Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Syawal 1435 @ 23hb Ogos 2014, 7:25:36 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh PETUA : Tumbuhan Berkhasiat..
zurina77
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 2:42:45 ptg    [Edit]


Cuma nak share dengan kawan2..

Pegaga
Selain khasiat awet muda, ia juga mampu memperbaiki peredaran darah dan masalah pusingan haid. Air rebusan akarnya boleh diminum sebagai tonik.

Serai
Air rebusan secekak serai boleh dijadikan mandian anak yang menghidap penyakit kuning. Kalau boleh, lakukannya pada sebelah petang.

Ulam Raja
Daun dan batang muda boleh dimakan sebagai ulam ketika berpantang. Selain itu ia juga membersihkan darah, menguatkan tulang dan untuk awet muda.

Selom
Boleh diamakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Selom juga boleh dimakan untuk tujuan kecantikan.

Halia
Untuk menyingkirkan angin di badan, halia adalah tumbuhan yang sesuai dimakan. Malah ia juga boleh digunakan untuk mandian.

Serai Wangi
Daunnya antara ramuan mandian ibu selepas bersalin. Selain itu air rebusannya boleh diminum untuk meredakan sakit kepala.

Lengkuas
Batang dan daun lengkuas digunakan sebagai ramuan mandian ibu lepas bersalin.

Mengkudu
Daunnya diguna sebagai pembalut batu tungku dan ramuan mandian untuk ibu lepas bersalin. Daunnya boleh dipanaskan dan ditampal pada perut untuk melegakan sakit perut. Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air besar.

Kunyit
Ibu kunyit dikatakan dapat mengecutkan rahim selepas bersalin dan digosokkan pada muka untuk menghilang jerawat. Kunyit muda pula dibuat ulam untuk memperbanyak susu ibu selepas bersalin.

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 2:45:55 ptg    [Edit]
quote:
Pegaga
Selain khasiat awet muda, ia juga mampu memperbaiki peredaran darah dan masalah pusingan haid. Air rebusan akarnya boleh diminum sebagai tonik.

saper tau buat jus pegaga original????

tapi pegaga nih... kalo kiter slalu minum
tak elok tau...
die boleh memekatkan darah kiter...
sesekali ok laaa

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.188.:-)

zurina77
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:03:44 ptg    [Edit]
TQ aida sbb sudi reply kat sini..

quote:
tapi pegaga nih... kalo kiter slalu minum
tak elok tau...
die boleh memekatkan darah kiter...
sesekali ok laaa


Tak tau la pulak..
Tapi pegaga ni memang bagus terutamanya untuk orang pompuan.
Jangan makan daun saja, makan sekali dengan batang dan akarnya..

Sebetulnya ada kawan forward email kat saya.
Rasa mcm menarik untuk dikongsikan bersama..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:22:03 ptg    [Edit]
pegaga juga bagus untuk ibu yang menyusukan bayi...
ia memperbanyakkan kuantiti susu ibu...

bagi yang ada masalah hemoglobin rendah waktu mengandung, elok ambil pegaga
sebab ia memang boleh pekatkan darah (naikkan kadar hemoglobin darah)


203.115.226.:-)

zurina77
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:33:16 ptg    [Edit]
quote:
bagi yang ada masalah hemoglobin rendah waktu mengandung, elok ambil pegaga
sebab ia memang boleh pekatkan darah (naikkan kadar hemoglobin darah)



TQ semut..
Good info utk saya..
Masa pregnant dulu mmg saya ada masalah Hb rendah. Tapi tak tau lak pegaga boleh naikkan Hb. Saya cuma ambil pil Iberet Folic je.

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:39:56 ptg    [Edit]
betull.... aida ader terbaca kat magazine...
kalo minum kerap sanagt jus pegaga nih...
boleh memekatkan darah kiter....

camner nak buat juz pegaga e???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.188.:-)

zurina77
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:49:16 ptg    [Edit]
aida..

Kalau dah pegaga boleh naikkan Hb, betulla apa yang aida cakap tu..

Nak buat jus pegaga?
Tak reti la.. ambil pegaga campur air blend je kot..Agaknyalah..

Ada sapa2 penah buat tak?..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:57:51 ptg    [Edit]
jus pegaga? buat, tak pernah...
tapi kalau beli, pernah laaaa... heheheheee...

satu lagi kelebihan pegaga : penawar kepada denggi...
yang ni masih dalam 'siasatan' kementerian kesihatan...


203.115.226.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
9. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 3:59:12 ptg    [Edit]
Jus pegaga.........pernah gak minum jus pegaga dari HPA.....sedap...tapi dulu2..

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.39.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:05:49 ptg    [Edit]
quote:
tapi kalau beli, pernah laaaa... heheheheee...

beli brand aper???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.188.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:12:15 ptg    [Edit]
dik,
akak beli dari sureco (keluaran bumiputera islam)
terjamin halal dan bersih buatannya...
tapi yang sureco jual tu dah campur ngan madu dan spirulina laaaa...
bagi dia lagi power... heheheheheee...
akak amalkan sebab baby masih menyusu (baru 2 bulan)...

kalau nak buat sendiri pun boleh...
blend ajer macam buat jus tembikai...


203.115.226.:-)

zurina77
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:25:58 ptg    [Edit]
mama..

Kalau dah sedap tu nanti boleh gak try..


semut

Sureco ni satu company yang jual ubat gigi cenkudu ke?

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:34:59 ptg    [Edit]
zurina
ha'ah... betul tu...
kami sekeluarga memang amalkan produk2 herba dari sureco...

203.115.226.:-)

zurina77
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:42:11 ptg    [Edit]
Kalau sureco tu senang sikit nak beli sbb babysitter mmg ahli sureco.

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

zurina77
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:46:37 ptg    [Edit]
quote:
Selom
Boleh diamakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Selom juga boleh dimakan untuk tujuan kecantikan.



Ulam ni mmg feveret saya..
Tiap2 kali lunch mmg ambil ulam ni..

quote:
Ulam Raja
Daun dan batang muda boleh dimakan sebagai ulam ketika berpantang. Selain itu ia juga membersihkan darah, menguatkan tulang dan untuk awet muda.



Kadang2 ambik gak ulam ni..

Ulam lain yang saya suka, pucuk putat dan pucuk gajus..

Yang lain2 tak penah makan..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:47:12 ptg    [Edit]


tambah sikit lagi :

pegaga juga boleh merawat penyakit saraf...
alaaa... lupa laaaa... balik kang semut cari lagi info pasal tumbuh2an ni...


203.115.226.:-)

zurina77
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:50:38 ptg    [Edit]
semut..

orait..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 08:40:28 pagi    [Edit]
tak banyak info yang semut dapat... ada la sikit :

mengkudu :
boleh mencegah pembiakan sel-sel barah terutamanya bagi organ dalaman wanita... salah satu herba untuk rawatan breast cancer...

203.115.226.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
19. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 08:42:46 pagi    [Edit]
Jarum Mas....ni kisah dari kawan punya kawan punya kawan ..dia join kengkawan main golf dah ada lah yg sibuk mengutip pokok tu...khasiat nya meningkatkat prestasi seks...
Rebus dan minum Tak payah bertongkat ali katanya.......

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.26.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 08:55:23 pagi    [Edit]
quote:
Nak buat jus pegaga?
Tak reti la.. ambil pegaga campur air blend je kot..Agaknyalah


daun pegaga di cuci bersih dan dimasukkan dalam jug blender
campurkan gula batu barang seketul dua masukkan air dan blend

gula batu tau bukan gula pasir

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.19.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 09:29:33 pagi    [Edit]
serai

antara lain, khasiatnya juga mampu melancarkan perjalanan haid dan membersihkan rahim... bagi mereka bermasalah dengan pusingan haid tak teratur dan sukar mendapatkan zuriat, ketuk 2-3 batang serai, rebuskan dalam 3 gelas air... rebus hingga 3 gelas air itu sejat menjadi 1 gelas air sahaja... minum air rebusan tersebut 3 hari berturut2 sebaik sahaja anda datang bulan... Insya Allah, masalah tersebut akan dapat diatasi...


203.115.226.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 10:08:27 pagi    [Edit]
quote:
tapi yang sureco jual tu dah campur ngan madu dan spirulina laaaa...

kalo camtuh, aida tak leh
minum laaa brand nih...
coz aida elergik bahan2 dr spirulina...
dah diharamkan dalam tubuh nih...
dah terkena dulu....
tak nak lagiiiiiiiii

lebih baik buat sendiri jus pegaga tuh...
original lagi gituh kan...

nanti jumpe mama....
mama cakap cam budak lepas UPSR lagi....

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.190.:-)

syauqina
Ahli Hiperaktif
23. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 10:26:59 pagi    [Edit]


tq tuan rumah berkongsi info, memang banyak khasiatnya ulam-ulam nih ...
mak qina biasa buat jus pegaga dengan blend kan aje daunnya berserta akar dan batang sekali ... tentu lah taruk air sikit kang camna nak blend ... lepas tu bolehlah ditapis (bagi yang tak suka nak telan serdak ) ... dulu2 memang mak selalu buat sebab belakang rumah ada pokok pegaga tapi sekarang nie pegaga tu takmo nak hidup lak .... makanya beli aje la kat pasar ...itu pun kalau ada ... last2 kat pasar malam ada pula siap jual jus ni cam orang jual air tebu tu .... beli ready mate le aje jawabnya ...

--------------
sAbAr TeMpUhI rAnJaU hIdUp InI

219.93.8.:-)

doraemon
Ahli Aktif
24. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 11:49:48 pagi    [Edit]
quote:
tapi pegaga nih... kalo kiter slalu minum
tak elok tau...
die boleh memekatkan darah kiter...
sesekali ok laaa

semua benda apa pun ada manfaat n mudaratnya. x elok kalu dibuat berlebihan...amik sederhana je..
kan ALLAH dah pesan kat kita.."jadilah umat yg pertengahan /sederhana"

tapi mmg, pegaga tu elok dimakan dgn akar2nya sbb khasiat pagaaga teletak kat akar. tapi kena pastikan btul2 bersih la. kalau x, kureng la khasiatnya, sia2 je...

--------------
ang, ang, ang, dora-e-mom....

219.93.8.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 12:23:30 tghari    [Edit]
quote:
khasiat pagaaga teletak kat akar. tapi kena pastikan btul2 bersih la. kalau x, kureng la khasiatnya, sia2 je...


kalau tak betul2 bersih, dapat khasiat lain la plak iaitu khasiat vitamin dan mineral daripada cacing tanah dsb... ahaks!

gurau jer... jangan marah...

203.115.226.:-)

zurina77
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 09:02:57 pagi    [Edit]
semut..

TQ sebab kongsi info..


mama..

Jarum mas tu agak2 boleh gadai tak?..
Tapi mmg power tuh..


aida..

Tu QB dan syauqina dah ajar cara2 nak wat jus pegaga.
Buat.. jangan tak buat..


doraemon..

Agree with u..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
27. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 09:08:19 pagi    [Edit]
zurina77

quote:
mama..

Jarum mas tu agak2 boleh gadai tak?..
Tapi mmg power tuh..


Bisa jugak..
Kisah jarum mas ni timbul bila hamba Allah tu tengok dlm Jus Bidadari ada menda tu.... Patut lah mak2 budak yg makan jus tu........semacam aje sekarang ni. Dia siap nak beli utk isteri nya

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.220.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 11:17:38 pagi    [Edit]
raser nak buat jer jus tuh....

best tak kalo wat sendiri...
pahit tak???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.188.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 11:32:04 pagi    [Edit]
sha_aida

kalau takmo pahit, letak gula banyak2...
jangan dapat kencing manis plak kang, dah laaa...

203.115.226.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 06hb Jun 2005, 10:24:48 pagi    [Edit]
Satu lagi pucuk betik

Ulam ni memang bagus sgt terutama untuk rawatan selepas bersalin.Memang rasanya agak pahit (tapi kalau tahu cara rebus tu insya allah tak terasa sgt) KHASIATNYA memang tinggi..
Antaranya:-
Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin
Mengecutkan rahim
Melancarkan darah nifas
Awet muda..
Mengembalikan bentuk badan kpd asal ( wah ni yg best ni)

Ni bidan yg urut sayalah kongsi petua ni..Bg ibu-ibu lepas bersalin, amalkan ni dlm pantang insya allah..

Daun Senduduk
Minum air rebusan bgi rawatan lepas bersalin.
Bagi rawatan keputihan atau senggugut

Daun kapal Terbang
Rawatan buasir- rebus akar pokok ni minum sehari 2 kali insya allah..( dis ertakan selawat)
Rawatan luka - tumbuk halus daunnya dah tampal di bahagian luka - pastikan luka di bersihkan dulu.Insya allah luka akan sembuh tanpa parut.

Pokok Letup Kelambu
Rasanya yarggg pahit berdengung kata org utara..hehehe tapi kahsiatnya
Masalah darah tinggi/rendah
Masalah diabetis
Masalah toksin dlm badan..
Melansingkan badan

Pucuk kaduk
Sedap di buat ulam dan baik untuk wanita..
Masalah darah tinggi - rebus pokok sekali akarnya dan minum..sehari
sekali.Insya allah

Pucuk Daun kari
Rasa lemak-lemak gitu- sedap
Khasiat menghilangkan bau badan
Menghilangkan bau kencing yg kurang menyenangkan
Dalm pantang/time peroid elok amalkan bantu atasi masalah peluh berasid
Elak bau hanyir darah nifas/ darah haid .. insya allah

Pucuk Manis ( asin-asin)
Banyak sgt fiber elok untuk masalah sembelit/ cantikkan kulit
Jadikan minyak rambut -lebatkan rambut

Pucuk peria Pantai
Sedap di buat ulam, khasiatnya menstabilkan tekanan darah
Masalah diabetis

Ada lagi petua tumbuhan ni saya akan tulis lg..Ni senarai yg ingat di kepala la sbb memang biasa biasa ambil teruatama jenis ulaman tu..Saya ni hantu ulam...hehehe

* Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 07hb Jun 2005, 10:47:57 pagi

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.218.:-)

zurina77
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 06hb Jun 2005, 10:41:43 pagi    [Edit]
TQ mamanisa sbb tambah info..
Hantu ulam rupanya.. patut la..

Daun Kapal Terbang tu boleh dimakan rupanya..
Ingat tak boleh.. masa kecik2 dulu kalau main2 kat semak, mesti luka punya. Amik daun kapal terbang, picit2 campur air sikit pastu tampal kat luka.. Aktif giler kecik2 dulu..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 07hb Jun 2005, 10:54:21 pagi    [Edit]
Zurina

Tulah..suka sgt ulaman ni terutama ulam kampung..macam pucuk cemumar paten lebih kurang daun kari tu.. pucuk samak
pucuk daun mata itik makan dgn laksa atau buat nasi ulam fuhh terangkat ..heheh tapi la ni susah nak dapat dah sbb hutan belukar pun dah terang benderang jd perumahan,j/raya dll..pupus belaka kut pokok ulaman ni .

akar pokok kapal terbang tu setakat pemerhatian memang berkesan sgt untuk buasir..Sbb sedara pernah kena so ada yg bg petua ni alhamdulillah mujarab..

Tunas kelapa
Asah di belakang pasu/ tempayan ambil patinya tampal di sekitar bisul.Insya allah..

Daun Melur
redakan panas badan..Turunkan suhu badan terutama kanak-kanak kena demam panas

Daun Bayam Duri
Ubat demam campak- mandi air rendaman pokok bayam sekali dgna karnya ( cuci dulula pokok ni)
Air rebusan bagus untuk atasi masalah sakit puan- terutama masalah rembong terkeluar (saluran peranakan jatuh)

sambung lagi ...

* Mesej ini telah disunting oleh mamanisa pada 07hb Jun 2005, 10:55:39 pagi

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

60.48.33.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005