Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb JamadilAkhir 1435 @ 25hb April 2014, 1:24:59 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh RAMBUT GUGUR : Macam mana nak kurangkan?
PutriAntasha
Ahli Setia
1. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:02:39 pagi    [Edit]


Putri ni bermasalah rambut gugur lepas bersalin.

Ada sesiapa boleh bagi petua atau produk yang terbaik untuk kurangkan rambut gugur ni...

Terima kasih..

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

syikin72
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:30:01 tghari    [Edit]
sama le masalah kita... bila baby dah start menyembur, rambut ibu mesti gugur.. cam syikin dah cuba tukar syampoo, pakai tonik rambut... tak gak menjadi... kat tgh kepala ni dah naik botak dah....

--------------
www.kedai2ekin.com ~DCL~Trimz&Klenz~PhytoFiber~Be-Nice ~ 0123838018~ ym:syikin72~ syikin72@yahoo.com

61.6.117.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
3. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:53:58 tghari    [Edit]
betul tu kin....mcm mana ek....
kena pakai minyak kelapa asli lah nampaknya tapi bau yg tak tahan tu...
eh..eh...baru teringat NUFERA ok ke?
Leila!!!!!! tolong jawab...kalau tak Leila pun...sesape ke....

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

Rosniena
Ahli Setia
4. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:14:05 tghari    [Edit]
hmm ros sarankan pakai syampu mengkudu.selain itu dia boleh elak rambut gugur dia boleh atasi migrain n kelemumur.kalau nak bgtau ros.sebab ros pun pakai gak.rambut tak gugur dah.

--------------
B-nice, Bidadari,Pengedar Sah Aura Seri call me 019-2562460-shah alam,selayang,ipoh,B.Phat

192.228.219.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
5. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:33:21 tghari    [Edit]
ros,

brand apa tu?

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

Rosniena
Ahli Setia
6. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:52:40 tghari    [Edit]
Brand sureco kalau akak nak ros bole tlg belikan.hmm dia punya syampoo badan pun elok..utk peredaran darah,hilangkan gatal kat badan, dan buang peluh kat badan.badan pun tak bau peluh..akak bole buat demo kat badan lelaki yang kuat baunya..mmg nampak beza.eheh sebab ros dah buat kat suami ros..eheheh.Harga syampoo rambut tu cuma rm15.00 jek..botol besar dan tahan lama, 400ml.

* Mesej ini telah disunting oleh Rosniena pada 18hb Mei 2005, 1:54:08 tghari

--------------
B-nice, Bidadari,Pengedar Sah Aura Seri call me 019-2562460-shah alam,selayang,ipoh,B.Phat

192.228.219.:-)

gee67
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:01:15 ptg    [Edit]


Baru2 ni Kak Gee ada termenonton rancangan Wanita Hari Ini TV3. Dalam segmen kecantikan, Pengasas Reena's Cosmetics Puan Siti Aminah ada beritahu pasal cream untuk rambut bagi mereka2 yang menghadapi masalah rambut gugur, kelimumur dan uban.

Masa dengar dia bercerita tu macam bagus je cream tu. Kalau sapa2 yang pakai cream tu yang menghadapi masalah rambut gugur dalam masa 2 minggu keguguran rambut akan berkurangan.

Kak Gee ingat macam nak cuba tapi bila dia beritahu pasal harga terkedu dibuatnya. Dia ada dua packaging, botol besar dan botol kecik. Yang botol besar tak silapnya RM99 dan yang botol kecik pulak RM40 lebih.

Mungkin ada sapa2 warga MDC yang ada mencubanya, mungkin boleh bercerita sikit tentang keberkesanan produk ni.


--------------
Amway, Phyto Fiber, Susu IGg, DCL ~ Bidadari & Vinergy, PM/call Kak Gee di 017-3339880

218.208.241.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
8. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:09:21 ptg    [Edit]
ros,

terima kasih ye....bolehlah try..akak boleh beli sendiri sebab jiran sebelah rumah akak memang ahli sureco...

kak gee,

mak ooiiiii...mahal tu...saya try yg ros suggest dulu...kalau ok bolehlah war2kan kat MDC...

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

puanseri
Ahli Baru
9. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:59:26 ptg    [Edit]
Saya pernah cuba syampu sureco tuh..bukan mengurangkan rambut gugur malah menambahkan lagi rambut gugur...tapi lain orang mungkin lain kesannya kot..

219.93.8.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
10. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:01:17 ptg    [Edit]
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

mcm mana niiiiiii !!!!!

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

angah04
Ahli Baru
11. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:24:30 ptg    [Edit]
assalamualaikum,

PA- laaa...aper salahnyer kalu awak cuba....mungkin pada puan seri tak sesuai...tp bagi awak sesuai kot....angah pun ingat nak cuba gak la.......jiran angah pun sureco gak..leh beli ngan dia...tapi aper yg angah pasti....ayah angah minum sureco punya kopi cenkudu rasanyer.......perut dia jadik kempis sikit.....dan gastrik yg selalu kena dulu pun dah ok.......serasi la tu kot......tak salah kita mencuba ka...bukan mahal sgt pun..........

61.6.35.:-)

PutriAntasha
Ahli Setia
12. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:29:14 ptg    [Edit]
aah kan angah04....try je lah...RM15 jeeeeeee....

--------------
ctc no : 019-203 3937

203.106.229.:-)

Ibuayu
Ahli Baru
13. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 4:39:50 ptg    [Edit]

Maaf ye mencelah akak dulu macam tu juge tapi setelah mengamlkan supplement Protin, daily dan Calcium Magnesium dan menggunakan syampoo gentle daily hair cleancer dari Santinique dan perapinya alhamdullillah masalah rambut gugur dah selesai.

--------------
Hidup sihat keluarga bahagia

219.93.8.:-)

raihanis
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 10:53:52 mlm    [Edit]
rambut i dulu separuh botak lps bersalin. tensen gila. malu kat hubby,
nak keluar rumah jemur kain pun kena letak tuala cover kepala yg hampir
botak nih.

lama kelamaan, tanya org tu org ni, try syampu tu tonik ni, last2 i ikut
petua Ibuayu je. mmg berkesan pun. dan sejak kebelakangan ni i byk
ambik Lecithin E. bila pakai tudung, anak2 rambut yg di depan ni selalu
sgt terjulur keluar. byk betul anak2 rambut baru tumbuh, dan rambut pun
lebih cpt panjang.

skrg ni i guna syampo apa pun, rambut dah tak gugur mcm dulu lagi sbb
akar di dalam dah cukup kuat....berkat keberkesanan supplemen yg i
ambik selama ni.

topik ttg rambut gugur dah penah dibincangkan sebelum ni. cuba selak
balik topik yg lepas, byk gak kawan2 suggest itu ini.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.212.:-)

dreamcatcher
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:22:56 mlm    [Edit]
rambut aku pun dah berkurangan ni.. adeh..
tak tau sbb apa.. dah le jenis rambut halus.. isk..
ke shampoo yg aku pakai ni dah xpired?
skrg aku guna cosway punya.. tapi aku ni jenis berjimat..
pakai sehari 2 kali tapi guna ciput je.. skrg dah 6 bulan rasanya tak abis lagi..
ke sbb shampoo? risau gak..

--------------
http://peng-u.com | SAYA BERMINAT MEMBANTU ANDA BUAT DUIT MELALUI GOOGLE | http://peng-u.net

60.48.105.:-)

Rosniena
Ahli Setia
16. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 4:09:09 ptg    [Edit]
setiap org lain kesannya...mmg ada yg gugur mula2 pakai..then dia akan tumbuh tapi rambut tuh lagi kuat.mungkin gugur sebab rambut tu dah mmg rosak..tapi tak kisah mencuba..gugur mmg tetap rambut gugur at least 50-100 helai sehari(ni kata pakar Loreal)
yup kalau nak sesapa tinggal shah alam ke,puchong..or dlm kl.ros bole belikan.
jus mengkudu dgn spirulina pun elok buang toksin dan bole wat kulis kita cantik..ros makan pun jerawat dah hilang sebab ros ada resdung

* Mesej ini telah disunting oleh Rosniena pada 19hb Mei 2005, 4:25:12 ptg

--------------
B-nice, Bidadari,Pengedar Sah Aura Seri call me 019-2562460-shah alam,selayang,ipoh,B.Phat

192.228.219.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 4:18:22 ptg    [Edit]
quote:
rambut aku pun dah berkurangan ni.. adeh..tak tau sbb apa.. dah le jenis rambut halus.. isk.. ke shampoo yg aku pakai ni dah xpired?
skrg aku guna cosway punya.. tapi aku ni jenis berjimat.. pakai sehari 2 kali tapi guna ciput je.. skrg dah 6 bulan rasanya tak abis lagi..ke sbb shampoo? risau gak..

ni bukan sbb syampo ni apis...ni sbb resdong ni.

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.29.:-)

nr75
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 4:21:09 ptg    [Edit]
dulu memacam syampoo dah guna.. last2 try sunsilk yang kaler pink tu, so far ok... kurang sket le rambut gugur tuh.....

--------------
Kasihnya SyaNor (",)

161.142.141.:-)

dreamcatcher
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 03:45:22 pagi    [Edit]
quote:
ni bukan sbb syampo ni apis...ni sbb resdong ni.


betul le lang?
jangan main2.. hehe.. risau gak.. karang rambut aku abis..
yunam hair ribu2 tuu.. isk..

lang, domain ko nak xpired tu.. tak dapat pm aku ke?

--------------
http://peng-u.com | SAYA BERMINAT MEMBANTU ANDA BUAT DUIT MELALUI GOOGLE | http://peng-u.net

202.188.228.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 07:48:01 pagi    [Edit]
Resong pun leh rambut gugur gak apis...hehehe...

p/s:eh..aku dah reply ler masa ko antar tu.
tak dapat ke apis?

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

218.208.239.:-)

dreamcatcher
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 21hb Mei 2005, 6:52:56 ptg    [Edit]
lang,
oo mmg ada kaitan ye..
patut aa aku punya gatal idung makin menjadik skrg ni.. isk...

tak dapat pm pun?

--------------
http://peng-u.com | SAYA BERMINAT MEMBANTU ANDA BUAT DUIT MELALUI GOOGLE | http://peng-u.net

60.48.105.:-)

senyum007
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 21hb Mei 2005, 10:10:50 mlm    [Edit]
errr...asyik gune mende moden jek...
berbalik laa pade zaman lama...
gunekan care tradisional...
gunekanlah minyak cap kapak...!!

boleh gune minyak kelape...
atau gune minyak zaitun...
atau gune minyak badam...
sapu sampai ubun pale tau...
biar rate satu pale...
walaupun busuk...
tapi hasilnye...insyaAllah...
pastu bungkus laa dgn tuale suam...
takyah nak pk kulit sensitip...
kompem seperti yg kite nak...
hitam...kuat...lebat...kilat...memikat...!!
kulit pale pun sihat...
istiqamah laa yek sapu minyak nih...

* Mesej ini telah disunting oleh senyum007 pada 21hb Mei 2005, 10:20:49 mlm

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.92.:-)

farmin
Ahli Setia
23. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 12:52:57 tghari    [Edit]
askm..

sy baru lepas empat bersalin dan mengalami masalah rambut gugur gak..
dulu masa pregnant langsung x gugur..tp skg makin banyak gugur...mcm mana nih...tolonglah

--------------
Kiamat sudah hampir...bertaubatlah saudara islamku..

161.142.24.:-)

june_zaidi
Ahli Setia
24. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 3:55:06 ptg    [Edit]
samer la ngan june..................since anak dah pandai menyembur nie..yallah, banyak tul rambut gugur.....sekali tarik jer dah macam ade penyakit leukimia dibuatnyer...mak pun dah bising..rambut bersepah2 kat lantai.....

210.186.131.:-)

raihanis
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 6:38:05 ptg    [Edit]
1 lagi supplemen yg i ambik ialah Bio-Life Zink + Vitamin C. yg ni pun
bagus utk pertumbuhan rambut baru. boleh beli kat farmasi. murah
banget. tak sampai rm30 pun, blh thn 2 bln.

--------------
Amway / Smart Naco / ~ SMS 012-265 7525 YM raihanees

219.95.244.:-)

Diana_ros
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 10:20:19 pagi    [Edit]
kalau nak ikut cara den cuma amalan den tak lain tak bukan syampu ganozhi, minyak gano, ........bagi permakanan dalaman capsul RG dan GL semua ni dari produk cendawan merah (DXN) inilah yang menjadi amalan den yang lain dah tak pernah pakai sebab ia memang berkesan dengan den............mcm syampu ni dia memang membersih secara mendalam dan tidak meleket mcm syampu lain..........minyak gano ni pulak den lumur kalau ada kelemumur atau masalah kulit pada waktu malam paginya baru cuci............lagi pun syampu dan minyak gano ni di waktu yang sama boleh membantu juga untuk membuang toksid di kulit kepala............capsul dia pulak membantu sekiranya anda ada masalah kesihatan.............dia bukan sahaja pada satu masalah kesihatan tapi menyeluruh...........sedikit sebanyak membantu masalah kesihatan dari dalam yg menyebabkan keguguran rambut.

dulu pun den ada masalah yang sama mcm kauorg nak nampak anak-anak rambut tumbuh pun susah sikit dah mcm-mcm cuba............bila den guna dari produk cendawan merah ni baru le nampak perubahannya terus melekat tak pernah guna dari produk yang lain............masuk ni dah 2 tahun den guna syampu ni je mungkin sesuai dengan den...........pemulihan bagi masalah mereka yg guna produk ni mengikut masalah yang mereka hadapi kalau yang tak banyak masalah memang cepat berkesan............... tapi yang banyak masalah ia mengambil masa sikit untuk membantu pembuangan toksid dikulit kepala atau masalah-masalah yang lain.

* Mesej ini telah disunting oleh Diana_ros pada 25hb Mei 2005, 10:25:46 pagi

--------------
jadi ahli DXN call atau sms, no lama prepad hilang ni no baru 0132550879 / YM diana_tajuddin

202.188.76.:-)

sitislam
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 14hb Jun 2005, 1:19:08 tghari    [Edit]


dulu siti ada merungut pasal rambut siti banyak gugur dalam forum nih ...entah macam mana satu hari siti tengok dalam TV3 'wanita hari ini' tentang penjagaan rambut mustika ratu..siti pun tertarik dan mencuba...siti ikut apa yang disarankan...siti guna syampu daun landep(botol Hitam), bilasan santan (botol warna kuning wangi sebab bau lemon),quinne tonic rambut(warna oren) dan minyak cenceman( warna ijau)..memula rasa tak yakin tapi cuba juga..alhamdulillah lepas 2 bulan anak-anak rambut tumbuh ..lepas basuh rambut atau bersikat taklah gugur macam aritu.sampai la ni siti masih guna produk ni . Bagi yang mencuba silakan tapi kena banyakkkkk sabar.nak murah beli kat maideen.

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

Nur_Putri
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:08:10 ptg    [Edit]
Drpd pengalaman np sendiri, (2nd baby, rambut gugur sampai takut nak sikat rambut! ) officemate suruh minum protein. Alhamdulillah, seminggu jer dah boleh nampak keberkesanannya!

--------------
eCosway / Amway / iGg Plus ? PM / YM / email / call: 012-6738429

219.93.184.:-)

waha7475
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 3:52:21 ptg    [Edit]
Nur_Putri, kwn suruh "minum protein"... apa benda tu?

--------------
~~* UmmiImran *~~

219.95.255.:-)

gee67
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 5:15:56 ptg    [Edit]


waha,

Mungkin minum protein ini kut,



NUTRILITE Protein

Bina Masa Depan Anda dengan Asas yang Kukuh Sekarang!

Protein memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pengekalan kesihatan badan. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan protein yang berlebihan, maka pengambilan seharian adalah perlu untuk memastikan bahawa tubuh anda mendapat segala apa yang diperlukan. Protein adalah penting untuk semua peringkat umur bagi pembaharuan sel, kulit yang cantik dan pembinaan otot. Ia juga adalah asas blok pembinaan untuk organ dalaman dan hormon.

Protein yang berasaskan soya adalah pilihan makanan yang lebih sihat untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan lemak atau kolesterol mereka, mereka yang mungkin alah dengan susu dan produk yang berasaskan susu atau vegetarian yang tidak memakan sebarang produk yang berasaskan haiwan, termasuk susu lembu.


Kini NUTRILITE Protein dirumus semula supaya tidak mempunyai Organisme Terubah Suai Secara Genetik (GMO). Mengandungi tambahan kalsium (70mg) dan zat besi (1mg) yang wujud secara semula jadi dengan tambahan faedah Isoflavon Soya (Sebatian Tumbuhan PHYTONUTRIENT*).

Satu sudu 10g memberi 8g protein berkualiti tinggi daripada protein soya terasing dan pekatan protein susu, membekalkan sejumlah sembilan asid amino perlu yang seimbang.

Sembilan asid amino perlu tersebut adalah sangat penting dan mesti diperolehi melalui diet atau suplementasi.

Dicerna dengan mudah (Skor 1.0 , skor PDCAAS tertinggi yang mungkin ?(Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein).

Mengandungi dadih susu untuk kebolehcernaan yang diperbaiki dan lesitin supaya protein bercampur sebati.

Rendah dalam lemak dan kolesterol, hanya 36 kalori.


* Mesej ini telah disunting oleh gee67 pada 24hb Jun 2005, 5:16:32 ptg

--------------
Amway, Phyto Fiber, Susu IGg, DCL ~ Bidadari & Vinergy, PM/call Kak Gee di 017-3339880

218.111.22.:-)

shahir
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 24hb Jun 2005, 8:24:58 mlm    [Edit]
Amalkan supplemen cam Protein Powder tu, atau B complex. Then try sapu hair tonic.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.80.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005