bahasa Inggeris .. atau nama scientific pokok kokka!

Alang-alang kita sembang megenai kokka .. eloklah kita sembangkan sampai dapat mengenalpasti paras rupa sebenar pokok kokka itu sendiri .. rupa daun kokka .. rupa bunga kokka .. rupa buah kokka yang masih di tangkai .. rupa buah kokka yang belum dicanai dsb!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 02hb Julai 2005, 10:11:26 pagi

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.212.:-)

moshi
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 11:05:25 pagi    [Edit]

Salam.


Nabi Sulaiman AS adalah seorang Nabi yang Allah SWT kurniakan KEHEBATAN ISTIMEWA MENGATASI NABI-NABI AS YANG LAIN DALAM SOAL PENGUASAAN terhadap Kerajaan Manusia dan Jin, dan juga haiwan selain KEISTIMEWAAN LEBIH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW.

Nabi Sulaiman AS hidup kira-kira dalam lingkungan 1,000 tahun sebelum Nabi Isa AS. Yang bermakna selepas NABI NUH AS.

Sejenak mari kita ambil fikir ;
Mengapa KAYU KOKKA tidak dijadikan TONGKAT NABI SULAIMAN AS seorang Nabi AS lagi Raja kepada bukan sekadar manusia bahkan jin dan haiwan ?

Dari kisah Nabi Sulaiamn AS :
Nabi Sulaiman AS wafat tidak disedari oleh para Jin kerana Nabi Sulaiman AS masih kekal duduk dikerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuhserta Nabi Sulaiman AS pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman AS telah mangkat.



NOTA:

Saya sekadar mengajak netters berfikir sejahumana kita harus menilai RM yang lebih diutamakan untok dibelanjakan yang lebih perlu kepada penyelesaian masaalah 'penderitaan ummah' dari memiliki satu kenangan yang pasti hancur. WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 02hb Julai 2005, 11:06:17 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 5:26:52 ptg    [Edit]
quote:
Sejenak mari kita ambil fikir ;
Mengapa KAYU KOKKA tidak dijadikan TONGKAT NABI SULAIMAN AS seorang Nabi AS lagi Raja kepada bukan sekadar manusia bahkan jin dan haiwan ?


Ya....baetul juga tu.....why arr......

60.48.181.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 02hb Julai 2005, 6:24:04 ptg    [Edit]
quote:
Mengapa KAYU KOKKA tidak dijadikan TONGKAT NABI SULAIMAN AS seorang Nabi AS lagi Raja kepada bukan sekadar manusia bahkan jin dan haiwan ?

kalau betul, kenapa pulak dijadikan tongkat kepada nabi musa?
Hanya Allah saja yg yang mengetahui ke atas setiap sesuatu.

persoalannya kat sini betul ke khasiat kayu kokka tu atau sekadar hanya fiction saja.sejauh mana kebenarannya itu yg menjadi tanda tanya.

yg nak beli atau tak tu terpulang la pada individu. kalau banyak duit beli la.mungkin berbaloi pada yg yakin akan khasiatnya.takkan la beli kokka punya pasal sampai abaikan masalah "penderitaan ummah".masalah tu kan masalah semua. apa pun yg kita beli tak kira mahal murah pun suatu hari nnt akan hancur lebur juga. terpulang pada individu....lagi pun berapa kerat je yg beli mende alah ni.

w`salam

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.240.:-)

abede
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 03hb Julai 2005, 10:35:46 mlm    [Edit]
sebab tu saya pernah kata dlm topik nih...kalu ada hamba allah nak jual kepada saya dengan harga semurah RM5 pun hanya kerana khasiatnya..saya mungkin tak akan beli...

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005