Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 21hb Dzulkaedah 1435 @ 16hb September 2014, 08:53:08 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh NABI MUHAMMAD SAW. : benarkah kita kasih-menyintai Baginda SAW ?
moshi
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 20hb April 2005, 7:11:05 mlm    [Edit]

Salam.



Katakanlah:"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Firman Allah SWT : Surah 3 Ali Imran :31 )


Abdullah bin Mughaffal RA berkata, seorang telah datang menemui Nabi SAW dan berkata:
Demi Allah, sangat kasih kepada mu, Ya Rasulullah.

dijawab nabi SAW:
Perhatikan benar-benar perkataanmu itu.

Orang itu berkata pula:
Demi Allah, saya cinta kepadamu, Ya Rasulullah.
( Di ulangi sehingga tiga kali)

Maka Nabi SAW bersabda:
Kalau benar kamu cinta-kasih kepadaku, maka bersiap-siaplah menghadapi kemiskinan-kesusahan, persiapan dengan baju (benteng iman) yang kukuh ( agar dapat menghadapi segala kemungkinan susahpayah), kerana kemiskinan-susahpayah itu lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta-kasih kepadaku melebehi kecepatan (air) banjir kedalam jurang (lembah-gaung yang dalam).
( Hadis Riwayat At Tirmidizi )



NOTA:

Benarkah ?
APABILA TIBA 12 RABI'UL AWAL
dengan berarak beramai-ramai dijalanan
'semacam demonstrasi menunjukan sokongan' itu
sebagai MEMBOKTIKAN KITA MENYINTAI-MENGASIHI RASULULLAH SAW ?

Itukah ciri-ciri 'menunjukan perasaan' kasih-cinta
dan yang selaras memenuhi tuntutan 'SYAHADAH' ?
TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
dan MUHAMMAD adalah ( pesuruh) RASUL ALLAH
yang membawa maksud rengkasnya :
HANYA MENTAATI ALLAH SWT
mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW.



Semuga mendapat reaksi dari netters yang lebih memberi manfaat kepada umat Islam seluruhnya, dalam usaha kita menjadikan diri yang bersungguh mentaati Allah SWT mengikuti cara Nabi Muhammad SAW dan bukan pengikut bid'ah atau ikut-ikut buta. InsyaAllah.

JKK. WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

luarpagar
Ahli Setia
2. Dihantar pada 20hb April 2005, 11:23:47 mlm    [Edit]
soalan ni mudah tapi berat ..semua orang boleh kata menyintai tapi hakikat sebenarnya mungkin memusuhi ...semuanya ada dalam hati

219.95.210.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 20hb April 2005, 11:43:56 mlm    [Edit]
quote:
Benarkah ?
APABILA TIBA 12 RABI'UL AWAL
dengan berarak beramai-ramai dijalanan
'semacam demonstrasi menunjukan sokongan' itu
sebagai MEMBOKTIKAN KITA MENYINTAI-MENGASIHI RASULULLAH SAW ?



tu cuma nak tunjuk kat org luar ... kita ni ????????.....
hakikatnya......Tuhan jer yg tahu

60.48.182.:-)

moshi
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 21hb April 2005, 00:59:26 pagi    [Edit]

Salam.

Sambutan orang ramai dikalangan Ansar pada waktu ketibaan Nabi Muhammad SAW di Madinah adalah - awal Islam yakni Islam belum sempurna dan MADINAH baru mahu menerima KEDATANGAN NABI MUHAMMAD SAW DAN SYARIAT ISLAMNYA.

Perarakan ketepi-tepi jalan menunjukan kesukaan, JIKA mengambil contoh sebagaimana orang Ansar itu, adalah BID'AH, yang bukan dari ajaran Rasululalh SAW. Kerana orang-orang Ansar diwaktu itu baru mahu menerima Islam (Belum Islam). Ini bermaksud masih 'Jahilyyah'.

ALLAH SWT memerintahkan agar kita banyak BERSELAWAT keatas Nabi SAW dan ALLAH SELAWAT ATAS KITA SEPULOH KALI.
JIKA MAJLIS ZIKIR adanya SELAWAT ATAS NABI SAW bukanlah diajarkan agar berselawat keliling bandar macam CINA MATI
Jagan heran jika orang budhist kata, lu pun selupa gua
Itu baru cerita pasal ibadah sendirian (sunyi-sunyi).

WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 21hb April 2005, 01:02:42 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 21hb April 2005, 1:39:21 tghari    [Edit]

Salam.


DiMalaysia, ramai orang Islam marah-marah apabila cakap pasal 'Syiah', maka macam-macamlah mereka kata tentang syiah nih.

yang menghairankan, SAMBUTAN MAULUD NABI yang dianjurkan diMalaysia adalah ciptaan DINASTI FATIMIYAH (SYIAH).
harus benci tapi rinndu.

Saya belum lagi menemui sebarang HUJAH ATAU NAS SUNNAH tentang sambutan Maulud Nabi sebagaimana perarakan yang dibuat oleh masyarakat masa ini, walaupun mereka semua mengaku HEBAT ASWJ.
Yang ada, fakta sambutan ini dimulakan oleh kerabat raja Dinasti Fatimiyah Syiah.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

maReeyo
Ahli Setia
6. Dihantar pada 22hb April 2005, 1:47:06 tghari    [Edit]
setiap kali solat , aku berselawat ke atas baginda... SAW, setiap kali tu jugak aku ingatkan dia...
setiap kali mengingati baginda.. SAW.. hati aku sebak dan menangis...

kenkadang rasa shahdu.. sayu...

* Mesej ini telah disunting oleh maReeyo pada 22hb April 2005, 1:48:21 tghari

--------------
http://www.klik4biz.com/?ref=MyVi

219.93.97.:-)

Nikmaya
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 22hb April 2005, 4:53:43 ptg    [Edit]
Kalau kita sayang dan kasih serta ingatkan Nabi dan Rasulullah S.A.W, apa yang diajar kita mesti ikut, dan apa yang dilarang kita mesti tinggalkan tapi ini sebaliknya.

Sebagai contoh, benda yang kecil2, seperti:

1) masuk bilik air dgn kaki kiri, keluar bilik air ngan kaki kanan.
2) disunatkan pakai selipar dalam bilik air.
3) tidur mengiring ke kanan.
4) setiap memulakan sesuatu dan mengakhiri sesuatu dengan DOA.
5) mengikuti contoh2 teladannya yang baik
- contoh: *orang kafir bagi dia satu bakul limau yang masam
dia habiskan kesemuanya utk tidak mengecewakan org
yang memberi.
* orang baling dia najis dia tak balas, dsb
(dan akhirnya membuatkan ramai org memeluk agama Islam kerananya.)

Ikutilah Ajarannya kerana ini menunjukkan kita sayang dan menyintai Nabi dan Allah S.W.T

* Mesej ini telah disunting oleh Nikmaya pada 22hb April 2005, 4:55:53 ptg

--------------
Sekali Jatuh Tidak Bererti Jatuh Selama-lamanya!

219.93.56.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 22hb April 2005, 5:59:33 ptg    [Edit]
Memang susah nak buktikan kita cinta pada Nabi...tapi kalau kita tak cinta pada Nabi..takut pulak dia tak ngaku kita ni umat dia..sbb di akhirat nanti..hanya Nabi yg boleh bagi syafaat pada kita..itulah kelebihan org yg mencintai Nabi..beso ganjarannya tu.. .

nak confirm nabi terima kita sbg umatnya..dia cek 5 perkara ni..ada 5 ni..insyaallah..dia ngaku kita umatnya dan insyaallah syafaat dia ada utk kita..


1. Ketaatan terhadap syariat Nabi-apa yg dia syariatkan, sejauhmana kita ikuti?
2. Kecintaan terhadap Nabi-camne kita pertahankan nama Nabi kita tu...kalau org huna Nabi..kita buat bodoh aje ker..atau camner?
3.Penghormatan kepada Nabi- sejauhmana kita hormatkan nabi..cth kita gi melawat makam Nabi..kan dah tulis kat situ..rendahkan suara dsbgnya..tanda respek pada dia.
4. Sejauhmana kita mencontohi akhlak, keperibadian dan kisah2 teladan yg nabi tunjukkan- ni kena baca sirah nabi..baru tau kisahnya..
5. Selawat dan salam kepadanya..tanda kita cintakan Nabi..cth cam zaman bercinta laa..si polan dan polaniah tu la yg jadi sebutan..makan ingat dia, minum ingat,.buat apa pun ingat laa..cinta la katakan..


Kalau ni kita lepas..insyaallah..benarlah kita kasih dan menyintai Nabi..Muhammad saw...dan balasan pada kita..cukup setimpal dgn apa yg kita lakukan.

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

abede
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 23hb April 2005, 10:33:13 pagi    [Edit]
menyintai Baginda SAW??? lihat saja sejauh mana kita mendirikan sunnah-sunnah baginda...

wallahualam

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

AhmadRazin
Ahli Baru
10. Dihantar pada 23hb April 2005, 11:10:31 pagi    [Edit]
semua,

saya tumpang belajar...
Mintak tolong sapa-sapa ajarkan saya macam mana nak beri salam dan selawat ke atas nabi Mohammad SAW?
Yg ringkas, yang mudah... Moga-moga menjadi amalan sehari-harian, insya-Allah.


219.95.181.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 23hb April 2005, 6:24:07 ptg    [Edit]
Ada sambutan memperingati Maulid .. diberi cuti am .. pun ramai yang tidak tahu bahawa hari tersebut adalah 12 Rabi'u-(a)l_auwal .. sempena kelahiran Baginda Muhammad SAW .. jika tidak ada sambutan memperingati maulid .. lagilah .. agaknya nak sebut Rabi'u-(a)l_auwal pun tidak terkeluar bunyi .. bergulung lidah!

Sambutan memperingati Maulid Nabi SAW ini .. suatu tarbiyah .. suatu pendidikan .. belajar menghargai apa yang dikurniakan Allowh SWT .. belajar memperingati satu tarikh yang sangat penting dalam sejarah kehidupan beragama .. belajar menyingkap kembali detik-detik peristiwa sejarah yang membawa kesan dalam kehidupan manusia sejagat .. belajar membuat apresiasi atas terjadinya suatu peristiwa yang telah begitu banyak mendatangkan kebaikan diseluruh alam berzaman-zaman .. peluang untuk setiap kita review .. setakat mana kita mempunyai info mengenai seorang insan terpilih dan apa juga yang dilaluinya .. diperjuangkannya .. disampaikannya .. dilaksanakannya .. dirintisnya .. diwasiatkannya .. untuk kita lanjutkan .. untuk kita teruskan .. untuk kita hayati .. dalam ruang kehidupan yang serba sementara ini!

Khabarnya .. dari mulut orang yang tengok berita TV3 .. pada malam 12 Rabi'u-(a)l_auwal .. ramai remaja lepak di dataran dan taman di sekitar KL .. bila ditanya mengenai cuti .. ramai seperti tidak berapa tahu mengenai cuti memperingati Maulidu-(al)rrosul! Malam itu .. ramai pula dewasa menggoyang apa yang boleh digoyang di kelab malam dan premis dangdut! Tengok .. ada peringatan mengenai suatu tarikh yang sangat penting dalam Islam .. pun masih ramai tidak sedar! Apa akan jadi .. jika peringatan-peringatan seperti ini ditiadakan?

Nampak kan .. sambutan Maulid adalah suatu peringatan .. suatu tazkirah .. fa-zakkir-fainna-(al)zzikrow-tanfa'uu-(a)lmu'miniin [maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya ingat memperingati adalah memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman] .. sirah Baginda boleh diulangkaji .. dirujuk semula .. dihijaukan semula dalam ingatan .. disuburkan semula dalam jiwa .. dipanaskan semula dalam semangat jihad! Bahawa kehadiran setiap kita hari ini .. bukan sekedar untuk bermain-main .. bukan sekedar untuk bersenda gurau .. bukan sekedar untuk mengisi suatu ruang masa .. bukan sekedar untuk melalui suatu proses hayat .. tetapi .. ada suatu misi yang mesti kita capai .. ada suatu tugas yang perlu kita laksanakan .. ada suatu amanah yang perlu kita tunaikan! Bahawa insan yang diutus sebagai rahmat seluruh alam telah wafat .. bahawa kita adalah ummat Baginda SAW .. bahawa kita ada kerja yang perlu dilakukan .. kuntum-khoiro-ummatin-ukhrijat-li-(al)nnaas-ta'muruna-bi-(a)lma'ruf-wa-tanhauna-'aani-(a)lmunkar-wa-tu'minuna-bi-(A)llaah [kamu semua adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan untuk seluruh manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan, dan kamu menghalang kemungkaran, dan kamu beriman kepada Allowh]!

Jika kita benar kasih Baginda Nabi SAW .. mengapa tarikh lahirnya tidak kita ingati .. mengapa tarikh kenabiyannya tidak kita syukuri .. mengapa tarikh hijrahnya tidak kita pelajari .. mengapa tarikh kewafatannya tidak kita tangisi .. mengapa perjuangannya tidak kita contohi .. mengapa kerisauannya tidak kita ambil perhatian .. mengapa harapannya tidak kita jadikan kenyataan .. mengapa sunnah-sunnahnya tidak kita hidupkan?

Jika kita benar kasih Baginda Nabi SAW .. mengapa tarikh-tarikh penting dalam kehidupan risalah Baginda SAW kita tidak hiraukan .. kita abaikan .. kita tidak ambil peduli .. kita lupakan? Mengapa kita lebih peka atas tarikh-tarikh lain yang bersifat zulumat .. kita lebih ingat tarikh lahir Marilyn Monroe .. kita lebih ingat tarikh kematian Elvis Presley .. kita lebih ingat tarikh valentine day .. kita lebih ingat tarikh April Fool .. kita lebih ingat tarikh Krismas .. kita lebih ingat tarikh itu ini yang sangat ciput kesannya .. malah negatif pula akibatnya .. untuk dunia dan akhirat kita?

Sambutan memperingati Maulid .. juga .. merupakan suatu effort dakwah .. suatu tabligh .. meyampaikan fakta-fakta kehidupan Baginda Rosul SAW .. mengajak Muslim Muslimah memperbaharui azam dan tekad untuk melangkah ke hadapan menyambung episod-episod pengorbanan dan perjuangan tokoh-tokoh yang telah menuruti jejak langkah Baginda Muhammad SAW! Memupuk semangat waja .. bahawa kita juga adalah sosok yang perlu memainkan peranan .. melatih diri .. menyediakan pelapis .. membentuk generasi .. cikal bakal yang perlu ada ruh dan semangat jihad .. dengan motto .. hidup mulia mati syahid!

Benar .. semua itu bukan bermusim .. ianya perlu ada kelanjutan .. ada kesinambungan .. detik demi detik .. jam demi jam .. hari demi hari .. namun manusia kadang alpa dan terlalai .. hayal dan terpesona dengan bujukan dan pesona rona-rona kehidupan dunia modern .. maka perlu ada stations .. ada checkpoints .. untuk berhenti sejenak .. menarik nafas .. melihat arca diri .. merenung arah tuju .. menyebak arah datang .. muhasabah besar.. membetulkan kompas dan qiblat dalam kehidupan .. so .. adanya majlis atau acara sambutan seperti memperingati Maulid .. merupakan satu station atau satu checkpoint yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan berkenaan .. warm up semula .. sebelum meneruskan tapak-tapak teguh ke medan pengurbanan dan perjuangan .. selagi hayat dikandung badan!

wAa

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 23hb April 2005, 11:58:37 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.60.:-)

moshi
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb April 2005, 12:03:18 tghari    [Edit]

Salam.

Gaji-pendapatan besar, rumah-rumah mewah, kereta-kereta mewah, gedung-gedung-gedung perniagaan-perusahaan besar, milik kita
Nampak gagah sebagai tokoh, Islam Melayu Hadhari.
BUKAN HARAM DAN BUKAN SALAH,
sekiranya memiliki semua itu dengan cara yang HALAL.

Pon begitu;
BANDINGKANLAH DIRI KITA DENGAN MAKSUD HADIS:

Aisyah RHA isteri Nabi SAW berkata:
Keluarga Nabi Muhammad SAW, belum pernah kenyang dari soti tepung sampai dua hari berturut-turut hingga wafat. ( Bukhari-Muslim ).

NOTA:
Ramai ahli syair sering bermadah tentang keindahan CINTA-KASIH SAYANG, apa sahaja cara hidup yang dikasihcintai,
maka demikian itu yang mahu dijalani caranya bagi yang menyintai.

Dapatkah kita termasuk yang mencintai Nabi Muhammad SAW,
sedangkan tidak pernah merasa sedia untok menjalani keperitan sebagaimana maksud Hadis diatas,
BAHKAN SEBALIKNYA: kita akan sentiasa merungut mahu memiliki dunia lebih lagi sekalipun telah memiliki sebagiamana perenggan diatas sekali (tadi). Kemudian kita mencebik dan mempersenda orrang-orsng miskin yang tidak meminta-minta dengan gelar jumud, kolot, culas dan kotor.
Na'uzubillahiminzalik.JKKK.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

azarazara
Ahli Setia
13. Dihantar pada 24hb April 2005, 1:16:17 tghari    [Edit]
quote:
yang menghairankan, SAMBUTAN MAULUD NABI yang dianjurkan diMalaysia adalah ciptaan DINASTI FATIMIYAH (SYIAH).
harus benci tapi rinndu.



ye ke... bukan Salahuddin Al-Ayubi ke yang menjadi pencetus kepada sambutan ini?

boleh uraikan lebih lanjut saudara moshi..

203.115.222.:-)

maz3d
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 25hb April 2005, 11:21:45 mlm    [Edit]
....ehmm nak tumpang baca jer hehehe.. ...dpt gak ilmu kat sini.

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.106.:-)

moshi
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 26hb April 2005, 1:35:12 tghari    [Edit]

Salam.


BUDAYA SAMBUTAN MAULUD NABI.

MAWLID AL NABI @ MAULUD NABI yang pertama-tama sekali di adakan di ISTANA FATIMYAH, MESIR. Waktu itu, AL AFDAL yang menjadi Menteri dibawah Penguasa AL MUSTA'LI, Dinasti Fatimiyah, Mesir. Antara tahun 487 hingaa 515 Hijrah. ( Kitab Al Khilaf, jilid I, Al Maqrizi )

majlis Maulud nabi ini dialkukan sebagian usaha 'membesarkan' Pemerintahan Dinasti Fatimiyah yang mereka akui sebagai keturunan dari Fatimah RA Puteri Nabi Muhammad SAW. Sejarah menyatakan bahawa sambutan Maulud Nabi itu awalnya hanya diadakan DIKALANGAN KELUARGA ( DI ISTINA) SAHAJA.
Namun, lama kelamaan ia telah terbuka dan disambut oleh masyarakat ramai diMesir dan kemudian merebah sehingga samapia ke Benmua Arab, India dan Nusantara.

PADA TAHUN 604 H ( 1207 M ), AL MALIK MUZAFFAR AL DIN, Penguasa Arbela telah menmgadakan acara sambutan Maulud Nabi secara besar-besaran, ia tidak dan belum pernah berlaku sebelumnya, baik diMesir amhupun di semenanjung Arab dan lain-lain.

( NOTA: SALAH AL DIN AL AYYUBI - 564 H / 1169 M hingga 595 H / 1198 M; adalah 'BIRAS' AL MALIK MUZAFAR AL DIN 604 H / 1207 M ).

SAMBUTAN ATAU BUDAYA MUALUD NABI TIDAK PERNAH DI ADAKAN oleh Para Sahabat RA semasa baginda SAW hiudp mahupun setelah wafat. Kerana itu Para Ulama selepas itu pun tidak mengamalkannya serta menganggap ia adalah BUDAYA YANG BID'AH.

Keyakinan Ulama SALAF ini turut di terima oleh Ibn Hajj dari gerakan MALIKI ( sekarang ini orang memanggilnya sebagai dari Mazhab Maliki ) sebagaimana disebutkan dalam kitab Al Madkhal,1320, Jilid I.
Ibnu Taimiyah dan pengikut-pengikut pencinta As Sunnah yang Asal sebagaimana kefahaman AL SALAFI sehingga sekarang, juga menganggap budaya @ sambutan Maulud Nabi adalah Bid'ah.

JKKK. WA.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 26hb April 2005, 2:26:40 ptg    [Edit]

Salam.

Seorang penyair telah menukilkan kata-kata Qais Amiri kekasih Laila yang masyhur kisahnya itu; bermaksud:

Bila sahaja saya melalui bandar raya laila,
saya mengasihi setiap pintu dan tembuknya.
Sebenarnya bukan bandar itu sahaja yang saya kasihi,
bahkan penduduk-penduduknya yang ada kaitan dengan Laila.

NOTA:
Demikianlah bila seorang yang menyatakan MENYINTAI.
lalu,
sejauhmanakah rasa KECINTAAN KITA KEPADA NABI SAW ?
dapatkah kita termasuk menyintai Baginda SAW, jika kebanyakan perintah suruhan telah kita abaikan, atau bahkan mempersendakan sebahgian larangan yang jelas dan nyata lalu beralasan itu dan ini.

JKKK. WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

zabat69
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 28hb April 2005, 9:47:53 mlm    [Edit]
moshi

quote:
Maka Nabi SAW bersabda:
Kalau benar kamu cinta-kasih kepadaku, maka bersiap-siaplah menghadapi kemiskinan-kesusahan, persiapan dengan baju (benteng iman) yang kukuh ( agar dapat menghadapi segala kemungkinan susahpayah), kerana kemiskinan-susahpayah itu lebih cepat datangnya kepada orang yang cinta-kasih kepadaku melebehi kecepatan (air) banjir kedalam jurang (lembah-gaung yang dalam).



Kalau kau menuntut ilmu dengan Guru mursyid yang arif dalam jalan ketuhanan,banyak perkara penting (yang tersirat ) kamu akan tahu yang tidak munkin kamu akan tahu hanya melalui terjemahan bahasa Arab ke Melayu.

* Mesej ini telah disunting oleh zabat69 pada 28hb April 2005, 9:49:53 mlm

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.198.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 28hb April 2005, 11:04:55 mlm    [Edit]
quote:
Guru mursyid


Zabat

ada lagi ke diabad IT ni...
namakan seorang.....

60.48.180.:-)

zabat69
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 29hb April 2005, 04:06:10 pagi    [Edit]
Azlal

Sama juga dengan ulamak.Terdapat berbagai jenis ulamak ,ulamak politik,ulamak cari makan,ulamak MDC,ulamak pakaian dan sebagainya.Nak kenal jenis jenis ulamak pun kita kena belajar juga, belajar apa jenis ilmu yang mereka pakai atau amalkan.Tetapi nak tahu ilmunya tulah yang paling susah.Guru mursyid tak perlukan murid ramai,dan dia juga tahu atau kenal, yang mana satu yang layak jadi muridnya dan yg mana satu tidak.Kalau rajin berlepak dikedai Mak Limah kau boleh kenal dengan pelangan2 kedai Mak Limah.Kalau kau bernasib baik kau akan dapat kenal antara pelangan tu siapa ulamak sebenar,siapa kerja penarik kereta,siapa tukang kebun,siapa pelakon,siapa ahli koprat dan sebagainya.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.197.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
20. Dihantar pada 29hb April 2005, 04:52:28 pagi    [Edit]
azlal..
ada insya-Allah..

zabat..
betul ker ko lepak kedai limah janda tuh? kem salam sekafu kalo jumpa.. kedai tuh dah kena ban dgn bini aku psal sekafu la..

ps:kalo tak salah dulu ko dgn sekafu yg jadi ulama MDC.. pass kat org lain lak skrg.. tak sanggup dah ker? heheh..

--------------
~;]usoP..

Sekafu
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:02:01 tghari    [Edit]
usup aku memang dah lama jadi ulamak MDC ............. tapi ada ulamak yg tak puas hati maka depa semua tentang akau dan ambil alih kedudukan aku.

So sekarang akau jadi ulamak Samikon pulak dahhhhhhhhhhhh

218.111.117.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 29hb April 2005, 2:23:45 ptg    [Edit]

azlal.. den ada kenal sorang nama mursyid.. anak perempuan dia lawa nama fairuz.. mmg campuran arab, rambut pun keperangan.. lawaa

rupanya budaya ulama mdc ni dah lama lah yek.. ulama samikon tu apa lak..

zabat.. byk sungguh kategori ulama.. sapa yg kasi kategori semua tu ? kalo dah tersenarai.. ko pun dah iktiraf ler tu.. tapi setakat kita leh kenal kategori ngan muka jer.. tak dpt apa gak kot yek..

den baca sekilas pandang je potpet & moshi .. sambutan skrg lebih kepada bidaah.. mmg budaya malaysia mcm tu.. tahun baru ada perarakan.. merdeka ada perarakan.. sukan pun ada perarakan.. maka maulidur rasul pun ada perarakan.. maka perlu ke kita hentikan semua perarakan ni atau perarakan pada hari kelahiran nabi jer ?

den mmg tak pernah ikuti secara hidup mana2 perarakan sbb den tak suka tempat ramai org.. tapi mungkin cara ini ada memberi semangat spiritual pada yg mengikuti kalo kena caranya..

apa yg den faham potpet ckp.. kalo tak ada semua ni.. mungkin tak siapa sedar hari tu berlalu setiap tahun.. mungkin moshi dan yg lain boleh beri cadangan yg lebih sesuai utk kita menghayati hari tersebut.. tapi motif sebenarnya pastinya menghayati Al-Quran dan sunah

--------------
- : -

219.94.62.:-)

moshi
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 29hb April 2005, 4:28:12 ptg    [Edit]

Salam.

Soal sambutan perarakan dsb yang termasuk bid'ah.

Kita sebenarnya 'fokus' kepada sambutan-sambutan yang diwar-warkan oleh penganjur yang MEMAKSUDKAN IANYA ADALAH 'ISLAM' oleh yang mengaku dirinya penguasa atau pemimpin Islam, maksudnya; mengandaikan ianya adalah 'amalan AS SUNNAH' walaupun jelas ada bid'ah.

Dalam soal sambutan perarakan yang memang jelas MAKSIAT, saya tidak fikir ianya sebagai yang nak banyak dikatakan, kerana dah memang jelas dalam maksiat. dah memang maksiat, ia bukan lagi bid'ah, bahkan 'punah'.

SAMBUTAN BID'AH atau mungkar anjuran pihak yang diberikan kebenaran, atau oleh pihak yang berkuasa @ pemerintah, IA ADALAH HAK MEREKA.

Sebagai individu Muslim MUkmin yang ada amanah dan tanggungjawab, berkewajipan menyampaikan 'kebenaran', kena sampaikan juga.
Sama ada mereka mahu dengar dan pakai, atau mereka abaikan dan persenda peringatan kebenaranNya, bukanlah kuasa kita,
HANYA ALLAH SAHAJA YANG BOLEH memberi atau tidak memberi Hidayah dan faham tentang kebenaran As Sunnah.
Itulah kehebatan Islam adalah mudah,
siapa yang hendak taat lalu jadi Mukmin Yang Bertaqwa, jalanilah sekuat hati dan bersungguh menepati As Sunnah, termasuk menyampaikan kebenaranNya.
Siapa yang hendak engkar ,
atau mengambil separuh-separuh, 'imannya sendiri dan akal-fikirannya' dapat menimbangkan sendiri.
ALLAH MENGIKUTI SANGKAAN HAMBANYA.

JKKK. WA.


* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 29hb April 2005, 5:28:29 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
24. Dihantar pada 29hb April 2005, 6:28:22 ptg    [Edit]
tuan syeikh sekafu..

--------------
~;]usoP..

zabat69
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 29hb April 2005, 8:27:26 mlm    [Edit]
usoP

quote:
.. kedai tuh dah kena ban dgn bini aku psal sekafu la..


CUBAAN

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

218.111.188.:-)

Azidah
Ahli Baru
26. Dihantar pada 30hb April 2005, 6:05:57 ptg    [Edit]
As.kum...

maaf menyampuk...

dalam ramai2 ni ada tak sapa2 tahu tarikh Rasulullah SAW wafat?

--------------
sepi itu indah

203.106.80.:-)

abede
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 30hb April 2005, 6:35:56 ptg    [Edit]
12 rabiulawal 11H...tarikh kewafatan baginda pada umur 63 tahun..

wallahualam

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 30hb April 2005, 6:39:29 ptg

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

Sekafu
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 30hb April 2005, 8:32:30 mlm    [Edit]
usup......................

* Mesej ini telah disunting oleh Sekafu pada 02hb Mei 2005, 10:54:59 pagi

219.95.91.:-)

moshi
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 1:42:42 tghari    [Edit]

Salam.


MENGAMBIL CONTOH AJARAN NABI MUHAMMAD SAW adalah membawa maksud MENGASIHI BAGINDA SAW adalah satu AMALAN YANG BENAR. menjadikan diri mentaati amanahNya sebagai Khalifah atau penguasa di bumi, bagi Mukmin seharus nya ia MESTILAH yang bersungguh membangunkan syari’at Allah SWT. Dan melaksanakan keadilan mengikut kehendak Allah SWT sebagaimana ajaran nabi Muhamad SAW membawa umat manusia ke jalan yang benar dan diredhaiNya. InnsyaAllah.

Kekhalifahan yang diajarkan oleh Baginda SAW bukan sekadar PEMERINTAH UMPAMA KERAJAAN DALAM SEBUAH NEGARA ATAU NEGERI, pemerintahan atau kekuasaan seharusnya untuk kebaikan dan membina kemakmuran serta menegakkan jalan Allah SWT agar manusia dapat berjalan di atasnya, sama ada ia dimanahkan untok menegakan syariat As Sunnah dikalangan individu, keluarga, masyarakat kecil, organisasi, negeri atau negara. semuanya adalah dalam bentuk amanah sebagai KHALIFAH terhadap membawa pengikut kepada TAAT KEPADA ALLAH SWT MENGIKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW, Itulah pokok tanda kasih atau kecintaan kita kepada baginda SAW.

TENTULAH KHALIFAH MUKMIN TIDAK SEKALI-KALI membuat melaksanakan pemerintahan dibawah pengusaannya yang menuju kepada keruntuhan, kejahatan, kezaliman, perkosaan DAN BUKANLAH MENGAMAL ATAU MENYURUH BAWAHAN MENGAMALKAN AMALAN YANG DILARANG ATAU DIHARAMKAN OLEH ALLAH SWT. sebagai Khalifah dimuka bumi adalah yang bersungguh menjalankan usaha memurnikan atau meninggikan keperibadian manusia kearah MENTAATI ALLAH SWT mengikuti ajaran nabi Muhammad SAW, itulah Khalifah bagi seorang Islam Mukmin, bukan membawa ajaran kepada keperibadian manusia kepada kejahilan yang menyerupai dikalangan ORANG YANG TIDAK BERIMAN kerana Musyrik, kerana amalan sedemikian jika ditujukan kepada keturunan Islam, maka ia adalah mengajak kepada KEMUNAFIKAN yang menjadi kemurkaan Allah SWT.

Amalan kemunafikan yang bermaksud mengambil Islam berpandukan As Sunnah sebahagian dan mengambil pula Sunnah Muysrikin, Yahudi atau Nasara sebagai cara hidup. atau sekejap Mukmin sekejap engkar (kafir) kepada Allah SWT.

BUKANLAH SIFAT ATAU SIKAP SEORANG YANG MENYINTAI ATAU MENGASIHI NABI MUHAMMAD SAW kerana sentiasa menganjurkan sambutan besar-besaran dengan sempena nama Baginda SAW, JIKA amalan sedemikian sesuatu yang tidak diSunnahkanNYA melalui Baginda SAW.

Kebudayaan atau kepercayaan Agama atau Budaya ' BUKAN ISLAM' memang diharuskan untok dihurmati SELAGI IA TIDAK MEMUSUHI ATAU MENJADIKAN KERUSAKAN AMALAN AS SUNNAH. Sebaliknya dengan sengaja MEMBESARKAN SESUATU YANG BUKAN SUNNAH SAW lalu dianggap itu sebagai jalan menuju atau menunjukan rasa kecintaan atau kasih kepada Rasulullah SAW, harus hanya sekadar membesarkan 'bid'ah' yang ditakuti lebih membawa 'fitnah ibadah dalam Islam' yang membawa kerusakan yang dimurkaiNya.

Adalah sangat merugi jika amalan yang dianjurkan dengan mengambil masa perancangan yang panjang, belanja yang besar, penglibatan umat Islam yang tidak diberikan kefaham yang benar berpandukan Al Quran dan Sunnah Yang Haq, ia adalah suatu PEMBAZIRAN, APATAH LAGI JIKA JELAS MENYIMPANG DARI YANG DISUNNAHKANNYA. Astaghafirullah al azim.

JKKK. WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 07hb Mei 2005, 2:40:56 ptg    [Edit]

Salam.

Harus terjadi orang meremehkan kerana kurangnya kecintaan terhadap As Sunnah lalu menyatakan sesuatu yang ia sendiri tidak mengetahui BAHAWA APA YANG DIPERSENDA ADALAH YANG MENJADI KESUKAAN ATAU AMALAN RASULULLAH SAW.

Bagaimanakah seorang Pemuda dapat dikatakan menyintai seorang Wanita itu yang dikatakan sebagai kekasihnya, jika apa yang disukai dan menjadi amalan Wanita kekasihnya itu DIPEROLOK ATAU DIPERSENDA OLEH PEMUDA ITU.
tentulah wanita itu akan mengatakan ... kamu berbohong, kerana kamu tidak tidak menyukai apa yang ku sukai...

Yang demikian, apabila Nabi Muhammad SAW melaknat amalan keburukan dan maksiat tertentu, lalu ada pula orang mengaku kasihakan Nabi SAW mengatakan laknat tersebut sebagai zalim dan keji,
seolah-olah mengatakan Sunnah Nabi SAW sebagai sombong atau bongkak atau riak, hanya kerana melaknat keburokan maksiat kaum kerabatnya, tentulah mereka hanyalah lebih menyintai kemahuan nafsu dan dirinya sendiri dan bukan mencintai Nabi SAW.

bagimanakah kemaksiatan yang Allah dan RasulNya SAW telah terang-terang melaknat maka ada dikalangan yang mengaku umat Baginda SAW kembali menuduh Sunnah SAW itu sebagai keji, sombong dan riak.
Adakah Sunnah SAW itu riak, atau mereka yang sebenarnya jahil ?

JKKK. WA.



Nota:

Zaman dulu, bila seorang idola pakai 'jambul tercacak' anak-anak muda ikut pakai jambul menyerupainya, itulah cara kasih kepada idolanya. demikian juga pakai baju jarang dsb.
Sekarang ni; bila artis-artis wanita pakaitukar rambut hitam kepada merah-perang, maka ramailah gadis-gadis ikut idolanya.
Demikianlah kisah kesukaan atau kecintaan seseorang kerpada 'idolanya'.

MAKA;
Apakah kecintaan dan kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW dapat dikatakan benar, jika kita mempersenda atau memperolok Sunnah SAW, bahkan lebih burok lagi bila mengatakan ia adalah ajaran kolot, jumud, ketinggalan zaman dan berbagai-bagai lagi,
sedang yang disebalik itu masih menganggap diri sebagai 'hero kepada As Sunnah', sedang ia terus berkhianat kepada As Sunnah dengan lisan dan amalannya nya sendiri melakukan laranganNya dan SAW yang terang. WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 12:09:58 tghari    [Edit]

Salam.

Baginda Nabi Muhammad SAW adalah pembawa RAHMAT SELURUH ALAM, sesiapa yang mengakui diri sebagai ISLAM,
MESTILAH MENTAATI AJARAN NABI MUHAMMAD SAW.

Yang demikian itu,
segala ketaatan kepada Baginda SAW
bermakna telah mentaati Allah SWT.

Apabila seorang yang dianggap 'Ilmuan atau Ulamak Islam',
tidaklah ia benar selagi ia TIDAK MENYINTAI AJARAN BAGINDA SAW DENGAN MENYAMPAIKAN SEGALA KEILMUANNYA UNTOK MENJADI SEBAB PEMBERSIH JIWA AGAMA dikalangan Muslim, atau untok jadi amalan Muslimin atau menjadi sebab bukan Islam memasuki Islam.

Sesungguhnya ilmuan atau ulamak perlu bahkan LEBIH UTAMA menyampaikan kebenaran Islam kepada seluruh umat manusia, mengikut kadar kemampuan yang Allah berikan kepadanya diseluruh alam dan bukan sekadar kampong sendiri atau keluarga sendiri.
Usaha mengamalkan kebenaran sedemikian dan mencegah-bernasihat terhadap kemungkaran kepada yang berhak, adalah sebahagian tanda kasih kepada Baginda SAW, tentulah langsung kepada Allah SWT.
Kerana, jika menyembunyikan ilmunya atau hanya menjalankan kerja hanya apabila diberikan tauliah atau pangkat dengan kedudukan atau bayaran, ia harus masih termasuk dikalangan yang tidak menerima amanahNya ( menyembunyikan ilmu agamaNya dari didakwahkan ) dan ia belum dianggap kasihkan Baginda SAW, walaupun bergelar ilmuan atau ulamak.

Saya suka mengingatkan diri saya sendiri dan kepada yang mahu ambil ingatan tentang maksud Firman Allah SWT:



Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat mela'nati,

Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
( 2 Al Baqarah 158 hingga 160 )


WA. JKKK.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 08hb Mei 2005, 12:29:20 tghari

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

sha_aida
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 08hb Mei 2005, 12:43:23 tghari    [Edit]
sedis plak biler ingat perjuangan nabi muhammad dulu...
skang kiter buat main2 palk kan?
tapi memang kiter wajib menyintai rasulullah...

dalam quran penah disebut...

"sesiapa yang menyakiti hati Rasulullah dan kaum kerabatnye,
bermakna die jua menyakiti akan Daku..."

--------------
~*~seandainya masih ada cinta~*~

219.95.98.:-)

penamerah
Ahli Baru
33. Dihantar pada 11hb Mei 2005, 5:31:51 ptg    [Edit]
Sama-samalah kita melazimkan diri, berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi
Muhammad s.a.w....

219.93.33.:-)

moshi
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 19hb Mei 2005, 10:53:49 mlm    [Edit]

Salam.

Kasih atau menyintai Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya bukanlah sekadar bicara lisan antara gigi dan lidah.
Kerana sekadar sebutan, hari ini kita telah biasa mendengar anak-anak ingusan bukan Islam telah pandai berazan pun, KERANA MENDENGAR TV atau RADIO yang mengumandangkan azan. Sedangkan kefasihan lidah mereka tidak membawanya kepada nilai IMAN ISLAM yang berguna.

yang demikian itu, sekadar kasih dengan ucapan-ucapan, sedang CARA KEHIUDPAN SEHARI bukan sahaja tidak mengikuti yang diSunnahkanNya dan RasulNya SAW, malah sebahagian orang LEBIH SELESA mengamalkan apa yang dipelajari dari Yahudi - Nasara, athies, selkuler dan lain-lain, lalu mereka pula memandang rendah, atau lebih buruk memandanmg jijik dengan KEKEJIAN LIDAH BETAPA SUNNAH SAW ITU DAINGGAP KOLOT, JUMUD, KETINGALAN ZAMAN DSB, sedang mereka juga yang kononnya bersungguh-sungguh sebagai pejuang Islam yang terbaik, sedang ia jelas terdapat melanggari As Sunnah atau mengabaikannya.
ITULAH YANG DINAMAKAN 'ISLAM SENDIRI'.

sedangkan ADDEN ISLAM YANG HAQ,
adalah,
ISLAM YANG DIBAWA DAN DICONTOHKAN, MENURUT AJARAN NABI MUHAMMAD SAW dan bukan Islam sendiri.

Saya suka mewngingatkan diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang mahu ambil fikir tentang belajar jadi orang yang TAAT ALLAH DAN RASULNYA SAW.

Maksud Firman Allah SWT:




Katakanlah: "Ta'at kepada Allah dan ta'atlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajiban kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu ta'at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang".

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Dan dirikanlah solah, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat.

Janganlah kamu kira bahwa orang-orang yang kafir itu dapat melemahkan (Allah dari mengazab mereka) di bumi ini, sedang tempat tinggal mereka (di akhirat) adalah neraka. Dan sungguh amat jeleklah tempat kembali itu.

( 24 An Nur 54 hingga 58 )



WA. JKKK.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 22hb Mei 2005, 4:39:25 ptg    [Edit]

Salam.

Kekadang terdapat bagaikan suatu keegoan terhadap 'KEBANGSAAN' sebahagian manusia. apabila : (misalnya)
dengan berani, mengatakan kita bukan Arab untuk pakai jubah !!!
maka;
dimanakah JANJI SETIA SYAHADAH: MENGASIHI NABI MUHAMMAD SAW ?
selagi masih ada rasa keakuan berbangsa-bangsa, seolah-olah mahu menyatakan
'''aku bukan Arab, Nabi tu Arab, AKU MELAYU, PAKAI BAJU MELAYU LAH"

(NOTA: yang wajib adalah menutup aurat yang tidak mesti atas maksud fesyen. Namun demikian; mengikuti apa sahaja yang DIKASIHI ALLAH SWT IA ITU AMALAN NABI SAW ITULAH SUNNAH, tentulah ianya yang TERBAIK lagi diredhaiNya selaras dengan janji setia kita kasihkan Nabi SAW, tentuilah ia "amat baik lagi benar" jika dapat di amalkan berterusan.
JIKA KITA TIDAK MAMPU, lalu mempersenda dan BERBANGGA DENGAN BUDAYA FESYEN KAUM SENDIRI atau lebih buruk mencintai ciptaan budaya fesyen yahudi, Nasara dan Selkuler atau Athies; maka itulah kaum yang kurang akhlaknya jika mengaku Islam yang hebat bertaat dalam ASWJ, tetapi lebih mengutamakan Sunnah bukan Islam dan sengaja meninggalkan Sunnah SAW, apalagi jika mempersenda ).

Padahal: Allah SWT memberikan pengajaran jelas didalam Al Quran, menyuruh kita MENGIKUTI APA YANG NABI MUHAMMAD SAW AMALKAN ITULAH YANG ALLAH SUKAI, bukan kerana Baginda SAW itu Arab, sebaliknya kerana BAGINDA SAW ADALAH RASUL ALLAH.

Dimanakah kita dengan janji SYAHADAH KITA ?
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

M_74
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 29hb Mei 2005, 3:26:06 ptg    [Edit]
Assalamualaikum..

emm.. banyak persoalan menarik di sini. tetapi apa yang kurang di sini..
kebanyakkan yang berkata tapi fakta dan hujahnya terlalu longar..
saya sendiri tidak mengerti mengapa menyambut Maulidur rasul itu satu bidaah.. kalau dibincangkan lebih meluaskan.. perkara ini sebenarnya adalah ketidakpuashatian puak-puak yang sememangnya tidak mahu rasullullah disanjung2.. seperti kata saudara2.. bahawa ini adalah bidaah..
sekarang saya mahu satu penjelasan.. apakah solat terawih itu satu bentuk bidaah juga.. tetapi mengapa diteruskan..

seperkara lagi.. mencintai rasullulah itu tidak lengkap seandai disertakan bersama ahli keluarganya dalam surah al-ahzab ayat 56 jelas menerangkan ayat ini dan hadits dari bukhari memperjelaskan maksud ayat ini.. dan kenyataan saudara moshi saya tidak tahu bermotifkan apa.. saya andaikan sejarah rasul serta selepas kewafatan rasul saudara tak membacanya.. untuk melihat kerajaan fatimiah (dikatakan pendiri mazhab syiah) sebagai yang memulakan maulidur rasul.. saya langsung tidak setuju, kerana sebelum itu sudah terjadi.. cuma sejarah yang dibaca hanya pada satu tempat.. bahkan anak keturunannya menyambut maulidur rasul setiap tahun..

dan apakah pengertian bidaah yang sebenarnya.. kalau dikatakan lagi..
umat islam sekarang banyak yang membuat bidaah.. termasuk yang masuk ruangan ini.. kerana apa ya.. rasanya apa jawapan saudara2 ya..

sekafu : alahai lama tak nampak..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.95.246.:-)

moshi
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 4:08:38 ptg    [Edit]

Salam.

JKKK sdr M74 dan netters yang dihurmati.

Bukanlah sesuatu perkara itu menjadikan susah dalam soal-soal yang bersangkutan As Sunnah atau Bid'ah.

AS SUNNAH, ada hujah dari Al Quran dan Sunnah.
Yang demikian, jika ada sesuatu amalan yang termasuk Bid'ah dengan terdapat Hujah As Sunnah, maka IANYA BID'AH.
JIKA; kemudiannya, ada pula pendapat yang mengatakan ia bukan bid'ah,

MAKA BAWAKANLAH HUJAH AS SUNNAH YANG BENAR bagi meyakinkan bahawa ianya adalah Sunnah.
Sekadar andaian atau PENDAPAT SENDIRI yang bukan datang dari As Sunnah, itulah yang dikatakan MEMANG BID'AH.

Oleh itu, mana-mana terdapat HUJAH AS SUNNAH bagi mempertahankan sesuatu amalan yang telah dikatakan bid'ah,
JIKA ADA HUJAH !!!
haruslah dibentangkan, agar tidak sekadar menjadi kekeliruan yang kurang mengerti lagi bertambah berbelok-beloknya.

Saya juga suka mendengar KEBENARAN, jika memang ada HUJAH KEBENARAN, dan bukan pendapat yang diada-adakan tanpa HUJAH YANG BENAR ( AS SUNNAH ). Bukanlah saya menyukai bid'ah yang enggan menerima HUJAH AS SUNNAH. WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

M_74
Ahli Interaktif
38. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 00:53:34 pagi    [Edit]
Assalamualaikum...

cuma satu pertanyaan saya ketika ini.. bilakah tarikh wafatnya rasul..
emm.. saya sendiri boleh mendapat dari saudara.. apakah yang dimaksudkan dengan bidaah.. sumber terpenting adalah al-quran kemudian hadis.. namun kebanyakan manusia apabila ditunjukkan
maka yang terjadi ia masih tidak puashati..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.94.81.:-)

moshi
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 3:03:19 ptg    [Edit]

Salam.

AS SUNNAH lawannya BID'AH.


Nabi Muhammad SAW adalah
'Ahmad yang dijanjikan' ( Juruselamat mengikut Injil ) telah dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi'ul awal tahun Gajah atau 570 Masehi.

Baginda SAW wafat pada hari dan tanggal yang sama, hari Senin, 12 Rabi'ul awal tahun 11 Hijriah.

NOTA:
Jika silap harus ada yang membetulkan,
mudah-mudahan ia dapat membantu sdr M74 buat perbandingan atau rujukan yang diperlukan. InsyaAllah. WA.



ps:
semuga sdr M74 dapat membawakan hujah As Sunnah tentang adanya sambutan 'MAULID' ITU menepati As Sunnah. Saya dan harus semua orang mahu mendengar, TIDAK SAYA MENULAK, jika ada Hujah As Sunnah yang benar. InsyAllah.WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 31hb Mei 2005, 3:07:28 ptg

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

izahaz
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 3:41:37 ptg    [Edit]
selamat membaca!!!
quote:
Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah s.a.w

Oleh ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ab a b i l datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

- ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu Pahat, Johor.

* Mesej ini telah disunting oleh izahaz pada 31hb Mei 2005, 3:42:25 ptg

--------------
~lofier yg poyo~

161.142.24.:-)

moshi
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 03hb Jun 2005, 3:06:42 ptg    [Edit]

Salam.


Maksud Hadis:



Dari Nushab bin Saad RA berkata Saad Ibn Waqas RA berpendapat, bahawa: ia mempunyai kelebihan kurniaan dan kekayaan lebih dari orang-orang dibawahnya; maka Nabi SAW bersabda:
Tidaklah kamu sekelian diberi pertolongan dan diberi kurnia rezki dengan sebab orang-orang kurang (lemah @ miskiin ) diantara kamu.
( Bukhari )



Nota:
Ulamak terdahulu menjelaskan tentang hadis ini membawa pengajaran tentang: Ibadah orang-orang kekurangan kemilikan (ekonominya) lebih kepada keikhlasan, kerana hati mereka sunyi dari masaalah kepentingan kemilikan dunia, maka amal mereka lebih bersih dan doa mereka cepat didengariNYa, maka memuliakan, menyukai-menyintai serta belas kasihan kepada mereka adalah 'baik yang benar' kerana ia sebahagaian dari sumber kebaikan yang disukaiNya. InsyaAllah.

WA

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 18hb Jun 2005, 11:41:02 pagi    [Edit]

Salam.

Sewjauhmanakah kita telah memboktikan yang MENYINTAI NABI MUHAMMAD SAW ?

Apabila kita masih lagi ... membebel...
sehingga sanggup mengatakan ...
... kenapa kita Islam Melayu miskin, tidak kaya macam Yahudi, Nasara, bangsa lain yang senang gitu-gini dsb ......

na'uzubillahiminzalik.

Lupakah kita tentang apa yang Nabi SAW sabdakan:

dari Abu Hurairah RA berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
Andai kata saya diberi mempunyai emas sebesar gunung Uhud, sesungguhnya saya lebih senang kalau emas ini ini TIDAK LEBIH DAERI TIGA HARI DITANGAN SAYA, kecuali jika saya meninggalkan (bakinya) untok dikutip oleh PENGUTIP HUTANG ( hutang yang tertangguh ).
( Bukhari - Muslim ).



Nota:
Siapakah kita ?
Yang sangat berbangga BERCITA-CITA 'mahu dan amat bersungguh' memiliki ISTANA yang dipenuhi JUTAAN NILAI EMAS TEMPAWAN, sehingga jika kita mati dan diidupkan semula sebanyak dua tiga kali mati-hidup-mati-hidup, jika berbelanja cukup makan-pakai sekadarnya masih lagi banyak harta tersimpan.
Jika gagal atau tidak dapat dengan cara HALAL maka berusaha dengan cara HARAM bagi mencapai harapan,
bila diberi peringatan maka menyangka pula Islam zalim sebab seolah-olah menyekat kemajuan atau menghalang kemajuan...

Masihkah kita bermegah mengaku sebagai 'PENCINTA NABI SAW ?' sedang akhlak, fikir dan tindakan kita jauh dari yang diajarkan Baginda SAW ?

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

M_74
Ahli Interaktif
43. Dihantar pada 19hb Jun 2005, 11:37:17 mlm    [Edit]
Assalamualaikum..

emm.. persoalan tidak dijawab.. bagaimana mahu menambahkan lagi
jawapan..

--------------
'ada masanya kita akan terfikir akan segala hal..'

219.95.241.:-)

moshi
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 20hb Jun 2005, 2:02:13 ptg    [Edit]

Salam.

sdr M74.
Anda harus mengulang9i semula soalan mana yang merisaukan sdr.
Harus ia telah terjawab pada awal topik atau ditopik yang lain.
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 4:16:13 ptg    [Edit]

Salam.

Maksud Firman Allah SWT:



"Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solah dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta kepadamu rezki. Kami yang akan memberimu rezki. Dan kesudahan (yang baik) bagi orang yang bertakwa." (20.Toha:132)

Rasulullah SAW bersavda kepada Abu Hurairah RA dalam sebuah riwayat bermaksud:

"Wahai Abu Hurairah, perintahkan keluargamu untuk solah, kerana sesungguhnya Allah yang akan memberimu rezki yang tanpa dapat kamu duga."



NOTA.

Sejauhmanakah kita telah meyakini, rezki didatangkan melalui solah ?
sedangkan,
selalu kita dengar...
kalau kita hendak....
mesti itu dan ini....
BARU GAH.....

Adakah selaras dengan FirmanNya dan Sabdaan Baginda SAW ?
Astaghafirullah al adzim.
WA.



* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 08hb Julai 2005, 01:27:29 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

abede
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 07hb Julai 2005, 6:48:33 ptg    [Edit]
kurang jelas moshi....

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

moshi
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 08hb Julai 2005, 01:46:08 pagi    [Edit]

Salam.

PEKERJAAN, berdagang, bertani, kuli, mandur dsb...
bagi MUKMIN menganggap ianya sebagai IBADAH kerana Allah memerintahkan berusahalah (ikhtiar) kamu.
Sedangkan rezki adalah dengan 'KETETAPAN ALLAH' bagi mereka yang taat.
Maka,
kerana itu DIA mencukupkan kerpeluan bagi Mukmin yang 'sabar dan bersyukur yang BENAR'.

Kerana itu juga,
ramai MUKMIN, setiap langkahan kaki keluar dari rumah...
PASTI dengan doa... sesungguhnya aku tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah.
dan.
apabila memulakan kerja-berdagang,
sentiasa berniat...
... aku mermbuka dagangan (bekerja) sedang ENGKAU yang memberi rezki.

Dengan yang demikian,
mana mungkin orang harus bagi Mukmin berbuat diluar dari batasanNYA, kerana MANA MUNGKIN DALAM 'IBADAH' dalam kerja yang diharamkanNYA.

yang demikian, ibadah solahnya yang Allah menjaminkan rezkinya, dan perdaganagan atau pekerjaan yang dibuat sebagai menunaikan perintah Allah juga sebagai ibadah,
demikian itulah datanagnya BARAKAH, insyaAllah.


Sebaliknya,
bagi Musyrikin atau pencinta dunia,
yang YAKIN DENGAN DAGANGAN ATAU PEKERJAANNYA yang mengurniakan rezki, maka mereka yakin DENGAN KERJA LEBIH MASA DAN BERMATI-MATIAN,
ini disebabkan...
Allah berlepas tangan bagi yang meyakini dengan KEKUATAN KEPANDAIAN AKAL DAN KEKUATAN DIRI SENDIRI,
Maka, demikianlah ALLAH MENYERTAI SANGKAAN HAMBANYA,
oleh itu mereka mendapat untung-rugi berdasarkan kepada kepandaian atau kekuatannya sendiri...
BAHKAN AKAN KELAPARAN JIKA TIDAK ATAU BERHENTI DARI BERDAGANG ATAU BEKERJA.
Lebih buruk lagi jika pencinta dunia Musyrikin dan dikalangan keturunan Islam yang menyerupai mereka keyakinannya. WA.



* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 15hb Julai 2005, 07:31:01 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
48. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 07:43:53 pagi    [Edit]

Salam.

Ramai orang dikalangan keturunan Islam masakini,
bagaikan suatu 'kearukan' dalam perlumbaan menjadi kaum yang mahu DIPANGGIL BERTAMADUN dan diakui dunia Musyrikin, Yahudi dan Nasara dan anti As Sunnah,
sehinggakan mereka sanggup melanggar BATASAN (AGAMA) ISLAM.

Hampir jawapan yang kita dengar apabil ditanyakan kepada anak-anak generasi masakini (keturunan Islam pun ) LEBIH CENDERUNG DIMULIAKAN SEBAGAI DIKALANGAN BERJAYA MEMILIKI 'HARTA BENDA YANG BANYAK'.

Nilai-nilai KAYA bagi sebahagian besar keurunan Islam masakini disekliling kita khasnya;
DIPAHAT DENGAN MELIHAT : KAYA ITU ADALAH HARTA BENDA DUNIA.
Bahkan, ramai ilmuan yang dianggap 'ilmuan Islam faham As Sunnah' pun telah turut mewar-warkan pada umat agar 'JADILAH KAYA HARTA BARU BOLEH MUDAH BERIBADAH'


sedangkan:



Dari Abu Hurairah RA berakata;
Rasulullah SAW bersabda:
Kaya itu bukanlah dari banyaknya harta,
sebaliknya kaya itu KAYA JIWA' ( Bukhari )



NOTA:

Apabila Rasulullah SAW, sebagai KEKASIH ALLAH SWT, yang menjadi ikutan bagi Muslim,
apakah jawapan dihadapan Allah SWT jika kita lebih mengutamakan lagi mewar-warkan kepada anak-anak generasi sendiri agar BERLUMBA MENCARI KEKAYAN BARU SENANG IBADAH ?
dan,
tidak pula menerangkan tentang maksud hadis doiatas !!!
Astaghafirullah al adzim. WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 16hb Julai 2005, 3:27:44 ptg    [Edit]

Salam.

Jika kita mempunyai kesempatan mengulang kisah-kisah dari Hadith yang Syahih tentang Baginda Nabi SAW, atau harus dari Atsar kehidupan Para Sahabat RA, tentulah banyak kisah kedukaan atau susah payah yang Baginda SAW dalam memikirkan masa depan umat akhir zaman ini.

Baginda SAW pernah menceritakan kepada Para Sahabat RA bahawa;
datang suatu zaman atas manusia.

Perut-perut mereka menjadi Tuhan-tuhan mereka.
Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka.
Dinar-dinar mereka menjadi agama mereka.
Kehormatan mereka tergeletak pada kekayaan mereka.
Waktu itu, tidak tersisa iman sedikit pun kecuali namanya saja.
Tidak tertinggal Islam sedikit pun kecuali gambar luar atau nama saja.
Tidak tertinggal Al Quran sedikit pun kecuali pelajarannya saja.

Bangunan masjid-masjid memang kelihatan makmur dan damai,
akan tetapi hati pengaku Islam kosong dari petunjuk.
Sebahagian besar ulama-ulama menjadi makhluk Allah yang paling buruk di permukaan bumi.

Kalau terjadi zaman seperti itu, Allah akan menyiksa mereka dan menimpakan kepada mereka berbagai bencana : kekejaman para penguasa, kekeringan masa, dan kekejaman para pejabat serta pembuat keputusan.“

SUDAH TIBAKAH ZAMANNYA ?

Zaman ketika manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka.
Setiap keping wang atau setiap ringgit dan hartabenda... menjadi berhala.

Apabila manusia mempertuhankan hawanafsu dan perutnya.
Maka orang yang demijkian itu sanggup melakukan apa saja bagi memenuhi tuntutan 'Tuhan nafsu dan perut' seagaimana diatas tadi.
Mereka pasti mahu menghabiskan malam seluruhnya hanya untuk menunaikan kehendak hawanafsu sendiri dan mengisi perutnya.

Di zaman Rasulullah SAW masih hidup, orang-orang yang taat ibadat kepada Allah menghabiskan malamnya dengan menunaikan solah malam (tahajjud).
Sedangkan sekarang ini bagaikan sudah datang zaman ketika manusia berjaga sepanjang malam, untuk kepentingan hawanafsu dan perutnya.
Perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat mereka.
Seks menjadi kejaran mereka.
Tumpukan wang ringgit menjadi bagikan 'agama mereka'.

Kemuliaan seseorang pada zaman itu, diukur berdasarkan kekayaannya.
Manusia memberikan penghormatan kepada orang yang memiliki banyak kekayaan.
Maka,
di saat seperti ini, manusia berlumba-lumba menumpuk kekayaan untuk menunjukkan kemuliaan dan kehurmatan mereka di tengah-tengah masyarakat.

Islam hanya tinggal upacara namanya saja.
Al Quran hanya tinggal pelajarannya saja.
Orang-orang mungkin ramai belajar Al Quran, tetapi tidak mencuba untuk hidup dengan ajaran Al Quran.
Mereka mungkin membaguskan suara membaca Al Quran, tetapi tidak membaguskan akhlak mereka dengan ajaran Al Quran.

Masjid-masjid pada masa ini memang banyak dan besar lagi nampak tersergam indah pada pandangan mata.
Tetapi, hati penghuninya kosong dari petunjuk Allah.
Ulama-ulama yang membimbing mereka, hanya dihurmati karena ijazah, kedudukan dan pakaiannya saja. Nilai iman dan amalan jadi kosong untuk diambil pelajaran atau pengajaran.

Orang tidak mengenal ulama kecuali karena pakaiannya yang khas, dan bukan karena ilmu serta akhlaknya.
Orang tidak mengenal Al Quran kecuali dengan suaranya yang baik. Mereka tidak beribadat kepada Allah kecuali di Bulan Ramadhan saja.
Bila ulama-ulamanya sudah seperti itu, dan bila umat muslim hanya bersungguh-sungguh melakukan ibadat di bulan Ramadhan saja, maka mereka akan diberi penguasa yang tidak memiliki ilmu. Tidak ingin memanfaatkan rakyatnya. Dan tidak mempunyai kasih sayang kepada rakyatnya pula.

Ada sekelompok orang dari masyarakat yang datang ke masjid. Mereka duduk dalam barisan yang rapat. Mereka berzikir. Namun zikir mereka adalah dunia, dan kecintaan mereka terpaut pada dunia.

Ada orang menjalankan ibadah haji dari empat macam golongan masyarakat. Mereka adalah penguasa, pedagang, orang miskin dan para ulama.
Penguasa akan menjalankan ibadat haji sebagai sejenis pesiar atau melancung.
Pedagang akan menunaikan haji untuk kepentingan perniagaan mereka. Orang miskin menunaikan haji untuk mengemis.
Para ulama menunaikan haji hanya untuk memperoleh populariti.

Jadi keempat golongan di atas, menunaikan ibadat haji hanya demi kepentingan dunia mereka semata.
Mereka memang berzikir, zikir mereka adalah dunia.

Memang adak kecintaan di hati mereka. Akan tetapi, dalam hati mereka, kecintaan pada dunia jauh lebih besar dari kecintaan pada Allah.



Mudah-mudahan Allah SWT mencabut kecintaan kita pada dunia, dan memusatkan hati kita untuk lebih mencintai-Nya.
Obat untuk menghilangkan kecintaan pada dunia adalah bahwa kita bekerja keras untuk mencari nafkah dan harta.
Tetapi, kita juga tidak ragu-ragu untuk membagikannya kepada orang lain. Sebagian dari rezeki Allah itu kita bahagikan, dan agihkan untuk membahagiakan orang lain.

Mencari harta yang halal, diperintahkan oleh Allah SWT.
Malahan menurut Rasulullah SAW, orang yang payah dalam mencari nafkah, bekerja keras dan kurang tidur demi mencari nafkah yang halal, beroleh pahala yang dapat menghapus dosa-dosanya.

Rasulullah SAW juga menyatakan bahwa ada dosa-dosa yang tidak bisa dihapus dengan apapun, kecuali dengan kesusahan dan kepayahan mencari nafkah.

Ujian kecintaan kita pada dunia adalah apabila Allah memanggil kita untuk mengorbankan harta kita demi kepentingan syiar agama Allah,
demi kepentingan umat Muslimin, dan demi menolong orang-orang yang mendapat musibah dan kesusahan.
Kalau kita masih menahan harta kita yang diperoleh dengan halal, sedangkan ketika Allah memintanya (menunaikan kepada yang berhak), maka hal itu membuktikan bahwa kita lebih mencintai dunia DAN BELUM MENGAMBIL YAKIN KEPADA ALLAH DAN MENYINTAI NABI MUHAMMAD SAW.
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

219.94.59.:-)

moshi
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 23hb Julai 2005, 07:52:01 pagi    [Edit]

Salam.

Dari Amru bin Al aris RA berkata;
Rasulullah SAW ketika wafat TIDAK MENINGGALKAN DINAR, DIRHAM DAN TIDAK PULA SEORANG HAMBA SAHAYA ( pembantu @ amah @ orang suruhan ) baik lelaki atau perempuan,
DAN TIDAK PULA MENINGGALKAN SUATU APAPUN KECUALI KELDAI YANG (berwarna) PUTIH yang biasa ditungganginya, dan sebidang tanah yang disedekahkan kepada/untuk musafir ( para perantau).
( Riwayat Bukhari )

NOTA:

Sebaliknya AMAT BERTENTANG DENGAN AMALAN kita yang telah sentiasa merasa KETAKUTAN ....
memikirkan masa depan anak-isteri-suami pada malam hari menjelang tidor, bahkan hampir menyusahkan untuk melelapkan mata,
yang kononnya memikirkan ...
APAKAH AKAN JADI PENINGGALAN (waris) KITA JIKA TIDAK ADA ITU DAN INI, sedangkan kehidupan dengan kemilikan yang sedia ada harus telah berlebih-lebihan.
Astaghafiirullah al adzim.

MASIHKAH KITA MERASA kita lebih baik dari Nabi SAW tentang kecintaan Iman Islam sedang masih menyintai 'kebendaan' dengan anggapan sebagai 'MENJAMIN MASA DEPAN' ? .
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005