Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 6hb Dzulhijjah 1435 @ 01hb Oktober 2014, 4:10:39 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Surat permohonan : nak percepatkan gi Haji
NAK71
Ahli Setia
1. Dihantar pada 10hb Mei 2005, 01:51:00 pagi    [Edit]
ade ke sesiapa yg boleh tolong saya untuk buat surat rayuan kepada lembaga tabung haji. Ni untuk mak dan bapak saya.Saya ni tak terer sgt nak buat surat rasmi, surat cinta pandai le..heheheh..kepada sesiapa yg terer tu ..sila2 le tampilkan diri...tima kasey

--------------
bukan susah kalau nak susah, bukan senang kalau nak senang

219.95.57.:-)

zabat69
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 10hb Mei 2005, 05:37:30 pagi    [Edit]
Nak71

Kalau hal surat cinta pandai pun usaha sendiri tak perlu pertolongan orang lain,tetapi kalau hal gi Haji jadi serba tak pandai.Saya cadangkan saudara pergi sendiri kePejabat Tabung Haji (Bahagian yang menguruskan hal Ibadat Haji).Saudara akan diberitahu segala galanya.Disana saudara juga boleh minta contoh salinan surat2 yang berkaitan.Yang penting saudara perlu pergi segera sekarang kalau tidak saudara akan munkin terlepas dengan apa apa "dateline" yang tealah ditetapkan oleh Tabung Haji bagi sesuatu tindakan yang perlu kita lakukan.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.199.:-)

mdridz1
Ahli Baru
3. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 10:57:37 pagi    [Edit]
boleh nak71 email saya? saya pun nak mintak percepat haji untuk ibu bapa saya. Kawan saya pun ingin percepatkan juga tapi org tabng haji kata kena cari 10 org baru boleh, takat ni dah ada 4org

--------------
Wakil Takaful Anda

202.185.32.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 12hb Mei 2005, 11:22:26 pagi    [Edit]
mdridz1..

call la ummi..kot2 ummi leh bantu ker? .
lagipun dah lama tak call ummi kan..

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

azni5266
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 17hb Mei 2005, 10:24:37 pagi    [Edit]
quote:
Saya ni tak terer sgt nak buat surat rasmi, surat cinta pandai le..heheheh..


Betul ke pandai buat surat cinta ni.. tak pernah terima pun.....

Anyway... thanks for u all punya reply.. dah siap dan dah hantar pun..

219.95.56.:-)

NAK71
Ahli Setia
6. Dihantar pada 18hb Mei 2005, 2:08:58 ptg    [Edit]
nanti saya copy dan pastekan surat haji yang saya telah taip

--------------
bukan susah kalau nak susah, bukan senang kalau nak senang

203.106.116.:-)

NAK71
Ahli Setia
7. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 5:01:13 ptg    [Edit]
Nie die contoh surat :

***** Bin *********,
*******Binti ********,
********,
Selayang Baru,
68100 Batu Caves,
Selangor D.E.

Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji,
Bahagian Pengendalian Haji,
201, Jalan Tun Razak, Tarikh : 09-05-2005
50732 Kuala Lumpur.
Tel : 03
Fax : 03

Tuan,

PER : RAYUAN UNTUK MENDAPATKAN PENEMPATAN HAJI BAGI TAHUN HIJRAH ????/TAHUN MASEHI ????I
No. Akaun :
No Akaun :

Kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

Untuk makluman tuan, kami adalah merupakan golongan yang telah disenaraikan untuk mengerjakan haji pada Tahun Hijrah ????/Tahun Masehi ????

Kami dengan sukacitanya merayu kapada pihak tuan untuk mendapatkan tempat haji pada tahun Hijrah ??/ Tahun Masehi ?? berdasarkan sebab-sebab yang dihuraikan di bawah:

i. Usia kami yang dianggap lanjut dan semakin meningkat ini akan menghalang kami daripada mengerjakankan ibadat haji dengan sempurna sekiranya kami tidak dapat menunaikannya dalam masa yang terdekat.

ii. Kesihatan kami yang masih baik pada masa sekarang akan memberikan keyakinan kami untuk megerjakan ibadat haji dengan sempurna berbanding dengan masa hadapan di mana dengan kelanjuatan usia berkemungkinan kesihatan akan terjejas.

Kami berharap pihak tuan akan meneliti dan seterusnya menerima rayuan ini dengan kadar yang segera supaya kami dapat melengkapkan diri dengan persediaan untuk menunaikan ibadat haji.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,
Yang Benar,




...... ..
(***** BIN ********** (********* BINTI ********)
No K/P : ******-**-**** No K/P : ******-**-****
Tel : 03- **** ****

--------------
bukan susah kalau nak susah, bukan senang kalau nak senang

219.95.209.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005