Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 4hb Dzulkaedah 1435 @ 30hb Ogos 2014, 12:26:27 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh umum..pampers : macamana nak ajar anak tak pakai pampers?????
Farzana
Ahli Setia
1. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 3:47:56 ptg    [Edit]

sekarang nie usia anak aku dah masuk 2thn 5bulan so dah sepatutnye dia tak pakai pampers tapi masalahnye kat rumah aku dah ajar tak pakai pamper cuma kalau dia nak tidur malam je aku pakai kan takut dia tak lena tidur......tapi masalahnye macamana nak ajar kat Taska pulak....kat Taska ramai budak takan dia nak tumpukan pade anak kite je tapi semalam aku paksa juga ibu taskanye buat ujian supaya tak pakai pamper memang berjaya dia kencing kat bilik air tapi tang buang air besar tu dia tak pandai lagi...macamana yek aku nak ajar dia....korang ade pengalaman tak cuba kongsi gan aku...........benda nie semua orang pasti mengalaminye kan.........

202.95.80.:-)

Dolphine1312
Ahli Baru
2. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:06:50 ptg    [Edit]
Anak Doll dulu yg lelaki senang, 2 thn dah tak payah pakai pampers. A few times die kencing dlm seluar and Doll marah die, die pandai dah lepas tu.
Yg pompuan pun camtu, tapi Doll beruntung hantar anak kat babysitter yg baik dan penyabar. Die pun tolong Doll train anak Doll. 2 tahun dah tak payah pakai dypers.

Mula2 memang la, mlm still kene pakai dypers lagi. But everytime sebelum nak tido tu, aturkan die kencing dulu and sebeblum nak pakaikan dypers tu cakap ngan die jgn kencing malam. Klu nak kencing kejut kan mama. Insyaallah dia akan faham dan akan berhenti kencing malam.

--------------
Sesungguhnye jodohku ditangan Tuhan, ya Allah berkatilah ham

219.93.212.:-)

jarummas
Ahli Setia
3. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:23:05 ptg    [Edit]


anak jarummas masa umur setahun setengah dah tak pakai pampers..jarummas buat cam ni...masa cuti usah pakai pampers lansung..tapi setiap 15/20 minit bawak dia gi toilet walau pun dia tak membuang..kata orang nak bagi dia rasa pengalaman nak terkencing tu...buat cam tu dalan 2/3 hari dia dah tau bila masa dia nak terbuang tu...
tapi kena lah sabar kalu dia terbuang sekali sekala tu..biasa lah cubalah...

--------------
Pakej perkahwinan RM600jer,gubahan hantaran,hiasan bilik pengantin...jarummas2004@yahoo.com...

219.93.214.:-)

shahir
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:27:53 ptg    [Edit]
Setuju dgn jarummas. Tapi mmg kena sabar sbb kengkadang dah keluar weewee baru dia bg tahu.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

60.48.85.:-)

Farzana
Ahli Setia
5. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:47:35 ptg    [Edit]
memang kalau cuti tu aku memang tak pakaikan pamper coz anak akupun dah pandai cakap tapi tulah kat taska tu mungkin dia banyak malunye tu pasal dia tak bersuara gan ibu taska nye tu.....kalau kat rumah memang kalau aku kat dapur terus je dia masuk kat bilik air pas tu dia jirus sendir......sekarang nie pun kalau dah nak tidur sangat barulah aku pakaikan pampers.......masuk nie baru 2 hari cuba tak pakaikan pamper gi taska dia tu....semalam lulus ujian hari tak tau lah pulak takut gak.........biasalah budak kalau dia 'TER" tu takut juga dia malu gan kawan-kawan dia terus putus asa yak tu yang aku tak mau tu

202.95.80.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:51:42 ptg    [Edit]
Oh anak liz dah 2 tahun dah.. dah boleh ajar tak apkai pam ke?? hmm camne ek?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

MakUsu
Ahli Setia
7. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:55:46 ptg    [Edit]
Anak Mak Usu yg berumur 6 tahun tu pun pakai pampers lagi .. pakaikan pampers sebelum dia nak tido je .. sebab selalunya dia kencing di luar kesedarannya .. even kalau dah kencing sebelum tido pun 'bocor' gak .. mana tak cam tu .. sebelum tido hisap susu botol mengalahkan baby Mak Usu rasa dia cuma akan berhenti kencing kalau dah stop minum susu .. tapi anak Mak Usu dah janji katanya masuk darjah satu nanti dia nak stop minum susu ..

202.187.231.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 4:58:37 ptg    [Edit]
nie pon tengah trainning my toddler 2 thn 5bln, suh takyah pakai pampers...

make sure, 1st phase
1. dia dah pandai membezakan untuk wee wee
2. malam nak tidur jer pakai pampers
3. kat umah kena rajin bawa dia pergi bilik air untuk mengencingkan kat toilet. Train skali nak buang air besar kat toilet...
4. bila terkincit merata tempat.. kasi warning no litering sesuka hati..only kat toilet jer..


bila dah pandai skit;
1. pesan kat cikgu taska, tak perlu pakaikan pampers. Kenan tegas skit. Sebab kita dah bayar dia..
2. pesan kat toddler, kalau nak kencing bagitau kat cikgu, pergi toilet.


insya'allah


mak usus,
quote:
tapi anak Mak Usu dah janji katanya masuk darjah satu nanti dia nak stop minum susu ..

tak salah berikan anak minum susu. Malah susu membekalkan zat dan vitamin tambahan kepada budak...
cuma caranya kena ubah sket kott.. tak yah minum susu dalam botol.. kena train minum dalam cawan la pulak...

quote:
selalunya dia kencing di luar kesedarannya

anak akak ada masalah kencing malam. cuba jumpa doktor pakar kanak-kanak. kalau lambat takut susah nak diubat.. saya pon dah lupa pasal artikel kanak-kanak kencing malam.. nantikalau jumpa adik paste kat sini.. ekkk

* Mesej ini telah disunting oleh adikcomelx pada 16hb Disember 2004, 5:04:35 ptg

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:05:05 ptg    [Edit]
quote:
--------------------------------------------------------------------------------
Anak Mak Usu yg berumur 6 tahun tu pun pakai pampers lagi .. pakaikan pampers sebelum dia nak tido je .. sebab selalunya dia kencing di luar kesedarannya .. even


mak ai.. bangkrupt mak cik oii..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

Raplaa
Ahli Setia
10. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:25:45 ptg    [Edit]
Anak raplaa pakai pampers takat umor 5 bulan jer... peh tu sebab nak budget, tukar ke
drypers... ehehh.. jangan maree...

--------------
~] Asla yalniz yurumeyeceksin : You'll never walk alone (Turkish) [~

192.228.129.:-)

MakUsu
Ahli Setia
11. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:31:20 ptg    [Edit]
adikcomel,
Mak Usu ada suruh dia minum susu guna cawan tapi katanya dia tak lalu bau susu tu ... minum pakai botol ni sebab dia 'gian' kot .. cam gian nak cium bantal busuklah agaknya Mak Usu kata kalau tahun depan tak berhenti jugak guna botol Mak Usu akan tempekkan belacan kat puting botol tu ..

Liz,
Mak Usu yg selalu bising .. ayahnya yg membeli pampers tu takdelah pulak membebel Mak Usu kata kalau dah tak muat pampers size XL lepas ni kena pakai pampers size dewasa pulak ...

202.187.231.:-)

cha
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:34:14 ptg    [Edit]
quote:
Anak Mak Usu yg berumur 6 tahun tu pun pakai pampers lagi .. pakaikan pampers sebelum dia nak tido je .. sebab selalunya dia kencing di luar kesedarannya .. even kalau dah kencing sebelum tido pun 'bocor' gak .. mana tak cam tu .. sebelum tido hisap susu botol mengalahkan baby Mak Usu rasa dia cuma akan berhenti kencing kalau dah stop minum susu .. tapi anak Mak Usu dah janji katanya masuk darjah satu nanti dia nak stop minum susu ..

anak cha yg sulung (april 2005, 5 thn) dan yg second (july 05, 4th) pun masih minum susu botol.. bukan takat sebelum tidur jer menyusu, tapi every 3hrs mesti nak susu..

tapi since dorang umur 2 thn dah tak pakai diapers even waktu tidur malam.. coz tiap kali dorang nak susu, mesti cha bangunkan utk pi kencing...

cumanya, kita ni penat ler skit...

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:36:21 ptg    [Edit]
makusu,
blacan pon blacan lahh... ekekkee..
esuk-esuk masuk skolah nanti musti ada rasa segan ngan kawan-kawan skolah .. malu kawan tahu isap susu botol lagi..... nanti automatik dia tak mo isap botol... muakekkekkee

bab kencing malam.. kena practice dari sekarang sebelum umur dah beso.. takut dah terbiasa susah la pulak bila kena skolah asrama penuh..

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

cha
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:42:16 ptg    [Edit]
melatih anak stop pakai diapers ni memang perlu sabar dan rajin... if tak rajin, lambat ler anak tu nak pandai...

utk permulaan kena rajin ajak anak tu gi toilet... let say, every hr ker... bila dia dah ada improvement every 2 hrs ker baru tanya... sehinggalah dia pandai beritahu sendiri...

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 5:57:40 ptg    [Edit]
yess...
disiplin kena ada..
untuk jadikan dia berdikari.. moekekkkeee

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

su76
Ahli Baru
16. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:09:40 pagi    [Edit]
Su pun masalah sama ngan mak usu. anak yg sulung (lelaki) 2 th dah tak pakai diapers siang malam . tapi adik dia ni dah 3th (ppuan) siang mmg dah tak pakai tapi malam mesti pakai kalau tak habis tilam. Kalau suruh kencing seblm tiduq pun mesti terkencing jugak. Nak buat camna yek....

Si abg dah nak masuk 6 th. tapi still minum susu dalam botol. kalau dalam cawan tak jalan. p jumpa doktor. doktor kata minum je leeeeeeeee.

203.121.36.:-)

cha
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 10:14:54 pagi    [Edit]
su76
if nak ajar anak agar tak kencing tilam, bukan setakat suruh kencing sebelum tidur je... tapi memalam cha kejutkan gak dorang ajak pi kencing.. memula tu kerap ler kejutkan, lelama bila dia dah biasa, sekali jer dia bangun sendiri utk pi kencing....

terpulang kat kita samada sanggup atau tak jer nak buat camtu... If tak sanggup, pakaikan jerlah diapers or tunggu ler sampai dorang pandai sendiri...

tentang anak2 minum susu even dah besar, memang bagus.... cuma la ni cha pun tengah usaha agar dorang minum susu pakai cawan yg ada straw tuh... nampakanya along dah ada improvement... coz bila ada iklan susu kat tv, cha selalu cakap kat dia... "tengok kawan kakak kat tv tuh, minum susu tak pakai botol pun... comel kan dia minum susu kat cawan jer.."

* Mesej ini telah disunting oleh cha pada 17hb Disember 2004, 10:21:04 pagi

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

MakUsu
Ahli Setia
18. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 11:15:17 pagi    [Edit]
quote:
if nak ajar anak agar tak kencing tilam, bukan setakat suruh kencing sebelum tidur je... tapi memalam cha kejutkan gak dorang ajak pi kencing..

cha,
Kalau time cuti bolehlah Mak Usu cuba praktikkkan .. kalau hari kerja aduss.. dahlah tido mlm kul 1 pagi..bangun 6 pagi ...in between nak kejutkan anak gi kencing ... cam tak cukup tidur je .. mesti bangun pagi nanti pening2 lalat .. itu belum lagi gangguan dari ayah budak..

202.187.231.:-)

cha
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 11:26:41 pagi    [Edit]
makusu

sebab tu cha kata, samada kita sanggup atau tidak... if sanggup, insyaallah dapat ler hasilnya... if tak sanggup leave it as it is.... ihiks

coz itulah yg cha praktikkan selama nih... anak2 cha pun, paling awal tidur kul 12.00 mlm.. cha memang bangun malam setiap 2 jam... baby nak susu, yg kakak nak pi kencing, adik lak nak susu juga.. kul 6 pagi pun dah bangun, wat serba serbi... hehehe alah bisa tegal biasa...

if dah biasa, insyaallah cukup jer tidur kita... yg tak biasa tu memang ler rasa fenin... lagipun tu antara rahsia kekal langsing... ihiks

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 11:50:16 pagi    [Edit]
cha,
hemm..ngan anak pon kena saiko mind juga...
ngan bapaknya... lagi la pulok

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 19hb Disember 2004, 01:02:38 pagi    [Edit]
anak sha dah 2 tahun 8 bulan.still belum pandai kencing kat toilet,kecuali bila nak sha nak mandikan dia,dia terkencing la bila tanggalkan diapers tu.kekadang sha risau gak.anak sha ni berat mulut sikit nak cakap.kekadang bila dah berak baru cakap,'ibu,yakk".sambil tunjuk kat bontot dia.geram gak tapi nak buat camne ???

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

61.6.58.:-)

mie8777
Ahli Aktif
22. Dihantar pada 19hb Disember 2004, 10:32:08 pagi    [Edit]


mmm... memang ini masalah biasa. Semua pihak kena saling bantu membantu. Bagi mie memang tak ada masalah sangat. Anak perempuan mie ni progress nya memang cepat. 1 tahun setengah memang dah tak pakai dypers kecuali malam atau naik kereta sebab bimbang takut terkucil. Kalau kat rumah terkucil tak apa. Sebab masa umur macam ni kadang2 dia tak tahu nak tahan-tahan. Lagipun bergantung juga. Anak mie memang mulutnya pandai. Tak pelat so masa 1 setengah memang dah boleh cakap fasih. Anak mie, buang air besar memang tau nak cakap tapi bab kencing masa tu memang selalu gaks terkucil. Kena SABAR.

Masa mula-mula belajar tak pakai dypers tu memang kita kena rajin. Masa mie cuti memang dia tak pakai dypers seharian. Tiap-tiap 15 minit mie akan bawa dia ke toilet. Ada masa dia kencing, ada masa dia tak kencing. Masa mie kerja, anak mie duduk ngan pengasuh. Alhamdulillah pengasuh tu memang baik dan dia jaga anak mie sorang je. So dia memang banyak bantu.

Sekarang anak mie dah masuk 3 tahun setengah. Semuanya ok. Kalau dia minum susu seblm tidur memang kena kejutkan utk kencing kalau tak memang lah terkucil. Tapi mie sentiasa berjaga-jaga. Takut mie tak sedar nak kejutkan dia, mie mesti alat katil dia ngan getah dan kain batik. So kalau dia terkucil memang tak kena tilam.

Yang problem sekarang, macam mana nak ajar dia agar bagun sendiri tengah malam dan pergi kencing. Sebab anak mie ni memang tidur lena betul. Kalau nak kejut pi kencing memang puas nak boleh bangun.

Masa umur 2 tahun anak mie dah tak isap botol. Tapi sampai sekarang masih minum susu. Dia minum susu dalam cawan dua / tiga kali sehari sebelum tidur.

Yang penting, nak didik anak ni, kita tak boleh sensorang. Kena sama-sama. Kita, suami dan pengasuh. Tapi kalau taska? Tak tahu nak cakap sebab mie tak pernah hantar anak ke taska.

--------------
Advisor Prudential Assurance 0122332845 ~ Hidup Jangan Jadi Mangsa

210.186.19.:-)

Ashsha
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 00:09:32 pagi    [Edit]
jeles dgn anak mie

--------------
aiyarkk!!! tu laaa pasalllll !!!! :-0

61.6.58.:-)

Farzana
Ahli Setia
24. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 08:53:16 pagi    [Edit]

alhamdulillah apa yang kawan-kawan MDC syorkan kite dah buat so waktu siang dah tak de masalah dah dia dah boleh bagitau nak kencing tapi tang buang air besar belum pandai lagi may be dia malu.........tapi waktu dia nak tidur baik siang atau malam kite still pakaikan coz takut dia tak cukup tidur lagi pun kite kejut dia pagi terus mandi............tak pe lah memang betul kite kena usaha sikit......dalam masa seminggu je dia dah boleh buat............kepada yang belum tu usahalah moga kite sama-sama berjaya...............

202.95.80.:-)

jamd
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 08:59:16 pagi    [Edit]
macam jamd memang tak de masa nak atur my kids pi toilet...but alhamdulillah by age 3 1/2 years old diorg dah tak pakai pampers even tido malam.....so tinggal yg kecik je still pakai pampers...baru umur 2 tahun setengah...so another year to go....tapi jamd notice anak perempuan lebih senang nak atur pi toilet dari anak lelaki

--------------
jamd1973@yahoo.com 0123232775 http://emeraldbeauty.fotopages.com

61.6.163.:-)

nid
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 12:38:48 tghari    [Edit]
pengalaman nid ... sebabkan bekerja...so nid buat masa weekend....tapi mmg penat la...sekejap terkucil kat sini sekejap terkucil kat sana...tapi nak buat camnekan...

insya-Allah...tak lama .... ok la....kena sacrifice sikit la...

nid anak yg sulong senang sikit.. yg no 2 masuk 3 thn malam still pakai dypers malam-2...sejak 4bulan lepas dah tak pakai...lani beli dypers tuk baby je...

203.121.49.:-)

eynda
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 3:29:04 ptg    [Edit]
Eynda baru hari ni buat toilet training utk Adam. Pakaikan dia seluar spender yg ada gambar spiderman , lepas tu aturkan dia ke toilet. Mula2 buat 5 minit sekali, dia tak kencing pun....penat gak tunggu. Last sekali pesan kat dia kalau nak kencing bagitau mama. So, kalau dia nak kencing memang kelam kabut bagi tau eynda, dia nak gi toilet. Sebelum ni ada ajar dia tapi dia tak berminat nak ke toilet. Sekarang dah masuk 3 tahun, dia pun dah faham sendiri...senang sikit. So far hari ni tak kencing merata-rata lagi, hanya di toilet .

218.111.162.:-)

maizana
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 21hb Januari 2005, 06:22:01 pagi    [Edit]
Kak Zana dah berjaya train si Dhira (2 tahun 4 bulan) untuk tak pakai diapers... mula2 tu.. dia kencing dalam seluar... slowly.. getting better.. kalau nak terkencing tu.. siap terkepit2 lagi. Senang jer nak train dia... cuma ambil masa 5 hari.. tapi buang air besar.. ambil masa dalam 10 hari.. sebab dulu dia suka berak di tempat yang tersorok (supaya kami tak nampak dia berak kot).. Now.. dah save dari beli diapers.. malam2 pun dia akan bangun untuk kencing...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.210.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 22hb Januari 2005, 09:41:41 pagi    [Edit]
Mcmana nak train anak every 15min.. liz keja.
Nak suruh babysitter rasa berat mulut nih..


Kalau weekend saja liz train boleh ke? Mcm Sunday?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 5:01:16 ptg    [Edit]
Lebih berkesan jika anak˛ dah pandai membezakan untuk kencing dan buang air besar
.. sudah boleh bertutur dan kita paham apa yang disampaikan...

every minute.. every second..
pesan dengan toddler ... just remind.. bukan paksa..
untuk 1st week mungkin bermasalah.. masuk minggu ke 3 segalanya bisa di atur..

aturkan kencingnya every few minute bila kita rasa ia perlu untuknya ke tandas..
walaupun toddle mengelak/macam˛ hal..
sebelum tido aturkan juga waktu kencingnya...
waktu puncak ialah waktu selepas subuh..
suhu yang dingin menggalakkannya untuk terkencing di atas tilamnya..
kalau boleh dukung toddler dan iringnya ke bilik air untuk membuang hajat..

disiplin itu penting dalam membuat kerja apa-apa pon..
dalam hal nie.. ajar anak˛ ke bilik air merupakan 1st lesson buat mereka..

untuk ibu bapa yang bekerjaya...
nak 1,000 daya ... tak hendak bermacam 1,000 alasan..
rajin bertanya, rajin mencari ..
pasti berjumpa bagaimana cara penyelesaiann terbaik...

--------------
~:terbang tinggi:~

161.142.112.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 24hb Januari 2005, 7:18:08 mlm    [Edit]
ekekekke...anak adiya plak kalu time kencing ok la....g toilet sendiri. tp kalu nak yak-yak...pandai2 dia sendiri amik 'jamban' dia. siap pakai sendiri diapers dia kalu kita tak layan.....susah...susah.....

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

yusmar
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 26hb Januari 2005, 10:34:21 pagi    [Edit]
Anak2 saya umur 2 thn dah x pakai diaper. Waktu cuti atau bila kat rumah ngan saya, ajar diorang pegi toilet. Agak2 lepas minum susu atau minum air byk tu 1-2 jam tu ajak pegi kencing. Mmg mula2 tu kena tunggu lama tapi lama2 diorang dah biasa. Waktu mlm sebelum tidur suruh kencing dulu dan kalau nak susu saya suruh kencing dulu kemudian baru berikan susu.

Buang air besar pulak sbb sllnya diorang buang time pagi. Jadi waktu pagi lepas bangun dan nak mandi tu suruh buang dulu. Mula2 jenuh gak tunggu tapi lama2 ok. Cuma anak yg ke2 tu kdg2 terpancut gak kat tilam sbb maknya terlelap. Tapi sekarang ni dah 4 thn lebih dia minum susu sebelum tidur je lepas tu terus tidur sampai pagi. Cuma kdg tu kalau terjaga mesti mintak susu tapi bawak dia kencing dulu.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

abirr
Ahli Setia
33. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 4:25:03 ptg    [Edit]
erm..abirr ada satu petua untuk semua org yg mengalami masalah anak kencing malam..abirr dapat dari kawan..dia kata dia amalkan sejak anak dia baby lagi..dan bila anak dia setahun setengah dah tak payah pakai pampers lagi eventhough malam..

PETUANYA : sapukan minyak gamat kat ari˛ anak tu dari atas naik ke bawah.. amalkan tiap hari..

insya allah lama˛ hilanglah penyakit kencing malam tu..

SELAMAT MENCUBA!!!

--------------
abirr1437..:D

218.111.175.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 4:30:31 ptg    [Edit]
anak fadzreen umo 2 tahun 9 bulan dah tak pakai pampers.. reen tak ajar pun sebab reen ni mmg malas nak lap lap kencing..rela berhabis beli pampers dari nak mengelap tu.. satu hari penjaga kat taska tu yang bagi tau..syasya dah tak pakai pampers..bangganye dengar time tu.. bagus betul taska tu..budak yang 2 tahun 1/2 ke atas diarang dah ajo tak pakai pampers..jadi senang le bila kat rumah fadzreen pun takde le pakaikan pampers..mmula tu mmg le.. sekali dua dia ter wee wee.. nak wat camne ..lap jugak lahh.. yg jadi problem kat rumah kita ajr tak pakai pampers..tapi kat taska pakai..nanti budak tu confuse pulak..dah le masa dia banyak kat taska dari kat rumah kan.. apa apa pun benda cenggini mmg kena banyak bersabar..

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

azna
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 27hb Januari 2005, 4:42:00 ptg    [Edit]
Anak saya 2 tahun 6 bulan... baru latih 2 hari dah pandai gi tandas
sendiri..... seronoknye.... sebab dia cepat faham apa yg diajar.....
sekarang nie klu gi supermarket pakaikan pampers jugak tapi
klu nak gi tandas dia suruh buka pampers....

Kalau tahu awal2 lagi saya dah latih dia gi tandas sendiri....

219.95.252.:-)

shahir
Ahli Aktif
36. Dihantar pada 28hb Januari 2005, 02:36:00 pagi    [Edit]
quote:
sekarang nie klu gi supermarket pakaikan pampers jugak tapi
klu nak gi tandas dia suruh buka pampers....


Yup...kalau anak kita dah tahu bezanya, maka dia dgn sendiri akan minta dibukakan pampers tu kalau ingin wee wee. Dia dah tak selesa lg utk membuang dlm pampers tu.

--------------
~ Terlalu Sibuk...Sib Baik Ada AMWAY : NUTRILITE 2 A Healthier U ~

218.111.17.:-)

MakUsu
Ahli Setia
37. Dihantar pada 28hb Januari 2005, 12:54:26 tghari    [Edit]
quote:
PETUANYA : sapukan minyak gamat kat ari˛ anak tu dari atas naik ke bawah..

abirr,
confused Mak Usu .. dari bawah naik ke atas ke atau dari atas turun ke bawah..

202.187.231.:-)

Inaz2205
Ahli Interaktif
38. Dihantar pada 28hb Januari 2005, 3:52:02 ptg    [Edit]
Setiap orang punya cara tersendiri.
Ini cara aku...masa cuti, memang tak pakai pampers....hari kerja, idakler..sbb babysitter jaga..Aku pakaikan anak aku undewear. Bila dia terkencing atau terbuang air besar, taklah meleleh sgt, sbb seluar dalam tu boleh cover sikitler..Bila dia cakap dah 'ter', cepat2 bawak masuk toilet. Memula memang byk kali terkencing/terbuang air lam suar. Lama-lama okayler.......bila nak kecing/buang air besar, cepat2 lari toilet.

Kalu malam plak...aku memang tak pakai kan pamper....heehhe...kalu korang nak tahu, aku beli plastik, lapik atas tilam dia + alas dengan kain lain. Setiap kali terkencing, dia basah, dia tak selesa, mesti bangun. Tak kira, ari cuti ker, kerja ker...mcm tu ler. Setiap kali terkencing, dia mesti bangun..lama-lama...dia sendiri bangun tengah malam....siap kejutkan aku, sbb nak kencing.

Ye lah..cam korang kata, penat memang penat, tapi berbaloi. Cuma hari2 aku kena cuci kain alas dan plastik ler..hehehe..

--------------
~KutunjangkanResahkuDidadaSolat, KuHimpunkanHarapankuDigenggamDoa, KututupiKekecewaankuDenganTakwa~

60.48.151.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005