Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 8hb Muharram 1436 @ 01hb November 2014, 03:03:10 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh kueh : popia basah
noraaziz
Ahli Setia
1. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 6:10:22 ptg    [Edit]
hai semua.............

nak tanya sapa tahu wat popia basah......nak sangat wat........
tak reti nak wat dia punya kulit sampailah ke sos dia dan inti dia,,
ade sesiapa yang tahu.......

NOTE :- kak liza dan normasri mesti tahu...leh kongsi resepi tima kasih

219.95.231.:-)

cik_baru
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 10:40:01 pagi    [Edit]
Mak sedara cik berniaga popia,
Mmg glamer popia dia sampaikan org pnggil dia Makteh Popia.
Nanti cik tanya dia pastu pastekan kt sini. Tunggu......

--------------
sembang kasi bimbang

210.187.66.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 2:07:04 ptg    [Edit]


nora- bagus buka topik ni ...ngah pun nak tahu gak...dah lama tak makan ...kalau sapa tau buat sos dia mcm kat pasar malam tu...yg warna merah gelap tu...lagi besh

harap2 ade le yg sudi kasi resepi

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

noraaziz
Ahli Setia
4. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 2:59:33 ptg    [Edit]
tak de yang tahu ke........ni yang nak nangis ni.....

cik baru..gi lah tanya mak sedara awak....

60.48.208.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 6:30:29 ptg    [Edit]
Noraazia..lama tak nampakkk???
mana menghilang?

Popia yg paling sedap... kulit dia buat sendirik...

Senang sangat resepinya .. tapi maaflah aku dah lupa...

Makcik Peah Ipoh punya POpiah sangat sedap... padahal intinya cuma sengkuang ajer... yg jadik sedap sbb dia punya kulit dan sos...


Even tengok buat kulit dia sangat senang.. tapi aku tak gamak nak terai... pakai tangan jek selet ker kuali leper... arrr... ini mau kena terening bersungguh2 nih sebelum jadi.... jari aku plak pesen cepat sangat melecur... hehehehhee.. takut ahh nak terai....

sibuk amik resepi pon tak guna sbb tak berani nak mencuba buat kulit popia sendirik... beli jek ahhh....... hehehhheheh...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 02:43:26 pagi    [Edit]
quote:
Mak sedara cik berniaga popia,
Mmg glamer popia dia sampaikan org pnggil dia Makteh Popia.
Nanti cik tanya dia pastu pastekan kt sini. Tunggu......


tak sabar2 nak tunggu cik siti ni..nak tau gak

--------------
Biru yang cumil...

218.111.152.:-)

eyzlyn
Pengendali
7. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 05:45:29 pagi    [Edit]
kalau popia basah ni, kena tanya popiakrew da...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

azad
Ahli Setia
8. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 11:03:14 pagi    [Edit]
penah kuar kat MDC lama. sy terjumpa & paste resipi nih. dulu (bulan posa masa tuh) ada gak kak Liza kata nak cuba tapi tak tau jadi ker tak.

tulun jgn tanya sy apa2 sebab sy lum cuba

***
Membuat kulit popia segar agak rumit dan memerlukan sedikit kesabaran serta kesanggupan jari melepuh. Jadi, di bawah ini diberikan resepi popia basah lengkap dengan kulit (yg agak berbeza) dan ini adalah ala Nyonya. Popia yg biasa mempunyai inti lobak merah, sengkuang, udang, timun dan taugeh (ditambah sos tiram, serbuk lada sulah sebagai perisa).

Kulit Popia
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 camb minyak

Bahan Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng
Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk

Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat

Untuk membuat kulit.
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.

Bahan Inti.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang, kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit. Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.

Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas dan hiris sebelum disajikan.

Bahan Sos.
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak bergentel

--------------
..tak yah sign la..

218.208.35.:-)

noraaziz
Ahli Setia
9. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 12:11:58 tghari    [Edit]
tima kaseh ye................

WHITECABAI.............

ko bersalin anak ape hah?,.......sibuk ah....last year mabuk laut..malas nak tenet............skang dah keluar ade masa sket nak tenet.........baby dah besar senang sket maaaaaaaa...............


mana cik baru ni.... tengah nunggu resepi dia.......

tak apelah..kita cuba le resepi yang ade tu.......

218.111.38.:-)

aneesa
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 2:35:16 ptg    [Edit]
azad
remeh gak ekk nengok resepi tu..ekeke


saper yang ada resepi popia goreng cam orang jual kat pasar mlm tu...yang letak kuah sos pekat dan ditabur bawang goreng tu...sedap tu..

--------------
menjual,membekal dan mencari pengedar bengkung/REVELL: 012-9762351/YM alin6577

60.48.20.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005