Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb JamadilAkhir 1435 @ 25hb April 2014, 00:55:05 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Automotif  
(Pengendali : zacks)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Survey : Toyota Avanza : Apa pendapat korang?
attyra
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 10:34:32 pagi    [Edit]
Dalam hati ada cita-cita nak tuko kereta... Tapi takmo ler beli kereta gak.. rasa mcm nak beralih ke MPV... so dalam fikiran ada 2 choice aje... either Citra or Avanza... Tapi.... rasanya Citra takde kemampuan lagi
sooo tinggal avanza aje ler pilihanku.... lagipon takde ler beso sgt kan... saya nih mmg ada masalah nak parking... tak reti2 nak parking even dah lama ada lesen

ok... nak tanya ler pendapat korang seme... berbaloi tak aku beli MPV nih?
Dari segi...

1. Harga
2. Fuel - untung ke idak
3. Skrg kereta aku 1.6 kalo tuko avanza... 1.3 VVTi.. berbaloi tak?
4. Kereta aku skrg nih belom abih bayo... tapi maintenance kalau buat hal.. mau jangkau ribu2... - berbaloi tak nak tuko baru....
5. Maintenance macam mahal - tinggi tak?
6. Apa2 aje ler nak bagitau


--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

sumbu
Ahli Baru
2. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 3:38:01 ptg    [Edit]
Pada pendapat aku :

Mula-mula tengok Avanza rasa macam tak percaya.. betul ke nih kereta Toyota.. both.. exterior & interiornya simpel sangat.. mungkin ini satu pilihan/percubaan Toyota Malaysia untuk bersaing dengan kereta tempatan yang murah dan kereta korea yang semakin dapat sambutan.. terus terang kalo nak bandingkan dengan Citra sekali pandang.. dua kali pandang.. memang Citra nampak lagi cantik dan kemas..

Sebelum ni ko guna 1.6 kereta apa (enjin apa) ?

Tak tau la citra guna enjin apa.. tapi Avanza guna DOHC VVT-i.. enjin Toyota yang ada VVT-i (Variable Valve Timing with intelligence) nih memang jimat minyak.. maintenance tak banyak songeh.. nih aku paste kan aja tentang keistimewaan enjin VVT-i Toyota ni...

quote:
Improving driving performance
The VVT-i DOHC engine gives superior performance because it controls the timing of air intake. It has a continuous variable valve timing mechanism that achieves optimal timing by computing RPMs, throttle opening and various other factors at the incredibly responsive rate of 1/1000th of a second. This results in:
Higher Power through the continuous optimisation of the valve timing to give a smoother and faster acceleration
Better Fuel Efficiency
Cleaner Exhaust Emission due to highly effective combustion

Taking care of itself
The VVT-i DOHC engine requires minimal maintenance. Here are the specific parts that will help make your life easier, and keep your wallet a lot heavier...
Molded Resin Engine Cover- NVH and anti-corrosion
Valve Timing Chain- Maintenance free and more compact
Stainless pipe exhaust manifold- Better performance and lower emission
S-Toyota Direct Ignition- Maintenance free, greater reliability
Compact fine particle injector- Fuel efficient and has lower emission
Aluminium Die casting Engine Block- High Rigidity with lighter weight
Aluminium Oil Pan- High Rigidity with low NVH

Superior in every way
The engine manifold intake and exhaust have been reversed in the new engine where the intake is in the front, and the output is at the rear of the engine. This creates an exhaust that is both efficient and quieter for an all-round smoother and more enjoyable drive.

On top of this, the VVT-i Engine incorporates TCCS (Toyota Computer Control System). This system monitors the engine by offering a fail-safe and engine diagnosis. The 16-bit microcomputer that provides precision controlling ensures higher performance and greater mileage from the VVT-i engine.

In a situation where you need the power for maximum acceleration, the TCCS controls the air conditioner by cutting it off for a split second to give the engine a stronger boost.

Through an advanced technology that is built to last, VVT-i engine has been designed to bring you greater acceleration and better fuel efficiency.

Kalo nak ikutkan gaya.. mungkin Avanza ni kurang sikit kot.. tapi dari segi lainnya.. aku rasa ok.. tak tau la hakikat sebenarnya cemana.. kena tanya pendapat orang yang pernah/sedang guna..

* Mesej ini telah disunting oleh sumbu pada 12hb Mei 2005, 3:41:37 ptg

--------------
sUmbU - Aku yang lagi satu...

220.25.177.:-)

attyra
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 3:50:45 ptg    [Edit]
ermm itu lah tunggu gak kenkawan MDC yg guna Avanza nih bagi feedback... tapi takde ponggg

Skrg nih saya guna Waja (1.6)
enjin apa?? entah waja nih thn 2001

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

awishakim
Ahli Baru
4. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 4:16:18 ptg    [Edit]


Avanza nih nak kirakan model terbaru sebab kat indon dah kuar tahun lepas versi kijang. Bagi saya kalau fuel consumption memang enjin dvvt lagi save sebab enjin ni memang save minyak walaupun compare 1.3 kembara ngan 1.3 Iswara. Tapi lack of space avanza ni... nama jer seven seater tapi kalau letak stroller dah penuh belakang. Avanza agak tirus dan tinggi dan corner handling tak berapa ok waja lagi ngam sebab guna lotus technology yang dapat mengelakkan pengemparan.

But under toyota brand name for sure quality come first. Interior Avanza slack skit termasuk dashboard dia tak separas ngan dada sebab dia macam van seat dia tinggi. Apa-apa pun Avanza popular kat indon... kat Malaysia pun ramai org booking masa pre and post launch.

Tepuk dada, tanya selera (Kalau selera saya amiklah Toyota Innova)

219.93.8.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 4:17:56 ptg    [Edit]
Abg ipau aku guna Avanza.
Pada pendapat peribadi aku la, diulangi : PERIBADI, aku prefer Citra dari Avanza. Avanza 1.3. Sanggup kamu tuka keter Wira 1.6 kamu dengan 1.3 ? Nanti nak gi Genting, mcm mana? Mcm kancil la ... lagi rendah c.c lagi kuat minyak

Lagipun, tgk seat dia kat belakng tu.. kecik jer... tak leh bawak orang kg duk belakang.

Aku setuju ngan pendapat Bumbu , Avanza terlampau simple! Tak seswai ngan harga langsung.

Aku dah try Citra , tak silap 2.0, Memang best!!

Jadi, kalau ada kekawan yg lain tu.... yg marah ngan kenyataan aku, aku mintak mahap... ni pendapat peribadi jer.

* Mesej ini telah disunting oleh ex8ly pada 12hb Mei 2005, 4:53:31 ptg

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.208.222.:-)

attyra
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 4:18:56 ptg    [Edit]
toyota innova tuh camne lak ek

bukan tak suka ngan waja... bayangkan ler...
bln lepas kali 3 ke 4 saya kene ganti handle pintu
then kali ke 2 tuko motor tingkap...
itu yg cedih tuhhhhhhhhhh
kalau tiap2 tahun camne nih pokai mak cik

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

fatah
Ahli Baru
7. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 01:46:38 pagi    [Edit]
pada pendapat aku kalau citra nanti nak trade in harga jatuh & maintanance dia tak tahu lah...pendapat aku baik amik toyota innova,upgrade sikit dr 1.6 to 2.0 kalau berkemampuan.kalau takk silap innova pakai enjin camry 2.0...

203.121.16.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 01:49:29 pagi    [Edit]
toyota avanza ni agak sempit...
nak balik kg kalau ramai2,nak bawak barang x cukup tempat..
agak makan minyak juga..
pakai hyundai trajet la..kalau nak mpv

* Mesej ini telah disunting oleh rockgirl pada 13hb Mei 2005, 01:53:13 pagi

--------------
Biru yang cumil...

219.95.201.:-)

sumbu
Ahli Baru
9. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 02:42:38 pagi    [Edit]
attyra,
nak tengok innova klik link kat bawah ni..
http://www.toyota.com.ph/showroom/Innova/gallery.html
tak tau bila agaknya masuk pasaran Malaysia.. dan harganya berapa..
macam Avanza.. Innova nipun adalah model dari Toyota yang takde kat Jepun..

Lagi satu kalo nak MPV dari Toyota.. Corolla Spacio.. ada 1.5.. space pun leh tahan gak luasnya..

Tapi kalo bandingkan Innova dengan Spacio nampak lagi cantik Innova..

Macam kata kawan-kawan kat atas.. Avanza nih memang sempit sikit.. walaupun 7 seaters tapi aku rasa selesa untuk 4 orang dewasa & 2 budak je.. 3rd row seatnya tu kalo orang dewasa duduk untuk perjalanan jauh.. boleh lenguh pungkok gak dibuatnya.. apapun terpulang pada ko.. ko nak guna untuk apa dan bagaimana.. tapi untuk mendapat kepuasan sebenar memiliki MPV aku rasa mungkin ko tak dapat dengan Avanza nih.. lagi satu kereta nih takde air bag dan ABS.. jarang model Toyota yg takde 2 menda nih.. mungkin kerana nak kurangkan kos serendah yang boleh..

Tentang masalah kereta Waja ko tu.. banyak gak aku dengar dan baca kat mana-mana forum kereta.. harap lepas nih kalo ko tuko kereta moga ko betul-betul puas hati.. duit bukan senang nak cari.. bila dah keluar beribu tapi benda yang kita dapat tak seperti yang kita harap.. memang sedih kan?

Orang boleh bagi pendapat.. tapi yang mementukan ialah citarasa, keperluan dan poket kita sendiri..

* Mesej ini telah disunting oleh sumbu pada 13hb Mei 2005, 02:44:04 pagi

--------------
sUmbU - Aku yang lagi satu...

220.25.177.:-)

attyra
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 09:13:18 pagi    [Edit]
itu ler... mmg kalau pk betul2 rasa mcm rugi jek beli avanza
tapi bila tgk poket... itu aje yg mampu... pasal tuh nak tanya pendapat korang.. takmo ler rasa nyesal nanti kalau dah beli.. lagipon still ada masa lagi... kete skrg nih pon kannyer leh jual lagi...

sumbu.. meaning innova tuh lom ada kat pasaran malaysia lagi le ek...
skali tgk cantik gak innova tuh... tapi rasanya sure lagi mahal kan....
tengoklah mcm mana nanti... kene pk betul2...

pasal apa nak tuko? sbb bilangan famili makin bertambah.. mana nak letak mak.. adik... nenek.. asben... anak2... kereta skrg nih pon tak mampu.. tu pesal ada yg tertinggal

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

senyum007
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 10:10:48 pagi    [Edit]
tengok avanza ni tak smart pon...
dah laa nampak sempit...tak besh...
hudus!! hudus!!

--------------
||::: http://www.biztet.com :::|| ---> sebarang komen sila email biztet@gmail.com...terima kasih...

219.95.91.:-)

kizz
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 10:29:09 pagi    [Edit]
betul ke avanza hudus !!!
space limited !
takde abs ngan air bag...

ala...kizz baru bercita2...nak sambar satu.....
tak jadila nampaknye....
balik2 pada pilihan kedua...la gen 2 je....(problem gak ! gen 2 ni kizz dengar )

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

weird
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 10:38:27 pagi    [Edit]
salam..

thyra,

keta tu aku nampak mcm ok jerk?
kalo boleh try kat litar dulu..ler...
test ia utk pemanduan berhemat..heheheaaa..
kuang3x..

--------------
** lihat apa Yg ada di sekeliling ...** cahaya itu ...**

218.111.54.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 11:17:26 pagi    [Edit]
My first impression avanza ni mmg tak tertarik pun.... Mcm ala˛ van aja. (ni kita ckp pasal rupa paras lah yea... enjin tak tau pun cz tak pernah test power)

Citra pulak.. mmg dah minat carrens dulu so mmg suka lah. Tapi since under naza sekarang takut market value tuk jual balik nanti jatuh. Kial pun sama jugak..

So cadangang tuk cik attyra hold dulu.... byk lagi new model coming in! Tapi apa pun tepuk dada tanya selera & kemampuan..

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

attyra
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 13hb Mei 2005, 11:23:23 pagi    [Edit]
mmg skrg hold dulu... nak buat survey
avanza nih mmg huduh ker??? ada member cakap.. dia kata rupa paras langsung tak cantik
ingat lagi dulu mmg nak sambar naza ria masa tuh harga lom naik... tapi tak kesampaian
model baru duit pon baru

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

sumbu
Ahli Baru
16. Dihantar pada 14hb Mei 2005, 12:11:04 tghari    [Edit]
Nak kata huduh tu tak tau la..
Cuma takleh gak nak bandingkan kereta 1.3 dan 2.0 lalu kita mengharap bentuk/ruang/keselesaan yang sama pada kedua-duanya..
Cuma satu perkara yang aku rasa.. Avanza nih terlalu basic dari serba serbinya.. tapi untuk orang yang tak kesah dengan semuanya tu.. takde masalah aku rasa.. baca komen kat beberapa forum lain.. ramai gak yg puas hati..
Cuma jangan mengharap yg lebih-lebih.. kalo betul-betul nak kan ruang yang luas untuk isi barang kenalah beli lori.. dan kalo nak seat yg selesa untuk semua penumpang kenalah beli bas..

Kalo selama nih ko dah biasa dengan keselesaan memandu Waja 1.6 ko tu.. bila naik kereta yg cc nya kecik lagi.. maka dah tentu kita akan rasa bezanya.. dan kenalah terima hakikat beberapa kelemahannya.. kalo tak sanggup terima.. maka jangan beli..

Cuma kalo beli kereta.. jangan hanya pikir harga pada masa kita beli tu je.. kena gak pikir pembiayaan untuk jangka panjangnya..

Avanza nih ok kot.. kalo ko tak kesah dengan bentuk dan beberapa kekurangannya..
Apa kata ko gi sewa sehari.. naik ramai-ramai.. baru ko boleh rasa sendiri prestasinya..

* Mesej ini telah disunting oleh sumbu pada 14hb Mei 2005, 12:14:07 tghari

--------------
sUmbU - Aku yang lagi satu...

220.25.177.:-)

senapang
Ahli Baru
17. Dihantar pada 14hb Mei 2005, 1:56:09 tghari    [Edit]
kejap-kejap... citra tuh bila keluar? mana best jika dibandingkan dengan Caren? aku pernah juga naik caren, kurang pick up, kenapa ye?

* Mesej ini telah disunting oleh senapang pada 14hb Mei 2005, 2:00:50 ptg

--------------
~~Tembak sampai mati~~

69.198.110.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 14hb Mei 2005, 3:47:59 ptg    [Edit]
quote:
balik2 pada pilihan kedua...la gen 2 je....(problem gak ! gen 2 ni kizz dengar )


kizz..
bior aton tlg jawab...sbb aton pun pakai gen2 auto color silver..kita ambil last year..masa tu takder spoiler & seat kulit...so far ok..tp tuler kete proton nie 2 jer major prob dia tingkap & pintu..mana2 pegi pun sama baik wira/waja/gen2..heran jugak..masalah pintu ketat/tingkap...2 tu mmgler..tp dont worry gerenti 5 twun...apa2 kerosakan ditanggung free ... lg pun dah itujer yg teman mampu... tp dr segi design aton ckp gen2 10kali ganda lebih cantek dr avanza...avanza tu nampak huduh & bodojer..tak berkenan lansung....nampak sgt cam kete budget.. hehehehe

attyra...
aton setuju cam kwn2 ckp...rugiler kalo awk tukor ngan waja tu..alang2 awk nak kete mpv camgini baik ambik kia carens yg baru..cantek bangat..smlm nampak warna itam..rasanyer baru punyer tu...ataupun chevrolet aveo or spark..lg kagum compare ngan si avanza tu...

* Mesej ini telah disunting oleh atoncute pada 14hb Mei 2005, 3:49:13 ptg

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

attyra
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 08:35:34 pagi    [Edit]
atoncute
warranty 5 thn??? bior betul... setahu atie ler... 2 thn or 50000 km yg mana dulu... setakat nih mmg ler pueh hati ngan Waja nih...
tapi yang tak tahan tuh... bila kene ganti moto utk tingkat tuh.. kalau takat puluh2 ok ler... nih ratus2.... tensen tulll

sumbu
ahaks.... cam asben saya cakap pon.. nak luas ghi beli bas.. renovate buat mcm rumah wakakakakak.... sunguh ampeh

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 6:35:39 ptg    [Edit]
quote:
warranty 5 thn??? bior betul... setahu atie ler... 2 thn or 50000 km yg mana dulu... setakat nih mmg ler pueh hati ngan Waja nih...


attyra...
apa tak betulnyer pulak... dah itu yg salesman ckp kat aton siap dpt pun warantty cardtu...lgpun kan ke gen2 tu kete keluaran proton terbaru so lebihler skit benefit dia kasik compare ngan waja... muler pun aton nak ambiq waja yg enchance tu..tp bila compare2 balik ngan gen2..waja nie more family cars skit..lgpun aksesori dalaman dia rasanye more2 better gen2ler sbb baru..tp terpulangler..sesetengah org suka waja...tp apa2pun kalo kete proton nie..mcm awk ckpler 2 major tu mmg basic..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 16hb Mei 2005, 6:44:07 ptg    [Edit]
Wah, ramai butul tak suke ngan Avanza nih. AKu ingat aku dan saudara mara aku jer dan juga jiran˛ sekampung aku.

Tapi la kan, aku kecewa betul ngan kereta Potron... asik˛ rosak motor tingkap tuh. Mahal plak tuh dia punya motor. Ceh..

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

219.95.37.:-)

attyra
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 09:18:17 pagi    [Edit]
ex8ly

ahakss betul tuh... harga motor tingkap tuh then tambah skit.. dha boleh bayar installment sebulan... haru gitu

semlm ada dgr iklan kat radio era.. ttg toyota innova
erkkk dah nak launch ker kat sini?

* Mesej ini telah disunting oleh attyra pada 17hb Mei 2005, 09:19:00 pagi

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

kizz
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 11:25:08 pagi    [Edit]
dlm the star pun dah advertise innova utk dijual...
brapa regenya hah ????

** aton...
gen2 mmg cantikssss...
sekilas dia lalu...ku dah tahu itu pasti Gen 2...

* Mesej ini telah disunting oleh kizz pada 17hb Mei 2005, 11:28:00 pagi

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

nilam72a
Ahli Setia
24. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 3:34:07 ptg    [Edit]
Innova nak launch next week kot, kalau x silaplah..... tp dah ramai yg book, katanya.... husband pun ingat nak sambar satu, tp nak tgk launching dulu.... i't about time utk tukar ke mpv....family dah bertambah....

202.146.65.:-)

attyra
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 8:46:56 mlm    [Edit]
nilam72a
baper ek rege innova tuh?

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

218.208.204.:-)

kizz
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 09:40:13 pagi    [Edit]
tapi kizz tengok bertabur si avanza tu kat jalan...

cun jugak !! lebih2 yg kaler gold ngan silver tu !!

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

OoooD
Ahli Aktif
27. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 10:10:25 pagi    [Edit]
avanza ni tak cantik sbb punggung dia lentik sangat, kalu lentik ada cutting cantik gak..
aku rase kalu diloweredkan, cantikkk....

--------------
http://jajancrispy.blogspot.com ~~teh_bunga2002@yahoo.com / 013-2040120

192.228.129.:-)

maz3d
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 9:50:05 mlm    [Edit]
quote:
baper ek rege innova tuh?


sayapun nak tahu gak...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

maz3d
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 9:52:42 mlm    [Edit]
saper minat kete ni.....hehehe


--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

nilam72a
Ahli Setia
30. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 09:06:26 pagi    [Edit]
brp harga innova...? x taulah... tp rasa-rasanya bwk 100k... rasanyalah....

202.146.65.:-)

peedoot
Ahli Setia
31. Dihantar pada 22hb Mei 2005, 3:56:32 ptg    [Edit]
ni dia anggaran harga bagi yg berminat:

2.0G (Auto) RM102,900
2.0G (Man) RM 97,900
2.0E (Auto) RM 92,900
2.0E (Man) RM 87,900


219.92.225.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 23hb Mei 2005, 10:34:12 pagi    [Edit]
sapa la yg kata engin vvti tu jimat minyak./...............aku skg pakai altis,.........1.6................dulu sentra 2003 jugak 1.6............kalau dibandingkan.............engin nissan sentra model baru tu lagi save minyak................so tak payah la terpedaya dgn kenyataan penjual.............beli dan guna dulu baru tau............

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

219.95.204.:-)

AhmadRazin
Ahli Baru
33. Dihantar pada 23hb Mei 2005, 11:51:41 pagi    [Edit]


sedara Melayu04, terima kasih atas maklumat tersebut..

agaknya, jurujual to cuma kompare dengan model toyota yang lain yang tak vvti kot.. bukan compare dengan kereta keluaran lain.. nasibla.

219.95.181.:-)

attyra
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 23hb Mei 2005, 12:36:19 tghari    [Edit]
peedoot

harga utk kete apa yg nko bagi tuh?
apa beza 'G' ngan 'E'??
terangkan ler sikit saya nih bukannyer reti hal kete nih

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

218.208.205.:-)

maz3d
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 00:07:34 pagi    [Edit]
..UNSER baru tu cantik tak?...tapi rasanya minyak ler kot yg jadi problemnya....
x save sgt..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

sumbu
Ahli Baru
36. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 02:57:05 pagi    [Edit]
attyra
takyah konpius sangat dengan huruf-huruf tu..
beza huruf tu nak bezakan package yang disediakan oleh pengeluar kereta pada kereta yg dorang buat/jual..
beza kat mana?
mungkin beza sikit pada beberapa bahagian bentuk luarannya.. bumpernye ke.. skirtnye ke.. saiz tayarnya ke.. beza kecil je selalunya..
juga mungkin beza pada beberapa fungsi.. aircondnya auto atau manual.. ada cd player ke takde misalnya..
Macam kereta Toyata biasanya guna grade Z, G, atau X.. dalam X tu pulak ada XE atau XS..

Supaya lebih mudah faham aku ambil contoh Toyota WISH..
Untuk enjin 2.0 ada grade 2.0G dan 2.0Z
Bezanya G lebih simpel dan Z lebih sporty..
Saiz rim untuk G 15 inci dan untuk Z 17 inci..
Dan banyak lagi fungsi dan accessory tambahan untuk Z yang buat harganya lebih mahal
Untuk enjin 1.8 pulak ada X, XS dan XE..
Grade yang paling rendah atau yang paling basic dan yang paling murah ialah grade XE.. radio pun takde.. seatnya pun armless
untuk orang yang suka modify dan nak tambah accessory ikut citarasa sendiri elok la pilih grade/package nih..

Kalo ko nak beli kereta baru.. elok pastikan apa bezanya setiap grade tu..
Tak perlu bayar lebih untuk benda-benda yang kita tak perlu

Harga Innova kat Thailand beh kurang RM 100k.. kat Malaysia ats sikit dari tu kot.. tatau la..
Setakat tengok gambar.. nampak cantik dan kemas juga.. padan dengan harga..

melayu04
Sentra 1.6 lagi jimat dari Altis 1.6?
Dua-duanya kereta baru ke ko beli..?
Transmission nya sama ke?
Aku tak pernah pakai kereta Nissan.. cuma ayah aku pernah pakai Nissan Sunny lama 130Y dulu.. memang jimat minyak betul..
Tentang beza jenis enjin nih aku pun tak berapa paham gak sebenarnya..
Toyota VVT-i dan Nissan VTC.. sama je konsepnya aku rasa .. cuma beza kat nama dan teknoloji yang digunakan oleh pengeluarnya..
Pernah kuga terbaca pasal perbandingan Toyota RAV4 dan Nissan XTRAIL.. kalo ikut dalam katalog atau data.. RAV4 lebih jimat minyak iaitu 14.4 km per liter banding dengan XTRAIL cuma 13 km per liter.. tapi mengikut komen orang yang dah guna.. ada yang kata XTRAIL lagi jimat..

Selalunya kos petrol nih bergantung pada drive mode.. walaupun kereta sama orang yg selalu drive kat highway dah tentu rasa lebih jimat banding dengan orang yang selalunya terpaksa merempuh kesibukan kota tetiap hari..

Kalo nak kereta yang betul-betul jimat.. beli kereta yang guna Hybrid Engine.. macam Toyota Prius ke.. boleh pegi sampai 35 km per liter..

--------------
sUmbU - Aku yang lagi satu...

220.25.177.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 10:21:50 pagi    [Edit]
Terumbu : nampak mcm cuba membawa masuk virus Wish..

Minyak jimat... kalau cakap pasal jimat2 ni, kereta makin lama makin jimat minyak... maklumla teknologi makin lama makin canggih.Makin lama makin jimat..

kalau nak jimat sangat pakai beskal...

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

218.111.27.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
38. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 4:08:28 ptg    [Edit]
Penat kawan tu explain ko gelak jers...

bagus explaination sumbu

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

maz3d
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 24hb Mei 2005, 10:08:32 mlm    [Edit]
sumbu, nak tanya pasal KIA OPTIMA kalau banding dgn Toyota Altis.
ada info tak....cth mcm kos utk alat ganti tu mahal tak kalau banding
dgn toyota Altis. petrol tu save ker atau camner....

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

sumbu
Ahli Baru
40. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 04:09:03 pagi    [Edit]
maap tuan rumah..
dah jadi macam rumah aku pulak.. hehe
innova dah masuk dalam www.toyota.com.my
baru terperasan hari ni..
harganya ada kat situ.. sama dengan yg si peedot tulis tu..
kira ok la harga ni aku rasa..
http://www.innova.com.my/
bayar lebih sikit elok amik G.. ada ABS, airbag dan power wingmirror..

ex8ly,
bukan bawak virus.. nak kasik contoh je.. hehe

babyhubby,
dia tu mmg cenggitu.. abaikan.. hehe

maz3d,
dah cerita kat sana..

* Mesej ini telah disunting oleh sumbu pada 25hb Mei 2005, 04:21:11 pagi

--------------
sUmbU - Aku yang lagi satu...

220.25.177.:-)

Junior
Ahli Baru
41. Dihantar pada 25hb Mei 2005, 5:05:23 ptg    [Edit]
Saja nak share...

Hari ni hubby pergilah showroom nak book Innova...

Salesman tu siap beritahu, "kereta hanya boleh dapat dalam
January tahun depan ya!"

Apa, tahun depan??@#$%^()@)$

--------------
Hidup tak selalu indah, hati tak selalu resah gelisah!!

202.47.162.:-)

nilam72a
Ahli Setia
42. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 07:48:36 pagi    [Edit]
tahun depan...??? Really...????

202.146.65.:-)

ex8ly
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 09:34:25 pagi    [Edit]
TUMPANG LALU, TUAN RUMAH...

Babyhubly : aku bukan apa... saje je gegurau manjer ngan terumbu. Member tak kesah punyer..

maz3g : KIA mmg imported car yang orang jarang pakai berbanding ngan keta well established kat M'sia ni mcm Toyolta, Honda. Aku pun pakai KIA juga, then ada try˛ cari kat kedai spare-part dan kat kedai potong, siap kena gelak lagi lagi ngan cina lohong tuh.

Memang kena gi kat kedai service KIA yang disediakan, tak berapa byk kat area Lemba Klang ni (kalo ko duk Lembah Klang la), tapi tuari aku gi, makin byk cawangan KIA dibuka skarang nih. So idak le susah sangat.

Pengalaman aku pakai keter KIA ni, OK lah, puas hati. Tapi make sure yang itu new imported car , jangan yang dibuat di Malaysia. Yang new imported, suspension kete mmg bagus, puas hati betul. Cam kete aku, langgar lubang tak terasa..

KIA Optima berbanding ngan Toyolta Altis, aku rasa Optima lagi best berbanding dengan bentuknya yang cantik. Toyolta Altis aku ada pernah naik sedara aku punya, baru, suspension out.

Tapi kalau KIA Sekepektra jangan ler beli, mmg buatan Malaysia 100% termasuk part-partnya. Hancus... keras gilers.

Tapi, orang cakap keta KIA ni, waktu jual, harga tak der harga sangat. Mungkin sebab part-part nya yang sekenhen susah nak dapat. Dan orang melayu kita memang suka pakai Honda...

--------------
Sometimes ... what you are looking for is right where you left it ...

219.95.36.:-)

maz3d
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 26hb Mei 2005, 7:45:31 mlm    [Edit]
ex8ly,
u pakai kete kia apa?...yer ker camtu. Petrol camner jimat tak?. Mcm saya kat area shah alam ni ..takut susah nak dpt tempat service KIA yer..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.109.:-)

attyra
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 12:00:12 tghari    [Edit]
semlm baru jek ada kesempatan nak jenguk website innova
tapi masa ghi outstation kat brunei ari tuh ada ler masa nak tgk depan2 camne rupa innova tuh.. agak rendah.. rendah lagi compare dr naza ria...
pada pandangan mata saya ler.. rupa naza ria tuh lagi cun melecun..
tapi nak kene tgk betul2 balik camne rupa innova kat mesia nih

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

ashra
Ahli Interaktif
46. Dihantar pada 27hb Mei 2005, 1:17:45 tghari    [Edit]
atty
ade budget lebih angkat toyota wish laaaaa..cung gak woo kalau tambah lagi 10k boleh dpt honda stream baru hehehe

ni wish


* Mesej ini telah disunting oleh ashra pada 27hb Mei 2005, 1:24:12 tghari

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

kizz
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 08hb Jun 2005, 10:36:25 pagi    [Edit]
memang la cun toyota wish ni !!! mana cun dengan toyota estima

bape RM ye ??? dua2 tu !!

--------------
www.cybershop2u.net?member=zetty, pra daftar free...marila jenguk2...

219.93.247.:-)

lilo_stitch
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 08hb Jun 2005, 12:01:07 tghari    [Edit]
errmm.. tumpang nyibuk eh !!

aku rasa daripada Avanza, baik ler ko amik Hyundai Matrix.. lagi best.. cun pun cun, nampak stabil sket. Aku mula2 berkenan gak ngan Avanza, esp tang price dia laa.. kinda of affordable kan. Peh tu laki aku dok gelak kan.. dia kata Avanza tu sebenarnya cikai looking.. those yg dah biasa ngan automotive mmg kata not worth it if sambar Avanza. Bila aku belek2 Avanza tu, aku pun rasa Avanza tu a bit 'cikai' sket...

Citra.. ?? if dapat Carens lagi best.. sbb Citra tu M'sian version of Carens kan..

Nazaria..?? Laki aku ckp, kereta ni ada problems sket.. selain byk telan minyak.. mmg ada problem automotive sket laa.. tapi kena tanya user Nazaria tu sendiri, weder betul ker Nazaria now byk problem..

Innova.. errmm, rasa Innova ni mmg cun.. ni laki aku tengah gila bangat.. hah hah..

errrmm.. today launch kereta proton kan.. TRM tu..

--------------
M Johorean.. ek !

218.111.235.:-)

attyra
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 08hb Jun 2005, 12:15:47 tghari    [Edit]
erkk lilo

innova tuh bukan ker nampak sempoi gak.. takde ler complicated design nyer... hyundai matrix tak mampu nak dimilikki

mmg avanza x berapa seronok utk dilihat... asben pon kata baik x yah tuko kalao nak beli avanza... kalau citra ke innova ke ok ler..

tapi kulihat2.. poket tuh x berapa penuh arrr

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

lilo_stitch
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 08hb Jun 2005, 12:57:00 tghari    [Edit]
attyra
sempoi eh.. tak tau ler plak aku, sbb belum tgk depan2 kan.. aku juz tgk kat website, paper & dgr laki aku ckp.. in fact Myvi pun aku blom pi tengok laie.. hik hik.. tapi cam kitaorng, kira ok lah Innova tu.. sbb penuh 7-seater tu nanti

matrix, hah hah.. aku pun kena tgk poket gak.. sbb if matrix jadi keter no 1 kitaorng, mmg sah tak muat satu kuarga.. but if jadi 2nd car kitaorang utk aku wat pi balik kerja.. mau terbarai poket aku kot ... hik hik.. errm kalo tak silap aku price rm 7*,*** kot.. lupa arr... Avanza plak dlm rm 6*,*** kan.. lebih kurang jer kot..

* Mesej ini telah disunting oleh lilo_stitch pada 08hb Jun 2005, 1:00:13 tghari

--------------
M Johorean.. ek !

218.111.235.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005