Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulkaedah 1435 @ 02hb September 2014, 02:34:49 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Resepi : Pelbagai jenis kek (part 3)
hanieliza
Ahli Produktif
51. Dihantar pada 17hb November 2005, 9:09:18 mlm    [Edit]
LeiLa...
selalunya kalau kak liza buat gula hangus saperti ni..
Masukkan gula dalam kuali dan panaskan dengan api paling kecil sambil kacau tak henti2..
bila dah nampak cair dan berbuih2 tu kak liza masukkan air dan teruskan kacau sehingga gula hancue dan pekat serata...

jika gula hangus tidak perlu bubuh air..kak liza cairkan sekadar kuning sikit...
bila nak masukkan dalam adunan tu..panaskan sikit supaya ia cair semula..

jangan malu bertanya..
nanti dikuatiri sesat dalam dapur....

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.61.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
52. Dihantar pada 17hb November 2005, 9:31:53 mlm    [Edit]
Kak Liza~TQ...baru siap buat gula hangus, resepi dah print ari tu ilang...ni nak ambik resepi...terkejut gak, bila dah hangus tu, tuang air terus beku., biar betul......lama2 cair....hmm suspen....lom penah buat, selama ni beli je, bila anak2 dah besar ni semer nak buat sendiri je le....terjamin bersih.

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

citanuryati
Ahli Produktif
53. Dihantar pada 17hb November 2005, 10:39:00 mlm    [Edit]


tq kak liza.....baru clear

semalam kawan saya bagik kek lapis roll..saya pun ada buat kek lapis roll sarawak..tapi guna kuning telur..dan bila saya rasa lapis roll yg kawan saya bagik guna putih tu, rasa dia lembut sikit ala2 yg dijual kat bakery tu (yg guna kuning telur, dia macam padat sikitkan) cumanya dia kena simpan kat peti ais.

tu yg buat saya nak cuba yg guna putih telur..kalau kak liza ada resipi guna putih telur, nak gak tahu...

ok tima kasih lagi.

* Mesej ini telah disunting oleh citanuryati pada 17hb November 2005, 10:39:57 mlm

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

210.186.122.:-)

cikedis
Ahli Baru
54. Dihantar pada 18hb November 2005, 08:56:13 pagi    [Edit]
kak liza &semooth

saya dah penah buat resipi chilled cheese kek tu guna yogurt buah.
sbb kekadang nak beli whipping cream susah.mahal pulak tu.
jadi saya alter sendirik. kak liza jgn marah aaaaa.
nasib baik jadik.
dah penah buat guna rasa strawberi, peach dan blue beri.
sedap rasa kek tu.
lagipun nak buat senang je sbb tak yah bakar.

--------------
citi tgh buat apa tu hah ?

192.228.137.:-)

semooth
Ahli Baru
55. Dihantar pada 18hb November 2005, 08:58:20 pagi    [Edit]
tq kak lieza...masa birthday anak ke dulu semooth penah buat kek keju sejuk tu...ramai org puji. siap mintak resepi... tapi yg fresh cream tu guna skit aje... lebih tu x tau nak buat ape...

--------------
just be yourself or you'll be nothing

61.6.54.:-)

cikedis
Ahli Baru
56. Dihantar pada 21hb November 2005, 09:30:23 pagi    [Edit]
nak tanya kepada sesapa yg tahu.

cth kalau kita ada satu resepi kek yg guna 150C dan masa bakar 60 minit,
tapi kita cuma nak buat separuh adunan aje, jadi
masa nak masak sama jugak ke ?
atau bakar 30 minit aje

--------------
citi tgh buat apa tu hah ?

192.228.137.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
57. Dihantar pada 21hb November 2005, 11:16:54 pagi    [Edit]
kak liza rasa kena jsetkan timing selama lebih dari 30 minit..
maybe dalam 45 minit..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
58. Dihantar pada 22hb November 2005, 09:16:06 pagi    [Edit]
......malam tadi try kek marble resepi kak liza...menjadi, tapi memang lembab skit ke kak liza???..........member puji sedap....

Kak Liza ~ nak tanya jika buat kek kopi bakar tu guna acuan kuih bakar tu OK tak? takde lak acuan bulat lubang tengah tu...

* Mesej ini telah disunting oleh LeiLa04 pada 22hb November 2005, 09:17:00 pagi

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
59. Dihantar pada 22hb November 2005, 1:08:48 tghari    [Edit]
LeiLa...

kalau takkder loyang bulat berlubang tu..boleh saja masakkan dlam loyang 4 segi atau bulat..
don wori ..insyaAllah ok...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.99.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
60. Dihantar pada 22hb November 2005, 1:31:22 tghari    [Edit]
quote:
KEK KEJU COKLAT

Bahan Base [boleh juga jika nak gantikan dengan kek span vanilla nipis]
200 gm biskut cheese cracker [hancurkan]
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju
250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula perang
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
3 s/b fresh atau whipping cream
1 s/b tepung gandum ]
2 s/b serbuk coklat ] ayakkan

3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan]


Cara:
1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Bakarkan dalam oven pada suhu 170'C selama 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandun dan serbuk coklat berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10 Keluarkan dari oven dan parutkan kepingan coklat masakan dan potong dengan pisau yg telah dipanaskan.



kak liza..resepi kat atas ni beg dah try buat..tapi kek tu jadi hangus la ..kena bakar secara steam bake ke?hari tu beg buat marble cheese kek..tak plak hangus kat bawah..tapi bakar secara steam bake la..

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

202.184.60.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
61. Dihantar pada 22hb November 2005, 3:41:14 ptg    [Edit]
ye ker?....
siannaya..
kak liza buat 2 kali tak pulak hangus..
kalau nak baut steam bake pun boleh jugak tapi akk liza nak senang..bakar gitu jer..

nampaknya u kena buat lagi dan cuba secara steambake pulak..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.99.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
62. Dihantar pada 22hb November 2005, 5:21:05 ptg    [Edit]
Kak Liza ~ ye ke..TQ....tapi nak cun le jika bakar style bulat tu......

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

b_e_g
Ahli Aktif
63. Dihantar pada 23hb November 2005, 10:55:30 mlm    [Edit]
ka liza..tq..dah abihpun kek hangus tu..cik abg beg mmg antu cheese cake

--------------
...fOrGivEn bUt Not fOrgoTteN...

210.195.96.:-)

linot9778
Ahli Produktif
64. Dihantar pada 25hb November 2005, 2:07:51 ptg    [Edit]
aku gak yg tak reti2 buat kek... geram je tgk kek2 korg nih...

--------------
premium beautiful/mahkota beautiful/maharani... linot9778@yahoo.com/012-9429992/03-91702201

61.6.35.:-)

attyra
Ahli Produktif
65. Dihantar pada 25hb November 2005, 2:13:09 ptg    [Edit]
Siapa ada resepi KEK COKLAT yg rich n lembap

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
66. Dihantar pada 25hb November 2005, 2:31:17 ptg    [Edit]
Kak Liza ~ siap leila dah beli acu bulat tu....buat kek kopi Bakar...cun abis, sbb bubuh coklat rice colorful....tapi serbuk koko 50gm tu cam pahit lak.....malu nak bagi kawan2 rasa.............ari tu buat Kek Marble...member opis puji...sedap...asben pun kata sedap....ari ni nampak camsedap je kek kopi...tapi ada pahit skit.................

linot~ try le..........dah ada oven...2 hari sekali belajar buat kek, muffin & biskut...........jika anak dah boring..bawak je opis ramai pemakan kat sini.....

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

nrrshahirah
Ahli Setia
67. Dihantar pada 25hb November 2005, 10:43:24 mlm    [Edit]
saya ada 2 resepi chocolate cake yang best (sapa nak order pun boleh... )...boleh try mana2 1 yang rasa sesuai ngan selera. Tp acuan ini utk bekas 10".

resepi 1

350 gm gula perang
270 gm butter
2 sk esen vanilla
8 oz fresh milk/chocolate milk
6 bijik telur medium

bahan utk di ayak bersama:-
250 gm tepung kek ( superfine)
80 gm koko
1 1/2 soda bicarbonate
1 sk nescafe

cara buat:-
gula + butter = kembang
masukkan telur 1 per satu ( lepas masukkan telur sebijik....beat..masuk lagi sebijik..then beat lagi) hingga abis
+ campuran yang di ayak and susu berselang seli..

kukus selama 2 jam...


resepi 2

1 tin susu cair
2 cawan gula
1 sudu kecil essence vanilla
350gm majerin/butter

semua bahan2 ini di masak atas api sederhana sehingga gula hancur dan sejukkan

2 cawan tepung kek/superfine
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil nescafe
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda

semua bahan2 ini di ayak

4 biji telur ( pastikan berada dalam temp room)

cara buat:-
pukul 4 biji telur sehingga kembang
+ kan bahan2 yang di masak dan pukul lagi
+ bahan2 yang di ayak sedikit demi sedikit dan gaul rata.

kukus selama 1 jam setengah

chocolate topping( di masak secara double boiler)
1 keping chooking chocolate di potong kecik2
1 cawan whipping cream or 1 kotak kecik
2 sudu besar gula icing

semua kek ini di kukus dan pastikan tutup loyang dgn aluminium foil. Good Luck...

202.190.116.:-)

attyra
Ahli Produktif
68. Dihantar pada 26hb November 2005, 09:19:38 pagi    [Edit]
nrrshahirah

Thanks kasi resepi kek coklat tuh..
Insya-Allah atie akan cuba masa cuti nnt...
Bekas 10" tuh empat segi ke bulat?
Kalau bakar, takleh ker ?

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.95.40.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
69. Dihantar pada 28hb November 2005, 5:14:46 ptg    [Edit]
ari jumaat lepas kak liza buat eksperimen kek ni..





KEK COKLAT KUKUS liZA

Bahan A

220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang

Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair
200 ml minyak mazola
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
2. Pukul sebati dengan garfu Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan sehingga mendideh dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam.
6. Bila telah mask buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.


Cream Coklat

Bahan

300 gm coklat masakan [potong kecil]
50 gm fresh cream

Cara.
1. Panaskan coklat didalam periuk secara double boiling.
2. Bila nampak coklat hampir cair tutup api.
3. Masukkan fresh cream dan kacau sebati sehingga agak sejuk
4. Bila dah hampir sejuk tuangkan atas kek dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.96.:-)

sitislam
Ahli Aktif
70. Dihantar pada 28hb November 2005, 5:29:44 ptg    [Edit]


cantiknya kek...ini resepi kak liza sendiri ker? pantai betul kak liza nih. Terima kasih kak liza kerana sudi berkongsi resepi. Insyaallah siti akan cuba pada minggu ini.

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

waha7475
Ahli Aktif
71. Dihantar pada 28hb November 2005, 5:40:48 ptg    [Edit]
kak liza ni betul menggugat keimanan mata ini..... dan terus ke perut... drpd tak lapar terus lapar....

nak tanya lah kak... waha pernah buat kek kukus 3 x (ikut resipi kak liza sblm nie) tapi semua habis dlm 1 hari aje...klu kek kukus nie boleh tahan berapa lama & kena masuk peti ais ke...

--------------
~~* UmmiImran *~~

60.50.254.:-)

citanuryati
Ahli Produktif
72. Dihantar pada 28hb November 2005, 5:46:44 ptg    [Edit]


kak liza..

nak ucapkan berbanyak terima kasih kak liza, semalam saya 1st time cuba resipi kak liza 'muffin pisang coklat' kat topik apa ntah.....mmg menjadik..dan sedap. biasanya kalau saya amik kat memana mst 1st time tu tak menjadik, beberapa kali baru menjadik

maybe dgn sembang2 macam ni kita boleh tahu tips ngapa kek tu jadik macam tu macam nikan? berbeza dgn kita ikut dalam buku atau ceduk macam tu aje..

so kak liza..buku terbitan kak liza dah kuar ke blm?..dan semoga buku tu 'lain' dari yg lain...akak buh jugak, petua atau tips untuk penambahan..macam dalam sembang ni...

ok....nak cuba resipi lain gak nanti..nah akak..

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

202.188.15.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
73. Dihantar pada 28hb November 2005, 6:35:11 ptg    [Edit]
kak liza ~ nak bertanya skit.........jika kita guna gula perang ganti gula hangus OK tak? akak pernah try tak? terutama nak buat kek sarang semut tu.....hmm lom puashati sbb tak jadi bersarang cam tu......masih nak try buat lagi.

buat muffin dah jadi...seronok....dpt pujian member opis....bagi tester 1 opis nih!!!

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

attyra
Ahli Produktif
74. Dihantar pada 28hb November 2005, 8:00:46 mlm    [Edit]
Kak Liza

mana nak cari fresh cream tuh??
leh tak kasik brand fresh cream tuh
atie bab mencari bahan2 jenis cream ni lemah sket
uikss ada 3 resepi nak dicuba nih...
bila ler nak cuba nih

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.94.57.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
75. Dihantar pada 29hb November 2005, 6:26:06 ptg    [Edit]
attyra~area lebih kurang tempat leila je kan...........leila beli brg kat Pasaraya Bakery Shah Alam....macam2 ada....tak area sebelah Giant Stadium....fresh cream/whipping cream memang ada situ, pack kecil pun ada, lebih kurang 1 gelas teh tu....

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

attyra
Ahli Produktif
76. Dihantar pada 29hb November 2005, 7:32:18 mlm    [Edit]
Kak Leila

Atie keje kat Jln Templer.. kita pernah bersua muka dulu cuma rasanya tak sempat berborak kot.. time tuh atie gi menara celcom utk amik sample diapers maman dr sorang forumer sini...

Kak Leila leh kasik tak nama kedai n alamatnyer... mana tahu kot2 sempat nak ghi cari barang ujung minggu nih..
Erkkk kat PJ nih mmg tak ada ke kedai jual bahan2 buat kek nih

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.94.61.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
77. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 1:29:29 tghari    [Edit]
attyra ~ ....ye ke........dulu beli pampers dgn si ella jugak??...bila senang mai le sini.pi lunch kat menara nih!!!

alamak!! tak berapa ingat alamat.....nama dia Pasaraya Bakeri Baguz....jika dari giant stadium tu...nak kluar federal kena ambik kiri kan....terus depan skit ada simpang ke kiri........kat area kedai 2 tingkat tu.....terus je.....jalan tu kalau ikutkan No Entry tapi redah je sbb keta tak byk kat situ.....dalam 3 kedai lepas no entry tu jumpa dah....belah kiri............tulisan kaler kuning/oren...........tepung + resepi=mudah buat kek & muffin ( cam tokey kedai lak promote)

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

yusmar
Ahli Produktif
78. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 3:54:58 ptg    [Edit]
leila ko ni siap ajor org main redah...!.
Bestkan bila ada oven...kita ni yg belum dpt. Suka lah anak2 ye...slu dpt kek dan roti hasil tgn mak diorang.
saya ada jenis bulat tu...tp susah nk control temp. Slu buat yg kukus je.

k liza mengancam betul kek coklat tu....cuti nnt nk buat lah!.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.80.97.:-)

KakZa
Ahli Baru
79. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 4:10:56 ptg    [Edit]

KakZa teringin sesangat nak buat kek benji roll. K.Liza tahu ada tak resepi ni. Kalau ada sudi-sudi le ajarkan. Kalau boleh tempekkan sekali gambarnya ya. TQ K.Liza, without you semangat nak buat kek tak datang langsung. he..he..he..

203.121.30.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
80. Dihantar pada 02hb Disember 2005, 4:28:30 ptg    [Edit]
KakZa...

kak liza x der resepi tu laaa...harap mahap..
apa pun nanti kak liza tolong carikan kalau ada..

alahai KakZa...
insyaAllah selagi daya kak liza akan aktif menyumbangkan resepi2 kat sini...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

vtec2
Ahli Produktif
81. Dihantar pada 03hb Disember 2005, 5:38:10 ptg    [Edit]
tengok gambar kek2 korang tu..lapa pulak rasanye.. arghhh

--------------
~~Stormpay vs 12dp~~

219.93.59.:-)

sitipah
Ahli Baru
82. Dihantar pada 04hb Disember 2005, 10:08:35 pagi    [Edit]
Kak liza,
kek coklat kukus tu kalau pakai self raising flour jd tak?
tepung gandum tu kak liza pakai brand ape ek?

202.185.172.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
83. Dihantar pada 04hb Disember 2005, 4:43:27 ptg    [Edit]
sitipah..
kak liza x pernah gunakan self-raising flour..tapi ada org dah cuba gunakan..
menurutnya kek jadi okey..so kalau nak cuba boleh jugak la..

setakat ni kak liza hanya gunakan tepung gandum cap sauh tu jer...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

KakZa
Ahli Baru
84. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 12:18:52 tghari    [Edit]

Aisey K.Liza tak ada resepi benji roll. Agaknya ni resepi kek lama2 kot. Anyway nak maklumkan Kakza dah buat kek prune tu - menjadi dan sedap tapi nak tanya sikit kenapa prune & kismisnya mendap dan duduk dibawah aje 2x buat pun sama. kalau tengok gambar macam jenis kek bermoist tapi KZa buat jadi macam tu.... kenapa yek. Oh ya kek oren memang menjadi dan sedap sesangat. Nak bunge untuk KLiza

203.121.30.:-)

sitislam
Ahli Aktif
85. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 1:42:56 tghari    [Edit]


zairah dah cuba kek coklat kukus liza, alhamdulillah naik gebu, but yang tak bestnya permukaan nya tersenyum sikit , tapi dah letak toping o.k ler.Terima kasih kak liza ianya antara resepi yang senang utk dicuba.

--------------
SAYANG DIA...RINDU DIA....SAYANG DIRI SENDIRI LAGI..

202.188.115.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
86. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 2:59:42 ptg    [Edit]
KakZa..
KakZa buat kek Prune dan kismis ikut resepi siapa yer..

Terima kasih kerana mencuba kek oren dan juga bagi bunga tu..
hehehhehe

sitislam..
kak liza rasa kena kukus api yg medium laaa..
sebab kalau api kuat dah kira macam apam..nanti kek akan seyum lebar gitu..
bila nak buh coating..sebaiknya kek tu kena terbalikkan dan koyakkan alas kertas yg diletakkan dlam loyang kek tadi tu...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

218.111.188.:-)

KakZa
Ahli Baru
87. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 3:40:51 ptg    [Edit]

Agaknya KakZa tersalah tanya chef le.. tengok punya tengok rupanya resepi orang jauh K.Noor. sori le.. So K.Noor buleh ke bagi jawapan. terima kasih.

203.121.30.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
88. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 5:54:21 ptg    [Edit]
Yusmar ~ biasa dah buta gitu....tu pasal ngajor org lak.... ..Alhamdulillah...dah seronok & mudah je resepi kak liza tu....bahan semer ada.......sampai masa nak buat...terus timbang, pukul & bakar=siap. Celik mata pagi dah ada kek....seronok sbb anak2 tak sabor nak makan....kek yg lom jadi & puashati kek sarang semut tu...yg lain OK...

Semalam round ke-2 buat kek marble....makin sedap lak rasanya.... ..pujui sendiri je le.....member sampai opis dah tanya....'resepi muffin apa ari ni"....esok nak gi kedai roti yg ckp kat attyra....shopping lagi.....alatan memasak kek murah betul............semlm gi k4...acuan kek span berbeza RM5 tu.........tak leh jadi................beli kat sana gak nanti.

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

attyra
Ahli Produktif
89. Dihantar pada 05hb Disember 2005, 8:36:20 mlm    [Edit]
Kak Leila

Beli acuan kat kedai bahan kek ke carrefour? Mana lebih murah??
Atie nih tadi dok collect resepi ingat nak buat tp bahan2 tak cukup... kene tunggu ari JUmaat baru ada masa nak shopping kat Giant kecil tuh

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.95.47.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
90. Dihantar pada 06hb Disember 2005, 09:14:23 pagi    [Edit]
attyra ~k4 mahal le.......beza rege RM5. baru bagi contoh acu kek span kat k4 paling murah RM19.90, kat Pasaraya Bakeri Baguz tu baru RM15.90.

Ptg ni nak gi sana......

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

attyra
Ahli Produktif
91. Dihantar pada 06hb Disember 2005, 10:02:58 pagi    [Edit]
Kak Leila

Nak itutttttttttttttt
camne rupa acuan kek tuh?

Kak Liza
Utk resepi kek coklat yg kak liza kasi tuh kan, masa nak kukus tuh nak kene cover ngan foil tak? Tak pernah buat kek kukus... selalu bakar aje

* Mesej ini telah disunting oleh attyra pada 06hb Disember 2005, 11:40:20 pagi

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
92. Dihantar pada 06hb Disember 2005, 9:39:05 mlm    [Edit]
attyra ~ ari ni dah pegi pun baguz...pasaraya bakeri....beli acuan kek span size 22cm baru RM11.50....mak aiii jauh beza rege....beli lagi acu muffin...yg 16 biji terus....bakar 6 biji lambat sgt...tapi size kecil sedikit....sat lat nak buat Blue Berry Muffin....

Berbeza betul harga barangan disitu....selepas keje tadi terus ke Tadisma sambil singgah Baguz........... ..jika nak pegi bagi tau le...

Kelas masakan(workshop & demo) pun ada bayaran nampak OK, jika demo derang tunjuk cara buat le.....jika workshop kita dpt buat sekali bayaran RM100 utk itu. Demo murah je dalam RM10-20 je.......

kalau free esok leila masukkan jadual bulan december mereka....

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

attyra
Ahli Produktif
93. Dihantar pada 07hb Disember 2005, 07:46:05 pagi    [Edit]
Kak Leila

Dah pegi ke? Ati eplan nak pegi ari sabtu sambil pegi tinjau2 karnival tv3 kat stadium shah alam tuh..

Kat kedai bakeri baguz tuh ada tak jual acuan yg mcm resepi kek mocca kukus kak Liza tuh? atie tak tahu rupa acuan tuh arrr.. kak Leila ada tak gambar acuan tuh

Murahnya harga acuan tuh.. semlm ghi tgk kat kedai rumah atie nih.. acuan 4 segi yg sederhana kot tak pon beso tp leper, dah nak RM10. Mcm mahal...

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
94. Dihantar pada 07hb Disember 2005, 6:27:43 ptg    [Edit]
attyra ~pegi je situ segala jenis acu adaaaaaa.....pilih saja...kecik besar, bulat leper, panjang pendek.....berbagai pilihan adaaaa

oooo sabtu ni karnival TV3? parking payah le kalau gitu...next week pegi lagi....nak beli brg2 resepi pun senang kat situ...semer ada.......tak pening nak mencari lagi dah

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

kakzie03
Ahli Baru
95. Dihantar pada 08hb Disember 2005, 10:13:33 pagi    [Edit]


Kakzie nak minta tolong sikit dr sifu2 kat sini..

macamana nak buat icing yang kita letak atas kek tu..

tq in advance

--------------
dun worry be happy

219.94.125.:-)

yusmar
Ahli Produktif
96. Dihantar pada 08hb Disember 2005, 11:08:18 pagi    [Edit]
sitislam betui cam kak liza cakap tu, kena kukus api yg medium. Saya buat pun jadi camtu, kali ke2 saya perlahankan api...dah tak senyum dah kek tu!.

kak liza saya dah cuba kek coklat dan kek kopi tu....mmg sedap. Masa nk buat topping lupa nk kluar kan whipping cream dlm freeze. Bila dah cairkan cooking coklat tu terus tuangkan whipping cream...apa lagi terus beku coklat tu. Saya cairkan balik coklat tadi.....nasib baik jadi. Camtu la kalau sekali sekala baru nk buat. Anak2 siap masukkan kek yg dah siap dlm peti sejuk....depa kata sejuk lagi sedap makan.

Lagi satu tu kek kopi tu saya guna shredded yg halus kut sbb coklat putih tu jadi cam serbuk. Kak liza guna yg kasar ke?.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.80.97.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
97. Dihantar pada 08hb Disember 2005, 6:35:29 ptg    [Edit]
amboi YUSMAR...cuti cuti melaysia ni buat kek jugak yekk!!! ...sejak resepi2 kak liza ni menjadi......ramai dah ibu-ibu yg seronok memasak.....Tahniah pd kak liza kita....

leila guna guara cafe bila buat kek coklat tuh!! malam ni pun kalau sempat nak buat kek coklat, member opis dah booking.....main order jek nak mkn kek apa............ngalahkan anak2 pulak dah!!....depa dok puji aje....mentang le free....

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

yusmar
Ahli Produktif
98. Dihantar pada 09hb Disember 2005, 2:31:47 ptg    [Edit]
leila time cuti le yg dpt buat, timbang siap2 tunggu anak tidur baru mix. Lagi pun resepi yg kak liza bg semua simple2 tu yg boleh buat. Takyah pakai mixer pulak....thks kak liza . Guna guara cafe...tak tingat pulak, puas korek botol nescafe ari tu pasal dah lama x beli...dpt le sikit. Takpe nx week cuti lg....boleh cuba.
Leila kalau dekat saya pun nk booking jugak..!!

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.80.97.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
99. Dihantar pada 09hb Disember 2005, 10:55:00 mlm    [Edit]
Yusmar~kalau dekat kite sesama buat sesama tukar le...lagi best kan!!!..'dalam mimpi je le' ..ada rezeki bleh merasa jugak....

semalam telur abis..esok plan nak buat kek coklat kukus kak liza..moga menjadi........

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
100. Dihantar pada 09hb Disember 2005, 11:48:56 mlm    [Edit]
quote:
semalam telur abis..esok plan nak buat kek coklat kukus kak liza..moga menjadi.....


Mama pos telur kat Leila......nanti LeiLa pos plak kek coklat kukus kat mama ek.........Boleh ke???

Kasi kunci.....................

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.248.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005