Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 11:58:47 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh BERURUT: : Menaikkan peranakan?
bungabiru
Pengendali
1. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 6:38:11 ptg    [Edit]
kengkawan..

bb tak pregnant2 lagi biarpun dah 1tahun6bulan kawin..ada satu kawan kat tempat kerja tu suh bb berurut naikkan peranakan..dia kata ada kawan lain g buat, alhamdulillah taklama kedian, dia pegnant...

tp kawan bb kata proses berurut tu menyakitkan sebab dia tolak betul2 kasi naik..betul ker?

bb nak tau macamana peranakan ni bleh terturun sampaikan kena naikkan balik. taktau dalam medical term,tapi kalau kita orang biasa ni cakap; menaikkan peranakan..

so hopefully kawan2 yang dah pernah berurut, atau menemani kawan/isteri berurut, citerla sikit. bb seriau bila dengar orang kata sakit. kawan bb kata, pas berurut, dia bagi makan jamu.

thanks kengkawan..

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

just4fun
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 7:38:16 mlm    [Edit]
bb,

pergi la buat pemeriksaan dgn gynea...
ambil ubat subur ke...
apa2 pun pergi la check..



kalau belum pernah mengandung dan bersalin macamana peranak boleh turun?
selalu angkat barang2 yg berat2 ke?

* Mesej ini telah disunting oleh just4fun pada 24hb Mei 2005, 7:43:05 mlm

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.191.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 7:50:06 mlm    [Edit]
bb
kalau nak berurut bole tp tak semua orgg berurut tu kena naikkan peranakan. Ada org mmg peranakannya turun sbb tak jaga betul dlm pantang atau pernah jatuh terhentak di punggung dgn kuat.. tp tak semua org yg tak bole mengandung tu masalahnya sama... ada org mengalami masalah rahim/peranakan terbalik atau pun ada pulak yg alami peranakannya terlalu kebelakang...

kalau bole sebelum berurut tu pegi la buat pemeriksaan doktor dulu.. buat pap smear and buat scanning perut tu.. biasanya kalau doktor yg pakar dia akan tahu melalui scanner tu samada u ada masalah ngan rahim or tidak.. rahim u kebelakang ke, terbalik ke or mengecut ke or ke bwh ke.. tu lbh elok sbb biasanya tukang urut ni ckp berdasarkan rasa je.. tp dgn scanner tu doktor bole nampak bebetul...

ada gak masalah sukar hamil ni disebabkan ada cyst ke, ada fibroid ke or ada masalah dalaman mcm tiub fallopian tersumbat ke, kilang telur tersumbat or tak berfungsi dan sebagainya... ada lak sbb penyakit endometriosis.. so better pergi buat pemeriksaan doktor dulu baru urut mengurut ni.. bukan sirna tak percaya ngan tukang urut.. sirna pun berurut gak selalu utk mengembalikan kesegaran tubuh.. tp bab2 peranakan ni kalau belum pernah bersalin or mengandung baik pergi jumpa doktor dulu.. pastu baru ikhtiar tukang urut...

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

kittun
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 8:20:24 mlm    [Edit]
setuju dgn pandangan sirna..

apapun, kdg2 mak bidan ni..adala ilmunya. kittun dulu ms anak dara, pernah accident kereta bergolek2..kira mcm dihempas2 je. ms tu tulang bahu dislocated sikit..sendi kat bahu ni mcm terkuwa sikit. pi x-ray, pastu pakai bundle putih tu..tp malam2 memang sakit betoi la..pastu sebab sakit sgt, jumpa la dr, dr kata takde apa2. pastu, mak bwk pi jumpa sowang makcik kat kg ni. dia pon urutkan..tp dia tak urutla tmpt tulang tu, tp kat bahagian belakang bdn. katanya urat2 kittun tersimpul situ, sbb tu sakit.lepas urut 3 kali, tak sakit..dan tangan pon beransur pulih.

pastu, kittun urut satu bdn. mak suh makcik tu check kalau apa2. pastu makcik tu kata rahim kittun terlari sikit..takut je kittun dengar ms tu.pastu makcik tu ada urut special kat bahagian perut n rahim.dia kat bwk balik ke tmpt yg betul. mmg sakit sikitla..dia kata kalau kedudukan normal, takkan sakit. wallahua'lam.

dia ada juga kata, ada yg tak dpt anak ni..sbb kedudukan rahim tak betoi.yela, kdg2 stgh org rahim ni sensitif sket..jatuh sket terlari kedudukan..tak semestinya lepas banak je.

tp alhamdulillah, skrg ni kittun bakal ada baby. so, tak tahula nak ckp kata2 makcik tu betui ke idak..tapi ms tu tawakkal ajelah..

untuk bb, kalau nak berurut, jangan sebarangan lah yek..bahaya..silap2 rahim ni tak dpt digunakan lagi. so, first step, pi la check ngan medical doc dulu.

* Mesej ini telah disunting oleh kittun pada 24hb Mei 2005, 8:21:48 mlm

--------------
sabar itu indah..

138.253.28.:-)

bungabiru
Pengendali
5. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 08:23:16 pagi    [Edit]
just4fun

sbnrnya bb dah amik ubat subur tu..dan hasil sampingan dari ubat subur tu, bukan dapat baby, tapi dapat cyst..
tu yang sedih tu. sebab bb memang try habis ni nak dapat baby. sabar tu memangla sabar..tp harap dengan kehadiran baby, bleh menyelamatkan lagi hubungan bb ngan hubby.

sirnatinta

bb dah check ngan gynea, memang rahim okay, sample darah tunjuk bb ada keluarkan telur, doct kata mungkin rezeki takda lagi. pastu dia bagi ubat subur. skg timbul cyst pula. sbnrnya, next mth doct nak buat laparoscopy kat bb. dia nak tebuk masukkan kamera dan tengok apa sbnrnya yang halang bb dari pregnant..hubbykata kalau smata2 nak dapat baby, dia tak suruh buat masa ni, still terlalu awal, tpi doct kata kalau cyst tu ada, dia nak drill the cyst.
13june ni bb ngan hubby akan datang bersama jumpa doct..masa tu baru leh tau samada bb nak go on buat laparoscopy tu or not..takut gak..sebab bb tau proses kena bius tu sebab bb pun kerja dewan bedah..

kittun

takat ni bb takdak jatuh ka apa. tp tak ingat pulak kalau masa skolah dulu sebab bb kat skolah kira atlit gak. maybe masa lompat jauh, terhentak? bola tampar? lari? hoki? bb pun tak tau..tp maybe memang ada jatuh dulu..
bb ingat bb jumpa doct dulu baru pikir pasal nak berurut. tp tukang urut tu taklama lagi pindah dari tempat tu. mana nak cari yang baru? bb bukan pandai cari2 tukang urut ni.


--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

semutmerah
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 08:53:07 pagi    [Edit]
betul cakap kawan2 tu... berurut tak semestinya menaikkan peranakan aje... ada juga untuk membetulkan kedudukan rahim yang senget dan sebagainya... ada kawan semut tu dah try macam2 kaedah moden untuk dapatkan baby, last2 dia pergi berurut... kalau scan, doktor kata rahim dia ok, tapi ikut kata bidan yang urut dia, rahim dia senget ke sebelah kiri... so, urut la... lepas sebulan, dengan izin Allah, dia pun pregnant... punya la dia suka... usaha la...

tapi seingat semut la, bidan pernah pesan, kalau nak urut untuk betulkan rahim atau urut untuk dapatkan baby, kene buat (urutan) pada hari pertama atau selewat2nya hari kedua datang bulan (period)... sebab, masa tu organ dalaman wanita, terutamanya rahim berada dalam keadaan lembut menyebabkan urutan tak menyakitkan...

good luck!

203.115.226.:-)

bungabiru
Pengendali
7. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:07:09 pagi    [Edit]
semutmerah

ye ker? ni yang bersemangat nak try nih..so 1st day atau selewatnya 2nd day lah yer? lepas urut tu sakit tak? sebab bb kena jumpa doct on 2nd day period tu. kalau ikutkan, on 9june kena jumpa doct sbb 2nday period, 13 june, discuss surgery, 14june mayb buat surgery. so kalau lepas urut, takut sakit pulak, sampaikan nak surgery pun takleh. lama tak kesan sakit diurut tu?

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

semutmerah
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:13:23 pagi    [Edit]
bb
semut takde pengalaman laaaa... ni cerita pasal kawan... hehehehe... tapi dia kata tak sakit... bahkan satu badan rasa 'sedap dan selesa' (dia urut sekali satu badan)... may be masa tu rahim tengah lembut (macam yang bidan tu kata la) menyebabkan urutan tu tak menyakitkan... tapi tak tahu la plak kalau urutan tu sakit... harap2 betul la apa yang kawan semut tu bagitahu... tengok condition individu jugak la kot... apa pun, cuba la... mana la tahu lekat pula rezeki tu karang...


203.115.226.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:24:10 pagi    [Edit]
bb
bb duduk kat mana? jgn risau.. tukang urut ni ramai.. tanya je le kawan2 mdc ni mesti ramai yg akan beri no utk bb contact tukang urut ni..
bb duduk kat mana? sirna ada gak beberapa no tukang urut ni... kalau bb rajin contact le..
yg selalu sirna contact ialah Kak Mimi-012 6648634. Utk dlm pantang lps lahirkan 2nd baby nanti pun sirna nak panggil dia utk urut. Kak Mimi ni ramah orgnya and muda lagi la...seronok berurut dgn dia.. 1st time jumpa pun mcm dah lama kenal...
yg lain2 ni sirna tak pernah try.. tp kalau bb nak try bole le call diaorg:
Ani-03-61207417
Hasnah-016 6816037
Kak Mai-016 3794796

tu je la yg sirna ada... selamat mencuba.
kalau nak tahu lbh lanjut ttg cyst ke or anything yg related to rahim, kesuburan dll cuba join yahoo group dr. hamid arshat
http://groups.yahoo.com/group/timang1005/
kat sini bb bole bersoal jawab ngan pembantu Dr. Hamid. Kalau ikut yg dia e-mail dulu.. dia kata cyst tu bole kecut sendiri tp mmg selalu kena monitor.

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

kizz
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:25:10 pagi    [Edit]
betul cakap semut merah tu....bb,

kizz masih lagi dalam urutan....anak kedua dah nak masuk 7 taun tak lekat2 lagi....

sapa cakap urut naikkan peranakan sakit ! mana ada...kita terasa cam ada benda bergerak bila bidan urutkan naik ke atas.

tapi cam dlm kes...bb baik jumpa doktor dulu...sekiranya tiada masalah...masih juga berhasrat nak berurut....cari yg dah ada pengalaman...

cam kizz berurut ngan orang jawa .....mmmg berpengalaman...dan siap bagi jamu lagi....

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

bungabiru
Pengendali
11. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:30:06 pagi    [Edit]
kizz

yang bb plan nak urut ni orang indon. dia bagi jamu gak lepas tu. tp cleaner indon yang bagi number tukang urut ni kata sakit.

sirnatinta

bb dok area AU2, keramat. kalau dapat yang area tu lagi bagus sebab taklah jauh. balik kerja leh amik.t p kalau jauh, bb sukar nak amik sebab bbpun kekadang balik lewat dari kerja.
thanks for the contact number. pasal website dr hamid tu, nanti bb tengok. dia ni buka klinik kat damansara kan?

tak sabar rasanya...kalaulah bb pregnant, mesti hubby lagi sayang, kan?

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Sirnatinta
Ahli Aktif
12. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:40:10 pagi    [Edit]
bb
K. mimi tu duduk area ampang gak.. dia bole drive sendiri je...kalau nak amik pun bole kot.. dtg rmh dia pun bole.. tp cam sirna selalu panggil dia dtg rmh.. dia mmg bz so kena call dia dulu..

Ha'ah Dr. hamid tu bukak klinik kat damansara heights tu.. Tp sirna tgk charge rawatan dia tak la mahal sgt kalau dibandingkan ngan hospital lain.. w/pun dia tu seorang pakar sakit puan yg terkenal kat Malaysia ni. Kalau lps ni bb nak dptkan consultation dr dia pun bole kot.. pegi le kat website dia.. ada charge rawatan dan tips2 sikit kat situ
hamidarshat.com

bb... kalau tak de anak pun mmg suami bb sayang kat bb... anak tu penambah kasih syg je... jgn putus asa berusaha...

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

bungabiru
Pengendali
13. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 09:45:10 pagi    [Edit]
sirnatinta

insyaallah bb akan try call kak mimi tu. bb memang teringin dapat baby tu lepas bb ada poblem ngan hubby (kalau penah baca topik bb kat skr ni satu ktika dulu laa). harap2 hubby memang sayang bb dengan ikhlas....

nanti bb akan tengok website dr hamid tu. skg ni tak nyempat ni. jap g nak masuk OT dah.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

senijuju
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 11:08:54 pagi    [Edit]
bb,

semoga berjaya hendaknya... mmg ler anak tu penyeri... Cuma harap bb sure ngan pandangan bb tu.. Adakah dgn baby tu r/ship makin baik... atau cuma nak ikat jer hubby u? Tak kisah la kalu nak anak sebab kita nak anak teman kedian ari... itu pun lagi ok...

Allah tu kan Maha Mengetahui... Mgkn Dia nak bb betul2 leh ok jer ngan hubby dulu, baru Dia bg zuriat ker kan? Itu cuma pandangan jer tau... Mgkn bila husb bb dah dpt duduk setempat ngan bb lagi cepat proses kut...

Apa2 pun, all the best... fokus kan pada tujuan... kalu murni tujuan hati, insyaallah.... rumahtgg happy SEBAB ASASNYA HAPPY... dan asasnya ialah kita suami isteri

--------------
Selagi B sayangkan saya,.... Make the best of our life ...

218.111.180.:-)

bungabiru
Pengendali
15. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 1:58:10 tghari    [Edit]
senijuju

1. bb memang nak anak supaya hubungan bb ngan hubby berjalan seperti dahulu. penuh kasih sayang dan bb nakkan kejujuran.
2. bb pun memang nakkan anak sebagai peneman/zuriat bb bila bb dah tua nanti.
3. bb bukan nak baby sebab nak ikat suami. apa yang bb tau, kalau dia tinggalkan bb, bb ada hak ke atas anak bb dan bukan bb yan gmelangkah keluar dari perkahwinan ini. nauzubillah. dia nak orang lain, i still can caryy on with my own life. tp bb tetap nakkan anak sebagai peneman bb..
4. anak tu rezeki..sape taknak rezeki kan? lagipun excited nak tengok muka baby hasil dari kasih sayang ibu bapanya..

itu jer sebenarnya...

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

sha_aida
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 2:02:41 ptg    [Edit]
ader tak cara or senaman untuk naikkan peranakan?

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.191.:-)

bungabiru
Pengendali
17. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 2:09:59 ptg    [Edit]
tu yang tak pasti tu..tunggu mana2 kengkawan yang ada experience

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

kizz
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 2:20:19 ptg    [Edit]
bb...

yg kizz g berurut ni indon gak !

jawa...jawa sumatera....

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 2:40:23 ptg    [Edit]
paste laa cara senaman nyer tuh...
plzzzzz... nak jugak belajar nih!!!!!

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

218.111.191.:-)

bungabiru
Pengendali
20. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 4:11:19 ptg    [Edit]
sha_aida

ada ker senaman naikkan peranakan? tak pernah dengar la

kizz

skg kizz tengah berurut lagi ker? dah dapat baby tak?

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Sirnatinta
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 5:31:17 ptg    [Edit]
tak pernah lak dgr senaman nak naikkan peranakan.. biasanya senaman utk menguatkan otot2 *tut* tu tau le.. tp peranakan ni bole dinaikkan dgn mengurut dan bertungku.. tu sbb lps bersalin disuruh bertungku...

dr apa yg mak mertua and tukang urut masa sirna bersalin 1st dulu dia ajar cara bertungku yg betul so that bole naikkan balik peranakan sbb masa bersalin peranakan turun skit sbb kita teran and di bwk ke bwh sama2 ngan baby...

bb..
tak kira la apa niat bb nakkan anak tu asalkan niat tu baik.. setiap org pasti nakkan zuriat darah daging sendiri kan.. apatah lagi yg dah berumahtangga.. so selagi terdaya usaha la.. tp mesti jugak masa mencuba tu dgn kasih sayang suami isteri...

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

pizut
Ahli Baru
22. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 11:20:05 mlm    [Edit]

BB
Urut ni tak sakit la, sbb pizut adalah urut utk naikkan peranakan ni, sebab masa pindah rumah dulu byk sgt buat keje berat. Kata makcik urut ni kalau nak tau peranakan kita jatuh, senang je.. kalau kita rasa kerap nak kencing dan lain dr kebiasaan pastu bila gi kencing tu tak lawas je maknanya somethg wrong la tu.

Pastu bb, kalau nak naikkan peranakan ni pun kena hati2 gak, bukan apa sbb bb tak pernah prgnt so takut nti naik tggi sgt lagi parah. Tapi tak salah mencuba sbb mmg byk gak kita dngr org berurut ni berhasil utk prgnt.

Kat sini pizut nak share ade senaman yg makcik urut ni ajar utk pastikan rahim kita just nice kat tpt dia. Caranya senang je.. bila nak tdo mlm tu,masa kat ats katil sambil baring angkt kaki tggi2 dan sandarkan kat dinding, punggong kita naik atas sikit supaya tak cecah tilaml. (hope u all boleh imagine la camne nak buat). Buat la camtu selama mana yg boleh.

Kizz....

samalah kita... pizut pun lepas anak no.2 ni susah betul nak lekat. Ni tgh dok menuggu gak ni..dah delay tapi mls nak check sbb selalu sgt tipah tertipu! arini check nti esok dia mai, sabar je la.

--------------
~Saved The BEST For Last ~

210.195.30.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 08:04:58 pagi    [Edit]
kuantan tu kat mana yer tukang urut yang bagus untuk bab bab gini

202.75.44.:-)

bungabiru
Pengendali
24. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 08:23:00 pagi    [Edit]
sirnatinta

kalau tak silap nak kuatkan 'tut' tu namanya kegel exercise.

pizut

iye ker kalau kerap nak kencing? bb memang selalu sangat nak buang air. tp rasa tak lawas tu takda la pulak. bb pun kerja berat gak. sekarang ni lagi, kena tolak mesin yang berat tu, lagilah perlu tenaga..

tu lah ada gak orang pesan, jangan main2 takut kalau terkena yang salah urut, bahaya tu.

senaman tu nanti bb cuba. bleh imagine. macam huruf 'J' kan?

sha_aida

dah ada tu contoh senam. mari kita sama2 buat bila balik nanti!

bestnyer dengar citer kengkawan kat mdc ni.ramai sangat kawan yang faham masalah kita ni...

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

kizz
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 09:22:09 pagi    [Edit]
setakat ni kizz tak lagi nampak lagi tanda2 nak dpt baby....

masih lagi berurut...lepas ni kizz nak cuba makan herba maharani tu....tengok respons dia baik....

doakan kizz dapat baby ye......

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 09:33:19 pagi    [Edit]
quote:
tu lah ada gak orang pesan, jangan main2 takut kalau terkena yang salah urut, bahaya tu


pernah gak dengar orang kata camtu... tapi kalau nak try gak, tak salah... cuma hati-hati laaa... better cari tukang urut yang memang dah ada 'bukti kejayaannya'... maksud semut, dah pernah ada yang berurut kat situ dan berjaya dapat zuriat... setakat dengar cerita 'atas orang' ni, memang susah gak... apa pun, rezeki semuanya pemberian Allah... sekurang2nya kita berusaha... kalau ditakdirkan memang bukan rezeki kita nak dapat baby, nak buat cemana kan? yang penting, doa + usaha!


203.115.226.:-)

bungabiru
Pengendali
27. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 10:06:21 pagi    [Edit]
kizz

ada buat check kat doct tak? apa yang doct kata? hubby ada buat test tak? bb ada buat check and doct says normal. mayb sebb badan ni naik lepas kawin. tp buat ujian darah memang ada kuar telur. hubby lak tak buat lagi.

ada doct kat tmpt bb ni cakap, mayb lifestyle skrg ni macam rat race. kejar sana kejar sini. bb tak nafikan hidup kat kl ni stress sangat..kakak abang bb yang kat sabah tu smua beranak pinak kecuali kakak sulung. tupun sebab peranakan dia tak kuat.

bb doakan kita semua yang takdapat baby ni supaya dapat baby biarpun seorang...yang penting nak gak tengok muka anak sendiri kan?

semutmerah

nanti bb nak try yang kak sirna bagitau tu sebab dia pun berurut ngan orang tu. doakan bb dapat baby insyaallah lepas urut..atau lepas surgery nanti...

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Umi_Ainin
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 11:06:45 pagi    [Edit]
Bb
Nie nak citer pengalaman Umi bab berurut nie....Thn lepas Umi berurut dgn sorang yg boleh dikatakan macam bidan sebab biasanya org akan panggil dia utk berurut lepas bersalin.....Umi sebenarnya urut seluruh badan....sambil tue suruh dia cek kedudukan peranakan.....Konon2nya nak cuba mengandung lagi sebab anak no 2 dah umo 4 thn.....tapi malangnya dia kata peranakan Umi tinggi....Umi sebenornya tak paham apa yg dia maksudkan tinggi tue.....Dia kata lagi lepas nie memang susah nak dapat baby.....Umi nie punya laaa susah hati....tapi alhamdulillah sangkaan dia meleset.....Umi disahkan hamil tapi tak de rezeki sebab di luar rahim plak.....Buat masa nie merancang dulu sebab baru bbp bln lepas operate hamil luar rahim......
Umi harap ikhtiar Bb membuahkan hasil.....moga impian Bb tercapai....

--------------
**MoGa SiNaR bArU tErUs MeNyInAr**

202.42.154.:-)

bungabiru
Pengendali
29. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 11:49:04 pagi    [Edit]
umi

thanks umi..memang bb tersangat2 teringin bila tengok orang lain dukung baby..bila bb bangun pagi kan, g keja lewat sikit, bb selalu dengar anak jiran sebelah lambai ayah dan mak dia,'bye yah, bye mi...'...sejuk jer ati kalau anak sendiri yang cakap cenggitu....

sekarang ni bb banyakkan sedekah. bb bagi hadiah kat anak kengkawan yang baru lahir..mudahan Allah kesian kan kat bb dan beri rezeki lak lepas ni..

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Sirnatinta
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 12:03:38 tghari    [Edit]
dik bb sayang
check pm tak? sambung la lagi citer kat situ.. hehehe

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 12:26:05 tghari    [Edit]
quote:
Caranya senang je.. bila nak tdo mlm tu,masa kat ats katil sambil baring angkt kaki tggi2 dan sandarkan kat dinding, punggong kita naik atas sikit supaya tak cecah tilaml. (hope u all boleh imagine la camne nak buat).
btul ker nih???...
kalo tak kawen lagi, nak buat boleh tak??? untuk masa depan...

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.103.:-)

bungabiru
Pengendali
32. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 12:42:07 tghari    [Edit]
kaksirna

bb dah baca dah. petang kang bb sambung k? jap g nak msuk OT dah ni.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Sirnatinta
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 2:18:36 ptg    [Edit]
sha_aida
lum kawin jgn buat.. kang naik tinggi sgt kang pun tak leh nak pregnant nanti... lagi naya

sbb rahim ni kdg bole jadi tinggi sgt, kdg tu jatuh plak, kdg senget ke kiri or ke kanan..so jgn buat memain

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

bungabiru
Pengendali
34. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 2:21:21 ptg    [Edit]
kaksirna

hihi ada masa sikit ni. nasib baik ada doct myanmar tu assist bb, so dia stay kat ot bb kuar jap g mdc ni.

doc scan tp dia kata normal jer bb nyer rahim. tak tau kalau mak bidan pulak. tp takut gak bila adayang kata kalau kta slalu rasa nak kencing, means rahim turun..

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Sirnatinta
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 2:46:40 ptg    [Edit]
bb
kdg tu kencing kerap tu bukan sbb rahim jatuh.. tp tu salah satu tanda kena kencing kotor gak.. so jaga2

oo free skit je masuk mdc ye.. hehehe

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 3:03:39 ptg    [Edit]
quote:
sha_aida
lum kawin jgn buat.. kang naik tinggi sgt kang pun tak leh nak pregnant nanti... lagi naya

sbb rahim ni kdg bole jadi tinggi sgt, kdg tu jatuh plak, kdg senget ke kiri or ke kanan..so jgn buat memain

betul ke memain nih???
so ader tak orang sebelum kawen peranakan jatuh???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.102.:-)

LipasMafia
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 3:08:42 ptg    [Edit]
bungabiru : kita pun nak juga p berurut ni.. tp takut....

--------------
Allah loves me and made me muslim

203.115.230.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 4:12:29 ptg    [Edit]
quote:
so ader tak orang sebelum kawen peranakan jatuh???

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.102.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 5:24:29 ptg    [Edit]
sha_aida
ada yg belum kawin dah jatuh.. tp biasanya disbbkan pernah jatuh teruk terutama jatuh yg terhentak di punggung.. atau kalau selalu sgt angkat benda2 berat dgn cara yg tak betul...

tp kebiasaannya rahim jatuh ni bg org yg dah bersalin, org yg tak berpantang /berurut lps bersalin.

akak tak main2 ni.. mmg betul ni.. ada rahim yg jenis terbalik, atau terkebelakang, ada kedudukan nya yg senget, ada yg jatuh ke bwh sgt, ada yg tinggi sgt pulak... mcm2.. bab2 dlman wanita ni jgn main2 tu sbb kena gi check selalu...

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

bungabiru
Pengendali
40. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 6:58:24 ptg    [Edit]
kaksirna

bb memang pantang ada time free jer mesti lari komp room ni. sampaikan bos pun heran, apesal tersenyum? apasal tergelak? apesal taip laju sangat mcm aayam turbo patuk? nasib baik bos sporting. taulah kitorang, bila busy, busy nak mapuh. tak busy, internet laaa...

lipas

bb pun takut gak tp demi nak try dapat baby, bb nak cuba gak.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

kittun
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 8:20:21 mlm    [Edit]
kittun setuju ngan kak sirna..Hm, selamat mencuba, inshaAllah ada rezeki lepas2 ni

--------------
sabar itu indah..

138.253.28.:-)

anna_virgo4
Ahli Baru
42. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 10:06:06 pagi    [Edit]
Bungabiru ade cerita pasal kakaknya yg sulung ade masalah peranakan tak kuat (rahim tak kuat le maksudnya kan?)

Boleh jugak ke klu nak berurut klu ade masalah mcm ni? Anna baru je lps keguguran (kandungan dlm 3 mggu lbh) utk first baby.....ni maksudnya rahim Anna tak kuatlah kan?

Pada kengkawan diharap dapat membantu

--------------
* Anna *

202.157.192.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 12:29:49 tghari    [Edit]
Anna
keguguran tu bole berlaku dgn mcm2 sbb... ada separuh org sbb rahim tak kuat nak menampung baby kat dlm tu, ada pulak sbb gugur secara natural... lps baby terjadi tiba2 ada masalah mcm nutrition tak cukup ke, atau jantung baby tiba2 berenti ke dsbgnya (ni semua berpunca dr masalah dlman), ada yg gugur sbb terjatuh tau angkat brg berat, ada yg gugur sbb tersalah mkn (mkn benda2 menghakis) dll lagi.

Biasanya kalau dah ada sejarah keguguran, bila pregnant lagi doktor akan kasi suntikan utk kuatkan rahim supaya kandungan tak jatuh. Kalau doktor tu tak bg bole mintak kat diaorg & bgtau pernah ada history gugur. Kadang doktor tak mo bg sbb dia nak tgk samada kandungan ada masalah lagi or tidak.. sbb ada org w/pun pernah gugur tp next pregnancy dia tak de masalah langsung.

so org yg pernah gugur ni kalau pregnant lagi kena hati2, kalau rasa2 ada tanda2 keluar darah masa awal pregnancy tu cepat2 le pergi doktor.. atau kalau nak berjln jauh baik ambik suntikan tu dulu. Jgn buat keje berat, angkat benda berat, makan nenas, papaya dll, minum minuman bergas etc. Bnykkan berehat.

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 1:57:14 tghari    [Edit]
biasanya... kalau peranakan jatuh..... pinggang akan sakit.....
gi la urut cepat....

60.48.182.:-)

x_eti007
Ahli Setia
45. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 4:30:43 ptg    [Edit]
kalau masa dlm pantang kita tak mengurut peranakan leh jatuh tak? Ada apa2 effect ker kalau kita tak mengurut lepas bersalin?

219.95.156.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 5:19:02 ptg    [Edit]
selalunya lps bersalin mmg perlu berurut. Even yg kena ceaser pun patutnya berurut tp lambat skit la.. maybe lps luka betul2 sembuh. Tp kalau nak betulkan balik kedudukan rahim tu bukan le urut kat perut tu.. atas skit je dr ari2 tu. Kalau tak urut mungkin ada effect sampingan sbb mmg masa kita melahirkan tu rahim kita tu ikut ke bwh sekali ngan baby.. tu sbb nye urut tu untuk naikkan balik and nak kecutkan balik.

Salah satu cara lain utk make sure rahim kembali ke tempat asal ialah dgn menyusukan baby ngan susu bdn. Kalau breastfeeding mmg bole mempercepatkan rahim mengecut and kembali ke tempat asal.

Satu lagi cara bertungku dgn betul. Mcm sirna dulu mak mertua and bidan tu ajar camner nak guna tungku utk betulkan balik rahim tu.

Kalau tak silap sirna pernah baca dulu, kalau lps bersama, air tu cepat meleleh keluar balik maknanya rahim ke bawah sgt la tu. Yg azlal ckp tu pun betul gak.

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

syikin72
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 8:00:10 mlm    [Edit]
bb,
berhati-hati kalau cari bidan yang nak urut untuk betulkan peranakan. cam syikin dulu , 3 tahun try untuk dapatkan baby.. pantang orang bagitau bidan mana yang bagus, mesti pergi urut. masalahnya, jumpa 3 bidan yang berbeza, sorang kata peranakan tinggi, sorang kata normal, sorang kata rendah.. kali terakhir pergi urut ~ makcik ni suruh datang 3 hari berturut-turut. sebab memang berhajat nak baby, ikut je syarat tu. lepas urut hari kedua, syikin tak boleh tahan kencing ~ tak grip langsung. BIla nak terkencing tak sempat nak cari toilet, meleleh tang tu jugak. nasib baik dalam kete... kena duduk atas plastik. azab betul. hari ke tiga bagitau makcik tu, dia kata ~ ala, jangkitan kuman agaknye.. sesedap rasa je dia cakap. Nasib baik ada kawan bagitau suruh buat senaman pelvik lantai ke hape namanye...... lepas 2 hari dah boleh tahan kencing cam biasa...

Lepas dari tu, tobat taknak gi urut peranakan lagi.. lagipun, jangan bagi sebarangan bidan untuk urut perut kita, sebab ada antara bidan yang amalkan ilmu yang tak betul..

--------------
www.kedai2ekin.com ~DCL~Trimz&Klenz~PhytoFiber~Be-Nice ~ 0123838018~ ym:syikin72~ syikin72@yahoo.com

61.6.100.:-)

just4fun
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 8:14:31 mlm    [Edit]
quote:
sbnrnya bb dah amik ubat subur tu..dan hasil sampingan dari ubat subur tu, bukan dapat baby, tapi dapat cyst..

macamana dgn cyst tu? serius ke tidak?

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.188.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 28hb Mei 2005, 2:07:25 ptg    [Edit]
quote:
ada yg belum kawin dah jatuh.. tp biasanya disbbkan pernah jatuh teruk terutama jatuh yg terhentak di punggung.. atau kalau selalu sgt angkat benda2 berat dgn cara yg tak betul...

so.. kalo sebab2 nih, bleh ke nak buat senaman tuh???

quote:
kena gi check selalu...

ank check katne... aper plak tak kawen, tetiba nak gi check tuh.. hihihihihi

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.101.:-)

bungabiru
Pengendali
50. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 09:47:55 pagi    [Edit]
just4fun

cyst tu? mmm...tu yang bb dalam dilema ni..sebab kalau ikutkan , on the 2nd day period, doct suh jumpa dia. mayb dalam 9/6 ni. then on 13/6 ni doct suh bawa hubby nak discuss psl nak buat laparoscopy (pembedahan kecil untuk mlihat kat dalam tu melalui kamera) kat bb..ni yang tengah seram ni...sbb bb tau proses nak dibedah..kena buat general anesthesia lak tu (satu badan dibius).

syikin72

thanks syikin..bb ingat nak try bidan yang kak sirna recommend tu sebab dia pun buat kat bidan tu, means dah berpengalaman...insyallah...

azlal

betul ker sakit pinggan peranakan turun?

virgo

bb tak sure la smada tak kuat atau peranakan kecil. tp memang dia tak mandul cuma condition untuk pregnancy tu dia tak sesuai.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005