Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 20hb JamadilAkhir 1435 @ 21hb April 2014, 3:05:04 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh HUKUM : Rambut Gugur dan Potong kuku Masa haid
maz3d
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 20hb April 2005, 11:51:37 mlm    [Edit]
Saya nak tanya:-
Apa hukumnya kalau rambut gugur lantai atau lekat pada sikat. Patutkah
kita kutip dan kumpulkan. Apa pula hukumnya kalau potong kuku yg panjang sbb tak selesa. Adakah kita wajib mandi hadas besar bersama2 dgn rambut dan kuku tersebut?.
Sila berikan penjelasan. Saya percaya mesti ramai yg berada dalam situasi
sedemikian.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

rockgirl
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 21hb April 2005, 00:18:39 pagi    [Edit]
,

sabda Rasulullah SAW

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman.."

dan

"Sesungguhnya Allah itu baik menyukai kebaikan, bersih menyukai kebersihan, murah hati menyenangi sifat murah hati, dermawan menyukai sifat kedermawanan. Kerana itu, bersihkanlah halaman rumah kamu dan jangan meniru-niru orang Yahudi (orang Yahudi suka menumpuk sampah di halaman rumah)."

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

dan Firman Allah SAW

"...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri (menjaga kebersihan diri rohani dan jasmani)".

(S. Al-Baqarah: 222).

Dari sini,kita dapat lihat bahawa Islam sangat menitikberatkan soal kebersihan diri.Tentang soal harus mengutip rambut yg gugur dan kuku yg panjang tidak boleh dipotong...pada pendapat saya,andai ada (saya tak pasti samada ada atau tidak) hadis yang menyatakan hukumnya adalah wajib,pada pendapat saya,hadis tersebut adalah hadis yg daif untuk dibicarakan.Ini kerana apabila kita mandi wajib selepas haid,anggota badan yg wajib menyentuh air adalah anggota badan yang terdapat di seluruh badan sahaja.Tidak termasuk kuku yg telah dipotong dan rambut yg gugur kerana ianya bukanlah lagi anggota badan kita.

Selain itu,sewaktu kita didatangi haid,amatlah perlu menitikberatkan juga soal kebersihan.Oleh itu,memotong kuku yang panjang adalah sangat dituntut.Ini untuk mengelakkan kekotoran pada diri serta kesihatan yg baik buat kita.

wallahualam

--------------
Biru yang cumil...

218.111.153.:-)

moshi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 21hb April 2005, 00:19:22 pagi    [Edit]

Salam.

Terdapat ilmuan yang membawakan kes sebegini dengan berhujah:

Dari hadis Ahmad dan Abu Daud RA, dari Hadzrat Ali RA berkata .
"Barangsiapa meninggalkan 'maudhi'a sya'ratin', tidak mengenai ari (atau tidak dicuci) dalam mandi janabah @ mandi wajib, maka Allah akan membuatnya (begini begini) dari api neraka"

'maudhi'a sya'ratin' sering diterjemahkan "sepotong rambut" atau "akar sehelai rambut".

Mungkin dari terjemahan inilah, berkembang pengertian, seperti yang dijelaskan kepada kita, sedemikian itu adalah bagaikan peringatan bagi orang yang dalam janabah dan harus hati-hati dengan rambutnya. Jangan sampai lepas sehingga pada waktu mandi, tidak ada yang ketinggalan dibasuh.

Ilmuan ada menjelaskan bahawa : mengartikan 'maudhi'a sya'ratin' secara harfiyah:
ialah "tempat sehelai rambut".

Jadi pengertiannya: mandi janabah itu harus meratai seluruh rambut atau sekujur tubuh, meliputi permukaan kulit dan rambut. Jangan ada yang ketinggalan sedikitpun, se(tempat sehelai) rambut pun.

Demikian juga kuku, namun: memotong kuku adalah memang 'fitrah' dan diSunnahkan dipotong setiap hari Jumaat, haruslah dipotong untok bersih dan tanamkanlah dengan baik. Selaras dengan maksud tidak menimbulkan sebarang pandangan kotor atau fitnah dalam keluaarga dan masyarakat.

Sikap berhati-hati, dalam pengertian mengambil berat dengan tuntunan dan ajaran seperti demikian, adalah sikap terpuji. Namun tentu saja tidaklah agama itu amat membebankan, maka berbuatlah dengan kemampuan yang mudah:

Andai rasa, empunya kekuatan tanamkanlah rambut atau atau kuku
( sebahagian dari tulang itu ) dengan baik, tidaklah haram jika membersihkannya dengan menjirus air sebelum ditanam, sebagai rasa ada keperihatinan.

Secara jelas saya juga mencari hadis dalam ehwal berkenaan, selagi belum menemui, maka buatlah yang mudah.


Allah berfirman:

"Bertakwalah kepada Allah semampumu" ( 64 At-Taghaabun: 16)

Dan Rasulullah Saw. bersabda:

"Apabila aku memerintahkan mengerjakan sesuatu, maka laksanakanlah itu semampumu" (dari Abu Hurairah dari Bukahri-Muslim)

WA. JKKK.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 21hb April 2005, 00:21:25 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

maz3d
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 21hb April 2005, 6:16:27 ptg    [Edit]
tq dgn penerangan diatas.
Saya pernah dengar ustazah/ustaz menerangkan pasal hal ni.
Kita buat semampu yg kita boleh. Itulah
yg saya buat sekrg ni. Cuma kuku tu saya simpan dan mandikan bersama2.
Ada org kata, nanti kuku tu akan persoalkan masa di akhirat kelak sbb kuku tu
kotor(tak dimandikan). Pasal potong kuku masa haid mmg ramai yg tegur tapi saya buat juga sbb tak selesa.
Hairan jugak dgn minda org camtu....takkan nak biar

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.104.:-)

maReeyo
Ahli Setia
5. Dihantar pada 22hb April 2005, 1:55:21 tghari    [Edit]

masa dulu2 ramai gak org kata xboleh potong kuku or potong rambut masa haid.. tapi since banyak kali dengar ceramah sana sini, ade ustaz/ah yang kata boleh dan ade jugak yang kata xboleh.
pada aku kebersihan tetap penting. kalau kuku dah panjang sangat, nak buat ape pon xselesa kan...

aku potong gak kuku masa haid, pastu bawak jugak time mandi. tang rambut tu, mak aku kata (dia ade dengar ceramah jugak), kalau mana yang gugur masa mandi/ masa sikat, xyah bawak mandi sekali..

wallahua'lam

--------------
http://www.klik4biz.com/?ref=MyVi

219.93.97.:-)

baok
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 24hb April 2005, 02:33:59 pagi    [Edit]
err... aku sedikit confuse bab nih... tiu kalau bab orang perempuan... kalau bab lelaki... tengah berhadas besar... sebelum mandi.. leh tak potong kuku atau gunting rambut.. kalau leh wajibke mandikan skali kuku/rambut yg dah dipotong tuh....

--------------
salam aidilfitri... maaf zahir batin...

60.48.8.:-)

maz3d
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 24hb April 2005, 10:25:02 mlm    [Edit]
rasanya lelaki atau pompuan same jer.....Mandi Hadas sama gak kene buat....kalau boleh cuba elakkan potong kalau badan masih kotor sbb lom mandi hadas besar..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.107.:-)

Nikmaya
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 25hb April 2005, 12:22:18 tghari    [Edit]
perempuan hadas besar terutama masa haid atau nifas masanya lama. Jadi kalau nak simpan kuku yang panjang dan kotor tu, rasanya tak elok. Rasanya tak salah kalau nak potong dalam waktu hadas tuh....tapi kiranya nak simpan dan cucikan sekali sewaktu kita mandi hadas nanti pun tak salah. Tapi kalau kiranya kita buang terus pula tak salah rasanya kan?

--------------
Sekali Jatuh Tidak Bererti Jatuh Selama-lamanya!

219.93.56.:-)

maz3d
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 26hb April 2005, 10:24:03 mlm    [Edit]
refer kat ustaz atau ustazah lebih tepat jwpannya...

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

rowhoney
Ahli Aktif
10. Dihantar pada 28hb April 2005, 3:42:18 ptg    [Edit]
maz3d,

saya pun biasa simpan kuku yang dipotong tu untuk mandikan sekali.. pasal rambut pulak... saya ada dengar dari seorang ustaz.. kalau rambut tu gugur secara tak sengaja, maksudnya masa kita syampu atau sikat, takper coz bukan kita saja2 nak cabut rambut tu tapi kalau kita gunting rambut masa haid, memang kena mandikan sekali...

err, kalau silap tolong betulkan..

--------------
till we meet again..... insyaAllah...

219.92.188.:-)

maz3d
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 10:35:45 mlm    [Edit]
..nak tanya boleh potong kuku waktu malam tak?....pernah dengar org kata..
pendek umur..takut jugak ler..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
12. Dihantar pada 09hb Mei 2005, 3:55:14 ptg    [Edit]
Pernah tanya ustaz ni.. Dia kata knp takleh potong kuku time uzur.. Sbb kalau bersalin 44 hari berpantang tu takkan takleh potong kuku 44 hari.. Mak ai mcm pontianak lak kuku tu..

Islam tak menyusahkan umatnya.. Takde la kuku2 yg kecik2 tu atau rambut yg terbang2 tu hendak dimandikan.. Kutip dan simpan mana yg termampu dan kalau boleh tanam.

Tu jer.. takde la sampai tahap WAJIB dimandikan sama.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

roseum
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 11hb Mei 2005, 00:26:41 pagi    [Edit]


ermm... interesting topic... banyak pendapat, ada yg kata x per, ada yg kata x bleh.. tapi yer lar kan, Islam tak menyusahkan kita, apa yg termudah dan termampu, kita buatlah....


--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

218.111.20.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005