Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb JamadilAkhir 1435 @ 25hb April 2014, 07:21:15 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Isu Anjing : Dah terjadi baru nak ambil tindakan!
AADC
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:48:49 pagi    [Edit]


Dua tiga hari nie mmg tak sampai hati nak baca suratkhabar apatah lagi nak tengok TV, penderitaan adik Hazman betul2 mencabar naluri keibuan sesiapapun yg bergelar ibu, apatah lagi sebaya dengan anak sendiri. Alangkan dicakar kucing pun kita terasa bisanya inikan pulak dikerjakan 4 ekor anjing. Kalau mangsanya penagih ker, penjenayah ker lantak ler, ini budak yg nak pergi solat jumaat pulak yg kena ratah.

Agaknya mmg camni lah sikap kita, bila dah terjadi barulah nak ambil tindakan, sebelum nie bukannya tak ada laporan dibuat tapi masing2 anggap perkara tu remeh. Eloknya kena dengan anak sendiri baru tahu camna rasanya.

219.93.8.:-)

Lynnda
Lynnda
Pengendali
2. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:39:49 pagi    [Edit]


anjing2 terutama anjing liar mmg terlalu byk kat puchong nih

kat belakang umah lynnda tu mmg jadi sarang anjing.... tak larat nak dengar depa melolong dan bergaduh tiap malam, pahtu pasu bunga, kasut2, kerusi, baju2 semua benda jadi sasaran depa mengamuk

dah buat laporan beratus kali kat MPSJ yg tiap taun kutip cukai dan premium tanah, tapi satu benda pun tak buat...

abah lynnda dah bagi racun tapi anjing2 ni pandai... memilih makanan yg ada racun dgn takde racun....

--------------
http://pengantin.fotopages.com-012-2399629,KRYOLAN Supplier,YM:yarntz, nlynnda@yahoo.co.uk

Liz_Dee
Ahli Interaktif
3. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:01:23 pagi    [Edit]
Mula2 liz nak bukak topic ni tapi malas sbb dah biasa dah kat msia ni... dah kena baru nak buat..

Contohnya
1. Kes suzaily- bus metro/lain2 yg guna cermin gelap.. nak kuatkuasakan cermin transparent.. tapi now takde pun kuatkuasanya.. !
2. Kes semak samun.. kalau tpt tu belaku rogol, dan2 terus nak clear kan emak samun..
3. Kes parking takde CCTV.. dan2 bising pemilik bangunan kena adakan CCTV..
4. Kes 3 beradik mati di kolam renang.. Pun sama gak,.. diorg mintak adakan security...

dan mcm2 lagi..

dah terantuk baru tengadah..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

bungabiru
Pengendali
4. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:09:23 pagi    [Edit]
aku sokong kata kau liz. memang malaysia selalu cenggitu ler. tunggu ada benda kena baru nak buat prevention sedangkan negara lain dah lama ada cenggitu.

agak2 msia ni kurang pakar dalam melihat isu2 seperti ini dan came up ngan idea2 bernas kut. beras bernas bleh plak! chit

--------------
FEAR can hold you prisoner, HOPE can set you free

GoOdDay
Ahli Baru
5. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:14:34 pagi    [Edit]
Tak bolehke saman pemilik anjing tu. letak la rm 1juta kurang2.. mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental tu.

203.106.242.:-)

AADC
Ahli Aktif
6. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:31:01 pagi    [Edit]
lynnda,
banyak anjing kat area tu rupanya, tapi kenapa yg MPSJ tak reti2 nak ambil tindakan, dah ada yg jadi mangsa barulah sumer nya sebok. kalau kita ntahlah mahu tak lena tido kalau anjing asyik menyalak jer.

tapi bila tengok kat tv semalam, terjelir jer lidah anjing tu, sian pulak bila kenang anjing tu nak kena hukum tembak, patutnya dengan tuan2nya sekali dipenjarakan. ini sekadar bayar dua tiga ratus dah boleh lepas!


Liz,
mmg itu lah isu yg diraisekan disini, org kata kalau tak belajar dari kesilapan, belajar lah dari pengalaman. ops tapi ada satu yg dorang belajar dari pengalaman, kes anak shihidan kasim jatuh condo, lepas tu barulah di putrajaya nie dibenarkan pasang jeriji besi. kalau tak jgn harap.

219.93.8.:-)

AADC
Ahli Aktif
7. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:34:45 pagi    [Edit]
bungabiru,
beras bernas tu memberi keuntungan, kes2 camni elok kena batang idung sendiri baru nak sedar kot.

GoOday,
memang boleh saman, tapi dendanya alahai tak mendatangkan kudispun jauh sekali nak insaf!

219.93.8.:-)

dPJ
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:44:39 pagi    [Edit]
Penguatkuasaan di Malaysia memang lemah.
Yang bestnya pegawai penguatkuasa org Melayu, Ketua dia pun org Melayu, pemimpin atasan pun org Melayu...
so, org Melayu? Memang lemah?

219.94.53.:-)

AADC
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:58:26 pagi    [Edit]
dPJ,
melayu lemah? mungkin tidak kerana tuan anjing tu bukan org melayu!

219.93.8.:-)

Umi_Ainin
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:10:34 tghari    [Edit]
AA
Kawan Umi...bangsa India....dia pun ada bela anjing jenis nie....katanya anjing jenis nie kena train betul2...Pas tue lak yg tak bestnya dia nak salahkan mangsa tue mungkin ada usik anjing tue....sebab dia kata kat umah dia ada budak2 Melayu yg selalu usik anjingnya.....Dia dah bagi nasihat kat kat budak2 tue tapi budak2 tue masih macam tue lagi...Anjing dia nie berikat....
Walau apa pun memang sedih tengok keadaan Hazman...mampu ke dia pulih seperti sedia kala.....Harap2 dia cepat sembuh....
Tuan anjing tue seboleh2nya dihukum dgn hukuman seberat2nya...Pas tue tuntut bayaran sebanyak2nya dr dia lebih dr kemampuan dia.....Memang semua tue susah nak kembalikan semula kesihatan mangsa...tapi segalanya dah terjadi....

--------------
**MoGa SiNaR bArU tErUs MeNyInAr**

202.42.154.:-)

CheNot
Ahli Baru
11. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:19:59 tghari    [Edit]
Boleh saman..... office mate saya dah pernah buat dan menang. Sebenarnya kalau tengok dalam syarat majlis perbandaran untuk org yang bela anjing, kalau nak buka gate, anjing kena ikat atau masukkan dalam kandang dia. So, kalau dia tak ikat dan pintu pagar terbuka je, memang salah owner anjing tu le. Anyway, Rotweiller tu sebenarnya tak sesuai dibuat house pet. Dia memang jenis anjing pembunuh dan boleh dilatih menjadi pembunuh. Dah banyakresearch dibuat. Kalau kat US anjing jenis ni dilatih untuk masuk pertandingan sabung anjing.

Patutnya haramkan terus bela anjing terutama sekali bila komuniti tu consist of more than 70% Muslim. Kalau bela juga tak sensitif betul kepada penduduk Islam.

202.186.79.:-)

aneesa
Ahli Produktif
12. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 12:21:55 tghari    [Edit]
AADC...

sebenarnya kita nimemang dah lama anti ngan anjing...apatah lagikat area rumah kita ni memang banyak anjing....

dulupun pernah marah banyak kali tuan anjing depan rumah kita ni...seabb anjing dia suska sangat melepas dan robekan sampak kat depan pagar rumah kita.....

kena lak,ada berita cennggini lagiler geram...
kekadang anjing tu yang jahat..sebabnya dah dirantaipun pandai lagi buka ikatan tali tu(lepaskan diri) dan kuar ikut lubang pagar.

Lynda...
senang citerko suh suami kobaling ngan kayu jer anjing2 tu...
baru padan

--------------
menjual,membekal dan mencari pengedar bengkung/REVELL: 012-9762351/YM alin6577

210.186.16.:-)

AADC
Ahli Aktif
13. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:20:43 tghari    [Edit]
umi,
bela anjing jenis camni bukan boleh sebarang bela, even not simply ikat camtu jer, ikat kena dengan rantai besi dan kalau tak ikat kena letak dalam kandang dia. kalau sekadar dia diam dalam pagar berkunci pun tak boleh, coz anjing jenis tu mampu melompat pagar (cam kes adik Hazman). Bila dah jadi camni, budak2 mmg tak boleh disalahkan, nama lagi budak2, pemilik anjinglah yg kena perihatin bila bela anjing yg berisiko mampu mengancam nyawa. dalam kes adik Hazman, explain kat india tu, budak tu dalam perjalanan nak pergi solat jumaat kat masjid, dah tentu dia faham tak boleh nak main2 menda kotor jauh sekali nak dekat dgn anjing.

chenot,
dlm kes adik Hazman, rasanya anjing2 tu mmg tak berikat tapi pintu gate berkunci. anjing jenis nie mmg mampu melompat tinggi, mmg patut kena saman pemilik anjing tu, bayangkan kalau dah sembuhpun parut kekal yg akan jadi trauma pada Hazman sampai bila2.

aneesa,
laa area rumah awak pun manyak anjing gak yerr. nasib baik laa kita nie duduk area yg bersih dari anjing, mmg tak tahan kalau serba serbi nak berjaga, patutnya anjing jiran awak tu buat camna lynnda, kasi racun jer..

219.93.8.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:30:03 tghari    [Edit]
Masalah anjing berkeliaran ini telah diperdebatkan banyak kali. Rentetan demi rentetan isu anjing peliharaan telah diperbincangkan oleh kerajaan negeri, Majlis Perbandaran dan penduduk setempat. Pelbagai cadangan dan usul diterima baik oleh masyarakat setempat dan Majlis Perbandaran lain. Proses mengemaskini untuk menukar enakmen udang² sedia ada hingga kini tiada perkabaran...

Namun pemantaun yang lemah di pihak Majlis Perbandaran setempat telah memburukkan keadaan.

Dimana silapnya.. pemilik anjing, budak² nakal yang sering menggangu binatang tersebut, orang awam atau anjing itu sendiri.

Chenot,
quote:
Rotweiller tu sebenarnya tak sesuai dibuat house pet. Dia memang jenis anjing pembunuh dan boleh dilatih menjadi pembunuh. Dah banyakresearch dibuat. Kalau kat US anjing jenis ni dilatih untuk masuk pertandingan sabung anjing.



Kalau kat jabatan polis yang ada unit anjing, jangka hayat khidmat pada anjing itu lebih kurang 5 tahun aje kalau tak silap. Lebih dari, anjing itu akan di hapuskan/lupus. Sebab skill dan tahap kecergasannya akan berkurangan dari tahun ke tahun.



Rentetan dari isu pemeliharaan anjing persendirian ...

quote:
Syarat MPSJ dapatkan kebenaran jiran untuk bela anjing disambut baik

KUALA LUMPUR 10 Ogos _ Sebahagian besar penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) gembira dengan cadangan majlis untuk mengenakan syarat mendapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing malah meminta ia diperketatkan.

Penduduk terb a b i t meminta majlis mengenakan tambahan syarat supaya mereka yang hendak membela anjing perlu mendapatkan persetujuan jiran di belakang dan di hadapan selain jiran di kiri dan kanan rumah.

Unit Perhubungan Awam MPSJ dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, bagaimanapun berkata, memandangkan terdapat juga penduduk yang membantah, majlis itu berpendapat, ada baiknya jika pelaksanaan itu ditangguhkan sementara waktu.

Penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian lebih lanjut dijalankan bersama-sama jawatankuasa penduduk di kawasan pentadbiran majlis.

MPSJ sebelum ini pernah mencadangkan syarat baru bagi tahun 2004 iaitu perlu mendapatkan kebenaran jiran di kiri dan kanan premis kediaman mereka bagi kelulusan lesen anjing di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing MPSJ 1998.

Anjing juga menurut syarat itu tidak boleh dipelihara di rumah pangsa, pangsapuri, kondominium dan rumah kedai kecuali kelulusan khas untuk kes-kes tertentu.

Selain itu, MPSJ berhak menangkap atau mengambil anjing dengan sengaja atau dibawa ke taman, tempat tumpuan awam, kompleks perniagaan, masjid dan rumah ibadat, bangunan awam serta tempat-tempat lain yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, cadangan supaya setiap pemohon yang mahu membela anjing perlu mendapatkan kebenaran jiran terlebih dahulu dibuat berdasarkan jumlah aduan kacau ganggu yang diterima daripada jiran-jiran pelbagai kaum di kawasan majlis perbandaran itu.

Berdasarkan statistik aduan 2004, sebanyak 48.5 peratus aduan diterima daripada jiran pemilik haiwan berketurunan Melayu, 42.11 peratus (Cina) dan 8.38 peratus adalah India.

Menurut kenyataan itu, cadangan majlis menerima maklum balas berbeza daripada para penduduk berhubung syarat berkenaan, tetapi sebahagian besar penduduk berasa gembira dengan peraturan tersebut.

MPSJ juga tambah kenyataan itu terus menjalankan kerja penghapusan dan pelupusan anjing-anjing liar pada tahun 2003.

Katanya, sebanyak 1,680 ekor anjing liar atau terbiar telah ditangkap dan dilupuskan pada tahun berkenaan selain mengeluarkan sebanyak 267 notis serta 162 kompaun di bawah UUK Pelesenan Anjing MPSJ 1999 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.



quote:
MPSJ didesak segera laksana syarat baru pelihara anjing

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Orang ramai hari ini mendesak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melaksanakan segera cadangan untuk mengenakan syarat tambahan mendapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing.

Mereka juga mahu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara mencontohi MPSJ dengan melaksanakan cadangan yang sama kerana ia mampu menjamin keselamatan penduduk.
Seorang pesara, Husin Hassan, 56, menyifatkan MPSJ bertindak terkehadapan apabila bercadang untuk melaksanakan peraturan itu.
Dia berkata, ia boleh mendatangkan keharmonian sesama jiran tidak kira bangsa.

``Ia tidak sesuai untuk dipelihara di kawasan perumahan, kadangkala ia bertindak liar dan mengganas,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebahagian besar penduduk MPSJ gembira dengan cadangan majlis untuk mengenakan syarat tambahan mendapatkan kebenaran jiran belakang dan hadapan selain jiran kiri dan kanan rumah untuk mendapatkan lesen.

Seorang suri rumah, Siti Aishah Abd. Talib, 48, berkata, dia turut bersetuju dengan cadangan MPSJ itu kerana tiada gunanya memelihara anjing sekiranya pemilik tidak menjaga haiwan itu.

Dia tidak faham dengan beberapa pemilik anjing di kawasan kediaman yang suka melepaskan haiwan mereka tanpa diikat sehingga binatang itu menyalak kepada semua orang dan menyerang secara tiba-tiba.

``Justeru cadangan untuk mendapatkan kebenaran jiran adalah sangat dialu- alukan kerana akhirnya semua pihak akan berpuas hati di antara pemilik anjing dan jirannya,'' katanya.

Seorang peniaga, Jagdev Singh, 57, berkata, syarat mendapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing MPSJ itu sepatutnya sudah dilaksanakan lama dahulu.

Dia berkata, ini kerana semua orang tahu anjing memberi pelbagai masalah kepada jiran tetangga.

``Anjing-anjing peliharaan ini membawa pelbagai kesan negatif dari segi kesihatan kepada penduduk.

``Pada masa yang sama penduduk sentiasa takut kepada keselamatan kanak-kanak kecil berikutan anjing-anjing ini selalu dilepaskan tanpa diawasi pemiliknya pada waktu petang,'' katanya.

Seorang peniaga, Khor Chon Ling, 26, berkata, dia bersetuju dengan cadangan MPSJ dan menganggap ia satu penyelesaian terbaik untuk masalah anjing yang bermasalah di kawasan perumahan.

``Anjing peliharaan ini mendatangkan banyak masalah kepada penduduk setempat kerana pemiliknya seperti lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap binatang peliharaan mereka,'' katanya.

Seorang pekerja swasta, Foong Lai, 30, turut bersetuju dengan pendapat Chon Ling dan berharap pihak PBT menyegerakan syarat tersebut.
Qazil Musa, 23, berkata, dia bersetuju dengan cadangan MPSJ kerana ia memberi keselesaan kepada penduduk disebabkan kadangkala anjing peliharaan ini mengganggu ketenteraman penduduk sehingga menyalak pada waktu malam.

``Sekiranya ingin memelihara anjing eloklah sekiranya rumah pemilik itu mempunyai laman yang besar dan sentiasa mengawasi anjing mereka supaya tidak bebas berkeliaran di kawasan perumahan,'' katanya.




quote:
Oleh Awang Selamat
BISIK-BISIK (Memelihara anjing dapat kebenaran jiran)

MENURUT Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), sebahagian besar penduduk di situ gembira dengan peraturan yang memerlukan mereka yang hendak memelihara anjing mendapat kebenaran jiran masing-masing terlebih dahulu.
Apa yang menarik, penduduk bukan Islam turut menyokong peraturan tersebut.

MPSJ hendak memperkenalkan peraturan itu kerana menerima banyak aduan daripada jiran-jiran pelbagai keturunan.

Menurut statistik 2004, sebanyak 48.5 peratus aduan adalah daripada jiran keturunan Melayu, 42.11 peratus (Cina) dan 8.38 peratus India.

Maknanya, gangguan daripada anjing yang dipelihara bukanlah semata- mata masalah yang dihadapi oleh orang Melayu yang beragama Islam sahaja.

Yang pernah digigit anjing hingga mati pun orang Cina, bukan Melayu. Sebab itu kita tidak boleh melihat masalah ini dari sudut ras dan agama mahupun dari sudut hak asasi manusia.

Apa yang cuba dilakukan oleh MPSJ itu tidak sekali-kali boleh dilihat sebagai cubaan memaksakan pantang larang agama Islam ke atas penganut agama lain.

Awang - Tunggu keputusan MPSJ.




quote:
Lesen anjing: Beberapa PBT sokong MPSJ

KUALA LUMPUR 11 Ogos _ Beberapa lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bersetuju dengan cadangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk mengenakan syarat mendapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing di kawasan kediaman mereka.

Mereka berpendapat, MPSJ tidak perlu tunduk dengan bantahan segelintir penduduk yang hanya memikirkan kepentingan diri semata-mata tanpa memikirkan keselesaan penduduk lain.

Sehubungan itu PBT terb a b i t juga akan mengguna pakai syarat-syarat tersebut sekiranya dipersetujui oleh kerajaan negeri nanti.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Bakaruddin Othman berkata, cadangan MPSJ itu dianggap paling bijak dan berani dalam mengurangkan masalah di kedua-dua belah pihak.

Katanya, dengan cara ini PBT dan penduduk boleh bekerjasama dan ia sekali gus dapat mengurangkan jumlah aduan yang dibuat.

``Cadangan untuk dapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing praktikal dilaksanakan. Saya tidak nampak di mana kekurangannya kerana ia akan memberi kebaikan kepada semua pihak,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan MPSJ untuk mengenakan syarat mendapatkan kebenaran jiran dalam permohonan lesen anjing.

Cadangan itu antara lain mensyaratkan supaya mendapatkan persetujuan jiran di belakang dan di hadapan selain jiran di kiri dan kanan rumah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahmad Shafii Saidin berkata, pihaknya akan mengguna pakai cadangan tersebut sekiranya dipersetujui oleh kerajaan negeri kerana syarat lesen sebelum ini tidak memasukkan syarat tersebut.

Beliau berkata, syarat mendapatkan persetujuan dari jiran sebenarnya penting bagi tindakan penguatkuasaan apabila berlakunya masalah.

Dengan cara ini jelas Ahmad Shafii, penduduk mahu pun PBT akan bekerjasama dan bukannya menyalahkan orang lain sekiranya berlaku masalah.

``Cadangan itu memang baik dan dipersetujui tetapi di sini kita kena lihat pada banyak aspek yang memihak kepada kebaikan semua pihak iaitu PBT dan penduduk itu sendiri,'' ujarnya.

Bagi Penolong Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, cadangan pelaksanaan mendapatkan permohonan lesen anjing adalah langkah yang baik.

``Senang sebenarnya untuk kita membuat kerja-kerja penguatkuasaan. Semua pihak terlibat dan memahami peranan masing-masing,'' katanya.

Malah, Shahrin menganggap cadangan itu wajar dilaksanakan secepat mungkin bagi mewujudkan keharmonian di dalam berjiran.

* Mesej ini telah disunting oleh adikcomelx pada 23hb Mac 2005, 1:32:14 tghari

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

cakchiboo
Ahli Setia
15. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:30:49 tghari    [Edit]


Begitulah Malaysia yang kita cintai... Undang-undang, akta, peraturan memang banyak cuma yang kurang orang yang hendak melihat undang-undang, akta atau peraturan itu dikuatkuasakan dan dipatuhi. Ada undang-undang sudah cukup baik tetapi akan lebih baik lagi kalau undang-undang itu berjalan dan dijalankan mengikut kehendak-kehendaknya!!! Tetapi inilah punca masalahnya.

Maka terjadilah kes-kes budak digigit anjing, sosej dibungkus usus b a b i , bukit cerakah ditarah, dan macam-macam lagi!!

Dalam kes anjing dan sosej ini, pada saya, selain daripada tuan punya anjing dan tuan punya kilang, jabatan-jabatan yang berkaitan juga patut disaman dan didakwa ke mahkamah... sebab tidak menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang, akta dan peraturan yang ada!!! Apa pendapat saudara2 yang lain???

* Mesej ini telah disunting oleh cakchiboo pada 23hb Mac 2005, 1:32:19 tghari

161.139.100.:-)

AADC
Ahli Aktif
16. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:59:40 ptg    [Edit]
adikcomelx,
yg paling kena proaktif disini ialah si pemilik anjing. pihak yang lain tu jgn diharap sangat coz dasar mereka kena tunggu ada yg terkujat barulah bertindak. juga jgn diharap budak2 akan jadi baik budi bila berjumpa anjing. sikit sebanyak mesti nak usik. nak salahkan anjing lagi laa tak boleh disalahkan, dah namapun anjing, bukan anjing lah namanya kalau dah reti bersopan santun.

si pemilik anjing kalau dah tahu anjing yg dibela tu keturunan ikan piranha, ambil lah tanggungjawab penuh menjaga anjing tu sebaik mungkin, bagi makan cukup2, duduk dlm kandang, dirantai sepanjang masa. kalau tujuan utk jaga keselamatan rumah tak perlu dilepaskan, perompak tengok gigi anjing yg berserangai tu pun dah lari lintang pukang. kebanyakannya tuan tak proaktif tapi anjing lebih2 proaktif.

Apapun kita rasa tindakan yg paling berkesan jangan bagi lesen org awam bela anjing baka jerman nie.

* Mesej ini telah disunting oleh AADC pada 23hb Mac 2005, 3:43:38 ptg

219.93.8.:-)

nuralisya
Ahli Interaktif
17. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:07:19 ptg    [Edit]
gue pun dah start bimbang skang..
dulu area bangi nie area melayu.. stakat yg dijanjikan masa pembinaannya.. ala-ala cam shah alam laa.. bandar melayu terancang.

laa nie.. menjak-menjak cam dah mula nampak cina-cina bawak anjing bersiar-siar..
duuuhhey......

202.184.38.:-)

Arman754
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:11:46 ptg    [Edit]
Masa aku kat German dulu......dorang boleh bawak anjing dalam train. Tapi kalo anjing jenis besar.......diorang kena tutup mulut anjing dengan penutup khas. agaknya time nak makan baru bukak penutup tu. Mungkin patut implement undang2 camtu kat sini.

Aku pun seram tgk anjing jenis besar tu...

210.187.95.:-)

AADC
Ahli Aktif
19. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:14:46 ptg    [Edit]
cakcibo,
siapa kata tak boleh saman pihak2 yg berwajib yg lalai menjalankan tanggungjawab? persoalannya kenalah ada pihak yg buat laporan polis, paling tak pun buat dakwaan di BPR. Bila ada laporan, ada dakwaan barulah ada tindakan, siasatan dan sebagainya. kalau cakap saja, tapi tak ada siapa yg bertindak, alamatnya bila hari siang, ayam pun berhenti lah berkokok. everything back to normal..

Cuba tengok isu jeslina hashim, camna proaktifnya NGO, segala macam pertubuhan termasuk menteri wanita sendiri ambil tindakan sampai at the end JAWI sendiri akan disaman. so dalam isu anjing, sosej b a b i and so on, sehingga kini yg hangat hanya setakat perbincangan, perdebatan, tindakan zero!

219.93.8.:-)

AADC
Ahli Aktif
20. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:33:02 ptg    [Edit]
nuralisya,
mmg betul, bangi sekarang dengan bangi dulu dah banyak berubah. dah makin berwarna warni. puncanya semakin banyak shoplot2 yg dibina hampir semuanya bukan org kita yg berniaga walaupun org kita lah yg paling ramai membeli. camtu gak diputrajaya nie, kalau tak percaya cuba hari minggu pergi ke Alamanda, penuh sgt dgn org dan sangat berwarna warni. apapun dlm isu anjing nie kena tegas, kalau ternampak aje anjing nie ada org bela, report terus kat pihak berwajib, pertama kali siasat ada lesen ke tidak. tak ada kalu lagi senang nak ambil tindakan.

arman,
sbb dekat jerman, normally bela anjing jenis nie dah perkara biasa, pendek kata anjing pun tak terliur tengok org, org pun tak terliur (esp kanak2) nak menyakat anjing. berbanding di negara kita keujudan anjing jenis nie kadang2 menarik perhatian. kita perati anjing tu cam kita perati haiwan dalam zoo. mana lah tak naik lemak anjing tu nak tunjuk terror. btw tutup mulut anjing tu rasanya salah satu alternatif yg baik untuk mengawal kegedikan anjing tu and malam2 boleh barulah dibuka utk tujuan menjaga keselamatan rumah.

219.93.8.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 9:52:49 mlm    [Edit]
Orang Melayu hari ini bukan setakat tapak tangan lembut bahkan semangat, keberanian dan harga diri pun lembut!

Jika jiran sebelah Warga MDC yang baca posting Potpetpotpet ini bela anjing besar .. seekor atau dua ekor .. tidak kiralah Rotweiler ke .. Doberman ke .. Alsation ke .. Bulldog ke .. dengan keadaan yang kurang kawalan .. tanpa dirantai dalam pagar .. bila dibawa keluar pula langsung tidak dikat dengan tali dilehernya dan mulutnya tidak diberi ikat keselamatan .. bila Warga MDC atau ahli keluarga lalu berhampiran maka anjing tersebut menerkam dan menggonggong dari dalam pagar .. apa Warga MDC akan buat?

1) Adakah Warga MDC akan membuat bantahan keras kepada jiran tersebut?

2) Atau .. adakah Warga MDC akan buat bantahan ke Balai Polis berdekatan mengenai perkara itu?

3) Atau .. adakah Warga MDC akan memberi amaran keras bahawa sekiranya sesuatu yang buruk menimpa ahli keluarga MDC akibat diserang anjing tersebut maka Warga MDC akan membuat pembalasan setimpal kepada jiran yang memiliki anjing tersebut?

4) Atau .. adakah Warga MDC akan buat-buat tebas rumput tepi pagar dengan parang panjang dan bila anjing itu menerkam atau menggonggong maka Warga MDC akan merodok dengan parang tersebut?

5) Atau .. adakah Warga MDC akan sekedar duduk diam-diam tidak buat apa-apa sambil berpesan dengan anak bini dan ahli keluarga .. "Hati-hati sahajalah bila lalu dekat rumah sebelah tu .. ada anjing garang yang kurang diberi kawalan nampaknya .. apa nak buat .. kita terpaksa tolerate .. sabar sahajalah!"

Adakah Warga MDC akan memilih option terakhir iaitu option nombor 5?

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

218.208.198.:-)

azlalchedin
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 02:05:15 pagi    [Edit]
quote:
5) Atau .. adakah Warga MDC akan sekedar duduk diam-diam tidak buat apa-apa sambil berpesan dengan anak bini dan ahli keluarga .. "Hati-hati sahajalah bila lalu dekat rumah sebelah tu .. ada anjing garang yang kurang diberi kawalan nampaknya .. apa nak buat .. kita terpaksa tolerate .. sabar sahajalah!"


mengapa dan kenapa.........sebab...........

quote:
Orang Melayu hari ini bukan setakat tapak tangan lembut bahkan semangat, keberanian dan harga diri pun lembut!

60.48.183.:-)

joedett
Ahli Aktif
23. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 03:59:33 pagi    [Edit]
Lastik aje anjing2 tu dgn tuan2 dia sekali.Baru padan muko

p/s:eh tapi masa aku dok Kuantan kejap dulu,hari2 lalu dpn rumah anjing..mula2 je dia bising menyalak,7/8 kali lepas tu dah ok dah..dah cam bau kot.

202.171.32.:-)

wanli
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 08:13:08 pagi    [Edit]
citer pasal kes anjing ni.. dulu masa skolah2 dulu.. aku penah la kena kejar ngan anjing.. x penah2 kena.. skali terkena.. bukan wat apa pun.. kita lalu sebelah sini.. dia kat sebelah sana.. jalan slamba jerk.. tetiba jerk dia lari laju kat aku.. pe lagi.. bantai lari 1000 meter arr.. sampai je skolah.. terus tutup pintu gate.. heheh... lawak tu teringat kisah lalu..

--------------
mimpi yang tak pasti... akan jadi nyata atau sebaliknya.... http://wanina.fotopages.com/

219.93.8.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
25. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 08:38:36 pagi    [Edit]
kat berita TV3 pagi tadi...rata2 kata..anjing yg di kurung tu...bukan anjing yg ganaz tu...Kira nya anjing tu popular gak..sbb mereka boleh cam.

Habih? Yang ganazzz tu masih berkeliaran laa.........

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.223.:-)

muhibbah
Ahli Interaktif
26. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 09:22:08 pagi    [Edit]
Anjing ni walau dia baik dlm kurungan, dah memang sifat dia kena jugak dibawa 'bersiar-siar'. Kalau idak, dia kira akan jadi 'tak betul'.

Lagi satu, ada baca dlm akhbar, kalau tak silap oleh seorang Pegawai Veterinar, anjing walau macam mana baik pun, dia tak pandai nak kenal ancaman dan bukan ancaman. Walau kita tak ganggu, hanya kerana kita berlari dan kebetulan berhampiran dgn dia, dia akan anggap kita sedang mengancam dia. Mungkin ini yang dialami oeh adik Hazman.

--------------
http://www.baguznet.com | https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/Actions/Redirect.ashx?Agent=108994

203.82.65.:-)

mamaboomboom
Ahli Hiperaktif
27. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 09:34:47 pagi    [Edit]
ada gak jenis anjing..kalau kita berlari ..dia kejor..
kalau kita jalan perlahan2...dia buat donno aje..

susah nak tau apa dlm pala otak nya..

Ni ada jiran bela anjing....semua bebudak takut nak lalu depan rumahnya.
Kesian..kena ikut jalan jauh plak..

--------------
YM-mamaboomboom123|013-3546429/03-42806428~ www.mamaboomboom.com

218.208.223.:-)

amir12m13
Ahli Baru
28. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:07:36 pagi    [Edit]
Saya sangat setuju sekiranya kalau nak bela anjing biar jgn duduk di kawasan majoriti melayu atau di haramkan terus...siape nak buang taik dia kalau kita terpijak atau tersentuh sikit ke... lagi pun ade kemungkinan jugak anjing2 ni dijadikan makanan oleh bukan islam kepada org islam. Anjing2 yg berkeliaran tanpa tuan ni baik tembak je atau bagi racun je.
Besok2 pulak mungkin ade lagi kes macam Hazman keluar kat tv. Kementerian perlu buat sesuatu kat anjing ni. Jangan dah terhantuk baru nak gerak.

203.82.66.:-)

AADC
Ahli Aktif
29. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:31:04 pagi    [Edit]
Potpetpotpet,
Kita hengat la kalau endon (err maksud aku negeri indon, bukan endon bini pm), dah lama anjing, tuan anjing dengan rumah2 tuan anjing sekali dah kena bako. bendera yg tak reti nak melawan tu pun dorang boleh bako ni kan pulak menda yg boleh melawan. Sebenarnya kita tak naklah semangat cam org endon tu, bukan lagi proaktif tapi hyperaktif. Semangat kejiranan pun nak jaga juga, semangat masyarakat majmuk pun nak jaga juga. Nak mengamuk ikut saluran yg betul, kang anjing tak kedalam kita yg kedalam. negara ada undang2, ada prosedur ada peraturan, kalau dah semua tu tak jalan, semua nak tunggu anak menteri yg kena baru nak bertindak, dan kebetulan jiran kita mmg ada membela, terpaksa lah ambil tindakan ala-ala criminal smooth, kasi racun maa apa lagi…err tapi aku belum tentu sanggup, bab membunuh nie semangat aku mmg lembek skit.


Azlalchedin,
Saper kata harga diri pun lembut, tengok itu jeslina berkobar kobar mempertahankan harga diri walaupun hakikatnya mmg dah tak ada harga lagi..

Jodet,
Yg patut kena lastik org yg tengah tido - majlis perbandaran sepang! Nanti lah dua tiga bulan yg akan datang, sekarang nampaknya dorang dah jaga.

Ps: better masa tu u test, pakai ghambut pelesu, apa riaksi anjing tu agaknya? Macam pernah ku cium bau ini tapi dimana ya?

219.93.8.:-)

AADC
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:46:06 pagi    [Edit]
Wanli,
Kita pun ada experienced dgn anjing, masa tu kat ipoh, lepas exam part time jadi salesgirl. Tiap kali nak pegi kerja kena lalu ikut market yg ada kat superkinta tu, so satu hari tengah selamba jalan tiba2 tertembung dengan anjing, kita punya lari laa, sampai tak hengat donia, bila dah jauh baru berenti, mengah tak usah cakap la, sekali bila kita toleh rupanya anjing tu pun sikit punya lari ke, masa kita berenti tu kebetulan dia pun siap berenti and toleh sama kat kita sambey terjelir2 lidah dia, penat ler tu! hampeh tul, kalau tahu takyah kita lari.

Mamabombom,
Lerr camtu ker kisahnya, yg sebenar2nya yg patut kena kurung tuan anjing tu, tak reti baca kalu, jgn beli buku laaa…haiyaa…

219.93.8.:-)

AADC
Ahli Aktif
31. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:55:15 pagi    [Edit]
amir,
biasanya spesis yg suka bela anjing nie, spesis yg duduk dalam kawasan taman2 perumahan, tujuannya sama ada sebagai pets atau sebagai penunggu pintu rumah. kalau di larang, nanti dorang ramai2 lak pergi mengadap suhakam, bertambah lak kerja suhakam mempertahankan hak asasi manusia. bela laa tak salah tapi tu laa cam kita cakap, yg tukang bela tu yg kena beringat.

219.93.8.:-)

ctmira
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 11:58:29 pagi    [Edit]
ct pun ader kisah pasal anjing liar ni....

hari kejadian tu hubby tak kerja. lepas dia hantar ct ke ofis, dia bawak ler anak perempuan(masa ni baru 2 tahun.) ct ke playground kat Sek. 27, Shah Alam. padang ni besar tapi kosong tak der budak main sebab pagi lagi.

masa hubby tengah kunci kereta, anak ct ni dah berlari terkedek2 nak naik gelongsor. hubby ct ni pun ikutlah dia dari belakang. tengah2 duk ikut tu, dia nampaklah 3 ekor anjing tengah rilek2 kat hujung padang. bila anjing2 ni nampak jer anak ct tu tengah berlari, dan2 tu jugak dia bangun terus berlari nak kejar anak ct. mungkin dari jauh dia nampak anak ct ni macam kucing kot.

masa ni, hubby ct dah panik sangat. kalau dia nak ambil anak pas tu berlari ke kereta memang dah tak sempat. dia pun terus tunduk capai apa2 yg ade kat tanah. masa dia tunduk tu, automatik anjing2 yg tengah berlari tu stop. bila hubby tengok anjing2 tu stop, dia pun gi ambil anak terus berjalan ke kereta sambil tangan dia pegang bata.

malam masa kat rumah, dia pun cerita kat ct. punyerlah ct terkejut. nasib baiklah tak jadi apa2 kat anak ct. syukur sangat2..

lepas kejadian tu, kalau dia nak bawak anak ke padang, dia make sure dulu tak der anjing.

--------------
If there's a way to do it better...find it!!

202.47.162.:-)

kittun
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 8:41:04 mlm    [Edit]
itulah, sedih baca citer adik hazman ni.mudah2an dia cepat sembuh, physically and emotionally.

teringat masa kittun kecik2, kena pi sekolah jalan kaki..kdg2 terjumpa anjing.mak pesan, kalau terjumpa anjing, jangan lari, tp..dok mencangkong dan baling batu. pastu ada satu ayat quran leh dibaca untuk halau/selamatkan diri dr anjing. kittun pernah amalkan, dan ianya menjadi.tapi dah lupa la ayat tu sebab dah lama tak amalkan...kalau tak, leh share ngan kwn2 yg duduk di kwsn anjing2 ni.

tp dlm keadaan adik hazman tu, dia diserang anjing baka pembunuh..kittun tak pasti lak kalau dok mencangkung tu leh halau.ntah2 lagi diterkamnya plak.

skrg ni, kalau kat negara omputih, kittun perati, anjing depa baik2 aje..wp badan besar dan nampak ganas. ada juga yg bela yg kecik2 dan nampak kelaka.hehe. selalu sgt kena naik bas dgn sorang pakcik ni, dia bwk anjing besar dia naik bas. tp anjing dia well-trained.bila org nak lalu, pakcik tu tarik sikit tali dia, anjing tu pun paham..so anjing dia beranjak ke kwsn yg jauh sikit dr laluan.

kittun setuju, apapun, pemilik anjingla yg perlu ada inisiatif. kittun baca, pemilik anjing tu out station dan isterinya melepaskan anjing tu.kiranya tak patutla kan..Hmm.

May be kerajaan Malaysia perlu belaja 'cedok' akta haiwan peliharaan dr negara barat. yg baik tu ikutlah, yg tak baik tu..takyahla ikut .

wallahua'lam

--------------
sabar itu indah..

138.253.28.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 8:59:03 mlm    [Edit]
Astaghfiru-(A)llowh) .. sebelum ini Potpetpotpet lupa untuk mentioned langkah tindakan paling pertama .. iaitu amalkan hidup beragama seberapa sempurna yang terdaya .. jaga hubungan rapat dengan Allowh SWT .. Allowh SWT adalah Maha Tuan kepada apa juga makhluk .. apa makhluk sekali pun tidak akan mampu mendatangkan mudharat tanpa izin Allowh SWT .. so .. rajin-rajinlah buat permohonan agar Allowh SWT hanya mengizinkan kebaikan terjadi ke atas diri dan keluarga .. serta menjauhkan apa juga bentuk bala bencana .. dunia dan akhirat!
quote:
Sebenarnya kita tak naklah semangat cam org endon tu, bukan lagi proaktif tapi hyperaktif. Semangat kejiranan pun nak jaga juga, semangat masyarakat majmuk pun nak jaga juga. Nak mengamuk ikut saluran yg betul, kang anjing tak kedalam kita yg kedalam.
AADC .. semangat kejiranan memang kita kena jaga .. ini kehendak Agama .. mafhum Hadith 'Barangsiapa yang beriman dengan Allowh SWT dan hari Akhirat maka hedaklah memuliakan jiran-jiranya' .. maksudnya kita kena tunaikan hak jiran .. selagi jiran itu tidak buat violation yang meyebabkan haknya terangkat! Namun dalam Islam masih ada usul dan aturan yang jelas menggesa untuk kita menjaga keselamatan dan kebajikan diri dan ahli keluarga .. contohnya .. usul laa-tazhlimuu-wa-laa-tuzhlamuu yang mafhumnya: jangan menzalimi dan jangan dizalimi .. demikian juga usul daf'u-(a)lmafasid-muqaddamu-'ala-(a)ljalbi-(a)lmashalih yang mafhumnya: menolak bencana harus didahulukan daripada mengambil maslahat!

Jiran yang membela anjing atau apa-apa haiwan yang boleh membahayakan keselamatan dan kebajikan jiran-jirannya yang lain tanpa melaksanakan langkah-langkah kawalan keselamatan yang sewajarnya .. pada dasarnya telah violate hak jiran-jirannya yang lain .. dia telah melakukan perkara yang menzalimi jiran-jirannya yang lain .. maka adalah wajib untuk kita sebagai jirannya yang dizalimi untuk menolak bencana yang boleh terbit dari apa yang dibuatnya .. maka wajib untuk kita bertindak dalam batas yang dibenarkan oleh Agama .. pertama .. kena lapor kepada pihak berwajib .. kedua kena pantau keberkesanan tindakan .. ketiga kena beri nasihat .. sekiranya masih berdegil maka kelima kena bagi amaran keras .. jika masih berdegil juga .. rasanya dia memang seorang jiran yang jahat .. dan jiran yang jahat adalah suatu bala yang perlu disingkirkan melalui tindakan tegas melalui muafakat jiran-jiran yang terdedah kepada kezaliman yang sedang dilakukannya .. misalnya melalui tindakan mengumpulkan maklumat bukti dan saksi dan menyamannya di mahkamah! Tapi itu semua .. leceh .. Potpetpotpet lebih berminat untuk buat muka garang macam Umar Alkhatab dan merajinkan diri menebas rumput yang tidak panjang di halaman rumah sambil memberi nasihat lembut kepada tuan anjing mengenai kegunaan parang panjang untuk terminate kelangsungan hayat haiwan yang mendatangkan bahaya kepada diri dan keluarga!
quote:
lepas kejadian tu, kalau dia nak bawak anak ke padang, dia make sure dulu tak der anjing.
Ctmira .. alhamdu-li-(A)llaah .. syukurlah kerana anak Ctmira selamat .. kirim salam Potpetpotpet kepadanya .. katakan kepada anak Ctmira: dari Potpetpotpet .. okay!

WBP pada hemat Potpetpotpet .. suami Ctmira masih belum bertindak menurut lunas-lunas yang tepat dan tuntas .. masalah tersebut hanya dihindari tetapi punca bahaya masih ada di sana .. dan ia boleh membahayakan anak-anak orang lain juga .. mungkin anak-anak jiran tetangga atau sahabat handai .. sepatutnya perkara tersebut mesti dilaporkan .. sekiranya anjing-anjing tersebut adalah kategori anjing liar maka ianya perlu ditangani oleh Unit Anjing Liar .. sekiraya anjing-anjing tersebut bertuan maka tuan anjing tersebut mesti dibawa ke tengah untuk diberi layanan wajar sesuai dengan ketidakhirauan beliau ke atas keselamatan dan kebajikan manusia lain! Aduhai .. kerja yang leceh .. tetapi jika kita tidak buat .. kita nak harap siapa pula! Dalam khutbah kedua Solat Jumaat selalu disebut: Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manafaat kepada manusia lain!

Aduhai .. asyik pot pet pot pet .. usahlah Warga MDC murka kepada Potpetpotpet kerana asyik pot pet pot pet!


* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 24hb Mac 2005, 9:03:31 mlm

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

219.95.211.:-)

kachang
Ahli Baru
35. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 10:02:33 pagi    [Edit]


Kat umah saya ni pun banyak anjing liar.. aritu kitrorang ada bela arnab..banyak gak laa ada la dalam 12 ekor termasuk baby2 arnab tu... (umah saya umah kerajaan... umah lama zaman british dulu so laman dia luas laa).. arnab2 tu kitorang letak kat dalam sangkarr..sangkar tu letak kat laman rumah sebelah dapur...
satu malam tu anjing liar ni masuk adalaa dalam lebih 5 ekorr telah melakukan pembunuhan besar2..semua arnab saya tu mati..sadiss gile kalu korang tengokk..sampai tercabut kaki semuaa....

pastu bapak saya pun buat aduan kat jabatan haiwan suruh datang terminate anjing2 tu..tapi anjing2 liar ni pandaii..hari2 sebelum jabtan haiwan datang untuk tembak...memang hari2 ada aje diorang berkeliaran kat kawsan rumah saya tu..kalu malam2 mesti bising ngan anjing menyalak...tapi..bila jbt. haiwan tu datang nak tembak...terus takdee anjing... macam tau2 ajeee...

--------------
kehidupanku lebih bermakna kini....

202.47.162.:-)

muhibbah
Ahli Interaktif
36. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 09:37:36 pagi    [Edit]
Dari Berita Harian Online
quote:
ALOR STAR: Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dari Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, Jitra, cedera di ketiak dan menerima 28 jahitan selepas diserang seekor anjing peliharaan ketika bermain dekat rumahnya malam kelmarin.


Dah sibuk kisah ni pun PBT masih buat sambil lewa? Nak tunggu ada kes kematian kot!

--------------
http://www.baguznet.com | https://fxmalay.cabinet.fxopen.com/Actions/Redirect.ashx?Agent=108994

203.82.65.:-)

eynda
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 10:18:01 pagi    [Edit]
Semalam nak turun beli nasi lemak kat kedai mamak kat bandar kinrara ni, eynda kena tunggu dulu dlm kete beberapa minit. Sebab ada 4-5 ekor anjing berkeliaran kat area tu. Orang yg dok makan kat kedai tu pun tercangak-cangak tengok anjing2 tu...ntah dari mana pun tak tau..... Lepas tu kat sebelah kiri kedai tu ada gelanggang basketball...ada dekat 6-7 ekor anak anjing tengah dok lepak-lepak kat situ...ishhh...sebelum ni rasa selamat je nak jln kaki pegi beli nasi lemak....sekarang dah tak berani... .

219.95.23.:-)

dPJ
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 6:03:02 ptg    [Edit]
kat Putrajaya aku tak jumpa lagi anjing berkeliaran....
mungkin satu contoh penempatan terkawal
yg org gerun anjing jenis Rotweiller
anjing ni jenis tak makan saman punya
kalau anjing lain, kita tunduk seolah2 nak ambil batu nak baling , dia akan lari
tapi Rotweiller...mana faham!

219.94.53.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005