Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 22hb JamadilAkhir 1435 @ 23hb April 2014, 7:47:49 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh HARAM KA : Betul ke Shaklee haram
daruihsutan
Ahli Baru
1. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 2:20:54 ptg    [Edit]
Baru jer search di internet...IFANCA masih haramkan shaklee, tapi kenapa shaklee masih meletup letup sale nya kat malaysia ...tengok sini

www.ifanca.org/news


camana boleh bagitau tak ke shaklee malaysia halal

mekasih

161.139.115.:-)

daruihsutan
Ahli Baru
2. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 2:23:07 ptg    [Edit]
nia aku paste kan yang aku dapat kat situh

05/17/2005 Shaklee Is Not Certified By IFANCA
We continue to receive inquiries about Shaklee products. We would like to make it clear that IFANCA is NOT certifying any Shaklee products and we do not know if their products are Halal or not. ...

161.139.115.:-)

daruihsutan
Ahli Baru
3. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 2:25:17 ptg    [Edit]
Tolong ler nie lagi satu info..risau nih banyak dah tertelan shaklee nie....upliner aku kata halal..wei respon eh..

IFANCA kemuka injunksi terhadap Shaklee


SHAH ALAM, Jumaat : Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) mengemukakan injunksi terhadap Shaklee Products (M) Sdn Bhd bagi menghalang syarikat itu daripada menerbitkan perkataan halal yang disahkan majlis itu.

Injunksi itu difailkan peguam Ramesh N P Chandran, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis lalu, menuntut sumber gelatin daging dalam kapsul gelatin yang dibekalkan, dipromosi dan dijual Shaklee tidak disahkan halal oleh plaintif.

Plaintif juga menuntut pengisytiharan bahawa gelatin yang dibekalkan untuk pengeluaran kapsul itu tidak disahkan halal oleh plaintif.

Plaintif juga menuntut injunksi menghalang defendan dan pekerja atau agennya daripada menerbitkan dalam sebarang cara atau menerbitkan dalam Shaklee Today perkataan berikut, "halal...kapsul gelatin (sumber gelatin - daging) adalah halal dan Islamic Food and Nutrition Council of America mengesahkan gelatin yang dibekalkan untuk pengeluaran kapsul Shaklee halal.

Dalam afidavit sokongan plaintif, Abdullah Fahim Abdul Rahman, wakil Asia Tenggara bagi IFANCA, mendakwa pada Januari/Februari 2001, defendan telah menerbitkan secara palsu dalam buletin Shaklee Today kenyataan yang mengelirukan, 'halal, kapsul gelatin (sumber gelatin-daging) adalah halal, IFANCA telah mengesahkan bahawa gelatin yang dibekalkan untuk kapsul Shaklee adalah halal.'

Abdullah Fahim mendakwa sumber gelatin daging kapsul gelatin adalah tidak halal dan organisasi itu tidak pernah mengesahkan atau memberi kuasa kepada pengesahan kapsul gelatin yang dibekalkan untuk Shaklee adalah halal.

Beliau juga mendakwa defendan tidak memenuhi mana-mana prosedur untuk memperoleh kawalan atau pengesahan halal.

Plaintif juga memohon menghalang defendan daripada membahagi, mengedar dan menjual Shaklee Today, isu Januari - Februari 2001, sehingga selepas kes itu didengar selain melarang Shaklee daripada membekalkan, membahagi, mempromosi dan menjual kapsul gelatin Shaklee kepada pengguna Islam.

Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin menetapkan 3 Jun depan untuk mendengar kes itu.


MACIIIIHHHH

161.139.115.:-)

kni_03
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 3:01:12 ptg    [Edit]
kalau ikut berita tu, IFANCA tak tahu menahu tentang pengesahan halal produk shaklee. dengan kata lain shaklee telah memandai2 guna nama INFANCA.

produk shaklee MUNGKIN HALAL, tapi takde badan berwajib yg mengesahkan nya.

tu pendapat aku ler.

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 6:01:00 ptg    [Edit]
quote:
Injunksi itu difailkan peguam Ramesh N P Chandran




60.48.178.:-)

slamdunk
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 02:40:11 pagi    [Edit]
Biar benar... mana ada haramnya... aku selalu telan benda tu tiap-tiap pagi...

--------------
.: slamdunk

219.95.150.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 7:12:22 mlm    [Edit]
sama la kita.. Liz pun amik SHAKLEE ni..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 09:01:20 pagi    [Edit]
amende shaklee ni?huhuhuhuhu

--------------
Biru yang cumil...

218.208.237.:-)

eyzlyn
Pengendali
9. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 09:02:43 pagi    [Edit]
haku rasa mcm supplement jugak kot

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

rockgirl
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 09:10:25 pagi    [Edit]
ooooo mesti ala2 vetamen nie...

--------------
Biru yang cumil...

218.208.237.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 09:12:34 pagi    [Edit]
Shaklee ni makanan tambahan la sama mcm Amway.. CNI.. yg membekalkan supplement




--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 09:16:04 pagi    [Edit]
oooooo....timer kasih kak Liz Dee...baru la tahu Shaklee tu apa...
ada soy protein?musti sedap tu...teringin la plak..

--------------
Biru yang cumil...

218.208.237.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 10:31:01 pagi    [Edit]
tp aida penah dgr orang kate...
shaklee nih... sebahagian keuntungan die
untuk orang yahudi..
ntah laa

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

60.48.63.:-)

acen1010
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 11:46:34 pagi    [Edit]
Topik ni sebenarnya pernah dibincangkan sebelum ni dalam MDC. Infact MDC lama sekali, MDC baru lagi sekali. And now Lagi Sekali! Kira all out, 3kali dah diperbincangkan.

Msg pertama dari MDC lama http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?13.0000002791

Dan lagi pasal lawsuit tu, Shaklee memenangi perbicaraan itu dan lepas dari saman tersebut. Jika ada apa2 permasalahan, sila berhubung dengan pihak Shaklee sendiri utk mengesahkan cerita tersebut.

pasal biaya yahudi pulak - no komen. Boleh fikir sendiri pasal hal ni. Beli ubat gigi, panadol (smith kline), sabun.. agak2nya ni produk saper? Pakaian yang kita pakai, levi's, kasut, ... keluaran syarikat mana? Think.. think.. and think..

Tenkiuuu...

* Mesej ini telah disunting oleh acen1010 pada 14hb Jun 2005, 11:52:54 pagi

192.94.94.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
15. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 11:24:24 pagi    [Edit]
Yess setuju dgn acen1010..
Bg 5 bintang

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

eicha
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 11:48:34 pagi    [Edit]
kalau dah terbukti shaklee or any other products support yahudi, maka sebagai islam kita ada pilihan utk terus membeli atau berhenti. bukannya tak pakai jeans levi's bley mati pun.. byk la jenama lain yg kita boleh beli.

setidak-tidaknya, tu la sumbangan kecil (selemah˛ iman)kita ke arah memerangi musuh islam. sekali lagi saya emphasize kan... andai kata memang terbukti depa ni support yahudi.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

acen1010
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 12:09:08 tghari    [Edit]
eicha, benar.. apa yang anda sebutkan mmg benar2 belaka...

saya taktau nak bagi contoh orang lain, saya bagi contoh saya sendiri ya.. daily life saya bersangkut paut dengan persekitara masyarakat majmuk. saya sendiri bekerja dalam syarikat orang putih (yahudi?). Rezeki saya bagaimana? Setiap hari pakaian saya, termasukla levi's jeans yang saya pakai setiap hari ke tempat kerja keluaran org putih (yahudi?). Jam yang saya pakai.. ada orang islam buat? brand apa? jika ada ingin sangat saya memakainya (really!). Kasut/setokin/gelang/ - made of? memanglah tak mati kalau tak pakai.. ( please think before u say espc bab mati tu... bila berbicara tentang "nasihat" seeloknya menggunakan ayat yang indah.)

say, say watever u want to say (narrow minded or watsoeber)..

so far belum ada bukti sahih yang terang2 shaklee support yahudi. Cuma mungkin yang diperdebatkan adalah produk shaklee dari US (yahudi?), maka secara tak langsung ianya berkait rapat. Tapi utk mengatakan saya support yahudi tentu tidak sekali. Banyak lagi produk barangan dari US, say like Amway, Sunrider, SKII, MAC dll (just to name a few) yang seangkatan dengannya (US based/multinational company = nonmuslims).

sometimes, bila citer macam ni.. muhasabahkanlah diri, amati dan cuba halusi setiap perkara..

192.94.94.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 12:09:19 tghari    [Edit]
Yes setuju eicha. Betul jugak tu.. Cuma market kita skrg maybe hampir dikuasai oleh product bukan Islam.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
19. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 12:12:26 tghari    [Edit]
nak produk islam beli FDR.. he he macam nak promote jer

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.22.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 12:39:54 tghari    [Edit]
Hehe cibok jer qyrana..

Liz dah pernah beli ubat gigi tu QB.. Eh nak tanya.. yang sabun tu pun Islam punya prod ya.. ?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

acen1010
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 1:16:54 tghari    [Edit]
QB,
Promote jgn tak promote..

Liz,
Nak tukar total produk mungkin agak sukar.. tapi one step at a time, dan bersabar.. insyaAllah bleh switch to islamic produk...

192.94.94.:-)

salsham
Ahli Setia
22. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 4:04:28 ptg    [Edit]
senang ckp, kalau rasa was2 x yah pakai... menda halal pun jadi haram kalau was2!!

--------------
diammmmmmm......Barisan depan!!!

211.25.50.:-)

kedah2010
Ahli Baru
23. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 4:18:55 ptg    [Edit]
, ,meh sini, shaklee ni memang baguih bagi yang dah biasa pakai,tapiiii kapsulnya sahaja.yang lain tu ok rasanya.kalau nak jelas boleh refer kat PPIM ,layarilah lawan webnya atau contact no ni: 03-4256 6618.Kawan-kawan nak jadi pemantau halal haram pun boleh.

202.161.129.:-)

dowry
Ahli Baru
24. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 10:41:43 pagi    [Edit]
kalau tak salah aku yg mjd isu tu cuma kapsulnye sahaja..dlm produk shaklee ada 5 jenis vitamin yg gunakan kapsul - vit E, GLA , beta carotine dan satu lagi lecithin kalau tak silap aku le..
shaklee ambil kapsul tu dari syarikat lain yg memang ada sijil halal tak ingat dari mana tapi aku pernah tengok sijil ni masa gi beli barang kat shaklee Shah Alam kita boleh minta sijil ni kalau nak tengok...biasa la persaingan dlm MLM isu ni akan di panaskan dari masa ke masa.
lepas ni akan ada lagi org fwd.

macamana pula kapsul yg kita ambil dari farmasi dan klinik sah ke halal nya?
teringat dulu, tak lalu nak telan nona roguy so aku dan kwn kwn aku pakat beli kapsul dari maidin masukkan serbuk tu dalam kapsul masa tu tak tau pun kapsul yg kami beli tu halal ke haram.
aku memang ambil produk shaklee setakat ni , produk ni yang paling terbaik bagi aku terutama kalsium. kalau tak caya sesapa yg mengandung biasanya mengandung perlukan kalsium lebih dari selalu utk pembentukkan tulang baby, kalau kurang kita akan rasa sakit gigi sbb kalsium akan ditarik dari gigi dan tulang ibu jika tak cukup bekalan
kalau sakit gigi ambil 2/3 biji sakit hilang serta merta..(masa mengandung)

192.228.129.:-)

Mann70
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 10:52:50 pagi    [Edit]
alahai letih le terangkan..dlm sembang kesihatan dah aku terangkan dulu..pi le check kat sana

ni sijil shaklee



dan yg ni kes yg shaklee menang kat mahkamah shah alam..

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2002&dt=1103&pub=utusan_express&sec=corporate&pg=co_09.htm&arc=hive

byk lagi benda tak halal yg kita dah makan...tak de kecoh pun..dulu kes KFC tak halal..kes McD, dan macam2 lagi..

hanya 5 produk je yg guna geletin...bukan produk shaklee yg tak halal..
vitamin shaklee tetap halal seperti vita c, vita-lea, b-compleks, protein..dll

192.228.129.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 11:06:52 pagi    [Edit]
Nak tanya capsule tu maksud u all mcm ni ke mcm ni?



--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

eicha
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 11:21:05 pagi    [Edit]
acen,

maaf andai my previous posting buat u terasa. i have no idea u keja kat mana pun. macam i kata.. ANDAIKATA TERBUKTI sokong yahudi. disarankan pelan˛ la tukar jenama. ni semua pilihan memasing. kalau nak beli apa jenis jeans ke, jam, baju, stokin etc bergantung pada pilihan sendiri. u yourself decide...

ayat saya tak sebut pun suruh ban keluaran US. saya katakan:

quote:
maka sebagai islam kita ada pilihan utk terus membeli atau berhenti


harap takde la melenting pasal statement.

--------------
I'm Knackered

202.58.85.:-)

Mann70
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 11:29:45 pagi    [Edit]
baik dikonci je topik hal isu halal haram ni, sebab masing2 ada pendirian..

ASB yg kita labur tu gerenti ke islamic cara pelaburan dia..
Tabung Haji ? hemmmmmmm...lesap RM20 juta duit company aku..dah 4 thn kes ni berjalan di court.
KFC yg kita makan yg ada tanda halal tu ke mana pula duit disalurkan..

kalau bab2 nak kaitkan dgn yahudi ke, amerika ke..kita kena pastikan dulu...ada bukti baru boleh nak sembang...
kalau setakat dgr2 cerita je, baik kita diam je..
sebab kita ada menimbulkan keraguan kpd org lain...

jadi saya rasa tak yah le kita bertegang urat pasal halal haram produk seseorg...
kalau nak makan, makan je le...tak de sapa paksa..

kalau rasa tak sesuai ke, haram ke..jgn makan...

tak de sapa2 rugi pun..

nak dptkan sijil halal kena bayar bukan free..

192.228.129.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 11:30:12 pagi    [Edit]
Apapun.. SHAKLEE mmg bagus la .. Fully recommend

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

Mann70
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 12:02:32 tghari    [Edit]
quote:
Apapun.. SHAKLEE mmg bagus la .. Fully recommend


hehehe..
shaklee kan pengasas vitamin yg bermaksud VITA (Vitalised) MIN (mineral) sejak 1915 lagi..

nama vitamin yg kita sebut sekarang ni dtg dari penyelidikan Dr Forrest C Shaklee yg mengidap barah dan sembuh dgn hanya makan vitamin yg diciptanya...


192.228.129.:-)

acen1010
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 12:27:04 tghari    [Edit]
eicha, ... nohatfilinggg.... no hal punya. Btw, apa yang disarankan mmg benar pun. Saya pun tak bangkang.

Liz & Mann,
Memang disarankan. Tapi walau baik macam mana pun, kalao tak rasi ngan badan, susah gak nak cakap kan? kan?

p/s :-bercakap atas pengalaman.. my mom kalau makan ikan darat yang orang kata sedap2 tu pun bleh muntah2. Tu lom lagi baunya.. perGHh.. member dah siap lari2 ke toilet ngalahkan orang ngandung...

192.91.75.:-)

daruihsutan
Ahli Baru
32. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 5:16:24 ptg    [Edit]
Assalamualaikum,

Apapun lah evident yang dibagi kat sini, bagi saya ikut msg IFANCA , (log on www. ifanca.org/news) sendiri terang terang dia kata mereka tak certified...ikut korang lah nak pakai ke tak. Tanya iman tanya badan..nak makan....badan tu jugak yang menanggungnya nanti.

Saya nak pesan saja, hati yang baik berasal dari makanan yang baik, kalau hati dah gelap untuk beza halal haram...tentu ada masalah kat hati tu...saya suka baca posting yang kata kalau dah ada pilihan lain, kenapa masih mahu pada yang was-was.

161.139.115.:-)

Mann70
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 4:36:46 ptg    [Edit]
Ramai dah ustaz2 yg makan, budak tahfiz di sekolah pondok di temerloh makan...
master2 shaklee dah melawat kilang nya...

kalau nak makan, makan lah yg tiada geletin...hanya 5 produk je yg dipertikaikan...yg lain semua halal...

192.228.129.:-)

acen1010
Ahli Aktif
34. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 5:15:17 ptg    [Edit]
hehhee....
kan dah kata, kalau was2 baik ditinggalkan. Tidak menjadi hal, sesungguhnya itulah yang sebaik2 perkara. InsyaAllah.

192.91.75.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005