Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb Ramadhan 1435 @ 22hb Julai 2014, 9:23:05 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Bincang : Kenapa Orang kita tak suka perniagaan MLM
maizana
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 6:57:43 ptg    [Edit]
I ni nak kongsi sikit, semoga dengan perkongsian ini boleh membuka minda ORANG KITA . I memanglah joint salah satu MLM yang ada kat Malaysia ni. Dulu I akui.. MLM ni memang musuh ketat I...

Persoalannya.. kenapa ianya menjadi Musuh Ketat bagi I ketika itu..?.. Mungkin pada tika itu.. I tak diberi penerangan tentang istemewanya MLM tu. Tapi bila I diberi penerangan dan I faham plannya.. I tak tolak.. hingga kini I masih aktif. Sekali I cuba... I akan teruskan... I nak buktikan I pun boleh berjaya.

Dugaan memang banyak... terutama teman sebantal I... itu dugaan paling hebat.. tapi I tak kisah..sebab I nak berjaya.

Tapi satu yang paling-paling I pelik... kalau kita lihat Orang Cina berjaya dalam perniagaan.. kita kata... Elehhh... orang Cina tak kenal halal haram.. tu sebab boleh berjaya, kita lihat dia berjaya dalam bidang lain.. macam2 alasan yang kita bagi, dia orang tu lah.. dia orang ni lah..

Tapi apa alasan yang kita nak bagi bila lihat Orang Cina berjaya dalam MLM?. Kita kaum majoriti.. tapi kenapa muka2 tu jugak yang jadi kumpulan majoriti yang berjaya?.. Sistem MLM sama jer.. sama untuk semua kaum.. Melayu, Cina mahupun India. Kalau lihat dalam majalah MLM tiap2 bulan.. muka tu jer yang keluar.. cuma 1 atau 2 jer kaum kita.. kenapa?..

Apa salah kita tukar mind set kita... buka minda kita untuk terima benda2 macam ni. Ramai yang tak faham.. ingatkan kena berjual bila joint MLM...

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 18hb Mei 2005, 6:20:11 ptg

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

Diana_ros
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 7:16:30 mlm    [Edit]
MLM ni nak kena org yang pandai bercakap..........kalau org pandai bercakap senang-senang je boleh berjaya mcm kakak den yg aktif MLM ni kekadang boleh buat den tergelak sebabnya biasanya kalau org jual barang datang rumah kita tak suka tapi kakak den ni cukup suka............kitaorg kat belakang dah ketawa sebab masing-masing cakap " kita lihat siapa yang kena'.............dah semestinya yg jual barang tu yang kena beli kopi dari kakak den bukan org jual barang je org jual ais cream pun terkena..............sebabnya cara kakak den tu bercakap memang menyakinkan jadi org mudah tertarik tapi kakak den pun masuk dalam tempoh yang lama dan sepenuh masa dalam MLM ni...........mcm den ni slow sikit.............Nak join MLM lebih berjaya kena selalu laungkan masa untuk menghadiri kelas yang diaorg anjurkan dan lain-lain kenalah usha kalau nak berjaya............kira kakak tu boleh dikatakan berjaya juga lagi pun anak-anak dia dah besar tak ada maslah nak kesana sini berbanding gan den ni anak kecik lagik..........tak boleh nak aktif sangat.

--------------
jadi ahli DXN call atau sms, no lama prepad hilang ni no baru 0132550879 / YM diana_tajuddin

202.188.75.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 7:32:02 mlm    [Edit]
sebabnya kita mudah patah semangat, nak untung cepat......
tak tahu tektik dan teknik meniaga...
kita tak bersatu.....
cakap bla-bla....tapi tarak guna ...

dan akhirnya tertipu.....

* Mesej ini telah disunting oleh azlalchedin pada 17hb Mei 2005, 8:01:14 mlm

60.48.178.:-)

adhadi
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 7:54:03 mlm    [Edit]
Saya sebab saya lebih suka perniagaan secara runcit...

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 8:58:20 mlm    [Edit]


Tak reti meniaga.... MLM tuh sekali sebut macam bunyi cekelat M&M.

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

84.67.235.:-)

katakhuduh
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 9:21:03 mlm    [Edit]
sebab dah faham la yg jadi tak minat. dulu tak faham, masuk jugak

60.48.81.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
7. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 10:58:36 mlm    [Edit]
Nak kasi pandangan pun....masih RABUN dalam MLM.


Topik yang bagus di bincangkan...

JANGAN ASYIK MENGELUH BARANG NAIK AJE...tapi bila ada alternatif lain cari duit...semua kecut perut..semua pandang NEGATIF.

Yang naik tetap naik...kita sekadar naik angin aje.




nanti kita sambung....nak ZZZZZZZZZZZZ

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.32.:-)

maizana
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:10:42 pagi    [Edit]
quote:
MLM ni nak kena org yang pandai bercakap


Tak semestinya orang yang pandai bercakap jer boleh buat MLM ni. Bagi I.. yang penting kita guna dulu barang tu pada diri kita... hasilnya produk tu yang akan membantu kita bercakap.. maksud I.. bila anda gunakan produk tu... keberkesanan produk tu akan membantu anda menceritakan pengalaman yang anda alami.

Sincere tu perlu ada... jangan promote produk kurus... sedangkan badan kita alahaiiii... tak mencerminkan langsung.

Lagi satu semua orang kata dia tak pandai bercakap...yang tu kita perlu tahu..mula2 memanglah tak pandai.. tapi lama2 mesti pandai.. macam jugak budak sekolah.. masuk tadika.. tak tau apa.. tapi bila dah kesekolah tiap2 hari...belajar A, B hingga Z.. bukan sekadar kenal huruf.. malah pandai membaca...



quote:
sebabnya kita mudah patah semangat, nak untung cepat......
tak tahu tektik dan teknik meniaga...
kita tak bersatu.....
cakap bla-bla....tapi tarak guna ...

dan akhirnya tertipu


Patah semangat memang pun.. lagi satu kena ingat.. jangan nak untung cepat.. MLM ni.. bukan buat hari ni hasilnya kita dapat esok.. ianya network marketing.. bina jaringan yang besar.. baru hasilnya besar.. kalau sekadar taja sorang.. pakai barang pun tidak..JANGAN HARAP dapat hasil besar.. macam jugak nelayan.. kalau guna pukat kecil.. hasil ikan pun kecil.. cuba guna pukat besar.. maunya hasil bertimbun...

BERSATU tu memang penting... kalau kita tak bersatu.. sampai bila pun tak akan maju... tengok jer lah bangsa lain maju.. bangsa lain kaya..KALAU BETUL2 BEKERJASAMA... BINA NETWORK DIKALANGAN AHLI KELUARGA PUN DAH OK..

Tiada istilah TERTIPU.. kita kena pandai pilih syarikat.. kalau pilih syarikat yang dah stabil.. tak perlu khuatir... ini pilih syarikat yang tak tentu.. yang atas dah kaya.. orang bawah menganga... masa tu lah rasa diri TERTIPU..


quote:
Saya sebab saya lebih suka perniagaan secara runcit...


Perniagaan secara runcit... perlu modal besar, perlu kan tempat/ pejabat dan perlu juga buat marketing (mana ada bisness yang tak ada marketing)... dan kalau tak jalan.. modal yang dilaburkan tu rugi jer... SEDANGKAN kalau buat MLM.. syarikat dah ada produk, dah ada tempat, modal tak perlu besar.. jadi ahli dah boleh buat bisness... R&D nya memang dah siap sedia... jalankan jer... orang tak beli..kita tak rugi.. cuma tak untung... dan kalau faham.. tak perlu berjual pun..PAKAI BARANG DAN SHARE DENGAN SERAMAI MANA KAWAN.. COPYCAT BISNESS...

quote:
Tak reti meniaga.... MLM tuh sekali sebut macam bunyi cekelat M&M.



Semua orang cakap macam tu... sebenarnya anda tak beri peluang pada diri anda untuk mencuba.. belum mencuba dah kata tak tau.. memanglah hasilnyapun TAK TAU... balik Malaysia nanti buatlah bisness ni... cuba secara part time dulu.. guna konsep TUKAR BARANG..

quote:
sebab dah faham la yg jadi tak minat. dulu tak faham, masuk jugak



Ini mesti sebab SILAP FAHAM.. bukan sebab tak faham... kalau betul2 faham.. tak tunggu lagi.. MESTI BUAT

quote:
JANGAN ASYIK MENGELUH BARANG NAIK AJE...tapi bila ada alternatif lain cari duit...semua kecut perut..semua pandang NEGATIF.



BARANG KAT pasaraya TU MEMANG SENTIASA NAIK.. APA SALAHNYA KITA TUKAR KONSEP.. dari setiap bulan tolak troli kat Pasaraya untuk beli barangan perlu... yang mana keuntungan tu hanya Pasaraya tu jer yang dapat.. atau pun paling habis diucapkan Thank you, please come again dan goods sold are not retunable, baik kita beli kat PASARAYA MLM... keuntungan dikongsikan bersama...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

eynda
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:15:12 pagi    [Edit]
Kekadang orang yg buat MLM ni suka paksa-paksa....Eynda dah kena....Eynda pun buat MLM gak tapi tak pernah kejar prospek sampai prospek terus lari....Eynda amalkan konsep fikiran terbuka. Terpulang kalau ada yg nak join under eynda. Ada juga yg memperlekehkan company MLM lain....kononnya MLM mereka sahaja yg menjanjikan pulangan yg lumayan.

Ini hanya pengalaman eynda. Rasanya MLM tak bersalah tetapi cara orang yg buat MLM tu kekadang membuatkan orang lain mempunyai tanggapan yg salah terhadap perniagaan MLM....

Pendapat 2 posen dari eynda...

219.95.90.:-)

maizana
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:23:53 pagi    [Edit]
quote:
Ada juga yg memperlekehkan company MLM lain....kononnya MLM mereka sahaja yg menjanjikan pulangan yg lumayan.



Itu biasalah.. so kita kena gunakan kebijaksanaan kita untuk menilainya. Macam Kak Zana.. pertama Kak Zana suka pada produk... kalau produk tu dah best... dan memang Kak Zana pakai... apa salahnya. Ada sesetengah tu...gunakan produk tu sebagai simbul jer (satu barang jer.. kononnya barang yang satu tu boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit... tak masuk akal langsung)... ianya lebih pada membina leg.. which is.. tak semua orang suka.

quote:
Rasanya MLM tak bersalah tetapi cara orang yg buat MLM tu kekadang membuatkan orang lain mempunyai tanggapan yg salah terhadap perniagaan MLM....


Memanglah.. MLM tu sistem yang dibuat oleh manusia.. ada sistem yang bagus dan ada juga sistem yang tak bagus. Kalau orang tu tak bagus.. dia buat sistem pun tak bagus.. untuk sekejap masa dan untuk keuntungan dirinya.. bila dah untung yang bawah2... rasa dirinya rugi..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

OrangMinyak
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:37:32 pagi    [Edit]
yang pasti aku tak minat MLM, sebab aku tak pandai nak berniaga cara MLM...aku selalu support barangan kengkawan jual kat aku... tak kisah ler campeni apa pun.....

--------------
komunis > m.e.n.g.a.p.a belum b.e.r.a.m.b.u.s

219.93.220.:-)

maizana
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:59:07 pagi    [Edit]
quote:
yang pasti aku tak minat MLM, sebab aku tak pandai nak berniaga cara MLM...aku selalu support barangan kengkawan jual kat aku... tak kisah ler campeni apa pun.....


Itulah yang nak tau sangat2 tu.. KENAPA TAK SUKA?.. Tak suka nak jadi senang ke?.. tak suka banyak duit ke?.. tak suka pakai barang dan dapat duit?..

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 18hb Mei 2005, 10:55:15 pagi

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
13. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 10:37:14 pagi    [Edit]
Sebut MLM......semua cebikkan muka.

Malas nak sebut pun.

Tapi kekadang tu ada plak yg gatal2 tanya...
ko buat apa sekarang...tak kan duduk rumah aje...?

Kalau di jawab buat MLM/Direct Selling..jam2 tu macam nak blaaa...

Kalau kata tak buat apa2..dia kata..kita ni sombong tak nak citer !!

Usah citer panjang...semua kawan2 masa zaman bekerja..selalu mempelekehkan kan mama ..bila mama kata..biarlah mama duduk rumah sambil mencuba nasib dalam bidang MLM..Risiko papa kedana jika gagal memang TAK ADA.

Sambung next time...nak kedapur..masak lee.

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.220.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 10:57:30 pagi    [Edit]
Maaf bukan untuk mengondem... tapi sekadar bertukar˛ pendapat. Jgn marah yer

MLM ? Byk dah aku masuk sana sini sebab aku tak faham konsepnya. Bila dah faham sebab dah lama dlm bidang ni, terus tak minat.

Mmg org atas aku cakap, kalau tak pandai cakap pun tak apa.. tapi bila aku tak cakap, produk tak jalan. Aku rajin cakap, walau badan aku 'yummy gummy' tapi org tetap beli ubat kurus aku sebab aku pandai putar˛. Kekadang leh laku sampai 5 botol sehari. Hehehee. Tapi yg aku tak tahan, terpaksa keluar mlm gi program motivasi. Laki aku cukup tak gemar.

Skarang, syarikat aku menceburi perniagaan mengeluarkan produk untuk MLM. Baru faham taktik mniaga bagaimana. Harga yg dijual kepada pengguna sebenarnya terlalu jauh mahal berbanding dengan harga produk itu sendiri kalau dijual di kedai˛. Sebagai contoh, kami amik di kilang RM2, kami mark up kepada dealer RM20. Dealer markup kepada bukan dealer RM 26. Tu pasal harga produk MLM ni berganda˛ mahai.

Aku skang tak terlibat sbg ahli, tapi terlibat sbg pengeluar.

tapi aku tak nafikan kebagusan produk˛ tersebut dan ada yang berjaya. Bagi aku, sumer duit. Duit byk, makin besar lah harapan nak berjaya. Tu pasal ada org cakap, MLM ni mcm skim piramid. Program ni lebih bermakna kalau laki bini buat MLM ni.

Ni pendapat aku sahaja... skang ni aku buat Tappaware plak, tapi pakai sendiri ajer la... then untuk kawan˛ opis.

* Mesej ini telah disunting oleh ex8ly pada 18hb Mei 2005, 11:11:00 pagi

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.223.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:17:25 pagi    [Edit]
quote:
MLM ni mcm skim piramid.


yap....memang piramid....sebijik.....
dan baru-2 ni ada yg kata MLM haram.....
pasai apa haram.......aku tak pasti...... kalau ada kawan -2 kat sini yg tahu..
plz share ur info.....
tq,

* Mesej ini telah disunting oleh azlalchedin pada 18hb Mei 2005, 11:47:21 pagi

60.48.180.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
16. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:31:34 pagi    [Edit]


saya suka MLM dan Direct Selling sbb dlm diri ni mmg ada darah berniaga dari kecik...

masa belia remaja lagi saya dah involve Direct Selling.... byk gak sales....

tapi satu jer, niat saya berniaga bukan nak senang dan bukan nak kaya... sbb tu sampai sekarang saya tak kaya2 mcm kebanyakan orang yg berniaga dan buat MLM atau Direct Selling

saya ada upline Cina dan Melayu yg suka motivate kan diri saya tentang kekayaan.... bila hari2 dia duk tepon dan tanya perkembangan dan dok tanya saya ni tak minat nak jadi kaya ker.... last2 langsung saya tak buat jualan sbb saya tak suka orang duk peringat bahawa saya perlu duit banyak utk shopping, melancong dan saya boleh rehat semasa umur baru 40 an... kira resign muda ler sbb MLM kan menjanjikan kekayaan di usia muda... eheheheheh

Alhamdulillah... saya mmg seronok dgn life saya yg serba sederhana... tak berkeinginan terhadap kekayaan.... even sekarang saya masih kekal berniaga secara konvensional serta beberapa MLM yg saya masih aktif....

barang2 MLM ni saya cukup suka... dan saya merupakan pembeli yg agak aktif juga.... harga brgn MLM mmg mahal spt yg disebut di atas tu....

dulu saya percaya bahawa MLM akan membenarkan anda berehat di usia muda....
tapi selepas terlibat dlm lebih 10 MLM, saya belajar bahawa itu tidak benar dan dgn MLM saya mmg kena kerja keras 7 hari seminggu 48 jam sehari dan tetap keluar duit saban waktu....

kalau listkan senarai MLM yg saya ceburi, mmg byk.... kadang mcm tak percaya lak.... ehehheheeh

sekadar pendapat dari pengalaman peribadi




--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

senyum007
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:51:09 pagi    [Edit]
ermm...MLM...market lebih mase...
sistem piramid...halal haram...
tgk brg yg dijual ler...
tak tau laa...pasal penah bace org kate ade sstgh brg company MLM ade campuran mende haram bagi penganut ISLAM...
tapi ramai yg kate haram pasal dapat keje sesaje...dok diam pun dapat duit...
dan ahli MLM akan kate diorang dah wat keje mule˛ baru join...
ade jgk yg kate mane company MLM ni dpt duit byk˛ tu...?
ade labur ke memane ker...? kite ni tak tau sumber...pelaburan halal ke haram...
ade plak yg kate benonye kos nak hasilkan produk˛ diorang tu kecik jek...
bile harge mahal...sbb brg baik kunun...byk laa untungnye...
buat laa camne punye sistem / istilah pon...piramid tetap piramid...

tapi papepun aku pecaye MLM ni mmg bleh wat duit byk...
cume aku takde talent utk wat keje˛ carik org ajak org nih...
kalau aku ade talent ni pon...rasenye aku dah kaye dah pon...hehe...

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.23.:-)

OrangMinyak
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:06:00 tghari    [Edit]
quote:
Itulah yang nak tau sangat2 tu.. KENAPA TAK SUKA?.. Tak suka nak jadi senang ke?.. tak suka banyak duit ke?.. tak suka pakai barang dan dapat duit?..

Tak suka nak jadi senang> suka

tak suka banyak duit ke?> suka

tak suka pakai barang dan dapat duit?> suka

tak suka nak kendalikan MLM, lagi pun ada banyak cara lain nak dapatkan duit, ada cara lain nak banyak duit dan ada banyak cara lain pakai barang dapat duit, but not with MLM kut!!! ntah la, bila baca topik ni secara jujur rasa makin tak suka ngan MLM... bukan semua orang sama citarasa

tapi aku suka tolong kawan kalau dia jual MLM, kalau rasa terniat nak beli aku beli... aku beli gak barang dari fluguy aku beli gak barang dari wife abe... walaupun fluguy dari satu pis dulu dah ajak, tapi gua punya feel tarak!!!

so aku hanya mampu membeli bukan menjadi ahli ahaks!!!!

--------------
komunis > m.e.n.g.a.p.a belum b.e.r.a.m.b.u.s

219.93.220.:-)

Dahlia00
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:27:45 tghari    [Edit]
Minat ngan MLM...........tapi taktau....yg mana satu

--------------
Nak jual EMPTY TONER PLS CALL 012-6747485/017-2929871

219.93.244.:-)

Mann70
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:29:36 tghari    [Edit]
kawan opis saya (upline saya) pi umrah esok..thn lepas dia berjaya capai target PV...

fuhhh...best tul..dpt pegi free umrah lak tu...dah lah bonus keta dpt..

192.228.129.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
21. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:32:46 tghari    [Edit]
Zhulian
Revell
Cosway
CNI
Luxor
Shaklee

lagi apa ek..
semua dah try tak berjaya..
So jual brg langsung lagi best.. taknak MLM.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

eyzlyn
Pengendali
22. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:41:34 tghari    [Edit]
depends pada org, macam liz dia suka jual direct barang.. mcm perfume

like me... i pun prefer jual barang secara direct. atas masing-masing la benda nih.

so far, barang mlm yg i beli dan puas hati from amway. memang mahal, but worth it la... tapi tak join mlm, just jadi pengguna jer.

kalau u selesa dgn mlm, just go on.. mlm ni advantage dia, u tak payah susah payah cari barang nak jual, just tunjuk katalog dan brg pun dah provided. kalau jual direct barang, kena kuar modal sendiri. tapi ada sesetengah supplier bagi kita ambil barang, laku baru bayar...

apa-apa pun, i wish all da best to everyone...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

cikciti
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:43:53 tghari    [Edit]
jum join SURECO ......brg2 utk org islam dan bukan islam jugak...dijamin halal

202.184.211.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
24. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:45:10 tghari    [Edit]
quote:
sebabnya kita mudah patah semangat, nak untung cepat......
tak tahu tektik dan teknik meniaga...
kita tak bersatu.....



Ingat satu saja, mana ada kesenangan yg boleh dapat dgn petik jari ajer..

kalau nak lumayan, kene sabar dan usaha lebih sikit, kalau tak mo lumayan, jadi la kuli sampai mati

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.21.:-)

maizana
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:54:36 tghari    [Edit]
quote:
Sebut MLM......semua cebikkan muka.

Malas nak sebut pun.



Bukan setakat tu mama... kalau dulu kawan baik.. bila kita buat MLM.. dia tak nak kawan..TAKUT SANGAT. Kalau dulu kawan baik.. bila dijemput datang kerumah untuk majlis hari jadi anak.. ramai yang datang.. bila kita joint MLM.. makanan banyak terbuang.. ramai yang tak nak datang. Itulah perception orang kita terhadap MLM...

Mungkin mereka masih tak nampak.. tu sebab mereka tak tahu.. kalau dah tahu dan dah nampak.. mau JATUH CINTA DIBUATNYA..


quote:
Skarang, syarikat aku menceburi perniagaan mengeluarkan produk untuk MLM. Baru faham taktik mniaga bagaimana. Harga yg dijual kepada pengguna sebenarnya terlalu jauh mahal berbanding dengan harga produk itu sendiri kalau dijual di kedai˛. Sebagai contoh, kami amik di kilang RM2, kami mark up kepada dealer RM20. Dealer markup kepada bukan dealer RM 26. Tu pasal harga produk MLM ni berganda˛ mahai.



Yang ni.. I tak taulah Syarikat mana tu... mungkin sebenarnya produk tu memang jenis murah...

Dulu I pun beranggapan begitu... I diberitahu pencuci pinggan mangkuk.. 1L harganya RM 18 (masa tu lah - now mahal sikit kot).. dalam hati I.. Baik aku pakai SUNLIGHT... bukan aku yang basuh pinggan.. nak bagi tangan maid halus pulak.., tapi bila diterangkan bahawa pencuci tu adalah pekatan (pati) yang mana perlu di dilute terlebih dahulu sebelum digunakan... barulah I paham.. rupanya 1L pencuci pinggan mangkuk tu boleh tahan sampai 6 bulan.. yang mana ianya lebih menjimatkan berbanding kalau I gunakan sunlight.. sebulan RM 4 di darabkan dengan 6 = RM 24... yang mana lebih murah..


quote:
yap....memang piramid....sebijik.....
dan baru-2 ni ada yg kata MLM haram.....



I sendiri pun tak tau sistem PIRAMID ni.. yang arif pasal ni.. boleh bagi tau tak?.. mesti ramai yang terer bab2 ni..

quote:
dulu saya percaya bahawa MLM akan membenarkan anda berehat di usia muda.... tapi selepas terlibat dlm lebih 10 MLM, saya belajar bahawa itu tidak benar dan dgn MLM saya mmg kena kerja keras 7 hari seminggu 48 jam sehari dan tetap keluar duit saban waktu....


Bukan u jer yang percaya.. I juga percaya sistem MLM ni akan membenarkan anda berehat diusia muda... tapi inilah masalahnya.. KITA MASIH TAK BOLEH BEREHAT... KERANA MASIH RAMAI YANG TAK FAHAM.. JOM KITA FAHAMKAN RAMAI2.. SUPAYA RAMAI YANG BOLEH BEREHAT PADA USIA MUDA.. apa tunggu lagi?

quote:
sistem piramid...halal haram...
tgk brg yg dijual ler...
tak tau laa...pasal penah bace org kate ade sstgh brg company MLM ade campuran mende haram bagi penganut ISLAM...
tapi ramai yg kate haram pasal dapat keje sesaje...dok diam pun dapat duit...
dan ahli MLM akan kate diorang dah wat keje mule˛ baru join...
ade jgk yg kate mane company MLM ni dpt duit byk˛ tu...?
ade labur ke memane ker...? kite ni tak tau sumber...pelaburan halal ke haram...
ade plak yg kate benonye kos nak hasilkan produk˛ diorang tu kecik jek...
bile harge mahal...sbb brg baik kunun...byk laa untungnye...
buat laa camne punye sistem / istilah pon...piramid tetap piramid...



Ini hanya alasan2 bagi orang yang dah menceburi tapi tak berjaya.. dan mudah give up.. tanpa cuba dan cuba.. I tak nak mention nama MLM.. nanti dah jadi lain pulak.. so I berbincang secara umum.. tak nak menyentuh mana2 MLM.. kalau nak bercakap pasal halal haram... mungkin boleh pm in private..

quote:
ntah la, bila baca topik ni secara jujur rasa makin tak suka ngan MLM... bukan semua orang sama citarasa



Belum sampai seru lagi lah tu untuk memberi ruang, tapi masa kita masih panjang.. mana tau esok2 boleh terbuka minda tu kan...siapa tau... macam I jugak dulu.. I siap bukak topik kat MDC ni.. yang I tak suka orang Insurance dan MLM approach I untuk joint... tapi bila dah tau.. tak payah suruh.. bukan sekadar jajdi ahli dan pakai barang... I sendiri yang nak buat

quote:
Minat ngan MLM...........tapi taktau....yg mana satu


Banyak.. PILIH JER LAH YANG TERBAIK

quote:
kawan opis saya (upline saya) pi umrah esok..thn lepas dia berjaya capai target PV...

fuhhh...best tul..dpt pegi free umrah lak tu...dah lah bonus keta dpt..



Itu jenis MLM yang kawal bonus kita...bermacam2 jenis pun ada..

quote:
Zhulian
Revell
Cosway
CNI
Luxor
Shaklee

lagi apa ek..
semua dah try tak berjaya..
So jual brg langsung lagi best.. taknak MLM.



Bukan tak berjaya.. tapi tak buat.. Memang mudah jual barangan langsung.. tapi mudah lagi jual barangan MLM, sebab kedua-duannya memerlukan anda membuat pasaran. Liz.. Kak Zana tak berapa suka pada konsep berjual tu.. tapi lebih suka PADA KONSEP PAKAI BARANG DAN KONGSIKAN DENGAN KAWAN2..

* Mesej ini telah disunting oleh maizana pada 18hb Mei 2005, 2:01:58 ptg

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
26. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:00:10 ptg    [Edit]
Mama tumpang baca dulu...masa nak memberi komen...belum cukup masa lagi.

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.220.:-)

senyum007
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:07:02 ptg    [Edit]
yup tol mama!!...
biase laa mende˛ camni...
ade yg suke...
ade yg tak suke...
ade yg mencadang...
pasti ade yg membangkang...
yg tak suke membangkang...
yg suke akan mempertahankan...
apepun...
terime je mane yg kite sendiri bleh terime...

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.23.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
28. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:50:22 ptg    [Edit]
quote:
terime je mane yg kite sendiri bleh terime...



hehehhehehehe... setuju !!!!!!!

dlm MLM ni syok tau... leh tengok byk gelagat orang...

mcm2 pesen ada

yg terkejar2 nak dptkan PSV or GSV sebelum dateline
yg terkejar2 nak cari downline
yg terbangak2 tak tau nak beli apa
yg dok kira bonus
yg tetiba ilang upline
yg tetiba downline lari
yg duk kutuk produk orang lain
yg duk perlekeh orang buat bisnes secara konvensional
yg duk kata produk dia jer plg baik siap tunjuk segala jenis sijil
yg duk paksa2 kita jadik member
yg duk paksa2 kita menjual kalau tak dpt member



tapi tetap seronok.... ehehehhehehe... mana yg leh terima, saya amik, mana yg rasa malas nak terima tu... mungkin ada orang lain yg boleh approach dgn cara baik....

saya cukup respect dgn sorang ni, dia tak penah paksa orang beli barang..... dia byk share dgn saya..... bukan umpan saya dgn brg free.... tapi... ada la.... dan sampai skang saya suka beli brg dgn dia dan penah jadik downline dia... disebabkan sikapnya yg memenuhi kriteria yg tidak terdpt di atas... very low profile tapi ramai giler pengikut dia.... ehehehhehehehe

dlm MLM ni saya tak suka dipaksa utk capai target dlm mendapatkan bonus whatsoever....

wang dan harta kekayaan memang penting tapi saya bukan hamba wang dan harta kekayaan InsyaAllah dan semoga saya kekal begitu

* Mesej ini telah disunting oleh Lynnda pada 18hb Mei 2005, 2:54:04 ptg

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

pompuan
pompuan
Pengendali
29. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:57:48 ptg    [Edit]
kalau bagi saya, mungkin sbb dah ada alternative lain..
sbb tuh, saya malas nak menjual2 nih ..
beli pandai la .. hehehee

mmg saya pemalas ... sorry tuan rumah di atas komen yang tak membina ini

--------------
CNI - 019-5050558

OrangMinyak
Ahli Interaktif
30. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:03:56 ptg    [Edit]
quote:
Belum sampai seru lagi lah tu untuk memberi ruang, tapi masa kita masih panjang.. mana tau esok2 boleh terbuka minda tu kan...siapa tau... macam I jugak dulu.. I siap bukak topik kat MDC ni.. yang I tak suka orang Insurance dan MLM approach I untuk joint... tapi bila dah tau.. tak payah suruh.. bukan sekadar jajdi ahli dan pakai barang... I sendiri yang nak buat


yup
seru lum sampai kut... manalah tau.. kut kut akan datang ada MLM sendiri heheheheh

--------------
komunis > m.e.n.g.a.p.a belum b.e.r.a.m.b.u.s

219.93.220.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
31. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:12:57 ptg    [Edit]
Saya pernah cuba...
tapi saya takde masa.. ceh.. macam perdana menteri pulak yek bisinyer...


tapi itulah ... saya pernah test dengan satu MLM.. tak larat nak ikut sbb kena selalu g perjumpaan dan ceramah2 motivasi... tak lama bertahan... sbb saya ader byk hobi lain dan tak mampu luangkan masa saya tok MLM.... walau saya nampak faedahnyer besar...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

WADIJA
Ahli Setia
32. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:32:06 ptg    [Edit]
HAI ORG MINYAK ....boleh rapat...
sorry nak cakap,pasal MLM ni..kalau wadija memang tak ada minat dan jugak tak minat bila org buat urusniaga MLM ni dtg kat wadija.SEBABNYA...selalunya org tak fikir pun nak beli sesuatu produk tu tapi bila depa ni datang TERPAKSA juga beli sebab kadang rasa kesian...kadang rasa serba salah..kadang rasa mereka ni terlebih mengomel...ambil je lah..itulah yg tak syoknya..

--------------
kalau ingin membina rumah carilah batu dan kayu yg baik....

218.208.39.:-)

OrangMinyak
Ahli Interaktif
33. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:34:49 ptg    [Edit]
wadija
heehhheh rapat? bolehhh hehehhe
hmmmmm betul gak kata ko tu.. sometime org MLM ni(bukan semua but majoriti) gaya mereka macam desperado!!! dan lagi satu punca sebab aku kena tipu dulu... suh aku datang untuk perjumpaan.. rupanya kena dengar ceramah 3 jam...hampeh betull.. igtkan perjumpaan apa

--------------
komunis > m.e.n.g.a.p.a belum b.e.r.a.m.b.u.s

219.93.220.:-)

izahaz
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 4:04:06 ptg    [Edit]
terpikir bila satu masa nanti bisness ni tepu.. kita masuk, nak cari downline, sume dah join mlm.. bila nak kaya cam tu.. org atas makin kaya.. mmg tak minat kayakan org atau memiskinkan org.. heheheh..sorry..

--------------
~lofier yg poyo~

202.188.31.:-)

adhadi
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 4:21:57 ptg    [Edit]
Terpanggil beri komen lebih sikit... saya pernah kerja under seorang Project manager wanita kat ofis lama dulu... Selama 2 tahun saya kerja under dia, tak berhenti2 dia approach saya join MLM. Sampaikan dia sms, telefon, bagi note nak datang umah nak jumpa wife saya. Disebabkan isteri saya pun berkerja shift, dan saya pun selalu sibuk kerja luar, maka bermacam2 alasan saya bagi. Yer lah, taknak reveal saya ada buat keje parttime... kang susah saya di kemudian hari... Yang terbaru ni, dia ajak saya join financial game. Walaupun saya dah berulang kali nyatakan, apa objektif long term saya... which is not MLM, and I dont want to follow your path. Agaknya sebab dia dah frust ajak saya tapi saya kata tak nak.. dia kata saya tak mahu maju, tak mahu belajar cara menguruskan financial.

Siapalah yang mahu berdampingan dengan orang yang suka menekan dan memaksa. Thats why saya elakkan diri dari MLM ppl., esspecially yang suka paksa atau keluarkan kata2 negativ terhadap diri kita.

Sorry maizana, tapi saya sekadar jujur meluahkan apa yang saya rasa.. Saya ada cita2 sendiri..

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.190.134.:-)

maizana
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 4:41:49 ptg    [Edit]
Seribu macam alasan ehhh... , tapi sekurang-kurangnya I dah tau apa yang ada di minda orang2 kita ni..

Memang tak dapat dinafikan.. bila orang approach macam desperado tu.. sakit jugak hati.. tu sebab kita kena tau bagaimana nak approach orang...

Dan percayalah... I tak pernah memaksa orang untuk joint.... dan jarang sekali approach orang untuk jadi ahli, tapi ramai yang volunteer untuk jadi ahli dibawah I...

I ada anjurkan Kelas Jahitan di Kajang... setiap minggu berjumpa kawan disana (rata2nya ahli MDC)... tapi tak pernah sekalipun I tunjukkan pelan pemasaran MLM yang I joint, tak pernah ambil kesempatan untuk menerangkan pada mereka...

Sebenarnya kalau minda kita masih tak boleh menerima MLM.. janganlah buang duit.. atau buat koleksi kad2 MLM dan bagi I.. tiada guna menyimpan downline tidur.


quote:
terpikir bila satu masa nanti bisness ni tepu.. kita masuk, nak cari downline, sume dah join mlm.. bila nak kaya cam tu.. org atas makin kaya.. mmg tak minat kayakan org atau memiskinkan org.. heheheh..sorry..



Apa nak dirisaukan... setiap hari ada jer kelahiran... itulah bakal2 downline kita... bukan yang mati tiada pengganti. Dan sebenarnya antara sedar dengan tak sedar kita memang dah membuat satu pihak jer yang kaya... apa salahnya kalau kita buat orang lain kaya dan kita juga kaya...

quote:
sometime org MLM ni(bukan semua but majoriti) gaya mereka macam desperado!!! dan lagi satu punca sebab aku kena tipu dulu... suh aku datang untuk perjumpaan


Ini antara rungutan yang sering kita dengar... so ingat2lah ahli2 MLM... jangan sampai menipu dan orang yang dibawa akan rasa tertipu..

quote:
saya pernah test dengan satu MLM.. tak larat nak ikut sbb kena selalu g perjumpaan dan ceramah2 motivasi... tak lama bertahan... sbb saya ader byk hobi lain dan tak mampu luangkan masa saya tok MLM.... walau saya nampak faedahnyer besar


Memang... tu juga satu cabaran.. terutama yang ada anak2 kecil, tapi kalau kita faham.. dan semuanya faham.. perkara tu tak perlu lagi kita buat.. kita boleh duduk bersenang lenang dirumah, tengok TV dan main dengan anak2..MASALAHNYA TAK SEMUA YANG FAHAM... TU YANG SAMPAI AHLI2 MLM TERPAKSA BERKERJA KUAT NAK MEMBERIKAN KEFAHAMAN PADA MEREKA YANG TAK FAHAM2 TU.

Apa salahnya kita semua beri peluang pada diri kita.. fahami konsep.. maka semua akan jadi mudah.. tak perlu lagi desperado.. tak perlu lagi keluar malam.. tak perlu lagi menghadiri ceramah2 motivasi...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
37. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 4:52:27 ptg    [Edit]
Nak citer sikit pasal MLM ....


M - Memang
L - Lah
M - Membosankan


Mula nya bergelumang dgn MLM selepas berhenti kerja Oktober 1998..(VSS)
Mentang2 aku tak kerja...macam2 orang syorkan MLM.Depa kata..yg ni modal kecil.Memang betul...

Hati plak mudah cayor...org ajak join..join saja lepas tu berangan nak kaya.
Kalau ikut Plan Pemasaran memang semua bikin kita akan jadi kaya.

Mencipta angan2 memang indah...memang mudah.
Setakat ambil pen dan calculator.......cakap boleh dapat ribu2...memang senang.

Tapi menjadikan realiti memang menyiksakan....

Ikut aje kata UPLINE ....sbb orang kata TIRU apa saja upline buat untuk berjaya..

Memang meletihkan.........membohsankan..

nanti sambung lee...kisah suka duka seorang yang giler kumpul starter kit sbb jaga hati kawan....kuat berangan nak kaya

* Mesej ini telah disunting oleh mamaboomboom pada 18hb Mei 2005, 4:53:50 ptg

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.248.:-)

izahaz
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 5:00:03 ptg    [Edit]
pastu ramai org approch mesti cakap...
quote:
kita ubah cara shopping, kalau dulu kita shopping barang dapur kt giant, carrefour etc, tp skrg kita shopping kt sini.. kt giant duit tak dpt balik, tp kt sini dpt.

tapinya mahal sesangat barang MLM tu..
pastu mesti ada contoh cam ni
quote:
ada sorang budak ni, dia buat MLM sejak belajar lg, skrg dah boleh pakai kete honda (cth ler).. skrg ni dia nak tukar aveo (cth lg) pulak.. tak yah susah2 keje, buat mlm je dah kaya..

kalau cam tu gayanya, baik g approach budak pas spm, atau budak yg tak sekolah.. sbb pada saya, lepas belajar bertahun2, pastu tak apply ilmu... rugi ler.. saya nak keje, praktikkan apa yg belajar, dapat gaji.. lgpon MLM ni kena ada duit utk mula.. rata2 mahal gak.. then kena maintain jualan.. tak pandai cakap la.. sekarang ni setakat tolong member je... nak masuk.. belum terbukak ati g..

Itu lah antara contoh2 yg saya rasa...setiap MLM gunapakai..

* Mesej ini telah disunting oleh izahaz pada 18hb Mei 2005, 5:02:31 ptg

--------------
~lofier yg poyo~

202.188.31.:-)

maizana
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 5:49:45 ptg    [Edit]
quote:
kalau cam tu gayanya, baik g approach budak pas spm, atau budak yg tak sekolah.. sbb pada saya, lepas belajar bertahun2, pastu tak apply ilmu... rugi ler.. saya nak keje, praktikkan apa yg belajar, dapat gaji..


Memang betul tu.. kalau kita lihat ramai yang dah berjaya hanya yang bersekolah darjah dua je.. sebab yang pandai ni.. terlalu pandai.. banyak persoalan sebelum buat.

Tapi kini dah ramai educated dan professional yang involved dengan bisness ni... Kak Zana pun sekarang ni masih makan gaji.. praktikkan juga apa yang Kak Zana belajar..


Nak bagi satu cerita pasal seorang pengurus usia pertengahan yang bekerja makan gaji yang .. tiap2 bulan terpaksa bertungkkus lumus bekerja untuk membayar pelbagai jenis bil. Satu hari.. dia membuat temujanji dengan serang financial advisor.

Dengan harapan ianya disambut oleh penyambut tetamu tetapi sebaliknya.. disambut dengan 2 pintu. Satu tertulis didepannya 'MAKAN GAJI' dan satu lagi 'BEKERJA SENDIRI'.

Pengurus tadi pun masuk ke pintu yang tertulis 'MAKAN GAJI' dan bila ia masuk ke situ.. ia disambut lagi dengan 2 buah pintu lain yang mana satu tertulis 'PENDAPATAN KURANG RM 40,000' dan satu lagu 'PENDAPATAN LEBIH RM 40,000'.

Oleh kerana pendapatannya kurang dari RM 40,000 maka dia pun masuk kepintu yang tertulis 'PENDAPATAN KURANG RM 40,000'. Apabila ia masuk kepintu tersebut.. sekali lagi dia disambut dengan 2 buah pintu lagi yang mana pintu dikirinya tertulis 'MENYIMPAN LEBIH RM 2,000 SETAHUN' manakala pintu dikanannya tertulis 'MENYIMPAN KURANG DARI RM 2,000 SETAHUN'.. maka dia pun masuklah kepintu yang sebelah kanan kerana ia cuma ada lebihkurang RM 1,000 dalam simpanannya.

Sebaik sahaja dia masuk ke pintu disebelah kanannya.. agak menyedihkan.. apa yang dijumpainya adalah tempat dimana ia datang tadi.

So.. moral of the story is that.. MOST PEOPLE ARE LIKE THE MANAGER, THEY CHOOSE TO ENTER THE DOORS OF LIFE THAT LEAD THEM RIGHT BACK TO WHERE THEY STARTED.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 01:59:09 pagi    [Edit]
RAHSIA PERNIAGAAN MLM
(ambik la yg mana perlu...kalau takleh guna dalam MLM...guna kat tempat lain...janji meniaga)

Mengadakan Mesyuarat

Mesyuarat khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak formal.

Sama ada mesyuarat itu formal atau informal, bercatat atau tidak bercatat, tidak ada bezanya asalkan disusuli dengan tindakan penyudah yang tepat. Mesyuarat formal di kalangan ahli kumpulan sebaik-baiknya membincangkan kaedah dan strategi menjana pasaran. Perlu anda sedari bahawa maklumat strategi kumpulan anda adalah senjata ampuh yang eksklusif yang tidak perlu anda hebahkan kepada orang lain kecuali kepada ahli kumpulan anda.

Ingatlah bahawa perniagaan adalah suatu peperangan. Untuk berjaya dalam peperangan, anda mesti memiliki senjata ampuh dan strategi berkesan yang tidak harus jatuh ke tangan pihak lain. Mesyuarat yang bagus bukanlah mesyuarat yang berisikan ceramah motivasi bam-bam-bum-bum. Motivasi sebegini tidak akan mendatangkan kesan besar kepada downline anda.

Motivasi yang baik adalah menunjukkan cara berkesan untuk berjaya dalam perniagaan ini. Jika pun anda ingin memberikan ceramah yang berapi-api, biarlah isi ceramah relevan dengan tajuk/topik yang menjadi agenda mesyuarat - agenda perniagaan jualan langsung. Jangan meleret-leret sehingga akan memuakkan downline anda. Jangan anda sangka, pendengar tergelak kerana mereka suka akan ceramah anda. Mereka ketawa kerana anda mungkin mencuit hati mereka tetapi kandungan ceramah tidak sampai kepada sasaran. Jangan menyangka pendengar serius dan ternganga mendengar ceramah bam-bum-bam-bum anda kerana belum tentu setiap ceramah anda telah dapat difahami oleh pendengar/downline anda. Sebaik-baiknya sampaikan ceramah anda secara perlahan, jelas, satu persatu supaya semua maklumat yang ingin anda sampaikan dapat sampai pada sasarannya.

Meniru/Mencontoh Upline

Perniagaan MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru (mencontoh) sikap dan sifat pemimpin. Permulaan yang baik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilah bagaimana upline anda telah berjaya menjadi pemimpin dan memperoleh pendapatan yang agak baik.

Anda berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yang telah berjaya dalam perniagaan ini. Anda boleh meniru jadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Anda juga boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjaya menaja begitu banyak downline yang berkualiti. Anda boleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaat kepada anda mengikut jalan yang baik.

Lakukanlah MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M ini secara berperingkat-peringkat dan jangan terburu-buru. Lakukan secara konsistens. Meniru Dalam Ujian, Anda Kandas Meniru Dalam MLM, Anda Mualim

Bab 6 : Tips Untuk Berjaya - Teknik Menjual

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali berserta nombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilah mereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasa berada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilah terlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat anda untuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk anda setelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukup selesa dengan kedatangan anda dan bersedia untuk mendengar penerangan anda.

Jualan yang baik dan menguntungkan adalah dengan menjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin boleh mengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesai acara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlah tujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam home party seperti ini, orang yang paling kedekut mengeluarkan wang untuk membeli barang pun akan mengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapan khalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan buku pesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: "Berapa banyak Encik Saidon hendak?" sambil bersedia untuk mencatatkan pesanan mereka.

Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukan demonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang. Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dan keberkesanan barangan akan lebih mudah memberikan kepercayaan pelanggan terhadap barangan itu.

Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjual produk anda. Misalnya, jika anda menjual makanan tambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memang sihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yang pelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu. Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot oleh contengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yang dapat menghilangkan kesan contengan itu dengan serta-merta.

Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripada anda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya. Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkan bahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampu yang berlegar di pasaran terbuka.

Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jual bagi mengelakkan anda tergagap semasa membuat penyampaian penerangan produk. Selalulah membawa sampel produk. Jangan menjual dengan katalog sahaja. Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidu melalui katalog.

Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanya beberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yang berharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahu membelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan seperti testimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hati terhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, anda boleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan surat layang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 itu boleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah di kawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta di ruang letak kereta, atau anda memberikan komisyen kepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkan flyer atau poster anda ke dalam surat khabar untuk edaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda, yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memang berminat dengan produk anda.

Buat iklan dalam surat khabar tanpa memaparkan nama barangan atau nama syarikat MLM anda tetapi memaparkan produk yang menjadi keperluan pelanggan. Misalnya: INGIN MENJADI SIHAT SENTIASA? Sila hubungi : Ahmad Idham, 010-8130519 Atau datang sendiri ke alamat : Blok 5, Lot 456, Jalan Merpati 3, Taman Merpati, Sandakan, Sabah.

Ada usahawan yang saya lihat menyertai ekspo perdagangan untuk menjual produk jualan langsung. Ada yang menyewa tapak jualan di pasar minggu untuk tujuan yang sama. Walaupun kaedahnya berbeza, tetapi matlamatnya sama dan sasaran jualan adalah besar.

Buat jualan besar-besaran (big sales) pada musim tertentu. Misalnya, jika anda menjual produk jus, buat jualan besar-besaran ketika musim perayaan. Buat penerangan/demo pada 4-5 barangan sahaja yang anda pilih sendiri (pilih kategori produk yang best-seller) supaya pelanggan anda tidak terkeliru dan bingung jika anda menerangkan semua jenis produk.

Buat jualan susulan bagi produk yang lain. Semasa menjual, cuba tarik perhatian mereka untuk membeli, bukan memaksa mereka membeli. Membeli kerana tertarik oleh kelebihan barangan akan menghasilkan pembelian ulangan dan susulan.

Buatlah demo mudah, meskipun hanya dengan meminta mereka menyapukan losyen pada tangan.

Teknik Menaja

Ketika menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakan pengedar memperkenalkan produk, pelan pemasaran, dan kelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, anda melakukan 2 kerja pada sesuatu masa. Lazimnya, terdapat 2 kategori pendengar, iaitu mereka yang tidak berminat berniaga dan mereka yang berminat berniaga. Bagi kategori pertama, anda hanya boleh menjual produk anda, sementara bagi kategori kedua, anda menaja mereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan ke dalam senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikan kepada pendengar yang serta-merta mahu menjadi downline anda. Ini adalah untuk memberi mereka semangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkan diri sebagai ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyai pelanggan serta-merta.

Anda mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelan pemasaran syarikat MLM anda. Kalau mereka/prospek ingin tahu akan berapa banyak wang yang bakal diperoleh, anda mesti menerangkannya dengan pengiraan berpandukan pelan pemasaran. Mulakan dengan pengiraan amaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan anda menerangkan jumlah wang yang bakal diperoleh mereka apabila mereka mencapai pangkat-pangkat tertentu. Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakan dengan langkah memberikan contoh jualan yang mudah dicapai. Jangan berkata : "Kalau anda dapat menjual RM500 sehari ." kerana walaupun ada orang yang dapat menjual lebih daripada RM500 sehari, tetapi masih banyak (terutamanya yang belum biasa berniaga) yang tidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu. Mulakanlah dengan amaun jualan kecil : "Katakan anda dapat menjual RM50.00 sehari .." kerana jualan dengan amaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produk sahaja. Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidak merasakan bahawa jualan langs! ung ini kerjanya adalah sukar.

Sama seperti menjual, semasa anda berada di rumah atau bertemu dengan prospek, jangan terus bercerita tentang perniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya. Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya: "Masih ada 4 orang anak saya yang bersekolah. 2 di sekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah. Tambang bas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Buku kerja perlu dibeli. Ada sahaja buku yang mahu dibeli. Rumah saya belum habus bayar. Satu bulan RM450. Kereta RM500 sebulan. Habis gaji saya sebulan untuk perbelanjaan. Untuk disimpan pun tidak cukup. Nasib baiklah saya ada buat perniagaan sampingan. Dapat juga saya menyimpan .". Mereka akan tertarik kerana anda membuat perniagaan sampingan untuk membolehkan anda menabung. Tentu mereka akan bertanya tentang apakah jenis perniagaan yang anda jalankan. Nah, mulakanlah niat anda untuk menaja mereka dengan memberitahukan jenis perniagaan, jumlah bonus yang telah anda terima selama ini (paling baik anda memfotostat! semua baucer/cek bonus yang anda terima untuk ditunjukkan kepada mereka), latar belakang syarikat, senarai pengedar yang telah berjaya, pelan pemasaran syarikat, dan jenis barangan yang tersenarai dalam menu produk syarikat. Setelah anda selesai memberikan penerangan dan mereka berminat untuk menjadi downline anda, anda jangan terburu-buru meminta mereka mengisi borang keahlian. Anda MESTI MEMASTIKAN SAMA ADA MEREKA SERIUS BERNIAGA ATAU TIDAK.

Kemukakan beberapa soalan yang akan memberi anda kepastian sama ada mereka akan menjadi rakan kongsi perniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atau sebaliknya.

(a) Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambil berusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan anda seperti bonus RM1,000 sebulan?
(b) Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orang rakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminat berniaga?
(c) Adakah awak rela mengorbankan RM200.00 sebagai modal asas perniagaan ini termasuk membayar yuran keahlian?
(d) Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awak selama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
(e) Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpun daripada rakan kongsi kami yang paling muda?

Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semua soalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadi downline anda yang bakal menyerlah.

Anda boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedai kopi/restoran, di pusat membeli-belah, di jalan, di kaki lima, atau di mana-mana sahaja. Tetapi, anda hanya boleh menerangkan perihal perniagaan ini secara ringkas sahaja dan berakhir dengan anda meminta alamat rumah dan nombor telefon mereka. Jangan memberikan penerangan panjang lebar di tempat-tempat begini kerana banyak gangguan yang boleh menyebabkan prospek anda tidak tenang dan akan memberikan jawapan berupa penolakan.

Seperti menjual, anda juga mesti bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum anda pergi ke rumah prospek anda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakan soalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka. Jawapan-jawapan pada soalan yang anda jangkakan itu haruslah positif yang menjurus pada akhirnya mereka berminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk, testimonial tertentu, dan starter kit kosong. Anda boleh pergi berseorangan tetapi jika berpasangan adalah lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jika ada. Tujuannya adalah supaya terdapat 2 pengaruhan, iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangan anda mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, anda akan mendapat downline pasangan ideal yang bersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramai pengedar yang berjaya dalam perniagaan ini merupakan pasangan yang saling membantu.

Terdapat syarikat yang menyediakan rakaman video berhubung dengan kenyataan/testimonial usahawan yang berjaya. Jika syarikat anda juga menyediakan khidmat yang sama, bawa bersama alatan ini kerana sangat berguna untuk menarik minat prospek menyertai anda. Alatan audio visual adalah lebih mudah menyedarkan prospek. Mereka akan lebih yakin terhadap latar belakang syarikat dan apa yang dapat disediakan oleh perniagaan ini kepada mereka.

Semasa menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKAN FAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli produk dan menyertai MLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN "YA" daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secara berkumpulan) anda dengan mengemukakan soalan-soalan yang akan memberikan jawapan "Ya". Misalnya: Mahukah anda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jam sehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jam sahaja? Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlah pendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah anda bebas daripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah anda mendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggu cukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang yang lebih supaya anda dapat melancong, membeli barangan idaman anda selama ini? Mahukah anda menukarkan masa lapang anda dengan wang?

Jawapan "Ya" berkali-kali tetapi logik akan mempengaruhi prospek anda berminat untuk berniaga. Anda boleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkan prospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetuju untuk menyertai anda dalam perniagaan ini. Misalnya: Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolah anak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrik perlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naik juga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macam mana kita dapat hidup begini selama-lamanya? Apa akan jadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidak mampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak ada pendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anak kita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nak cari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkan teknologi maklumat. Kita hanya mampu mendengar saja. Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak beli komputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula. Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orang asing yang baru datang ke negara kita semalam telah kaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruh kontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India dan Pakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esok mereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta. Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya. Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligat berniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut dengan masalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah di bumi sendiri.

Kenyataan-kenyataan ini akan menyebabkan prospek anda berfikir untuk mengubah masa depan mereka.

Teknik Mengurus dan Memimpin

Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan, galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuarat mingguan mereka masing-masing. Anda harus hadir sebagai penceramah dan pembimbing yang akan menunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini. Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikut downline anda dalam aktiviti menjual dan menaja sehingga mereka mampu berdikari. Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semua downline anda dalam mesyuarat bulanan. Agenda mesyuarat harus berkisar pada strategi menawan pasaran. Anda juga boleh menjemput penceramah jemputan daripada upline anda yang telah berjaya untuk menaikkan semangat downline anda. Apabila anda telah mempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual anda perlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapan memimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama dengan mengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi, dipaksa melakukan, dihina, dan sebagainya. Mereka harus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila mereka berjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mesti mendengar pendapat mereka biarpun mungkin anda tidak bersetuju.

Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun. Kalau terluka, mereka akan mengambil tindakan sama ada enggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikat MLM lain/upline lain dengan mematikan keahlian mereka di bawah organisasi mereka.

Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenali downline anda paling kurang sampai ke generasi ke-4. Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketua kumpulan anda untuk memperkenalkan downline mereka kepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan anda dengan mereka walaupun hanya bertaraf "cicit" anda tidak terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuat organisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTI POSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif. Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat, mereka akan bersemangat kembali.

60.48.180.:-)

maizana
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 08:37:49 pagi    [Edit]
azlalchedin

Thanks for thr info... tapi tu lah.. panjangnya... tau2lah.. tak semua orang suka membaca... itu antara rahsia yang STANDARD. I secara jujur tak ikut pun cara tu.. tu yang menyebabkan lambat naik... Tapi biar lambat.. asalkan persistence . Ada tu nak cepat naik.. sudahnya cepat give up bila target time tak berjaya.

quote:
Mengadakan Mesyuarat

Mesyuarat khususnya dalam kumpulan anda harus anda lakukan seminggu sekali. Mesyuarat penting sebagai sesi mengumpul maklum balas antara anda dengan downline anda dan seterusnya mengatur strategi bagi memperluas pasaran perniagaan anda. Mesyuarat tidak harus disempitkan maksudnya dengan melihat mesyuarat hanya boleh diadakan di dalam bilik/pejabat khas. Anda berkumpul dengan seorang dua downline anda sambil menikmati kopi atau nasi di restoran sambil membincangkan masalah dan strategi perniagaan anda, itu juga dinamakan sebagai mesyuarat - mesyuarat tidak formal.


Mesyuarat tu PENTING, tapi bagi I ianya untuk membakar semangat.. agar sentiasa excited untuk membuat tindakan. Husband I selalu kata pada I.. U DAH FAHAM.. WHY U NEED TO ATTEND THE MEETING'?.. meeting bagi I lebih kepada mendapatkan tenaga untuk terus bergerak...

Tu sebab.. RAHSIA UTAMA UNTUK BERJAYA.. jangan miss meeting, anda hanya perlu luangkan masa sebanyak 2 jam seminggu untuk meeting ni.. kalau kita boleh disiplinkan diri kita untuk ke pejabat setiap hari.. kenapa tidak pada MLM.. itupun sekiranya nak berjaya..


quote:
Meniru/Mencontoh Upline

Perniagaan MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru (mencontoh) sikap dan sifat pemimpin. Permulaan yang baik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilah bagaimana upline anda telah berjaya menjadi pemimpin dan memperoleh pendapatan yang agak baik.



Part yang ni.. I kurang setuju... memang betul kalau nak berjaya.. ikut cara mereka yang dah berjaya bekerja... TAPI TAK SEMUA KITA BOLEH IKUT. Contohnya upline kata.. 'setiap malam you kena keluar.. jangan bawa anak..apa salahnya tinggalkan mereka sekejap.. kalau u boleh ke pejabat from 8 to 5.. apa salahnya tinggalkan mereka barang 2 jam'..

Bagi I pulak.. sekarang ni adalah quality time for my children... mereka masih kecil.. dan masa inilah mudah untuk membentuk.. I tak nak kerugian waktu kecil mereka ni...... masa kecil ni lah yang sedap dipeluk di cium.. dah besar nanti.. tak manis pulak dipandang... So.. bila I keluar.. I pastikan.. anak2 I ada bersama, esp yang sikecil 2 orang...

Dan banyak lagi yang I tak boleh buat macam upline I.. tak kisahlah kalau upline I kata I ni degil ke... this my own bisness.. I yang tentukan.. kalau orang lain yang nak tentukan.. bukanlah freedom namanya. TU SEBAB TAK ADA ISTILAH MEMAKSA DALAM CARA I..


Nanti sambung lagi lah.. panjang sangat.. jemu pulak yang membacanya nanti...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

Qyrana_Biru
Ahli Interaktif
42. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 08:40:24 pagi    [Edit]
quote:
Bukan setakat tu mama... kalau dulu kawan baik.. bila kita buat MLM.. dia tak nak kawan..TAKUT SANGAT


Takut kawan senang


quote:
Ada juga yg memperlekehkan company MLM lain....kononnya MLM mereka sahaja yg menjanjikan pulangan yg lumayan


Kalau ikut etika mmg tak boleh, sebab setiap MLM ada kekuatan dan kelebihannya sendiri

quote:
Dan percayalah... I tak pernah memaksa orang untuk joint.... dan jarang sekali approach orang untuk jadi ahli, tapi ramai yang volunteer untuk jadi ahli dibawah I...


QB yg masih sebulan jagung ni jugak mmg dasar diri tak reti nak ajak org, cuma QB cerita sedikit saja, so far yg masuk bawah QB adalah kerana nak beli produk, so tiada paksaan rasanya setakat ini kerana mrk yg nak masuk, apatah lagi yang siap2 bank in duit dari jauh..biarpun tak pernah kenal QB.. mungkin ini dinamakan rezeki, setelah QB berkali2 gagal dalam MLM sebelum ni, Allah permudahkan kali ini.. dan diberkati...

Biar apapun kepada yg tak berminat tak apalah.. teruskan usaha anda dgn cara anda... tidak semua org boleh mampu melakukan apa yg org lain lakukan.. dan tidak semua org mempunyai nasib sebaik anda yg tak perlu mencari laluan alternatif dalam percaturan rezeki selama hayat masih tersisa di bumi Tuhan ini...WallahuAlam

* Mesej ini telah disunting oleh Qyrana_Biru pada 19hb Mei 2005, 08:48:55 pagi

--------------
Satinni:Cadar/Pinggan Mangkuk/IgG X-Tra / 012-6074206, email: qyrana_fdr@yahoo.com YM: Qyrana_Biru

219.95.17.:-)

Diana_ros
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:05:47 pagi    [Edit]
den ni sebenarnya MLM tak le beberapa suka tapi pada awalnya kesian tengok kakak den yg dok suruh cuba produk tersebut jadi den cubalah dan jadi le ahli.........pertama kali cuma den makan sendiri je tapi apabila tengok kesan dia bagus den cuba pulak produk yang lain, pun bagus juga baru le den ni berminat sikit..........cuba ambil tahu mengenai produk tersebut dengan lebih lanjut mengenai kesan sampingan dan lain-lain tapi bila dah berpuashati baru le menjadi pelanggan tetap. kebanyakan produk den hanya guna satu tu je tak pernah cuba produk yang lain.

yang senangnya menyertai di bawah kakak den ni sebabnya kalau buat demo cuma dia je yang bercakap dan beri keterangan kita duduk kat tepi je (bagi mereka yang belum arif lagi ) kalau ada yang nak masuk ahli dia akan serah pada kita............kebanyakan mcm tu le dia lakukan pada org bawahannya yang lain(org bawahannya memang ramai) itu sebablah siapa yang rajin dan aktif mudah cepat naik............den ni kira dah lama masuk tapi den tak aktif............ada sorang kawan kakak den cikgu yang baru juga masuk tapi dah dapat bonus mencecah rm500 sebulan sebabnya dia rajin buat demo bersama kakak den ni............mana-mana ahli yang nak buat demo minta pertolongan dari dia, cepat je dia datang ........... kalau den rajin memanglah boleh naik tapi den segan nak ajak org datang rumah buat demo, bagi den cukup le sikit-sikit je dulu belum masanya lagi kut penyakit malu dan segan lom hilang lagi.

* Mesej ini telah disunting oleh Diana_ros pada 19hb Mei 2005, 09:14:53 pagi

--------------
jadi ahli DXN call atau sms, no lama prepad hilang ni no baru 0132550879 / YM diana_tajuddin

203.106.196.:-)

Arman754
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:16:54 pagi    [Edit]
Boleh putus kawan sebab MLM nih. Dua orang member tak nak tegur aku lagi, tukar nombor talipon sebab aku tak nak beli produk yang dia jual. Mahal beb.....bukannya murah. Takkan kerana kawan tak nak beli produk yang kita jual.....kita pun anggap dia tak supporting bla bla.

210.187.95.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
45. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:24:00 pagi    [Edit]
quote:
Boleh putus kawan sebab MLM nih. Dua orang member tak nak tegur aku lagi, tukar nombor talipon sebab aku tak nak beli produk yang dia jual. Mahal beb.....bukannya murah. Takkan kerana kawan tak nak beli produk yang kita jual.....kita pun anggap dia tak supporting bla bla.


Pernah terkena gak..sbb mama tak nak beli baju pelangsing ...ribu riban harga nya.Tak caya baju tu...sbb dia memang jenis kerempeng dari zaman belum kawin sampai dah beranak 4 ...mama sound dia..ngabihkan duit aku aje..Udah le tak kerja...

Akhirnya...sms kat dia...

Nama kau Dollah
Tak nak kawan sudah


Bayangkan mama kenal sejak 1986...pernah makan sepinggan tidur sebantal...sampai kes pakwe ko..pakwe ku..punyalah akrab!!

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

219.95.38.:-)

maizana
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:33:25 pagi    [Edit]
quote:
Pernah terkena gak..sbb mama tak nak beli baju pelangsing ...ribu riban harga nya.Tak caya baju tu...sbb dia memang jenis kerempeng dari zaman belum kawin sampai dah beranak 4 ...mama sound dia..ngabihkan duit aku aje..Udah le tak kerja


Hai.. mama.. tak kan pengalaman membeli jer... mana pula pengalaman menjualnya?..

Bagi I.. kita perlu bersikap terbuka.. kalau puas bercakap.. dan kawan masih tak nak membeli.. bukan rezeki kita, kita kena bersikap positif.. mungkin orang yang kita nak jual tu tak ada duit.. mungkin dia dah ada produk tu...siapa tahu..

Jangan sebab tu kita mudah putus asa.. antara rahsia nak berjaya dalam MLM ni.. adalah BUKA MULUT.. baru sekali promote.. kawan tak nak beli.. dah putus asa.. memang tak ada ketahanan.

Pengalaman I.. puas promote kat kawan... siap pergi servis dia dikejauhan sana.. hantar barang.. buat permulaan bagi harga ahli... untuk dia mencuba produk tu.. mana tau.. bila dia joint.. joint under orang lain (yang bagi separuh harga untuk jadi ahli)... what to do.. BUKAN REZEKI.. dan sekarang kalau nak bertanya pasal produk... masih bertanya dengan I dan I masih menjawab dengan ikhlas hati...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

adhadi
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:41:55 pagi    [Edit]
tapi kalau orang kita semua buat MLM, sapa nak keje sawah erkk...

--------------
http://202.187.40.204/digitallibrary/listing.aspx

202.187.40.:-)

maizana
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:50:14 pagi    [Edit]
quote:
tapi kalau orang kita semua buat MLM, sapa nak keje sawah erkk...



Memang tepat sekali kata2 adhadi, baru hari ni I bersetuju dengan you. Itulah kata2 yang tertanam dalam hati I.. kalau minda seseorang tu tak terbuka untuk menerima perniagaan MLM.. ya lah.. kalau semua orang buat MLM.. siapa pulak nak jadi guru, siapa pulak nak jadi doktor nanti.. siapa pulak nak cuci kereta... siapa pulak nak jadi pemandu bas...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

kni_03
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:58:37 pagi    [Edit]
quote:
Boleh putus kawan sebab MLM nih. Dua orang member tak nak tegur aku lagi, tukar nombor talipon sebab aku tak nak beli produk yang dia jual. Mahal beb.....bukannya murah. Takkan kerana kawan tak nak beli produk yang kita jual.....kita pun anggap dia tak supporting bla bla.



Pelik sket kes ko ni arman...

slalunya org yg bukan MLM yg akan putuskan persahabatan bila tau kawan dia join MLM....

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
50. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 10:03:09 pagi    [Edit]
quote:
Hai.. mama.. tak kan pengalaman membeli jer... mana pula pengalaman menjualnya?..


Pengalaman mama ...mama bukan PENJUAL.Sekadar PROSUMER .
Cuma di sebabkan berkongsi kebaikan produk dan penjimatan..ramai yang rela menjadi pelanggan mama.

Mama kena buat kelainan..sbb tak suka penolakan.!!

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

219.95.38.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005