Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Muharram 1436 @ 31hb Oktober 2014, 7:18:12 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Iklan & Niaga  
(Pengendali : Krew)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Nona Roguy : Promosi Pendaftaran Keahlian
eynda
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:18:25 ptg    [Edit]



Pengenalan

Sejak berkurun lamanya manusia di seluruh dunia telah menggunakan tumbuh tumbuhan untuk tujuan perubatan dan perawatan. Keberkesanan daripada perubatan herba semakin di iktiraf di negara maju, disebabkan oleh keberkesanan keseluruh badan(holistic effect) tanpa kesan sampingan yang ketara.

Abad yang ke-20 tidak begitu adil kepada pengetahuan dan tradisi lama. Dalam keghairahan untuk mencari cara yang lebih cepat, senang dan sempurna, kita telah meninggalkan cara lama tanpa berfikir panjang. Pengetahuan dan cara herba lama telah banyak digantikan dengan idea dan teknik-teknik “moden”: perubatan alam semula jadi dengan dadah tiruan, makanan sebatian dengan makanan yang diproses, pewarna asli dengan pewarna kimia tiruan, pemikiran yang waras dan sifat berdikari dengan tunduk kepada peraturan tanpa usul periksa dan tiada yakin diri.

Namun pada tahun 70-an, kita mula mendapati bahawa mungkin ada perkara yang wajar dipelihara dalam pemikiran lama tersebut. Ini disebabkan oleh kembalinya gerakan Kembali ke Alam Semulajadi(Back to Nature) atau Gelombang Hijau Baru (New Green Wave) sebagai aliran falsafah dunia. Satu sebab utama mengapa manusia kembali kepada herba dan alam tumbuh-tumbuhan ialah manusia mahukan kehidupan yang lebih asli dan mesra alam. Seringkali manusia sekarang tidak puas hati dengan perubatan moden, lebih-lebih lagi apabila ia dianggap sebagai kurang berkesan, terlalu mahal, atau mempunyai kesan sampingan yang keterlaluan.

Di Barat dan Timur, herba telah menjadi agen utama dalam perubatan tradisional dan perawatan holistic. Di dunia Timur, terutama sekali India (perubatan Ayurveda) dan China (Perubatan Tradisional China), ia telah menjadi sains perubatan yang luas lagi kompleks. Prinsip Aromaterapi telah menjadi masyhur dalam sistem dan seni perubatan Mesir. Yang lebih penting lagi, pengamalan perubatan Yunani dan Roman, seperti yang terkandung dalam tulisan-tulisan Hippocrates dan Galen, menjadi landasan kepada perubatan moden barat.

Namun, tidak banyak yang diketahui oleh dunia akan perubatan herba dan makanan kesihatan Melayu. Dalam masyarakat Melayu, produk-produk herba ini dikenali sebagai Jamu dan Makjun. Pembuatan barangan herba ini menggunakan lebih dari 150 spesies tumbuh-tumbuhan tempatan hutan hujan tropika kita, dari akar cerita hingga ke ulam raja.

Masyarakat Melayu berbangga dengan ilmu dan adat resam perubatan tradisionalnya, yang menjangkau usia lebih 1,000 tahun. Ini ditambah dengan Negara Malaysia yang tersenarai sebagai negara ke-12 terkaya dalam kepelbagaian mega biodiversitinya dan dikatakan mempunyai hutan hujan tropika yang tertua sekali di dunia.

Nona Roguy sekarang dikenali sebagai pelopor dan peneraju industri herba negara. Ia ingin menjadi syarikat terkemuka dalam industri ini dan sedang mengorak langkah untuk menjalankan kajian saintifik ke atas keselamatan dan keberkesanan produk-produknya. Untuk sekian lamanya, Nona Roguy telah mencapai kejayaan yang membanggakan serta mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Malaysia. Nona Roguy akan terus maju dalam meningkatkan maruah negara dalam arena herba antarabangsa.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:19:55 ptg    [Edit]



Profile Pengasas

Y.Bhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah ialah pengasas dan Pengarah Urusan Nona Roguy Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Ketua Perunding Kesihatan kumpulan syarikat Nona Roguy. Pada usia awalnya, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang senilukis dan telah memenangi biasiswa dari negara Jerman untuk pengajian Senilukis Halus di Munich, Jerman. Beliau kemudiannya telah menukar kerjayanya kepada perubatan herba, sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan ramai sahabat handainya untuk bantuan, setelah tidak mendapat rawatan berkesan daripada perubatan moden.

Tanpa pengetahuan beliau ketika itu, beliau sebenarnya telah mewarisi ilmu dan pengetahuan perubatan tradisional daripada leluhur nenek moyangnya. Apa yang membuat beliau unik dan istimewa ialah kemampuan dan keinginan beliau untuk belajar dan memahami sistem perubatan moden dan tradisional. Dengan fikiran terbuka, beliau mampu untuk menyambung jurang perselisihan faham di antara falsafah perubatan herba tradisional dan perubatan moden.

Datin Sharifah juga ialah seorang penceramah popular yang sering diundang bagi memberikan ceramah perubatan herba. Pengetahuan dan pengalaman beliau yang luas dan mendalam dalam bidang tumbuh-tumbuhan ubatan telah menjadikan beliau pakar rujuk kepada pihak penyelidik dan industri, dari dalam dan luar negeri. Khidmat beliau kepada industri herba negara adalah amat besar kerana semenjak 1965 beliau mempelopori pembangunan industri herba. Beliau telah dikaitkan sebagai pelopor yang telah menaikkan imej industri herba negara, dan mempopularkan istilah perubatan herba daripada nama am perubatan tradisional.

Selain daripada menjadi Pengarah Urusan Nona Roguy, Datin Sharifah Anisah juga ialah Timbalan Presiden Persatuan Industri Sederhana dan Kecil Malaysia, dan Naib Presiden Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS).

Akhir sekali, sebagai pengiktirafan jasa beliau kepada industri herba dunia, Datin Sharifah telah di lantik sebagai Senator Kehormat di Dewan Senat Negeri Utah, Amerika Syarikat, pada bulan Februari 2001.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:25:07 ptg    [Edit]
Profile syarikat

Pendahuluan


Nona Roguy Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat herba Malaysia yang menyediakan lebih daripada 40 jenis barangan herba dalam pasaran. Dengan kilang pembuatannya di Kedah dan syarikat pemasaran di Kuala Lumpur, kumpulan syarikat Nona Roguy aktif dalam bidang perladangan herba, perkilangan, pemasaran, rawatan kesihatan, serta penyelidikan dan pembangunan. Semenjak tiba di Kedah dalam tahun 1900, keluarga ini berbangga dengan koleksi serta penyimpanan formula dan tradisi perubatan herba selama 800 tahun, semenjak abad yang ke-12 Masehi. Ia dapat mengesan susur-galur warisannya dari mubaligh-mubaligh Arab dan Kesultanan Melayu Siak, Jambi, Palembang, dan Keraton Solo, Jawa Tengah.

Nona Roguy telah menempa nama dan kedudukannya di Malaysia dan rantau ini. Nona Roguy juga merupakan syarikat pertama dalam industri ini yang percaya akan pentingnya kajian klinikal untuk membuktikan kesahihan dan keberkesanan produk-produk herba. Dalam hal ini, Nona Roguy mempunyai hubungan rapat dengan pihak kerajaan, universiti dan institusi-institusi penyelidikan tempatan. Banyak usaha kerjasama telah dijalankan untuk membangun dan meningkatkan mutu serta taraf industri herba Malaysia.

Diberkati dengan khazanah alam semulajadi hutan hujan tropika, produk herba Nona Roguy kaya dengan vitamin dan galian yang hari ini diakui oleh dunia moden sebagai cara terbaik menjaga kesihatan. Nona Roguy, yang secara kebetulan bermaksud “Bebas daripada Penyakit” dalam bahasa Sanskrit, sekarang bersedia untuk berkongsi dengan umum rahsia kesihatan dan kecantikan warisan keluarga. Ia amat berkesan sekali, lebih-lebih lagi dalam sistem pembersih dalaman badan.

Tidak seperti syarikat-syarikat lain dalam industri herba negara, kumpulan syarikat Nona Roguy mempunyai operasi yang amat bersepadu dalam bidang perladangan, perkilangan, pemasaran, khidmat rawatan kesihatan dan kecantikan, serta penyelidikan & pembangunan.


Pemasaran

Di Malaysia, Nona Roguy menggunakan sistem jualan langsung dalam memasarkan produk-produk herbanya. Hari ini, Nona Roguy mempunyai rangkaian keahlian melebihi 100,000 ahli di seluruh negara, termasuk rangkaian 430 stokis. Bagi pasaran serantau dan antarabangsa, Nona Roguy melantik pengedar tunggal yang berwibawa untuk memasar dan mengedarkan barangannya. Ketika ini, Nona Roguy mempunyai pengedar di Brunei dan Singapura dan dalam jangkamasa terdekat akan melantik pengedar di Timur Tengah


Khidmat Rawatan Kesihatan dan Kecantikan Tradisional

Kaya dengan ilmu dan pengamalan herba tradisional warisan turun-temurun, Nona Roguy telah membuka dan menjalankan beberapa pusat rawatan dan kesihatan di Kuala Lumpur, Alor Setar dan Pulau Pinang. Pusat-pusat ini menyediakan khidmat rawatan kesihatan dan kecantikan tradisional dan ini termasuk beberapa rawatan khas untuk penyakit puan dan ketumbuhan. Ini dilakukan oleh barisan konsultan kesihatan Nona Roguy yang mahir lagi terlatih, yang berpengkalan di Kuala Lumpur.

Di samping menyediakan khidmat rawatan kepada pelanggannya, Nona Roguy juga memberikan latihan kepada ahli-ahlinya yang berminat dalam bidang perawatan tradisional. Semenjak 1993, Nona Roguy berbangga kerana telah melatih ribuan ahli dan mereka yang cenderung dalam rawatan tradisional, menghayati keistimewaan herba dan rempah ratus dunia timur kita.

Tidak lama lagi, dengan kerjasama daripada rakan kongsi tempatan, Nona Roguy akan membuka Spa Kesihatan Tradisional dan Pusat Rawatan Bersalin di dalam dan luar negara


Perkilangan

Dengan siap terbinanya kilang baru di Jitra, Kedah, Nona Roguy mampu mengeluarkan barangan yang lebih banyak untuk pasaran antarabangsa. Kilang yang dibina di atas kawasan tanah seluas 8.3 ekar itu, adalah bertaraf antarabangsa dan memenuhi keperluan standard Amalan Perkilangan Baik, atau “Good Manufacturing Practice.” Kilang baru itu akan beroperasi sepenuhnya pada bulan Julai 2003 dan merupakan kilang herba yang terbesar dan tercanggih di seluruh negara.

Nona Roguy juga berbangga dengan daya kecekapan tenaga pengurusan dan pekerja syarikat sekutunya Mustajab Industries Sdn. Bhd., yang terdiri daripada anak-anak muda Melayu yang gigih dan tekun mencapai aspirasi kumpulan Nona Roguy sebagai peneraju industri herba negara.


Perladangan

Bagi memastikan bahan dan kualiti produk herba Nona Roguy sentiasa di tahap tinggi dan mencukupi, Nona Roguy melalui syarikat sekutunya Pandan Intan Sdn. Bhd. telah membuka dan mengusahakan perladangan herba di Gua Musang, Kelantan. Ia sekarang mempunyai tanah perladangan seluas 1,500 ekar, yang mana 500 ekar telah diusahakan dengan beberapa tumbuhan ubatan seperti serai wangi, pokok sentol, bunga tanjung, senduduk putih, dll.

Sentiasa peka dengan keperluan pengurusan yang cekap, Nona Roguy telah bergabung tenaga dengan pihak universiti dan institusi penyelidikan seperti MARDI, FRIM,USM, dan Oxford Natural Products dari UK (ONP). Nona Roguy sedar banyak yang perlu dilakukan. Namun ia yakin dengan gandingan pakar-pakar perladangan tersebut, matlamat untuk memastikan bahan mentah yang berkualiti dan mencukupi dapat dicapai.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:26:43 ptg    [Edit]
Penyelidikan & Pembangunan

Penyelidikan merupakan satu bidang di mana Nona Roguy banyak memberikan perhatian khusus dan mendalam. Bersama rakan kongsi teknologinya, Nona Roguy akan mempergiatkan usaha kajian dan pengesahan saintifik bagi rangkaian produk dan perubatan herbanya. Dua bentuk kajian yang diberi keutamaan ialah keberkesanan klinikal(clinical efficacy) dan ujian keracunan (toxicity test).

Bersama dengan rakan teknologinya dari dalam dan luar negeri, Nona Roguy telah mula menjalankan penyelidikan dan ujian klinikal bagi produk-produknya. Nona Roguy juga telah dan sedang mendedahkan tenaga kerjanya kepada latihan lanjutan dalam bidang teknikal dan bioteknologi seperti “bioinformatic, profiling, high throughput screening, dan proteomics” dll.


Kesimpulan

Sejak beberapa tahun, Nona Roguy telah mencapai kejayaan dalam usahanya menjadi pelopor dan peneraju industri herba negara. Strategi dan tindakan-tindakannya sering menjadi model ikutan pesaing-pesaing tempatan. Namun, Nona Roguy tidak akan duduk diam dan berehat, kerana matlamat seterusnya adalah untuk menjadi pemimpin dalam industri herba nusantara. Banyak yang perlu dilakukan dan Nona Roguy akan terus maju mengatur langkah menuju arah tersebut. Dengan itu Nona Roguy berharap dapat menjulang panji perjuangan negara sebagai kuasa berpengaruh dalam industri herba dunia pada tahun 2010.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:31:24 ptg    [Edit]

105gm
RM45.00

Lawas Angin berfungsi untuk membuang angin kekotoran dan keracunan serta mengatasi penyakit angin.
Ia dapat mengesan dan membongkar :

i. Angin Panas dan Angin Sejuk
ii. Air yang berlebihan di setiap sendi, urat dan tulang
iii. Penyakit yang sedia ada dalam badan

Lawas Angin juga amat sesuai bagi mereka yang terlalu lawas membuang air besar (sensitif). Lawas Angin mengandungi rempah ratus dan herba yang dapat mengeluarkan angin yang berlebihan seperti Halia (Zingiber Officinale) di mana ia mengandungi oleoresin yang membantu merendahkan kadar kolesterol di dalam darah dan juga hati apabila dimakan. Selain daripada halia, Jintan Manis (Pimpinella anisum) dan Cengkih (Clove) juga digunakan. Ia dapat membantu mengeluarkan air yang berlebihan di dalam badan dan merangsangkan pencernaan secara sederhana.




52.5gm
RM45.00

Ianya telah terbukti berkesan membantu menyembuhkan penyakit ketumbuhan luaran dan dalaman badan serta mengawal dan mambantu mengelakkan penyakit puan seperti :-
- Penyakit keputihan
- Haid yang berpanjangan
- Tumpah darah
- Tempat sulit berbau
- Penyakit hakisan mulut rahim
- Fibroid
- Cysts
- Endometriosis

Mustajab Muda Mesra mengandungi berbagai jenis herba dan rempah ratus seperti Jintan (Carum Cavi), Temu Kuning (Curcumae Domsticae Rhizoma) dan Daun Inggu (Duta Angustifolla) (Rutacae). Herba dan rempah ratus ini mempunyai bahan-bahan antiseptik yang dapat menghapuskan organisma-organisma yang menyebabkan penyakit septik.
Ia juga membantu menghapuskan cacing di dalam usus dan mengeluarkan angin yang berlebihan di dalam usus.

Selain daripada itu, Mustajab Muda Mesra dapat membantu :-
- Melancarkan penghadaman
- Melancarkan peredaran Darah
- Mengeluarkan lendir
- Mengawal dan mengatasi uric asid yang berlebihan
- Memperbaiki keadaan paru-paru
- Mengatasi infeksi air kencing
- Meredakan dan mengatasi gastrik & ulser

Keberkesanan Mustajab Muda Mesra telah terbukti dan sesuai untuk Lelaki dan Wanita.




105gm
RM45.00

Lawas Segar mengandungi herba rempah ratus seperti Kedawong (Porkia Bigblobosa), Jintan Manis (Pimpinella Anisum) dan Jintan Hitam (Nigella Sativa) yang mempunyai pelbagai khasiat seperti melindungi sistem badan daripada jangkitan kuman dan menyembuhkan penyakit radang paru-paru, kulit dan menghapuskan lendir dalaman. Rempah ratus ini juga mengandungi emolient yang dapat membantu menghaluskan kulit dan bahan-bahan astringen, antibiotik dan anti-radang yang dapat menurunkan atau menyembuhkan demam panas.
Fungsi Lawas Segar adalah untuk :-
i. Membersihkan kekotoran dalaman badan.
ii. Mengatasi keracunan darah.
iii. Mengeluarkan lendir di dalam badan.

Lawas Segar membantu untuk :-
- Memulih dan menyegarkan tisu-tisu luaran dan dalaman dengan memperbaiki sel-sel serta tisu-tisu yang telah rosak.
- Menegangkan Urat Saraf yang telah kendur dan lemah.

Lawas Segar amat sesuai bagi mereka yang lawas buang air besar (1 - 2 kali sehari).




105gm
RM45.00

Lawas Kencang adalah pembersih dalaman yang bertugas untuk mengorek dan menghakis kotoran dan lemak yang degil. Lawas Kencang amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah:
i. Sembelit
ii. Penyakit Ketumbuhan Batu
iii. Penyakit Buasir
Selain daripada itu Lawas Kencang juga dapat membantu :
i. Mengempiskan Perut
ii. Menguruskan Badan

Lawas Kencang mengandungi berbagai herba dan rempah ratus yang berkhasiat seperti ketumbar (Coriandrum Sativum), temu kunyit (Curcumae Domestica Rhizoma), jintan (Carum Carvi) dan cengkih (Eugenia Aromatica).

Campuran herba dan rempah ratus ini mengandungi pembersih dan penyembuh yang membantu :
i. Membersihkan darah.
ii. Melawaskan air besar.
iii. Merangsangkan perjalanan darah haid dengan teratur.

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 11:59:59 pagi

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:33:48 ptg    [Edit]

90gm
RM60.00

Untuk kecergasan kesihatan dan wajah!

Satu resipi purba yang mengandungi Madu Lebah Asli, Telur, rempah ratus dan herba seperti Jintan Hitam (nigella Sativum), Jintan Putih (Cuminum Cyminum) dan kunyit (Curcuma Longa) yang menjadi amalan lelaki dan wanita Mesir untuk menguatkan tenaga. Madu Lebah yang menjadi kandungan utama rumusan ini mengandungi bahan-bahan depuratif yang terkenal sebagai pembersih sistem badan serta pelembap dan penyembuh kulit.

Ianya sangat mujarab untuk mengatasi cirit-birit, batuk berpanjangan dan masalah perut.
Ianya diadun khas dengan herba-herba terpilih untuk :-
- Mengatasi kelesuan
- Membersih darah
- Mengatasi senggugut
- Masalah haid tidak teratur
- Mengatasi buasir
- Masalah paru-paru
- Mengatasi batuk yang berpanjangan
- Menyingkir lendir
- Mengembalikan kekuatan fizikal dan mental
- Mengatasi masalah kesuburan dan aktiviti




90gm
RM60.00

Mengembalikan Tenaga dan Daya Ransangan!

Resipi Arab Seribu Satu Malam yang mengandungi Madu Lebah Asli dan dirumus khas dengan herba-herba dan rempah ratus yang terpilih seperti Madu Lebah Asli, Telur, Ketumbar, (Coriandrum Sativum), dan Temu Giring (Curcuma Hyneanae). Madu Lebah yang menjadi kandungan utama rumusan ini mengandungi bahan-bahan depuratif yang terkenal sebagai pembersih sistem badan serta pelembap dan penyembuh kulit.


Ia juga berkhasiat untuk darah, kekuatan fizikal. Telur pula mengandungi aphrodisiac, kaya dengan protin, zat besi dan vitamin. Ianya disyorkan untuk wanita yang sudah berkahwin, wanita yang belum berkahwin berusia 35 tahun keatas, dan wanita yang di ambang pra putus haid dan yang sudah putus haid. Khasiat Madu Nona Harmonis :-
- Menguatkan rahim yang lemah
- Mengimbangi hormon
- Mengatasi masalah kurang nafsu seks
- Mengatasi masalah kesuburan
- Mengatasi keputihan
- Mengatur pusingan haid yang tidak teratur

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 12:00:58 tghari

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:39:40 ptg    [Edit]

130ml
RM28.00

Minyak Mustajab adalah minyak serbaguna untuk kegunaan luaran dan dalaman badan, tetapi bukan untuk diminum.
Resipi tradisi purba ini telah diguna dengan luasnya dan dirumus khas oleh keluarga DiRaja Solo Jawa Tengah dan Siak Sumatra. Minyak Mustajab mengandungi estrak Minyak Kelapa Hijau (Cocos Nucifera), Kayu Putih (Eucalyptus Globulus) dan Sirih (Piper Betel) yang mempunyai bahan-bahan yang berkhasiat dan berfungsi seperti berikut :-
Fungsi Minyak Mustajab

a. Pelembap
b. Astringent
c. Penyegar Kulit
d. Antiseptik

Minyak Mustajab amat berkesan jika digunakan untuk penyakit urat saraf, otot-otot, sendi, tulang, penyakit kulit, batuk, selsema, lelah, paru-paru kembang dan basah, resdung hidung (sinus), sakit gusi dan gigi, sakit telinga, sakit kepala (migrain), luka-luka parah seperti bengkak-bengkak, benjol, melecur akibat terkena benda panas, terseliuh, gigitan serangga dan sakit perut. Selain daripada itu, ia juga amat berkesan bagi :-

i. Kembalikan Kesegaran Tempat Sulit
Kegunaan di tempat sulit untuk mengeluarkan angin-angin darah dan lendir yang kotor serta berbau semasa haid. Kesannya membolehkan anda terasa segar, bersih di tempat sulit. Untuk ibu-ibu atau gadis-gadis, pada hari pertama haid sehingga hari ke lima haid, guna Minyak Mustajab dengan cara yang berikut :
Ambil sekeping kapas yang lebar (facial cotton), titik sehingga basah dengan Minyak Mustajab ke atas kapas tersebut dan letakkan ia di pintu faraj kemudian pakai tuala wanita (pad). Buat cara ini sehari 2 kali.

ii. Memperbaiki Dan Menyembuhkan Tisu-tisu Saluran Faraj.
Selepas bersatu (coitus)dengan suami, cuci tempat sulit dengan Uncang Cuci (buat pilihan sendiri) yang telah dicampurkan dengan air panas dari pancuran (pipewater) sehingga bersih. Kesat sehingga kering dan sapu Minyak Mustajab ke seluruh faraj termasuk dalaman faraj sehingga tersentuh mulut rahim. Khasiatnya ialah ia dapat mengembalikan kesegaran yang juga dapat mengubati luka-luka, bengkak-bengkak tisu yang berlaku semasa bersatu.

iii. Kembali Kekuatan Tenaga Kelakian
Guna Minyak Mustajab sebagai minyak urut dengan mengurut perlahan-lahan dari arah bawah iaitu di buah zakar sehingga ke zakar serta naik ke atas di bahagian ari-ari dan seterusnya di seluruh perut dan pusat. Sebelum itu, lumur Minyak Mustajab keseluruh bahagian dari paras pinggang sehingga ke bawah. Amalkan tiap-tiap hari, Insya Allah dalam masa satu minggu terbuktilah keberkesanannya.

iv. Kembali Tegang dan Segar Payudara dan dapat Mengesan Ketumbuhan di Peringkat Awal di Payudara.
Selepas menggunakan Herbanika Lulur disyorkan menggunakan Minyak Mustajab untuk menegangkan payudara yang kendur dan dapat memelihara kesihatan dan kecantikan payudara.

Nota :
Untuk mendapat kesan yang lebih mujarab anda disyorkan menggunakan gabungan Minyak Mustajab dan Minyak Herbanika. Tetapi untuk payudara disyorkan mengguna Minyak Mustajab sahaja melainkan jika ada ketumbuhan.




6 gm
RM165.00

Satu resipi purba yang menakjubkan untuk mengatasi masalah dan memelihara alat vital wanita. Rumusan yang berbau harum dan segar ini disediakan khas dan suci untuk penjagaan kebersihan alat vital wanita. Rumusan ini terkenal sebagai "Pati Awet Muda" dan berbau bunga jasmin segar. Ianya adalah Rahsia Warisan Nona roguy selama beberapa generasi di dalam "Hikayat Seribu Satu Malam".

Mustajab Harmonis mengandungi bahan-bahan antiseptik dan astringen yang dapat menyegar dan memelihara kesejahteraan alat vital wanita mengandungi herba, rempah ratus dan rumusan akar yang terpilih seperti Daun Sirih, Kunyit dan Kayu Rapat dapat mengatasi masalah :-
- Tempat sulit yang longgar serta berair
- Infeksi fungus
- Trichomonas Vaginalis
- Keputihan
- Gatal-gatal tempat sulit
- Bengkak
- Ketumbuhan kecil seperti cysts, polyps, ketuat dipangkal rahim
- Hakisan Mulut Rahim (Cervical Erosion)
- Ketumbuhan dalam rahim, hidung, telinga yang bernanah serta buasir




7gm
RM15.00

Formula krim herba yang unik ini meresapi tubuh melalui kulit dan sesuai juga digunakan sebagai rawatan aromaterapi.

Kegunaan tradisional:-

Membantu melegakan masalah bengkak sendi seperti artritis dan reumatisme.
Membantu melegakan ketidakselesaan pada kulit badan dan bahagian sulit seperti infeksi fungus, ruam, gatal-gatal dan masalah buasir ringan.
Membantu meringankan batuk, hidung tersumbat, sakit tekak, pening kepala, gigitan serangga dan kembung perut.

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 12:02:41 tghari

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:42:55 ptg    [Edit]

200ml
RM30.00

Kegunaan tradisional:

Cucian harian Aromaterapi pembersih peribadi untuk sekeluarga.
Bercirikan antiseptik untuk membersih dan menyegarkan alat kelamin lelaki, wanita, remaja dan kanak-kanak.
Cucian semasa dan selepas haid serta semasa hamil.
Membantu mengurangkan masalah resdung, kegatalan kulit badan, muka, bahagian sulit dan kulit kepala

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 12:09:42 tghari

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:46:01 ptg    [Edit]

30 tablet
RM75.00

Herba pembersih dalaman yang disyorkan untuk sistem kelawasan normal atau sensitif. Dinasihatkan pengambilan tablet ini bersama minuman antioksidan PureRoots untuk lebih keberkesanannya.





30 tablet
RM88.00

Herba pembersih dalaman yang disyorkan untuk sistem yang tidak lawas atau sembelit. Dinasihatkan pengambilan tablet ini bersama minuman antioksidan PureRoots untuk lebih keberkesanannya.





30 tablet
RM88.00

Herba pembersih dalaman rapi yang membantu menyahkan toksid melalui pembuangan air besar , air kecil dan angin. Disyorkan pengambilannya bersama PureCleanse dan PureRoots untuk keberkesanan yang lebih mujarab.

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 12:10:58 tghari

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:51:34 ptg    [Edit]

180 tablet (RM205.00)
90 tablet (RM140.00)

Formula idaman ramai , warisan Nona Roguy dalam penjagaan lengkap untuk kesihatan dan kecantikan selepas bersalin. Membantu menguatkan peranakan , melegakan meroyan, mengiatkan aliran susu ibu , menyerikan wajah, menurunkan berat badan dan mengencangkan.

Dos : Di ambil 2 – 4 biji tablet harian




15 t-bag
RM95.00

Uncang Cuci Herbanika adalah pembersih luaran yang bercirikan antiseptik bagi mengawal, menggalakkan proses penyembuhan dan membantu masalah-masalah tersebut :
a. Penyakit kulit, gatal, kudis berair, berbau busuk dan terkena infeksi di tempat sulit.
b. Luka pembedahan, luka, kudis disebabkan penyakit Kencing Manis, kudis gigitan serangga.
c. Penyakit puan seperti keputihan atau keluaran cecair di tempat sulit.
d. Digunakan sebagai air cebok semasa menjalani rawatan rapi selepas bersalin.
e. Penyakit Gout, Arteritis, Reumatism, Bisa-bisa otot, Resdung (sinus) dan Tyroid.
f. Bengkak Burut dan Buasir
g. Rawatan semasa Haid




60gm
RM50.00

Sangat berkesan untuk ibu-ibu yang perutnya membesar selepas bersalin. Dapat mengatasi perut yang lembik, kembang, kendur dan buncit. Dapat menghilangkan parut-parut dan jaluran pecah-pecah dikulit perut. Membantu melicinkan perjalanan darah dan mengeluarkan darah-darah busuk dari saluran rahim. Dapat merampingkan pinggang dan mengempiskan perut.




15 t-bag (RM60.00)
30 t-bag (RM90.00)

Rumusan Akar Herbanika terdiri dari rangkaian herba dan akar yang terpilih seperti Sirih, Halia,dan Temu Lawak. Ramuan herba dan akar ini mengandungi pelbagai bahan-bahan penyembuh seperti depuratif, balsam, karminatif dan galactogenic. Bahan-bahan penyembuh ini membersihkan sistem badan dengan membantu :
a. Menyegarkan urat saraf.
b. Mengurangkan Air yang berlebihan.
c. Melawaskan Pembuangan Air Kecil
d. Membantu memecahkan lemak yang degil.
e. Menghindarkan serta mengawal bau badan.
f. Mengatasi keletihan.
g. Membantu mengatasi masalah sendi seperti Gout,Reumatisme, Arteritis, sakit-sakit sendi, bisa, Reumatoid Arteritis.
h. Meringankan badan yang terasa lemah, berat atau malas.
i. Mengeluarkan Susu Badan yang lebih pekat dan segar untuk ibu-ibu dalam pantang bersalin.
j. Mengatasi penyakit Gastrik dan Migrain.




150gm
RM50.00

Membantu menegangkan payudara yang kendur. Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan. Pembersih antiseptik yang membantu mengatasi penyakit dan mempercepatkan pemulihan serta mengatasi penyakit kebas, mudah sejuk, urat saraf serta peluh yang berbau. Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di sendi, otot, urat saraf dan urat-urat timbul. Membantu sebagai penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat. Terbukti keberkesanannya bagi lelaki dan perempuan.




130ml (RM55.00)
260ml (RM85.00)


Minyak pelembap warisan Melayu khusus diadakan untuk ibu-ibu yang lepas bersalin. Minyak pelembap ini dapat melembutkan dan mengencangkan kembali perut yang kendur, lembik serta pecah berjalur. Selain daripada itu ia juga dapat mengatasi masalah seperti :

a. Penyakit Arteritis, Reumatisme, Gout, Tyroid dan semua jenis penyakit sendi dan otot-otot.
Selepas gunakan Lulur, sapu Minyak Herbanika sebagai minyak sapu. Keberkesanannya telah terbukti.

b. Kembali Rapat dan Rapi Saluran Faraj.
Jika seseorang wanita itu mengalami masalah saluran faraj yang longgar serta berair, selepas menggunakan Uncang Cuci, dinasihatkan ruangkan dalaman faraj dengan Minyak Herbanika. Lakukan ini setiap hari sehari 2 kali iaitu sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang. Ia juga amat berkesan untuk anda yang kurang resa.

c. Kembali Kekuatan Tenaga Kelakian
Ia amat sesuai untuk lelaki yang bermasalah tenaga batin. Cara kegunaannya ialah guna Minyak Herbanika di tempat sulit dengan menyapu keseluruh bahagian paras pinggang ke bawah. Mulakan urutan dari bawah buah zakar, urat di celah peha kemudian ke zakar dan bahagian ari-ari dan seterusnya naik ke pusat dan ke seluruh bahagian perut. Lakukan ini setiap hari iaitu 2-3 jam sebelum tidur. Insya Allah dalam masa seminggu anda akan dapat kesannya.

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 24hb Mac 2005, 12:18:05 tghari

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:54:11 ptg    [Edit]
Berita Baik!!

Sesiapa yg berminat utk menjadi pengedar Nona Roguy, dgn hanya membeli satu produk NR mengikut harga pembeli, anda boleh mendaftar sebagai ahli hanya dgn RM10.

Jika ada yg berminat boleh PM/ym eynda utk keterangan lanjut.

Sekian...terima kasih...
.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:19:34 tghari    [Edit]
Ada yg bertanya tentang harga produk-produk Nona Roguy....semalam terlupa letak harga .

Buat pengetahuan semua, harga yg eynda letak adalah harga customer.

219.95.18.:-)

sue770414
Ahli Baru
13. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:49:49 tghari    [Edit]
terigin jugak nak jadi ahli....

219.95.40.:-)

eynda
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:57:06 tghari    [Edit]
Sue,

Nanti check PM ye... .

219.95.18.:-)

sue770414
Ahli Baru
15. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 3:53:54 ptg    [Edit]
eynda...

tak dapat pun.............

219.95.40.:-)

eynda
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:39:59 ptg    [Edit]
Su,

Thanks sebab ym eynda..... .




Sesiapa yg nak join tu boleh la ym eynda.... .

219.95.18.:-)

ummi_ain
Ahli Aktif
17. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 5:02:00 ptg    [Edit]
eynda..

maaf..ummi terlupa nak bayar/bank-in RM10 tu..esok, ummi bank in dan sms kat eynda yer. maaf sekali lagi...mmg ummi terlupa sgt...

dan kalau boleh hantar kat ummi katalognyer yer...ummi nak beli barang..terima kasih.

--------------
Perunding Takaful - 012 2874332- ummi_ain2002@yahoo.com

202.185.196.:-)

eynda
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:28:26 mlm    [Edit]
Antara tanaman herba yg ditanam di ladang herba Nona Roguy :-



Pokok Tanjung di lereng bukit



senduduk putih



Pegaga



Pokok sentol



Pokok inai



Pokok sireh

218.111.161.:-)

arenum
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 10:08:17 pagi    [Edit]
wah...kak eynda....
nona roguy plak......

good luck ye !!

210.187.228.:-)

eynda
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 10:33:38 pagi    [Edit]
Arenum,

Produk yg paling lama akak guna . Sejak anak dara lagi heheheh.... .

219.95.92.:-)

arenum
Ahli Aktif
21. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 11:17:18 pagi    [Edit]
wooo...padan lah.......

210.187.228.:-)

eynda
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 3:01:57 ptg    [Edit]
arenum,

Kenyit mata sikit eheheheh....takmo cuba ke?




Eynda ucapkan terima kasih buat mereka yg sudi email pada eynda utk mendapatkan keterangan lanjut tentang pendaftaran Nona Roguy.

Terima kasih juga buat mereka yg berminat utk menjadi ahli Nona Roguy.

Sesiapa yg nak tahu apa2 tentang produk ni boleh email/ym/msn kat eynda....eynda sudi membantu
.

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 6:30:10 ptg    [Edit]
Soalan Lazim


1.Dari manakah keluaran produk Nona Roguy ?

Produk Nona Roguy adalah keluaran tempatan, Malaysia
Ia diproses ditiga kilang di Alor Setar, Kedah yang bertaraf GMP.
1) Kilang Herba Mustajab di Mergong (GMP)
2) Kilang Herba Mustajab di Jitra (GMP)
3) Kilang Herba Mustajab di Mergong (Pusat Penyelidikan & Pembangunan, R&D)



2.Kenapakah pengamalan Pembersih Dalaman Nona Roguy sangat penting ?
1) Pengamalan Herba Pembersih Dalaman Nona sangatlah penting kerana ia dapat mempertahankan daya kekuatan dan ketahanan badan daripada serangan kuman, keracunan, serta pencemaran alam dengan cara membersihkan darah dan organ-organ dalaman sistem badan.

2)Ia terkenal sebagai herba Pembersih bagi mempercepatkan proses pembuangan timbunan kotoran bertoksik yang tersimpan yang telah menjadi sebati dalam badan, melalui pembuangan air besar (diciritkan keluar lebih daripada 5 kali) dan juga melawaskan pembuangan air kecil.



3.Kenapakah pengambilan Herba Lawas Pembersih Dalaman secara gabungan penting?

Tiap-tiap satu herba Pembersih Dalaman ada mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Dengan pengambilannya secara gabungan, dapat menghasilkan keberkesanan yang menakjubkan, sekaligus dapat bertindak dengan cepat untuk :

1) Memproses keluaran toksik dalam badan dengan terperinci.
2)Menonjol dan mengeluarkan penyakit yang sedia ada dan yang tersembunyi.
3)Memulih dan memperbaiki keadaan dalam dan luar badan sebagai penyegar, cergas dan "Awet Muda".


4. Bolehkan Herba Nona Roguy diamal bersama perubatan Moden ?

Kerana kandungannya mengandungi rempah ratus dan ulam-ulaman berkhasiat perubatan. Ia selamat dan boleh diamalkan bersama perubatan moden seperti:
1) Perubatan hospital, vitamin-vitamin, Royal Jelly dan Madu Lebah Asli.

2) Semasa menjalani rawatan dihospital, rawatan penyakit kanser, kimoterapi, radium selepas pembedahan, selepas D&C, rawatan hakisan mulut rahim (Cauterization), penyakit puan dan tuan, tekanan darah tinggi dan rendah, kencing manis, masalah darah dan kuman dalaman darah.



4.Bolehkah herba Nona Roguy diamalkan bersama jamu dari jenama-jenama lain ?

Kerana berkemungkinan jamu-jamu lain mengandungi bahan-bahan yang sama di mana ia boleh menyebabkan berlebihan sukatan formula herba yang akan mendatangkan kemudharatan.


5.Haruskah anda berpantang makan semasa mengamalkan herba Nona Roguy ?

* Tidak! Jika anda tidak berpenyakit.
Tetapi di mestikan jikalau anda berpenyakit.

1) Semasa menjalani perawatan Nona Roguy dimestikan berpantang atau diet
mengikut penyakit anda.
2) Apabila penyakit anda sembuh dengan sepenuhnya dan disahkan oleh doktor pakar penyakit, barulah pantang larang tersebut dikurangkan secara beransur-ansur.
3) Sekiranya terlanggar pantang, adalah amat penting untuk mengamalkan Mustajab Lawas Pembersih Dalaman dengan 'Tekun' supaya dapat membantu mempercepatkan proses Pengeluaran sisa-sisa makanan yang mana jikalau lama terbiar dalam usus boleh menyebabkan keracunan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berulang kembali

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 6:35:41 ptg    [Edit]
6.Adakah produk Nona Roguy untuk amalan wanita yang berkahwin sahaja ?

* Tidak !


1) Produk Nona Roguy boleh diamalkan dan digunakan oleh kaum lelaki, kaum wanita, kaum remaja, orang-orang tua, wanita putus haid, kanak-kanak dan bayi sebagai amalan kesihatan.

2) Untuk yang berpenyakit, diamalkan oleh semua peringkat umur mengikut masalah masing-masing.



7. Apakah perbezaan diantara herba bentuk serbuk dan kapsul ?

Sebenarnya tidak ada beza diantara herba serbuk dengan kapsul. Hanya kadar penyerapan secara serbuk adalah lebih cepat untuk bertindak dan satu kelebihan serbuk ialah ia boleh digunakan sebagai rawatan sampingan luaran.



8. Mestikah saya mengamalkan Mustajab Lawas Kencang sedangkan saya sangat lawas membuang air besar ?

Tidak dimestikan pengambilan Mustajab Lawas Kencang :
1) Jikalau anda lawas buang air besar setiap hari.

2)Sudah dapat mengatasi penyakit sembelit dan pembuangan air besar telah kembali lawas.

3)Mustajab Lawas Kencang adalah disyorkan pengambilannya untuk mempercepatkan proses menguruskan badan dan mengempiskan perut mengikut peraturan rawatannya.





9. Mengapakah apabila mengamalkan Herba Nona Roguy, pembuangan air besar adalah kerap secara cirit-birit.

1)Mengikut pakar kesihatan pengeluaran segala sisa toksik dalaman badan lebih daripada 5 kali sehari adalah antara cara yang paling berkesan untuk penjagaan dan pemeliharaan kesihatan tubuh badan.

2)Nona Roguy mendukung penuh falsafah dan saranan tersebut lebih-lebih lagi dalam dunia kita ini yang penuh dengan pencemaran alam yang mengakibatkan makanan, minuman dan udara di sekeliling kita juga turut tercemar dan meracuni badan kita. Oleh itu kita memerlukan satu sistem pembersihan dalaman dan luaran yang berkesan. Jikalau kotoran bertoksid yang terlalu lama terbiar dalam badan, boleh mengakibatkan kita mendapat penyakit.

3)Segala yang dikeluarkan melalui cirit anda adalah lapisan toksid yang terdampar lama di mana herba pembersih Nona Roguy menjalankan tugasnya mengorek dan mengesan serta menghancurkan ketulan-ketulan lendir, sisa bahan makanan dan buih-buih angin bertoksid yang berlingkar di celah-celah urat saraf, otot dan sendi dalam badan.

4)Keunikan herba Pembersih Dalaman Nona Roguy ialah proses pembongkaran dan pembersihan akan terus berlaku selagi terdapat kotoran bertoksid di dalam badan.

Jikalau tidak ada kotoran bertoksid ia akan melawaskan seperti keadaan biasa.




10. Adakah pengambilan herba Nona Roguy dalam jangka masa yang panjang boleh menipiskan perut dan usus ?

* Tidak Benar


Formula produk Nona Roguy tidak mengandungi sebarang ramuan yang mempunyai ciri-ciri bahan asid atau bahan-bahan lain yang boleh mengakibatkan penghakisan dalam sistem badan.

Sebaliknya ia adalah ramuan rempah ratus yang juga menjadi pemakanan kita seharian. Diolahkan sebagai penawar berbentuk pemakanan yang dapat membantu menyembuhkan penyakit gastrik dan gastrik ulser dengan cara menguatkan dinding-dinding lapisan perut dan usus kepada keadaan yang sihat. Ini membantu merendahkan tahap asid dalam badan.

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 6:42:31 ptg    [Edit]
11. Benarkah Mustajab Lawas Segar menambahkan selera makan dan kenapa ?

* Mustajab Lawas Segar befungsi sebagai penyegar dan membantu mempercepatkan proses pengantian dan pertumbuhan tisu-tisu baru dan sel-sel dalaman serta luaran badan agar dapat memperlambatkan penuaan.


Krisis Pemulihan yang mungkin berlaku semasa pengamalan Mustajab Lawas Segar adalah anda mungkin terasa cepat lapar dan berselera makan. Ia sebenarnya petanda bahawa berlaku tanda-tanda kekurangan bahan zat di dalam badan yang perlu digantikan dengan segera.

Semasa Mustajab Lawas Segar menjalankan tugasnya untuk mengimbangi keperluan zat-zat galian dan vitamin dalam badan, anda dikehendaki bekerjasama dengan penuh kegigihan mematuhi peraturan diet pemakanan yang berzat untuk membantu mempercepatkan proses “Krisis Pemulihan”.

Anda perlu bersabar kerana “Krisis Pemulihan” akan mengambil masa yang singkat iaitu 1 hingga 2 minggu sahaja dan akan kembali normal.

Semasa dalam “Krisis Pemulihan” ini anda pastikan diet anda sesuai untuk keperluan badan anda iaitu :
1) Yang ingin kurus - bersabarlah dengan diet tanpa lemak dan kanji dan berlebihan manis.
2) Yang ingin gemuk - teruskan amalan “Resepi Susu Badam” dan diet berzat untuk isi badan yang mantap.
3) Yang dalam penjagaan kesihatan (mempertahankan) - dinasihatkan mengamalkan diet yang seimbang tanpa makan makanan yang berlebihan yang menggemukkan sehingga berhenti “Krisis Pemulihan”.



12. Kenapa Mustajab Muda Mesra tidak disyorkan pengambilannya pada awal proses Pembersih Dalaman ?


Jikalau terus mengambil herba Mustajab Muda Mesra pada awal proses pembersihan sistem badan, pengamal akan terasa proses pembongkaran dan pemulihan yang ketara.

Dengan pengambilan herba Mustajab Lawas Pembersih Dalaman Nona Roguy terlebih dahulu dapat membuka laluan bagi (Mustajab Muda Mesra) menjalankan tugasnya tanpa merasa proses pemulihan yang ketara atau biasa dengan secara berperingkat dan teratur.


13. Apakah perbezaaan diantara Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika ?

* Minyak Berubat Mustajab adalah Minyak Serbaguna


1) Ia sangat mujarab sebagai kegunaan kesihatan seharian diseluruh badan, dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

2) Ia sesuai digunakan untuk sekeluarga, daripada bayi sehingga orang dewasa.

3) Ia boleh digunakan secara luaran bagi yang sihat ataupun yang berpenyakit.

* Minyak Herbanika adalah Minyak Perubatan.
Ia sangat mujarab bagi pesakit dari hujung rambut sehingga kehujung kaki, untuk kanak-kanak, dewasa dan ibu bersalin.


14. Apakah perbezaan diantara Mustajab Uncang Cuci dan Uncang Cuci
Herbanika ?


1) “Mustajab Uncang Cuci” adalah kegunaan khusus untuk wanita selepas datang haid sebelum menggunakan Mustajab Harmonis untuk mengembalikan daya kekuatan kemutan dan kesegaran saluran sulit dan pintu rahim.

2) Mustajab Uncang Cuci dapat mengecutkan pembengkakan bahagian luaran apabila digunakan secara berendam.

3) Mustajab Uncang Cuci dapat membantu mempertahankan daya tenaga batin lelaki sebagai tuaman herba dibahagian sulit pada setiap minggu. Rawatan tuaman ini dapat memecahkan pengumpulan ketulan lendir dan air dalam kandungan sulit.

4) “Uncang Cuci Herbanika” digunakan seharian untuk kesihatan sulit bagi kaum lelaki dan perempuan.

5) “Uncang Cuci Herbanika” adalah bahan pencuci anti-septik membantu mencegah dari serangan fungus dan kuman di bahagian sulit, kulit badan dan kepala.


15. Bolehkah ibu hamil mengamalkan Herba Nona Roguy ?

* Boleh !


1) Herba yang disyorkan bagi ibu yang hamil ialah Pembersih Dalaman Nona Roguy iaitu Mustajab Lawas Segar dan Mustajab Lawas Angin. Dinasihatkan pengambilannya 3 kali seminggu.

2) Bagi ibu yang bermasalah sembelit (susah buang air besar) disyorkan tambahan Mustajab Lawas Kencang. Dinasihatkan pengambilannya berselang-seli harinya.

3) Amalkan Akar Herbanika sebagai minuman kesihatan antioksidan 3 kali sehari untuk kebersihan dan kekuatan darah, hati, buah pinggang dan pundi kencing.

4) Ia dapat membantu memelihara kesihatan bayi di dalam kandungan serta kecergasan bayi selepas dilahirkan.

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 6:48:57 ptg    [Edit]
16. Mengapa ibu di dalam pantang bersalin menghadapi cirit birit apabila
mengamal Herbanika Bersalin ?


Rempah Herbanika Bersalin adalah pembersih dalaman badan yang bertindak khusus sebagai pembongkar dan pembuangan angin,darah dan lendir bertoksik yang berkeliaran dalam sistem peranakan, urat saraf, otot-otot dan sendi ibu bersalin.

Cirit-birit yang berlaku lebih daripada 5 kali berkemungkinan menandakan ibu bersalin itu mempunyai banyak pengumpulan angin bertoksik dan air bisa yang tersembunyi yang akan dikeluarkan secara berair, berbuih-buih serta berbau busuk dan masam.

Adakala pengeluaran najis berwarna hijau, berlendir dan berbau amat busuk, menandakan terdapat banyak himpunan keracunan yang sebati dalam sistem dalaman badan.

Adakala pengeluaran najis bertali-tali, berbiji-biji bewarna putih dan berbau hanyir menandakan banyak himpunan angin keracunan yang mempunyai lemak berlendir berlebihan di dalam badan.

Adakala pengeluaran najis berminyak dan bewarna hitam dan berbau busuk menandakan banyak himpunan sisa-sisa pemakanan menjadi toksik yang tersimpan lama di dalam sistem badan.

Adakala keluaran najis berupa lendir dan air sahaja berserta angin seperti cirit-birit. Ini menandakan pengamal ini bermasalah dari sekatan angin toksik dalam otot-otot sendi di mana jika tidak dikeluarkan berkemungkinan akan mendapat penyakit bisa-bisa otot dan sendi, sejuk-sejuk tulang, penyakit kebas, berat tengkuk dan kepala, mata kabur, keletihan, lesu dan tiada bernafsu.

Jikalau mengalami sakit perut dan memulas pada setiapkali hendak membuang air besar itu menandakan pengumpulan angin bertoksik iaitu ' Angin pasang" disekitar pusat di bongkar dan di pecahkan di mana ibu bersalin akan terasa bisa di bahagian rahim.

Proses secara ini akan membantu mengeluarkan sisa-sisa darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang berbau busuk seperti bangkai. Jika tidak dikeluarkan kebanyakkan ibu bersalin berkemungkinan akan mengalami :

- Lemah rahim
- Bengkak dan Inflamasi bahagian rahim
- Senggugut
- Timbunan isi di dalam dan luar rahim
- 2 Endometriosis dan Adenomyosis
- Ketumbuhan dalam dan luar rahim
- Fibroids
- Sis (Cyst)
- Polips (Polyps)
- Gangguan Haid
- Gila Meriyan


Dan bermacam penyakit puan sehingga tercetus penyakit barah.


17. Mengapakah setelah mengamalkan produk Nona Roguy terutamanya Herbanika Bersalin dalam pantang kerap mendapat masalah alahan pada kulit atau 'skin allergy’ seperti ruam dan gatal-gatal ?


Apabila ibu dalam pantang bersalin mendapat 'alahan kulit' atau 'skin allergy' semasa mengamal Herbanika Bersalin, menandakan pengeluaran hasil kekotoran dan angin keracunan yang terkumpul dalam sistem badan melalui pembukaan liang roma.

Angin darah kotor ini di kenali sebagai 'Angin Resdung Darah' yang jika dibiarkan berkemungkinan akan menjadi penyebab penyakit migraine, keguguran rambut, serangan berbagai penyakit kulit, jangkitan kuman dan fungus (kulat) di kulit dan di bahagian sulit.


18. Adakah akan berlaku sebarang kesan sampingan pada bayi yang menyusu sekiranya ibu bersalin mengamalkan Herbanika Bersalin ?


Bayi yang menyusu daripada ibu yang sedang mengamalkan Herbanika Bersalin, tidak semuanya akan mengalami pembuangan air besar yang kerap. Jika kerap berlaku pembuangan air besar yang cair, ini adalah 'Krisis Pemulihan' kepada ibu bersalin yang banyak menyimpan angin toksik dalam sistem badan dan mungkin telah disalurkan pada bayi dalam kandungan. Apabila ibu melalui krisis pemulihan, bayi yang menyusu akan turut melalui pembuangan air besar yang kerap selama 1 minggu.

Jika pembuangan air besar bayi terlalu lawas dan menyebabkan ruam panas, atau kemerahan di bahagian dubur, ibu boleh mengurangkan sukatan Herbanika Bersalin. Tetapi hendaklah melebihkan minum air Akar Herbanika yang pekat untuk membantu mengeluarkan angin panas dalam badan dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu bayi daripada serangan kembung perut, angin pasang dan penyakit kuning di mana kelemahan ini telah sedia ada dalam bayi semasa dalam kandungan ibu.


19. Bolehkah Herbanika Bersalin dijadikan amalan seharian selain daripada waktu dalam pantang bersalin?

* Boleh !


Herbanika Bersalin ialah Pembersih Dalaman ringan yang boleh diamalkan oleh lelaki dan perempuan yang lawas pembuangan air besar (normal) atau terlalu lawas pembuangan air besar (sensitif) dan banyak angin dalam usus.

Ia dapat membantu mengeluarkan angin, air yang berlebihan dan lemak di perut dan di usus dengan berkesan.

Keberkesanannya sangat mujarab bagi pesakit-pesakit urat saraf, bisa, bengkak otot dan sendi, gemuk angin dan air (sembab), penyakit kebas, sejuk-sejuk dan kerap membuang air kecil.

Ibu boleh meneruskan pengamalan Herbanika Bersalin selepas pantang jikalau terasa selesa dengan pembersihan yang ringan ini. Tetapi disyorkan penambahan pembersih dalaman 'Rangkaian Mustajab' untuk membantu memperkuatkan daya pembersihan dan membongkar penyumbatan segala kekotoran di bahagian dalaman dengan lebih efektif.



** Herbanika Bersalin kini dikenali sebagai PhytoNatal.

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 10:04:54 mlm    [Edit]
Ada yang beritahu eynda, diaorang tak boleh telan jamu yg serbuk. Sebenarnya ada cara lain.....

1) Beli kapsul kosong kat farmasi, penuhkan kapsul tu ngan serbuk jamu, boleh la telan.

2) Gentel bulat-bulat kecil dgn campuran madu lebah, boleh la telan.


So, takde masalah lagi .

219.95.95.:-)

eynda
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 1:21:47 tghari    [Edit]
Keberkesanan rawatan Nona Roguy terbukti dengan adanya Krisis Pemulihan kepada para pengamal. Krisis pemulihan ini jangan disalah anggap sebagai kesan sampingan. Perlu ditekan di sini Produk Nona Roguy tidak ada Kesan Sampingan dan Tidak Ada Steroid. Ini telah dibuktikan dengan keputusan analisa dari berbagai institusi penyelidikan dan Kementerian Kesihatan.

Satu sebab utama mengapa sesetengah masyarakat menggunakan rawatan herba sebagai rawatan alternatif kepada perubatan moden ialah kerana kesan sampingan yang tidak diingini dari pengunaan bahan dadah dan kimia tiruan. Walaupun perubatan herba tidak mengakibatkan kesan sampingan sebegitu, namun kesan tindakan atau krisis pemulihan semasa rawatan mungkin berlaku juga. Kesan tindakan atau krisis pemulihan berlaku kerana inilah caranya badan kita membuang keracunan keluar dari sistem badan kita dan memberi peluang badan untuk menyembuhi dirinya sendiri. Krisis pemulihan ini berlaku akibat dari peningkatan aktiviti sistem pembuangan semulajadi badan kita seperti paru-paru, buah pinggang, talian perut dan kulit. Kesan tindakan ini sepatutnya tidaklah terlalu ketara bagi si pesakit, sehingga mengganggu keselesaan pesakit, tetapi ia harus dianggap sebagai petunjuk yang baik bahawa badan kita sedang berusaha dalam proses pemulihan. Kebiasaannya, kesan ini mungkin memakan masa di antara satu minggu sehingga sebulan.

Ia bergantung kepada keadaan badan dan penyakit setiap orang. Anda sangat-sangat digalakkan supaya JANGAN BERHENTI mengamalkan herba ini, TETAPI TERUSKAN untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara Ciri-Ciri Krisis Pemulihan

1. Sistem Pernafasan

Jika terdapat perkumpulan/kongesi di dalam sinus, pesakit akan menunjukkan gejala demam selsema. Jika terdapat perkumpulan di dalam paru-paru, pesakit akan menunjukkan gejala batuk-batuk. Cara yang tersebut di atas cara yang terbaik sistem badan kita mengeluarkan lendir yang terkumpul di dalam badan.

2. Buah Pinggang
Pesakit akan merasa perlu untuk buang air kecil lebih kerap, dan air kencing tersebut akan mempunyai warna dan bau yang lain dari biasa.

3. Perkumpulan Dalam Sistem Pemakanan
Pesakit akan merasa perlu membuang air besar dan kentut dengan kerap.

4. Kulit
Kejadian ruam kulit, jerawat, atau masalah kulit mungkin berlaku atau nampak bertambah teruk sebelum mula beransur sembuh. Ini sangat ketara lebih lagi apabila losyen yang menekan (suppressive lotion) telah digunakan waktu dahulu untuk keadaan kulit tersebut.

5. Penyakit Arteritis
Kadangkala merasa lebih sakit dari biasa pada tempat-tempat yang terlibat selama 2-3 hari selepas rawatan. Keadaan sakit ini akan berkurangan selepas masa tersebut.

6. Sistem Pembuangan Air Besar

7. Tempat Sulit

8. Melalui Mulut



Tanda-tanda gejala yang akan timbul mengikut tahap kesihatan dan penyakit yang dihadapi oleh seseorang iaitu seperti :
a. Jerawat, gatal-gatal di seluruh badan dan tempat sulit, ruam-ruam panas.
b. Tidak berselera, mual, sakit-sakit badan, berpeluh dengan banyak, pening kepala, bengang telinga dan mengantuk.
c. Buang air kecil atau air besar berdarah, muntah dan keluar keputihan.

Jikalau perkara-perkara ini berlaku, tidaklah perlu khuatir atau takut, teruskan juga amalan herba pembersih dalaman selama 6 bulan kerana proses pengeluaran penyakit sedang berlaku atau dikenali sebagai Krisis Pemulihan.

Keberkesanan pembersih dalaman Nona Roguy dapat dilihat di antara 3-6 bulan pertama penggunaannya di mana pada jangkamasa inilah pemulihan sistem dalaman sedang berlaku bagi memulihkan penyakit yang telah dikeluarkan sebelum ini. Insya Allah.

219.95.23.:-)

eynda
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 29hb Mac 2005, 12:13:53 tghari    [Edit]
Bagi sesiapa yg susah nak ke stokis tu, actually boleh beli produk Nona roguy thru online. Nak tahu cara, boleh hubungi eynda .

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 3:27:44 ptg    [Edit]
Apa kata mereka yg pernah menggunakan produk nona roguy....


quote:
product ni bagus tau.aku dah pernah makan.
yg 3 serangkai tu.

memang badan rasa ringan. tak rasa letih, tak sengal2.



quote:
aku suka minyak mustajab tu. kalau lenguh2 kaki, masa nak tido, kita sapu minyak tu bawah betis, esoknya bangun tak rasa apa pun kaki. lenguh2 pun hilang. kalau sakit kepala pun sama. kira 1001 macam khasiat lah.



quote:
wehh aku memang guna minyak angin mustajab tu aku paling suker yg kaler ijau.. even tho panas sket pada yg kaler purple tu tp bestttttttt tul kalu guna...

hah minyak angin tu berguna tul tau utk guys .... hehehhe

meh aku kasi tips sket...

nie tuk yg dah kawen.... well bujang pun boleh la kalu brani...


b4 korang nak make luv tu... sapu minyak angin mustajab nie kat hubby nyer penis.. wehh sapu minyak yg kaler PURPLE tau bukan GREEN... salah sapu tak beromen lerh.. hahahahahaha

all my aunties, kazens n frens pernah cuba... derang kata BEST worr...... hahahaha tahan lama ke apa ntah ler.... hehehehehehehhe



quote:
nih ada tips utk baby kembong... well kanak2 or org tua pun boleh gaks

amik minyak angin mustajab... setitik dua.... bancuh gan air suam... then minum.. insyallah nanti perut tak kembong......



quote:
... minyak angin mustajab nie leh sapu kat muka tau.... nanti kulit muka jd licin....tp aku tak pernah boh ler...

aku pernah tgk anak arwah syed anas...derang boh kat muka badlishah tu... euww kalu tgk muka badlishah tu sure korang gerammmmm cam nak cubit2.... licin gebu jer....



quote:
sha makan yg 3 beradik tu....dulu...
tapi sekarang ambik yg Dettox tu...pulak...
minyak mmg sentiasa dlm stok....
pas tu lepas kawen sha ambik gak pil lepas bersalin tu...
walau pun sha tak de anak lagi...tapi still leh ambik...dia kasi kuat rahim & buang angin.....

219.95.21.:-)

eynda
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 05hb April 2005, 6:34:46 ptg    [Edit]
Ucapan terima kasih kepada mereka yg telah menjadi ahli nona roguy di bawah group eynda ......

1) Zuraini bt Mohd Robiai
2) Suhaila bt Shaharani
3) Haslinda bt Husaini
4) Aishah bt Mohamed Mokhtar



Tawaran keahlian RM10 masih dibuka....sesiapa berminat nak jadi ahli boleh inform eynda .

218.111.161.:-)

eynda
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 12hb April 2005, 2:41:14 ptg    [Edit]
Beli satu produk dgn harga customer melayakkan anda menjadi ahli Nona Roguy dgn hanya RM10.

Berminat boleh hubungi eynda
.

219.95.88.:-)

eynda
Ahli Produktif
33. Dihantar pada 14hb April 2005, 12:17:53 tghari    [Edit]
Kalau ada sapa2 yg nak guna set bersalin Nona Roguy boleh inform eynda ye...eynda bagi harga ahli .

219.95.19.:-)

eynda
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 19hb April 2005, 3:55:18 ptg    [Edit]
Semakin ramai yg ingin mencuba herba Nona Roguy

219.95.92.:-)

eynda
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 26hb April 2005, 10:12:21 pagi    [Edit]
Kalau ada sesiapa yg nak tahu cara berpantang semasa mengamalkan produk nona roguy, tak kira sama ada cara normal atau operation, boleh dapatkan dari eynda .

219.95.21.:-)

haniazor
Ahli Baru
36. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 12:20:08 tghari    [Edit]

upkan topik..boleh kan eynda?

* Mesej ini telah disunting oleh haniazor pada 06hb Mei 2005, 5:00:01 ptg

--------------
time is money............

219.93.66.:-)

eynda
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 1:22:18 tghari    [Edit]
haniazor,

Boleh....

Sesape yg nak join nona roguy tu...keahlian masih boleh didaftar dgn hanya RM10. Kalau berminat contact eynda ye...

219.95.91.:-)

Rosniena
Ahli Setia
38. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 1:31:08 tghari    [Edit]
eyanda ros na register..anyway minyak dia bagus..ros suka guna.akak ipar ros kata utk yg org after bersalin elok mkn jamunya..ros plak suka guna minyak jek..eheh..sakit kaki sapu best woooooooo
email me k rosniena@hotmail.com

--------------
B-nice, Bidadari,Pengedar Sah Aura Seri call me 019-2562460-shah alam,selayang,ipoh,B.Phat

192.228.219.:-)

eynda
Ahli Produktif
39. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 4:27:14 ptg    [Edit]
Ros,

Betul ke email add tu??

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 06hb Mei 2005, 4:29:10 ptg

219.95.91.:-)

just4fun
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 6:27:11 ptg    [Edit]
minyak nona roguy memang bagus..
setiap bulan beli..

orang johor dan sewaktu dgnnya boleh beli/daftar dgn saya.



tumpang topik...

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.231.:-)

eynda
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 6:34:03 ptg    [Edit]
just4fun,

Tumpang aje la...meriahkan lagi topik ni .


Ros,

Nanti PM kat eynda ye...eynda try hantar email tu takleh....

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 06hb Mei 2005, 6:34:41 ptg

219.95.91.:-)

just4fun
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 30hb Mei 2005, 5:56:15 ptg    [Edit]
kepada yg berminat utk menjadi ahli, yuran keahlian RM10.00 akan tamat tidak lama lagi. bermula ogos 2005, yuran akan dinaikkan semula kepada RM50.00

kepada mereka yg ingin membeli produk nona roguy, tawaran diskaun sehingga 10%.

tawaran sehingga stok masih ada...

--------------
http://biosegar.blogdrive.com

219.95.229.:-)

fluffy_nani
Ahli Baru
43. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 09:31:44 pagi    [Edit]
camne nak jd ahli??

--------------
MungkinkutemuicintasejatiSaatakuhembusknnafasterakhirkuMungkincintasejatimmgxadaDlmceritakhidupnini

219.93.31.:-)

eynda
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 10:21:52 pagi    [Edit]
fluffy_nani,

Stay area mana?

219.95.91.:-)

pearlsweets
Ahli Baru
45. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 1:59:20 tghari    [Edit]
eynda...

nak jugak....

nak pm eynda takleh, dah penuh...

--------------
pearlsweets@yahoo.com/0196369534/ym-pearlsweets

202.75.44.:-)

fluffy_nani
Ahli Baru
46. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 2:02:29 ptg    [Edit]
sy kat swk..
jauh tu..

--------------
MungkinkutemuicintasejatiSaatakuhembusknnafasterakhirkuMungkincintasejatimmgxadaDlmceritakhidupnini

219.93.31.:-)

eynda
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 2:09:50 ptg    [Edit]
pearlsweets,

O ye ke? Patut le senyap sunyi je mailbox tu kalau tak asyik berkelip-kelip jek bagitau ada mesej .

Nanti awak PM eynda....bagitahu kat mana awak tinggal...eynda akan beritahu cemana nak register...



fluffy_nani,

Eynda ada sorang downline kat Kuching Sarawak....Bulan Mac lepas dia register...So kalau awak kat Sarawak, no problem at all kalau nak join...Lagipun boleh order online kalau malas nak ke stokis. Ada 2 cara...sama ada eynda registerkan awak atau awak pergi ke stokis terdekat cuma ambil nama penaja dari eynda...

* Mesej ini telah disunting oleh eynda pada 31hb Mei 2005, 2:12:16 ptg

219.95.23.:-)

fluffy_nani
Ahli Baru
48. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 2:58:47 ptg    [Edit]
nnti pkir jap..
mana yer..
bg nama je la.. senang sket..
thanx..

--------------
MungkinkutemuicintasejatiSaatakuhembusknnafasterakhirkuMungkincintasejatimmgxadaDlmceritakhidupnini

219.93.31.:-)

eynda
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 31hb Mei 2005, 3:30:04 ptg    [Edit]
fluffy_nani,

Eynda ada PM awak....

219.95.23.:-)

cikAlong
Ahli Setia
50. Dihantar pada 10hb Jun 2005, 08:58:12 pagi    [Edit]
nak jadi ahli...kat bdr baru bangi..camno?

219.93.8.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005