Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 6hb Dzulhijjah 1435 @ 01hb Oktober 2014, 12:00:07 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh mesin jahit : yang mana elok
tenet_my
Ahli Setia
1. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:35:14 ptg    [Edit]
dah lama nak beli mesin jahit tapi kat singer mahal sangat....so jln2 kat care4 jumpa mesin jahit jenama brother (x tahu ler betul ke idak ejaannya)...so nak tanya ler pendapat chatter. ...ok tak jenama ni???

192.85.47.:-)

ruhaizah
Ahli Baru
2. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:50:31 ptg    [Edit]

tenet_my

saya pun guna jenama tuh...beli kat care4 gak. dah lebih 4 bln guna alhamdulillah ok jer. lagipun tu antara brand yg ok. kalau ikut instruction dlm manual tuh mmg tak de masalah. belilah...tak rugi. bunyi pun tak bising...

kalau tak silap model yg atas dia kaler biru tu yek?! ghege...RM700 lebih skit kot.

--------------
"Rahsia di hati tak siapa yang tahu"

219.95.104.:-)

ezzy
Ahli Baru
3. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 3:00:24 ptg    [Edit]
tenet
kalu nak buat bisnes jahit belila mesin singer besar tu..
mahal sket jer...tapi pakai puas hati...tahan...
hubby ezzy punyer kat umah tu...mesin singer tu rasanyer dah 6 tahun ...
berjasa ngan hubby..

203.106.134.:-)

siti5184
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 3:12:37 ptg    [Edit]
terpandang,..tajuk ni,, kak sy nak jula mesin jahit dia, baru beli Dis. 2004, sbb nak jual dia nak ambik jenis yg lebih besar. Model dia nak jual:
JUKI HZL60, fungsi jahit dan sulam auto, Harga beli RM1300, harga jual :Boleh runding.
Dia kat Batu Pahat,...

sesapa berminat contc ler: 012-7058215, k.fah

--------------
tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

dyana00
Ahli Baru
5. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 4:21:55 ptg    [Edit]
siti5184,

ade sesape nak jual mesin jahit tepi tak. i tengah cari nie.
kalu ade sape2 nak jual please info me.

203.121.36.:-)

siti5184
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 4:53:07 ptg    [Edit]
dyana....com promoter plak i ni!!..ok klu ada i terdgr nanti i bagitau yerrr.......

klu kebaya ker...u contact i....

--------------
tiada idea nak isi apa.....

219.93.21.:-)

chempedak
Ahli Baru
7. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 5:08:17 ptg    [Edit]


dah 2 thn aku beli mesin jahit nih, jenama brother gak (yg line dia color pink tue).. jarang2 aku pakai, sejak dia buat hal.. fed up betoi.. kalu aku nyer experiance ler, jenama nih tak leh guna lama2, kalau pakai lama sgt tune dia lari, lepas tue, tebal2 skit pun tak leh, kiranya jenis ala2 manja gitu..

Skrg ni aku nak let go mesin tue, nak try singer plak.. ade sesape leh suggest model ape yg baguih, mesin yg kuat keje time2 raya especially..

219.95.212.:-)

tenet_my
Ahli Setia
8. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 5:10:55 ptg    [Edit]
ruhaizah

yg saya tgk tu murah jer RM249-tgh offer....tu yg tanya pendapat tu

192.85.47.:-)

maizana
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:44:59 pagi    [Edit]
dyana00

I nak jual mesin jahit tepi. I punya brand SINGER.. masa beli dulu RM 2300. I nak jual RM 700, kalau u nak..boleh call I.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

RuBuNaSan
Ahli Baru
10. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 6:56:55 ptg    [Edit]
Saje nak kongsi dengan korang. Rubuna beli brand ACME dekat booth British Berkeley (tak ingat ejaan tapi kedai tu ada kat Carrefour Wangsa Maju).

Masa demo, dia punyalah jahit kain jeans.. Rubuna baru je jahit langsir, 4 keping, cadar dan langsir kain cotton utk bilik anak, pas tu kong..

Hantar pergi kedai.. dia kata dah kena tipu sebab walaupun ada pattern macam2, mesin tu untuk jahit lurus je. Dia kata kain jeans pun tak leh pakai.

Tak pasal2 kena charge RM50 sebab nak betulkan alllignment.

Harga masa tu 799 tapi dapat mesin jahit tepi sekali.

Tapi menyesal gila beli. Kalau tahu beli Singer.. biar puas hati.. nak minyakkan pun senang... Ini kalau nak minyak, kena bukak skru. tension betul.. Ada sape2 tak yg pernah terkena.. Kalau ada nak cakap rubuna bodoh pun takpe sebab memang membeli mesin tu adalah tindakan yang terbodoh yang pernah rubuna buat..

210.186.39.:-)

asmaan
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 7:33:29 mlm    [Edit]
kalau as leh prefer SINGER as guna mesin jahit nie dah masuk 12 thn ... alhamdulillah masih sihat walafiat.

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.234.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 8:15:49 mlm    [Edit]
kak liza beli mesin jahit SINGER..dah umur 19thn..masa mengandungkan anak ke2..rupanya nak dapat anak pempuan..
memang jahit lasak jugaklah..tapi kak liza taklah amik tenmpahan sangat..
so far ada gak problem..tapi sikit2 jer..
untungnya suami kak liza yg repair sendiri..

bagi kak liza SINGER memang mesin jahit yg berbaloi..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.101.:-)

dyana00
Ahli Baru
13. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:22:24 pagi    [Edit]
kak maizana,

model ape tue & tahun berape kak maizana beli?
minat gak nie.
boleh email kat i k.zana berkenaan info zy_mia@yahoo.com

203.121.36.:-)

PnAnn
PnAnn
Pengendali
14. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 08:49:28 pagi    [Edit]
Semasa saya belajar...rupanya terdapat pelbagai jenis Mesin Jahit...OK la..tak yah cerita pepanjang...rasanya tak sesuai apabila nak cerita pasai intipati mesin jahit secara keseluruhannya...

Mesin Jahit Yang Mana Elok ?

Sebenarnya semua jenama mesin jahit elok. Seharusnya kalian cari, bukan sebab mesin jahit itu elok...cari Customer Service yang mana paling BEST.

Jika ditanya pada saya, yang dah cuba pelbagai jenis jenama mesin jahit...yang paling baik ialah SINGER dan BROTHER.

--------------
~PnAnn~

NoorMasri
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 05:49:41 pagi    [Edit]
Ingat nak beli mesin jahit gak satu..dah tengok tadi dlm katalog Argos mesin jahit Singer 200, azam baru tahun depan nak kena belajar buat baju kurung sendiri..sementara la ni tak ada kerja baik belajar menjahit..esok2 bila balik Mesia dah reti jahit baju sendiri tak payah tempah dah kan..jimat belanja..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

eicha
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 20hb Disember 2004, 3:53:47 ptg    [Edit]
saya baru je dpt beli mesin jahit singer dr sorang kawan. cuma masalahnya dia tak jumpa manual mesin jahit tu. rasanya..kalau kita pegi kedai singer, boleh ke mintak kat diorg yer?

--------------
I'm Knackered

202.58.80.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 02hb Februari 2005, 10:09:12 pagi    [Edit]
mesin jahit saya bran SINGER..dah umur 7 tahun.. tak penah pulak terjadi hal macam ni.. tengah dok jahit elok elok..pastu terus tak jalan.. benang atas tak bergerak pun.. means jarum dok kat situ jer.. last last benang bawah terkumpul.. dah puas kelebek..adjust tu..adjust ni..tak mau jugak jalan.. ada tak sesapa penah jadik cam nie..?? apa problem sebenarnye?? kalau gi repair brape RM kosnye??

* Mesej ini telah disunting oleh fadzreen pada 02hb Februari 2005, 10:13:21 pagi

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

Yus02
Ahli Baru
18. Dihantar pada 02hb Februari 2005, 10:29:46 pagi    [Edit]
kenapa ek?
Aku punya pon dah masuk 8 thn, takde plak masalah. Tak bergerak langsung...... stuck kat mana kot. Cuba ko jengok bhgn bawah...biasanya ada stuck kat situ...atas terus sangkut.

--------------
E-Cosway dan DCL: ym~ayie_nun @ sms~019-2921623

219.95.154.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 02hb Februari 2005, 10:32:35 pagi    [Edit]
yu

thanks coz prihatin ngan soklan aku tuh.. aku dah check kat bwah msin tu..setakat yg aku nampak..takde le pulak yang sangkut..sekoci pun ok.. tapi benang atas yg tak bergerak langsung.. besok aku terpksa lah bawak ke kedai.. kalau ada best offer..maybe trade in je dengan mesin lain..

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

Yus02
Ahli Baru
20. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 09:45:13 pagi    [Edit]
same2

Bukanya apa.....aku penah jd camtu, bukan masalah kat sekoci,tapi kat tempat letak sekoci tu. Ada benang stuck.....nengok gitu mmg tak nampak...bila pusing2 sket...nampak sket benang.....bila tarik...mak oiii...panjang terbelit kat dlm tu....tu pasal talk leh berpusing dan bergerak

Tp pandai buka...kena tau pasang balik

--------------
E-Cosway dan DCL: ym~ayie_nun @ sms~019-2921623

219.95.154.:-)

Yus02
Ahli Baru
21. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 09:49:21 pagi    [Edit]
Aku tgh cari mesin jahit tepi 2nd hand ni yg murah.......asik jahit kat kedai...tak puas hati......rega caj plak sama jek. Biasa aku jahit tepi kene caj;
1. Baju sepasang ngan sponge=1.20

yg tak tahan baju sekolah saja (budak) pon rm 1.20

Jahit tepi kat leher plak main tibai je......sengat jadinya...sian budak sekolah pakai baju camtu sib baik budak

Kalau mak budak kantoi aku

--------------
E-Cosway dan DCL: ym~ayie_nun @ sms~019-2921623

219.95.154.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 10:16:32 pagi    [Edit]
yus : aku tak belek tengok lagi..tengok dok fikir ni..nak trade in dengan mesin jahit heavy duty .. mesin jahit sekarang ni bila jahit banyak skit mula la meragam.. manja gitu.. aku nak cari yang lasak skit lah

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
23. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 3:53:46 ptg    [Edit]
saya ni tak reti menjahit...main bantai jer jahit bila dah beli mesin, yg kelakor hari pertama dah benang terlilit kat bawah sana nuunnn...taktau nak sebut nama benda tu....err sekoci tu yg mana?? hehehe

kak yus...murahnya jahit tepi?? kat mana tu??? kat tempat saya paling murah RM2.50....

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

lemak_manis
Ahli Baru
24. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 9:37:32 mlm    [Edit]


akak lemak lak guna mesin jahit brand ELECTROLUX....LUX ROYAL 545.

akak trade in mesin jahit singer akak yg lama tu...biarpun harga nyer

mahal sikit sbb hampir cecah RM 6000....tapi akak rasa berbaloi sbb sejak

akak guna hampir 6 tahun tak penah wat hal lg....kelebihan mesin jenis ni

tak yah guna setitik minyak pelincir dan ia mahal sbb diprogramkan oleh

komputer. untuk mesin jahit lak akak guna jenama TOYOTA (bukan keter

jer ader brand ni..... )

--------------
ceriakan hari seseorang.......selamat tinggal toot-toot.....

219.95.255.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 09:00:46 pagi    [Edit]
fadzreen dah gi anta repair mesin jahit fadzreen tu.. kos RM118.50.. ada 3 brang kena ganti.. . kos barang jer..kos upah free sebb anta kat kedai singer gak.. lari budget

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 1:37:21 tghari    [Edit]
Mesin jait yg elok adalah mesih jait yg dipakai selalu.. mukan jadi hiasan barangan antik...

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

Yus02
Ahli Baru
27. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 1:55:31 tghari    [Edit]
ady...

akak anta jahit tepi kat sri petaling. Klu kat Sg besi pon sama
Sekoci tu tempat nak letak benang bawah (gelung).....pastu br letak sekoci kat bawah.

Kiranya kaka pd kuih koci la tu

--------------
E-Cosway dan DCL: ym~ayie_nun @ sms~019-2921623

219.95.154.:-)

hazdi
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 2:48:53 ptg    [Edit]
tenet_my


mak saya beli mesin jahit portable jenama SINGER 12 thn lepas
setakat thn ni dah 3 kali servis dan repair......
tapi mmg puas hati pakai mesin nih.....
cuma dua thn lepas belikan mak mesin komers i a l ala2 brother or singer.
tapi mesin jenis ni cuma bleh jahit lurus ajelah.......

mmg betul mesin jahit singer mahal tapi cuba pk kan.....
beli ribu-riban tapi pakai boleh cecah 10 thn.....
beli yg murah tapi jangka hayat tak selama jenama singer....

pk2kan la.....

--------------
Diapers => MAMAN, USA, MAMY POKO, HUGGIES....019-2607811

61.6.163.:-)

lemak_manis
Ahli Baru
29. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:04:36 ptg    [Edit]


mmglah kalau di pikirkan tak berbaloi beli mesin jahit yg mahal ni...org kata mcm berlagak lak.tapi sememang nyer jenama yg sudah terkenal nak servis pun senang. Bukannya akak mengagungkan barang import tapi hakikatnyer mesin yg akak beli ni benar2 ader kualiti dan tahan lasak.

--------------
ceriakan hari seseorang.......selamat tinggal toot-toot.....

219.95.165.:-)

lemak_manis
Ahli Baru
30. Dihantar pada 04hb Februari 2005, 3:09:30 ptg    [Edit]
hazdi...

akak ni mmg tukang jahit....walaupun menjahit kat umah jer ...kalau rasa mengantuk tu barulah akak bertenet kat MDC NIE....

--------------
ceriakan hari seseorang.......selamat tinggal toot-toot.....

219.95.165.:-)

Linatio
Ahli Baru
31. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:24:34 tghari    [Edit]
Sapa penah dengar mesin jahit epal? okeh tak....lepas tu,orang tu kata...mesin jahit nie boleh jahit tulang belut,mata lalat dengan jahit tepi...sekali dengan jahit untuk patchwork...macam2 corak leh buat....

Saya nak tahu sapa yang penah guna mesin nie...elok tak...kang beli2 kang tak okeh lak,dah lah harga dia mahal...

202.188.100.:-)

ms_elyn
Ahli Baru
32. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:30:02 tghari    [Edit]
kakak saya guna mesin epal tu.. lepas raya hari tu dia beli.. setakat ni tak de pulak dia merungut mesin rosak... dia guru tapi sambil ambik upah menjahit baju jugak..

mesin tu memang banyak corak yang boleh buat...macam tulang belut, mata lalat, sulam kat tangan tu, jahit tepi dan banyak corak lagi... harganya pun +- rm1800 (termasuk tapak utk corak2 tu)

* Mesej ini telah disunting oleh ms_elyn pada 07hb Februari 2005, 12:31:08 tghari

219.93.8.:-)

Linatio
Ahli Baru
33. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:32:40 tghari    [Edit]
ooo...iyer ke elyn.....cam best aje mesin tu kan...dia ambik upah menjahit baju sekali ker? kenapa mahal sangat harga dia yek...klau mesin singer utk production....

202.188.100.:-)

maizana
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:40:01 tghari    [Edit]
Yus

Nak beli mesinjahit tepi?.. Kak Zana nak jual lah.. brand Singer.. baru pakai 2 tahun.. nak jual RM 750... kalau nak. bagi tau ya..

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

Linatio
Ahli Baru
35. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:45:03 tghari    [Edit]
Zana

U nyer mesin jahit tepi tu untuk production ke personal use aje? Kenapa nak jual ? sayang tu.......

202.188.100.:-)

ms_elyn
Ahli Baru
36. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 12:59:14 tghari    [Edit]
tak tau ler.. ada tanya kat mak.. mak kata harga mesin je dalam rm1600, tapak dia je dlm rm200, cenggitu la lebih kurang... tapi banyak la yang boleh buat...
kakak saya tu dia ambil upah buat baju juga,.. biasanya customer dia cikgu2 jugak, bila balik kg dia tolong mak menjahit pulak... cam tu la

219.93.8.:-)

maizana
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 07hb Februari 2005, 1:28:28 tghari    [Edit]
quote:
U nyer mesin jahit tepi tu untuk production ke personal use aje? Kenapa nak jual ? sayang tu.......


Untuk personel use.. sebab sekarang ni I dah buat kelas jahitan... so nak lah kena beli yang production punya...

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

202.190.80.:-)

ani7
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 11hb Februari 2005, 11:50:38 pagi    [Edit]
Puan Tenet_my

Kalau nak beli mesin jahit tengok tempat repairnya dan satu lagi berapa budget awak. Pergi lelaman bawah itu awak tengok apa yang awak berkenaan dan cukup tak budget awak. Jangan jadi macam sepupu saya beli mesin jahit mahal mahal terus jadi barang perhiasan buang duit saja

http://www.singer.com.my/singer/products/product_subrange.php?id=3

165.21.83.:-)

harsha
harsha
Pengendali
39. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:07:11 mlm    [Edit]
hikhikhik.. akhirnya.. aku beli mesin jahit. belum kuar dari kotak lagi! brand Singer SGD299.00..

mmg tak reti menjahit.. tapi kalau tak beli mesin, bila nak pandai ye tak? chewahhh.. ni sedapkan hati sendiri nih! kuang kuanggggg kuangggggg

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

NoorMasri
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:27:30 mlm    [Edit]
sha , sonok nya dia dah ada mesin jahit..akak belum lagik beli..hubby dah offer tu ari..nak beli kat ebay tapi akak kata tangguh dulu sbb Mac nanti akak nak kena operate pakai duit 360, so duit nak beli mesin jahit tu guna nak operation lah pulak..actually minor operation aje tapi sbb gi kat sepital pakar( swasta) tu yg kena bayar..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

harsha
harsha
Pengendali
41. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:29:33 mlm    [Edit]
kak noor.. tu ler.. berkobar ni kak noor. tapi sha beli untuk jahit kan finishing cross stitch jer.. jahit baju haram tak reti. kuikuikuikui... nanti nanti lah kot belajar.

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

lobakbiru
Ahli Interaktif
42. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:38:43 mlm    [Edit]
kak sha
beli mesin jahit hanya lebih bertujuan jahit finishing cross stitch jer?
mcm lebih banyak rogi jer...lebih baik ler kak sha cepat2 belajar menjahit baju...buleh gak amik upah.dapat gak cover beli mesin jahit tuh.kui...kui...kui...

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.29.:-)

harsha
harsha
Pengendali
43. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:40:59 mlm    [Edit]
ko ingat finishing cross stitch ni sikit ke bab nyerr?? kalau mahir leh bisnes ribu riban tau! jgn pandang cross stitch takde mata dik non!

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

lobakbiru
Ahli Interaktif
44. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:46:03 mlm    [Edit]
iye ke?
tak tau plak saya buat cross stitch ni leh buat bisnes ribu riban!
saya pk kan buat apalah beli mesin jahit tu kalau setakat nak jahit finishing.memang tak tau apa2 pun pasal cross stitch ni.nampaknya kena belajar buat cross stitch ni ler nampak gayanya.
kat umah ni kan ada mesin jahit...tapi haram saya tak tahu gunakan!lagi teruk..!
tak minat bab jahit menjahit ni...tapi kalau bab masak...suka jugak!

* Mesej ini telah disunting oleh lobakbiru pada 12hb Februari 2005, 8:46:50 mlm

--------------
seringkali perasaan ini terkait dengan rindu...seperti angin yang menderu...

219.95.29.:-)

harsha
harsha
Pengendali
45. Dihantar pada 12hb Februari 2005, 8:51:46 mlm    [Edit]
tulerr.. kalau tak tahu kita bertanya. learning is a lifelong process..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

tenet_my
Ahli Setia
46. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 3:00:23 ptg    [Edit]
sha...u beli brand singer tu brp yerk....
ok tak coz ari tu dah survey kat singer, salesgirl tu ckp kalu nak beli utk jahit langsir elok beli yang biasa tu (yg dok pulas pakai tgn tp ada motor ler)...

192.85.47.:-)

harsha
harsha
Pengendali
47. Dihantar pada 14hb Februari 2005, 3:47:26 ptg    [Edit]
berepa yer? sgd299.. warna putih. auto lah.. takde pulas pulas.. akak tu siap kasik crash course lagi kat situ.. pas tu, kalau ada tak reti, leh pi tanya dia.. tapi laa nih dah dibawak balik, tak reti carik kat internat jerr laa..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005