Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 17hb JamadilAkhir 1435 @ 18hb April 2014, 6:35:10 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Selawat ke atas Nabi : cam mane??....
missKay
Ahli Baru
1. Dihantar pada 21hb April 2005, 12:23:57 tghari    [Edit]


hari nih bersamaan 12 rabbiul awal, hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.... saya nak minta pendapat ahli˛ forum... di hari kemuliaan baginda nih.. selawat cam mane yang lebih sesuai buat Nabi kita....??
yang boleh kita berselawat sambil mengingati baginda seorang diri....??

::saya baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...

Jazakallahu Khairan.....

219.92.243.:-)

pulut_dakap
Ahli Baru
2. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 08:49:37 pagi    [Edit]
assalamualaikum semua?

saya nak tanya..
mcm mana bila kita nak berselawat dengan hati yg ingatkan rasullullah..
saya taknak la berselawat setakat di bibir shj..tapi tak terasa dihati?
saya harap ada yg dapat bantu..

218.111.159.:-)

moshi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 1:27:56 tghari    [Edit]

Salam.


Selawat keatas nabi Muhammad SAW,
menurut yang di Sunnahkan ketika Nabi SAW mengajarkannya kepada para Sahabat RA, ialah:

misskay dan netters yang dihurmati.


(1)

Selawat sepenuhnya sebagaimana bacaan kita dalam tasyahud akhir solah.
yang bermaksud:



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.



NOTA:

DALAM BAHASA ARABNYA, tentu semua sudah arif. InsyaAllah.


(2)

Berselawat dengan lisan,
YANG DAPAT MENDATANGKAN KESAN DIHATI

PASTI TIDAK MENDATANGKAN KESAN sekiranya tiada penghayatan menjalani kehidupan sebagaimana yang diSunnahkan; ia itu:
MENTAATI ALLAH MENGIKUT TUNJUK AJAR NABI MUHAMMAD SAW.

Dengan bahasa yang rengkas;
dalam peringkat awal, harus ia melalui proses 'utama':
ia itu:

Apa sahaja yang Nabi Muhammad SAW perintah AMAL maka AMALKAN,
dan,
apa sahaja yang Nabi Muhammas SAW perintah LARANG maka TINGGALKANLAH.
WA.



ps:

Mengenali dan menghayati 'WAY OF LIFE' Rasulullah SAW,
melalui Riwayat Hadith-hadith ( Sahih ) yang Enam dan kisah-kisah kehidupan Para Sahabat RA ( Hayatus Sahabah ),
harus dapat membantu kita dengan lebih berkesan dalam menghayati kehidupan belajar jadi Mukmin yang menyintai Allah SWT dan kasih kepada Nabi Muhammad SAW serta perjuagan Baginda SAW. WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

pulut_dakap
Ahli Baru
4. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 00:23:50 pagi    [Edit]
tq moshi..

saya rasa betul apa yg dikatakan..
cuma perlu usaha utk sampai ke thp menghayati..
terima kasih...

218.111.220.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 01:24:32 pagi    [Edit]
quote:
mcm mana bila kita nak berselawat dengan hati yg ingatkan rasullullah..
saya taknak la berselawat setakat di bibir shj..tapi tak terasa dihati?
Pulut_dakap .. TK kerana bttt thread yang bertarikh 21hb. April, 2005 ini! Potpetpotpet dapati ianya thread yang penting untuk dibincangkan! TK juga kepada MissKay yang menerbitkan fikir mengenai Selawat!

OK .. ada banyak langkah .. Moshi pun sudah beri dua langkah iaitu .. Potpetpotpet ringkaskan dan susun menurut penghematan Potpetpotpet:

1) Mengenali Rosulu-(A)llowh SAW .. melalui Guru .. melalui bacaan .. melalui muzakarah/perbincangan .. dan melalui fikir atas maklumat terkumpul!

2) Menghidupkan Sunnah dari yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya semampu mungkin dalam semua masa semua tempat dan semua keadaan!

Namun Potpetpotpet faham dan difahamkan bahawa langkah utama yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu adalah dengan banyak mengingati Allowh SWT! Of course untuk banyak mengingati Allowh SWT maka perlulah kenal kepada Nya .. dan .. Potpetpotpet positif megatakan langkah mengenal Nya memang pun telah dilalui dan telah kenal kepada Nya menurut kadar pengenalan yang dikurniakan oleh Nya sendiri!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

moshi
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 1:43:24 tghari    [Edit]

Salam.


Dalam usaha kita mengenal sejauhmana 'nilai penghayatan',
tentang ... sama ada kita telah ada sifat:
kasih,
cinta,
kepada Nabi Muhammad SAW,
SELAIN DARI MENGUCAPKAN SELAWAT KEPADA BAGINDA SAW.

Cuba-cuba bandingkan...
... apakah perasaan kita,
jika ada orang mempersenda ...
tunangan @ isteri @ anak-anak kesayangan kita
atau,
ibubapa yang kita kasihi ?

suka ?
benci ?
marah ?

SEDANGKAN,
kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW,
seharusnya MENGATASI lebih dari itu selepas ALLAH SWT.

MAKA,
andai telah mulai lahir rasa tidak suka, marah atau geram terhadap OLAHAN PERSENDA,
memperolok atau
MELEKEHKAN AS SUNNAH @ SUNNAH SAW,
mudah-mudahan telah mulai ada penghayatan,
tentang 'selawat kepada Baginda SAW' itu ada.
InsyaAllah.

SEBALIKNYA,
jika masih TIDAK MERASA APA-APA,
atau turut sama mempersenda,
apatah lagi MELANGGARI SUNNAH SAW,
ia menunjukan selawat kepada Baginda SAW yang dilafaz sekian lama masih belum atau tidak dari 'kalbu' yang dilimpahi 'cahayaNya'.
SEMUGA SAMA-SAMA SEGERA MEMPERBAIKI KEPADA IMAN DAN AMAL SOLEH,
agar dikurniakan Rahmah 'Cahaya HidayahNya'.
InsyaAllah.
WA.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

pulut_dakap
Ahli Baru
7. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 01:30:16 pagi    [Edit]
selagi tak mula amalkannya..mmg terasa mcm tak ikhlas..
tapi semakin lama semakin rasa ada indahnya...

60.48.48.:-)

Wali9
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 07:09:52 pagi    [Edit]
Menghidupkan sunnah Rasulullah sallahualaihiwaslam dlm kehidupan kita seharian.....pergi attend Marhaban atau Maulid2 yg dianjur

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 12:33:21 tghari    [Edit]
Membaca, mendengar, memikir, membincangkan, beramal sepertinya dan menyampaikan lagi dan lagi kisah-kisah sirah Baginda Rosulu-(A)llowh SAW dan para Sahabat RA!

Masa demi masa kita lalui bersama kisah demi kisah sekitar kehidupan dan perjuangan mereka dengan penuh rindu dan cinta kasih terhadap sosok-sosok mulia dan hebat itu sehinggalah kita sendiri kehabisan masa!

Nah .. ini Potpetpotpet hidangkan secebis kisah merambah kemulusan rindu dan cinta kasih terhadap mereka .. silakan ..
quote:
Abu Bashir. Begitulah nama salah seorang sahabat Nabi shallallaahu 'alayhi wa sallaam.

Ketika jema'ah telah dibentuk dan siap dibarangkatkan. Seorang anak kecil berlari-lari mengejar ayahnya. Sambil sesenggukan menangis ia memeluk kaki sang ayah lalu berkata, “Ayah... ibu sakit, ayah... ibu sakit...” Sang ayah hanya dapat memandang anaknya dan dengan sedikit bujukan dia telah meninggalkan anaknya. Saya harus tetap berangkat tekadnya, ini perintah Allah dan Rasul-Nya.

Telah menjadi kehendak Allah subhanahu wata'ala semua yang hidup akan mati. Tidak ada kuasa satu makhlukpun yang akan dapat menyelamatkan, memuliakan, menghinakan, menyehatkan atau mematikan seseorang kecuali dengan izin Allah ta'ala. Ibu dari sang anak dan istri dari sahabat tersebut meninggal dunia. Sementara ia berada jauh dari mereka.

Terdengar berita jema'ah para sahabat yang dikirim Rasulullah SAW sampai ke Madinah Al Munawarah. Berkejaran anak-anak dan keluarga mereka untuk menyambut suami, ayah, abang, keluarga mereka. Tak tertinggal anak kecil tersebut telah berada diantara teman-temannya turut berlari-berkejaran menyambut kedatangan ayahnya. Dengan gagah dia duduk bersama ayahnya memasuki Madinah menuju Masjid Nabi. Duduk dipangkuan sang ayah menjumpai Rasulullah SAW untuk memberikan laporan. Seakan tak mau berpisah lagi dengan satu-satunya tempat dia bermanja sekarang, ayahnya.

Rasulullah SAW mendengar semua laporan dan kemudian Beliau SAW memutuskan supaya sebagian dari mereka berangkat lagi termasuk Abu Bashir. “Ya Rasulullah SAW, apakah engkau telah mendengar bahwa anak ini baru saja ditinggal mati oleh ibunya?” tanya Abu Bashir. “Pergilah engkau, semua keluarga di Madinah ini adalah keluarganya,” jawab Rasulullah SAW.

Berangkatlah Abu Bashir meninggalkan sang anak dengan keyakinan bahwa Allah SWT maha pemelihara. Meninggalkan seorang anak yang seharusnya bermanja, bermain dengan riang dan berada dalam kehangatan kasih sayang orang tua. Si anak secara bergilir berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain, dengan rindu dan sedih menanti pulangnya sang ayah. Setiap hari selepas maghrib dia keluar dan memandang langit yang terbentang luas dengan bulan yang termenung sediri.

“Wahai bulan sesunguhnya kita sama. Aku sendiri di atas bumi ini dan engkau sendiri di langit sana,” ucap sang anak lirih.

Kepulan debu naik ke udara, suara derap lari kuda memenuhi angkasa. Satu demi satu wajah penunggangnya dilihat, dicarinya, “Dimanakah ayah?” Ah... mungkin terlalu cepat kuda bergerak. Anak itu berlari memasuki masjid meninggalkan teman-teman sebaya yang telah berjumpa dengan ayah mereka. Ia berdiri di hadapan berharap berjumpa ayah yang tercinta. Rasulullah SAW meraihnya, mendudukkannya di pangkuan Beliau SAW yang mendengar laporan dari sahabat-sahabatnya yang baru pulang. Kaum Muslimin telah Allah ta'ala menangkan.

“Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Bashir, ayah anak itu telah syahid...” Suasana pun berubah menjadi pilu ketika anak tersebut mulai menangis, Rasulullah menghiburnya: "Wahai ghulam... Apakah engkau tidak suka apabila aku menjadi ayahmu, 'Aisyah menjadi ibumu dan Fathimah menjadi kakak mu...?"


--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.60.:-)

abede
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 3:11:00 ptg    [Edit]
potpetpotpet...sungguh aku tak tahan sehingga mengalir air mata membaca kisah ini
Ini menjadikan aku lebih rindu utk mengunjungi kuburan para suhada badr kuburan suhada uhud yang bersemadinya jasad penghulu para suhada iaitu Hamzah dan lain-lain jasad penghuni surga...

potpetpotpet,
doakan aku juga agar mendapat keberkatan keatas keberangkatan aku ke tanah haram Mekah dan Madinah pada 7/9/2005 ini....doakan juga agar aku diberi kekuatan dan tidak akan terlepas walau satu waktu pun utk berjemaah di Masjidil haram dan juga Masjid nabi selama 14 hari aku berada disana nanti...Doakan juga agar aku dilapangkan urusan aku utk mengunjungi salah satu taman surga Raudah..menemui Rasulullah dan 2 sahabat disisi serta melewati tempat-tempat yang pernah dipijak oleh Rasulullah...

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 25hb Julai 2005, 3:12:41 ptg

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

Wali9
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 04:41:59 pagi    [Edit]
Abede

Moga keberangkatan mu keTanah Suci penuh dgn barakah Allah hendaknya. Insya'allah segala urusan ibadah mu dlm lindungan Allah dan disambut Allah dgn rahmatNya.

Jgn lupa solat sunat kat tiang buraq, dan cium tapak kaki Rasulullah dibawah sebelah kanan pintu ka'abah.


* Mesej ini telah disunting oleh Wali9 pada 26hb Julai 2005, 05:01:02 pagi

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

abede
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 3:02:01 ptg    [Edit]
terima kaseh wali...

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 3:29:55 ptg    [Edit]
Di Madinah .. perbanyakkan selawat .. jangan lupa shopping di sana kerana Rosulu-(A)llowh SAW berpesan supaya membantu jiran-jiran Baginda SAW .. dan jika ingat sampaikan salam seorang lelaki yang menggunakan nick 'potpetpotpet' dalam MDC kepada Baginda Rosul SAW .. ini salam yang dikirimkannya "A(l)ssalaamu-'aalaaika-ya-rosulu-(A)llowh!".

Di Makkah .. setelah Abede menunaikan 'Umrah .. tunaikanlah pula satu 'Umrah bagi pihak Baginda Rosul SAW .. sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepadanya .. bukankah Baginda adalah sosok mulia yang paling layak untuk kita tumpahkan cinta kasih sayang kita fi-(A)llaah!

Do'alah untuk Ummat dengan penuh kerisauan dan kasih sayang .. sebagai menunaikan amanah Baginda Rosul SAW menjelang saat kewafatan Baginda .. "Ummatii .. ummatii .. !" .. takkan kita tidak mengambil hirau apa yang Baginda Rosul risaukan dan sayangi sehingga di-saat-saat akhir kehidupannya!

Semoga Allowh SWT bersama mu dan bersama kami juga .. aamiiin!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.197.:-)

luarpagar
Ahli Setia
14. Dihantar pada 26hb Julai 2005, 11:07:51 mlm    [Edit]
abede,
sayapun macam potpet jika ingat sampaikan salam seorang lelaki yang menggunakan nick 'luarpagar' dalam MDC kepada Baginda Rosul SAW .. ini salam yang dikirimkannya "A(l)ssalaamu-'aalaaika-ya-rosulu-(A)llowh!".

Saya doakan anda memperolehi keberkatan dari Allah swt dan jangan lupa doa untuk kemenangan orang-orang Islam di seluruh pelosok dunia.

219.95.63.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 11:02:25 mlm    [Edit]
Warga MDC .. apabila Potpetpotpet lihat semula thread ini .. persoalan yang ditimbulkan dalam posting pertama sebenarnya masih tergantung ..
quote:
selawat cam mane yang lebih sesuai buat Nabi kita....??
yang boleh kita berselawat sambil mengingati baginda seorang diri....??
Imam Bukhari meriwayatkan di dalam kitabnya bab Al_ambiya' dari Abdul Rahman bin Abu Laila yang berkata: "Ka'ab bin 'Ujrah pernah bertemu dengan ku, lalu berkata: "Mahukah kamu jika aku hadiahkan kepada mu sebuah hadiah yang aku dengar dari Rosulu-(A)llowh SAW?" Kemudian aku menjawab: "Ya, saya suka hadiah itu". Lalu Ka'ab bin 'Ujrah berkata: "Pada suatu ketika aku pernah bertanya kepada Rosulu-(A)llowh SAW: "Ya Rasulullah, bagaimana Ahlu-(a)lbait berselawat kepada mu? Dan Allowh telah mengajar kami bagaimana untuk bersalam". Apabila mendengar pertanyaan itu, Rosulu-(A)llowh SAW menjawab: "Katakanlah begini:

[Mafhum: Ya Allowh, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Maka sesunggguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Terpuji dan Maha Mulia. Ya Allowh, berikanlah barakah kepada Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim. Maka sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia]".".

Dalam bab yang lain pula (babTafsir Surah Al-Ahzab), Imam Bukhari menukilkan Hadith yang berikut:

[Mafhum: Dikatakan: "Ya Rosulu-(A)llowh, mengenai salam kepada mu, kami telah mengetahuinya. Kemudian bagaimanakah berselawat kepada mu?" Rosulu-(A)llowh SAW menjawab: "Ucapkanlah: "Ya Allowh, berikanlah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan selawat kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia. Ya Allowh berikanlah barakah kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia".".".]

Hadith ini juga ada diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya "Shahih Muslim" di dalam bab "A(l)dda'awat".

Ibnu Hajar di dalam kitabnya "Fath Al-Bari" bahawa inilah di antara hadith-hadith yang menerangkan tentang bagaiman cara untuk berselawat kepada Nabi SAW dan inilah cara berselawat kepada Nabi SAW yang paling utama. Selawat ini juga merupakan selawat yang terlengkap yang pernah diajarkan oleh Rosulu-(A)llowh SAW kerana di dalamnya terkumpul selawat kepada Baginda SAW, keluarga Baginda, kepada Nabi Ibrahim AS dan keluarganya.

Manakala Imam Nawawi RAH pula mengatakan selawat yang paling baik adalah selawat yang dinyatakan di dalam hadith berikut:

[Mafhum: Barangsiapa berkeinginan untuk menimbang dengan timbangan yang lebih sempurna jika dia berselawat terhadap kami, maka dia hendaklah berkata: "Ya Allowh, berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad, isteri-isteri Baginda yang merupakan ibu-ibu orang-orang mukmin, zuriat dan ahli baitnya, sebagaimana Engkau telah memberikan selawat kepada Ibrahim berserta keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". < Hadith Riwayat Abu Daud > ]

Maka bolehlah kita pilih salah satu dari tiga bentuk selawat seperti di atas untuk diamalkan .. atau .. amalkan sahaja ketiga-tiganya pada masa yang berlainan .. atau .. amalkan mana-mana yang sesuai menurut gerak hati kita semasa hendak mengamalkannya.

Hukum selawat adalah bertitik tolak dari perintah Allowh SWT melalui kalam Nya:
quote:


Mafhum: Sesungguhnya Allowh dan malaikat Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

< Al_ahzaab : 56 >

Pendek kata .. permintaan Kekasih bukanlah suatu yang boleh dianggap remeh .. ianya tersangatlah penting dan tersangatlah tinggi keutamaannya!

wa-(A)llowhu-aa'lam

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 28hb Julai 2005, 11:13:34 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.242.:-)

abede
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 28hb Julai 2005, 11:19:04 mlm    [Edit]


potpetpotpet dan luar pagar,

Insyaallah..

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

Wali9
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 29hb Julai 2005, 11:12:14 pagi    [Edit]
...teringat masa pergi Mekah last Sept....bila pintu ka'abah terbuka selepas tawaf.....teringat Potpet kirim salam.....tak tau nak cakap apa...Ya Allah Hamba Allah bernama Potpetpotpet dari Melayu.com Kirim salam...begitu juga semasa diRaudah(Taman Syurga) 3 hari berturut salam kepada Rasulullah dari umatnya bernama Potpetpotpet dari Melayu.com Kirim.......


Selepas memberi salam saya yg tersenyum sasorang pasal tiada nama dan berkata pd diri sendiri...bleh gitu....

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 29hb Julai 2005, 10:18:24 mlm    [Edit]
quote:
Hamba Allah bernama Potpetpotpet dari Melayu.com Kirim salam
Wali .. jazaakumu-(A)llowhu-khoiron-kathiiron! Potpetpotpet pun dah tidak berapa ingat dalam thread mana Potpetpotpet berkirim salam itu! Moga-moga Potpetpotpet dapat jemputan lagi untuk ke sana!

Abede .. tentunya sudah bersiap-siap untuk perjalan tersebut .. Potpetpotpet ada create thread dalam Sembang Sastera & Budaya dengan tajuk Catatan Perjalanan : Jejak Seorang Hamba link http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=790 .. cubalah jenguk di sana .. mungkin ada maklumat yang boleh Abede manfaatkan!

Why not Abede .. catatkan perjalanan Umrah Abede itu nanti .. perasaan .. pengalaman .. dan apa-apa maklumat .. kemudian boleh post-kan dalam MDC untuk manfaat Warga MDC semata-mata kerana Allowh SWT .. who knows .. asbab apa yang Abede sampaikan itu maka tercetus keinginan beberapa Warga MDC untuk melakukan perjalanan Umrah!

Wali .. jika ada apa-apa kenangan .. pengalaman .. atau apa-apa perasaan semasa perjalanan Umrah Wali yang tersebut .. yang ingin Wali rakamkan .. silalah rakamkan dalam thread Potpetpotpet itu .. Potpetpotpet pun teringin berkongsi sama .. teringat juga Potpetpotpet untuk menyambung semula catatan perjalanan tersebut .. insyaa-Allowh!

Rindu kan dengan Makkah dan Madinah ..

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.35.:-)

missKay
Ahli Baru
19. Dihantar pada 03hb Ogos 2005, 11:50:41 pagi    [Edit]


Allahuakbar.... terharu baca kisah sahabat yang ditaip potpet... terima kasih banyak˛.... and selawat˛ yang diajar...

untuk moshi dan potpet juga...semoga Allah membalas kebaikan kalian berdua... dan segala puji bg Allah yang memberi kemudahan kepada hambaNya dalam menuntut keredhaanNya...

abede... semoga keberkatan Allah makin bertambah untuk anda...amin... jgn lupa sampaikan "salam" saya juga sebagai hambaNya yang hina dan kerdil yang terlalu teringin ke sana, dan salam ke atas Nabiku Rasulullah sallahualaihi wasalam... jgn lupa.... jaza kallah.....

219.95.81.:-)

maira70
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 03hb Ogos 2005, 1:04:28 tghari    [Edit]
,
abede

Semoga Allah permudahkan segala urusan anda di sana..dan semoga anda turut merasai nikmatnya sujud ketika bersolat di dalam dua masjid itu...betapa syahdunya solat subuh di dua tanah haram...

Kalau tidak keberatan saya seperti rakan-rakan lain ingin mengirim salam kepada nabi yang kita kasihi...terimakasih.

--------------
Bukan Kerana Nama

219.93.33.:-)

moshi
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 03hb Ogos 2005, 6:13:31 ptg    [Edit]

Salam.

Berkirimlah salam kepada yang hidup dari Mukmin yang hidup,
itulah keutamaan.
dan berdoalah untuk keampunan diri sendiri dan Mukmin-Mukminah agar menjadi lebih bertaqwa kepada NYA.


BERSELAWATLAH KEATAS RASULULLAH SAW DIMANA JUGA KITA BERADA,
APABILA DITERIMA ALLAH SWT SELAWAT @ SALAM KITA KEPADA NABI SAW, ia PASTI AKAN ALLAH SWT BERIKAN SEPULUH KALI GANDA DOA KESELAMATAN KITA DARI ALLAH SWT.

Yang pasti,
Perbaikilah iman dan amal kita kearah bersungguh belajar menjadi MUKMIN SEBENAR,
HANYA ITULAH CARA SELAWAT DAN SALAM KITA DIDENGAR @ DITERIMA OLEH ALLAH SWT, dan bukan sebaliknya.

Kerana,
setiap selawat dan salam dari PENGAMAL KEMUNAFIKAN ATAU KEFASIKAN SEHARUS DIDAHULUI DARI TAUBAT DAN PERMOHONAN AMPUNAN ALLAH SWT, semuga Allah SWT menerima taubat kita lalu menerima setiap doa kita.

Ingatlah: amalan kemunafikan dan kefasikan adalah penghalang dari diterima doa, didoakan hatta dari 'WALI @ YANG DIKASIHI ALLAH SWT' melainkan setelah dirinya sendiri bersungguh bertaubat dan memohon bersungguh meninggalkan amalan mekasiatiNya lalu diampunkan Allah SWT akan dosa-dosanya.
Memohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun tanpa rasa kecewa dan berputus asa JIKA BENAR MUKMIN.
InsyaAllah.
Astaghafirullah al adzim.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 03hb Ogos 2005, 6:17:00 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

abede
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 03hb Ogos 2005, 10:19:34 mlm    [Edit]
Insyaallah, insyaallah..

tuan haji potpetpotpet thanks..tapi nampaknya saya tak lah sepandai tuan dlm bab penulisan nih...dulu periksa BM karangan pun kantol
namun apa pun menarik sekali catatan anda

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 00:05:18 pagi    [Edit]
Abede .. 'afwan .. Potpetpotpet sekedar belajar-belajar menulis .. Abede pun boleh sama-sama mengasah bakat .. apa yang penting kita niatkan sebagai dakwah kepada kebaikan kerana mencari keredhaan Allowh SWT! Kita cetuskan kemahuan dalam hati .. kita janakan perancangan dalam minda .. kita zahirkan catatan atas kertas .. kita kompilkan memoirs dalam kata dan frasa .. Allowh yang buat keputusan!

Kerinduan di dada mu Abede .. kian memuncak kan?

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.111.46.:-)

abede
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 02:56:56 pagi    [Edit]
terus terang saka katakan ya..
Sekarang jadi sensitif...baca perihal Rasul..air mata bertakung..tadi, surf-surf yang bersangkutan baginda rasul..hati jadi sebak air mata bertakung..baca buku kalau ada gambar-gambar kat mekah dan madinah pun air mata akan bertakung..kat rumah anak-anak tengok kartun CD berjudul "Muhammad Pesuruh Allah" bila saja joint tengok gak pasti jadi sebak air mata pun nak meleleh....sai pa ha?

Cuma rasa terkilan sikit sebab tak mungkin utk saya completekan sembahyang berjemaah di masjid nabi selama 40 waktu tanpa henti.. dan saya memang teringin sangat-sangat(golden dream) utk berbuat begitu..tapi apakan daya saya cuma ada 14 hari total masa di makkah dan madinah keseluruhan, ..

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 09:40:18 pagi    [Edit]
quote:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Bashir, ayah anak itu telah syahid...” Suasana pun berubah menjadi pilu ketika anak tersebut mulai menangis, Rasulullah menghiburnya: "Wahai ghulam... Apakah engkau tidak suka apabila aku menjadi ayahmu, 'Aisyah menjadi ibumu dan Fathimah menjadi kakak mu.
..?"


alangkah indahnya hidup ini......

abede....... ingat Allah banyak-2

TQ potpet....

60.48.176.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 04hb Ogos 2005, 11:23:03 pagi    [Edit]
quote:
Rosulu-(A)llowh SAW bersabda: "Belum sempurna iman seseorang kecuali bila aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan seluruh manusia." (H.R. Muslim)
Warga MDC .. benarkah cinta kasih kita terhadap Rosulu-(A)llowh SAW adalah lebih besar dan lebih utama berbanding dengan cinta kasih kita terhadap diri sendiri, kedua ibu bapa, adik beradik, suami/isteri, anak-anak, keluarga dan sesiapa jua pun dalam pentas kehidupan ini .. benarkah itu?



Lihatlah sekitar kita! Islam yang Rosulu-(A)llowh SAW sampaikan dengan penuh penderitaan dan kesengsaraan sedang dicabek-cabek .. dicarik-carik .. oleh golongan Kuffar dan kuncu-kuncu serta penyokong-penyokongnya .. di hadapan mata kita!

Lihatlah sekitar kita! Sunnah-sunnah Baginda SAW sedang dicampak-campak .. diinjak-injak .. dihina-hina .. dikata-kata .. diarab-arabkan .. dikolot-kolotkan .. oleh kalangan yang kononnya mengaku Muslim tetapi berhati dan berminda Yahudi, Nasrani, Atheist, penyembah berhala dll .. pun di hadapan mata kita!

Lihatlah diri kita sendiri! Apakah kita telah memetakan semula peta minda kita supaya dapat mencontohi cara berfikir .. cara bercakap .. cara bertindak .. dan cara hidup .. atas suri teladan yang diperagakan oleh Baginda Rosul SAW?

Lihatlah diri kita sendiri! Apakah kita ada sedikit kerisauan dari apa yang dirisaukan oleh Baginda Rosul SAW?

Lihatlah diri kita sendiri! Apakah hati kita lebih cenderung untuk menjalani gaya dan style hidup sebagaimana kehidupan Baginda Rosul SAW dan para Sahabat RA .. ataukah kita lebih cenderung untuk menjalani gaya dan style kehidupan Yahudi, Nasrani, Atheist, penyembah berhala dll?

Lihatlah juga ayah kita .. ibu kita .. adik beradik kita .. suami kita .. isteri kita .. anak-anak kita .. keluarga kita .. sahabat handai kita .. Ummat .. sejauh mana mereka sedang memupuk cinta kasih yang hangat .. yang sejati .. terhadap Habibi-(A)llaah Muhammad SAW .. sejauh mana pula kita telah berusaha supaya merka dapat memupuk dan memyuburkan cinta kasih terhadap Baginda SAW?



Maka .. betulkah kita benar-benar telah mencintai Rosulu-(A)llowh SAW?
quote:


Mafhum: "Ya Allowh, limpahkanlah selawat atas junjungan kami, Muhammad, dengan suatu selawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau mensucikan kami dari semua kejahatan, yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke darjat yang tinggi di sisi Mu, dan yang menyebabkan Engkau menyampaikan semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat."

[Catatan: Selawat di atas disebutkan di dalam kitab Dalâ'il. Dalam syarah kitab tersebut disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata, "Barangsiapa yang membaca selawat ini dalarn setiap perkara penting atau bencana sebanyak seribu kali, niscaya Allah akan melepaskan bencana itu darinya, dan menyampaikan apa yang diinginkannya."]
Ketahuilah .. bencana besar yang sedang menimpa setiap kita adalah kerana masih gagal untuk mencintai dan mengasihi Rosulu-(A)llowh SAW sebagaimana cinta kasih yang sewajarnya dan selayaknya diterima oleh Baginda SAW dari kita semua .. maka marilah kita beramal dengan selawat di atas untuk melepaskan diri kita dari bencana ini!

Ayuh .. mulai saat ini kita belajar untuk mencintai dan mengasihi Baginda Rosulu-(A)llowh SAW dengan sebenar-benar cinta kasih yang murni dan sejati!

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 06hb Ogos 2005, 4:00:33 ptg    [Edit]
Sebuah photo untuk semua Warga MDC dan khusus untuk Abede .. menurut penglihatan Potpepotpet .. photo ini diambil dari arah Perkuburan Baqik .. arah kiri Kubah Hijau yang masyhor itu adalah arah qiblah .. di sebelah kanan Kubah Hijau betul-betul sebelah kanan pintu (i.e. Pintu Jibril) adalah kamar di mana Baginda Roslu-(A)llowh SAW dan 2 sahabat besar iaitu Abu Bakar RA dan 'Umar RA dibaringkan! Di sebelah sana kamar tersebut sehingga ke perbatasan Mimbar Rosul adalah ruang Raudhoh! Di ruang Raudhoh banyak terdapat tiang dan sebahagian tiang tersebut diberi nama sesuai dengan sejarah yang berkaitan seperti Tiang Fatimah, Tiang Taubah, Tiang Sarir dll. Manakala di belakang kamar ada sebuah pentas dan itulah pentas Suffah di mana semasa hayat Baginda SAW para ahlu-(al)ssuffah bersantai memerhati dan mempelajari kehidupan Sunnah Baginda Muhammad SAW!


--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.199.:-)

M_74
Ahli Interaktif
28. Dihantar pada 07hb Ogos 2005, 00:01:25 pagi    [Edit]
assalamualaikum..

di mana terletak pusaranya puteri rasullullah iaitu Fatimah Az-Zahra'?
boleh kasi tahu tak.?

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.95.208.:-)

maira70
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 08hb Ogos 2005, 12:26:52 tghari    [Edit]


Di perkuburan Baqi bersebelahan masjid nabawi...

Bukan sahaja kita akan merasa terharu dan sedih teramat apabila berada di hadapan maqam rasulullah malah di makam saidina abu bakar, umar dan di perkuburan baqi dan saidina hamzah serta para syuhada pun kita akan merasa sayu...inilah perasaan yang Allah akan berikan kepada kita apabila berada di Madinah dan Makkah....malah dari kejauhan kita memandang makam Khadijah pun dah rasa sedih bila mengingatkan pengorbanan mereka...

--------------
Bukan Kerana Nama

219.93.33.:-)

abede
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 04hb September 2005, 02:58:15 pagi    [Edit]
Terima kasih kepada potpet2x dengan penerangan mengenai gambar tuh...

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

missKay
Ahli Baru
31. Dihantar pada 04hb September 2005, 05:22:49 pagi    [Edit]


maira70

gambar yang potpet selit nih pun dah cukup meruntun hati saya dan terlalu sayu saya lihat masjid tuh...sebab kenangan˛ manis,pahit, segala pengorbanan rasulullah dan sahabat˛ nya yang mulia terus menerpa d minda saya bila melihat gambar nih....Allahu akbar....

nila first time saya respone setelah melayu.com under progress... punyalah rindu tak terkata... .... bila dah dapat, bercucuran air mata saya.... sebab di SACH la saya banyak meneroka ilmu˛ dari golongan yang cerdik pandai... semoga Allah sentiasa memberkati apa jua usaha kita...

::Semoga Allah membalas kebaikan kepada anda: MELAYU.COM

219.95.81.:-)

M_74
Ahli Interaktif
32. Dihantar pada 06hb September 2005, 3:28:18 ptg    [Edit]
Assalamualaiku..

maira 70 : apa yang saya faham.. bukan di situ perkuburan baqi..
dan apa yang difahamkan kuburan puteri nabi itu tidak diketahui orang..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

218.208.192.:-)

maira70
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 07hb September 2005, 04:46:19 pagi    [Edit]


quote:
maira 70 : apa yang saya faham.. bukan di situ perkuburan baqi..
dan apa yang difahamkan kuburan puteri nabi itu tidak diketahui orang..


Maaf jika saya salah..semasa saya di Madinah ustaz dalam kumpulan saya menunjukkan sebuah kawasan perkuburan yang dinamakan perkuburan baqi berhampiran masjid nabi. Itu yang diberitahu. Malangnya org perempuan tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan tersebut hanya org lelaki sahaja..itupun ada waktu2 tertentu.

MissKay,

Saya doakan semoga hajat anda termakbul dan disegerakan niat suci anda itu.

--------------
Bukan Kerana Nama

219.93.33.:-)

M_74
Ahli Interaktif
34. Dihantar pada 09hb September 2005, 12:21:07 tghari    [Edit]
Assalamualaikum..

maira70 : sebenarnya tiada siapa dkalangan umat islam yang mengetahui dimana
pusara sebenar Fatimah Az-Zahra..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

60.48.6.:-)

abede
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 10hb September 2005, 02:45:17 pagi    [Edit]
M74, ada yang mengatakan kuburnya berada di Egypt namun ada juga pendapat yang mengatakan kuburnya terletak di syria..wallahualam

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

M_74
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 10hb September 2005, 4:30:12 ptg    [Edit]
assalamualaikum..

abede: persoalan kenapa pusaranya tidak diketahui..
sedang beliau adalah puteri kesayangan rasul.. tidak
ada ceritakah sebalik itu semua..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.95.34.:-)

maira70
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 13hb September 2005, 04:17:16 pagi    [Edit]


Timakasih M74. Adakah ketidak tahuan makam Fatimah disebabkan wasiatnya kepada Saidina Ali supaya tidak diberitahu kepada saidina Abu Bakar dan Umar mengenai kematiannya...?

--------------
Bukan Kerana Nama

219.93.33.:-)

M_74
Ahli Interaktif
38. Dihantar pada 18hb September 2005, 1:34:26 tghari    [Edit]
assalamualaikum..

emm.. ada sebahagia ulama mengatakan.. maqammua fatimah az-zahra
ialah antara mimbar dan maqam nabi.. di mana ada yang solat di situ..
pendapat in ada dinyatakan di situlah raudah (taman-taman syurga)..
cuma jawapan yang sebenarnya hanya dikathui oleh keluarganya..

maira : Imam Ali a.s telah menunaikan wasiat isterinya, kerana beberapa sebab yang sukar dijelaskan di sini secara terperinci.. tetapi yang nyata sekali fatimah pernah marah kepada beberapa orang sahabat nabi berkenaan tanah fadak..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.95.240.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005