Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 23hb JamadilAkhir 1435 @ 24hb April 2014, 03:31:19 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh AGAMA: : HUKUM LETAK GAMBAR KELUARGA DI RUMAH
Liz_Dee
Ahli Interaktif
51. Dihantar pada 19hb April 2005, 09:30:25 pagi    [Edit]
Ada satu petikan dr Berita Harian hari ni dlm topic AGAMA. Tajuk: Syaitan takut usik rumahtangga bahagia.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Agama/20050418233957/Article/

Antaranya

Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah. Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: “Bagaimana keadaan bantal kecil ini?”

Aisyah menjawab: “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya dan bersandar.” Maka baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu.”

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

* Mesej ini telah disunting oleh Liz_Dee pada 19hb April 2005, 09:31:00 pagi

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

kachang
Ahli Baru
52. Dihantar pada 19hb April 2005, 1:44:05 tghari    [Edit]
Sila rujuk
website JAKIM (www.islam.gov.my)


Kategori : Sila Masukkan Kategori


--------------------------------------------------------------------------------

SUB KATEGORI

Kesenian


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan : Apakah hukumnya, menggantung gambar / potret sendiri di rumah? .
Jawapan : Boleh menggantung gambar tersebut kerana ia bukan benda yang berjisim seperti patung tetapi dengan syarat tidak mengagung-agungkannya atau memujanya..
.

--------------
kehidupanku lebih bermakna kini....

202.47.162.:-)

kachang
Ahli Baru
53. Dihantar pada 19hb April 2005, 1:57:01 tghari    [Edit]
SUB KATEGORI

Kesenian


--------------------------------------------------------------------------------

Soalan : apakah hukumnya membingkaikan gambar-gambar keluarga di dalam frame gambar dan diletakkan di atas almari untuk tatapan?
.
Jawapan : Harus membingkaikan gambar-gambar keluarga di dalam frame gambar dan diletakkan di atas almari untuk tatapan dengan syarat tidak bertujuan mengagungkan atau memuja gambar tersebut sehingga membawa kepada syirik.

--------------
kehidupanku lebih bermakna kini....

202.47.162.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
54. Dihantar pada 19hb April 2005, 1:59:52 tghari    [Edit]
hmm. confuse la pulak. Antara JAKIM dgn kes Nabi Muhd dan Aisyah..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

moshi
Ahli Produktif
55. Dihantar pada 19hb April 2005, 2:26:24 ptg    [Edit]

Salam.

TIDAK ADA YANG MERAGU-RAGUKAN.
BAGI MENGAMBIL 'ISLAM BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH SAW'
sebagai WAY OF LIFE.

Sebaliknya,
Sesiapa yang mengambil ISLAM ikut cara selain dari itu, buatlah ikut sekehendak mereka atau hatinya sendiri.

KERANA,
siapa yang hendak bersungguh belajar jadi mukmin,
ikuti Al Quran dan Sunnah SAW,
JIKA hendak yang sebaliknya;
harus mengikuti mengikut citarasanya sediri.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
56. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:06:16 tghari    [Edit]


SALAM KASIH SAYANG DARI UMMI UNTUK SEMUA..
sekadar berkongsi info..mungkin dapat membantu menjawab tajuk yang dikemukakan..ummi ambil dari akhbar utusan malaysia..

Lukisan dan gambar - Mengapa Islam mengharamkannya?

Patung di sini juga bermaksud benda yang berjisim atau bertubuh, atau memiliki bayang yang sempurna sifatnya. Ini sudah jelas hukumnya haram.

Oleh ZUARIDA MOHYIN

ISLAM merupakan agama yang tidak pernah meminggirkan soal keindahan dan kecantikan, sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sahih yang bermaksud: Daripada Ibnu Masud r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan suka kepada keindahan. (Riwayat Muslim dan At-Tirmizi)

Ini menjelaskan persepsi Islam berkaitan gambar, lukisan dan patung hanya sekadar menambahkan kecantikan persekitaran, `kesedapan' pada penglihatan malah menjangkau kepada ketenangan dan ketenteraman perasaan.

Apa yang menjadi persoalan adalah perasaan was-was segelintir umat Islam terhadap apa yang dibolehkan dan apa yang dilarang mengenai ukiran-ukiran dan gambar-gambar yang digunakan sebagai perhiasan.

Lumrahnya, ukiran-ukiran berunsurkan flora dan pemandangan dibolehkan. Ia adalah di antara motif-motif yang masyhur di dalam agama Islam.

Manakala, ukiran-ukiran yang konsepnya menyerupai manusia atau binatang yang berjisim, tidak dibenarkan atas alasan tertentu.

``Islam melarang perkara sebegini kerana objektif utama dalam Islam adalah untuk melahirkan rasa ketenangan, keharmonian dan kemanusiaan, bukannya untuk ditaqdiskan (diagung-agungkan) dan disembah.

``Malah ia hanyalah satu pembangunan yang lahir daripada kreativiti pengukir berdasarkan sumber inspirasi daripada al-Quran, sekali gus melambangkan rasa syukur atas kekuasaan Allah,'' balas Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Anisah Abdul Ghani mengulas pandangan Islam berkaitan persoalan yang ditimbulkan kepadanya.

Malah tambah beliau, yang dimaksudkan patung di sini ialah ia diukir ataupun dibentuk sama ada pada tembaga, kayu dan bahan-bahan lain.

Patung di sini juga bermaksud benda yang berjisim atau bertubuh, atau memiliki bayang yang sempurna sifatnya. Ini sudah jelas hukumnya haram. Para fuqaha menegaskan lagi, pengharaman ini juga merangkumi orang yang membuat dan yang menyimpannya.

Ia diperkukuhkan lagi dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Seberat-berat seksaan dan azab di sisi Allah ialah orang yang melukis atau mengukir gambar dengan tujuan dijadikan penyembahan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, patung yang dibuat menyerupai manusia dan binatang yang sempurna tidak dibolehkan kerana padanya terdapat unsur-unsur menyerupai ciptaan Allah.

Selain itu, tegas Dr. Anisah, dalam surah Ali Imran ayat 6 Allah s.w.t. berfirman: Dialah yang membentuk kamu di dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kata Dr. Anisah yang ditemui di pejabatnya, ulama melihat hal ini dari sudut tujuan ia dilakukan, sama ada untuk mentaqdis (mengagung-agungkan), penyembahan, persembahan, perhiasan atau lainnya.

``Ia juga tergantung kepada niat si pembuat ukiran tersebut. Kalau yang membuatnya tidak ada niat menandingi ciptaan Allah, memang tidaklah sampai kepada menerima seksaan yang berat itu.

Keraguan

``Tetapi sekiranya ada unsur mengagungkan atau mendewa-dewakan, ia sah tidak boleh,'' ujar beliau.

Bagaimana pula dengan keraguan tentang hadiah atau trofi yang mempunyai bentuk lembaga manusia di atasnya?

Menurut Dr. Anisah, dalam hal ini, sekiranya ia sempurna sifatnya, maka hukumnya jatuh kepada haram

disimpan atau dimiliki.

Pun begitu, bagi patung berbentuk manusia yang tidak cukup sifatnya tetapi masih ada unsur mendewakan atau mengagungkan, ia juga haram.

Menyentuh masalah gambar pula, jelas Dr. Anisah, ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu gambar yang dilukis dan gambar foto yang sekarang disebut sebagai fotografi.

``Gambar fotografi diambil menggunakan sinaran cahaya matahari. Gambar sebegini tidak ada pada zaman Rasulullah. Ia tidak boleh dikiaskan. Sedangkan gambar yang dilukis dibimbangi ada unsur menyerupai atau menandingi ciptaan Allah. Di dalam fotografi tidak ada unsur sebegitu,'' katanya.

Jadi dalam hal ini, beliau mengambil pendirian Syeikh Muhammad An-Najdi, salah seorang ulama besar dan ketua ulama Mazhab Syafie di Mesir pada zamannya yang memfatwakan bahawa harus menggunakan gambar foto kerana gambar-gambar itu serupa dengan gambar di dalam cermin atau serupa dengan bayangan gambar dalam air.

Begitu juga fatwa Syeikh Muhammad Bakhit, seorang ulama besar dalam Mazhab Hanafi dan pernah menjawat sebagai Mufti Kerajaan Mesir yang memfatwakannya sebagai harus juga.

Terang Dr. Anisah lagi, menggambar dengan alat-alat fotografi ini ibarat menangkap bayangan dengan cara-cara termaklum. Dengan teknik ini, ia sama sekali tidak termasuk dalam kategori mewujudkan sesuatu gambar atau bentuk yang belum ada sebelumnya atau belum tercipta.

``Dalam fotografi, sememangnya tidak ada unsur-unsur yang dibimbangi dan diragui untuk menandingi ciptaan Allah s.w.t.

``Jadi mengambil gambar secara fotografi tidak dilarang, cuma sekiranya gambar yang diambil itu ada unsur maksiat seperti gambar yang mendedahkan aurat tubuh badan, hukumnya tetap haram,'' katanya.

Dosa ini juga akan ditanggung oleh mereka yang bekerjaya sedemikian dan melibatkan orang yang menyimpan, menggantung dan melihat gambar tersebut.

Mengulas hadis Sahih Bukhari bahawa Abu Thalhah berkata, ``Aku telah mendengar Rasulullah bersabda, ``Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.''

Jelas Dr. Anisah, ia merujuk kepada mendapatkan rahmat dan berkat daripada Allah s.w.t.

Berkaitan dengan menggantung gambar pemimpin atau tokoh-tokoh terkemuka pula, kata Anisah ia perlu dilihat kepada ciri-ciri pemimpin tersebut, adakah ia seorang yang fasiq serta ada unsur mentaqdis atau mengaggungkan, kalau ada jelas tidak boleh.

Pun begitu, ia bergantung kepada niat seseorang. Begitu juga halnya dengan gambar keluarga, adakah tujuan kita mempamerkannya dengan tujuan mengaggungkannya atau sekadar kenangan?

Berbeza dengan budaya agama Buddha yang menggantung gambar nenek moyang atau ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia untuk meminta restu dan meminta doa.

Dr. Anisah sempat berpesan, menghias rumah dengan patung atau lukisan yang diharamkan penggunaannya adalah salah satu sebab rumah berkenaan tidak dimasuki oleh malaikat yang membawa rahmat dan keberkatan serta memohonkan keampunan kepada orang-orang yang berada di dalam rumah yang dimasukinya.

Diriwayatkan daripada Abu Thalhah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:

Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya

gambar (patung atau lukisan bernyawa). (Riwayat Bukhari dan Muslim).

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
57. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:07:59 tghari    [Edit]
Halal dan haram

Gambar-gambar yang dibenarkan:

Gambar-gambar pemandangan dan alam sekitar seperti pepohon, lautan, sungai, gunung-ganang, bunga-bungaan dan sebagainya. Iaitu pemandangan alam semula jadi. Ia berdasarkan perkataan Ibnu Abbas r.a.: ``Apabila kamu harus membuat gambar (melukis), gambarlah pohon atau sesuatu yang tidak ada nyawanya.''

Gambar itu tidak mengalihkan hati kita daripada mengingati Allah dan menjalankan ibadat kepada-Nya.

Gambar-gambar itu tidak menyebabkannya atau membawanya kepada sifat bangga diri, takbur dan bermegah-megah dengan kebolehan dan kemewahan.

Gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan nilai-nilai etika Islam seperti tidak menutup aurat dan sebagainya.

Gambar yang tidak diagung-agungkan dan dikuduskan.

Gambar yang tidak sempurna sifatnya dan tidak berjisim

(berlembaga).

Gambar-gambar yang terdapat dan dilukis di atas kertas,

permaidani, pakaian, kanvas, dinding, daun kayu dan seumpamanya.

Dibolehkan bagi patung permainan kanak-kanak, patung-patung makanan, manisan dan sebagainya. Aisyah r.a. berkata: ``Saya bermain-main dengan boneka (anak patung) yang berbentuk anak perempuan di depan Nabi Muhammad s.a.w.'' (Hadis riwayat Bukhari).

Gambar-gambar untuk tujuan pendidikan, kad pengenalan, pasport dan seumpamanya.

Foto pembunuh, pencuri, penjahat supaya mereka dapat ditangkap untuk dihukum.

Gambar-gambar yang diharamkan:

Menyentuh soal pengharaman mengambil gambar dan membuatnya (sama ada melukisnya, membentuk arca dan sebagainya), kata Dr. Anisah, gambar-gambar yang dimaksudkan itu sebenarnya boleh memesongkan akidah umat Islam. Di antaranya ialah:

Kategori gambar yang sangat berat pengharaman dan dosanya, ialah gambar yang dijadikan sembahan selain Allah s.w.t., seperti gambar Nabi Isa, sama ada yang berjisim ataupun tidak.

Gambar yang tidak dimaksudkan untuk disembah tetapi diniatkan untuk menandingi ciptaan Allah s.w.t.

Gambar yang berjisim sempurna, iaitu patung yang dibuat untuk diagung-agungkan seperti pemimpin dan raja, sebagai kenangan yang dibuat di tanah-tanah lapang dan seumpamanya.

Patung kecuali patung permainan, walaupun tidak dimaksudkan untuk dikuduskan, iaitu dianggap suci.

Gambar orang-orang kafir, fasiq, zalim, orang yang mengingkari kewujudan Allah, orang yang menyimpang daripada mempercayai agama, penjahat-penjahat dan seumpamanya.

Gambar orang yang melaku-

kan maksiat dan perkara-perkara yang dilarang agama, seperti

gambar artis yang mengghairahkan.

Gambar yang bercanggah dengan syariat Islam seperti gambar wanita dengan tubuh terdedah.

Gambar-gambar haiwan yang bukan dimaksudkan untuk dimuliakan tetapi tergolong di dalam kategori lambang-lambang kemewahan dan pemborosan, umpamanya yang digantung di dinding-dinding rumah dan seumpamanya.

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
58. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:09:29 tghari    [Edit]
Hikmah dan kerjaya

SEGALA sesuatu sama ada yang ditegah ataupun diperintahkan oleh Allah s.w.t., mempunyai hikmah-hikmah tertentu yang tidak terjangkau oleh pandangan dan pemikiran manusia.

Biarpun manusia mampu membuat pelbagai andaian dan kemungkinan mengenai masa depannya, tetapi semua ketetapan, qada dan qadar Allah adalah milik-Nya semata.

Mengapa Islam menggalakkan perkahwinan dan mengharamkan hubungan seks bebas? Ini kerana daripadanya akan muncul sejenis penyakit yang tidak ada penawarnya.

Lantaran itu, manusia dilarang mendekati perkara-perkara yang diharamkan oleh agama, sungguhpun pada pandangan zahirnya ia menyeronokkan.

Begitu juga halnya dengan penegasan tentang pengharaman membuat gambar dan lukisan. Menurut Dr. Anisah, hikmah yang tersembunyi di sebaliknya tidak terjangkau dek akal fikiran manusia. Di antaranya:

1 Ia paling dibenci Allah dan murka-Nya kepada sesiapa sahaja yang membuatnya. Kemurkaan Allah adalah satu perkara yang wajib dijauhi kerana ia akan menjauhkan diri kita daripada rahmat dan kasih sayang-Nya.

2 Melindungi kemuliaan sifat tauhid Allah sebagai Pencipta dan kemurnian Islam sebagai agama suci yang tidak boleh dipermainkan. Sekali gus ia menghindarkan manusia daripada menyerupai orang-orang kafir dan penyembah berhala. Mereka menjadikan patung-patung sebagai sembahan mereka, sedangkan tangan-tangan mereka sendirilah yang membuatnya.

3Menghindarkan manusia daripada mendekati perkara-perkara yang menjurus aspek penyembahan berhala kerana asal bermulanya agama adalah dengan pembuatan gambar dan patung.

4 Perbuatan ini seperti meniru ciptaan Allah yang dilarang oleh agama, dan Rasulullah menyifatkan golongan tersebut sebagai orang yang paling zalim dan akan diseksa dengan azab yang pedih di akhirat kelak.

Di samping itu, Malaikat Rahmat juga tidak menyukai gambar-gambar dan patung, sehingga rumah-rumah yang terdapat dua perkara di dalamnya ini, akan jauh daripada rahmat Allah. Hal ini tentulah amat merugikan.

5 Gambar-gambar akan melalaikan manusia daripada mengingati Allah dan Hari Akhirat. Secara tidak langsung akan mengabaikan tanggungjawab terhadap Tuhannya.

6 Pembuat gambar akan diliputi rasa bangga diri dan takbur dengan kebolehannya. Ia merasakan dirinya hebat kerana boleh mencipta sesuatu yang tidak ada atau merasakan sudah mampu mencipta suatu ciptaan yang hidup daripada tanah.

Syeikh waliullah Ad-Dahlawi menyebut: ``Salah satu sebab gambar diharamkan ialah kerana nyata sekali orang yang membuatnya menunjukkan rasa sombong kerana kecantikan dan harga gambar yang mahal.''

Berbincang kerjaya seorang pelukis dan jurugambar pula kata Dr. Anisah, melukis dan mengambil gambar yang mempunyai unsur-unsur maksiat sudah jelas keharamannya. Bagi mereka yang melukis gambar pemandangan dan flora pula, sekiranya terlintas niatnya melukis untuk menyamai atau menandingi ciptaan Allah, itu juga dikategorikan haram.

Malah tambah berdosa besar sekiranya seorang pelukis Muslim melukis gambar tuhan agama lain, dan selepas itu lukisan tersebut menjadi sembahan orang lain. Begitu juga sekiranya kita melukis perkara yang menjadi lambang syiar kepada agama lain seperti salib.

``Sebab itulah, seorang pelukis dan jurugambar kena sentiasa beringat supaya tidak terlintas atau wujud unsur bangga diri sehingga lupa kebolehan yang di-

peroleh semuanya datang daripada Allah Taala.

``Selain itu, penting kepada individu terlibat, memastikan bahawa lukisan atau gambar yang dihasilkan tersebut tidak menjadi sembahan kepada orang lain dan apa yang dihasilkan itu bukan bertujuan menandingi ciptaan Allah s.w.t,'' katanya lagi.

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
59. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:10:15 tghari    [Edit]
Sejarah pengharaman gambar

DR. Anisah Abdul Ghani menjelaskan bahawa pengharaman pembuatan gambar dan lukisan, bertujuan menjauhkan umat Islam daripada pemujaan berhala serta memelihara diri kita daripada perkara syirik dan penyembahan terhadap patung.

Katanya, sejarah pemujaan dan penyembahan berhala umat dahulu kala bermula daripada pembuatan gambar, lukisan dan patung.

``Ummu Salamah dan Ummu Habibah menceritakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan kisah umat yang terdahulu. Apabila orang yang soleh di kalangan mereka meninggal dunia, mereka membina tempat-tempat peribadatan di atas kuburnya dan melukis gambarnya serta menyembahnya.

``Diriwayatkan bahawa patung-patung yang disembah oleh kaum Nabi Nuh a.s. iaitu berhala-berhala yang diberi nama `Wad', `Suwa'a, `Nasr' dan sebagainya sebagaimana yang tersebut di dalam al-Quran, adalah nama orang-orang soleh dari kalangan mereka yang meninggal dunia,'' jelas beliau.

Hal ini turut ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah Nuh ayat 23 yang bermaksud: Mereka berkata janganlah kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu tinggalkan Wad, Suwa`a, Yaghuts, Ya`uq dan Nasr (semuanya nama berhala). Lantaran terlalu menyayangi orang-orang soleh tersebut, kata Dr. Anisah.

Mereka ini juga, sanggup membina tempat-tempat khusus dan dengan tipu daya syaitan mereka membuat patung berbentuk orang soleh berkenaan serta diberi nama asal mereka sebagai peringatan tentang kesolehan dan kebaikan amal perbuatan

mereka.

``Malah mereka juga mengunjungi tempat tersebut untuk beribadat. Keadaan ini berterusan sehingga semua orang soleh itu meninggal dunia dan terhapus tanda-tanda di patung tersebut.

``Amalan ini diikuti oleh generasi keturunan mereka tanpa mengetahui sebarang alasan sehinggalah ia

disembah sebagai berhala,'' terang Dr. Anisah.

Cerita beliau lagi, Ibnu Arabi pernah berkata, ``Setelah melihat di Pelabuhan Iskandariah ada orang yang meninggal dunia, ahli keluarga si mati akan membuat patung daripada kayu dengan bentuk yang paling baik dan diletakkan di tempat khas. Sekiranya ia seorang lelaki, ia diberi pakaian yang biasa dipakai semasa hayatnya dan jika perempuan, dia diberi pula perhiasan.

Kemudian pintu bilik ditutup. Apabila salah seorang daripada ahli keluarga mendapat kesusahan, ia membuka pintu bilik tersebut dan duduk di hadapan patung itu sambil menangis dan berbicara dengannya sehinggalah kesedihannya hilang.

Setelah itu, ia keluar dan menutup kembali pintu tersebut. Apabila berlalu masa yang panjang, ia disembah sebagai patung berhala.

Ujar Dr. Anisah, pembuatan patung-patung ini bukan sahaja berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. tetapi dapat juga dilihat kesannya pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., iaitu di dalam Kaabah terdapat banyak patung berhala dan gambar-gambar Nabi Ibrahim a.s. Kini, gambar-gambar Nabi Isa a.s. banyak didapati di gereja-gereja Kristian sebagai sembahan.

``Rasulullah s.a.w. sebelum memasuki Kaabah, baginda menyuruh orang membuang semua patung yang terdapat di dalamnya. Dalam hal ini Ibnu Abbas r.a. pernah meriwayatkan ``Bahawa pada tahun penaklukan Mekah apabila Nabi melihat patung-patung berhala berderetan di dalam Masjidil Haram, baginda enggan memasukinya, sehinggalah disuruh menghapuskannya, lalu dimusnahkan semuanya.'' (Hadis Sahih Bukhari)

``Walaupun secara logiknya seseorang itu tidak akan menyembah gambar dan lukisan secara langsung tetapi dibimbangi penghormatan yang diberikan kepada objek dalam gambar tersebut menyebabkan syirik kepada Allah dengan tidak disedarinya.

``Oleh itu adalah lebih baik bagi kita untuk berhati-hati dengan perkara ini kerana menyekutukan Allah adalah satu perkara yang sangat penting, yang perlu diperhatikan. Adalah lebih baik kita tidak melakukan perkara yang dilarang walaupun merasakan ia tidak mungkin mempengaruhi keimanan,'' jelasnya.

Pun begitu, akui Dr. Anisah, tidak semua gambar dan lukisan itu dilarang mengambilnya. Larangan tersebut hanyalah kepada gambar-gambar yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis sebagai gambar yang diharamkan.

Patung haiwan dan manusia

MENURUT Dr. Anisah, berlainan pula dengan anak patung untuk tujuan permainan anak-anak. Ia tidak menjadi masalah walaupun ia berbentuk manusia atau binatang.

Aisyah r.a. berkata: ``Aku selalu bermain anak patung di rumah Rasulullah s.a.w. dan kadang-kadang kawan-kawanku datang bermain bersama. Dan tatkala datang Rasulullah s.a.w. kawan-kawanku terus bersembunyi kerana takut kepada baginda. Padahal baginda merasa senang apabila melihat mereka datang menemaniku bermain.''

Dalam hadis ini Rasulullah tidak memberikan sebarang reaksi. Oleh itu, hadis ini dijadikan sebagai dalil terhadap bolehnya patung dalam bentuk permainan. Di sini tidak ada unsur pengagungan.

Satu lagi hadis yang berkaitan dengan anak patung ialah menurut Aisyah Rasulullah pernah bertanya kepadanya: ``Apa ini?'' Jawab Aisyah: ``Ini anak-anak perempuanku (anak patung).'' Tanya baginda pula: ``Yang di tengah-tengah ini pula apa?'' Jawab Aisyah: ``Kuda-kuda.'' Kata baginda lagi: ``Dan apa pula di kanan dan kirinya itu?'' Jawab Aisyah: ``Dua kepaknya.'' Tanya baginda lagi: ``Kuda berkepak dua?'' Jawab Aisyah: ``Apakah engkau tidak mendengar bahawa kuda Nabi Sulaiman bin Daud ada beberapa kepak.'' Mendengar jawapan itu baginda terus ketawa sehingga kelihatan gigi keseluruhannya.

Peristiwa ini menjelaskan bentuk boneka, sama ada ia berbentuk manusia atau haiwan adalah dibenarkan.

Begitu juga dengan kuih-muih atau biskut yang berbentuk manusia atau binatang. Ia dibuat untuk dimakan.

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
60. Dihantar pada 29hb April 2005, 12:13:52 tghari    [Edit]
sekadar berkongsi maklumat..dengan semua warga MDC yang dikasihi..

yang baik itu dtg dari Allah dan yang buruk itu adalah diatas kelemahan kita sendiri. Setiap apa yang Allah tentukan pasti ada hikmah disebaliknya yang tak mampu akal manusia yang dangkal ini fikirkan..

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
61. Dihantar pada 29hb April 2005, 1:55:57 tghari    [Edit]

setiap satu perkara ada kebaikan ada keburukan.. maklumat dari para netters mmg boleh dikongsi bersama..

akibat asyik bergambar gak menghasilkan teknik camera yg pelbagai hingga mengambil gambar dah jadi satu kemestian dan mampu oleh semua org..

kebaikan.. mungkin utk kenangan, kenalan, dan formal bukti identiti dsbg..

keburukan.. gambar lucah berleluasa, dan penyalahgunaan gambar tu sendiri..

hukum letak gambar kat rumah, rasanya boleh baca byk pendapat.. cuma takder beza rasanya dgn gantung atau letak atas meja.. beza skit kot kalo cuma dlm album.. kalo artis.. poster2 masa promosi.. ahli politik lak.. bergantungan poster merata2 jln kat umah, kat tempat pengundian.. mungkin kita boleh lebih panjangkan pemikiran kita dlm kes2 ni..

--------------
- : -

219.94.62.:-)

joedett
Ahli Aktif
62. Dihantar pada 29hb April 2005, 3:19:25 ptg    [Edit]
Teringat dulu2 Raja Saudi haramkan radio masuk ke negaranya.Last2 mat salleh siarkan bacaan quran..terus si raja bagi kebenaran masuk.

Err..ada kena mengena ke

202.171.32.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
63. Dihantar pada 30hb April 2005, 12:14:09 tghari    [Edit]
So apa conclusionnya?

Pendpt liz..
Gambar keluarga- diabadikan sbg kenangan tak mengapa. (bagaimana kalau digantung/diframekan di letak atas meja sbg mengingati, jauh ekali utk sembahan.

Gambar binatang - lukisan etc tak dibenarkan.
Patung apatah lagi.. Haramm..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

malique
Ahli Aktif
64. Dihantar pada 30hb April 2005, 9:55:44 mlm    [Edit]
Sebarang gambar yg merupai hidupan spt binatang, patung, org ...setahu saya tak boleh. Hanya yg memaparkan keindahan alam spt tumbuh2an dibolehkan.

--------------
batik, baju tido kelawor, sutera, nak order?

61.6.163.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
65. Dihantar pada 01hb Mei 2005, 06:30:22 pagi    [Edit]
err.. aku nak bertanya juga.. aku pernah dengar/baca pendapat yg mengatakan bahawa asal larangan Nabi saw tuh utk mengelakkan terjadinya pemujaan.. malah berhala yg dimaksudkan juga bukan sekadar patung tapi puisi2 yg digantungkan dan juga tulisan2 yg dianggap ada kelebihan serta gambar2 tempat suci yg menyebabkan org memuliakan gambar tersebut..

maka jika gambar dan patung yg dijadikan perhiasan tetapi tidak dianggap lebih dari sesuatu yg tidak lebih dari maksud asalnya.. maka dibolehkan menyimpannya.. tetapi jika ditakuti patung dan gambar itu akan membawa kekufuran di masa hadapan maka tidak diperbolehkan.. pendapat tuh mengambilkira bab patung utk mainan anak2.. perkara yg sama juga telah digunakan dlm memberi hukum pada masalah gambar..

buat masa nih aku mengambil pendirian bahawa aku akan meninggalkan apa yg aku ragu2.. tapi kalo boleh diperjelaskan, aku sangat berterimakasih.. jazakallah..

ps: sori tak dapat cari balik atau recall nas2 yg dia gunakan..


quote:
kalau kita buat jahat dalam rumah, adakah malaikat duk luar umah mencatit kesalahan kita? sebab dalam umah tu ada gambar keluarga!!
sorry aku jahil skit!!!
OM..
malaikat yg dikaitkan dgn pendapat tuh adalah malaikat rahmat.. aku pun jahil juga.. sama2 laa kita belajar.. insya-Allah..

--------------
~;]usoP..

Nikmaya
Ahli Aktif
66. Dihantar pada 01hb Mei 2005, 10:11:13 mlm    [Edit]
setahu saya kalau gambar keluarga boleh...(lebih2 lagi, jika keluarga kita tu tak menetap bersama kita lagi), tapi kalau gambar artis, atau gambar binatang2 yang digantung2, gambor orang lain semuanya tak boleh kan...bukan gitu ke?

quote:
malaikat rakib yang catit kejahatan


salah tu! malaikat rakib mencatit kebaikan manakala malaikat atiq mencatit kejahatan!


KU TULISKAN DISINI 10 MALAIKAT YANG WAJIB KITA PERCAYAI

1) Malaikat Jibril membawa wahyu
2) Malaikat Mikaíl membawa rezeki
3) Malaikat Izraíl mencabut nyawa
4) Malaikat Israfil kerja tiup sangkakala
5) Malaikat Mungkar menyoal dalam kubur
6) Malaikat Nakir menyoal dalam kubur
7) Malaikat Rakib mencatit kebaikan
8) Malaikat Atiq mencatit kejahatan
9) Malaikat Malik menjaga Neraka
10) Malaikat Ridzwan menjaga Syurga

* Mesej ini telah disunting oleh Nikmaya pada 02hb Mei 2005, 2:58:38 ptg

--------------
Sekali Jatuh Tidak Bererti Jatuh Selama-lamanya!

60.48.104.:-)

moshi
Ahli Produktif
67. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 00:30:02 pagi    [Edit]

Salam.

Selalu orang kata ISLAM yang itu mudah
dan tidak ada paksaan

jadi jika hendak yang mkudah, buat apa susah-susah nak tangkap-lukis-ukir gambar gambar makhlok atau patung makhluk tu. harus menggunakan masa dan belanja...
Kata Islam Hadhari nak membangun ekonomi, gunalkanlah wang atau masa itu kepada yang lebih untung-untung-untung, sperti
jual kacang putih kah atau gunakan wang peruntukan buat-beli gambar masuk saham yang disukai oleh ikutan Islam Hadhari, harus lebih manfaat.

Atau,
jika nak juga pasang gambar-parung tu, pasanglah...
bukan ada sesiapa dikalangan netters boleh bedieh
CONTOHNYA, DULU ADA PERTANDINGAN GAMBAR-GAMBAR ANAK-ANAK MONTEL oleh berbagai anjuran p[ihak tertentu, tidak ada sesiapa yang kena bedieh pun atau kena kapok

SEBALIKNYA SIAPA HENDAK TAAT BERSUNGGUH IKUT yang diSunnahkan, taatlah dengan bersungguh. InsyaAllah.
Kerana, agamaku adalah agama ku, HANYA ISLAM BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH SAW.

JKKK. WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

hazyyati
Ahli Baru
68. Dihantar pada 09hb Mei 2005, 4:58:08 ptg    [Edit]
mengenai isu gantung gambar keluarga atau letak frame atas meje di rumah. saya pernah dulu dengar seorg ustaz bgtau... simpan laa semua gambar tu dalam album.... tak pun taruh frame dalam meja.

Kalau nak buat kenangan pun... tengok allbum pun cukup, tak perlu nak frame dan gantung.

sebab takut2, timbul rasa bermegah bila gambar2 itu dipuji bila org lain tengok....kan dah dosa....

w'allahua'lam

--------------
Usahawan tani, sasaran 2008!

202.185.196.:-)

moshi
Ahli Produktif
69. Dihantar pada 26hb Jun 2005, 10:29:08 mlm    [Edit]

Salam.

Bila cerita pasal gambar makhluk yang ditegah membuatnya oleh As Sunnah,
teringat saya, betapa bukan sahaja gambar,
LEBIH HEBAT LAGI PATUNG-PATUNG MAKHLUK.

Di KL ada diTugu negara,
pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, walaupun wajah patung tu wajah mat saleh.

Di Langkawi...
WAH ...HEBAT .... DENGAN ... HELANG NYE !!!!!!!


Nota;

Itu yang dikatakan, sebahagian ilmuan atau Ulamak yang dilantik oleh Pemerintah untuk MEMBANTU PEMERINTAH, cuma hebat pada kertas kelulusan atau persijilan untuk dapat kedudukan dan pendapatan.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
70. Dihantar pada 04hb Julai 2005, 4:26:54 ptg    [Edit]

Salam.


Masih ramai dikalangan masyarakat keturunan Islam yang masih menganggap remeh dalam soal gambar-gambar,
bahkan masih pula terdapat yang masih merasa angkuh dengan berbagai anjuran berupa pertandingan atau melukis gambar=gambar MAKHLUK sebagai tajuk atau bahan gambar atau lukisan.

Harus mereka tidak menyedari,
ANTARA SALAH SATU LAKNAT ALLAH YANG TERANG ialah,
kepada tukang-tukang lukis atau tukang gambar atau tukang ukir MAKHLUK BERNYAWA yang akan diseksa dineraka jahannam.

Tanpa mengira gambar kenangan yang cantik atau huduh, gambar anak-anak atau ganbar persandingan kahwin yang difrem hebat menjdi hiasan ruang tamu atau bilek tidur... hanyalah MENGUNDANG MASAALAH TIDAK DIKUNJUNGI MALIKAT RAHMAH,
jikaMALAIKAT RAHMAH TIDAK MASUK,
bukankah RAHMAH UTAMA IALAH HIDAYAHNYA ?
bermakna menjauh dari HIADAYAH ALLAH SWT.

jika tukang gambar-lkis atau ukir diseksa...
bagaimana penganjur, penggalak atau yang menghalalkan BUDAYA BERTANDING ATAU PAMERAN GAMBAR-GAMBAR MAKHLUK ?
Astaghafirullah al adzim.
Na'uzubillahiminzalik.
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.82.:-)

moshi
Ahli Produktif
71. Dihantar pada 02hb Ogos 2005, 11:04:45 pagi    [Edit]

Salam.


Apabila dikalangan umat Islam, lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai pengaruh kerana kuasa,
apatah lagi dikenal sebagai PEMBAWA KONSEP ISLAM TERTENTU yang diakui oleh keturunan Islam yang bukan semua berilmu atau memahami As Sunnah yang benar,
diwar-warkan dan ditunjukan bukti bergambar yang mereka bertafakur atau memberikan 'tanda hurmat kepada patung-patung' makhluk bernyawa yang terang diharamkan As Sunnah mengukir dan menyimpannya, INIKAN LAGI GAMBAR !!!!

DEMIKIANLAH KEADAAN SEBAHAGIAN UMAT ISLAM MASAKINI yang bertamadun dan sanggup mencipta olahan Islamnya sendiri.
Jika yang Haram dianggap remeh, apatah lagi yang syubhat.
Wallahu a'lam.

Astaghafirullah al adzim.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
72. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 10:06:40 mlm    [Edit]


Muslimin pada bulan Ramadan penuh kemuliaan ini disamping berlumba-lumba memperbanyakan ibadah,
HARUS JUGA MENGINGATKAN DIRI MASING-MASING,
betapa DENGAN KEHADIRAN MALAAIKAT RAHMAT kerumah kita adalah satu kurnia yang sangat bernilai.
LEBIH-LEBIH LAGI DIMALAM LAILATUL QADR.

Maka,
PASTIKANLAH,
Tidak ada 'patung-patung' atau gambar-gambar Makhluk bernyawa yang menajdi kecintaan dan perhiasan, sama ada di dinding, carpet, dan sebagainya.
JIKA MAHU AMBIL KEBREKAHAN,
siapa tidak hendak...
ikut suka !!!

Hadith dari riwayat Ibnu Abbas RA, katanya:
Dari Nabi saw SAW , beliau bersabda: Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing atau ada gambarnya.

Hadith dari riwayat Ibnu Umar RA, ikatanya:
Rasulullah SAW. bersabda: Orang-orang yang melukis gambar-gambar akan disiksa pada hari kiamat, kepada mereka difirmankan: Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan.


Kedua-dua hadith Syahih Muslim.

WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

roseum
Ahli Aktif
73. Dihantar pada 11hb Oktober 2005, 11:16:34 mlm    [Edit]


ish... pening... biler nak bagi conclusion nyer ???



--------------
Sayangi Diri Sendiri Sebelum Anda Disayangi...

218.208.251.:-)

Tilpoo
Ahli Baru
74. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 09:04:05 pagi    [Edit]
Salam,,..
hasil pembacaan aku yang dulu-dulu la,...gantung gambar kat dinding (potret) kalau penuh tak boleh. Kalau separuh aje, boleh. Sebab apa?...sebab gambar manusia tu tak sempurna. Mungkin kakinya tak nampak. Paling penting,...niatnya jangan nak mendewakan. Wallahualam.

Tentang patung,..yang tak boleh yang perfect macam orang. Kalau patung teddy bear, disepak terajang, dicium dibaling dipijak,..katanya takpe. Takde konsep pendewaan kat situ.

Tentang alkohol,.terdapat 2 jenis alkohol
Satu alkohol sintetik,..satu lagi alkohol diproses secara pengeraman. ...diperam la macam nak buat arak atau wine tu. Alkohol sintetik takpe sebagai semburan minyak wangi. Tapi kalau dah was-was,.takyah la pakai. Tapi sekarang nie kebanyakan alkohol untuk minyak wangi adalah sintetik. Lagipun kata ulama kegunaannya hanya untuk semburan, bukan minuman.

203.106.242.:-)

mustika78
Ahli Baru
75. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 11:02:08 pagi    [Edit]
actually meletak gambar ni.. apa yg mus tau tak boleh.. haram ke apa mus tak pasti.. tapi member mus ustaz cakap dalam islam bergambar pun tak boleh sebenarnya.. mak mus pon ada cakap lepas dia pegi dengar ceramah agama.. kecuali yg mcm ic ke tu takpe.. tapi mus pon letak jugak gambar dalam umah.. tak taulah..

218.111.62.:-)

moshi
Ahli Produktif
76. Dihantar pada 12hb Oktober 2005, 6:22:25 ptg    [Edit]


quote:
ish... pening... biler nak bagi conclusion nyer


NOTA:
Jika seseorang memasuki 'pasar borong', tentulah didalamnya mengandungi bebagai ruang urusniaga yang beranika jenisnya, bahkan harus dalam kuantiti yang banyak bagi satu-satu jenis barangan.

MAKA, peniaga yang masuk hendak membeli barang keperluan untuk perniagaannya @ keperluannya HARUS MENUJU KEDAI YANG DIMAKSUDKAN DAN TIDAK AMBIL PEDULI JENIS PERNIAGAAN LAIN YANG TIDAK DIHAJATINYA.

Demikian juga, dalam ehwal As Sunnah,
kalangan Musyrikin atau Munafikin yang pening-pening kerana membaca sesuatu yang harus tidak mengenai dirinya, hanyalah kejahilan atas dirinya sendiri yang bersusah-susah memasuki 'JIKA MEMANG' yang bukan untuknya. harus tempatnya ialah dikalangan mereka sendiri juga itulah yang tidak memeningkan.
WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.4.:-)

moshi
Ahli Produktif
77. Dihantar pada 26hb Oktober 2005, 6:39:03 ptg    [Edit]


quote:
Hadith dari riwayat Ibnu Abbas RA, katanya:
Dari Nabi saw SAW , beliau bersabda: Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing atau ada gambarnya.

Hadith dari riwayat Ibnu Umar RA, ikatanya:
Rasulullah SAW. bersabda: Orang-orang yang melukis gambar-gambar akan disiksa pada hari kiamat, kepada mereka difirmankan: Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan.



NOTA:

MALAM AL QADR yang semakin dekat;
Jika berhasrat megharapkan rumahtangga dimasuki oleh MALAIKAT RAHMAT, PASTIKANLAH RUMAH KITA SELAMAT DARI GAMBAR-GAMBAR MAKHLUK ATAU ARCA-ARCA PATUNG MAKHLUK, termasuk gambar kahwin ke, baby ke dsb yang menjadi kebanggaan.

BAGI YANG TIDAK MEMERLUKAN KEHADIRAN MALAIKAT RAHMAT masuk kerumahnya atau menganggap ianya bukan kesalahan, itulah adalah haknya sendiri.


WA.


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

maz3d
Ahli Produktif
78. Dihantar pada 29hb Oktober 2005, 12:50:44 tghari    [Edit]
quote:
mengenai isu gantung gambar keluarga atau letak frame atas meje di rumah. saya pernah dulu dengar seorg ustaz bgtau... simpan laa semua gambar tu dalam album.... tak pun taruh frame dalam meja.

Kalau nak buat kenangan pun... tengok allbum pun cukup, tak perlu nak frame dan gantung.

sebab takut2, timbul rasa bermegah bila gambar2 itu dipuji bila org lain tengok....kan dah dosa....

w'allahua'lam





Tq.......bagi info ni
...alamak terpaksalah turunkan semer gambar2 nih..

--------------
Minyak Shuhaida 1001 Rahsia Alam http://www.shuhaida.com/?ref=maz3d

60.48.107.:-)

proff
Ahli Baru
79. Dihantar pada 30hb Oktober 2005, 9:47:13 mlm    [Edit]
nak mencelah sikit.cara yang paling senang dan baik berhubunglah dengan jabatan kemajuan islam malaysia kan mereka lebih ariff tentang perkara yang semakin menjadi bahan untuk kita bahaskan.wallahuaalam

219.95.152.:-)

moshi
Ahli Produktif
80. Dihantar pada 30hb Oktober 2005, 10:27:13 mlm    [Edit]



quote:
ISLAM BERPANDUKAN AL QURAN DAN SUNNAH SAW
bukan Islam berkasta-kasta atau 'hukuman berpilih-pilih'.
Semua Muslim adalah DIKEHENDAKI PATUH KEPADA SURUHAN DAN LARANGAN AS SUNNAH tanpa kecuali ianya seorang, raja, menteri atau siapa sahaja yang begrlar ilmuan atau orang jahil.

Nabi SAW pernah bersabda yang antara lain bermaksud:
JIKA FATIMAH RHA ( puteri Baginda SAW ) terbokti mencuri, nescaya Baginda SAW perintahkan agar 'dipotong tangannya. ( Muslim ).

Berbalik kepada soal gambar-gamabr makhluk oleh mana-mana gulungan yang ada kepentingan siasah atau pemerintahan, ia adalah sama sahaja sebagaimana kes Puteri Rasulullah SAW yang disebutkan.
SEBAGAI CONTOH @ PANDUAN.
Apatah lagi kita, sama ada ia bergelar atau tidak bergelar, maka PERINTAH SURUHAN DAN LARANGAN YANG DISUNNAHKAN ADALAH TIDAK TERKECUALI.



NOTA:

DALAM KEBERKAHAN KEMULIAN DIBULAN RAMADAN,
YANG PENUH DENGAN PINTU PENGAMPUNAN DAN TAUBAT,
SEMUGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT HIDAYAHNYA KEPADA SETIAP MUKMIN YANG BERSUNGGUH MENGAMALKAN KEBENARAN AS SUNNAH,
selebihnya, mahupun yang mengadakan apa juga alasan 'TERSERAH KEPADA ALLAH SWT MENETAPKAN SAMA ADA MENGAMPUNI ATAU SEBALIKNYA'. WA.



--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.49.166.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005