|
||||||
| Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib | 11hb Rejab 1434 @ 21hb Mei 2013, 10:44:35 mlm |
| Salam sejahtera |
| Melayu.com » Sembang² » Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen | |
| (Pengendali : LangBuana, harsha) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru |
| Dihantar oleh | Home-made Bread : bagus ke? |
|
kakak Ahli Baru |
1. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 11:42:46 pagi [Edit]
[img][ /img] saya bercadang nak beli benda ni bulan depan, tapi tak tahu benda ni elok ke tak? ada sesiapa kat MDC ni pernah beli atau ada brand lain yang lebih elok dari ni? -------------- 202.75.44.:-) |
|
Ibuayu Ahli Baru |
2. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 1:55:56 tghari [Edit]
Hai Kakak, Akak ade guna Bread Maker. Buka setakat buat roti sahaja akak boleh guna memmbakar biskut, kek, pelbagai jenis roti, boleh panggang ikan, ayam daging ape yg dipanggang kalu buat nasi impit akak panggang kacang tanah dalamnya dan boleh buat toster boleh buat 2 - 4 keping boleh bakar sekali ngan kayake marjerin dan buat sanwic bakar seronok berbaloi boleh dipelbagai gunakan..... -------------- 219.93.8.:-) |
|
tiara_honey Ahli Baru |
3. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 2:15:52 ptg [Edit]
Ass...kum, Berapa harga bread maker yang jenis macam ni. Minat jugak bab-bab buat roti ni. Saja jer nak buat kat rumah walhal kalau beli kat kedai berapa ringgit sangat jer kan? 219.95.103.:-) |
|
lilo_stitch Ahli Produktif |
4. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 11:19:22 mlm [Edit]
Ibuayu Bread maker yg Ibuayu gunakan tu brand apa yea..?? Kawan lilo kat opis nih guna brand amway (err.. bukan promote eh).. dia mmg jenis tak pandai masak pun.. but since dah ada bread maker sendiri nih, rajin plak dia gi Baguz or Bake With Yan cari bahan2 utk buat roti.. Dia kata senang now, b4 tidor dia akan letak semer bahan2 ni dlm bread maker n set pukul brapa suppose bread maker tu start working.. Dia kata bangun pagi.. sedap jer bau roti baru masak.. cam bau kat kilang roti gardenia tu.. hik hik.. Lilo pun brangan gak nak beli satu.. dah berangan lama dah tapi tak beli2. Takut jadik 'gajah putih' jerk.. cam my oven & microwave tu, sebulan sekali pun jarang guna hik hik.. -------------- 210.195.12.:-) |
|
maizana Ahli Produktif |
5. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 08:42:07 pagi [Edit]
Lilo Rasanya memang Noxxa Bread maker... wow best lah tu.. Lilo bila lagi nak beli...?. Kalau nak beli... boleh beli dengan I.. .Kalau sesiapa berminat nak beli Noxxa ni.. Kak Zana boleh buat demo.. tapi kenalah datang kat Kajang.. or u all kumpulkan kawan2.. kami datang berdemo.. Begitu serba guna! Menggabungkan ciri-ciri pembuat roti, oven elektrik dan pembakar roti, nikmati terus roti, biskut, kek dan pastri, daging panggang/gril, sayuran dan roti bakar selepas membuatnya Fungsi Pembuat Roti Membakar roti yang beratnya sehingga 2 paun 12 program (8 menu roti / 1 kek/ 2 doh / 1 menggaul) Fungsi pelewat masa sehingga 13 jam, membolehkan anda preset pembuat roti untuk mendapatkan roti yang segar pada keesokan paginya. Pilihan bagi mengguna dulang roti untuk membuat roti, fungsi doh bagi menguli doh untuk roti/pizza/pasta atau fungsi menggaul bagi menggaul beter kek/biskut Fungsi Oven Elektrik Program memanas dahulu Program membakar : masa 4 jam Program Memanggang/Menggril : masa 1 jam Dengan termostat yang boleh diubahsuai dengan julat suhu dari 40-260癈 untuk program Memanas Dahulu/Membakar Fungsi Nyahfros Fungsi Menghangatkan Fungsi Membakar Roti Membakar 2 atau 4 keping roti dengan pilihan tekstur cerah, sederhana, gelap Guna untuk memerangkan hiasan atas makanan Pilihan untuk menggunanya bagi membuat roti telur goreng dan telur goreng separuh masak Spesifikasi Kapasiti : 17.6 Pembuat Roti : 650W Oven Elektrik : 1500W Motor Penguli : 100W Berat : 24lb Dimensi (LxPxT) : 24in x 15in x 16in rganya RM 890.. * Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 03hb Jun 2005, 08:48:06 pagi -------------- 202.190.80.:-) |
|
kakak Ahli Baru |
6. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 09:38:58 pagi [Edit]
Boleh juga.....nanti boehlah gi tengok demo tu...saya memang teringin nak beli....cuma nak tahu lebih lanjut kelebihannya -------------- 202.75.44.:-) |
|
maizana Ahli Produktif |
7. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 09:54:33 pagi [Edit]
Kakak Boleh lah.. nanti Kak Zana bagi tau nak buat bila... -------------- 202.190.80.:-) |
|
kakzie03 Ahli Baru |
8. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 11:07:20 pagi [Edit]
ok gak tgk bread maker tu.. nanti kalau zana nak buat demo kat kajang war warkan lah ya kat sini kakzie pun teringin nak buat roti sendiri sekarang ni pun tengah cari kalu ada kelas buat bakeri. anybody kalau ada info ttg kelas bakeri ni, tolong bagi tau ya.. -------------- 219.94.125.:-) |
|
eyzlyn Pengendali |
9. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 11:09:38 pagi [Edit]
boleh tahan mahal gak bread maker kat malaysia nih.. kat sini dlm 180 dollar.. campur tax, convert ke RM nak dekat 7 ratus jugak... nak kena pi cari yg used kat garage sale ler nampaknyer... --------------
|
|
Ibuayu Ahli Baru |
10. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 11:23:22 pagi [Edit]
Kebetulan ye akak ade buat demo. Sesiapa yg berminat boleh datang ke Tarikh : 5 Jun 2005 (Ahad) Tempat : 4 lorong CP5/48 Taman Cheras Perdana Masa : 3.00 ptg Bayaran : Percuma No. Tel : 012-3155623 Akak akan tunjukkan penggunaan bread maker sepenuhnya teori dan praktikal. Semoga tidak jadi gajah putih dan tiada pembaziran. -------------- 219.93.8.:-) |
|
kakak Ahli Baru |
11. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 11:35:59 pagi [Edit]
|
|
Ibuayu Ahli Baru |
12. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 12:54:21 tghari [Edit]
Jenamanya Noxxa Bread Maker mailah kakak joint sekali ye........... -------------- 219.93.8.:-) |
|
raihanis Ahli Produktif |
13. Dihantar pada 04hb Jun 2005, 02:13:21 pagi [Edit]
dah 2 kali nampak demo kat RDC Amway. roti yg diaorg buat pun sedap dan lembut...gebu lagik. mmg menyelerakan. nampak mudah sgt nak buat roti dgn benda nih. haiiiiii....bila laaa nak beli sebijik. ![]() -------------- 219.95.240.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
14. Dihantar pada 04hb Jun 2005, 5:12:19 ptg [Edit]
Kak Noor pun guna breadmaker jenis Russell Hobbs (spt gambo diatas) utk buat roti..fungsi breadmaker ni samada uli dan bakar terus dlm tu jd btk loaf atau uli saja pastu buat btk bun, plait dll pastu bakar dlm oven biasa pun boleh. Kak Noor guna fungsi uli utk uli roti canai dan donut, mesin ni juga boleh buat jem dan kek selain dr buat roti.. Ni dia (gambo dibwh) rupa bread pan dlm mesin ni, dlm ni lah sumer bahan2 dicampakkan kemudian uli serta bakar...kita tak perlu buat apa2 just tekan butang2 pilihan aje..mesin yg akan berkerja..pastu kita boleh berporem sementara tunggu bread siap.. kita boleh juga pilih butang delay timer utk buat roti, cth katakan kita sebelum tido masukkan bahan2 dlm tu setkan supaya ianya start menguli dan seterusnya pd jam 4 pagi..so jam 7 pagi roti sedia dimakan panas2..freash bread ni mmg sedap dimakan nak2 ketika suam2..lembut gitu..satu je semasa roti panas jgn potong dulu kena sejukkan sekurang2nya 30 min..baru roti boleh dipotong elok spt gambo dibwh.. Ni antara roti yg akak buat guna bread maker diatas RICH BREAD Bahan-bahan: 150 ml susu suam 2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 65 g mentega }dicairkan 2 kuning telur } pukul sket 350 g tepung roti 1.5 sudu kecil yis kering segera 2 sudu kecil candied orange peel - optional Cara membuat: Masukkan bahan ke dlm bread pan mengikut turutan, kemudian pilih butang french bread, pilih crust yg disukai..gambo di atas medium crust.. ROTI KISMIS Bahan-bahan: 1 cawan susu segar suam (luke warm) 3 sudu besar mentega dicairkan 1 sudu kecil garam 2 sudu besar gula 1 biji telur } pukul sket 3 cawan tepung roti (strong white bread flour) 1 1/2 sudu kecil yis kering segera 100 g kismis campuran (dried mixed fruits) Cara membuat: Masukkan kesemua bahan2 diatas ke dlm bread maker mengikut turutan Pilih butang fruits & nut pd bread maker Bila roti masak, kuarkan dr mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jd lembut) Peringatan: Roti yg kuar dr mesin jika dipotong panas2 ianya akan jd benyek (sbb terlampau lembut)..kalau nak makan panas2 cubit je dgn tangan tapi kalau nak potong sekeping2 kena tunggu sejuk seketika dlm 40 min - 1 jam ROTI PUTIH Bahan-bahan: 1 cawan air suam (luke warm) 1 sudu kecil garam 1.5 sudu besar gula 1.5 sudu besar minyak boleh ganti mentega atau shortening yg dicairkan 3 cawan tepung roti 1.5 sudu kecil yis kering Cara membuat: Masukkan kesemua bahan mengikut turutan, kemudian tekan butang white bread. Ni gambo roti canai yg akak buat/uli guna breadmaker.. ![]() -------------- 195.92.67.:-) |
|
sofiaaliya Ahli Setia |
15. Dihantar pada 05hb Jun 2005, 08:40:45 pagi [Edit]
Bagus gak kak noor bagi resepi pakai breadmaker ni,saya ni nama je ada breadmaker,tapi masa mula2 beli je rajin buat,now dah malas.Kesian plak kat husbd saya,dah berapa kali tnya bila nak buat roti lagi.Oklah,saya try buat esok guna resepi kak noor ni.Thanks. -------------- 159.134.98.:-) |
|
fadzreen Ahli Produktif |
16. Dihantar pada 07hb Jun 2005, 09:53:00 pagi [Edit]
jeles la tengok kak noor ni..serba boleh... sasape yg ada resepi roti or resepi lain yg guna bread maker buleh le share kat sini.. ![]() -------------- 161.142.141.:-) |
|
ashra Ahli Interaktif |
17. Dihantar pada 09hb Jun 2005, 6:34:22 ptg [Edit]
berape harga noxa bread maker nih?? -------------- 218.208.119.:-) |
|
fadzreen Ahli Produktif |
18. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 09:33:57 pagi [Edit]
ashra
-------------- 161.142.141.:-) |
|
Ibuayu Ahli Baru |
19. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 8:33:59 mlm [Edit]
Berita baik ...... demo bread maker noxxa akak buat sekali lagi. Tarikh : 19 Jun 2005 (Ahad) Masa : 3.00 petang Tempat : 4, Lorong CP 5/48 Taman Cheras Perdana, Cheras Bayaran : RM2.00 je ... Sape-sape yg berminat boleh call akak 012-3155623. Hari tu kakzie03 seronok tengok buat roti cheese, roti gulung berinti kacang merah dan bun berinti inti kelapa dan kacang merah. Rugi kalu tak pegi. Sebab penggunaan noxxa bread maker akan diajar sepenuhnya fungsi2nya supaya tak jadi gajah putih dan tiada pembaziran. pas tu minum petang sambil menyembang seronokan........................ * Mesej ini telah disunting oleh Ibuayu pada 10hb Jun 2005, 8:36:10 mlm -------------- 60.48.104.:-) |
|
dikme Ahli Setia |
20. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 9:47:00 mlm [Edit]
ada dia punya peralatan memanggang ke dlm bread maker ni 192.228.154.:-) |
|
kakak Ahli Baru |
21. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 10:52:45 pagi [Edit]
takkan kena bayaran pulak? hari tu free je...... -------------- 202.75.44.:-) |
|
ngah_2 Ahli Aktif |
22. Dihantar pada 13hb Jun 2005, 2:33:53 ptg [Edit]
K.Noor- boleh share resepi roti canai tu ? ari tu ngah try buat tapi kureng le...keras je... ibuayu- tak leh share resepi ke ? kalau boleh kasi le kat sini.... ![]() -------------- 82.3.32.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
23. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 01:15:41 pagi [Edit]
ngah..nanti akak paste resepinya kat sini..tunggu ![]() -------------- 195.92.67.:-) |
|
mawar2004 Ahli Baru |
24. Dihantar pada 15hb Jun 2005, 12:49:39 tghari [Edit]
Assalamualaikum, Ibuayu, akak berminat juga dengan home-made bread ni. Kalu ada masa nak juga gi join... Tentang bayaran tu boleh ansur-ansur ke.....seronok tengok korang pandai buat roti, akak buat pau pun tak jadi.......keras je! 202.185.57.:-) |
|
NoorMasri Ahli Produktif |
25. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 02:57:59 pagi [Edit]
ngah, ni akak tepek resepi roti canai yg akak buat tu hari..resepi CatLady.. ROTI CANAI 600 g tepung gandum (akak guna tepung high protein) 1 camt garam 1 camt gula halus 2 biji telur, dipukul 125 ml susu segar 125-130 ml air 3-4 camb minyak 3-4 camb minyak sapi minyak/minyak sapi utk menggoreng Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan senipis yg boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi. ![]() -------------- 195.92.67.:-) |
|
kakak Ahli Baru |
26. Dihantar pada 16hb Jun 2005, 11:18:42 pagi [Edit]
kongsilah sesiapa yang pernah beli produk ni....ingat nak beli minggu ni, lagi pun kupon masih byk lagi....ingat nak tukar dgn kupon -------------- 202.75.44.:-) |
|
Ibuayu Ahli Baru |
27. Dihantar pada 17hb Jun 2005, 09:33:08 pagi [Edit]
Sorry lambat balas oleh kerana kawan-kawan akak percuma ajelah............ tiada bayaran datanglah rugi kalau x tengok jangan lupe................... -------------- 219.93.8.:-) |
|
Syiran Ahli Aktif |
28. Dihantar pada 21hb Jun 2005, 04:13:22 pagi [Edit]
Uiksss...terpegaruh nak beli Noxxa Bread maker ni tapi nantilah dulu sebabarubeli bread maker yang biasa tuh. Nak beli pun duk jauh ni haa...nanti bila Syiran dah balik Msia, Syiran cari kat Zana...kalau tak de masa nak tunjuk demo ada ke buku instruction macam mana nak buat macam2 yang kak zana cakap tuh? Resipi pun ada termasuk jugak ke? HACKS Hanya Aku Cinta Ko Sorang ![]() 194.165.138.:-) |
| Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru |
| Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim |
| Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005 |