Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 3hb Syawal 1435 @ 31hb Julai 2014, 01:11:07 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Macam mana? : KWSP atau PENCEN?
oneazura
Ahli Baru
1. Dihantar pada 28hb April 2005, 10:28:26 pagi    [Edit]


saya nak tanya pendapat semua kat sini..Antara kedua-dua skim ini..yang mana satu lebih bagus untuk kita? KWSP atau PENCEN?
Nak tahu jugak kalau sesiapa yang ada pengalaman atau sedara-sedara mereka yang ada pengalaman ambik KWSP dan PENCEN ini..

--------------
have a nice day

218.208.44.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
2. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:05:19 pagi    [Edit]
oneazura...
kalo aton, aton lebih prefer ambik skim epf..sbb dpt duit setonggok pastu bleh laburkan dlm asb or sbgnyer..tiap2 bulan bleh ambik dividen or faedah dia..kira cam pencen gak... kalo ambik skim pencen pulak..mmgler duit tak putus selagi belum mati...tp pendapatan kita akan merosot dr thn ketahun..lg satu dia bg separuhjer..brapa sgtler gaji kije goment nie kan?? lainler kalo ko pengarah or ketua pengarah...tp aton rasa skrg goment pun nak start wat sistem epf dah..dah ada optional dah skrang...akan dtg aton rasa skim pencen ni mungkin dihapuskan sbb akan merugikan mereka..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

eyzlyn
Pengendali
3. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:09:11 pagi    [Edit]
hari tu hubby amik EPF... lepas tu, calculate punyer calculate... pencen lagi untung.. aiya.... nasib baru sebulan, sempatlah switch balik.


apa-apa pun, cuba u calculate betul-betul dulu yer...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

oneazura
Ahli Baru
4. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:17:37 pagi    [Edit]
hubby dah ambik pencen...sekarang ni saya sendiri ..tak tau nak ambil apa..pening la nak fikir...ada yang kata kwsp bagus..ade yang kata pencen bagus..

--------------
have a nice day

218.208.44.:-)

ashra
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:25:47 pagi    [Edit]
kalau nak amik dividen atau faedanya elok lepastu kita keluarkan zakat duit atas perkara tersebut kalau tak haram nak digunakan..

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

eyzlyn
Pengendali
6. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:25:56 pagi    [Edit]
u target gaji sblom pencen berapa? kalau gaji 10 K, pencen dapat half... goyang kaki la... lepas tu lak, pencen ader kemudahan hospital, tambang separuh harga naik flight, train dan banayk benefit la.. so masa tetua tak pening kepala, tak payah fikir amik insurans...

tapi bagi yg bercita-cita tinggi, jenis work hard , tak mau konkongan... amik EPF...

u tgk ur situation camner dan buat calculation dulu.. my hubby sib baik sempat switch... memula amik EPF kononya nak option awal... lepas tu kira balik, memang banyak beza aa dgn apa yg dapat...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

icecreamgirl
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 28hb April 2005, 12:09:51 tghari    [Edit]
ambik pencen lagi selamat... duit tiap2 bulan masyuk..
kalau epf mmg best... sedebak sekali dapat... tapi buleh ke menyimpan kalau dapat sekali banyak...kalau menyimpan oklah ..tapi mesti pakai gak kan....

kalau ambik pencen, bulan2 masyuk.... bolehlah... dah tua2 pun bukannya nak pakai duit sangat.... takat nak cover diri masa tua... kot kalau anak2 ingat kat mak bapak ok lah jugak...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
8. Dihantar pada 28hb April 2005, 12:18:59 tghari    [Edit]
Amik la pencen... bagus. Atuk saya sampai skrg dok goyang kaki. Epf sekejap je. Kalau nak kawin lagi pun buleh, cuma dia taknak je.
Skrg ni dia punya gaji sebulan, mau lebih dr saya.. Sbb anak2 bagi.. pencen lagi. Tak abis makan.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 28hb April 2005, 12:48:28 tghari    [Edit]

den bukan keja gomen.. tapi nak tanya.. tak faham ler epf ngan pencen ni.. ayah den dpt pencen, tapi masa awal pencen tu dpt gak ler duit besar.. tu sbb selama ni den ingat pencen lagi bagus.. dpt duit byk masa pencen pastu bln2 dpt pencen lagi.. kwsp setakat simpanan kita jer le..

den ada gak cita2 nak masuk gomen, tapi tunggu nak sambung belajar lagi kot..

--------------
- : -

219.94.59.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 28hb April 2005, 12:58:58 tghari    [Edit]
kalau kite ambik skim berpencen, maknanya duit kwsp tu dah boleh buat pengeluaran.

Cam abah saya, dulu dia ambik skim berpencen, dia terus buat pengeluaran kwsp. Astu skerang ni dia dah pencen so dia bakal daapt duit pencen sepanjang tempoh dia berkhidmat selama 25 tahun. Dan duit setiap bulan separuh dari gaji akhir.

ni utk kerja gomen jerk... swasta dah tentu skim epf..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

sayangmoon
Ahli Setia
11. Dihantar pada 28hb April 2005, 1:11:31 tghari    [Edit]
Oneazura

Moon amik skim pencen.. betul kata icecreamgirl, tiap2 bulan ader duit.. EFP mmg dapat banyak..Selepuk gitu! Tapi kalau org pandai manage duit tuh..business ker aper ker...tak perlah jugak.. Kalau kata nak simpan, tak semua org berjaya menyimpan duit yang amat banyak tanpa mengeluarkannya biler maser jerk.. Konon2 emergency lah...sesekali lah...lama2 abis kang...

quote:
pencen dapat half... goyang kaki la... lepas tu lak, pencen ader kemudahan hospital, tambang separuh harga naik flight, train dan banayk benefit la.. so masa tetua tak pening kepala, tak payah fikir amik insurans...


tul tuh cam yang ezlyn cakap tuh! banyak benefit nyer... Cam org pencen ader kad pesara.. Nak pie maner2 kad tuh berguna gak.. Cam Mak Moon gie sepital tak bayor pon bila tunjukan kad pesara ayah... Kalau tak kena lah pegi private clinic/hospital...pastuh bayorlah bil rawatan tuh... Kalu sakit sesekali tak per...kalau yg perlukan rawatan ulangan...kena lah keluarkan duit yang banyak dari EPF tuh..

* Mesej ini telah disunting oleh sayangmoon pada 28hb April 2005, 1:12:18 tghari

202.184.41.:-)

maslinazaris
Ahli Setia
12. Dihantar pada 28hb April 2005, 1:15:12 tghari    [Edit]
Kalau saya saya akan pilih pencen. KWSP mmg dpt sejelepok byk..tapi jenis yg beringat oklah dan ada plan utk cover monthly expenses selepas tu. Takutnya kita gelap mata bila dapat duit byk...mulalah nak beli itu ini..buat business itu ini...yg takut kesudahan yg tidak menjadi. Kata org2 tua gunung kalau tiap2 hari ditarah...lama2 rata.

Pencen..tiap2 bulan ada income. Masa nie tak payah risau utk cari kerja lain. Mmgle tak sebesor gaji...tapi masa kita pencen sure dah tak byk hutang..mean duit tu boleh cover expenses harian...dan g melancong ke..
Lagi satu staff gomen yg pencen bukan setakat dapat duit pencen je..dapat duit gratitude. Byk gak..ikut skim gaji @ berapa tahun berkhidmat (ada calculation)..Ha yg ini dapat sejelepok....patutle saya nampak org kerja kerajaan yg pencen nie mcm kaya je...
Masa kita tua tak payah susahkan anak2 dan anak2 belum tentu dapat menyusahkan kita.InsyaAllah.

219.93.8.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 28hb April 2005, 1:28:36 tghari    [Edit]
dulu masa memula keja gomen..saya pilih EPF..ye lahh ingat taknak lama keje gomen..gaji kecik.. time 1998 dah start gawat.. nasib baik saya sempat tukar ke skim pencen.. kalau kerja kerajaan saya rasa rugi pulak kalau pilih EPF..staff gomen yg pilih EPF diaorang takde security dlm pekerjaan..boleh cek perintah am bab lantikan..mana mana staff gomen dibawah skim epf boleh ditamatkan perkhidmatan dengan sebulan notis atau sebulan gaji.. pastu bila pencen mereka tiada hak sebagai pesara.. keluar masuk hospital semua kena bayar.. usia pencen biasanya ketika tu lah kita tak sihat..kalau dapat duit epf banyak pun habis berubat tak guna jugakkan.. staff gomen ada pilihan..epf or pencen..buatlah pilihan bijak.. lain lah kalau keje sendiri or keje ngan private..

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

CAM51
Ahli Aktif
14. Dihantar pada 28hb April 2005, 1:34:27 tghari    [Edit]
betul kata mas tu... org pencen pun dapat gak duit selepok...gratitude dia... cam bapak saudara saya... pencen ngan gomen... dia kerani biasa je.. tapi dah lama service.. dia dapat lebih 70 ribu.. pencen dapat duit tiaptiap bulan lagi... selagi nyawa dikandong badan.

org epf lak.. banyak yg saya dah nampak... sumo duit abih tengah jalan. tak sempat sampai 2 tiga tahun je lepas pencen... abih sumo....our exPM mahathir pun tau.. sebab tu dia suruh org masuk pencen.. org pencen wargaemas.. kat mana2 banyak kemudahan tuk dia org.... hospital...mas..ktm..basnasional..sumo setengah harga.. kat kaunter kerajaan pun ada kaunter untuk dia org... kaunter khas warga mas. tak payah beratur....


.

* Mesej ini telah disunting oleh CAM51 pada 28hb April 2005, 1:39:18 tghari

61.6.35.:-)

tepungjagung
Ahli Setia
15. Dihantar pada 28hb April 2005, 2:08:54 ptg    [Edit]
Macam nila..

Ini saya dapat penerangan dari bahagian pencen JPA

Pencen
1. Dapat Granduiti (mesti cukup 25 thn)
2. Duit Cuti Gantian (4 bln gaji)
3. Kemudahan hospital (kalau sakit kronik (pembedahan atau sbg..)kerajaan akan tanggung perbelanjaan dahulu dan akan dipotong dari pencen bulanan
4. Pencen bulanan
5. Boleh keluar duit EPF selepas 3 thn berkhidmat dgn kerajaan
6. Potongan tambang murah
7. Boleh pindah pada suami kalau kita mati / anak2 yg berumur di bawah 18thn tapi ada % sahaja tak leh dpt full kalau x silap setiap 12 thn kot..

EPF
1. Duit Cuti Gantian (4 bulan)Baru sahaja
2. Duit EPF

Kalau ingat nak kerja sekejap jer ngan kerajaan baik pilih EPF. Untung. Tapi kalau nak sign mati dgn kerajaan, ambikla pencen. Selalunya yang pilih EPF ni service tak cukup.

Fikirla tengok..

* Mesej ini telah disunting oleh tepungjagung pada 28hb April 2005, 2:26:32 ptg

--------------
Aku terlalu merinduimu....

219.93.8.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 28hb April 2005, 2:14:09 ptg    [Edit]
sokong tu.. elok ambik pencen utk masa depan.. manalah tau.. kot2 nanti anak2 kite sumer dah besar panjang dok jauh2..tak sempat nak kasi duit... paling tidak adanya duit pencen tak nyusahkan anak2..

mm..abahku dah pencen... bestnya... dapat dlm rm50k. Mak dah plan dah nak beli aircorn lah...tv besar lah... nak pasang astro la peti ais besarlah.. heheh... abah dah pencen baru nak pasang astro..tapi biarlah..tu duit dia kan.. bulan2 lak abah dapat dlm rm500. oklah tu... buat belanja beli pokok2 dia.

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
17. Dihantar pada 28hb April 2005, 2:39:32 ptg    [Edit]
Satu lagi.. kalau pencen.. Bila dia mati.. nanti akan jatuh pd wife dia..

* betul ke apa liz ckp ni?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 28hb April 2005, 2:48:10 ptg    [Edit]
liz

betul le tu..

boleh rujuk buku perintah am..bab pencen


--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

sufiku
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:01:26 ptg    [Edit]
Yup, better amik pencen ... sebab2nya, sbgmana yg
tlh dinyatakan olh kekawan kat sini. Kitorang pun
memula dulu tak tau nak pilih epf @ pencen, tapi
bila dah mintak pandangan drp TKSU bhgn HR sendirik,
dia pun kata better amik skim pencen.

--------------
`DalamHatiAdaChenta`

219.95.171.:-)

sayangmoon
Ahli Setia
20. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:05:14 ptg    [Edit]
Yea betul tul!! Tidak syak lagii...

202.184.41.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:06:43 ptg    [Edit]
lagi satu..
kalau kite suami isteri kerja gomen dan dua2 ambik pencen dan tiba2 dua2 meninggal, pencen bulan2 tu dapat kat anak2 sehingga dia berumur 18 tahun..

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

61.6.35.:-)

CheNot
Ahli Baru
22. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:36:43 ptg    [Edit]
Kalau yang dah kerja gomen dan bercadang untuk untuk kerja tu selamanya, ambik EPF. Memang banyak benefitnya. Kerja gomen pun ada dapat duit lump sum(gratuiti) bila pencen dgn syarat cukup 25 tahun berkhidmat. Banyak ikut le pada gaji. Ingat bapa saya dulu dekat RM150k. Lepas tu kalau pesara krj ni ada banayk benefit dia macam medical, hospitalization , tambang separuh dan memcam lagi. Lagi satu duit pencen tetap dapat walau pun pesara tu kerja balik dgn swasta lepas pencen. On top of that bila kerja swasta , dia leh buka EPF juga.

61.6.35.:-)

maizana
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:40:19 ptg    [Edit]
quote:
Pencen
1. Dapat Granduiti (mesti cukup 25 thn)



Biar betul.. macam ni Kak Zana tak dapatlah graduiti nanti.. sebab tak cukup 25 tahun...

Macam nilah.. mungkin ada yang kerja gov. tapi tak tau..

JENIS-JENIS FAEDAH PERSARAAN

Anggota yang telah bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan Kerajaan sahaja layak dibayar feadah-feadah persaraan berikut:-

1. Ganjaran Perkhidmatan (Graduiti)
Merupakan bayaran yang dibuat setelah mengambilkira:-

a) tempoh perkhidmatan anggota dalam perkhidmatan Kerajaan yang boleh dimasuki-kira; dan

b) gaji yang akhir diterima oleh anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan dan diberikan secara sekaligus kepada anggota berpencen yang telah bersara atau dikehendaki bersara dari Perkhidmatan Kerajaan

quote:
Formula Ganjaran:

7.5 % X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukkira X Gaji Akhir yang diterima.



2. Pencen Perkhidmatan

Merupakan bayaran bulanan yang diberi seumur hidup kepada anggota berpencen yang telah bersara atau dikehendaki bersara dari perkhidmatan kerajaan. Perhitunganya adalah berdasarkan kepada gaji yang akhir diterima oleh anggota tersebut dan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira semasa anggota di dalam perkhidmatan Kerajaan.

quote:
Formula Pencen

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasukkira X Gaji akhir yang diterima.
Tertakluk kepada had masimum setenggah daripada gaji akhir.



3. Award Wang Tunai (GCR)

Skim Gantian Cuti Rehat yang dikumpulkan atau yang lebih dikenali sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR) merupakan faedah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4(2) Akta 227 dan Peraturan 21 kepada Peraturan-peraturan Pencen 1980 khusus untuk: Pegawai Persekutuandan Pegawai Persekutuan Tempatan dengan syarat gaji pegawai ini dibayar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan. Syarat-syarat adalah seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1993

Skim GCR ini merupakan kemudahan Pihak Berkuasa yang berkenaan untuk mengambilkira serta menggantikan apa-apa cuti rehat yang terkumpul terhad hanya kepada maksimum 90 hari dengan wang tunai berdasarkan;

Gaji akhir yang diterima

Imbuhan Tetap (ITP, ITKA)

JUMLAH Cuti Rehat yang terkumpul yang tidak dapat dihabiskan oleh mana-mana anggota atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan.

Pembayaran GCR akan dibuat kepada anggota pada hari terakhir sebelum ianya bersara dari perkhidmatan Kerajaan

quote:
Formula GCR
1/30 X Jumlah Cuti Terkumpul X Gaji Akhir dan Imbuhan Tetap yang lain.




Maka.. melihat kepada keistemewaannya.. pilihlah SKIM PENCEN..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:56:25 ptg    [Edit]
boleh surf website www.jpa.gov.my... macam macam ada pasal pencen nie.. siap boleh tahu anggaran brapa RM kita bakal dpt bila pencen nanti..ihiksss .. panjang umur ada rezeki

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

AADC
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 28hb April 2005, 4:11:27 ptg    [Edit]
Kak Mai,

Itu belum cukup lagi untuk menandingi kenapa MESTI memilih SKIM PENCEN. Banyak org lupa/tak tahu (?)/mengabaikan perkara ini semasa mereka memilih sama ada Skim Pencen atau EPF. Perkara utama yg difikirkan hanyalah keuntungan yang diperolehi sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek.

Sebenarnya kelebihan/kebaikan yang paling utama sekali apabila memilih Skim Pencen ialah kemudahan rawatan dan perubatan untuk pesara dan keluarga (untuk anak yang dibawah umur 18 tahun). Selain itu juga akan mendapat PENCEN HILANGUPAYA dalam beberapa keadaan seperti persaraan paksa atas sebab kesihatan .

Medical benefit ini lah sebenarnya yg membuatkan kenapa ramai memilih Skim Pencen yg tidak akan dinikmati apabila kita memilih Skim EPF. Bayangkan kalau kita bersara nanti kemudian memerlukan kos rawatan beribu ringgit (misalnya sakit buah pinggang) sama ada untuk diri sendiri, isteri/suami atau anak dibawah 18 tahun, bila kita memilih skim pencen kita boleh mendapat rawatan percuma ataupun menuntut semula rawatan perubatan (bil yg kita telah bayar dgn wang kita dahulu).

Khabarnya sampai sekarang, sehingga ada yg menggunakan saluran persatuan itu ini, bagi mereka yg telah memilih Skim EPF, untuk diberi peluang memilih semula Skim Pencen. Alasannya mereka tidak mendapat penerangan yg jelas/tidak ditekankan mengenai kemudahan rawatan perubatan yg TIDAK AKAN diperolehi sekiranya memilih Skim EPF. Yelah apabila dah bersara dah beransur tua, kebiasaanya penyakitpun banyak yg hinggap. Kos perubatan pula makin lama makin meningkat. Tapi itulah once dah buat pilihan tak dapat nak ubah lagi.

So, kepada yg berkenaan, yg masih ragu2 tu, buatlah pilihan yg tepat.

* Mesej ini telah disunting oleh AADC pada 28hb April 2005, 4:34:41 ptg

219.93.8.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
26. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:15:18 tghari    [Edit]


Pencen atau KWSP...

Kalau kerja dgn gomen, baiklah ambil pencen...

Keistimewaan skim pencen...
(1) kita akan dibayar gratuiti (ganjaran perkhidmatan) secara tunai sekali gus... kalau pilih KWSP, kita tak layak utk menerima faedah ini...
Berapa? ... 7.5% x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan (dikira dari tarikh lantikan ke jawatan tetap dlm perkhidmatan kerajaan sehingga bersara)

(2) akan dibayar pencen bulanan sehingga ke akhir hayat...
Kadarnya, 1/600 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlahnya tidak boleh lebih dpd 1/2 gaji pokok terakhir... secara kasar, kalau gaji RM1,500.00 bolehlah dpt RM750.00 sebulan...

(3) sekiranya penerima pencen meninggal dunia... pencennya akan dibayar kpd suami/isterinya dgn kadar spt di (2) sehingga 12 tahun dari tarikh kematiannya, selepas 12 tahun, bayaran akan dikurangkan kpd 70% sehingga ke akhir hayatnya... (dgn syarat suami/isteri itu berkahwin sblm simati bersara)...

(4) anak2 juga akan dibayar pencen ayah/ibunya sehingga mereka berumur 18 tahun atau sehingga mereka tamat pengajian ijazah pertama, sekiranya penerima pencen meninggal dunia tidak meninggalkan suami/isteri...

Namun seseorang itu boleh hilang kelayakan menerima pencen jika ia dikenakan tindakan buang kerja, atau jika setelah bersara, dikenakan penjara akibat apa-apa kesalahan jenayah...

(5) satu lagi kelebihan skim pencen ialah pencen hilang upaya... sekiranya seseorg itu disahkan hilang upaya utk bekerja oleh satu lembaga perubatan, ia layak menerima pencen hilang upaya... kalau pilih KWSP tak ada peruntukan ini...
kadarnya,... 1/500 x gaji pokok terakhir x bulan genap perkhidmatan... jumlah pencen yg dibayar hendaklah tidak kurang dpd 1/5 gaji pokok terakhir...

Ada satu lagi kelebihan orang yg memilih skim pencen... bagi yg memilih KWSP, baki pinjaman perumahan dgn kerajaan akan dipotong dpd wang KWSP yg diterima... tetapi, bagi yg memilih pencen mereka diberi opsyen sama ada hendak tolak gratuiti yg diterima atau teruskan ansuran hingga selesai dgn potong bayaran pencen...

Saya sentiasa menasihatkan anak2 buah saya supaya memilih skim pencen apabila dikemukakan opsyen sebelum pengesahan jawatan...

161.139.100.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
27. Dihantar pada 29hb April 2005, 5:01:39 ptg    [Edit]
amik dua-dua..
dua-dua tu penting.. dari tak ada.
tapi bila kira-kira balik..
duit epf ngan duit pencen tu tak cukup sebenornya..

jadi nyimpan & melaburler secara bijak dr sekarang.

219.95.18.:-)

Mann70
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 29hb April 2005, 11:48:43 mlm    [Edit]
Dulu saya keja swasta..dah potong EPF..
lepas tu dpt offer masuk gomen (JKR)..
dlm masa 3 thn (percubaan) diberi EPF..
kemudian selepas lulus semua exam, disahkan jawatan, saya pilih terus sambung EPF..sebab dah byk masa tu...

lagi pun dari JKR saya tukar ke jabatan baru sebab nak korporat..
so saya pilih EPF masa tu...

1 April 2005, dept saya dianaksyarikatkan (dari Bhd ke Sdn Bhd)..
so saya dpt durian runtuh (macam org dah pencen daa..)

dulu epf saya dipotong 9 @ 11%, dan majikan bagi 12%..kengkawan saya majikan bagi 17%..tapi selepas 1 April 2005 saya dpt balik 17% yg majikan bagi tu..

bagi saya EPF untung sebab kita dpt byk (boleh buat modal bisnes), nak gi mekah ke..melabur saham ke..

Kalau pencen lak bagus dpt tiap bulan, tapi perlu simpanan lain kalau nak melabur, ke mekah, bisnes dll...

bayangkan bila pencen kita dpt EPF RM100K atau lebih..perhhh..terduduk den...

ok ni yg saya dpt selepas keluar dari company saya..

yahoooo..pakcik kayooooooooooooo...1.5 X gaji akhir X 8.5 thn berkhidmat = RM00000.00

Dear All,


Please be informed that the Management Committee of MIMOS has agreed on the payout of the retirement benefit (Option 2) to those JARING staffs entitled due to their termination of employment with MIMOS Berhad expressed in the Notice of Termination of Employment letter issued to them on 2 February 2005. The recommendation is in accordance to the ‘Terma dan Syarat Syarat Perkhidmatan Baru’ gazetted in the MIMOSNet under Clause 25.0 as follows :-

"FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN
Tertakluk kepada perkara 23.2, seseorang pegawai tetap MIMOS BERHAD yang telah disahkan dalam jawatannya yang ditamatkan perkhidmatan dengan MIMOS BERHAD sebelum mencapai Umur Persaraan Wajib kerana sebab-sebab selain daripada Persaraan Pilihan, Kematian atau Hilang Upaya akan dibayar jumlah faedah penamatan perkhidmatan seperti berikut :

1.5 x Gaji Pokok Bulanan Terakhir x Tempoh Perkhidmatan Dgn MIMOS BERHAD

Jika sekiranya seseorang pegawai ditamatkan perkhidmatannya dengan MIMOS BERHAD di atas sebab-sebab selain daripada persaraan pilihan, persaraan wajib, kematian atau hilang upaya di dalam tempoh perkhidmatan yang kurang dari (1) tahun, maka beliau adalah tidak berhak mendapat sebarang faedah persaraan ini."

This payout is to satisfy the legal provision for the severance of your contract of employment with MIMOS Berhad. Upon the payout of the gratuity, you will be put on the same EPF employer contribution benefit of 17% as others in Jaring Communications Sdn Bhd.

It has also been agreed that the payment of the gratuity will be made within 30 days of the effective date of your effective termination of contract with MIMOS Berhad i.e. 31 March 2005. You will be receiving a formal letter from HR MIMOS detailing the payout accordingly.

Should you need further clarification, please contact me directly at ext 1515 or present yourself at HR Dept.

192.228.129.:-)

rusila69
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 30hb April 2005, 08:09:04 pagi    [Edit]
bagi aku le skim pencen yang baik sebab lepas 3 tahun kalau pilih skim pencen, gaji kita dapat penuh. takde potong-potong.. pas tu lepas pencen kerajaan bayar pulak pencen walaupun tak potong gaji kita disamping gratuiti (kalau keje pembantu tadbir pun anggaran dapat lebih RM50,000 bila cukup servis). esok kita tua takde menyusahkan sesiapa pun, sebab ada duit sendiri. yang bestnya lepas 3 tahun kita boleh keluarkan duit EPF kita.. makcik kayooo le kejab.

--------------
~ ila ~

218.208.26.:-)

GoOdDay
Ahli Baru
30. Dihantar pada 30hb April 2005, 09:42:57 pagi    [Edit]
aku amik pencen je. dah tua2 besok malas nak pk cari2 duit. tunggu duit masuk je. cukupla tu hendaknya. dah tua2 nak shopping apala sgt (agaknye..) janji ada duit masuk tiap2 bulan. nak amik EPF ni, risau jugak. maklumla duit sejelepuk, mula la byk plan nak beli itu ini. Yg penting tu, pasal healthla.. manala tau kot masa tua atau ahli keluarga ditakdirkan kena sakit kronik ke (wana'uzuillah) kalau pencen ada kemudahan hospital. kalau mati ada anak under 18 dptla diorg duit pencen bulan2 nak survive.

* Mesej ini telah disunting oleh GoOdDay pada 30hb April 2005, 09:44:02 pagi

203.106.242.:-)

maizana
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 30hb April 2005, 10:58:16 pagi    [Edit]
Lagi pun.. katalah kalau tiba2 meninggal, maka.. kalau pilih KWSP.. duit pun berhenti setakat tu.. sedangkan anak isteri perlu teruskan kehidupan.. kalau ada pencen.. anak isteri pun dapat.

Dan kalau pekerja tu jatuh sakit sampai tak boleh membuatkannya bekerja.. ingat ada ke syarikat yang boleh bagi duit tanpa kerja.. maka tabungan KWSP pun setakat tu jer lah...

Dan lagi.. duit KWSP hanya boleh dikeluarkan (selain beli rumahlah)..pada umur 55 tahun.. silap2 masa tu dah tiada lagi... tak merasalah duit yang kita tabungkan tiap2 bulan.

Tapi ada satu skim pencen.. tak kiralah u all pilih skim pencen ke atau KWSP ke, bekerja ke atau tak bekerja ke... pencen ni memang menarik.. bukan setakat anak.. cucu cicit pun boleh dapat... siapa tahu ni?

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

mama_aina
Ahli Baru
32. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 11:55:49 pagi    [Edit]
Kak maizana,

untuk makluman semua staf kerajaan...Gantian Cuti Rehat telah dinaikkan dari 90 hari ke 120 hari....so boleh la kumpul lagi banyak duit....

219.93.8.:-)

kittun
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 6:14:30 ptg    [Edit]
naper cuti saya 30 haro je kak maizana?

--------------
sabar itu indah..

138.253.28.:-)

buazo
Ahli Interaktif
34. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 7:57:12 mlm    [Edit]
asben keje gomen..
dia lebih suker pencen..
kalu EPF tu mmg byk dpt..tp tang tu je ler
kalu boros mmg cepat abis..
kalu pencen..tiap2 bulan dapat..
boleh bg kt pewaris...

--------------
mama Afiq Haikal

218.111.101.:-)

roseum
Ahli Aktif
35. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 11:35:08 mlm    [Edit]


pencen lagik untung... sepanjang hayat merasa... kalu epf, sat jer abih lar tuh..kalu x habih gak, bak sini i habiskan.. hehehehehe...


--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

219.95.203.:-)

Mann70
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 03hb Mei 2005, 11:53:47 mlm    [Edit]
Kalau sapa kena gomen elok le pilih pencen, mana ada org keja swasta dpt pencen...

192.228.129.:-)

maz3d
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 04hb Mei 2005, 11:38:05 mlm    [Edit]
quote:

Kalau sapa kena gomen elok le pilih pencen, mana ada org keja swasta dpt pencen...


betul tu....so saya pilih kwsp...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
38. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 03:19:31 pagi    [Edit]


Pencen ni kira waktu kita disahkan ke...atau waktu kita dilantik tanpa pengesahan?. Kalau pencen dikira lepas sah jawatan... tempoh menunggu yang 1-3 tahun tuh...kerajaan amik balik tak caruman KWSP?....

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

84.68.46.:-)

mama_aina
Ahli Baru
39. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 08:55:07 pagi    [Edit]
Tenuk, setahu saya, pencen dikira dari Tarikh Mula Berkhidmat hingga ke tarikh lahir kita yg ke 55/56 (ikut la ambik yg mana satu). KWSP caruman kerajaan akan diambil balik bila saja kita kata nak 'skim pencen'. Ok la tu. Member kat sini kuarkan KWSP lepas sah taraf skim pencen...adalah dlm RM10K. Dia pun start keje tahun 2000 dan dpt skim pencen tu tahun 2004. Macam2 leh buat ngan RM10K tu...banyaaaakkk tu..makcik kayyoooo kojap lah...

219.93.8.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
40. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 09:33:49 pagi    [Edit]


tenuk_jenab dan mama_aina...
Tempoh perkhidmatan yg diambil kira utk pengiraan pencen adalah dari tarikh mula kita melapor diri utk lantikan ke jawatan tetap sehinggalah tarikh kita bersara wajib... namun begitu, tempoh perkhidmatan yg diambil kira hanya tempoh perkhidmatan yg genap sebulan kita berkhidmat, maksudnya, kalau kita melapor diri selepas 1hb... pada bulan kita melapor diri itu kita tidak dikira telah berkhidmat genap sebulan, w/pun pd bulan berkenaan kita dibayar gaji sebulan penuh... begitu juga, sekiranya kita cuti tanpa gaji pada 28/5 hingga 3/6... pada bulan Mei dan Jun, sewaktu kita bercuti tanpa gaji itu, kita dianggap tidak menggenapkan sebulan perkhidmatan... maksudnya kita telah hilang 2 bulan perkhidmatan yg boleh dimasuk kira utk faedah pencen...
Makanya kita kena faham maksud bulan genap perkhidmatan utk faedah pengiraan pencen...

* Mesej ini telah disunting oleh cakchiboo pada 05hb Mei 2005, 09:35:15 pagi

161.139.100.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 10:00:40 pagi    [Edit]
ni cadangan yg selalu org pakai la...........kalau keje suami isteri...........si suami baik amik pencen dan si isteri baik amik kwsp..........sbb benefit suami......isteri turut dpt.....bab duit setongkol tu jugak akan dpt dan duit pencen pun isteri akan dpt kalau suami terkongkang ditengah jalan.........sbb suami zaman skg kan banyak yg umur pendek sikit drp isteri..........tu lah cadangan saya.....

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

60.48.243.:-)

maz3d
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 11:28:24 pagi    [Edit]
quote:
ni cadangan yg selalu org pakai la...........kalau keje suami isteri...........si suami baik amik pencen dan si isteri baik amik kwsp..........sbb benefit suami......isteri turut dpt.....bab duit setongkol tu jugak akan dpt dan duit pencen pun isteri akan dpt kalau suami terkongkang ditengah jalan.........sbb suami zaman skg kan banyak yg umur pendek sikit drp isteri..........tu lah cadangan saya.....


betul tu.........

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 6:37:52 ptg    [Edit]


Timer kasey dengan penerangan yang jelas penuh berkrim.

Jadi, macam aku nih... dilantik ke jawatan tetap tapi belum sah lagi pada pertengahan Julai 2002. Sekang dok kat sekotlen amik kursus cuci jamban... kalau balik hujung tahun nih...kendian amik kursus induksi...kendian disahkan... maka pencen aku kira 1 Ogos 2004 la.... sebelum lantikan tetap aku kejer ngan gomen gak...tempat yang sama ...tapi jawatan kontrak.....selama setahun... yang setahun tuh kira aku dapat sumer la pasai bukan lantikan tetap?...manyaknyer soalan....sebab minyak naik...

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

84.68.41.:-)

nabilanajwa
Ahli Setia
44. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 09:36:49 pagi    [Edit]
Tenuk,

Setakat pengetahuan saya yang kurang pandai nie, bila ko dapat surat tawaran perlantikan jawatan tetap tu ko akan diberi opsyen le ( jika sebelum ni ko lom dapat surat tu) samada nak pilih KWSP atau PENCEN...so ko dah dengar penjelasan lazat berkrim kat forum nie...ko buat la pilihan yang terbaik...rasanya skim pencen lagi baik le kalau ko berhasrat nak kerja dgn gomen sampai pencen.

KWSP sesuai jikalau in the future ko bercita2 nak meninggalkan gomen dan kerja swasta kerana KWSP tu akan ikut ko...dalam keadaan cam tu kalau pilih skim pencen mungkin rugi sedikit kut .

--------------
Apalah ada padaku...hanya nyanyian dalam sepi...

202.188.163.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
45. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 10:12:36 pagi    [Edit]


tenuk_jenab
Tempoh perkhidmatan bagi faedah pencen dikira dari tarikh mula dilantik ke jawatan tetap, bukan dari tarikh disahkan dlm jawatan... begitulah....

Bab keluar duit KWSP... duit KWSP boleh kita keluarkan setelah kita disahkan oleh bhg. pencen JPA masuk dlm skim pencen... mudahnya apabila kita diberi no. pencen oleh bhg. pencen, JPA bermaksud kita telah sah masuk dlm skim pencen... nak tahu, tuan2/puan2 kenalah tanya bhg. HRM di jabt. masing2...

nabilanajwa...
Opsyen s/ada pilih KWSP atau Skim Pencen akan diberi semasa hendak disahkan dlm jawatan... bukan diberi dlm tawaran pelantikan ke jawatan tetap... Apabila anda dah t/t opsyen ini anda tidak boleh membuat penukaran lagi...

161.139.100.:-)

nabilanajwa
Ahli Setia
46. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 11:06:35 pagi    [Edit]
Chakciboo,

Betui tu.... typo error yang tidak disengajakan .

Setakat ini belum nampak apa2 usaha untuk membolehkan sesiapa yang dah pilih KWSP untuk tukar pi skim pencen w/p ada suara2 yang telah mengutarakan cadangan pindaan terhadap peraturan tersebut.

--------------
Apalah ada padaku...hanya nyanyian dalam sepi...

202.188.163.:-)

peppermint
Ahli Baru
47. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 11:18:53 pagi    [Edit]
mcm kes saya ni mcmana lak? baru minggu lepas dpt surat sah jawatan.

i.) lepas ni nak kena buat apa lak?

ii.) dlm surat tu ckp Ketua jabatan bertanggungjawab kemuka perakuan taraf berpencen setelah menggenapkan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang 3 tahun pengikut peruntukan seksyen 7 akta yang sama. apa maksudnya?

iii.) bila boleh keluar kwsp?


terima kasih membantu saya yang kurang arif ini.

219.93.41.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
48. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 12:02:04 tghari    [Edit]
Assalamualaikum...

Tuan/Puan Pepermint...

Tahniah... kerana telah disahkan dlm jawatan...

Soalan saya, sebelum tuan/puan menerima surat pengesahan jawatan, ada/tidak tuan/puan menerima surat opsyen utk memilih s/ada KWSP atau Skim Pencen utk ditandatangani? Lazim, pihak jabatan akan mengemukakan surat opsyen ini kpd mana2 kakitangannya yg bakal disahkan dlm jawatan!!! Sekiranya tuan/puan tidak menerima surat opsyen tersebut, tuan/puan kena tanya bhg. HRM di jabatan tuan/puan tentang perkara ini! Memang ada sesetengah pegawai HRM yg terlepas pandang dpd memberikan surat opsyen ini, dan mereka sendiri yg memilih bagi pihak kita!!!

Bagi persoalan yg kedua, maksudnya sekiranya kita memilih skim pencen, pihak majikan akan menguruskan tindakan yg selanjutnya dgn bhg. pencen JPA, iaitu, mendaftarkan nama kita sbg seorang yg memilih skim pencen utk mendapatkan no. pencen...

Bila boleh keluar KWSP... bila majikan telah menghentikan caruman KWSP utk kita... tengok dlm slip gaji, tiada lagi potongan KWSP... yg kedua setelah kita mendapat no. pencen dpd bhg. pencen JPA... bila sudah memenuhi syarat ini baharulah boleh minta dpd majikan surat utk mengeluarkan caruman KWSP... tanya2 bhg. HRM di jabatan tuan/puan!!!

* Mesej ini telah disunting oleh cakchiboo pada 06hb Mei 2005, 12:08:30 tghari

161.139.100.:-)

jeeisa
Ahli Baru
49. Dihantar pada 09hb Mei 2005, 4:48:52 ptg    [Edit]
pada pendapat aku la lebih baik buat pilihan bijak dengan memilih skim pencen...banyak kemudahan lepas kita bersara
kalau tak caya cuba la......bukti nye bila dah tua nanti
tp aku serius ni...pilihlah SKIM PENCEN!!!
tak rugi..kalau hubby mati pun wife n anak2 sekurang2nye dapat gak merasa duit pencen tu
kalau EPF duit tu mmg dapat...tp sekali tu jerk...kite ni pn mana leh tengok duit banyak masa tu rambang kepala hotak ni ....nak shopping lak nak apa lah...kang tak pasal2 habih cam tu jerk

161.142.141.:-)

peppermint
Ahli Baru
50. Dihantar pada 10hb Mei 2005, 11:29:33 pagi    [Edit]
cakciboo.... kalau keje gomen ni kalau dah konpom ada increment tak? mana tahu kot2 nai satu takuk ker...

219.93.41.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005