Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 25hb Ramadhan 1435 @ 23hb Julai 2014, 11:44:10 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Sastera & Budaya  
(Pengendali : Aki, DaniaAlia)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Borak : Novel dan Penulis Melayu (17)
icecreamgirl
Ahli Produktif
51. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 4:37:08 ptg    [Edit]
ok geng.. ari ni aku rembat satu lagi buku ..
sekarang ni mood nak baca buku alaf21 ngan CESB dah tertutup.
nak ubah selera lak... beli buku terbitan fajar lak...

kali ni aku ambik karya Lily Rozita... hehehe..
tajuknya BUKAN CINTA BIASA



ni sinopsis dia...

"Hari ni pengasuh baru Yasmin nak datang! Riz tak nak balik ke?"
"Bonda sajalah yang uruskan, besok Riz balik!"
"Kenapa tak hari ni saja?"
"Riz ada hal penting, besok Riz balik!"

Di sinilah terdetik cinta yang tak dirancang setelah dia ditemukan dengan Ayu Farhanah; pengasuh baru anaknya itu.
Yasmin Hannah sukakan Ayu lalu malam itu diajaknya tidur bersama. Sewaktu Yasmin ke tandas, Tengku Muda baru saja pulang lalu masuk ke bilik. Disangkakan anaknya yang tidur lalu dipeluknya penuh kerinduan tubuh yang terkujur.
Agak terkejut kerana tubuh itu agak besar berbanding tubuh anaknya. Perlahan ditariknya gebar dan terlihat keayuan wajah bujuh sirih seorang gadis yang tak dikenalinya. Wajah yang sedang lena tidur itu ditatapnya kemas-kemas..begitu lembut..begitu tenang, cantik, ayu dan mempesonakan.
Walaupun kulitnya hitam manis, tampak begitu licin dan mulus sekali. Tidak terlihat walau sebiji jerawat tumbuh di wajahnya.
Alis matanya panjang dan melentik. Tahi lalatnya terletak indah di bawah bibir yang seolah-olah sedang tersenyum kepadanya.
Di sinilah bermulanya cinta luar biasa yang mula menghantui hidupnya; Dia seorang duda. Tetapi telah pun mengikat tali pertunangan dengan Raja Rita Aida.
Dia tak dapat membohongi dirinya yang telah mula terpaut dengan Ayu Farhanah.
Inikah yang dikatakan cinta pandang pertama ?
Kalaulah Ayu Farhanah membalas cintanya, bagaimana pula dengan tunangnya?

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

ella973
Ahli Produktif
52. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 4:52:02 ptg    [Edit]
ada tak kedai buku man2 tgh sale... nak beli buku cesb la..

--------------
Amway/DCL/Salindah/T&K/PF/Be-Nice/Tupperware/ANGGUN~ella973@hotmail.com/YM:eljoe73/012-2728944

219.93.8.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
53. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 11:34:14 mlm    [Edit]
rockgirl...citer HARYATI kat tv tu memang pon di adaptasi dari karya pak hamka tu...tenggelamnya kapal van der vick.aku pernah baca novel tu...last ending haryati akan mati kat kapal ver der vick tu....tapi dah ingat2 lupa aa...cam mana story penuh.citer tu dah ilang dalam simapan aku.ko ada baca gak eh citer tu?

nettbiru...nampak gayanya mg tak akan beli ler aku citer semusim rindu tu.bak kata bad...kisah cinta yang tipikal...mungkin dah boleh agaknya jalan ceritanyaaa...

eskrem ehh....napa plak ko tak de mood nak beli citer dari cesb dengan alaf lak?dah bosan ker...?eerkk...pelik gak aku ni....hmm...
tu sinopsis budakn cinta biasa tu...cam tipikal jek.pon tak hengat ni masih lagi kisah anak2 raja ke?ahahaha..silalah ko baca dulu nanti bitau aku ehh...citer tu best ke tak?tapi ntah bila ler ko baru abes...aku rasa ada bape buah buku lagi ko tak baca ni.hmmm...

ella...kalau ko nak cari kedai buku yg ada sale..rasanya tak de ler potongan banyak2...kalau ada pon 10% jek.kalau potongan banyak2 pon mesti kat novel2 lama...cam kat minerva tu ke...hmm...nak carik buku cesb ker?ko pi masuk website cesb.skg ni kita buleh baca 7 muka surat setiap novel yg dorang promote...ok gak tu cesb buat cam tu.lain dari yg lain...aku suka masuk situ...selak2 novel2 kat situ...
ko masuk sini...
cesb.net.my

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.153.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
54. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 08:38:08 pagi    [Edit]
lobak,

aah,aku dah baca novel tu..aku pun ingat2 lupa.Tapi Haryati ni ada oter2 sikit dr karya sebenar pak hamka tu..kenapa dia oter ye?tak nampak real dah antara karya pak hamka dan drama haryati tu.Ko takder dengar ke apa2 novel triller terbaru?aku novel2 cinta tak reti nak membaca...kalau novel2 ramlee awang tu boleh...tak pun novel2 sastera betul..mcm arenawati ke...

--------------
Biru yang cumil...

218.208.242.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
55. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 09:30:03 pagi    [Edit]
putri baru beli novel ni DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU.
tak baca lagi...sebab tengah nak habiskan CINTA PERTAMA.

DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU ni buku dah lama keluar....dengar orang cerita best...tu yang teruja nak beli tu...mahal gak...nipis je bukunya tapi RM36.00...

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
56. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 09:52:59 pagi    [Edit]
Puteri...

aisye.... kite pun dah lama carik citer tu.... beli kat ner.... citer tu mmg best oo... cari2 tak jumpa a...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
57. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 09:59:21 pagi    [Edit]
icecream...

kat...alamak...apa nama kedai buku tu...kat jalan TAR tu...geng2 MINERVA...

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
58. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 10:26:12 pagi    [Edit]
Puteri..

kalau takat minerva tu no hal... oklah thanks for the info...
petang ni gak p carik...
huahuahauha... aku dah kembali mereng...
sekarng tak moh baca lagi buku CESB ngan alaf21...
nak tukar selera lak....

buku TAKAGI SAYANG tu lawak a.... dan mencemaskan... best2..tak sabar nak abiskan...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
59. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 10:35:03 pagi    [Edit]
hari tu putri beli DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU (RM36.00) dengan DIA LEBIH MENGERTI (RM20.90)...dua2 bukan keluaran CESB atau ALAF tapi memang best...DIA LEBIH MENGERTI tu karya Norhayati Berahim keluaran syarikat dia sendiri...dapat diskaun cuma bayar RM55.00 je....

TAKAGI SAYANG sape penulisnya?

putri ni jenis suka beli...baca kemudian tak pe...hehehe...dah banyak dah koleksi novel...paling banyak novel ALAF 21 la....

* Mesej ini telah disunting oleh PutriAntasha pada 16hb Jun 2005, 10:36:58 pagi

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
60. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 11:22:57 pagi    [Edit]
Putri..

TAKAGI SAYANG hasil karya NOR ERNY OTHMAN. Penulis ni ada gak lepak kat sini... Irene.. heheheeh.... ni sinopsis dia..

Mahligai perkahwinan yang dibina penuh indah. Disulam pula kasih dan cinta. Tetapi, kehadiran si dia yang pernah menyelamatkan nyawanya mengundang dilema. Si dia hadir meminta simpati, setelah hamil akibat diperkosa. Si dia perlukan suami?.
Demi menutupi onak diri yang sememang bukan kerelaannya. Mampukah diterimanya sedangkan dia bahagia bersama si isteri. Sanggupkah dihancurkan istana bahagia itu demi membalas jasa seseorang yang pernah memberikan nyawa padanya suatu ketika dulu ?
Siapakah yang akan mengerti dan menyebelahinya ?



Seronok baca... Suami suka sakat isteri.. tapi terlalu rapat dengan kawan baik sendiri sampaikan isteri cemburu. Rasa geram kat Aznil tu... tapi kekadang suka ngan watak Aznil.... suka gurau2... sama cam suami ku..wakakakakaka....

buku ni terbitan Fajar Publisher..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
61. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 11:35:23 pagi    [Edit]
TAKAGI SAYANG.... nak kena beli ni...ekekekeke...

TAKAGI tu apa ek?

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
62. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:11:27 tghari    [Edit]
Putri...

nilah maksud TAKAGI .. petikan daripada irene sendiri..

quote:
takagi tu sebenarnya gelaran untuk Aznil berdasarkan cerita favourite adik-adik si Dian. Itu je diambil sempena nama Takagi Sayang.


aznil tu watak utama... suami kepada Dian..

belilah... walaupun nipis tapi rasa sayang nak abiskan...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
63. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 12:37:16 tghari    [Edit]
oooooooooooooo....ok...ok....10Q....

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

matiara1
Ahli Baru
64. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 1:54:07 tghari    [Edit]
hai sume... lama tak lepak sini...
citer pasal TAGAKI SAYANG, bukan ke same kat pusat karya???

ni nak bagi maklumat baru....
buka akhbar METRO, ada jualan pracetak CESB. empat buku semuanya

1. Kau yang satu Haimy Ajmin (baru mungkin) aku tak beli
2. Bahagia itu miliknya Rozita Abd Wahab -- mesti beli
3. Realiti Abdul Rahim Awang -- mesti beli
4. Tunjukkan aku satu bintang John Norafizan -- mesti beli

TUNJUKKAN AKU SATU BINTANG, merupakan sambungan dpd novel John yg pertama, SEMPADAN TANPA SERI....

JIKA membuat pesanan, akan dpt 20% less. esok juga akan ku poskan cek aku ke CESB...

wassalam....

--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

matiara1
Ahli Baru
65. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:09:47 ptg    [Edit]
ini tajuk BUKAN CINTA BIASA juga tapi aku compile dari mane yerk??? pusat karya jugak kot? best citer dia sampai 139 pages.....

BAB 1

Pagi-pagi lagi Siti sudah menjerang air dalam periuk besar. Sambil-sambil itu, tangannya pantas mengupas kulit pisang nipah yang sudah masak ranum. Isinya kuning, kalau digoreng garing memang membangkit selera. Lebih-lebih lagi dimakan waktu pagi-pagi begini. Kena dengan air kopi. Uhhh…. Siti menelan liur.

Dia membancuh tepung gandum. Dicampur sedikit dengan tepung beras. Kemudian, telur dipecahkan. Bubuh sedikit garam. Kemudian gaul rata-rata. Siti senyum puas. Dimasukkan satu persatu pisang yang telah dikupas kulitnya. Isinya elok, dan tidak bonyok. Biasanya pisang yang masak dipokok lebih manis rasanya dibandingkan dengan yang diperam dengan kobalt. Sebab itu dia tidak suka kalau emaknya beli pisang di luar. Kalau nak makan, tunggulah pisang-pisang keliling rumah masak. Kadang-kadang dalam satu masa, 2-3 tandan pisang masak serentak . Jenuh pula hendak dimakan. Kalau Kak Melah atau Abang Mohsin balik, mereka memang angkut ke bandar. Siti tahu, anak-anak mereka memang suka makan pisang goreng.

Dulu, ada juga peraih datang naik lori, untuk bawa semua pisang-pisang ke bandar. Tapi, sejak kejadian banjir setahun lepas, banyak pokok-pokok pisang yang mati. Kalau ada pun sepokok dua yang hidup subur tepi parit. Setelah minyak panas, Siti masukkan dua-tiga ketul pisang ke dalam kuali. Dia mejenguk seketika periuk besar yang berasap. Sekejap lagi, bila air masak, dia ingin membancuh kopi pula. Lepas bancuh kopi, dia perlu menyidai kain di ampaian depan rumah.. Biasanya pagi-pagi begini, emak yang menyidai kain. Tapi hari itu, pagi lagi emaknya sudah turun ke bawah. Ke kebun kelapa untuk memetik pucuk ubi. Entah apa angin emak, tiba-tiba teringin nak masak pucuk ubi. Siti bukannya suka sangat.

Siti menjenguk ke luar. Kelibat emak tidak kelihatan. Siti perhatikan saja ke arah kebun kelapa tidak jauh dari rumahnya. Kelapa-kelapa di situ semua nya sudah tua-tua belaka. Sudah tidak banyak hasilnya. Tapi di hujung kebun, ada sungai kecil yang airnya jernih tapi cetek. 2-3 ekor lembu bapa ditambat di situ. Siti cepat-cepat beralih ke dapur semula untuk mengangkat pisangnya. Dia membancuh kopi, dan meletakkannya di atas meja. Terlihat bapanya sedang mengelap topi keledar.

"Bapak nak kemana ni. Tak menoreh ke hari ni.” Siti bersuara. Dilihat bapanya berpakaian kemas pagi itu. Biasanya kalau ke kebun getah, bapa pakai baju kemeja pendek yang sudah capuk-capuk di seluruh bahagian. Seluar kain khaki pula sudah keras, berbintik-bintik hitam kesan susu getah yang melekat. Baunya tengik. Selalu bapa sangkutkan di dinding luar supaya kering di sapa angin.

"Bapak nak ke bandar kejap. Mak kau mana.”

"Mak cari pucuk ubi.” Balas Siti pendek. Dituangnya air kopi ke dalam cawan. Asap berlegar-legar di permukaan cawan sebelum pecah dibawa angin pagi.

"Pergi teriak mak kau..” Bapanya tarik kerusi lalu duduk menyandar.

"Mak kat bawah sana…..” Siti rasa malas sangat hendak turun ke bawah. Malam tadi hujan lebat. Tanah tepi sungai mesti becak dan selut.
"Pergi panggil mak kau…"

"Iyerlah..iyerlah…..” Siti cepat-cepat beredar. Menyarung selipar jepun yang sudah haus tapaknya. Tapi baru beberapa langkah di atur, Siti tersenyum lebar bila melihat emak berjalan ke arahnya.

"Kau dah buat air Siti.” Plastik berisi pucuk ubi di sangkut atas paku tepi pintu.

"Dah….”

"Sidai kain.”

"Belum…"

"Pergi bukak reban ayam. Tu…hampas kelapa tu pi bagi ayam makan….” Siti cepat-cepat masuk ke rumah, mencapai mangkuk plastik berisi hampas kelapa.

"Conit dengan Lonjang jangan kasi keluar. Nanti berak depan rumah. Busuk. Musim hujan ni tanah lembab….” Mak Jah mengibas muka dengan tuala kecil.

"Bapak panggil mak…"Siti bersuara sebaik selipar disarung semula. Mak Jah tidak menyahut. Tapi Siti tahu, emaknya pasti bersarapan dengan bapa. Bapa memang tak suka sarapan atau makan sorang-sorang. Walau jauhnya emak waktu itu, bapa akan suruh jugak Siti pergi mencari. Siti sudah faham benar.

Siti berjalan ke arah reban ayam yang diperbuat dari papan dan jaring dawai. Sekali ditarik, pintu dawai terbuka. Bercempera haiwan-haiwan tersebut melepaskan diri. Suara riuh rendah memecah hening pagi. Siti berundur ke belakang takut ayam-ayam itu menerpa ke arahnya. Hampas kelapa ditabur di sekeliling reban. Berceratuk ayam-ayam itu memagut hampas. Berebut sesama sendiri.
Selesai semua hampas ditabur, Siti ke reban kecil di bawah pokok nangka. Dia membongkokkan badan. Conit dan Lonjang, dua ekor angsa kesayangannya menjulurkan kepala. Siti menghulurkan tangannya dicelah-celah jaring. Dia tidak pernah rasa takut kalau-kalau angsa-angsa itu memagut jemarinya.

Rasa simpati melihat kedua-dua ekor angsanya. Siti berhasrat hendak membuka saja pintu reban tersebut. Dia lebih suka kalau Conit dan Lonjang dapat berjalan-jalan mencari makan sendiri sekeliling rumah. Tapi emak tidak benarkan. Emak marah kalau Conit dan Lonjang berak depan pintu. Busuk. Hari-hari emak terpaksa kambus tahi Conit dan Lonjang yang berlonggok depan pintu dapur. Conit dan Lonjang angsa manja. Walau dihalau pergi, tetap berkeliaran di sekitar depan dapur rumah. Menunggu-nunggu kalau dicampakkan nasi sejuk.

Akhirnya pintu reban di buka. Conit dan Lonjang terkedek-kedek keluar sambil leher panjangnya teroleng-oleng. Sekejap menjulur tinggi, sekejap menyudu-nyudu di tanah basah. Siti tersenyum lagi. Kalau emak marah, Siti janji akan kambus tahi angsa-angsa itu. Walaupun Siti sendiri tidak suka dengan kerja itu.

Siti kembali ke dapur. Dilihatnya bapa dan emaknya masih belum habis bersarapan. Siti menghampiri emaknya.

"Dah bagi ayam makan.” Siti angguk perlahan.

"Dua ekor ayam yang dalam sangkar tu jangan dilepaskan pulak. Itu bapak kau nak sembelih nanti" Sambung Mak Jah lagi.
"Mak nak masak ayam ke hari ni.” Tanya Siti lalu menarik kerusi.

"Mak nak buat rendang…. nanti Siti tolong perah santan ye…"Siti angguk, tapi dia pelik.

"Kak Melah nak balik ke mak.” Tanya Siti lagi.

"Tak lah….”

"Habis tu.” Air kopi dituang dalam cawan.

"Kawan bapak nak datang…. Siti bukannye kenal pun…" Balas Mak Jah.

"Emmm…..patutlah bapak nak ke bandar. Bapak nak beli buah ye.” Pak Seman tersengih mendengar pertanyaan anaknya itu. Dia mengangguk-angguk.

"Nanti Siti tolong sapu sikit depan rumah. Mak nak masak. Lepas tu Siti mandi, pakai baju cantik-cantik ye…"Siti renung mata Mak Jah.

Pakai baju cantik-cantik? Siti semakin pelik. Kenapa mesti pakai baju cantik-cantik. Emak dan bapak nak berjalan jauhkah? Siti tinggalkan kedua orang tuanya menyambung bual. Dia tidak mahu masuk campur. Ada banyak kerja yang harus dia lakukan. Sejak Kak Melah Berkahwin dan mengikut suaminya ke Melaka, Sitilah yang diharapkan untuk menolong emaknya. Kalau emak dan bapanya pergi menoreh, sehari suntuk Siti di dapur. Kadang-kadang sampai emak dan bapanya balik pun, dia belum sempat memasak. Pagi, dia membasuh kain, bagi ayam makan, mengemas rumah. Petang, dia melipat kain. Kalau banyak sangat daun nangka yang gugur depan rumah, dia akan sapu sampai bersih.

Kadang-kadang dia akan ikut emaknya ke kebun ubi tidak jauh depan rumah. Tapi biasanya dia akan curi-curi keluar waktu petang. Pergi ke padang bola sebelah Balai Raya. Di sana, ada ramai kawan-kawan sekolahnya yang suka berkumpul bersama. Di situ dia akan bertukar-tukar cerita terutamanya dengan kawan baiknya Murni dan Shidah. Murni dah Shidah sama nasib dengannya. Sehingga sekarang masih belum mendapat kerja. Untuk menyambung pelajaran, rasanya mustahil. Siti sudah putus asa setelah 4 kali permohonannya tidak ada sebarang jawapan. Siti tidak mahu menunggu lagi. Dia yakin permohonannya itu gagal.

Siti bergegas ke depan rumah menyidai kain. Sambil itu dicapainya penyapu lidi di bawah kolong rumah. Disapunya daun-daun nangka yang gugur di laman. Terasa berat tangannya menolak penyapu lidi itu. Tanah yang lembab menyalut helaian-helaian daun. Dia mengaut dedaun dengan pongkis rotan, lalu melonggokkannya di perdu pokok kelapa yang tinggal tunggul. Esok kalau hari cerah, dia akan bakar-bakar sampah-sampah itu. Waktu hujan-hujan begini, jirus sebotol minyak tanah pun, tak akan hidup api pada longgokan sampah tersebut.

Selesai semuanya, Siti masuk ke rumah semula. Diseka peluh didahi. Terasa melengas badannya. Sekejap lagi dia ingin mencurahkan tubuhnya dengan air kolah yang dingin. Pagi itu pasti bertambah dingin dek hujan yang turun malam tadi.

--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
66. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 2:46:12 ptg    [Edit]
matiara...

METRO bila??
hari ni punya tak jumpa pun...page berapa?

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

GitarTua76
Ahli Produktif
67. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 3:11:13 ptg    [Edit]
Puan²..terima kasih

GadisIcecream;
Nama kedai tu mmg Pertama BookStoore ke? Dalam bangunan Pertama ke?
Terima kasih.

Lobak blue;
Terima kasih..petang ni saya cari dan jalan² ke situ.

--------------
- Meor, Hanan dan Natrah ... mencari petang -

203.115.199.:-)

matiara1
Ahli Baru
68. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 3:17:19 ptg    [Edit]
PutriAntasha (sedara ngan putri gunung ledang ke?)

akhbar METRO semalam, 15 Jun 2005, page 7 ke 8 gitulah....


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
69. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 3:18:31 ptg    [Edit]
matiara...

laaaaa....ingatkan hari ni punya...puas dok belek...anyway...thanks

bukan sedara PGL tapi Putri Hang Li Po....

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
70. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 08:01:44 pagi    [Edit]
sol
quote:
lobak,

aah,aku dah baca novel tu..aku pun ingat2 lupa.Tapi Haryati ni ada oter2 sikit dr karya sebenar pak hamka tu..kenapa dia oter ye?tak nampak real dah antara karya pak hamka dan drama haryati tu.Ko takder dengar ke apa2 novel triller terbaru?aku novel2 cinta tak reti nak membaca...kalau novel2 ramlee awang tu boleh...tak pun novel2 sastera betul..mcm arenawati ke...

mesti ler sol...dah semestinya citer HARYATI tu kena di komers i a l kan sket...kalau karya pak hamka semestianya juga ia lebih tulus dan telus...betoi tak jenet?ehhehehe...
ko sebut pasal karya arenawati...hmm..yg betulnya dulu ada gak aku baca karya2 dia...cam SAKURA MENGORAK KELOPAK, BUNGA DARI KUBURAN dan ada bape yg lain.cam karya a samad said, shahnon ahmad pon aku ada baca...tapi tu dulu aa.skg ni aku dah beralih yg lebih komers i a l ...

matiara
betul eh ada cesb ada kuar lagi pracetak?mm...nanti nak belek2 metro ler...anyway thankx for info....

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.166.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
71. Dihantar pada 19hb Jun 2005, 7:09:03 mlm    [Edit]
tadi aku dok surfing cari2 info tenang novel...ada plak aku terjumpa satu website ni.novel maya melayu pertama.maknanya membaca novel secara online.bagus gak baca cam ni.ni aku kasik direct link ni...

http://www.liriklagu.com/imnogman/NovelMaya.html

apa-apa pon kita kena jaga copyright intellectual property.hak orang...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.168.:-)

matiara1
Ahli Baru
72. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 10:19:02 pagi    [Edit]
hei geng!

lagi info baru....
novel terbaru NORHAYATI BERAHIM
keluaran ALAF 21
bertajuk BUKAN TAK SAYANG

berada di pasaran


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

entahler
Ahli Baru
73. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 10:33:25 pagi    [Edit]
tumpang tanye..


untuk semua lelaki yang pernah kucintai tu penulisnye siapa ye?macam best nengok respon korang..

matiara1,
bukan cinta biasa tu alaf21 ke cesb? sape penulis ye..?pun best..

202.188.130.:-)

matiara1
Ahli Baru
74. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 10:59:50 pagi    [Edit]
enteh ler,

UNTUK SEMUA LELAKI YG PERNAH KUCINTAI - NOR ERNY OTHMAN - GHOSTWRITTER

BUKAN CINTA BIASA Lobak version dpd novel fajar
saya punyer version, koleksi peribadi.....


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

anieaina
Ahli Baru
75. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 11:22:11 pagi    [Edit]

Lama dah bersantai disini. Cuma jegok je. Apa khabar semua.
Skrg aku tengah nak habiskan novel Nota Luka III.

Matiara1

Novel kak Yati tu tajuk dia 'SAYANG TAK TERUCAP' atau BUKAN TAK SAYANG

Lobak

Kalau nak ikutkan byk lagi novel online yg ceritanya blh dikatakan best2 juga.

--------------
Haruskah sebuah kehidupan yg dibina bersama cinta dan harapan dihancurkan dgn kebencian

219.95.164.:-)

matiara1
Ahli Baru
76. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 11:37:56 pagi    [Edit]
anieanina
huahahahaha aku nampak sepintas lalu kat megastore giant....
belum beli lagi. yer lah tu tunggu kat site alaf.....

--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
77. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 11:41:15 pagi    [Edit]
matiara
quote:
BUKAN CINTA BIASA Lobak version dpd novel fajar
saya punyer version, koleksi peribadi.....


cam mana ko bleh ada version koleksi peribadi?ke ko sendiri yg tulis citer tuh?ehehehehe...sila jawab wahai anak matiara yg dah menimbulkan kekeliruan kat aku nih...



pasal novel kak yati plak...ko senarai ler bape banyak novel yg dia dah kuat untuk tahun ni saja...1 pon aku belum dapatkan.sedia maklumlah...



anieaina
hahahahah....serius aku baru jek tau ada novel yg leh baca secara online.secara peribadi aku dok pk....nape plak si penulis tu nak siarkan secara online?betapa ruginyaaaaa...kan jenet kan...?


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.158.:-)

matiara1
Ahli Baru
78. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 12:17:37 tghari    [Edit]
kah kah kah lobak, lobak

pagi ni ko macam kene angin pus pus jek ???

actually cerpen atau novel yg aku baca tak kire ler dari site manapun, aku mesti simpan punyer... dlm forder aku nih.... sebab aku tak leh baca bila online... tak sempat... bila boss ellek, baru aku bukak balik, edit lawa-lawa bagi kaler biru, besorkan sikit tulisan baru aku serious baca....
ko nak senarai? tak yah ler.... bannnnyakkkk

kalau ko tanyer novel kak yati untuk 2005 ni jek? pergh! kopak duit jugak beb, sebab 2 atau 3 novel terbitan yg berlainan. kayo kak yati kita.....

aku dah try bukak dah yg novel online tu... fenin lah... site ni jugak yg best tapi banyak penulis yg dah menyepi......


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
79. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 12:40:52 tghari    [Edit]
matiara...
ahahahhahaha...memang pon tgh kena angin pus pus ni...
ok citer balik pada persoalan.ni aku dok pelik...mana2 novel yg di siarkan (yg ko senaraikan tu)biasanya bukannya dalam fully story kan?ada tak de pon dorang kena jaga hak dorang.kang ada jek tak bertamadun tu dok copyright.kalau ada pon banyak dah dah edit sana sini...tak sama gak spt yg dah di jilidkan dalam novel.

kalau citer psl novel kak yati....aku plak sepanjang novel yg dia dok tulis buleh kira dengan jari jek novel dia yg aku ada.ada 4 buah kot...selebihnya aku pinjam!tau kan sebabnya kenapa?


* Mesej ini telah disunting oleh lobakbiru pada 20hb Jun 2005, 12:44:15 tghari

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.158.:-)

matiara1
Ahli Baru
80. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 1:05:20 tghari    [Edit]
lobak,

novel @ cerpen dlm koleksi aku nih tak de dlm pasaran... kecuali TAGAKI SYG. itupun aku paste dpd pusat karya.

diaorg ni pun bukan calang calang penulis. aku pun heran, apasal diaorg tak publish utk dijual.

yg ade tu bukan nipis tau, ade yg mencecah 400 m/s. tapi semua aku simpanlah tak delah aku copy balik lepas tu paste kat mane mane group ke... itu palagiat tak sekolah.

pegi tido, hilang sikit angin ko tu.... aku kat opis membaca DIUSIK SAYANG - SITI ZABEHA IBRAHIM.


--------------
pada siapa akanku wariskan novel-novel ku ini kerana anakku lelaki semuanya - azma

219.95.48.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
81. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 4:50:43 ptg    [Edit]
ada buku baru dari Alaf21..

Sayang Tak terucap dari Kak yati kite...
tapi aku tak teruja lagi nak beli sb tgh abiskan buku Bukan Cinta biasa.
Lagi sikit je lagi...

nak paste kan sinopsis pun takleh sb alaf21 silap link...ntah hapa2 ntah web alaf ni...aku just dapat ni jerk


--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

maisa
Ahli Setia
82. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 10:09:13 mlm    [Edit]
semalam jenjalan kat mph alamanda.. aku nampak 2,3 buah buku zuraidah othman ... aku sambar satu jek.. sebab .. paham2 jer la... gaji lom dapek... hu hu... tajuk yg aku sambar tu rindu terus berbunga ... buat korang2 yang dah lama baca novel zuraidah ni... jangan gelakkan kan aku ek.. sebab ketingalan ketapi sket.... kira best ler novel ni... aku baca sehari dah abis... betul macam ko kata lobak ... aku tergelak2 baca novel ni.. macam orang sawan plak aku.. he he...

smlm pun aku ada nampak novel baru kak yati... well.. macam biasa... hatiku belum terusik untuk membeli novel tu.. (mahapla kalau kak yati ada masuk sini...jangan kesik atie eh)....

skang.. aku tengah nak baca semusim rindu.... by aleya Aneesa ..lom boleh bagi komen... aku baru nak panaskan enjin mood aku.... yg heran.. novel zuraidah othman bleh plak aku continue baca sampai tak hengat doniaaa...he he....

dalam waiting list ada banyak gak novel yg nak kena beli... ayoyo... mau kopak aku bulan nih...

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.0.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
83. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 11:52:15 mlm    [Edit]
maisa
yehhhh.....meh kita setat baik baca novel riang ria rabina ni..!
ehh tapi betul...walau pun citer ZURAIDAH OTHMAN kebanyakan nipis2....tapi beh2 apa...bak kata faent kat thread lama...ala..meh aje ler aku quote balik apa yg faent pernah tulis psl novel2 zuraidah othman n...agaknya mesti ko ingat lagi apa yg dia pernah tulis kan?
quote:
sila lah beli apa² jua buku yg ditulis oleh Zuraidah
confirm ko akan jadi org gile disepanjang masa ko baca novel² dia...
ko pasti akan mengalami gangguan emosi..sekejap ko ketawa..sekejap ko tergelak..sekejap ko ter kekeh kekeh..sekejap ko diam..sekejap lagi air mata ko mula bergenang..lepas tu ko ketawa balik..lepas tu ko cakap sorang²..lepas tu ko mengilai..lepas tu air mata ko berjurai
kan lobak kan..
kami ni dah imune dgn sindrom org kurang waras ni

tu ler aku nak bitau lagi...citer2 dia bagus untuk di baca...kalau dah dapat baca tu mg rasanya nak abeskan terus novel tu...takmo tangguh2...ha...cam tu ler yg ko pernah alami bila baca novel rindu terus berbunga tu.ha...ko dah kembalikan ingatan aku psl novel tu ler.tu psl hero dia nama arif tu ek?herion dia plak nama aisyah....hmm...mg citer tu best aa....kan citarasa kita hampir sama....
ehh...nanti ko carik ler lagi novel zuraidah yg lain.yg ada dalam simpanan aku yg ni jek...rasanya sumer bes belaka....

1-saat rindu berdetik
2-rindu berdetik lagi
3-ada cinta di matanya
4-kasih seimbas pandang
5-impian murni
6-jangan ada benci
7-kaulah segalanya
8-rindu terus berbunga
9-anak antu
10-hati seorang aku
11-pearl...piah
12-irama di persisiran
13-di penhujung senja
14-hati yang terusik
15-ikhlas konon
16-mr nice guy
17-si lembut

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.29.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
84. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 09:04:46 pagi    [Edit]
lobak..

adik aku kata... cover citer Mr. Nice Guy tu ada iras2 muka aku.. ..
sumer citer ZO mmg best...

tapi dia dah takde buku baru kan...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

yangseri
Ahli Produktif
85. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 12:03:44 tghari    [Edit]

saje nak bagitau..aku baru abes baca buku SEINDAH MEMORI karya Ilani Mysara.(betul ke aku eja ni..?)..
nak bagitau jugak..aku suka cerita ni...suka dan suka...ada sesape yg dah baca? amacam? suka macam aku tak?

--------------
::KdgkalaPrkaraTrcntikNTerbaikDDuniaTakBoleDLihatDPggTpBoleDRasaiDlmHati::

219.95.228.:-)

arenum
Ahli Aktif
86. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 12:09:32 tghari    [Edit]
ehhh...jels gilak tgk korang ni leh layan novel best2.....arghhh...tensen ......

tapi skang aku suka layan novel bersiri kat Utusan Malaysia...kat sok kabar pendidikan tu.... Dari Kepala Batas ke New Haven....cite pasal budak miskin yang kematian ayah....kena hina semua la ngan sedara mara ngan org kg.....huhuhuhuhu....sedih tau....tapi skang ni dia dah sambung belajar oversea.....sambil belajar keje anto sokkabor ke rumah2....balik cuti sem...bawak balik duit 3k bagi mak dia......sedih nye.....

210.187.228.:-)

nettbiru
Ahli Produktif
87. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 12:23:08 tghari    [Edit]
ombak rindu tulisan fauziah ashari dah ada sambungan. pi la kedai yang berhampiran. hehehhe

--------------
{ penyelamat antarabangsa }

210.187.40.:-)

cikciti
Ahli Aktif
88. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 1:40:07 tghari    [Edit]
nettbiru...apa tajuk novel tu? best la citer tu...aku slalu baca novel2 alaf21...sbb best2 la jln cerita...

202.184.211.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
89. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 1:57:46 tghari    [Edit]
yang seri..

quote:
saje nak bagitau..aku baru abes baca buku SEINDAH MEMORI karya Ilani Mysara.(betul ke aku eja ni..?)..
nak bagitau jugak..aku suka cerita ni...suka dan suka...ada sesape yg dah baca? amacam? suka macam aku tak?



aku pun mmg suka ngan kisah ni... kisah benar percintaan yang tak kesampaian... terharu dan sadis sungguh perjalanan hidup dayang...

tapi ada gak yang kata kureng pasai citer ni...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

nettbiru
Ahli Produktif
90. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 2:06:51 ptg    [Edit]
tajuk dia cinta...tiada akhirnya tapi bukan terbitan alaf21. tah terbitan mana tah. rasanya dia punya kampeni kot.

--------------
{ penyelamat antarabangsa }

210.187.40.:-)

maisa
Ahli Setia
91. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 6:23:21 ptg    [Edit]
oo yes ...memang aku bisa berguling, terpele'ot bibir aku sebab ... tersentuh emosi ku kerana .. semasa membaca novel ZO .
citer nyer simple.... bahasanya sesuai buat menghibur hati...

arenum

aku pun suka layan Dari Kepala Batas ke New Haven t... best ler citer dia.... tapi camner nak dapat novel tu eh..... sebab kekadang termis ler pulak....

ooo. ye ke... fauziah ashari dah ada novel baru ek... best best... aku suka novel dia....

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.2.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
92. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 07:56:05 pagi    [Edit]
tataraaaaaa...!!!
selamat pagi sumerrrrrr...
suka jek masuk pagi2 cam ni sebelum bertolak pi opis....
nak tanya ombak rindu ada sambungan eh?
uiks...bestnya...!!
aku suka citer tu...harus kena dapatkan tu.
nettbitu
citer dah kuar ke belum?aku dapat ler masuk website alaf skg ni.
tak tau nape...

maisa dengan arenum
dah lamanya aku tak baca novel dari sokkabar ni.cam best plak komen korang psl citer dari kepala batas ke new havent tu.dah mcm tajuk citer dari jemapoh ke manchester le plak...


--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.160.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
93. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 10:08:32 pagi    [Edit]


Tajuk : Sayang Tak Terucap
Halaman : 528
Harga : RM19.90

Kisah bagaimana si anak bernama Delilah dan si ayah, Aminudin bertemu semula setelah sekian lama berpisah. Aminudin muncul setelah Delilah mengecapi kejayaan dalam hidup sedangkan dahulu dia tidak mengenal erti tanggungjawab terhadap anak, isteri, ibu dan ayahnya yang buta.
Aminudin cuba mengembalikan keadaan yang keruh menjadi jernih? Mampukah Delilah menerima kemaafan daripada ayahnya? Inginkah dia menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya setelah apa yang telah berlaku? Segala jawapan akan terlerai setelah anda memiliki Sayang Tak Terucap nanti.

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

anieaina
Ahli Baru
94. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 10:37:33 pagi    [Edit]
maisa
citer dr kepala batas ke new havent tu kalu termis boleh cari di laman web utusan. Cite dia hanya
pada hari isnin dan jumaat shj. Awk blh click pd achive dan taipkan tarikh yg awk termis tu.

--------------
Haruskah sebuah kehidupan yg dibina bersama cinta dan harapan dihancurkan dgn kebencian

219.95.164.:-)

maisa
Ahli Setia
95. Dihantar pada 22hb Jun 2005, 5:04:01 ptg    [Edit]
ooo ye ke anieaina


patut ler.. kadang ader .. kadang takder citer ni... tak prasan ler pulak dia ada hari Jmaat ngan senin jer.. tapi .. memang best citer dier...

Lobak ... kalau ko rajin ko masuk ler utusan mesia tu...baca citer ni... best citer dier....
lagi satu... memang semakin jelas citarasa novel ko ngan aku sama... he he... aku pun sker novel fauziiah ashari....

--------------
Who loses faith, loses all.

210.186.1.:-)

lobakbiru
Ahli Interaktif
96. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 08:11:13 pagi    [Edit]
tataraaaa...cakkk..!!
maisa
slm aku dah abes baca balik rindu kembali berbunga. baca tak sampai 3 jam....sbb buku tu bukan tebal sgt.pasal ko ler aku rasa nak baca balik citer yang dah bertahun2 aku simpan dalam gobok tu.ehehehe...

oh yer nanti ada masa aku nak masuk website utusan nak baca dari kepala batas ke new havent tu.cam berminat plak nak baca.apa2 pon time kasih kat arenum, maisa dan anieaina sbb bagi info psl citer ni..



eh lupa plak...edit balik:
eskrem
sayang tak terucap tu ko mesti akan beli eh?beli tau...nak tau gak cam mana hasil karya terbaru kak yati..


* Mesej ini telah disunting oleh lobakbiru pada 23hb Jun 2005, 08:17:08 pagi

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.166.:-)

mizzmizza
Ahli Setia
97. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 10:57:34 pagi    [Edit]
ada sesape yg dah beli citer terbaru NB?
bagi la komen sket
rasa2nyer karya2 NB kebelakangan ini macam x best..

citer terbaru fauziah ashari tu nanti keluaran alaf21 jugak ke
haa.. yg tu confirm aku akan beli nanti..

lobak
hehehhe pekabo??

--------------
:: Tak udah diucap, tak usah dilafaz... aku dah mengerti bahasa cintamu....... ::

203.106.229.:-)

arenum
Ahli Aktif
98. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 11:45:52 pagi    [Edit]
maisa,
best kan cite ni....sedih je rasa nye...

lobak,
apalagas...layan la...baca kat website je pon boleh kan....hehhehehe

210.186.116.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
99. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 12:28:54 tghari    [Edit]
heheh... dah beli dah pun SAYANG TAK TERUCAP...
entah mengapa aku terbeli lak..
oh ya... ada karya baru Fatinilam Sari Ahmad. Tajuknya DENDAM YANG TERINDAH..

nanti2 aku pastekan sinopsis ni... aku nak masukkan dlm database duluk..... apa2 pun minggu ni aku kureng sihat sikit...

edit..

ni sinopsis SAYANG TAK TERUCAP..
Takdir menemukan semula Delilah dan Aminudin setelah sekian lama terpisah. Alam yang dikatakan begitu luas rupa-rupanya kecil bagi kedua insan ini jika itu sudah ketentuan-Nya. Namun, dek terpukul dengan rasa sedih, kecewa dan rajuk berpanjangan. Delilah menolak kehadiran lelaki itu. Baginya sekali hati terguris, lukanya berparut lama.

Perasaannya sudah lama kering, jiwanya sudah lama kontang pada seorang lelaki bernama ayah. Apa maknanya ayah apabila lelaki itu Cuma muncul ketika dia sudah berjaya. Di mana tanggungjawab lelaki itu ketika dia mengharungi saat getir bersama ibu, nenek dan datuknya yang buta.

Sekaya mana pun lelaki itu, msaih tidak membuka pintu hatinya. Lelaki itu tidak sama pekerti dengan datuknya. Datuknya yang buta, tapi tidak buta hatinya. Datuknya yang buta tapi tinggi nilai kasih sayangnya. Kasihnya tidak mungkin terbahagi dua.

Pun begitu, mestikah dia membiarkan rasa benci itu terus membelenggu hidupnya ? Apalah gunakan akal fikiran jika tidak digunakan sewajarnya. Perlahan-lahan dia mengerti rahsia kehidupan, menginsafi kelemahan dan kekurangan setiap insan. Malah, jauh di sudut hati dia ingin sekali menikmati dakapan kasih seorang ayah dalam hidupnya.

Ayah?andai kelemahan ini kuberi, namun dapatkah kuberikan setulus kasihku padamu ? Ya ALLAH?perkenankanlah doa hamba-Mu ini agar kebuntuan dan kekeliruan ini dapat dileraikan.


Nanti sinopsis Dendam yang terindah aku paste lagi..

* Mesej ini telah disunting oleh icecreamgirl pada 23hb Jun 2005, 12:48:29 tghari

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

maisa
Ahli Setia
100. Dihantar pada 23hb Jun 2005, 3:13:21 ptg    [Edit]
arenum yup... memang citer tu best... tp aku selalu miss... kalau boleh nak dapatkan novelnyer betul2.. baru best nak belek... sedih citer tu...

lobakbiru

cayalahhh.... 3 jam ko abeskan... aku berenti2 gak bacanyer... tp memang best... ten q to u... coz perkenalkan novel ZO pada aku...

--------------
Who loses faith, loses all.

203.106.242.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005