Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 18hb JamadilAkhir 1435 @ 19hb April 2014, 5:24:37 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh ZURIAT YANG DITUNGGU : Petua dan Rawatan Untuk Hamil (Part. 17)
wanli
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 11hb April 2005, 3:25:21 ptg    [Edit]


rasa sunyi xde tempat nak park bila masuk MDC nih.. so, ni aku bukakan topik baru... harap2, dapatlah sama2 memeriahkan lagi topik ni..

kak wan,

start sok saya akan travel ke kl utk 1 minggu.. so, kak wan jagalah topik ni macam topik kak wan sendiri.. okiess...

slamat berforum...


wassalam...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

sukalagu
Ahli Baru
2. Dihantar pada 11hb April 2005, 3:46:40 ptg    [Edit]
mujur ada wanli tolong bukakkan topik baru...

ekceli, saya nak mintak maaf la kepada semua atas keterlanjuran cerita saya masa part 16... x sangka plak bila citer2 cam tu jd kontroversi plak...mintak maaf banyak2...lps ni saya akan lebih berhati2 bila nak berforum kt sini..

icecream...timer kasih sbb tolong tegor keterlanjuran saya...

--------------
.:|| Keceriaan Milik Bersama ||:.

219.94.53.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 11hb April 2005, 5:07:33 ptg    [Edit]
saya bukan apa..cuma kekadang tu kalau bercerita pasal tu, saya sendiri baca pun malu. Kan elok kalau bagi petua or apa2 aje. bab2 tu tak perlulah citer...

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

202.185.247.:-)

wanli
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 11hb April 2005, 6:27:11 ptg    [Edit]
eskrem, sukalagu,

tak kisah la saper betul atau saper salah.. yg penting iter kat sini atas tujuan yg sama.. sama2lah kiter kongsi petua n kot2 ada rawatan sampingan utk mencapai cita2 kiter...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

60.48.72.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 12hb April 2005, 00:08:17 pagi    [Edit]

pengalaman dr seseorg

Hai sume..

Ni xxxx ada tips skit dapat pun dari makcik xxxxx dia bg petua coz masa tuh baru 5 bulan kawin tak dpt baby lagi.. petua dia masa waktu kita subur tu? kiraan 14 hari dari tarikh kita period, kalo boleh 3 hari sebelum hari yg ke 14 (hari kita subur) dan seterusnya tu jgn bersama suami, slps 3 hari baru 'on' coz hari yg ke 3 tu air mani pasangan kita likat so bila bersama insyaAllah.. laa coz makcik xxxx cakap kalo slalu bersama air mani jadi cair susahla dia nak lekat

then amalkan bila kita masak sambal tumis ke ape2 ke yg mana perlu masukkan bwg besar tuh, masukkan last skali bila nak tutup api dan bila dah masak baru masukkan bwg besar jgn bagi dia lecur /layu biar bagi rasa bwg tu rangup2 gitu. Itu untuk pekatkan air mani suami.

Pastu doa dan tawakal jer laaaa insyaAllah... coz xxxx cuba buat macamane makcik cakap alhamdulillah lekat ni dah nak bersalin dah.. ye la kita cuma mampu berusaha jer tapi Allah yg tentukan ye tak?

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 12hb April 2005, 00:11:22 pagi    [Edit]


utk semua

Ini adalah petua ingin dapatkan anak cepat bagi pasangan
yang tak dapat anak setelah berkhawin sekian lama....atau baru khawin
inginkan terus dapat cahayamata.

1- Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi si suami.

2- Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi,baik untuk
semua lelaki yang telah berumahtangga

3- Amalkan bersedekah setiap hari jumaat,bila pergi ke
masjid,InsyaAllah bila diamalkan selalu ianya akan berhasil.

Cara Buat Senaman Batin :-
1- Duduk bersila badan tegak
2- Lepas itu luruskan kaki kanan kedepan.
3- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan , tangan kiri pula pegang
lutut kiri..tarik nafas dalam-dalam (slow )
4- Setelah nafas penuh didada, bawa tangan kiri tadi ke sebelah kanan
hingga menyentuh lantai sebelah kanan ( jangan lepaskan nafas tahan
selama 7 saat ) jika tidak mampu jangan paksa.
5- Ulangi perkara yang diatas dengan kaki kiri pula.
6- Buat 3 x atau 7 x setiap lepas sembahyang subuh Jika betul
melakukannya peluh akan keluar walaupun hanya 3 x buat.(maksudnya 3 x
kanan dan 3 x kiri ).Selamat mencuba.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 12hb April 2005, 00:12:05 pagi    [Edit]


ader lagi

cara-cara cepat mengandung:

1- Jangan stress (maklumlah kalau lambat mengandung banyak org tanya betul tak, kadang2 boleh tension dibuatnya). Elakkan daripada stress macamni, kena cool je.

2- Kena ingat selalu, rezeki ni Allah yang beri, utk dapatkan rezeki Allah, kita kena ingat Allah selalu, kena solat selalu, kalau boleh kena berjama'ah dengan suami kita.

3- Semasa bersama kena cosentrate, jangan masa bersama tu tengok tv la, baca buku la, consentrate semasa bersama

4- Kena taatkan suami, jangan marah2 suami, kalau marah suami alamat la lambat lekat. Sebab punca anak ini adalah daripada air mani lelaki, oleh itu taatkanlah suami anda, jangan buat dia marah, kalau dia marah, air mani dia tak dapat keluar dengan tenang.

5- Kena bersetubuh selalu, terutama selepas datang bulan, kena rajin ni, katakan anda mula datang bulan 30hb mac, 30hb mac ialah hari pertama, start daripada hari ke 10 iaitu 8hb april sehinggalah hari ke 16 iaitu 15 april, rajin2lah bersetubuh.

6- Jangan bersetubuh banyak kali sehari, sehari sekali sahaja, dapatkan waktu yang betul2 sesuai, iaitu waktu tenang anda dan pasangan anda. Sebab jangka hayat sperma adalah 48 jam iaitu 2 hari, jadi eloklah bersetubuh setiap hari sekali supaya kandungan sperma itu kuat dan mencukupi.

7- Semasa bersetubuh tu buatlah cara yang senang air mani masuk ke rahim, iaitu alas punggung isteri dengan bantal supaya tinggi sedikit, senang masuk air ke dlm rahim, jangan tak alas, nanti air mani cepat keluar, dah kena bersetubuh lagi.

8- Sebelum bersetubuh tu baca doa iaitu Allahuma jannibnassyaitan, wajannibissyaitan wa rozaktana. Suami dan isteri kena baca, baru anak yang akan lahir itu nanti susah utk dihasut syaitan.

9- Kena ajar suami ni, semasa dia nak pancut air mani tu, kena baca ayat ni, alhamdulillahillazi ja'alana minal ma'ie basyara. baca semasa dia dah rasa air mani dia nak terpancut. kena ajar ni

10- semasa suami dah pancut air mani, dia kena angkat punggung isteri tuke atas sikit, dalam 5 saat, (tadi dah letak atas bantal) tapi lepas pancut angkat lagi ke atas supaya air mani tu betul2 sampai ke rahim (tak cukup atas bantal je macam mula2) kena angkat lagi ke atas, badan isteri kita betul2 macam huruf c terbalik ataupun macam ni )

11- Lepas tu kaki isteri kena ke naik ke atas, sandar atas dinding, dalam 5 minit, lepas tu baru boleh bangun, tapi yang eloknya jangan bangun, terus tidur je lagi bagus (tapi kalau bersetubuh siang, jangan terlepas waktu solat)

12- Kena banyakkan solat hajat dan istikharah waktu malam iaitu sepertiga malam kira2 pukul 3 malam, sama2 kena buat, suami dan isteri,

13- Berpuasa tiga hari, berdoa kepada Allah, jangan banyak berbual-atau bercakap dalam masa 3 hari, berbual dan bercakap hanya perkara2 tertentu, dan bercakaplah tentang kebesaran2 Allah selalu, jangan mengutuk2 orang, jangan mengumpat2 orang, pendek kata, kena bersihkan hati2 kita yang kotor.

14- Sebelum tidur baca zikir subhanallah 33 kali, alhamdulillah 33 kali, allahuakbar 34 kali, baca selawat, fatihah, 4 qul, dan ayat kursi hinggalah tidur

15- Amalkan minum madu asli dan dicampur dengan cecaair habbatussawda (kalau nak beli beritahu saya, saya ada jual), makan sesudu pagi dan sesudu petang, suami dan isteri kena makan.

InsyaAllah dengan usaha yang kita buat ni, maka cepatlah lekat nanti, disamping itu jangan sekali2 berasa putus asa, sentiasa berusaha dan sentiasa mengingatkan bahawa rezeki anak itu adalah anugerah dari Allah, Allah yang menentukan segala-galanya, tanpa izinnya usaha manusia tidak mendatangkan kesan.

Usaha, kemudian berdoa, kemudian bertawakal, insyaallah berjaya!

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 12hb April 2005, 00:14:52 pagi    [Edit]


info

Sekadar ingin berkongsi....

Mandul (infertility) - kekurangan sperma pada lelaki dan telor pada wanita ketika bersetubuh. Kenapa? Kurang zat makanan, terlalu banyak toksid mendak dalam kelenjar seks. Ada kes pasangan gagal mendapat anak 10-15 tahun, tiba-tiba hamil setelah 3-7 hari berpuasa dengan rawatan terapi.

Pemakanan Sumber Asli

Jus timun & karot - membersihkan organ seks, 2 pain sehari
Asparagus - meneutralkan asid
Pisang - 2 biji sehari
Biji labu - direbus diminum airnya 2 kali sehari atau makan kuaci putih
Emping jagung (wheat germ)
Vitamin E - menghasilkan sperma/telor (memekatkan air mani)
Bayam mentah - dikisar diminum airnya 2 kali sehari sebelum makan
Bee Polen - 3-6 kapsul sehari merangsang hormon seksual
Kuning telor - kaya dgn lesitin, hasilkan air mani, kacau dgn jus karot
Biji atau akar bunga matahari - direbus dan diminum airnya 2 kali sehari sebelum makan.

Pemakanan Yang Perlu Dielakkan
susu 'pasteur' - menyebabkan ketidaksuburan
telor masak (telor rebus)
tepung kanji
daging terlalu masak (digoreng terlalu garing)

Ia juga berkaitan dgn hormon estrogen dan progestron yg tidak stabil bagi kaum wanita. Bagi kaum lelaki yg kekurangan vitamin C (tambahan pula kpd mereka yg kerap dan byk merokok) boleh menjejaskan sperma menjadikan ia kurang sihat dan ada risiko kecacatan bayi.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.186.62.:-)

cikwan
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 12hb April 2005, 11:07:26 pagi    [Edit]
wah..banyak nyer petua.. thanks siti . Mudah-mudahan ilmu yang siti bagi tu, kieter sume pakat ikut dan InsyaAllah pasni aderla hasilnya...

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

mai1
Ahli Setia
10. Dihantar pada 12hb April 2005, 2:17:51 ptg    [Edit]


kengkawan...saya budak baru..selamat berkenalan..
blehhh join...

203.106.8.:-)

cikwan
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 12hb April 2005, 3:10:19 ptg    [Edit]
mai1
di alu-alukan sangat. dah takder owang nak kongsi citer ngan cikwan dan wanli. agaknya sumer kengkawan lama dah bertiga kot....kalau btol, alhamdulillah.... tompang gumbira..

cikwan tak online seminggu tau sebab ader program.. malam ni g kedah...

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

mai1
Ahli Setia
12. Dihantar pada 12hb April 2005, 3:20:54 ptg    [Edit]
hai cikwan...
mai pun kategori..tgh menunggu kehadiran cahayamata pertama nihh...
nak berkongsi..ngan kawan2 kat sini...mai pun skang dah nak masuk 4 tahun dok menunggu...tp..masih tak nampak apa2pun...
masih berharap dan berdoa....agar di kurniakan secepat mungkin hendaknya...AMIIINNNN...

203.106.8.:-)

cikwan
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 12hb April 2005, 4:05:45 ptg    [Edit]
mai1

4 tahun?? lama jugak tu.. xperla... blom ada rezeki kan. cam cikwan ngan wanli, kawin tarik sama. blom la lagi sampai setahun kawin.... tgh usaha la ni... xperla. kena panggil kak mai ek... kiter sesama doa kan?? kadang2 tu serah dan tawakkal jer kat Allah. agaknya belum rezeki kiter....

--------------
Hmm.... berdebar-debar menanti kehadiran orang baru.......

211.25.50.:-)

tejaputeri
Ahli Baru
14. Dihantar pada 12hb April 2005, 4:19:59 ptg    [Edit]
semua

cikwan, wanli, mai...

sama2lah kita usaha ok....buat cikwan dan wanli, llepas setahun boleh pegi jumpa doktor, buat pemeriksaan.mulakan dengan mengambil pil subur-clomid...then, check rahim...husband pon check sekali...teja dah 2 1/2 kahwin...still mencuba.....skrg minum air akar kayu dicampur pokok dukung anak, untuk kesuburan.....

selamat mencuba semuanya....Allah maha mendengar ....

.......

210.186.172.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 12hb April 2005, 5:47:46 ptg    [Edit]


lama tak posting kat sini..maner semua senior2 kat board nie..emy..fieda..

kalau saper2 dah check suami/isteri dan dah confirm tak der masalah baik proceed iui..kos dia tak mahal ..kalau kat swasta dalam RM 450 tapi kalau kat gomen dlm RM 100 jer..dengan cari nie lebih cepat kita lekat..sbb sperma hubby terus di suntk dalam rahim kiter..InsyaAllah.kat bwh nie..sy pastekn penawalam seseorg melalui treatmet iui..

ada org buat IUI dgn amik clomid... ada jugak yg amik injection gonad cam sy... sy citer pengalaman sy jer la yek.... guna point jer la yek...

(SEBELUM IUI)

1. hari kedua selps period abis, dtg jumpa doktor scan rahim
2. lps dua hari dtg lagi utk amik injection... doktor bg ubat utk tebalkan rahim & asid folik
3. lps dua hari dtg lg utk tengok telur, lps tu inject lg.... (prosuder inject & scan telur ni akan berlarutan sampai la doktor tengok kita ada telur yg matang.. selagi takde telur matang selg tu ler doktor akan kasi injection..telur yg dikira matang adalah 18-22mm)
4. bila dah ada telur yg matang, doktor akan kasi satu lg injection utk kuarkan telur tu...
5. IUI akan dibuat dlm masa 36 jam dr waktu injection tu diberikan...



(HARI IUI)


1. Air mani suami kena hantar ke lab utk dicuci dan diambil sperm yg berkualiti
2. Baring atas katil... kalo nak senang, pakai kain... kalo pakai suar mmg kena bukak terus la jawabnyer.. kalo pakai kain, kena selak ke atas jer....
3. Kita akan baring dgn keadaan di hujung katil dgn kaki yg dibengkokkan... kira mcm keadaan nak bersalin la...
4. doktor akan duduk betul2 ngadap kita punyer 'brg'... dia akan nampak dgn terang dan jelas... time tu mmg rasa malu giler... dgn lampu yg terang benderang...
5. doktor akan masukkan satu alat mcm mulut itik kat dalam utk membesarkan laluan...
6. lps tu, air mani asben yg mengandungi sperm yg berkualiti tu td akan dimasukkan dlm satu tiub halus yg pjg..
7. sperm yg dah dimasukkan dlm tiub yg pjg tu akan ditembak ke dalam rahim kita... doktor akan cuba tembak sedalam yg mungkin utk mengurangkan jarak sperm berenang...
8. punggung kita akan ditinggikan dgn meletakkan bantal di bawahnyer...
9. tunggu sehingga 15-20 minit dlm keadaan baring
10. buleh balik.... tp balik kena byk baring....

harap dapat membantu

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.25.:-)

tejaputeri
Ahli Baru
16. Dihantar pada 12hb April 2005, 5:57:02 ptg    [Edit]
siti....

cam ngeri jer nak buat iui ni, tapi rasa lepas ni nak cuba la kalau semua cara tak berjaya....
makcik saya pon baru buat baru ni, kos dalam RM 1000 lebih sikit.....tunggu cukup bulan ni camna....
siti kawin dah berapa lama? lahir tahun 77 ker? kalau betul samalah kiter....

ok semua.....

210.186.172.:-)

maz3d
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 12hb April 2005, 8:02:53 mlm    [Edit]
nak buat kat mana tu. tapi takut ......

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.105.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
18. Dihantar pada 12hb April 2005, 11:28:06 mlm    [Edit]


teja..

sy dah kawin nak masuk 1 1/2 tahun ..akhir bln 12 arie tu sy baru keguguran..skrg nie tengah tunggu rezeki baru ler. InsyaAllah kalau dah ckup 2thn nanti kalai masih kosong lagi sy akan buat iui nie..cari dia lebih kurang buat HSG..

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

219.92.72.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 12hb April 2005, 11:40:17 mlm    [Edit]


maz

aper nak takut..bukannya buat operation pun..manual jer..kiter sedar masa tu ..tapi kalau nak buat treatment nie kena pasti suami dan isteri memang tak der masalah cth tiub ok,rahim ok..sperma hubby ok..blh buat kat lppkn/hospital kerajaan/smc/sjmc/pusrawi...(klinik pakar )

kat sinie sy pastekan pengalaman seseorg yg buat iui..

PENGALAMAN 1

ok pasal IUI. procedure dia senang jek....
once u go for treatment, bila sumer dah buat...
i mean, sperm test ok, HSG pun tengok salur u ok...
then baru leh proceed dgn iui

memula doctor akan bagi clomid which kita
kena start makan D3-D7 of our period.
clomid ni ada macam2 jenis.
depends on doctor, mungkin dia bagi dose rendah
mungkin dose tinggi
mungkin ubat makan, mungkin injection

on D10 (kira dari 1st day period), kita kena scan
tu adalah utk tgk jumlah dan saiz telur yg dihasilkan.
normally kalo saiz telur >18mm dah ok utk IUI
then doctor akan bagi date for IUI,
normally either on D13,14 or 15
so, on D11 or D12 or D13 dia akan bagi injection.

injection ni adalah utk ovulation.
then on either D13, D14 or D15 is the day for IUI.

masa iui nih, memula hubby kena kuarkan sperm...
then diarog bawak gi lab, to take the concentrated sperm
then kita lak, dia suh baring kat hujung katil,
which bahagian hujung tu dah ditinggikan
kira2 punggung dia kedudukan yg lebih tinggi ler..

then doctor akan inject the concentrated sperm to thru vagina
then dia suh turunkan kaki sikit, dan rapatkan kaki
kita kena lie down about 20-30 minutes
after that dah buleh balik.

lepas amik injection tu kita akan rasa sakit pinggang.
tu pasal masa tu kita tgh ovulate.
masa buat iui pun sakit gak...
cam xxx lepas buat IUI, dah balik rumah mmg baring jek
masa the day buat IUI mmg doctor bagi cuti...
sbb kita mmg kena banyak rest...
jgn buat keje berat2...
jgn angkat2 barang...
kalo leh baring jek

then lepas iui, doctor akan advise utk bersama dgn hubby
utk 3 mlm berturut2...
memula terperanjat gak...
yelah kan ke tgh sakit...
tapi IUI ni cuma salah satu usaha jek...
sama aje cam kita buat normal
cuma yg ni doctor inject thru vagina
sperm tu still kena berenang2 gak ke telur...
cuma jaraknya lebih dekat ler...

then nurse akan pesan...
kalo period mcm biasa, suh dtg lagi ler...
kalo lewat seminggu kena buat peknancy test
kalo positif nak kena cepat2 gi klinik
pasal normally kalo get pregnant thru iui, tak bape kuat...
nak kena jaga bebetul...
then doctor akan bagi acid folic & duphaston

PENGALAMAN 2


ekceli... tu kali kedua xxx buat iui.
1st time buat tak berjaya.
masa tu xxx frust giler sampai bawak diri balik kampung hehe
kali ni xxx cuba utk tak terlalu berharap
(tapi tak leh tipu perasaan sendiri pun)
tapi hubby xxx yg berharap sgt...

mungkin dah rezeki nak lekat...
sebab kalau ikut nasihat nurse tu,
lepas buat iui, kena bersama dgn suami 3 hari berturut2...
tapi xxx cuma dan buat sehari jek...
pas tu hampir seminggu tak bersama.

ekceli... haritu nat ckp kat xxx lepas 14 hari buat iui...
kalau lom period dah leh test samada positif ke tak...
xxx test... hari jumaat lepas... tapi hampesss...

pas tu hari isnin mlm xxx test lagi sekali...
coz xxx cam terasax xxx peknan...
masa tu lily dah nampak positif...
rasa nak melompat2...
tapi tahan diri jek... nangis2 xxx call hubby
sampai dia ingatkan xxx period... hehehe

esok paginya (hari selasa pagi)
xxx test lagi sekali
(sbb org kata gune urine masa pagi, masa tu hormon paling kuat...)
Alhamdulillah... nampak clear positif...
xxx call lppkn, tapi dia kata hari ni baru leh jumpa doktor utk cek urine lagi sekali
sbb tu xxx tak berani nak ckp kat you all dulu...
takut silap ker...
Alhamdulillah... pagi tadi doktor sahkan positif...

tapi doktor kata nanti 28/8 nih kena dtg lagi sekali utk scan...
masa tu baru dia bebetul leh confirm pasal kandungan xxx...
yelah baru lagi nak tak tau le... mamacm leh terjadi...
(na'u zubillah)

ok.. server still down... heheh
xxx citer pasal iui plak... (sorry mail ni panjang skit)
xxx buat iui 18/7 hari tuh... for the 2nd time
masa buat kali ni Ya Allah Ya Rabbi... Tuhan aje yg tau betapa sakitnya...
sampai dah balik... nak dekat maghrib tu baru xxx rasa kurang skit sakit...
mcm biasa doktor inject sperm lalu bawah...
pas tu nurse (kali ni nurse lain) dia suh turun sikit kaki dan rapatkan...
mmg xxx rasa cam meleleh keluar... tapi nurse tu kata normal... sikit aje

lepas hampir 1/2 jam baring... dah leh balik
sampai rumah... xxx tak buat apa
beli lunch (tapau), makan, pas tu terus baring dan tido...
sebab masa tuh xxx rasa sakittttt.... sgt...
sampai menangis menahan sakit... Tuhan aje yg tau...

bila petang, hubby baru balik dari service kete...
baru xxx rasa lega...
pas tu kitaorg terus balik kampung kat kg
(hehe sempat lagi... musim durian wooo)
esoknya xxx bedal durian... banyak gak...
dah balik kl baru le menyesal makan durian bebnyk...
org kata durian ni panas sgt... tak bape elok makan bebnyk..

selepas tu xxx jalani life cam biasa...
cuma xxx elak angkat mende berat2 dan elak dari terlalu penat
(sampaikan rumah pun dah 3 minggu tak mop hehehe)

memula xxx rasa xxx peknan (actually masa tu ingat xxx nak period)
pasal nipple xxx rasa bengkak semacam aje...
sampai hari ni masih rasa... dah seminggu lebih...
pas tu dah seminggu ni xxx rasa sakit cam period pain...
tapi on and off...xxx dah takut ingat xxx nak period.
pas tu... bila ek hari tuh... rasa hari rabu ker khamis lepas kot...
xxx nampak cam tanda nak period... ada setitik darah kaler coklat kat panty (sorry...)
masa tu dah sedih giler...
tapi lepas tu tak de lagi


* Mesej ini telah disunting oleh SITI7677 pada 12hb April 2005, 11:41:44 mlm

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

219.92.72.:-)

cimok
Ahli Baru
20. Dihantar pada 13hb April 2005, 00:32:27 pagi    [Edit]
selalu amalkan S4 http://lelakikuat.com
insyallah cepat dapat zuriat

--------------
http://www.lelakikuat.com

218.111.178.:-)

maie8808
Ahli Baru
21. Dihantar pada 13hb April 2005, 12:06:34 tghari    [Edit]
kasi up sket topic...

mai1,
nama kita serupa & 4 thn pun agak serupa..

--------------
memang laaa memang....

60.48.151.:-)

Rosniena
Ahli Setia
22. Dihantar pada 13hb April 2005, 5:11:06 ptg    [Edit]
hmm..ros pun doktor kata kalau takleh pregnant gaks suruh wat IUI.Ros baru lepas wat laporoskopi..doktor kata endometriosis ros skit sgt n diorg tak suh wat operate buang..kalau org leh pregnant dari dulu lg leh..padahal kite dah rasa sakit..ni suh wat pregnant cara biasa....hampeh arr doktor kerajaan ni.

--------------
B-nice, Bidadari,Pengedar Sah Aura Seri call me 019-2562460-shah alam,selayang,ipoh,B.Phat

192.228.219.:-)

wanli
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 13hb April 2005, 7:43:24 mlm    [Edit]


baru sempat nak masuk cni.. isk.. isk.. seminggu ni memang memenatkan.. apa nak buek.. dah keje...m apa khabar semer kat sini... harap2 sihat... kak wan cemana? dah berjalan lom tips ari tu???

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

60.48.74.:-)

suriapagi
Ahli Baru
24. Dihantar pada 14hb April 2005, 09:00:08 pagi    [Edit]
Assalamualaikum...

Dah lama dah sue tak menulis kat sini. Cuma membaca aje kisah you all semua. Actually....sue dekat 2 bulan dah tak period. Ingatkan nak beli pregnancy test hari ni. Alik2..pagi ni cik 'kak' dah mai. Emm....sabo je lah...
yelah 2 bulan period tak datang. before ni dah test jugak lah..tapi negative. Sedihnya...entah lah bila nak melekat ni......

Tapi bila siti dah cerita pasal IUI tu kan..rase macam nak cuba...Kawin tahun ni dah masuk yg ke tiga tahun. Tapi dulu pernah gugur 4 bulan sebab doktor kata ade fibroid. Tapi sampai sekarang tak melekat lagi. Siti buat kat lppkn yek? kalau nak buat IUI, kat pusrawi mana yang ok.

202.157.192.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 14hb April 2005, 09:38:40 pagi    [Edit]


suria

sy tak penah buat iui lagi ..tapi buat treatment kat lppkn caw shah alam..kalau awk nak cepat blh buat kat pusrawi kat kl..nie alamat dia.trylah contact dan tanya.kalau kat pusrawi tak silap sy kos dia dlm RM 450.00 tak termasuk ubat dan consult doktor...tapi change utk kita peknen tu lebih tinggi..InsyaAllah

Alamat :
Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. (112757-U) Wisma Baitulmal. 132-138 Jalan Ipoh. 51200 Kuala Lumpur. MALAYSIA. Tel : 603 40414922 Fax : 603 40414884( www.pusrawi.com.my )

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.24.:-)

wanli
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 14hb April 2005, 12:08:45 tghari    [Edit]


baru ada masa nak join.. mmm...

siti,

x penah lg buat treatment.. hanya sekadar usaha sendiri.. tp masih lom berhasil.. pas bulan 6 nnti.. baru laa nak try cara lain..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

viruspadu
Ahli Baru
27. Dihantar pada 14hb April 2005, 2:52:43 ptg    [Edit]
Akum semua,

erm... dah lama x masuk...
erm.. saya dah hampir 3 bulan tak dtg bulan..
nak check takut negetif... lgpun takde tanda2 langsung..
pening ker muntah2 ker... lgsg takde...
so cuma tunggu dan lihat ajer...
20/5 ni saya ada appoinment ngan lppkn...
so doakan saya n hubby takde masalah yer...

--------------
Alesha Abriza Bt Shamsul

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 14hb April 2005, 3:02:45 ptg    [Edit]
viruspadu,

sabar la ek.. sama2 berdoa supaya UPT tu x btol.. n memang ada 'isi' dalam tu..


hairan betul la.. naper ramai memember aku ni, period x atang dalam tempoh masa yg lama... as tu, perut bertambah membesar.. tp bila buat UPT atau check kat klinik.. -ve.. isk.. isk... penin aku.. almaklumlah... xde experience...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

cikon
Ahli Setia
29. Dihantar pada 14hb April 2005, 3:38:51 ptg    [Edit]
siti,

kat lppkn s.alam ade buat iui ker.

--------------
YA ALLAH... permudahkanlah hidup kami dunia & akhirat...

218.217.249.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 14hb April 2005, 3:51:38 ptg    [Edit]
virus
ada separuh org mmg tak de tanda2 langsung kalau pregnant.. mcm sirna la.. susah nak agak sbb mmg takde morning sickness or prob langsung.

advice sirna la kan.. kalau u all lewat period ni w/pun tak sure dah pregnatn or tidak.. buat gak mcm org pregnant.. jaga makan, minum susu, jgn buat benda berat2.. sbb ada gak kes2 yg mana actually mmg dah lekat tp sbb kita tak perasan kita pregnant then tak jaga sgt.. then keguguran secara tak sengaja.... tu yg tetiba period lak.. ni doktor sirna pernah beritahu sendiri kat sirna


wanli
kadang tu mmg mcm tu.. kalau tak mcm kes kat atas yg sirna ckp tu.. dah lekat tp gugur sendiri.. ada lak kes yg sbb kita ni nak sgt pregnant so tiap2 bulan kita berhrp and buat mcm org pregnant otak and hormon kita pun terpengaruh mcm kita betul2 pregnat..tu yg period dtg lambat... pernah tgk citer CSI mmg ada istilah perubatan utk kes mcm ni...

tu sbb org kata kalau nak pregnant.. masa bersama ngan suami tu jgn fikir2 sgt... just pasang niat and doa je.. lps tu jgn terus menghrp.. sbb selalunya kalau camtu mmg tak menjadi

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

Sirnatinta
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 14hb April 2005, 4:01:36 ptg    [Edit]
just some info utk u all..
Nini Hadi tu kerja utk Dr. Hamid Arshat..

Stress menganggu kesuburan kita. Sebab ia boleh menyebabkan kita gemuk
ataupun boleh menyebabkan kita mendapat pusingan haid yang tak tetap
dan juga seterusnya menyebabkan telur bengkak dan tak matang untuk
persenyawaan Sindrom Polycystic ovaries atau PCO. Kegemukan akan
menyebabkan sindrom PCO menjadi makin teruk.

Stress ini seumpama satu pusingan vicious cycle yang menganggu
kesuburan dan menyebabkan banyak penyakit timbul.

Tekanan menyebabkan Anxiety. Jadi refleks badan pada tekanan, hormon
akan terganggu sebab dia tak dapat berfungsi dengan normal. Lepas tu
hormon estrogen dan Follicle stimulating hormon akan terjejas. Period
lari dan masa subur lari dan juga telur tak masak untuk persenyawaan.

Memang ade kesannya.

Sebab itu prof banyak nasihatkan kita mengamalkan zikir waktu berusaha
mendapatkan anak. KEna banyak menyerahkan diri pada Allah dan
ketentuannya. Bila rohaniah kita tenang... otak akan memberi signal
yang positif dan hormon perangsangan telur akan menjadi lebih stabil.
Jadi bila minda positif peluang mendapat anak makin cerah.

PENGALAMAN SAYA:
Bagi saya, Kak Nini or Nini... pun lambat dapat anak >3 tahun.
Berusaha dengan prof setahun and buat operation betulkan kedudukan
rahim baru dapat anak. Saya ade mild PCO, mild endometriosis dan rahim
ke belakang. TApi alhamdullilah saya pasrah dengan ketentuan illahi
dan jarang merasa stress yang melampau kalau pasal tak dapat anak,
sebab saya merasakan ini qada dan qadar Allah terhadap saya. Tapi
stress tetap stress. Saya tahu Allah yang paling berhak menentukan
segala-galanya sama ada saya berhak mendapat anak, saya rasionalize
gitu. Saya stress sebab faktor-faktor lain dalam kehidupan saya yang
menyumbang pada keadaan saya tak dapat anak. Masa muda dulu tu saya
banyak memendam perasaan. Banyak tak melawan bila ade org buli saya.
Takut nak offend org. Jadi saya jadi tekannan perasaan. Hasilnye
period saya lari banyak. Selalu irregular.

Lepas tu tak pandai carik tarikh subur. Selama saya tak dapat anak
saya tak tahu-menahu tentang tarikh subur dan cara mendapat tarikh
subur.Memang sangat jahil.... but saya tak terdetik rasa tuhan nak
menzalimi saya... cuma saya fikir tuhan tak nak bagi rezeki lagi kot.

Saya jumpa prof entah macamana saya rasa tenang dan konfiden. Bukan
sebab ape tapi prof honest bila dia bercakap. kalau dia tak boleh dia
cakap terus terang. Dan saya rasa tak ramai doktor yang mahu buat
macam tu. Lepas tu 90% patient dia mesti berjaya dapat anak.
alhamdullilah dan prof selalu kata semua ni dengan izin Allah. Dan
prof selalu baca bismillah sebelum dia start scan kita. Prof punye caj
pun sederhana untuk rawatan pakar sakit puan. Bila jumpa prof saya tak
rasa stress dan risau. Walaupun prof tak cakap banyak tapi saya dapat
rasa prof is doing everything in the best of my interest. DIa akan
gunakan cara yang paling sesuai untuk kita. Hari2 prof jumpa dalam
average 20-25 orang. KAlau hari sabtu tak sah kalau tak sampai 30
orang. Ramai org tak puas sebab tak dapat explanation dari prof...
tapi sebab patient ramai terpaksa.... mungkin melalui e-groups ni kite
dapatlah info tentang kenapa prof nak buat cara yang tertentu untuk
rawatan dia.

Alhamdullilah sekarang ae dua org anak lelaki.

Mungkin netters bolehlah sharing experience dengan saya dan members
semua sebab saya tahu stress nak dapat anak.... mmg mendugakan. Stress
bila simpan sorang2 dalam benak tu yang menyebabkan pusingan haid
terganggu. So pls write ti this e-goups selalu... because it is a free
form of postive therapy for members semua dan akan menolong tenangkan
minda everyone dan secara tak langsung akan membantu pusingan haid
menjadi stabil balik... insyaallah.

Sekian,
Nini HAdi

--------------
Pengalaman mendewasakan, yang lepas jadikan panduan

219.94.52.:-)

SITI7677
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 14hb April 2005, 4:28:21 ptg    [Edit]


cikon...

kat lppkn shah alam tak der treatment iui nie.kalau nak buat kena pegi kl.kat sini cuma consult dgn doktor dan ubatan2..tapi kalau doktor suruh kita buat iui..doktor akan rujuk kes kita kat lppkn kl.

--------------
*Semalam Adalah Sejarah..Hari Ini Adalah Kenyataan..Dan Esok Adalah Harapan*

210.195.24.:-)

wanli
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 14hb April 2005, 6:00:42 ptg    [Edit]
sirna,

cam tu ek.. mmmm... patutlah sampai skarang ni asik xde 'isi' jerk.. rupanyer.. terlalu mengharap.. ni la.. saya ni jahil.. ingat dalam filem ke.. skali buat terus dapat... skarnag pun maleh nak pk.. cuma kenkadnag tu terpk.. bila baca kisah org lain peknen punyer la senang.. isk.. isk.. sedey gaks... tp buat x reti jerk...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

60.48.75.:-)

viruspadu
Ahli Baru
34. Dihantar pada 15hb April 2005, 07:50:30 pagi    [Edit]

sirna n wanli

thanxs for all d'advice...

betul jugak kata sirna tu... walaupun tak konfem lg...
kene jaga mcm kita peknen kan...
mulai hari ni saya akan minum susu... hehehehe
kalau takde isi pun... boleh jaga keshatan jugak kan...

itulah nak kata saya tensen... dah lama saya tak tensen...
sejak beberapa bulan ni... dah mula terima keadaan... dan sejak join forum ni... saya dah mula happy... tp period tak jugak tetap... pelik!

--------------
Alesha Abriza Bt Shamsul

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 15hb April 2005, 07:59:16 pagi    [Edit]


semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. AMIN...

viruspadu,

sabar ye.. tunggu lagi seminggu dua.. then, check lagi skali.. mana tau, masa tu hormon dah stabil n dapat detect..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 15hb April 2005, 2:44:47 ptg    [Edit]
mana semer org ari ni??? tape la.. kasik up skek..

ari ni asik lapo jerk... ni musti cik 'P' nak atang ni..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

sukalagu
Ahli Baru
37. Dihantar pada 15hb April 2005, 2:50:20 ptg    [Edit]
kita pun tgh tunggu cik 'p' gak ni...blum ada tanda2 lg...cuma jerawat la yg makin membiak...
kalo bulan ni x menjd lg...nak pi berurut lg la...kt makcik indon kt sini plak.. ada member dah try...2 kali pegi...dia dah lekat...alhamdulillah..

--------------
.:|| Keceriaan Milik Bersama ||:.

219.94.53.:-)

wanli
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 15hb April 2005, 3:13:42 ptg    [Edit]
sukalagu,

mmm.. saya memang niat sebelum ni.. cik 'P' atang ke.. x atang ke.. nak gie berurut... tp rasanyer sure la cik 'P' ni atang.. dah ada tanda2 nak atang je ni.. bila cik 'P' dah atang baru laa start mamam clomid...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

viruspadu
Ahli Baru
39. Dihantar pada 15hb April 2005, 3:40:54 ptg    [Edit]
saya pun dok tunggu cik p ni...
ish la wat suspen ajer....
hari2 berdebar2... huhuhuh...

jiran yg baru kawen 3 bulan lepas pun dah berisi 3 bulan jugak...
mak pun asik bertanya... hehehe...
lantak la... kalu org tanya.. jwp ajer la merancang... abih cerita...

td p scan perut.. doc kata rahim kosong ajer...
semuanya ok.. takde pape masalah....
pastu laki saya plak yg risau... takut2 dia yg problem... hikhkhik...
saya pun mula la takut2kan dia... gegegge... syok jugak tgk muka dia panik semacam ajer....

ish tak sabar nak tunggu bulan depan... appnt dgn lppkn...

mari sama2 berdoa kita semua akan menimang cahaya mata dalam masa terdekat ni okey.... aminnn

--------------
Alesha Abriza Bt Shamsul

219.93.8.:-)

sukalagu
Ahli Baru
40. Dihantar pada 15hb April 2005, 3:43:13 ptg    [Edit]
awak dah penah pi berurut ker wanli?? kalo period awak mmg regular every month..mungkin awak ada masalah dgn kedudukan rahim awak tu.. kawan saya dia pi berurut..makcik tu ckp rahim dia ke bawah sgt..so, dia naikkan sikit...2 kali berurut...terus lekat...mmg rezeki dia la tu...
cam saya ni sbb period x regular..pegi berurut sekali..pas tu...2 bulan lps.. cik 'p' mmg teratur la...so, tgh tunggu bulan ke3 ni la...xtau la dia nak kuar ker tak...

--------------
.:|| Keceriaan Milik Bersama ||:.

219.94.53.:-)

che_tomb
Ahli Baru
41. Dihantar pada 15hb April 2005, 4:16:07 ptg    [Edit]
...


dah lame tak join kat sini..jadik pemerhati jek
Jumaat minggu lepas saye gi hospital swasta ...konon2 nya nak check kesuburan hubby n saye laa..
bile jumpe dr tuh, saye cerita laa period dah lewat 2 minggu mase tuh, die pun periksa laa..scan kat perut..die tak puas hati , die pun scan masuk drp "tut" tuh..pergh segan nyerr..alhamdullillah dr pompuan n hubby pun ade skali..

then nampak cam ade sac. dr kate most probably pregnant..but she asked me to do urine test..
bile buat urine lak -ve...aiseh ...sedey woo mase tuh..
but dr tuh kate die tak de laa kasik hope n die kate laa takut die nampak dinding rahim jek.. pregnant ke tak???...so she asked me to come on 22nd ni..check urine lagik skali..n die suh mkn asid folic...

mmmm doakan laa ye...urine test tuh +ve....
mase scan tuh nampak cam ade kantung n ade cam titik hitam..mmm tak tau laa..
sekrang ni takut nak harap sgt..takut keciwaaa...

tapi memang tak de tanda muntah2 ke cume sakit sket kat bwh perut atas sket drp 'tut' n minggu lepas saye rase pedih hati bila mkn bende2 pedas ni..
n letih jek...
mmmm
pepun tunggu jek laaaa


211.25.50.:-)

wanli
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 15hb April 2005, 6:42:31 ptg    [Edit]
sukalagu,

sebelum ni x penah berurut pun.. lepas cik 'P' atang ni.. kira 1st time la nak gi berurut.. maybe btol kot.. maslaah keduudkan rahim.. sbb wak yg saya nak g berurut ni nnti dia akan urut satu badan.. asalnyer nak buang angin je.. as tu, dah dia pun suggest urut semer skali.. belasah je laa.. dia kata nnti dia akan kasik ubat subur.. yg dia buat sendiri.. so far setakat ni, alhamdulillah.. org yg penah urut ngan dia berjaya dapat anak dalam tempoh sebulan 2.. tu yg dah alang2.. cuba je... kalu ikut perkiraan.. minggu depan la cik 'P' atang..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

60.48.75.:-)

wanli
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 17hb April 2005, 5:16:10 ptg    [Edit]
up n up n up...

jauh dah ketinggalan ni..

cikwan... oooo.. cikwan... mingu ni ada kan???

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

60.48.74.:-)

sukalagu
Ahli Baru
44. Dihantar pada 17hb April 2005, 9:33:59 mlm    [Edit]
kasik up lg...

saya kt ofis hubby, teman kan dia kejap..dia ada keje sket nak settle...sambil2 tu sempat lg jenguk kt forum ni...

wanli, kita nyer cik 'p' dah kuar dah...mlm td tgk dah ada...so, ingat ujung minggu ni nak pi berurut la kt tmpt yg kwn kita suggest tu...td tepon mak kt kampung...mak pun ckp suruh pegi try kt makcik tu...mana la tahu...kalo ada rezeki..insyaAllah...kalo nak berharap balik mengurut kt kpg...susah la...sbb jarang balik..sbb jauh...

ok lah...esok kita sambung lg...saje nak kasik up utk mlm ni...bye..

--------------
.:|| Keceriaan Milik Bersama ||:.

60.48.12.:-)

wanli
Ahli Produktif
45. Dihantar pada 18hb April 2005, 07:56:44 pagi    [Edit]


semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. AMIN...

sukalagu,

cik 'P' dah atang ek... hehe.. tu ler.. saya pun tgh menunggu hari ni.. kalu ikut perkiraan minggu ni ler... as tu, baru gie berurut.. risau gaks... smalam gie kenduri kawin.. isk.. isk.. isk... semer cakap.. "na, apsal makin kurus ni?" yg sorang lagi cakap.. "dah ada blom? berseri2 jer muka..." sengeh je laa...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

viruspadu
Ahli Baru
46. Dihantar pada 18hb April 2005, 08:08:52 pagi    [Edit]
semua...

selamat pagi...

wanli... mmg macam tu la kalu g kenduri... kene tahan telinga...
saya hari tu g kenduri member... siap kene sound...
"knp takde2 lg... korg pakai k****m ker??"
sakit nyer hatii... tuhan ajer yg tahu...

kesimpulannya buat dek ajer la kan...
senang.. tak la tertekan... baru senang lekat kan hikhkhik

* Mesej ini telah disunting oleh viruspadu pada 18hb April 2005, 08:37:13 pagi

--------------
Alesha Abriza Bt Shamsul

219.93.8.:-)

wanli
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 18hb April 2005, 08:58:06 pagi    [Edit]
viruspadu,

tu yg dok dendiam jerk... malas nak layan.. sukati kiter la nak buat cemana.. yg dia sibuk2kan tu naper??? buhsan layan org cam tu.. last2.. blah cam tu jerk... lantak la nak sakit ati ke apa.. apa dia x pk.. dia dah sakitkan ati kiter...

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

sukalagu
Ahli Baru
48. Dihantar pada 18hb April 2005, 10:52:11 pagi    [Edit]
saya pun skrg ni hubby dah ckp...x pyh kawan dgn kengkwn yg dah peknen..nnt saya makin tensen...sbb nye last week saya dah mula buat perangai bila 2,3 org member saya dok citer yg diorg sumer dah peknen.. mula la rasa sedih & tensen bila dgr citer2 camtu... at last, hubby ckp x pyh la kwn ngan kengkwn tu dulu...utk kebaikan saya jugak...kalo x hubby la makin pening bila hari2 saya buat perangai jer...nnt lg ler susah nak lekat bila kepala otak dok pikir jer hal2 cam tu..

--------------
.:|| Keceriaan Milik Bersama ||:.

219.94.53.:-)

wanli
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 18hb April 2005, 11:02:57 pagi    [Edit]
sukalagu,

biasanyer kalu saya terasa ngan kengkawan yg peknen.. saya x la mengadu kat hubby.. n.. dia pun x la tanya.. cuma ada skali tu.. ada kawan saya peknen.. then, dia pun cakap la.. mas, dalam perut ni ada baby.. dah 6 minggu alahaii... memula ok lagi.. as tu, dia pun sibuk laa.. ngan loya dia, penin dia.. satu opis dia kasik tau.. isk.. isk.. kenkadnag dia atang tempat saya.. cuma nak cakap.. malam tadi dia muntah.. sabo je laa.. sedey jugak.. masa memula dia cakap yg dia peknen tu.. 2 hari saya x lalu nak makan.. sbb sedey sngat.. tau la dia peknen.. x yah la nak tunjuk2 sangat.. macam la dia sorang je leh peknen.. isk.. isk.. sedey wooo.. dia kawin lewat 2 bulan dari saya.. lama gaks kitorang free... tp rezeki dia sampai dulu.. as tu, eksen laks.. isk.. sakit je ati.. asal atang meja saya.. citer.. malam tadi x leh tido.. asik muntah jerkk x leh masuk dapur.. rasa loya.. skarnag nu husband yg masak, basuh baju.. alemak.. macam la orang lain x penah peknen.. cam dia sorang jerk.. sakit nyer ati.. tuhan je yg tau..

pada saya.. x yah la nak heboh2.. walaupun kiter dah peknen.. kena lah jaga hati orang yg masih berusaha cam saya ni.. ini tak.. lagi nak menyakitkan hati.. skarang ni, x la rapat ngan member tu cam dulu.. sbb bila jalan berdaa jerk.. mula la dia bercerita tentang alahan dia.. muntah sana.. muntah sini.. kiter yg berselera ni pun jadik x berselera..

so, kat sini nak jugak la kasik nasihat.. kot2 kalu kiter dah peknen nnti.. jangan ar bising2 macam kiter sorang je yg penah peknen kat dunia ni.. hormatilah dan jagalah perasaan orang lain yg belum peknen.. yg masih berusaha..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

icecreamgirl
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 18hb April 2005, 11:16:01 pagi    [Edit]
orang2 tua berkata, kalau nak lekat cepat, eloklah berkawan ngan mak buyung.... selalu usap perut member kite tu.. manalah tau dekat..
dan jangan busuk hati... rezeki.... ALLAH dah bagi....mungkin belum sampai rezeki kita.. Sepatutnya kita bersyukur sb bertambah lagi umat manusia di bumi ni.. Mungkin dia excited...
Agaknya samalah cam kite nanti.. kalau peknen, musti riuh satu opis... iyelah dah lama tunggu kan...
so tak boleh nak salah diorang.... kite berdoa agar dia selamat dan rezeki tu nanti moga diturunkan kat kite....

hati kene selalu bersih...

* Mesej ini telah disunting oleh icecreamgirl pada 18hb April 2005, 11:26:24 pagi

--------------
Tak henti hati ini menyebut namamu, tak henti jua degupan rindu memalu jantungku....

202.185.247.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005