Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 5hb Dzulhijjah 1435 @ 30hb September 2014, 11:50:53 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh motor : beli motor secara ansuran
kuntilanak
Ahli Baru
1. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 08:36:53 pagi    [Edit]
Biasanya kalau orang nak beli kereta boleh buat pinjaman bank. bank pulak banyak option. ada yang islamic dan ada yang conventional. Tapi untuk beli motor ni tak de pulak pinjaman bank. mungkin sebab murah. So, beli motor ni biasanya kedai motor yang bagi bayar ansuran. Saya nak tau adakah pembelian begini ada unsur-unsur riba.

203.121.36.:-)

Baiduri79
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 08:45:23 pagi    [Edit]
rasanya sama ajer ngan pembelian kereta ek

--------------
Slimming Coffee / Halle ? 012 2619547

210.19.196.:-)

abede
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 8:55:39 mlm    [Edit]
sori ek...terang-terang riba..tak payah suluh pon nampak

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

cenango
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 04:38:39 pagi    [Edit]
tak yah tengok pon dah nampak


--------------
BiaRLaH BuLaN BiCaRa SeNDiRi...

202.157.192.:-)

cenango
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 04:43:27 pagi    [Edit]
tak yah tengok pon dah nampak


--------------
BiaRLaH BuLaN BiCaRa SeNDiRi...

202.157.192.:-)

salsham
Ahli Setia
6. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:21:32 pagi    [Edit]
beli kete ke, umah ke...cikgu aku ckp, tak kire ikut konvensional ke islamic... same je, cume name yg tukar, principle je yg lain.
ie: beli rumah cara islam dr bank, 20 thn bayar balik. tetibe lps 10 thn, nak setel seme baki, islamic bank no rebet, konvensional ader... kengkadang tu beza puluhan ribu. sape yg rugi? tahu tak kenapa? bukan islamic system/syariah yg tak betul, tapi kitenyer akar umbi. yela, kalau simpan duit kat bank, 4% akan diambil central bank as reserve ratio to create more money to the country. cube kaji balik aper Nabi Muhammad ckp, kaji balik benda yg macammaner yg boleh dijadikan matawang dlm islam...x reti nk terangkan bebanyak kat sini. lps tu, kenapa bnyk komercial bank lain nk ikut cara islam, sbb profit bnyk giler. tgk la singapo, budak skolah x leh pakai tudung, madrasah yg dlm masjid tutup habis, pas tu ckp nak tubuhkn centre 4 islamic banking, kepala hotak bapak die!!!pegilah tanye memaner ustat yg arif pasal ekonomi islam, dan arif jugak dgn konvensional system. mesti akhir skali akan ckp mmg x bleh buat aper2 dah.

same la cam org nak kawin ikut cara islam, tapi cara idup ikut bukan islam.
wallahualam.

--------------
diammmmmmm......Barisan depan!!!

202.190.185.:-)

kuntilanak
Ahli Baru
7. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:53:12 pagi    [Edit]
ikut yang saya faham, riba ni kalau pinjam RM 100 pas tu yang bagi pinjam tu mintak bali RM 120. So, RM 20 tu kira riba.
Macam mana kalau tokey kedai motor tu kata, kalau beli cash harga RM 4000. Tapi kalau bayar ansuran harga dia jadi RM 4500. Dia tak kata, kalau bayar ansuran, harga RM 4000 campur bunga RM 500. Maksudnya, dia dah letak siap-siap harga motor tu RM 4500.
Apa pendapat anda.

203.121.0.:-)

azarazara
Ahli Setia
8. Dihantar pada 01hb Februari 2005, 9:06:25 mlm    [Edit]
askum....

bukan beli moto keta je riba... semua sistem bank yang ada kat malaysia ni semua riba.... kita semua dah terperangkap. Masih ada jalan keluar..? rasanya Dr Mahatdir dulu mengetahui tentang ini.. dan beliau cuba... tapi tak tahu perkembangan nya ... senyap...

dimanakah sistem Islamnya ?

Siapa yang menghalalkan Riba ini di kalangan umat Islam?
Ia di mulakan oleh Syeikhul Universiti Al-Azhar yang mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam di bolehkan mengambil faedah daripda tabung simpanan (Al-Manar). Beliau di lantik oleh Lord Cramer.

Inilah - Fatwa yang merosakkan agama dan amalan umat Islam. Fatwa inilah yang membuka jalan kepada pembentukan Bank dalam Islam.

Melalui Ilmu economi inilah alat yang paling berkesan untuk mengalih pandangan umat Islam daripada masalah riba. . memperkenalkan takrifan baru bagi riba sebagai faedah bagi keuntungan, dividen yang di haramkan.

Kemudian lahirlah ekonomi Islam, akaun Islam, bon Islam, bursa saham Islam, insurance Islam banyak lagilah padahal ia tidak selaras dengan Islam.


"tidakkah kamu mengambil pelajaran ke atas umat2 yang terdahulu.."

* Mesej ini telah disunting oleh azarazara pada 01hb Februari 2005, 9:18:40 mlm

219.95.72.:-)

nezumice
Ahli Baru
9. Dihantar pada 02hb Februari 2005, 2:40:25 ptg    [Edit]
aku kurang ilmu pasal ekonomi ni...... memula aku ingat islamic banking ni beza sebab ada lafaz perjanjian tuh......

pusing mana pon sama gak sebab duit kita bersandar pada US dollar( bank2 berhutang dgn bank2 luar negara so kena bayar faedah@riba jugak)... sepatutnya matawang berasas pada emas . kalo islamic banking nih faedah dia tinggi kan.. walaupon fix untuk 20-30thn(nak beli rumah).

ade cadangan guna dinar emas (sama konsep matawang disandar pada emas) tapi dengarnya tak boleh ... kurang pasti kenapa...

--------------
... pi mai pi mai.. tang tu

218.111.51.:-)

ikhlasonline
Ahli Setia
10. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 09:10:33 pagi    [Edit]
payah-payah... guna jer e-gold... hehehehehehe

210.186.222.:-)

Crazyman
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 03hb Februari 2005, 09:20:11 pagi    [Edit]
kalau org buta nampak ke w'pun di suloh??..hahahhahaha!!

--------------
Get Back!!...Get Back!!...You Know Me LIke That..!!

202.129.171.:-)

moshi
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 4:59:21 ptg    [Edit]

Salam sejahtera.

Semuga Allah selamatkan kita dari menjadi pengamal Riba yang Haram yang darinya menjadi MUSUH ALLAH SWT DAN RASULNYA SAW.

Apabila menjadi musuh Allah dan Rasul SAW, tentulah tergulong dikalangan yang rugi, kerana jika masih mengaku berimankan Islam maka TERMASUK DIUKALANGAN MUNAFIKIN.
Na'uzubillahiminzalik.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

zbear
Ahli Setia
13. Dihantar pada 17hb Februari 2005, 5:33:12 ptg    [Edit]
walau apa pun, realitinya, takda manusia
yang boleh lari drpd riba sekarang nih..
lagipun, yang pertama sekali yang patut disalahkan
ialah kerajaan, kerana meredhai amalan ini...
ini diikuti diri kita sendiri kerana sanggup & terpaksa
menerima amalan nih..

dengar cerita, kat kelantan, nak diwujudkan pinjaman perumahan
tanpa riba... berapa ribu pinjam.. walaupun bayar sampai 30 tahun,
harga tu lah juga akan dibayar.. wallahualam..

192.228.129.:-)

mercunpadi
Ahli Baru
14. Dihantar pada 18hb Februari 2005, 11:55:13 pagi    [Edit]
quote:
dengar cerita, kat kelantan, nak diwujudkan pinjaman perumahan
tanpa riba... berapa ribu pinjam.. walaupun bayar sampai 30 tahun,
harga tu lah juga akan dibayar.. wallahualam..


kalo mcm nih dah kira buat kerja amal kebajikan je la...mcm mane nak bayar kos2 pengurusan dan operasi perbadanan tu spt gaji pekerja, sewa bangunan. tak kan nak harap kutipan cukai je....

pada saya, antara beza yang boleh dilihat antara islamic banking dgn konvensional ialah penetapan kadar faedah. sebagai contoh, kalo buat pinjaman rumah menerusi perbankan islam, kadar (peratusan) faedah dah ditentukan utk 30 tahun akan datang. maka, walaupun ekonomi meningkat/meleset, jumlah bayaran balik masih tetap sama. tapi kalo konvensional, kadar faedah adalah berdasarkan BLR (base lending rate). BLR ni akan berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi dan juga polisi kerajaan. ini menyebabkan dalam keadaan yg tidak menentu, peminjam terdedah kepada risiko utk bayaran ansuran yang lebih tinggi.

p/s: hanya pendapat lima sen saya

--------------
....double trouble....

210.19.241.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
15. Dihantar pada 19hb Februari 2005, 11:42:22 pagi    [Edit]
cuba call calis_angel.. dia nak jual motor dia.. Terus beli cash RM1.8k takyah utang lagi..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

azarazara
Ahli Setia
16. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 12:02:48 tghari    [Edit]
memang kita tak boleh lari dari masalah riba ini skg... jadi pejamkanlah mata. Kita ikut je lah seolah-oleh menyokong...? begitu

Ingat yang hak itu mesti dimenangkan ke atas yang bathil. itu tugas kita sebagai umat Islam.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian nya.. Islam itu lengkap.

ustaz2 ulama2 yang cakap sekarang kita tak leh wat apa2 itu sebenarnya fikiran sempit dan buta segalanya

Penggunaan Dinar emas adalah jalan penyelesaian yang terbaik bagi menangani riba ini. bagaimana ..? mengapa ...? jika kita mencari kita akan tahu segalanya.


siapa yang nak memenangkan yang HAK ini...? ah choong, mutu samy, gopal? ...

203.115.222.:-)

zurina77
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 20hb Februari 2005, 2:24:51 ptg    [Edit]
quote:
Macam mana kalau tokey kedai motor tu kata, kalau beli cash harga RM 4000. Tapi kalau bayar ansuran harga dia jadi RM 4500. Dia tak kata, kalau bayar ansuran, harga RM 4000 campur bunga RM 500. Maksudnya, dia dah letak siap-siap harga motor tu RM 4500.
Apa pendapat anda.



Minta maaf, saya tak tau nak jawab soalan tuan rumah..

quote:
beli kete ke, umah ke...cikgu aku ckp, tak kire ikut konvensional ke islamic... same je, cume name yg tukar, principle je yg lain.



Konvensional dan Islamic tak sama..
Kenapa konvensional tak boleh dan islamic boleh?
Sebab islamic system menghalalkan apa yg tak boleh. Macammana? Contoh: buat loan kete interest 4% - terang2 riba, bak kata abede dan Crazyman.

Tapi kalau Islamic, depa gunakan konsep Al-Bait-Bithmana Ajil.. Konsep jual beli. Contoh kelisa aku harga RM36000. Bank Rakyat beli kelisa tu dengan harga RM36000. Tapi bank rakyat jual pada aku dengan harga RM43000 (contoh). Ini adalah konsep jual beli yg dihalalkan oleh Islam. Lebihan (43000 -36000) adalah keuntungan daripada jualbeli.
Lepas tu kalau ikut Islamic banking, masa transaction tu ada akad jual beli. SO, jual beli tu halal..

Cuma masalahnya, kakitangan bank tu kadang2 aku tengok, elok dah tapi dok sebut interest jugak, sebut la kadar keuntungan. Beza banyak tu..

Dari segi calculation, semua sama..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

moshi
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 21hb Februari 2005, 4:51:23 ptg    [Edit]

Salam sejahtera.

petikan dari penjelasan sebahgaian orang :



Tapi kalau Islamic, depa gunakan konsep Al-Bait-Bithmana Ajil.. Konsep jual beli. Contoh kelisa aku harga RM36000. Bank Rakyat beli kelisa tu dengan harga RM36000. Tapi bank rakyat jual pada aku dengan harga RM43000 (contoh). Ini adalah konsep jual beli yg dihalalkan oleh Islam. Lebihan (43000 -36000) adalah keuntungan daripada jualbeli.
Lepas tu kalau ikut Islamic banking, masa transaction tu ada akad jual beli. SO, jual beli tu halal..



Kebiasaan, seorang itu telah melihat dan mengetahui harga kereta A dari kedai kereta dengan pasti.
Kemudian ia pergi ke Bank lalu menyatakan hasrat untok memliki kereta A.
Beliau menerangkan tentang kdudukan kererta A, pemilik-pekedainya dan alamatnya sekali.
... Bank tidak pergi tenguk kereta tau beli kereta berkenaan.
Sebaliknya membuat perkiraan itu ini dan memberitahu akan apakah dan berapakah harga yang patut untok dibayar secara beransur atas kereta A.
... Penama dalam kereta A akan terus kepada pembeli DAN BUKAN BANK.

KAD KERETA adalah sebagai penjamin kepada pinjaman selain penjamin lain (jika ada)
Sebenarnya, BANK hanya mengeluarkan wang harga bayaran kepada KEDAI KERETA tanpa melihat kereta atau BANK MENGAKU IALAH PEMBELI SEBENAR. Pembelinya ialah 'penema' atau sipembeli dalam daftar KAD KERETA. (Registration Card yang diakui JPJ).

JELASNYA.
Pembeli meminjam WANG TUNAI DARI BANK RM 36,000 tanpa melihat wang kerana Bank terus serah kepada PEKEDAI.
Peminjam TERPAKSA MEMBAYAR RM 36,000 dengan TAMBAHAN RIBA sehingga RM 43,000. dalm tempuh tertentu.
Itulah yang dinamakan JUAL BELI YANG RUSAK.

jika berpandukan mahu ambil cara AS Sunnah.
'BANK itu' MEMANG TELAH sedia ada kereta A dan ditempatkan 'dikedainya sendiri' dan menawarkan harga kererta A dengan harga RM 43,000 secara terus tanpa ada rundingcara sebagaimana contoh terdahulu. DAN tidak ada ucapan kalu tunai 36,000 dan hutang 43,000 ATAU jika bayar cepat akan dipotong begini-begiitu.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

zurina77
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 09:02:31 pagi    [Edit]
moshi

I got your point.

Tapi saya nak tanya pada sesiapa yg tau, apa syarat-syarat jual beli?

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

moshi
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:15:09 pagi    [Edit]

Salam sejahtera.

Secara rengkas bagi pembeli yang 'benar'.

Pembeli menyukai ( BERPUASHATI )barang yang mahu dibeli dengan melihat-mengetahui kedudukan barangan tersebut secara pasti.
Penjual seharusnya berterusterang tentang apa-apa kedudukan tentang kerusakan atau kekurangan barangan yang mahu dijual ( jika ada kekurangan ).

PENJUAL DAN PEMBELI bersetuju nilai harga barangan itu.

Urusannya:
JIKA JUALBELI SECARA TUNAI.
Pembeli membayar harga dan Penjual serah barangan.
Ijabkabul ialah: Kedua-duanya bersetuju ( redha meredhai ) dengan urusan jual beli tersebut. Adalah munasabah adanya saksi dalam urusan tersebut.

JIKA JUALBELI SECARA HUTANG.
( Disini yang selalu berlaku RIBA YANG HARAM )]
Jual beli cara 'hutang atau tunai' HENDAKLAH TIADA BERBEDZA HARGA UNTOK SATU BARANGAN YANG HENDAK DIBELI.
( maaf: tak cukup masa untok bicara waktu ini ).

Nota:
Jualbeli hutang memang amat menyulitkan dan SANGAT MENGHAMPIRI RIBA lebih-lebih lagi dewasa ini apabila telah banyaknya PERATURAN YANG MENGHALALKAN CARA.

Saya suka mengambil maksud Hadis ini untok difikirkan bersama:

Hadis dari Al-Bara' bin Azib RA:
Diriwayatkan daripada Abu Minhal RA katanya: Rakan kongsi aku pernah menjual perak dan pembayarannya ditangguhkan sehingga musim Haji. Dia datang kepadaku dan memberitahu perkara itu. Maka aku berkata: Itu suatu perkara yang tidak baik.
Beliau menjawab: Tapi aku telah menjualnya di pasar dan tiada seorangpun yang menghalangku.

Maka aku (Abu Minhal) pergi menemui Al-Bara' bin Azib RA dan bertanya masalah itu. Dia berkata: Nabi SAW datang ke Madinah dan kami kebiasaannya melakukan jual beli seperti itu,
maka Baginda SAW bersabda:
Apa sahaja yang terus diserahkan dan diterima, adalah tidak mengapa. Tetapi yang bertempoh adalah riba.
Pergilah berjumpa Zaid bin Arqam, perniagaannya lebih maju daripada perniagaanku. Aku terus menemuinya dan menanyakan masalah itu. Beliau menjawab sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Bara' RA. ( Muslim )

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

zurina77
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 10:29:52 pagi    [Edit]
TQ moshi

quote:
Tetapi yang bertempoh adalah riba.


Yang ni main point kan?
Ok.. understood..
Maksudnya yg saya faham kat sini, tidak ada transaction di bank yg halal, sebab semuanya bertempoh.

Lagi satu isu, contoh: kalau bank still gunakan konsep Al-Bait Bithaman Ajil, mcm contoh kelisa saya tu, tapi kalau saya bayar cash pada bank, halal tak transaksi tu?

Bukan niat nak betulkan yg salah, kalau saya dah salah, salahlah.. cuma nak tambahkan ilmu..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

moshi
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 22hb Februari 2005, 11:03:08 pagi    [Edit]

Salam sejahtera.

Kerana saya masih belum keluar, sempat sambung sikit lagi. Harus ada yang lebih arif dapat membantu.


Setahu saya, mengambil dari maksud Al Quran dan Riwayat Hadis yang Shahih, sesunguhnya mengamalkan memberi makan, makan sendiri, juru tulis, saksi-saksi yang melibatkan riba yang haram adalah sama sahaja sebagai bersyubhat antara satu sama lain dan mendapat kemurkaan Allah SWT jika tidak mahu taubat dan meninggalkan amalan tersebut.

Apabila telah sedar tentang bahaya amalan ini terhadap jiwa-diri dan masyarakat Islam, maka berazamlah untok segera menyelesaikan dan meninggalkan amalan tersebut dengan sebaik-baiknya, selebihnya, terserahlah kepada Allah SWT apabila kita telah bersungguh-sungguh untok keluar dari 'penderitaan' ini.

Saya suka ambil fikir atas maksud firman Allah SWT:



Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

( 2 Al- Baqarah 278 - 279 )



NOTA.
Mereka yang segera bersungguh taubat untok menyelesaikan-meninggalkan amalan ini, itulah jalan keampunan yang disukaiNYA lagi membuka jalan-jalan ''HidayahNya', semuga mendapat keampunan lagi dinaikan darjat sebagai hambaNya yang menuju kepada Mukmin yang sebenar. InsyaAllah.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

zurina77
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 10:38:33 pagi    [Edit]
quote:
Lagi satu isu, contoh: kalau bank still gunakan konsep Al-Bait Bithaman Ajil, mcm contoh kelisa saya tu, tapi kalau saya bayar cash pada bank, halal tak transaksi tu?



Soalan ni belum terjawab lagi..
Anybody yg nak jawab, tolong?

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

abede
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 10:47:12 pagi    [Edit]
saya tak reti nak jawab
Cuma tertanya kalau mampu bayar cash kenapa beli melalui bank dulu..baik bayar cash pada kedai yang jual kereta...

Dulu saya macam awak juga..cuma saya beli(hutang)melalui kompeni saya(lama dah)...lepas 3 tahun guna..
saya tersedar utk membersihkan diri dari sebarang riba tak mau dah sebarang bentuk riba..maka saya pun bayar cash balance hutang kereta tuh...sampai sekarang saya dah tak mau hutang-hutang dan alhamdulillah rupanya jika kita buat apa-apa kerana Aallah maka Allah akan memberkatkan rezeki kita...Masyaallah

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 23hb Februari 2005, 10:48:24 pagi

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

zurina77
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 11:30:30 pagi    [Edit]
TQ abede sudi reply..

quote:
Cuma tertanya kalau mampu bayar cash kenapa beli melalui bank dulu..baik bayar cash pada kedai yang jual kereta...



Dah agak dah, akan ada yg cakap camni.. hehe..
Saya cuma bagi contoh je.. sebab..

quote:
KAD KERETA adalah sebagai penjamin kepada pinjaman selain penjamin lain (jika ada)
Sebenarnya, BANK hanya mengeluarkan wang harga bayaran kepada KEDAI KERETA tanpa melihat kereta atau BANK MENGAKU IALAH PEMBELI SEBENAR. Pembelinya ialah 'penema' atau sipembeli dalam daftar KAD KERETA. (Registration Card yang diakui JPJ).

JELASNYA.
Pembeli meminjam WANG TUNAI DARI BANK RM 36,000 tanpa melihat wang kerana Bank terus serah kepada PEKEDAI.
Peminjam TERPAKSA MEMBAYAR RM 36,000 dengan TAMBAHAN RIBA sehingga RM 43,000. dalm tempuh tertentu.
Itulah yang dinamakan JUAL BELI YANG RUSAK.



Saya nak lebih faham pasal jual beli yang rosak..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

moshi
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 23hb Februari 2005, 5:23:47 ptg    [Edit]

Salam sejahtera.

Beli kereta dari 'kedai kereta'.
Pembayaran tunai melalui :
Pinjam WANG TUNAI dari BANK ATAS APA JUGA nama skim adalah dua hal yang berbedza. Pinjaman berkenaan adalah RM 36,000 yang terus dibayar kepada kedai oleh sesiapapon !!! Sebaliknya Peminjam perlu bayar apabila seselesai mernjadikan jumlah RM 45,000
ADALAH JUAL BELI YANG RUSAK !!!.
atau senang cakap urusan RIBA YANG HARAM ATAU SYUBHAT 'RIBA' YANG NYATA.

Rusaknya ialah:
PINJAM TUNAI DARI BANK dan perlu bayar TUNAI.
PENJUAL/PENIAGA KERETA BUKAN BAK TERSEBUT.
PINJAM 36 BAYAR 45.
Walau gunakan apa sahaja kaedah yang menggunakan bahasa Arab atau Jepun atau Melayu.

Saya mengambil fikir maksud hadis dari Abu Said Al-Khudriy RA:
Bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Janganlah kamu menjual emas dengan emas (mata wang) kecuali sama jumlahnya serta janganlah melebihkan sebahagiannya. Kemudian janganlah kamu menjual perak dengan perak kecuali sama jumlahnya serta jangan melebihkan sebahagiannya dan janganlah menjualnya dengan cara sebahagian secara tunai dan sebahagian lagi ditangguhkan, ( Muslim )


WA.

Ps.
Nota:

Berdasarkan pinjam 36 ribu bayar 45 ribu diatas.

'Ijabkabul' yang menyetujui zalim-menzalimi dalam ertikata sedia atau redha membayar lebih oleh peminjam BUKAN DAPAT MENGHALALKAN CARA LALU mengamalkan kerusakan dalam jual beli yang dibenarkan.
HATTA
Tidak juga menghalalkan cara sekadar bernamakan sistem yang berbau Islam sedangkan amalannya tidak menepati As Sunnah.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

moshi
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 3:26:00 ptg    [Edit]

Salam sejahtera.


Dalam urusan amalan riba, kita harus tidak mesti menerima bulat hanya disebabkan sistem atau pengendali itu ISLAM, kerana akhir zaman ini FITNAH DAJAL berada dan berupa dimana-mana.

Biasa terjadi nama skim Islam yang memberi pinjam tunai 1000 dan kena bayar balik tunai 2000. Mereka menyatakan HALAL kerana ada SUNNAH IJABKABUL.
ijabkabul adalah lisan janji suka menyuaki sedang AMALAN MEMBERI DAN MAKAN RIBA YANG HARAM ITU pekerjaan yang menjadi AMALAN YANG DI AMBIL KIRA.

Siapakah orang yang mahu DIZALIMI DIRINYA SENDIRI DAN SEDIA MENJADI MUSUH ALLAH DAN RASULNYA SAW ?

nota:
Dalam amalan puasa, malamnya ada niat-makan sahur, pekerjaan puasa yang berlapar siangnya dan TERMASUK JUGA MENJAGA HATI, MATA, ANGGUTA dan sebagainya yang difardhukan adalah amalan kesempurnaan puasa.

Amalan riba, BUKAN JADI HALAL HANYA KERANA ADA IJAB KABUL RELA MENZALIM DAN DIZALIMI.

WA.

* Mesej ini telah disunting oleh moshi pada 02hb Jun 2005, 10:03:39 pagi

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 01hb Jun 2005, 10:49:58 mlm    [Edit]
quote:
Semuga Allah selamatkan kita dari menjadi pengamal Riba yang Haram yang darinya menjadi MUSUH ALLAH SWT DAN RASULNYA SAW.



skang ni ramai yg dah kena tempias........
utang byk lagi tu.....so, dah sedar......tapi tak tahu apa nak buat....
any idea

60.48.180.:-)

moshi
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 02hb Jun 2005, 10:12:33 pagi    [Edit]

Salam.

azlal dan netters yang dihurmati.

Langkah 1.

TAUBAT YANG BERSUNGGUH.
( kena rujuk ulamak @ ilmu As Sunnah apakah yang dinamakan TAUBAT YANG BERSUNGGU ).

Selanjutnya;

AMALAN MEMBERI MAKAN, MAKAN SENDIRI, MENJADI TUKANG TULIS SURAT PERJANJIAN URUSAN RIBA, SAKSI-SAKSINYA DAN KALANGAN YANG TERLIBAT DALAM URUSAN, MEMBENARKAN DAN MENGEMBANGKAN AMALAN RIBA, ADALAH SAMA SAHAJA KEDUDUKAN BERADA DALAM AMALAN YANG HARAM DAN SYUBHAT.

Seorang Muslim yang bersungguh belajar jadi Mukmin yang telah terjebak dalam perangkap kerusakan itu seharusnya SEGERA:
TAUBAT DAN MENINGGALKAN AMALAN TERSEBUT.
BERSUNGGUH-SUNGGUH SEGERA MENJELASKAN HUTANG RIBA YANG HARAM, sama ada menjual semula sebahagian harta untok menyelesaikan baki hutang riba, sanggup menjalani kehidupan sederhana TANPA RIBA YANG MENJADI MUSUH ALLAH DAN RASULNYA SAW.

Ingatlah:
PENGAMAL RIBA DIISTIHARKAN PERANG OLEH ALLAH DAN RASULNYA SAW KEPADA YANG TERUS MENERUS BEGELUMANG DENGANNYA.

Saya suka mengingtakan diri saya sendiri dan kepada yang mahu ambil fikir akan maksud Foirman Allah SWT:



Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solah serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
( 2 Al Baqarah 276 hingga 279 ).



NOTA:

Ada pelbagai hal atau perkara yang melibatkan RIBA YANG HARAM DAN SYUBHAT, harus akan lebih jelas jika masaalah itu secara 'pasti' keterlibatannya, yang demikian harus memudahkan nettes lain memberi ruang pendapat atau cadanga.

POKOKNYA.
TAUBAT BERSUNGGUH DAN MENINGGALKAN SISA RIBA.
WA.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005