Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 2hb Muharram 1436 @ 26hb Oktober 2014, 11:38:11 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Menipiskan Kening : Apakah hukumnya
nuralisha
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 08:35:52 pagi    [Edit]
Menipiskan Alis
Salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan yang diharamkan Islam, yaitu mencukur rambut alis mata untuk ditinggikan atau disamakan. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadis:

"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alisnya atau minta dicukurkan alisnya." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang hasan. Demikian menurut apa yang tersebut dalam Fathul Baari)
Sedang dalam Bukhari disebut:

Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang minta dicukur alisnya.

Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.

Tetapi oleh Imam Nawawi diperketat, bahwa mencukur rambut dahi itu samasekali tidak boleh. Dan dibantahnya dengan membawakan riwayat yang tersebut dalam Sunan Abu Daud: Bahwa yang disebut namishah (mencukur alis) sehingga tipis sekali. Dengan demikian tidak termasuk menghias muka dengan menghilangkan bulu-bulunya.

Imam Thabari meriwayatkan dari isterinya Abu Ishak, bahwa satu ketika dia pernah ke rumah Aisyah, sedang isteri Abu Ishak adalah waktu itu masih gadis nan jelita. Kemudian dia bertanya: Bagaimana hukumnya perempuan yang menghias mukanya untuk kepentingan suaminya? Maka jawab Aisyah: Hilangkanlah kejelekan-kejelekan yang ada pada kamu itu sedapat mungkin.18

202.75.44.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 10:00:41 pagi    [Edit]
Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini memb a b i tkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.96.:-)

ommi
Ahli Baru
3. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:45:24 tghari    [Edit]
aku cabut bulu kening ku.... sebab bersepah2 cam sampah sarap

takper kan...kan... sebab nak kasi kemas

takde niat lain pun...

202.75.182.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:46:06 tghari    [Edit]
quote:
takde niat lain pun...

betul ker takde niat lain nih???/ or nak kalahkan ZZ...

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.96.:-)

eyzlyn
Pengendali
5. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:14:04 ptg    [Edit]
tak sakit ker cabut?

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

bungabiru
Pengendali
6. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:26:20 ptg    [Edit]
lyn. kalau yang kat tiak tu, addicted plak rasanya. tak sakit punnnnn...

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

shamzshamrie
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:27:15 ptg    [Edit]
haram tetap haram..
kalau dah was2 pun.. lebih baik tinggalkan..

--------------
Perfume Ori | Jersi World Cup | VCD Ku T'lah Jatuh Cinta.. pm/ym : shamzshamrie

219.95.130.:-)

eyzlyn
Pengendali
8. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:35:54 ptg    [Edit]
BB,

ko tipu.. sakit laa woi... ( aku cuba cabut dgn tanganku sendiri)

buat apa nak nipiskan kening? kang lawa kening tebal. macam aku nih, kening nipis jer.. jelous tgk org kening tebal. ada satu petua, nak kasi kening tebal, gosok dgn buah keras? betui ka? ada cakap, letak baby oil. aku dah buat, tak jadik pun... cian kat aku...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

bungabiru
Pengendali
9. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:38:54 ptg    [Edit]
lyn.
ko g cabut ngan tangan watpe? pakaila pencabutnyer tu. tapi dengan syarat, bulu tiak jangan panjang sangat! cabut masa dia baru nak tumbuh tu. awwwwwwwwww gian gitu! bangga rasanya kalau nampak dia tercabut akar umbi!

kening aku pun nipis. betul ker pakai buah keras? nak try ler. mcmana nak buat?

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

eyzlyn
Pengendali
10. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:43:20 ptg    [Edit]
aku rasa buah keras tu kasi ketuk skit, lepas tu jadikan macam pensel celak.. ker kulit kayu manis? aku lupa la hehehhehe

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

bungabiru
Pengendali
11. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:53:29 ptg    [Edit]
kang kalo aku taruk kayu manis, aku jadik bertambah manis, saper nak tanggungjawab?

aku rasa buah keras la. rasanya haritu ada nampak hubby aku g goreng tanpa minyak satu buah tu, bila aku tanya dia kata nak kasi tumbuh rambut. almaklumlah rambut dia dah menipis berbentuk huruf M.

balik kang aku nak try la.

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

eyzlyn
Pengendali
12. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:57:46 ptg    [Edit]
ko try aa.. nanti kabar kat aku. aku tgh tunggu buah keras dari malaysia ni.. hari khamis ni sampai

good luck!

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

bungabiru
Pengendali
13. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 3:02:04 ptg    [Edit]
kau pun goodluck. jangan lupa kasi tau aku kputusannya. jangan bejurai2 jadi rambut sudah!

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

cha
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:09:22 tghari    [Edit]
quote:
sakit laa woi... ( aku cuba cabut dgn tanganku sendiri)
first time cabut memang ler sakit lynn... sok2 kalau ko dah biasa cabut... sure ko gian nak cabut lagi dan lagi.... cam bb...

tapi kan... kalau sleeping partner kita yg tulun cabutkan... lagi lerr syiokkkk... leh terlena dibuatnyer...

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

sakurasun
Ahli Baru
15. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 12:21:36 tghari    [Edit]
Dulu sakura suka gak cabut bulu kening ni. Tapi bukan la sampai nipis. cuma nak kasik kemas yang bersepah2 tu. Bukan tak tau hukumnya, tapi...entahlah...Tapi lelama rasa insaf plak . . . so, biarkan je tumbuh bersepah. Dah tak cabut lagi sekarang ni . .natural beauty kononnya. ha ha ha

--------------
~Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah selalunya diingatan~

202.184.41.:-)

bungabiru
Pengendali
16. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 12:27:12 tghari    [Edit]
cha

bb suka cabut sendiri sebab privacy woo..leh luahkan rasa kagum bila tercabut yang susah tercabut. . sleeping partner dok geleng2 jer

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

cha
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 12:49:27 tghari    [Edit]
bb... dulu2 cha pun tak pernah cabut... just cukur jek... tapi sejak dah kawin, sleeping partner yg introduce dan volunteer nak cabutkan...
sejak tuh... wa tunjuk armpit jek lah...

cabut sendiri letis ooo... ish ish nape la aku hari ni... melalut lak...


tapi kan... cukur/cabut bulu kening tu memang haram... tu pasal aku tak pernah cabut pun...

* Mesej ini telah disunting oleh cha pada 19hb Mei 2005, 12:57:49 tghari

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

bungabiru
Pengendali
18. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 12:54:38 tghari    [Edit]
cha

teringat kawan masa skolah dulu. punyalah sampai invent teknik baru untuk cabut tiaknyer bulu.

benang panjang kemudian ditemukan dua2 hujung dan ikat mati. pah tu dia kasi bentuk 8 benang tu dnegan menyilangkan benang tu. pah tu abis bulu2 tiak kenkawan diragutnyer dengan alat baru tu. best gak sebab sekali jalan, banyak bulu skali diragut! . tapi kena ada yang mencabutkan. sorang2 takleh. suhla sleeping partner try!

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

sakurasun
Ahli Baru
19. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 3:59:17 ptg    [Edit]
bungabiru

Ya rabbi bungabiru. Tak sakit ke tiak rembat sekali banyak. kalo sakura agaknya mau rasa nak terkucil tahan sakit. . .

--------------
~Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah selalunya diingatan~

202.184.41.:-)

eyzlyn
Pengendali
20. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 02:19:53 pagi    [Edit]
wei... korang ni dah lari topik aaaa... marah kan tuan rumah nanti

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

Hana_Iylia
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 4:11:23 ptg    [Edit]
ramai betul org buat skrg nie..
rasa mcm nak buat sama..

--------------
I hate myself the fact I dont hate you at all!

210.19.76.:-)

bungabiru
Pengendali
22. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 6:05:51 ptg    [Edit]
sakurasun

itulah hakikatnya..yang dicabut menahan sakit, tapi yang gian si tukang cabut! sebab berangan giler nak dapatkan cap sirim untuk barang ciptaan dia tu!

eyzlyn

tuan rumah jangan marah noo..kira 'sebulu' gaks la ni..

hana

nak buat yang mana? cabut bulu kenin ker tiaks?

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

nuralisha
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 23hb Mei 2005, 7:03:23 mlm    [Edit]
tak pe kekadang kita nie suka buat main main perkara yang dilarang allah lisha sekarang menyampaikan sebab terbaca artikel tu so lisha punya tanggungjawab jawab dah habis lisha dah sebarkan kepada muslimin n muslimat islam untuk tatapan..so tepuk dada tanya lah hati masing2

210.186.196.:-)

KEJORA_02
Ahli Aktif
24. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 1:19:37 tghari    [Edit]
assalammualaikum..
minta maaf mencelah sedikit, bagaimana pula ngan pengantin perempuan yg biasa di cukur kening oleh mak andam, haram juga ke..
sbb rasanya hampir semua pengantin akan di cukur keningnya oleh mak andam anak pak imam , org alim2 pun sama gak, mcm jadi satu kebiasaan lak..
dan macam mana lak dgn adat berinai .kat jari dan lukis2 kat tangan ..menyerupai adat hindu haram juga ke
harap yg arif dapat jawab
terima kasih

* Mesej ini telah disunting oleh KEJORA_02 pada 24hb Mei 2005, 1:20:34 tghari

--------------
detik itu makin hampir

210.187.79.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 11:15:22 pagi    [Edit]
kejora setakat yang lisha tahu mencukur bulu kening tak kira apa cara sekalipun memang haram tak kira lah dicukur oleh mak andam ker apa ker.... itu pasal lah ada sesetengah mak andam ni yang tahu hukum hakamnya dia akan tanya dulu pengantin nak cukur kening ker tak dan cukur buang bulu bulu roma kat muka tu....

tapi yang berinai tu insya allah kalau lisha ada maklumat lisha akan bagi tau .... kat sembang melayu ni ramai yang boleh menjawab pertanyaan kejora rasanya

202.75.44.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 11:40:50 pagi    [Edit]
Semasa membaca majalah Al-Islam, saya terjumpa pandangan dan pendapat Dr.Mashitah yg mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda dlm satu hadis sahih :

"Allah melaknat tukang membuat tatu dan org bertatu, melaknat tukang pangur gigi (memotong gigi) dan yg dipanggur, melaknat tukang cabut rambut (bulu mata) dan yg dicabuti rambutnya (bulu mata). Allah melaknat tukang membuat cemara (rambut tambahan berasal dr rambut org lain) dan yg memakai cemara(rambut tambahan)


Membuang kening juga termasuk dlm hadis di atas. Perbuatan ini dilaknat kerana tidak bersyukur dgn kurniaan Allah berlainan bg mrk yg keningnya terlalu banyak hingga bercantum, boleh diperbaiki sedikit.

202.75.44.:-)

eicha
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 4:40:53 ptg    [Edit]
Rasanya pasal hukum cukur bulu kening ni dah jelas haramnya. Tapi ramai jugak yg bagi alasan. takmo semak la.. nak kemas la, nak sanding la dan sejuta pat plo nam punya alasan akan ujud. Tu pasal Allah turunkan surah Al Baqarah citerkan pasal bani israel yg suka sgt berdolak dalih ngan alasan. Hal yang sama terjadi jgk utk kes hukum dye rambut selain inai, pakai perfume utk pompuan dan lain-lain. Bila ada bebudak pompuan ada bagi alasan itu ini kat eicha pasal benda camni, at last eicha akan cakap.. SELAMAT MAJU JAYA DENGAN ALASAN CAMTU MASA AKHIRAT NANTI.

--------------
I'm Knackered

202.58.86.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 10:21:31 pagi    [Edit]
apa masalahnya nanti dalam kubur jawablah ............... kita cuma menyampaikan terpulang lah pada individu nak ikut ker tak ............

202.75.44.:-)

moshi
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 06hb Jun 2005, 1:00:12 tghari    [Edit]

Salam.

Sebahagian umat Islam yang bersungguh belajar jadi Mukmin, memang mereka bersungguh mencari ilmu, memahami dan mengamalkan ketaatan kepada Allah sebagaimana Sunnah SAW.

NAMUN, dikalangan keturunan Islam juga menag ramai yang berada dalam kenmunafikan dan kefasikan.
Bukan sahaja diri mereka sendiri kerana jauh dari ibubapa, atau masyarakat yang prihatin,
BAHKAN masih ada dihadapan SUAMI, IBUBAPA bahkan DIHADAPAN ILMUAN ISLAM, kemunafikan itu menjadi amalan 'budaya biasa' tanpa segan silu.
Apabila orang-orang ternama atau berpengaruh, sebahgaian adalah IDOLA dengan bebas mengamalkan keburukan ini, maka ia memang ada kesan mempengaruhi masyarakat ramai.

ADA SEBEHAGIAN ILMUAN ISLAM pula, tidak berani menyampaikan yang HAQ, bukan sekadar ada ilmu BAHKAN MEMPUNYAI KUASA LAGI DIBERI AMANAH ATAS MAKSUD BERKUASA BERCAKAP DAN BERTINDAK untuk mrenjadikan Islam menjadi dimuliakan, TETAPI MEREKA "BACUL" , kerana hanya sekadar bercakap dalam ceramah kecil dan ruangan kecil yang TIDAK MENCANGKUPI MASYARAKAT UMUM melalui TV arus Perdana yang ditonton oleh semua lapisan masyarakat, khasnya diluar bandar.
Contohnya, jika ilmuan Islam yang berkuasa hanya bercakap tentang HALAL HARAM dalam ruangan soaljawab agama di majalah atau akhbar, berapa ramai umat Islam diMalaysia ini yang membeli dan membaca majalah 'elite' atau akhbar jika diambil perbandingan dengan TV.

Jika ada peluang dalam TV, mereka tentu tidak akan bercakap YANG HAQ APABILA MENYENTUH akhlak pemimpin mereka sekalipun jelas HARAM,
atau amalan masyarakat majoriti penyokong mereka yang jelas MENYUKAI YANG HARAM, mulut mereka tersumbat oleh ketakutan kritikan. Contohnya, riba yang haram, konsert-konsert haram seperti Akademi fantasia, Sureheboh, Malaysia Idol, .........TV3 yang memang ada kepentingan siasah dan dibuat setiap negeri diresmikan oleh pemimpin.
DAN BANYAK LAGI.

Jika semua itu bebas lagi terang, cabut kening, bagi mereka, macam tak jadi kudis. WA.

Astaghafirullah al adzim.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 06hb Jun 2005, 3:28:41 ptg    [Edit]
err..asah gigi tu camne?
buatpe asah gigi?

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.30.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 06hb Jun 2005, 4:14:32 ptg    [Edit]

dah ler.. tak yah le cukur kening.. HARAM.. asasnya org cabut (mahupun lebatkan) bulu kening mmg utk kecantikan..

moshi.. kdg2 mmg kita rasa perkara yg besar tu besar.. maka kita terlepas pandang pada yg kecik2.. tapi mungkin lepas cukur kening.. depa letak kaler lak kat kening.. pastu letak lak subang kat kening..

tapi mmg.. ada gak yg terlalu asyik ngan adab2.. sampai lupa rukun.. sampai lupa asas yg lebih penting..

langsuir.. gi jumpa doktor gigi leh tau mcm2.. gigi kecik leh besarkan.. yg besar leh kecikkan.. so bentuk comel2 dan sekata..

--------------
- : -

219.95.131.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005