Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 16hb JamadilAkhir 1435 @ 17hb April 2014, 03:17:01 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh resepi : sambal belacan ala thaii
lemak_manis
Ahli Baru
1. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:34:06 pagi    [Edit]

lemak ngan family ni minat makan sambal belacan.......bleh ari-ari sambal belacan jd menu utama......rasa kurang berselera kalau gak ader mende ni .......lebih agi disertakan ngan ulam-ulaman.

tapi ader saper-saper tau tak macamana nak buat sambal belacan ala thai .......reti mkn tp tak reti wat lak

--------------
ceriakan hari seseorang.......selamat tinggal toot-toot.....

219.95.167.:-)

harsha
harsha
Pengendali
2. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:37:18 pagi    [Edit]
bukan rasa dia sama jer? ehhehe.. ntah.. tapi mmg sedap pun.

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

maminisha
Ahli Baru
3. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:52:00 pagi    [Edit]
selamat pagi

akak penah le nengok kakak akak yang dok kat kelantan tu buat sambal belacan. sambal belacan dia memang le pergghhhhhhhhh...sedapnya. Tak de le pedas sangat...tapi dia punya rasa..aduhai.. dia buat cam biasa jer...

Cili besar
Cili padi
belacan (sudah semestinya)
bawang merah (dalam dua tiga biji) - di bakar agak kelayuan gitu...
bawang putih - sama cam di atas
buah tomato - buangkan kulit luarnya
sedikit asam limau
garam
gula

akak penah try buat....perghhhhhhhh...menjadik le. bila balik kampung adik selalu mintak buat sambal belacan.....lemak boleh cuba try. Alah sonang jerrrr......

betoilah lemak kenkadang bila kita makan, ada sambal belacan yang sedap giler...ada yang tak ada rasa langsung. Nampak aje simple, tetapi mesti ada rahsia yang kita kena belajar. Ada ahli MDC lain yang ada resepi sambal belacan ala thai gitu.......

219.93.8.:-)

jeen
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:59:54 pagi    [Edit]
maminisha, yg ni di blend ker atau tumbuk punyer..

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.94.77.:-)

yusmar
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:36:14 ptg    [Edit]
Sebenarnya belacan diorang tak sama ngan kita. Ianya berwarna merah sikit dan rasanya pun lain.

Saya selalu buat begini:
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 labu bawang besar
belacan
garam
air asam
limau nipis

Semua ni diblend ngan air asam dan perah sikit limau nipis. Kalau suka cincang tomato yg dah dibuang biji dan campur sekali.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:56:03 ptg    [Edit]
kalau belacan dibakar dulu lagi beshhhh....sambal belacan ni sedap kalau kena belacannya...belacan sedap...sedap la sambal belacan tu....

nasi panas + sambal belacan +ikan kembung/pari bakar + pucuk ubi rebus.....mmmm...3 pinggan ngah boleh makan....he..he...masa ni boipren lalu pun x nampak...he..he...

kalau yg cam maminisha bagi tu ngah panggil dia air asam...wat cicah daging bakar...adussss...marbeles gituuu...

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

maminisha
Ahli Baru
7. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 5:00:21 ptg    [Edit]

alamak jeen, lupa pulak akak nak bagi tau. Kalau sikit tu tumbuk leeee, tapi kalu banyak-banyak tu kena la blend. Kalu blend, jangan taruk air banyak sangat nanti cair. Tak sodap. Lagipun tomato, bawang dan perahan air asam dah mencukupi. Bahan-bahannya pun main agak-agak aje....sesuaikan berapa orang yang nak makan. Belacan tu dibakar....hmmmmmmmm..nyum-nyum..

selamat mencuba...simple tetapi sodap.

219.93.8.:-)

yusmar
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 5:01:05 ptg    [Edit]
Ngah, thailand punya sambal ada beberapa jenis. Memang sesetengah tu dicampurkan tomato atau timun yg dicincang. Ada juga yg dicampurkan taucu. kalau pegi kesana syok tengok ada beberapa jenis sambal diorang sampai tak tau nak pilih.

Lagi satu cili padi potong diorang pun sedap, dicampurkan hirisan bawang putih dan daun limau purut.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:10:41 mlm    [Edit]
kak liza memang suka sangatlah sambal belacan..air asam...
dicicah ngan ikan bakar pulak tu..atau sayur pucik ubi/pucuk paku atau ulaman segar...

AIR ASAM

Bahan-Bahan:

BAHAN A
Asam jawa [sebesar telur auam
(direndam cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:16:35 mlm    [Edit]
SAMBAL BELACAN LIMAU

Bahan-Bahan:
7 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
Sedikit belacan bakar
1 lulas bawang kecil

1 biji tomato
7 biji limau kasturi atau 3 biji liamau nipis
Garam secukupnya

Cara:
1. Mesin/tumbukkan kesemua bahan.
2. Hiriskan kulit limau dan campurkan bersama cili tadi.
3. Rasakan garam secukupnya.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

harsha
harsha
Pengendali
11. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:17:56 mlm    [Edit]
camnalah nak diet ni? kak liza tiap hari kuarkan resepi sedap sedap


--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

hanieliza
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:20:54 mlm    [Edit]
SAMBAL BELACAN MANGGA

Bahan-Bahan:
7 tangkai cili merah
5 tangkai cili api
Sedikit belacan bakar
1 lulas bawang kecil

1 biji mangga muda [buangkan kulit ]
3 biji limau nipis
Garam secukupnya

Cara:
1. Mesin/tumbukkan kesemua bahan.
2. Hiriskan/cincangkan mangga dan campurkan bersama cili tadi.
3. Rasakan garam secukupnya.

NOTA: Mangga boleh juga ditukarkan dengan nenas ..belimbing buloh..bacang..dan juga buah kuinin..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
13. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:29:26 mlm    [Edit]
fuiyo......

memang tergugat iman nak diet ..kalau ada sambal belacan!!

konon2 le nak makan sayur aje........buat le sambal belacan dan cicah aje dgn sayur yg di celur.......belakang , sakit perut..!!masa makan memang sedapppppppp

* Mesej ini telah disunting oleh mamaboomboom pada 15hb Disember 2004, 10:31:16 mlm

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

60.48.35.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:50:15 mlm    [Edit]
mama..
biasalah melayu ni mana leh tinggalkan belacan...
itu lah penambah selera..
so camner nak diet..kalau dah ada atas meja tu..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

si_sutra
Ahli Baru
15. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:38:09 pagi    [Edit]
A'kum,

Boleh cadangkan tak belacan cap ape yg paling sedap sekali?

Tima kasih

202.190.181.:-)

harsha
harsha
Pengendali
16. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:51:52 pagi    [Edit]
belacan melaka.. yg jual kat tepi jalan tu, bulat bulat mcm bola tennis.. takde cap tu bagi aku lah.. orang lain tak tahu

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
17. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:58:17 pagi    [Edit]
sambal belacan memang menambah selera makan...
teringat arwah bapa...bila mama balik kg aje dulu,mesti dia nak rasa mama
yg buat kan utk nya.

kekadang kalau terbeli belacan tak sedap........tension gak.
ada masin giler...tahap ketegaq

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.111.27.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 10:07:27 pagi    [Edit]
selalunya kak liza gunakan belacan tumbuk [jenis bulat]yg kak liza beli di Kedah..
maklumlah kawin ngan orang Kedah kan...

ada juga gunakan belacan Penang [keras bentuk 4 segi]..

tetapi kalau belacan Terengganu ni agak masin sikit..
so masa tumbuk tu selalunya buh garam siiiiikit betui..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.101.:-)

dowry
Ahli Baru
19. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:19:17 pagi    [Edit]
org kata..kalau nak tau org tu pandai masak ke tak cuba la sambal blacan dia dulu ..biasanye org tetua buat sambal blacan sedap kan?


192.228.129.:-)

jeen
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:25:03 pagi    [Edit]
besh!!..besh,sambal belacan ni.

Jeen selalu beli belacan tg dawai bila balik kg. Rasanya belacan ni lagi bes..
kalau makan takder lauk pun, tapi ada nasik panas ngan ulam pun dah cukup menyelerakan, dapak plak nasik yg di masak tu beras wangi..

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.94.77.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 2:43:43 ptg    [Edit]
Hemmm.....Nie nak kongsi resepi orang Thai.

Kalau untuk orang diet, disarankan buat Yam Woon Seng (Kerabu Soo Hoon)...Caranya macam nie:

1 paket soo hoon
2 ulas bawang merah (dipotong berbaji)
Dada ayam (Dipotong dadu)
Fish ball (Dibelah dua)
Fish cake (Dipotong kecil)
Sotong - ikut citarasa (Dipotong kecil)
Udang - ikut nak banyak mana
Air limau (Dalam 5 biji)
Gula nira - dalam setengah sudu besar (Boleh diganti dengan gula melaka)
Cili padi - ikut nak pedas banyak mana (Ditumbuk lumat)
2 sudu besar Sos ikan
Bunga Kubis (beli yg jarang punya sebab kalau beli yg rapat, pahit) - dihiris
Sedikit daun ketumbar

Cara buat:
Didihkan air dlm periuk. Lepas tu masukkan soo hoon, sotong, dada ayam, fish ball, fish cake dan udang. Didihkan sehingga sotong, dada ayam dan udang masak. Jgn terlalu lama takut nanti rasa lain.

Sementara tu, cili padi yg dah ditumbuk dicampurkan dengan sos ikan dan gula nira (kalau nak senang blend aje). Rasa laa takut terpedas pulak nanti orang tak leh nak makan. Kalau rasa pedas sangat, tambah gula nira tu. Jgn manis sangat takut rasa dia lari.

Bila kesemua benda yg dididih tadi dah masak, toskan airnya dan jirus dengan air paip. Tujuannya adalah supaya soo hoon tadi tak melekit. Kalau ikut orang Thai, soo hoon tu dipotong supaya tak panjang sangat. Bila dah jirus air, toskan dan letakkan didalam mangkuk. Campurkan sekali dengan bunga kubis dan daun ketumbar tadi. Bawang merah yg dipotong berbaji pun dicampur sekali tapi ikut laa. Kalau tak suka bawang, jgn letak bawang.

Akhir sekali campurkan sos tadi ke atas soo hoon dah digaul sebati. Untuk hiasan, kalau ada kacang goreng, campur kan sekali.

Kalau nak lagi resepi makanan thai, email kat saya di sherriena19976@yahoo.com. Saya dulu pernah tinggal di Bangkok selama 3 tahun. Ayah saya kerja kat sana. Jadi ambik kesempatan belajar masak ngan orang gaji. Macam2 dia ajar. Termasuk resepi tomyam yg pure dari siam punya. Tomyam kat M'sia nie tak pure sebab kalau yg pure guna santan. Tapi yg pastinya, sambal belacan orang thai memang pakai gula nira dan sedikit sos ikan.

Selamat mencuba.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

yusmar
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 17hb Disember 2004, 5:06:14 ptg    [Edit]
bini_orang

Kalau cam tu bagi lah resepi utk tomyam dan sup thailand boleh kita share kat sini.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 07:28:07 pagi    [Edit]
jeen- belacan tanjung dawai memang besh !!! kat pekan rabu pun ada jual...tapi ngah impot belacan dr Penang je...dah biasa makan yg tu...org kg buat...

bini org- wa...besh ni...kasi la resepi lain la...

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 18hb Disember 2004, 5:45:49 ptg    [Edit]
kak liza pun kalu balik Kedah memang selalu beli belacan tumbuk Tg. Dawai tu kat Pekan Rabu..
selalnunya kak liza potong nipis dan jemurkan supaya tahan lama..
dan sebelum buat sambal..kak liza akan bakar dulu belacan tu..

teringatkan kawan kak liza nak p US...
dia beli dan bakar belacan dalan microwave untuk tahan lama..
sebab takleh nak jemur..hujannnnn...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.101.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 4:59:18 ptg    [Edit]
Wah...wahh...

Seronok pulak dapat share resepi dgn warga MDC nie. Kat bawah nie ada resepi utk warga MDC cuba. Mana tau menjadi sebab saya selau buat jadi.

Thai Basil Chicken / Kao Pad Kak Pao

1lb. isi ayam dibuang kulit
4 ulas bawang putih (Dihiris)
4 ulas bawang merah (Dicincang)
2 sudu teh minyak zaitun
4 sudu teh cili Benggala (Dipotong dadu - jgn besar sangat)
3/4 cawan daun basil (dimayang)
2 sudu teh sos ikan

Isi ayam dipotong kecil2. Kemudian panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun. Minyak jgn terlampau panas sebab nanti hangit. Bila hangit tak sedap. Goreng bawang putih dan bawang merah dlm 1-2 minit. Jgn sampai warna kuning. Just naik bau aje. Masukkan cili benggala dan kacau selama 1 minit. Campurkan ayam yg dah dipotong tadi dan biarkan sehingga masak ayam tu. Akhir sekali masukkan daun basil dan sos ikan. Biarkan ianya sebati. Angkat dan hidangkan diatas nasi putih.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
26. Dihantar pada 21hb Disember 2004, 5:12:36 ptg    [Edit]
Yusmar dan seluruh warga MDC....

Nie ada resepi Tom Yam pure dr Thailand.Pakai santan. Selamat mencuba.

Tom Kha Gai

2 ketul dada ayam (Yg takde tulang) - Potong dlm size yg kecil
2-3 batang serai - Potong dlm 2 inci dan asingkan
2 sudu besar tom yam paste
1/2 kotak santan (tak boleh banyak sebab kolesterol.Tapi ikut sukalah)
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
1 sudu teh cili kering (dipotong kecik2 - optional nie)
7 cawan air

Letakkan ayam dan serai ke dalam periuk. Tambahkan air dan masak dlm api yg sederhana selama 30 minit. Kemudian, masukkan bahan2 selebihnya ke dalam periuk tersebut dan biarkan selama 20 minit. You all boleh tambah garam,gula,santan dan air ikut banyak mana you all nak. Hidangkan dengan nasi dan kalau nak boleh tambahkan cili ikut selera.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

maminisha
Ahli Baru
27. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 09:56:21 pagi    [Edit]

akak terjumpa kat dalam internet

Sambal Belacan Ala Thai


Bahan-Bahan:
10 - 15 biji cili api
3cm/1 sudu besar belacan
(yang telah dibakar)
1 biji bawang putih Setengah sudu teh gula
1 sudu teh sos ikan (nampla)
(jika tiada boleh digantikan dengan kicap cair)
1 biji limau nipis

Cara:

1. Cili api, belacan, bawang putih dan gula ditumbuk separuh lumat.
2. Keluarkan bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam bekas yang sesuai dan masukkan sos ikan/kicap cair dan perahkan limau nipis serta digaul rata.

Cadangan Hidangan:

Tidak perlu gunakan garam kerana sos ikan/kicap cair sudah cukup untuk memasinkan sambal.

Tambahan:

Sungguh enak dimakan dengan ulan-ulaman, nasi goreng dan sebagai pembuka selera.
Selamat mencuba.

219.93.8.:-)

yusmar
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 10:00:27 pagi    [Edit]
Bini orang, thks. Kalau pakai susu cair boleh tak?. Rasanya tomyam paste kat thailand tak sama ye sbb kalau pegi sana saya beli rasanya berlainan ngan kat sini. Nanti saya cuba buat sbb tomyam ni fav hubby.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 4:35:52 ptg    [Edit]
Yusmar

Mmg laa tom yam paste kat Thailand tu lain sebab dia orang tu originaly hand made punya. Lagipun bukan sebarang tom yam paste dia kita boleh guna. Sebab ada sesetengah tu bubuh pork. Sebab tu kalau saya ngan mak beli, kena tengok logo Halal dia.

Kalau nak kurangkan kolesterol, lebih baik pakai susu rendah lemak. Even saya buat kari pun pakai susu low fat. Tapi rasa dia lain laa.

Selamat mencuba.

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

yusmar
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 22hb Disember 2004, 5:21:51 ptg    [Edit]
memang kalau nak beli cari yg ada logo halal. Sllnya ikut makcik2 yg pakai tudung bila nak beli sbb boleh tengok brg yg diorang beli sbb kalau sos dan tomyam je berjenis2 susah nak pilih. Kelmarin tengok masakan ala2 kampung buat kerabu betik, tengok peeler yg diorang gunakan utk ptg betik tu senang je teringin nak beli . Sekali peel jadi jalur halus.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 24hb September 2005, 04:11:26 pagi    [Edit]


quote:
AIR ASAM

Bahan-Bahan:

BAHAN A
Asam jawa [sebesar telur auam
(direndam cawan air suam, buang biji)
10 cili padi kampung
1 biji tomato
1 inci belacan
1 sudu kecil kerisik
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan B
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi /limau nipis

Cara:
1. Pastikan asam jawa tiada biji.
2. Masukkan Bahan 'A' ke dalam blender. Jangan tambah terlalu banyak air (cukup air suam yang digunakan untuk merendam asam jawa kerana nanti air asam terlalu cair).
3. Tomato dipotong dadu.
4. Bawang besar dan cili dimayangkan nipis.
5. Liamau dibelah, buangkan biji dan mayangkang halus
6. Gaulkan air asam bersama tomato dan bawang besar dengan semua bahan

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 24hb September 2005, 04:13:05 pagi

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.196.:-)

nafizah
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 24hb September 2005, 09:19:25 pagi    [Edit]
disebabkan ada beberapa org tanya pasal tomyam thai...
saya nak jawab sbb adik saya berkahwin ngan org pattani, dan diorang buka kedai makan ala thai... yg paling mendapat sambutan kat kedai dia, mmg tomyam... pendekata, pati tomyam yg sekilo tu boleh abis beberapa hari saja... diorang guna pes yg originally dr thai sana... pes tu kat luar ada gambar 'amoi'.. adik saya tu cakap yg tu la yg femes kat thai .. kalau kat utara mcm kedah/perlis may be ada jual kot... tp sesetengah tempat jer la...

--------------
~puteriku balqis.......~

218.111.68.:-)

aliyya
Ahli Setia
33. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 03:11:50 pagi    [Edit]

akak2 sumer
errrmmmm~
belacan bakar
leh tanya tk~? mcm mana cara akak2 bakar belacan ni~? ermmm

--------------
salam ceria, Aliyya Anura Azhar

68.181.226.:-)

nafizah
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 11:05:48 pagi    [Edit]
aliyya
kalau saya nak wat belacan bakar ni, saya ambik belacan, kemudian panggangkan atas api.. atau letak belacan atas dulang pembakar, letak atas api.. kemudian, bila aroma nya dah terbau skit.. dan nampak garing belacan tu, boleh la tutup api..

--------------
~puteriku balqis.......~

60.48.94.:-)

aliyya
Ahli Setia
35. Dihantar pada 17hb Oktober 2005, 11:19:08 pagi    [Edit]
owh
cenggitu ek~?
okkeh
thanks soo much akak nafizah
hehehe

--------------
salam ceria, Aliyya Anura Azhar

68.181.226.:-)

maz3d
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 19hb Oktober 2005, 11:14:24 pagi    [Edit]
Dah masuk bab tom yam pulak hehehe ...........bagus gak sbb maz3d mmg tgh cari resepi.

Saper ada resepi Tomyam masakan Thai............paling suka makan tomyam masakan Thai....
tapi tu ler restoran Thai ni mahal kalu nak gi selalu...Baik blaja buat, pastu
nanti leh ler buat sendiri...........

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.110.:-)

maizana
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 14hb November 2005, 12:06:29 tghari    [Edit]
Nak share Sambal Belacan style Indon.. marah2 kat Indon tu.. tapi bab sambal belacan ni.. puji gak lah..

Bahan dia.

Cili merah (kalau nak pedas.. campur sikit cili api)
belacan
bawang merah
gula merah dan sos tomato

Cara

Cili merah, belacan dan bawang goreng dalam minyak panas, keluarkan. Tumbuk dalam lesung, dah agak hancur, masukkan sos tomato dan gula merah.

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

203.121.44.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005