Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 8hb Dzulkaedah 1435 @ 03hb September 2014, 00:45:43 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Bersalin : Pengalaman bersalin....
manis26
Ahli Baru
1. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 3:42:22 ptg    [Edit]


Hai apa kaba warga MDC buat para ibu2 di sini ceritalah pengalaman bersalin korang semua.....almaklumlah saya sekarang dah 35 minggu berdebar rasanya...apa perasaan bila dah dekat due nie.....macam mana nak hadapi nya.....ni first baby saya...........harap boleh cerita dan kasi sedikit petua....

61.6.39.:-)

hani_ls
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 4:10:09 ptg    [Edit]
rajin2 browse...banyak pengalaman boleh cedok kat sini....

--------------
...di matamu aku..di hatimu dia...

219.92.194.:-)

nr75
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 4:26:25 ptg    [Edit]
pesanan saya, bertenang dan percaya pada diri sendiri... jangan terlalu dihantui perasaan takut nak bersalin... itu je.... apa pun semoga semuanya selamat kay... nak munge utk awak dan bakal baby awak

--------------
Kasihnya SyaNor (",)

161.142.141.:-)

chempedak
Ahli Baru
4. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 4:26:51 ptg    [Edit]
manis..

tahniah sbb bakal timang baby, nak dkt dah tu, so, sabar banyak kan baca doa. Dah scan ke baby apa?... manis, ini saat manis awak dpt bawak baby tu slama 9 bln..

teringat masa chem nak bersalin1st baby dulu, mmg tak ttanggung rasa nye, 17jam tahan sakit... dari pkl 10mlm asben hantar sepital sampai esok hari pkl 3ptg baru bersalin, sbb terlalu lama sakit, baby pun lemas, last2 kene operate.. chem sanggup tahan sbb dlm pikiran chem nak sgt tgk baby wlau apa pun jadi, cam ne la rupa baby, aku + asben =?... tu je la yg chem pikir.

So, manis jgn takut, sbb perasaan tu akan hilang sendiri bila masa dah sampai sbb terlalu bz sgt ngan sakit kat perut tue sampai tak bleh nak pikir pasal perasaan yg lain.

219.95.241.:-)

WADIJA
Ahli Setia
5. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 4:33:51 ptg    [Edit]
Kalau citer pasal pengalaman bersalin.ianya mengerunkan bagi wadija.masuk kat wad bersalin pun rasa kecut perut.satu sakit yang tak pernah anda bayangkan.....kalau nak dengar citer memang macam2 pengalaman org sebab lain org lain rasanya.cuma manis tunggulah pengalaman manis sendiri.nantikan jadi takut pulak.
tapi untuk pengetahuan.... semasa tengah sakit nanti u teranlah sikit agar membantu bayi tu turun cepat jangan bila sakit u cuma tahan.memang bayi akan turun tapi ianya memakan banyak masa dan bila makan byk masa u dah kurang tenaga utk proses melahirkan.bila u tolong bayi tu sama maka bolehlah sakit tu dipendekkan.dan lagi bila tengah sakit tu,u kena relaxkan otak jgn fikir tentang kesakitan tu... tarik nafas dan hembusnya perlahan lahan.tarik lagi dan hembuskannya perlahan lahan.
cam mana berdebar pun...u kena relaxkan otak.okey....

--------------
kalau ingin membina rumah carilah batu dan kayu yg baik....

218.208.39.:-)

fiza_2003
Ahli Baru
6. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 4:59:00 ptg    [Edit]
dengar pengalaman korang bsalin gerunnya saya....sbb saya mlahirkan baby tu nak kata tak sakit tu tipu lah kan, teramatlah sakit hanya tuhan yang tahu....bagaikan nak tercabut pinggang nie. saya bersalin senang ssangat. Tanda2 pun tak ader. tak sampai 1 jam semua settle...1st baby sampai baby ke3 semua macam tu. Alhamdulillah...doktor pun jadi seronok kalau dpt patient macam saya nie senang kerja katanya. tapi bahaya kalau tak sempat pergi klinik kan. Jarang2lah berlaku baby pertama masa kelahiran tu sekejap sangat....sekurangnya 12 jam...

mungkin sbb saya kat ofis ni aktif...jalan sana-sini naik tangga...orang kata aktif senang bsalin...tapi semuanya kuasa tuhan kan..ikut rezeki dan nasib....

210.187.17.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
7. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 5:14:26 ptg    [Edit]
fiza...
ko lebih kurang aton senang bersalin..cuma tuler 1st time nak teran tu tak berapa nak reti...myexperience..pkl 8++am ketuban pecah..mmg tak sedor..pastu mandi kelam kabut pakai bju pi h'pital putrajaya..dlm kul 9 lebih sampai sana...tp prob aton asyik batukjer memanjag kuat pulak tu siap terkencing2 lg... so dr check serviks dah bukak 2cm..gedebak gedebuk dlm kul 12++ baru sakit tu dtg..masyallah sakitnyer manis..bkn nak ckp apa...sakit yg anda susah nak ckp...& masa yg sama rasa nak teran jer..olh kerana nurse check dah bukak 5 terus masuk labour room..masa tu dah kul 1 lebih..yaallah sakitnyer makin kerap mmg tak tahan nak pushjer..pastu kat2 kul 2.45 dr check lebih kurang 10cm gitu bukak...2 kali rasanyer teran..genap 3.30 dah kuar...tp masa jahit mmg lama..dlm kul 5lebih baru selesai...tp kalo nak ikutkan mmg aton tak lama sakit tu..tp kalo dah sampai 17jam yallah blh pengsan rasanyer..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

just4fun
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 5:28:07 ptg    [Edit]
pengalaman kali pertama bersalin... air ketuban pecah masa kat ofis, klinik lak tutup masa tu sebab hari sabtu. so tunggu esoknya baru gi klinik...lepas doktor check terus kena tahan masuk wad. kena monitor...tapi masa tu belum sampai masa nak bersalin lagi. so tunggu kat wad. hari kedua kat wad, takde juga tanda. hari ketiga pun sama gak. hari rabu doktor check lagi, pun takde jugak tanda2 nak bersalin, air ketuban jerr yg keluar. sampai doktor nak induce. tapi saya kata saya nak it happened naturally. pagi khamis tu saya masih macam biasa tapi masuk tengahari saya dah rasa sakit2, darah pun dah mula keluar. beritau ngan misi terus masuk labor room. so petang tu saya pun selamatlah melahirkan seorang bayi lelaki.

bersalin yg seterusnya saya takde masalah...takdelah sampai tinggal berhari2 kat wad sebelum bersalin.

so manis, banyak2lah berdoa semoga semuanya berjalan dgn lancar. kekadang tu kita tak sedar, tau2 jerr dah sampai masa nak bersalin. sediakan barang2 yg nak dibawa, masukkan dlm beg, nanti taklah kelam kabut bila dah tiba masa.


sepatah kata Dr. Mohd Saat Baki ~ kalau sakit yg kita fikir, maka sakitlah yg kita akan rasa.

* Mesej ini telah disunting oleh just4fun pada 16hb Mei 2005, 5:28:41 ptg

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

218.111.36.:-)

bungabiru
Pengendali
9. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 5:56:59 ptg    [Edit]
tak sabar merasa detik sebegitu...

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

just4fun
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 6:08:18 ptg    [Edit]
sakit bersalin itu satu nikmat yg diberi oleh Allah kepada kaum wanita. hanya wanita sahaja yg boleh merasainya...

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

218.111.36.:-)

nazfahmi
Ahli Baru
11. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 9:21:55 mlm    [Edit]


saya baru bersalinkan baby saya yg pertama pada 30-01-2005, pada saya satu pengalaman yang cukup indah.

macam manis juga macam macam cerita saya dengar, takut ada gerun ada,berdebar debarpun ada ,tapi sebenarnya tak adalah sakit sangat, bolehlah tahan sakit tapi masa baby keluar tak rasa sakit. Hanya masa pembukaan rahim, kita rasa sakit itu.
janganlah risau, naz cerita pengalaman naz pula ok.

pada hari minggu, subuh dalam pukul 4.30 pagi saya rasa sakit perut macam nak buang air besar, saya ke toilet dan membuang air besar. rupa nya cirit birit akibat daripada makan mee goreng mamak malam tadi.

lepas membuang,saya pun masuk tidur, dan sambil baring saya bercakap dengan ashi saya, (baby saya perempuan sbb sudah scan awal awal) tanya dia bila nak keluar ini mak tak sabar tunggu ashi keluar, sambil itu saya tertidur. dalam 5.30 pagi saya tersedar, rasa nak membuang lagi so saya pun bangun ke toilet, sambil nak duduk nak membuang x rasa nak membuang, saya pun bangun keluar sedikit air mcm lendir, + darah sedikit.
saya rasa dah tiba masa nak bersalin tapi x sakit pun. so saya pun mandilah sebab nak sembahyanglah subuh sebelum ke hospital, tapi masa itu saya x rasa panik sbb x sakit, saya pun shave saya pun private part, bersih bersih kan sebab malulah nak jumpa doctor kan, lagipun doctor saya baik sangat iaitu dato dr alex mathew, nak sopan santun lah kononnya.

selepas bersih kan badan saya, saya pun masuk bilik nak sembahyang dan nak bangunkan husband nak beritahu saya nak dah bersalin sudah ada tanda,
husband saya kata betul ke? bila saya bangun dari katil turun air laju macam kencing tapi bukan kencing itu adalah air ketuban sudah pecah.
ibu mertua saya ada di rumah utk tengok tengok kan saya. then saya pun ke hospital bersama hubby saya.admit kat hospital pkl 7.30 pagi, sakit bersalin saya berumur pada pukul 9.00 pagi dan pada pkl 11.00 pagi saya rasa sakit sangat tapi saya boleh tahan masa itu, doc kata dan buka 6cm, dalam pukul 1.20 tengahari saya dah bersalin kan baby saya, ashi.
dan doctor saya kata your are superwoman, cewah......
begitulah indah pengalam saya ketika bersalin,

dan saya nak lagi mengandung dalam jangka masa yg terdekat ini, insyaallah.

210.186.2.:-)

x_eti007
Ahli Setia
12. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 9:32:10 mlm    [Edit]
saya pulak dlm kul 10 pagi pegi bilik air nak terkencing..pastu bila dan dok relax2 dlm bilik rasa cam basah jerk...terus bagitau kat mak mentua, mak mentua suh pegi klinik, nurse tuh suh stay kat situ sebab dah bukak 2cm..saya pun stay kat situ ngan asben..nurse suh makan sebelum kul 12 tgh hari..dlm kul 3.3o ptg mcm tuh barulah rasa sakit tuh dtg..pukul 6.05 minit saya bersalin..takde la lama sangat sakitnya...

219.95.156.:-)

putraselatan
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 10:43:56 mlm    [Edit]
Assalamualaikum

isteri saya hendak bersalin..
saya ikut menangis..
sampai kena tegur dengan mertua


--------------
-| Suami Fazzlin | Ayah kepada Muhammad Amar Iskandar |-

202.190.116.:-)

kittun
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 11:35:39 mlm    [Edit]
org kata jgn angkat punggung masa meneran. nanti koyak kat bwh lagi besar n byk.

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

just4fun
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 00:08:51 pagi    [Edit]
kalau ikut logik, kalau angkat punggung masa meneran, lagi payah baby nak keluar sebab bila punggung dah terangkat salur peranak is not pointing downward.

pendapat aku la...

satu lagi jgn bongkokkan badan ke depan, nanti belakang sakit.

* Mesej ini telah disunting oleh just4fun pada 17hb Mei 2005, 09:17:46 pagi

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.194.:-)

kittun
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 02:33:22 pagi    [Edit]
4fun,
kalau gitu, takleh bersalin secara separa duduk ke? sebab ada kwn kata, naikkan sikit belakang katil lagi mudah nak neran, berbanding dgn bersalin masa baring??

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

manis26
Ahli Baru
17. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 08:24:12 pagi    [Edit]

terima kasih pada semua yang bagi semangat kat saya....kalau ada sesiapa yang ada pengalaman lagi cerita lah kat sini sekadar untuk mengetahuinya saja......harap2nya sa ya tabah menghadapinya nanti.....baby dalam perut nie dah lasak sangat tak duduk diam

61.6.39.:-)

semutmerah
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 08:52:08 pagi    [Edit]
seronok juga kongsi pengalaman bersalin ni ye? hehehehe... pengalaman akak, anak pertama kira normal laaa... start sakit pukul 8 malam... sakit teruk pul 11 malam... dan 2 pagi, farhan pun lahir...

tapi pengalaman kedua buat akak 'serik' sket... sakit dia tak la lama macam 1st baby dulu... kalau nak kira, pukul 4 pm air ketuban pecah, pukul 4.20pm baby dah keluar... sampaikan tak sempat doktor nak masukkan air... masuk labour room tak sampai 5 minit, baby dah lahir... cuma sakitnya tu berganda2 daripada yang 1st... may be sebab induce kot... terpaksa induce sebab tetiba jer blood pressure naik, bahaya untuk baby dan juga diri sendiri... yang kedua ni (kalau ikut kata doktor la) belum due lagi... induce 2 minggu lebih awal dari due date...

apa pun... baca je pengalaman2 ni... tapi jangan takut pula tau... semua kesakitan dan kesukaran tu adalah 'anugerah' dari Allah... rezeki masing2... ada yang susah, ada yang senang... banyakkan berdoa, ok...


* Mesej ini telah disunting oleh semutmerah pada 17hb Mei 2005, 08:55:26 pagi

203.115.226.:-)

mamarafiq
Ahli Setia
19. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 08:56:02 pagi    [Edit]


Pengalaman saya pulak..... Pagi tu saya bangun, saya basuh baju & kemas rumah (masa ni hari minggu).... b/fast cuma 2 keping roti jer... lepas settle keja umah... saya rehat ngan hubby sambil tengok tv.... pas2 dlm kul 11 lebih..hubby ajak pi lunch kat luar.... saya baru nak bangun jer... tiba2 ada air laju jer kuar.... hubby termenung jer tengok air tu kat lantai...

pas2 hubby suruh siap nak pi hospital... tapi masa tu langsung tak sakit...memang tak rasa apa2.... so saya siap buang air besar, mandi...clear kan apa yg patut.... hubby kat luar asyik ketuk pintu bilik air..suruh cepat... dia lak yg panik... dia dah pegang beg & beg baby...

sampai hospital kul 12 lebih... check2 baru buka 2cm..tapi doktor tahan gak... so masuk wad dalam kul 1 lebih.... dalam kul 3 baru terasa sakit... tapi kejap2 jer... saya terasa sakit lebih kerap kul 5 ke atas...

kul 9mlm tu...memang dah tertahan sakitnyer... memang terasa nak meneran jer.... saya panggil nurse tu... nurse tu check.. tengok kepala baby dah nampak...terus tolak ke bilik bersalin... dan alhamdulillah.. 9.50 malam... saya selamat bersalin....

bagi saya... Allah telah kurniakan sakit bersalin tu tidak terlalu menyeksakan... dan senang untuk bersalin... ALhamdulillah....

--------------
MuHaMmAd RaFiQ sYaHmI

219.93.8.:-)

just4fun
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 09:17:03 pagi    [Edit]
kittun,

your friend is right. kalau boleh masa nak push tu kalau boleh jgn bongkokkan badan ke depan. selain dari sakit kat belakang, kekadang punggung akan terangkat sama. kalau hubby ada sama, dia boleh tolong support belakang badan in case you have the urge to bongkokkan badan.

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.230.:-)

edinamaya
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 09:21:18 pagi    [Edit]
seramnya baca msg2 kat atas tu....

--------------
Makkkkkkkk! Lapooooooooo..

161.139.100.:-)

just4fun
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 09:38:13 pagi    [Edit]
bila dah tiba masa nak bersalin nanti, dah takde masa dah nak pikir seram ke, takut ke apa ke. yg ada dlm kepala cuma nak baby keluar dgn selamat...
perasaan tu cuma mainan minda kita saje. kalau asyik fikir benda tu seram, takut... seram dan takutlah jadinya... jgn panik...tenang...tenang....

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.230.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 09:55:38 pagi    [Edit]
Masa bersalin anak first kite kena induce...sebab masa check up pagi tu..Dr check dah bukak 2cm..apa lagi..dia suruh kita warded malam tu....masa tu pun bukannya due date kiranya kita bersalin awal seminggu...due date masa tu 25/12/2003 tapi bersalin 18/12/2003 hehe...
malam tu kena warded keesokannya pukul 6 pagi nurse masukkan ubat ikut punggung...pastu suh masuk labor room..kita ngan terkedek2 nye yela tak sakit jalan selamba je masuk labor room....pastu bila masuk proses induce pun bermula...sakitnye tuhan yang tahu kalau boleh tak nak kena induce lagi...bayangkan nak tunggu 10 cm tu tak tahannya....nasib baik air ketuban pecah sendiri...bukan Dr yang pecahkan...masa dah bukak 10 cm tu kita dah rasa nak teran..siap bagitahu nurse kita nak push...lepas tu dia bagi kita push...kita tak ingat berapa kali kita push sedar2 baby dah keluar dan nangis. Alhamdulillah masa tu...dalam kul 4:40ptg kita selamat melahirkan baby pompuan seberat 3.26kg...Dr siap kata kat kita Good Girl sebab kita teran tak bising hehe....

Ni pun tengah pregnant anak kedua tak tahula camne plak yang kedua ni

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

kni_03
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 10:47:05 pagi    [Edit]
err... satu lagi.... pastikan bapaknya jugak kuat semangat.....
kalau tak.. jgn le gatal2 nak masuk...
kang haru....kesian doktor tu kang...
sama ada nak sambut baby.... atau nak sambut bapak yg nak pengsan...

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

kizz
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:02:02 pagi    [Edit]
kizz lahirkan yg no.2 tu...naik teksi....polis escort sampai hospital...pengalaman betullll....

yg no.1 tu pulak....kat atas stretcher je...

apa2pun bertawakal pada Allah byk2....byakkan baca fatihah....ayat qursi..
insyaalah....tak de apa2......

'nikmat' melahirkan hanya wanita yang dapat merasainya....
bersukurla.....

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:23:43 pagi    [Edit]
pengalaman reen bersalin anak kedua.. time pregnant guna salindah.. ALhamdulillah..senang je bersalin..sakit seminit dua jer..tu pun tak terasa sangat..

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

kakak
Ahli Baru
27. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:36:06 pagi    [Edit]
kakak yang paling tak boleh nak lupa masa bersalin anak kedua....hari tu hari terakhir puasatapi tak posa pun ari tu masa tu pukul 5.00 ptg....singgah lah kat pasar ramadan, mengidam nak makan itu ini....balik je rumah terasa nak buang air besar.....tapi taham lagi....bila rasa tak tahan sgt gi lah juga buang air besar mujur tak beranak waktu tu .....tapi masih rasa sakit...masa tu, dah pukul 7.00 mlm, ingat nak gi h'pital lepas buka puasa rupanya tak sempat, so kena gi jugalah kesian kat husband tak sempat buka posa

sampai je h'pital, gelap semacam je, dah lah tak tahu bilik bersalin kat masa, tak pernah gi h'pital tu, sbb tu lah tak tahu kat mana masa tu dok sakit sgt dah, jalan2 terjumpalah kerusi roda, so dok lah atas kerusi roda, tolak pi mari pi mari masih tak jumpa bilik bersalin, maklumlah gelap gelita je jalan...apa lg marah lah kat suami sbb sakit sangat. tapi akhirnya jumpa juga.

masa gi check, terkejut nurse, sebab dah dekat 9cm, dah nak keluar dah baby tu, nurse cakap jgn teran lagi sbb nak prepare bilik, masa tu bilik penuh, bila masuk level room, nurse ckp jgn teran lg masa tu dah nak terkeluar dah sbb nak prepare barang2....bila je nurse suruh, terus je baby keluar....tak sempat2....ingat baby kecil tapi 3.50kg,

hari tu berayalah kat hospital. cuma tak sempat nak makan apa yang di beli masa kat pasar ramadan tu

--------------
Rx-Water #Terapi penyembuhan melalui air#

202.75.44.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:41:19 pagi    [Edit]
Alah..takde ape lah...Arwah opah aku cakap cam rasa gigit semut jek...rilek arr...takde mende ahh...

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.30.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:53:28 pagi    [Edit]
kakak

cedihnye citer... tak sempat nak makan apa yg dibeli..pastu kena pantang pulak yer.. tak pe lahh baby punye pasal

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

kni_03
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:04:03 tghari    [Edit]
quote:
Arwah opah aku cakap cam rasa gigit semut jek...rilek arr...takde mende ahh...


langsuir80

rasa gigit semut tu bukan masa berkhatan ke???

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

langsuir80
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:40:00 tghari    [Edit]
err.....eheh...ermm..tak sama ker??

--------------
+ cantek menarik tertarik ko mmg babun +

219.95.30.:-)

kakak
Ahli Baru
32. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:46:32 tghari    [Edit]
quote:
[pengalaman reen bersalin anak kedua.. time pregnant guna salindah.. ALhamdulillah..senang je bersalin..sakit seminit dua jer..tu pun tak terasa sangat.. /quote]

Fadzreen

betul......B5 salindah tu tak lepas kat tangan

--------------
Rx-Water #Terapi penyembuhan melalui air#

202.75.44.:-)

abeja
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 12:53:41 tghari    [Edit]
Masa nak dpt anak pertama memang tak menentu sikit ... maklumlah pengalaman x de .... pegi kursus di hospital swasta ... pastu baca buku dngr cerita org & mcm2 lagi .....

Bila dah dekat nak deliver tu sediakan
1) Bag untuk kelengkapan ibu kat wad
2) Bag untuk kelengkapan baby kat wad
3) Makanan untuk pecah mulut baby

Tanda2 bila dah dekat nak deliver
1) Denyutan yang kuat kat otot rahim secara berkala, mula- mula mungkin setiap 1 jam sekali, selepas tu makin cepat setengah jam, lima belas minit dan seterusnya. ( beberapa jam sebelum deliver)
2) Bila dan dekat sngt ... tumpah air ketuban.

kalu nak lebih info klik link kat bawah

http://b a b i es.sutterhealth.org/laboranddelivery/ld_ftm.html

Ttp yang bestnya kawe x rasa sakit langsung ..... dah rezeki lelaki x leh deliver

--------------
Perhiasan seramik berkonsep 'english roses' di http://lovelycraft.blogspot.com

218.111.17.:-)

x_eti007
Ahli Setia
34. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 1:27:41 tghari    [Edit]
lagi satu..lepas jer bersalin, suami jgn pegi mana2..duduk ngan isteri sampai isteri betul2 dah ok. Mcm kes saya lepas bersalin 30 minit saya sakit balik mcm nak bersalin, asyik nak teran jerk..bila teran darah banyak kuar..masa tuh suami pegi tanam uri kat umah sepupu dia, kami duduk kat condo takde tempat nak tanam uri, so kene pegi tanam kat umah sepupu dia. Saya banyak hilang darah..bila doc tekan perut darah beku kuar berketul2..doc kata saya punya pembuluh darah taknak tutup dan rahim saya taknak mengecut. Malam tu nurse ngan doc sibuk nak menyelamatkan saya..pukul 3 pagi baru selesai segala2nya. Masa sakit tuh asyik dok tanya mak mentua suami saya tak sampai lagi ker?..alhamdulillah tuhan masih sayangkan saya dan anak..akhirnya saya selamat.

219.95.156.:-)

seri79
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 1:28:13 tghari    [Edit]
masa baby tu kuar
tak rasa apepun..
masa baby kat bawah tu nak teran
ya allah...sampai bila nurse gunting toot
kita pun tak rasa sakit...
sampai tangan husb luka dek kena cengkaman
kuku kita, sian dia...(seri x amik epidural)
seri masa tu nurse nak Vacum dah baby sbb
lama sangat..rambut baby dah nampak
tapi takleh kuar 45 minit baby duk tang tu je...
(bila fikir2 kuasa Allah kan tempat tu kan sempit..
tapi baby kita bleh bertahan lagi)
tapi kuar je baby alhamdulillah lega selega leganya....
sakit ilang terus bila nengok insan kerdil yang ditungu2...
comel masa tu siap menguap lagi...meleleh air mata
masa tu tak sangka dah jadi ibu dah....sampai sekarang
baby dah 9 bulan kejap je rasa tapi pengalaman tu
mmg pengalaman yang berharga buat seri...
so jangan ada perasaan takut nak hadapi saat2 tu
ok

--------------
Sayang Trisya muahhhhh..

210.187.28.:-)

suria3975
Ahli Baru
36. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 1:48:11 tghari    [Edit]


nak tumpang sekaki...su baru jer bersalin anak ketiga pada 23/2/05 yg lepas. org kata pengalaman bersalin amat berbeza antara anak lelaki dan anak perempuan, tapi bagi su sumer sama. yang best, su ada dua anak pompuan dan ketiga ni lelaki (yg best bila scan x nampak jantina bila kuar lelaki...alhamdulillah). Pengalaman manis anak lelaki langsung x der tanda nak bersalin, nurse suh pi hospital sbb ada darah tinggi sikit???

Dah pi hospital dengan melenggangnya, nurse pun question ngape dtg tapi x sakit...explain lah kat dia..check punye check dah bukak 4cm. alamak...x cayalah pulak, x ready nak bersalin sbb baru plan dgn hubby nak pi kl...ish ish ish...apa lagi kena tahan...tawakal dan su amalkan baca surah (lupa plak) tapi surah elok dibaca ketika kita dlm kesusahan..pukul 3pm msk labour room(setiap detik su baca surah tu)...dia pecahkan air ketuban...masuk air....sakit sikit....5.45pm dah bersalin..alhamdulillah

--------------
http://www.ecosway.com/home/X517060 & http://www.mysmsprepaid.ilchwan.com/index.php?id_penaja=shila

218.111.80.:-)

kni_03
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 2:37:30 ptg    [Edit]
quote:
lagi satu..lepas jer bersalin, suami jgn pegi mana2..duduk ngan isteri sampai isteri betul2 dah ok.


quote:
masa tuh suami pegi tanam uri kat umah sepupu dia, kami duduk kat condo takde tempat nak tanam uri, so kene pegi tanam kat umah sepupu dia.

naper cepat sgt nak tanam uri tu??? ada sebab2 tertentu ke???

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

x_eti007
Ahli Setia
38. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 6:05:32 ptg    [Edit]
sebabnya malam tuh sepupu suami saya nak balik kampung..so, kenalah pegi tanam cepat2..kalau tak nanti nak tanam kat mana? Kat condo nih mana ada tempat nak tanam..rumah sepupulah yang satu2nya tempat yang sesuai utk tanam uri tu.

219.95.156.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 05:45:57 pagi    [Edit]


aku tak leh lupa tanam uri kat depan umah waktu winter....dah la sejuk tahap besen plastik........ dah malam plak tuh..... kalau orang nengok dari jauh macam citer hantu la pulak.

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

81.76.81.:-)

aLuNie
Ahli Baru
40. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:26:05 pagi    [Edit]

Tips nak bersalin mudah....
Sebelum bersalin...

1.Mintak di ampunkan dosa dengan suami. This is the most important things.
-Suami pun kena tolong isteri jangan duduk diam jeerrr....selain dari memberi sokongan...minta bantuan allah....bini tgh sesakit tu per kata pi amik air sembahyang...buat sembahyang hajat semoga dipermudahkan isteri tu bersalin.....insya allah

2. Mintak ampun ngan ngan our parents & in laws.
- Mintak diaorang doakan kita mudah bersalin.

3. Baca Surah YASIN Bebanyak....Insya allah tenang...

First timer Mother, semua org takut....org kata ape...bahagian masing masing...doa jerlahh....

Tgk kat atas tu pelbagai pengalaman semuanya berbezakann....

al hamdulillah...dengan m'gunakan tips kat atas tueh ditambah pula dengan pemakan salindah...menjadikan pengalaman bersalin ke dua dua putera hatiku teramat indah....

Putera pertama selamatt dilahirkan dengan brt 3.9kg sakit tak sampai 1 jam cuma kena teran lebih kuat skett laaah....jahit punn tak banyak...
al hamdullilah....

kuatkan semangat....tabahkan hati segalanya akan berjalan lancar dengan izin allah....amin..selamat menimang cahaya mata....

--------------
Membantu Bumiputera Menjadi Jutawan..sms 012-7077527

218.208.83.:-)

shid57
Ahli Setia
41. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 11:57:05 pagi    [Edit]


Manis... kak rasa u boleh baca dan jadikan sebagai satu pengajaran...kerana bukan semua kita mempunyai pengalaman yang sama....macam kak dulu masa mengandung first baby....kawan2 kak dok cerita tentang susahnya dia semasa bersalin.....sampai tak leh bangun seminggu...tapi kak berdoa agar kak tidak jadi macam kawan akak.....
kak sakit nak bersalin first baby pukul 3,50 pagi ...dari rumah...masa tu ada tanda air keluar....kak kejut hubby...cakapp kak terkencing...tapi hubby cakap tak bau hancing pun...so dia kata entah2 kak nak bersalin...sebab kak tak rasa sakit apa lansung.... masa tu kak berdua aje...tak ada pengalaman... so hubby drive bawa ke klinik swasta....masa tu kat bangunan MIC, KL...sampai kat klinik darah sudah keluar...tapi sakit tak rasa sangat....cuma kak cakap kat doktor...rasa nak buang air.....so doktor check and he said dah buka...dan boleh push....macam tak percaya 2 kali push, anak sudah keluar.... ...and yet very small and kiut.....so what the doc said....u dapat baby girl and very sweet....colour pink dengan rambut yang lebat tercacak....kak bersalin dlam pukul 5 pagi....

Satu lagi....hubby kak masa kak mengandung dia amalkan membaca zikir 5000 kali setiap malam...dan kak setiap kali hubby berzikir...mesti tidur atas ribanya.....soooo sweet.....cuba amalkan...

161.142.140.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
42. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 12:49:45 tghari    [Edit]
macam-macam pengalaman manis ye...

tapi ikut pengalaman saya yang lepas-lepas, rasanya
elok lah amalkan membaca surah Yasin selalu,
kalau ada kesempatan hari-hari lagi baik.

insya-allah memang tak sakit langsung..boleh bersembang
je kat labor room tu....cuma sakit sesikit bila nak push..

cuba lah..

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

CheNot
Ahli Baru
43. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:39:19 tghari    [Edit]
Saya bersalin semuanya through Caesarean. Niat hati memang nak merasa bersalin normal tapi tak kesampaian. Semua pregnancy, seminggu sebelum due date, blood pressure mesti naik. Yang 1st prenancy blood pressure dah naik tinggi sangat masa saya pi buat final check up sampai doktor tahan terus kat hospital. Tapi saya still rasa ok, tak ada le pening-pening ke apa. Doktor punya risau sebab dia kata kalau saya tak datang high possibility boleh kena pre-eclampsia.

Yang kedua, detect bp naik masa 2 weeks before due date. Terus doktor bagi MC duduk rumah, tapi few days lepas tu pi jumpa dia terus kena tahan. Saya diinduce untuk bersalin tapi after 10 hours, saya tak rasa sakit nak bersalin dan tak terbuka seinci pun. BP makin naik, last-last kena sorong masuk operation theatre juga.

Yang ketiga dan seterusnya, gynae saya memang tak ambik risk lagi, cukup 38 minggu, masuk hospital terus operate. Anyway alhamdulillah semua anak saya dilahirkan sihat cuma kecik je, usually below 3kg. Alhamdulillah semua dah besar dan sihat belaka.

61.6.35.:-)

shid57
Ahli Setia
44. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 1:56:15 tghari    [Edit]
....Manis....sorrylah kak sebenarnya nak bagi salam...tapi terklip gelak pulak...macam tak sopan betul....so sorry...ya

161.142.140.:-)

pingu
Ahli Baru
45. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 3:31:36 ptg    [Edit]
pingu pun teringin nak kongsi pengalaman.....

masa bersalin anak pertama tu overdue seminggu...itu pun tak rasa sakit lagi.....tak nak hospital sebab mak tak kasik....dia cakap tak sakit bakper nak pegi.......ari ke 8 hospital tepon ..kalau tak nak datang diorang nak gi jemput ngan ambulan....tak naaakkkk ...malu ooooo...

pegi pun dalam ati ingat nak balik sebab mak cakap pegi aje ...kalau tak sakit lagi kaang boleh balik.....so npegi la ngan hubby ngan mak....

sampai jer terus gi check....siap kena marah ngan nurse lagi ...ye la dah nak beranak masih pakai pants (tracksuit)..sakitati...doktor tak cakap apa dia yang lebi...pastu kena "seluk".......aik dah bukak 5cm tak nak datang lagi....aiseymannn......kena lagi.....

pastu doktor terus suruh gi "check-in" ward pastu ambik luncah pastu terus masuk labour room......apa laagiii......nangis tak berenti le pingu ...ye laa...mana tak nye...minda masih ingat nak balik umah...tup...tup ....kena beranak la pulak........

so gi la...masuk wad..kemas2 apa yg patut...makan....pastu ...nangis lagii.....minta ampun kat hubby...minta ampun kat mak....mujur sempat solat sunat masa kat umah tadi....tawakkal jer la masuk labour room........jeng..jeng...jeng......

sambung lagi....

dalam labour rrom...rupa2nya pingu sorang jer......tak dar patient lain...so doktor pun dah boring tgk...bila2 mak buyung sorang ni nak beranak.....pecah air ketuban kol 1;30...pastu masuk drip...aaa...masa ni tuhan jer yang tahu ...sakitnye ..........hubby tak nak masuk sebab dia takut dia yang pengsan dulu.....ceh...

rezeki TUHAN yang tentukan.....alhadulillah .....w'pun pingu gi hospital gomen tapi dia punye servis cam first class...yer laaaa....pingu sorang doktor 2 orang...pastu ada pakar buat visit lagi bawak 6 orang doktor pelatih....hmmmmm....sorang urut belakang....sorang urut tepi...sorang urut perut.....moral support jgn cakap ler.......selepas 5 jam -+ kol 6:15 maka lahirlah MUHAMMAD HARITH HAIKAL seberat 3.95kg.......alhamdulillah........selamat akhirnya.....

ni nak masuk yang kedua...bulan 10 insyaAllah......ntah macammana pula la habuannya....

yang penting......buat baik ngan suami...keluarga....bykkan amalan membaca yassin.....insya Allah......

sekadar berkongsi pengalaman.....

* Mesej ini telah disunting oleh pingu pada 18hb Mei 2005, 3:37:32 ptg

--------------
Aku adalah aku...

202.58.86.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 1:44:52 tghari    [Edit]
sirna pun nak share gak la.. just nak mengingati saat2 manis tu seblm melaluinya 2nd time August ni...

14/11/01 - dlm kul 9 mlm dah rasa sakit2 skit.. masa tu seminggu lagi due date tp mmg dah prepare.. so timing sakit tu.. tgk cam 10 min sekali so tunggu lagi.. buat2 tgk tv and tak beritahu hubby... dlm kul 10 buat2 msk tidur bawak jam sekali.. hb heran gak apa msk tido awal sgt.. just ckp ngantuk je.. tp kan leh tido pun.. asyik dok timing sakit tu... lelama terlelap lah jugak then terjaga balik kul 2 pagi.. masa tu sakit dah abt 5 minit sekali.. pastu rasa cam nak buang air besar lak.. gi le membuang.. then rasa cam sakit tu dah makin kerap... so siap2 mandi dulu tgk pun dah ada kuar darah sikit.... lps mandi terus siap2 then baru kejut hubby dlm 2.30pg tu. Hubby bgn ajak gi spital tp masa tu tak de keta lagi.. turun le menapak dr tingkat 5 tu.. then naik motor pg2 buta tu gi spital...

hubby punya la gelabah sampai terlps exit ke spital sib baik i tegur... sirna masa tu maintain lagi.. sakit tp bole tahan.. smpi spital teurs jln naik labour room gi daftar kena lagi mskkan ubat supaya membuang tu.. perut dah kosong dah time tu.. lps tu baru gi labour room diaorg seluk doktor kata dah bukak 7cm.. punya la happy sbb tak le lama kena tunggu kot... nurse tu pun kata kejap je lah tu kak...

then doktor pecahkan air ketuban and tunggu le sorang2 dlm labour room.. sirna mmg tak rasa sakit sgt pun just makin lama makin kerap je... dah kul 5 pg tu doktor check lagi kata dah 10 cm.. lagi le happy.. tp bila diaorg tgk tak nampak lagi kepala baby... then dtg le pakar lak and seluk lagi.. dia kata sapa kata dah 10cm ni.. kan baru 7cm ni... laaaa.. rupanya... patut le masa tu tak terasa nak meneran pun lagi... so kena le tunggu lagi tp seblm biarkan sirna tunggu lagi tu sempat diaorg potong sikit bukaan tu dgn alasan kulit bibir bukaan tu tebal sgt... sabar je

tunggu punya tunggu.. hari pun dah pagi.. nurse ngan doktor dah bersilih ganti sirna still kat situ lagi.. org kat sebelah pun dah dua org selamat bersalin, sirna duk tunggu lagi.. pg tu diaorg kasi sirna basuh muka skit, minum air skit... dah tghari tu kebetulan makcik sirna keje kat UH tu dtg jengah and tgk report dr monitor, so dia kata try induce je la sbb contraction mmg kerap tp tak brp kuat.. so kena le msk drip and tak lama lps tu kul 1.34 tghari keluar le baby perempuan seberat 2.87kg... masa diaorg tunjuk baby tu sirna dah letih sgt sbb tak tido semalaman.. so masa tu cam nak tak nak je tgk... lps dah kena jahit baru le diaorg tolak gi msk wad.... diaorg suruh tido & rehat tp tak bole.. rest kejap then gi mandi bersihkan bdn.. then baru tido kejap.. mlm baru diaorg kasi baby suruh susu kan..

tu je la citernye... dah 4 thn dah pengalaman tu.. now tak sabar nak tunggu yg no. 2 ni kuar...heheeh

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

kittun
Ahli Aktif
47. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 00:55:18 pagi    [Edit]
nak tanya, sakit yg tanda nak bersalin tu, mcm sakit period ke?? camana nak tahu?

Ok tak kalo masa nak deliver tu, belakang katil tu dinaikkan sikit, so kita dlm keadaan yg separa duduk..bukan baring.

sekian, wslm

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

just4fun
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 01:23:10 pagi    [Edit]
from my experience, memang belakang katil tu dinaikkan half way. ada ke orang bersalin dlm keadaan berbaring? tak tau ler pulak... bila baby dan tembuni dah keluar, belakang katil akan diturunkan dan kita baring macam biasa. masa ni doktor akan bersihkan darah dan jahit mana2 yg patut.

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.231.:-)

kittun
Ahli Aktif
49. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 01:33:03 pagi    [Edit]
Ooo gtu ek. kalau bersalin kat umah kan bersalin baring? tapi okla camtu, takyah request pd midwife. Thanks

--------------
sabar itu indah..

138.253.134.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
50. Dihantar pada 20hb Mei 2005, 5:04:34 ptg    [Edit]
kittun
kalau bersalin kat rmh pun bukan baring...kan selalunya diaorg alas bantal bnyk2 kat belakang bdn
tak pun normally midwife tu suruh hubby duduk kat belakang wife.. support dia.. mesti dlm keadaan separa duduk... punggung mestil jejak ke katil/tilam..tak bole terangkat.. dia yg penting masa teran tu punggung mesti jejak.. jgn angkat punggung tu.. nanti baby bole lemas or tulang pinggul tu bole retak

kalau kat hospital mmg diaorg ajar camner nak teran tu.. and mcmmana nak pegang besi katil tu....

tanda2 nak bersalin tu lain org cam lain lak didescribe.. tp lbh krg cam period pain le.. pastu cam nak buang besar pun ada.. cam terasa benda menekan2 kat ari2 tu pun ada.. mcm2 la

cuba kittun surf website omputih ni.. baca birthstories diaorg.. nanti kittun akan faham camner rasa sakit tu.. cam sirna dulu suka baca and tgk gambar birth ni.. tu sbb masa nak labour tu mcm confident je tu le sakit nak bersalin.. and dah ready nak hadapi sakit2 yg akan timbul

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005