Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 1hb Muharram 1436 @ 25hb Oktober 2014, 11:27:18 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Keluarga & Rumahtangga  
(Pengendali : usoPkuChai)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh jenama susu bayi : bayi 2 bulan
nazfahmi
Ahli Baru
1. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 5:22:31 ptg    [Edit]


saya ingin tahu susu apa yg bagus untuk bayi.
maksud saya susu formula.

bayi saya berusia 2 bulan dan saya akan mula kerja jadi saya hendak beri susu botol.

disini saya perlukan pertolongan anda semua mengenai jenama susu botol.

sebelum in saya beri susu badan.

218.208.226.:-)

aiza_as
Ahli Setia
2. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 9:37:42 mlm    [Edit]
la sianya takde org jawab...meh nak tolong..

Rasanya susu yg ok -Enfalac A+(newborn-6months) price dia RM50.00
Susu Morinaga pun ok
ni based on xperience .
kalau kompius tanya jer doktor

--------------
yang penting kita hepi

60.48.108.:-)

aifinaz
Ahli Setia
3. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:25:06 pagi    [Edit]
pakai je MAMEX GOLD...

setin rm42.00 900gm... memang bagus... anak aku dah tukar ke MAMIL GOLD dah, semakin aktif, ceria dan fast learner...

--------------
~kindness in words creates confidence..~

219.93.8.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:35:47 pagi    [Edit]
Untuk baby saya, saya berikan dia susu SNOW. Nampak
ok je. Kalau muntah pun takde berbau sgt. Saya terpaksa
gantikan susu yang kurang berbau sebab sebelum ni
saya breast feeding. Nampak nya hingga sekarang dia amat
sesuai sekali. Harga pun tak lah mahal sgt.

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

buazo
Ahli Interaktif
5. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 09:48:07 pagi    [Edit]
beli mana yg mampu..
lagi satu tgk baby serasi tak ngan susu yg awak beli ..
kalu tak serasi kena pilih brand lain..

--------------
mama Afiq Haikal

218.111.101.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:02:18 pagi    [Edit]

Anak baru 2 bulan...dan masih menyusu badan kan...err...kenapa nak beri susu formula?? susu badan dah kering ke??
Kalau susu bdn masih ada/banyak... teruskan beri susu badan... Kalau bekerja, sebelum pergi kerja/malam sebelum tu perahlah sebanyak mungkin untuk stok sehari atau lebih... Kena rajin!!...Rajin pam di pejabat juga...ambil masa sedikit waktu rehat utk pam. Simpan dalam petiais. Cari info, dapatkan info bagaimana untuk menyimpan susu. Susu badan ni tahan lama... 3 bulan pun tahan kalau ikut cara yg betul. Nak guna panaskan dgn rendamkan botol dlm air panas sahaja.

Susu ibu/badan tiada tolok bandingan.... mengandungi antibodi yg tinggi (tak ada pd susu˛ lain), mengandungi zat˛ dan enzim˛ smeulajadi utk pembesaran dan IQ anak...dan macam˛ lagi kelebihan. Kalau susu badan ada lagi...jangan dipersiakan.

Tapi kalau dah susu badan takde... atau utk backup masa ketiadaan susu... belilah apa saja susu di pasaran yg ditulis utk baby 0-6 bln.

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

sriputri
Ahli Setia
7. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:30:36 pagi    [Edit]
nazfahmi...

ada banyak susu utk 0-6 bulan di pasaran... cubalah yg mana2 pun, tapi masa first & second time beli kalau boleh beli yg tin kecik dulu... jgn beli besar terus... test dulu... bukan apa... kekadang budak ni mula2 nampak cam ok.. dah minum byk sket tetiba dia sakit perut ke, muntah2 ke... tu pasal sri kata first ngan second tu beli yg kecik dulu... bagi dia betul2 serasi baru beli yg tin besar... macam anak sri dulu... yang first tu macam2 susu try semua dia tak nak... dia tolak je puting botol susu dgn lidah dia... last2 dia nak yg ENFALAC... sampai 1 thn dia minum yg tu... yg second pulak memula dah minum ENFALAC tu... tetiba dah besar sket dah 6 bulan langsung tak nak susu... ada ke nak minum air barli dalam botol... seminggu jugak le dia tak minum susu langsung... minum barli jek... tetiba try PROMIL terus ok jek... PROMIL ni mmg utk baby 6 bulan ke atas... heheh... macam2...

* Mesej ini telah disunting oleh sriputri pada 23hb Mac 2005, 11:35:15 pagi

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

202.188.139.:-)

syikin72
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:30:49 pagi    [Edit]
baby syikin memula bagi S26, asyik berak-berak je.. kengkawan kata S26 ni panas sket... pas tu bagi Lactogen, muka dia naik merah-merah cam ruam... pas tu tukar Snow - serasi.. skrg dah masuk 8 bulan, maintain minum snow je...

--------------
www.kedai2ekin.com ~DCL~Trimz&Klenz~PhytoFiber~Be-Nice ~ 0123838018~ ym:syikin72~ syikin72@yahoo.com

61.6.163.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
9. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:32:50 pagi    [Edit]
sriputri
apsal reply kat saya?? ada nama saya tu??? reply kat tuan ruamh laa hehe... salah org kut?

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

sriputri
Ahli Setia
10. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:35:53 pagi    [Edit]
adeh.. silap org ler... silap tengok... sori ler ady1661 yer... heheh...

--------------
~~ Kita hanya mampu merancang... ~~

202.188.139.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
11. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:13:25 tghari    [Edit]
quote:
beli mana yg mampu..
lagi satu tgk baby serasi tak ngan susu yg awak beli ..
kalu tak serasi kena pilih brand lain..



setuju ngan buazo..tp kan kalo nazfahmi rajin rasa dah ada topik nie..aton ada bukak dulu..cuba awk klik kat semb2 terdahulu...

bg aton semua susu ok..tp kalo nak yg bagus beliler yg mahai2 skit cam enfalac, s26, similac iq, mamex gold..kalo mampu..kalo tak mampu or nak budget beliler lactogen, nespray or dutch lady... tp make sure pilih yg dr new born sampai kesthn or 6 bln...aton mantain guna jenama enfa..
ENFALAC A+ = dr umur new born sampai setahun rege RM 52.90
ENFAPRO A+ = dr 6ln ke sethn rege RM46.90
ENFAGROW A+ = dr sethn ke 3 thn rege RM34.90
ENFAKID A+ = dr 3 thn keatas..rege lebih kurang enfagrow..

apa2 terpulang pd poket money awk..kalo mampu beliler yg mahal..kalo agak2 kureng tu pandai2ler yer..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

nazfahmi
Ahli Baru
12. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 1:59:33 tghari    [Edit]
terima kasih semua,

saya masih beri susu badan, hanya sebab saya hendak mula kerja so saya rasa risau pula nanti baby tak cukub susu so hendak back up susu formula.

terima kasih kepada semua.

thanks,


218.111.4.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:26:35 ptg    [Edit]



YG penting terening dulu .. perah susu badan dalam botol.... dan kasi baby.. kalo plan nak perahlah... kalo tak terpulang... jika lambat terening susah.. cam baby saya.. even saya perah berbotol-botol dia tetap takmo sbb tak suker rasa puting tuhhhh ... susu badan bila letak dalam botol rasa dia lain agaknyer.. agaknyerlah.. mana tau sb tak penah rasa susu sendiri...

Bila takmo takde pilihan bubuh susu formula..sbb ada rasa lemak manis skek kut dia hisap pelan2 ...jenuh dalam 2 minggu baru dia ndak minum itupon sbb lapoooo... tapi lepas tuh susu badan dalam botol langsung takmo ahh... susu formula isap la sikit...even terlampau sedikit....


Saya cuma beri baby saya susu yg diberi free oleh dokto sebagai bekap... aderlah dapat 4 tin kecik tuh ... try yg itu jek... S26 2 tin.. snow satu tin.. enfalac satu tin... sumer susu tak abis kecuali enfalac... nampaknyer serasi ngan enfalac..
baby dah hampir masuk 6 bulan... tapi saya baru beli 2 tin susu... lagik satu tin baru jek beli minggu lepas... kire hampir dua bulan nak abiskan satu tin (900g). Tak kuat menyusu anak saya nih ..hai..hai.. jimat duit ibu dia.. tapi kita plak susah hati payah nak kasik minum susu...

Susu formula nih kena terai dulu... beli tin kecik dulu... sesuai ngan anak org tak semestinya sehsuai ngan anak kita.

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

203.121.86.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 2:55:21 ptg    [Edit]
Pembetulan informasi.. susu formula nie sebagai backup nutrisi pemakanan untuk baby dan kanak˛. Full consertration BF untuk baby bagus jika ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang.. jika tak segala khasiatnya tak sampai kepada baby.

Macam kengkawan lain di MDC yang ada experience.. susu fomula diberi mengikut keserasian baby. Tidak semestinya susu yang mahal serasi dengan sistem penghadaman anak˛. Dan tidak semestinya susu yang murah tidak membantu proses tumbesarannya.

Tetapi penting untuk mengikut aturan umur yang ditetapkan. Ada parents sekat perbelanjaan membeli susu fomula dan beli tidak mengikut had umur baby. Sementalah nak jimat duit..

Penting membeli susu formula mengikut kesesuaian umur.. jika baby berusia 3 bulan dan kurang dari setahun..pilih yang sesuai iaitu Infant formula. Jika baby dah menjengah ke 13 bulan keatas, sesuaikan susu fomular 1 - 3 tahun.. pada tahap 13 bulan, pembesarannya memerlukan lebih protein dan kalsium untuk membina otot˛ badan dan tulang. Setiap susu formula telah dirangka khas ramuannya mengikut tahap keperluan pembesarannya.

Susu formula yang telah siap dibancuh disimpan pada suhu bilik melebihi dari 3 jam adalah tidak bagus untuk diberikan pada baby. Galakkan untuk memberikan susu yang baru dibancuh.

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

arejue01
Ahli Baru
15. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 3:58:18 ptg    [Edit]

err....boleh kot tanya kat sini.....maleh nak bukak topik baru.....heheh....kalau anak umur 1 tahun... susu apa yang elok dan ekonomi?

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

kni_03
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 4:43:15 ptg    [Edit]
anak kita minum anmum essential 1 +...
dari kecik sampai la ni. kiranya selang seli ngan susu badan.

baru kita kasi dia ory grow. nampak ok jer.
produk baru....

--------------
nak memilik kereta NAZA/KIA? cari saya.. 016-9134778

219.93.56.:-)

cha
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:01:56 ptg    [Edit]
Setiap pengeluar produce susu yg mahal dan murah. Terpulang pada kita nak pilih yg mana bersesuaian ngan anak dan poket kita.

Pendapat peribadi cha, rasanya susu yg mahal tu formulanya lebih bagus coz kalau tak, takkan pengeluar jual two type of formula milk (yg murah dan mahal), ye tak??

Ni survey yg cha buat berkenanan susu formula utk toadler 1 thn mengikut nama pengeluar:

MEADJOHNSON
Yg mahal = enfagrow
Yg ekonomi = sustagen jr

ABBOT LABORATORIES
Yang mahal = pediasure
Yg ekonomi = grow

DUMEX
Yg mahal = dumex mamil gold step 3
Yg ekonomi = dumex 1plus

WYETH
Yang mahal = Progress gold
Yg ekonomi = Progress

ANMUM
Yg mahal = Essential 24hr
Yg ekonomi = Essential 1+

NESTLE
Yang mahal = Neslac 1+
Yg ekonomi = Nespray 1+

* Mesej ini telah disunting oleh cha pada 23hb Mac 2005, 5:17:58 ptg

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

adikcomelx
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:14:44 ptg    [Edit]
cha,
Hasil pemerhatian yang menarik untuk dikongsi..

--------------
~:terbang tinggi:~

219.93.33.:-)

euza
Ahli Baru
19. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 5:47:35 ptg    [Edit]
Thanks cha. survey yg menarik.
tp kalau ada harga sekali lagi elok.

--------------
Public Mutual Unit Trust.. 013-2096008 website: www.geocities.com/iam_euza/

202.228.229.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 6:20:11 ptg    [Edit]
iyerler cha..bagus servey awk...aton setakat enfa punyer produk tu mahirler bab2 rege dia yg lain tak usha pulak...tp aton setuju cam kata cha..tu susu yg mahai dah murah nie mestiler ada beza betultak??dari seri ramuan/rumusan/packagingnyer...ala mcm beli keteler..antara honda dan proton yg mana bagus??? hehehhehe sendirik makan pengat sendirik mau ingatler..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

aiza_as
Ahli Setia
21. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 02:12:51 pagi    [Edit]
susu formula kan ada banyak jenis...ada yg dari susu lembu dan ada yg susu sayuran or soya...kalau ikut nutrisi, susu lembu tu lebih sama ngan susu ibu.kalau susu sayuran tu selalu jd backup utk susu ibu.leh rujuk kat internet pasal ni banyak.tapi yang ada kat pasaran susu sayuran biasanya lebih mahal,tak tau la napa...

rasanya susu murah & economy dumex la....
xperience ngan anak2 buah dan adik,setakat ni susu yg dah cuba: dumex,nespray,morinaga,nan,enfalac,grow,lactogen.

masa baby tu baru2 lahir bg morinaga,pastu dia ada masalah nak buang air masa umur 2 bulan.tukar susu lactogen pun sama,ramai org ckp lactogen ni susah nak sesuai ngan babytak tau la betul ke tak.ikut baby jugak.lastly beli enfalac sebab anak sedara yg lain minum enfalac sampai 6 bulan tak penah ada problem.sampai sekarang dah ok....

doktor cakap kekadang baby takleh bg minum air kosong bebanyak,susu dia dah cukup...kalau bg air byk wat dia susah nak buang air.sesekali jer bg dia minum.


apa2 pun beri la susu yg anda mampu

aku masih single....

* Mesej ini telah disunting oleh aiza_as pada 24hb Mac 2005, 02:14:34 pagi

--------------
yang penting kita hepi

60.48.106.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
22. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:33:36 pagi    [Edit]
Bagusnyer info cha...

Dah katam pasal susu formula ... hehehhhehehe...

saya nih baru nak belajo beli susu... kes..kes..kes...
Susu formula sebagai bekap jek letak kat umah baby sitter.... mana nak ingat... sampai nama susu anak pon tak perasan....

Bila org tanya .. "ko bagi anak ko minum susu apa Ryn?"

aku dengan konpidentnyer menjawab.... "Enfamama"




--------------
:: << CONSISTENT >> ::

202.184.114.:-)

S_ana
Ahli Setia
23. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 11:14:19 pagi    [Edit]
mula mula baby saya minum enfalac
tukar ke dumex (tak serasi..asyik muntah muntah aje)
lepas tu pakai dutch lady..sampailah sekarang umurnya 3 bulan lebih..

--------------
sayang anakku..laila!

210.187.110.:-)

ctmira
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:20:33 tghari    [Edit]
masa anak sulung dulu, ct maintain bagi dia SNOW sampailah setahun, baru tukar SUSTAGEN. dia ni pulak tak kisah susu apa2 pun ok dan tak der masalah.

anak kedua ni, ct bagi INFACARE ANMUM. ni pun sebab dapat free satu tin dari hospital. mula2 dia minum ok, tapi sekarang ni kena sembelit pulak. 3 atau 4 hari sekali baru berak. time nak berak tu, punyerlah kesian tengok dia seksa nak membuang. sekarang ni ct try bagi dia SNOW. baru 2 hari cuba. mak ct kata masa mula2 bagi (semalam), lepas minum tu dia muntah. masuk botol ke 2. dia ok. so, nak tengok dulu sama ader dia serasi ke tak ngan susu ni. kalau tak, kena tukar lagi ler.

nak perah susu badan dah tak keluar. yg belah kanan memang dah kering. harap yg belah kiri jer, ni pun cukup untuk supply dia waktu malam ajer. kalau weekend, bila terlajak bagi sampai 10 pg, susu pun keluar ciput ajer. kalau weekdays, siang tak bagi so malam tu susu ade banyaklah sikit stoknyer...

ct bagi anak2 minum air masak dari lahir lagi. sebab bagus untuk cuci perut. tapi takler banyak. contohnyer, time tengahari mcm tu, bila dia bangun dari tidur, bagi air masak dulu sikit, baru bagi susu. nak2 tengah musim panas terik ni kan, lagilah selalu dahaga. dia ni pulak, kalau bagi air masak memang laju jer dia teguk...

--------------
If there's a way to do it better...find it!!

202.47.162.:-)

bini_orang
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:23:34 tghari    [Edit]
Susu paling mahal di dunia...ISOMIL yg berasaskan soya. Sbb apa saya kata mahal? 500ml jer dah nak dekat RM50. Belum 2kg.

Anak saya start dari umur sebulan sampai setahun, minum susu Isomil. Dan saya tak berapa galakkan ibu bapa bagi anak minum susu nie sbb tak berkembang langsung anak (maknanya tak berisi). Dah lerr mahal. Anak saya minum susu tuh sbb masa baru2 bersalin, susu badan takde. Bagi susu yg berunsurkan laktosa, tak boleh sebab dia berak2. Last2 doktor suggest susu Isomil. Mmg lerr najis dia ok tapi tuh lerr...Eko no money. Itu lerr...sampai bila boleh bertahan ngan Isomil. Sekarang nie dah nak masuk umur 3thn, anak saya minum susu Dutch Lady 123. Dgn susu tuh dia ok tapi saya nak susu yg boleh menaikkan berat badan dia. Dok 15kg jerr....

--------------
Menerima tempahan langsir, sarung kerusi makan, jual railing & rod dll: 017-3140657 (Sha)

61.6.65.:-)

arejue01
Ahli Baru
26. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 1:06:13 tghari    [Edit]
bini orang,

cuba bagi Neslac sebab ramai kawan-kawan kata yang anak dorang
semangat badan bila minum susu nih.....saya pun ingat nak cuba susu nih untuk anak saya nanti.....anak saya lagi kurus.....11 ++ bulan, 7.34 kg jek...

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
27. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 2:05:30 ptg    [Edit]
quote:
cuba bagi Neslac sebab ramai kawan-kawan kata yang anak dorang
semangat badan bila minum susu nih.....saya pun ingat nak cuba susu nih untuk anak saya nanti.....anak saya lagi kurus.....11 ++ bulan, 7.34 kg jek...


kurusyer anak arjue..aton ingatkan anak aton paling kecik uper ada lg yg kecik..anak kita 10bln ++ berat dah nak masuk 9kg kot..aritu 2/3 minggu lepas timbang 8.5kg somethingler...hehehhe...neslac..ha ah ramai gak yg pakai rasanyer...tp aton taksuka tukor2 susu..kita maintain jer ngan brand ENFA a+ w/pun mahai puashati..dr segi berat badan /IQ and etcler...sofar bagus..esp bab cakap mmg mostly budak yg ambik susu nie cepat ckp..cam ank kita dr 5/6 bln dah bleh start ckp sampai skrang....idakler petah tp blhler..sebut mama/papa/kaka panggil atok dia..and etc2ler....

* Mesej ini telah disunting oleh atoncute pada 24hb Mac 2005, 2:09:27 ptg

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

arejue01
Ahli Baru
28. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 3:05:17 ptg    [Edit]
tulah.....kuruskan? la ni dia batuk & selsema....lagilah nampak 'keding' sebab dia tak selera makan.....

--------------
ju'a

219.93.8.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
29. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 3:11:58 ptg    [Edit]
arejue..aton nursery ke baby sitter?? tapi bisaler baby nie kan kejap badan naik kejap badan turun...tp makan kena bagi jugak..aton selalu kalo kat nursery bekalkan makanan segera tu cam nestle/nutricia/gerber..awk?? kalo baby awk makan makanan segera cubaler beli produk nutricia sedap tau food dia. feveret anak aton yg perisa brown rice & honey tu..sbb cruncy skit cubaler..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

whitecabai
Ahli Interaktif
30. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 3:42:48 ptg    [Edit]
Kenapa musti bimbang anak kurus yea?
anak kurus tak sihat ker?
anak montel konpem sihat ker?


anak saya org dok kata gak sbb kurus kecik comel jek... tapi saya tak bimbang sebab alhamdulillah dia cergas dan sihat walafiat... ikut ayahnyer ahh kut tak kuat makan + baka kurus.


Mungkin kebanyakan dr kite dah set dalam fikiran.. baby musti kena montel baru sumer org senang hati dan tak komen byk....

--------------
:: << CONSISTENT >> ::

203.121.86.:-)

haifa
Ahli Baru
31. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:05:02 ptg    [Edit]

nak gak ler menyampuk. aku ni anak dah 2 org dua2 aku bagi susu badan ++ susu murah jer. knp arr mesti nak bagi susu mahal tuk tgk anak jadi cerdas & cergas. aku tgk anak aku yg sulung, skrg ni umo nyer baru jer 5thn & baru jer tadika, setakat penglihatan aku dan aku tanye kat cikgu dia, dia ni smmg nyer cepat pick up. nak kata mak bapak nyer teror x der pun. aku ni laki bini bukannyer lulusan U pun. dia ni plak masa dia minum susu ni asal gi kedai beli susu jer dia nak susu yg mahal2, aku beli ler tapi aku tgk susu mahal ni dier x brp galak nak minum. tapi klau susu murah tu laju jer dia minum.
yg kecik pulak skrg ni umo nyer 1thn 7 bln. masih lagi menyusu badan + susu formula ler sbb aku kja, dia ni sejak kecik perkembanganyer smmg nyer ler cepat. kalau x silap aku 6 1/2 bln dia dah tumbuh gigi, 7 1/2 bln merangkak & 8 1/2 bln berjalan & dlm 9 @ 10 bln pandai cakap panas kat benda2 yg panas ler. cuma skrg ni b'cakap je la lambat, sampai skrg ni 4 @ 5 patah perkataan jer yg dia pandai. otak nyer pun nak bijak gak. mlm tadi masa aku tgh duk iron baju, aku ada bawak sekali penyepit baju utk sepit tudung, tanpa aku sedari dia dah ambik sepit baju tu dan di bawa nyer ke tingkap, ruper nyer dia nak sepit ke langsir, sbb dah bbrp hari lps ayah nyer sepit penyepit baju yg sama warna tu kat langsir. tapi x sampai, kesian dier
sekian

--------------
013-6777286 email- haqem01@yahoo.com

218.111.82.:-)

cha
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:15:52 ptg    [Edit]
bagi cha, montel atau tidak baby tu tak penting... coz sometimes kemontelan baby ni depends pada baka gak... tak kira ler baka tu from ayah/mak/tok/nenek

yg peting, baby tu SIHAT, CERGAS dan nak menyusu. so tak yah ler risau if baby kita kecik ker, kurus ker ..

quote:
6 1/2 bln dia dah tumbuh gigi
to me, if lewat skit tumbuh gigi pun takpa... coz bila awal ngat tumbuh gigi, awal gak gigi tu rosak... cam anak cha, tiga2 org tuh umur 4 bln dan kuar 4 btg gigi skaligus. umur 6 bln dah penuh gigi dia... asyik nak geget org jek.... adusss...

quote:
Bila org tanya .. "ko bagi anak ko minum susu apa Ryn?"
aku dengan konpidentnyer menjawab.... "Enfamama"
whitecabai
nak tergelak sama....

* Mesej ini telah disunting oleh cha pada 24hb Mac 2005, 4:19:37 ptg

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

haifa
Ahli Baru
33. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:16:15 ptg    [Edit]

nak gak ler menyampuk. aku ni anak dah 2 org dua2 aku bagi susu badan ++ susu murah jer. knp arr mesti nak bagi susu mahal tuk tgk anak jadi cerdas & cergas. aku tgk anak aku yg sulung, skrg ni umo nyer baru jer 5thn & baru jer tadika, setakat penglihatan aku dan aku tanye kat cikgu dia, dia ni smmg nyer cepat pick up. nak kata mak bapak nyer teror x der pun. aku ni laki bini bukannyer lulusan U pun. dia ni plak masa dia minum susu ni asal gi kedai beli susu jer dia nak susu yg mahal2, aku beli ler tapi aku tgk susu mahal ni dier x brp galak nak minum. tapi klau susu murah tu laju jer dia minum.
yg kecik pulak skrg ni umo nyer 1thn 7 bln. masih lagi menyusu badan + susu formula ler sbb aku kja, dia ni sejak kecik perkembanganyer smmg nyer ler cepat. kalau x silap aku 6 1/2 bln dia dah tumbuh gigi, 7 1/2 bln merangkak & 8 1/2 bln berjalan & dlm 9 @ 10 bln pandai cakap panas kat benda2 yg panas ler. cuma skrg ni b'cakap je la lambat, sampai skrg ni 4 @ 5 patah perkataan jer yg dia pandai. otak nyer pun nak bijak gak. mlm tadi masa aku tgh duk iron baju, aku ada bawak sekali penyepit baju utk sepit tudung, tanpa aku sedari dia dah ambik sepit baju tu dan di bawa nyer ke tingkap, ruper nyer dia nak sepit ke langsir, sbb dah bbrp hari lps ayah nyer sepit penyepit baju yg sama warna tu kat langsir. tapi x sampai, kesian dier
sekian

--------------
013-6777286 email- haqem01@yahoo.com

218.111.82.:-)

haifa
Ahli Baru
34. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:28:33 ptg    [Edit]
sorry arr terhantar 2 kali, server kat sini slow sket hari ni

--------------
013-6777286 email- haqem01@yahoo.com

218.111.82.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
35. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 4:31:39 ptg    [Edit]
quote:
to me, if lewat skit tumbuh gigi pun takpa... coz bila awal ngat tumbuh gigi, awal gak gigi tu rosak... cam anak cha, tiga2 org tuh umur 4 bln dan kuar 4 btg gigi skaligus. umur 6 bln dah penuh gigi dia... asyik nak geget org jek.... adusss...


cha..betul tu mak aton pun ckp gitu..aton riso gak anak aton lambat tumbuh gigi..mak aton kata baguih apa takler gig dia cepat rosak..hehehehe..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

nazfahmi
Ahli Baru
36. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 8:40:38 mlm    [Edit]

nak tanya lagi, boleh ke?

macam mana cara nak simpan susu badan selepas perah kalau tak ada peti ais di tempat kerja.

bila saya tak bagi susu badan kat baby saya dada saya besar dan rasa keras sangat.lepas menyusu baru rasa kempis sikit.
rasa masalah pula besarnya rasa malu sangat mcm buah dada dolly parton.

macam mana kalau tempat kerja dari 9 to 5.30, tak bagi baby hisap then balik baru bagi boleh tahan tak?
kalau perah dan simpan tanpa peti ais,
boleh tahan berapa lama?
trima kasih.

218.111.3.:-)

sofiaaliya
Ahli Setia
37. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 10:05:38 mlm    [Edit]
In my opinion,takde beza sgt pun antara susu mahal and murah,cuma org slalu terpengarh dgn apa yg diorg advertise.Of course lah they have their own target customer,and believe me,if ur baby minum susu brand apapun as long as dia sihat,takde problem.And make sure ur baby tak allergy pada sesetgh ingredient kat dm susu tu.

My daughter mmg i fully breastfed sampai umur 14 months.Pernah masa umur dia around 2 weeks nak bagi SMA yg kat sini coz my friend kata kat msia pun ada brand ni,but she rejected and prefer breast milk.

Pasal freezing breastmilk,nazfahmi u can keep the breast milk up to 6-12 months if simpan paling bawah kat standing freezer tu.
Kalau just at room temperature,biasanya up to 3-4 hours aje but if cuaca kat msia panas more than 25 degree,maybe terpksa kurang dari tu.

If simpan kat fridge biasa,biasanya up to 3 days(suhu 4 degree) but make sure simpan kat dlm sekali,not kat tepi pintu fridge tu.

If takde fridge kat tpt kerja,why not beli cooler yg boleh letak cube ice tu,and u can keep up to 24 hours.

Since u pun have enough milk,trylah breastfed baby as long as u can.

--------------
~sofia~

83.71.82.:-)

afrina04
Ahli Baru
38. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 09:14:22 pagi    [Edit]

Nak join la citer pasal susu2 nie..

Nazfahmi
awak nak kasi baby susu botol ke?saya rasa kalo susu awak bnyk dan ada masa/ruang utk express breastmilk kat opis baik..awak teruskan aje.Tapi kalo tak boleh..buat aje mcm saya.

Anak saya baru 5 bln..tapi breastfeed waktu mlm jer siang2 mak mentua kasi susu formula (mak mentua yg jaga)...Kalo ikutkan hati nak jer breastfeed baby 24hr..tapi nak buat camner..keje.Kat opis plak takde tempat yg sesuai utk express breastmilk..kadang tu rasa bersalah plak tak bg baby BF siang hari.Mula2 gi keje mmg breast tu bengkak je tapi bila da dekat2 nak balik keje la.Tapi bila da lama2..dah ok..walau mcm mana pun alhamdulilah lah..waktu mlm mmg susu badan bnyk jer utk baby.Yg pentingnye kita kena mkn..jgn le diet2 plak kalo nak breastfeed baby.Dan makan lah nasik..coz saya seblom kasi baby..saya test dulu ..heheheheh..biasanyer kalo lepas mkn nasik..sure susu akan rasa manis.

Awak try le dulu mana2 susu formula..tak kisah le murah ke mahal..pada saya yg mahal tu ingredient lagi bagus sebab tu rege dia mahal..dan paling penting sesuai dgn anak.Mula dulu saya bg S26..pastu tukar ke snow(kunun nak murah le)..tapi baby tak sesuai..tiap kali minum sure akan kuar balik..doctor soh tukar Enfalac AR..(rasa nyer langsung tak sedap!)khas utk baby yg ada problem susu kuar balik lepas minum..Mahei tu mmg mahei gak...(900g=rm37)..
sampai umor 4 bln ..tukar ke snow balik..rupa2nyer dia mmg tak sesuai dgn snow..jadi kahak dan selsema..

Pastu tukar ke Enfalac A+..haa baru dia ok.Hubby ckp susu ni mahal..takyah le kasi baby.Tapi pikir2 balik..apa salahnyer bg yg terbaik utk anak..? Dah le saya tak bg hak dia sepenuh nyer (breast milk yg sepatutnyer dia minum sampai umo 2 tahun)..so utk cover rasa bersalah tu..saya rasa Enfalac A+ lah yg terbaik sebagai ganti (tapi apa2 hal pun breast milk is the best milk for baby)...coz ingredient hampir sama dgn susu ibu)ADa..DHA+RA+SA..tu semua ada dlm susu ibu...even tak setanding..atleast hampir2 sama.kira ok lah..

tapi apa2 pun paling penting anak minum..kalo kita pulun nak kasi enfalac A+ tapi dia taknak..takkan nak sumbat gakkan?
Cuma bila dah masuk 5 bln ni baby saya mcm lebih suka minum air masak plak..susu formula pun dia minum 3oz je (setiap 2-3jam)..ok ke haa kalo baby bnyk minum air masak?kadang bgn tgh2 mlm ingatkan dia nak susu badan..rupanyer nak air masak.Melalak2...bg air terus diam.

202.188.127.:-)

ady1661
Ahli Interaktif
39. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 11:50:14 pagi    [Edit]
Nazfahmi
Awak patut bersyukur dikurniakan susu yg banyak utk rezeki anak awak...bukan smeua org dapat anugerah yg amat bernilai itu...
Sebenarnya banyak maklumat awak boleh dapatkan utk penyusuan badan ini...cara menyimpan dan sebagainya... Awak boleh baca dari majalah˛ khusus utk ibu dan baby...seperti Mami & baby, Pa&Ma, dan sebagainya...

Kalau awak tak yakin dgn penjelasan kawan˛ lain awak carilah maklumat sendiri...lebih puas hati...
laman web yg awak boleh jenguk http://www.babycenter.com/baby/babybreastfeed/index

atau yg saya jumpa dlm bahasa malaysia
http://www.susuanibu-pk.gov.my/

ada lagi tapi saya tak ingat mana saya letak link tersebut... nanti saya cari utk awak...

saya harap awak dapat berusaha sedaya mungkin utk bagi baby awak susu badan...kalau tak boleh sanagt baru cari susu alternatif...

Eryn
memang betul apa ko cakap tu...tapi kena tengok gak adakah berat baby seimbang dgn umur dia... Tanya dgn doktor...doktor selalunya ada berikan jadual/graf pembesaran yg sepatutnya utk anak... Bukan apa, kalau beratnya kurang atau pembesarannya kurang...takut ada masalah lain... Tapi kalau dia sihat takde apa...dan pembesaran adalah normal...tak perlu risau walau anak tak montel...

--------------
-errr...??-

203.115.216.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
40. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 12:11:06 tghari    [Edit]
quote:
Pastu tukar ke Enfalac A+..haa baru dia ok.Hubby ckp susu ni mahal..takyah le kasi baby.Tapi pikir2 balik..apa salahnyer bg yg terbaik utk anak..? Dah le saya tak bg hak dia sepenuh nyer (breast milk yg sepatutnyer dia minum sampai umo 2 tahun)..so utk cover rasa bersalah tu..saya rasa Enfalac A+ lah yg terbaik sebagai ganti (tapi apa2 hal pun breast milk is the best milk for baby)...coz ingredient hampir sama dgn susu ibu)ADa..DHA+RA+SA..tu semua ada dlm susu ibu...even tak setanding..atleast hampir2 sama.kira ok lah..



samaler kita afrina.. lgpun my baby dr 2bln tak breastfeed tu yg kena bg susu yg bagus skit..bukan tak cuba nak tukor susu lain..cuba gak..ngan mamex gold sbb dia murah skit compare ngan enfa nie..tp tak jln..anak aton taksuka..dia nak juga enfapro dia tu..so pikiaq2 apa salahnyer spent duit skit utk anak tul tak?? lgpun...penat lelah kije nie pun utk sapa betultak?? tp ikut kemampuanler..kalo rasa pendapatan kurang skit..blhler ambil alternative susu murah kan..janji sesuai & anak suka..

citer pasai anak kurus nie kan..tiap kali check kat goment dia mesti ada julat berat badan yg sesuai utk baby kan..tp kalo kinik goment ni mmg strictskit kalo berat badan baby menurun dia selalu marah kat parents tu sbb tak nak bg anak makan...temp lain kinik swasta aton tak tahuler..

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

nazfahmi
Ahli Baru
41. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 12:43:30 tghari    [Edit]


terima kasih

218.111.69.:-)

x_eti007
Ahli Setia
42. Dihantar pada 29hb Mac 2005, 2:26:52 ptg    [Edit]
anak saya guna produk wyeth dari baru lahir sampaila sekang dah 1 tahun 9 bulan..tapikan, anak saya still takleh cakap lagi dia cuma boleh cakap "air" "nak" "no" "car" "sih" (terima kasih) "sak" (rosak) nak panggil ibu, ayah,atok, nenek pun tak boleh lagi..normal ker kalau macam tu? namun begitu anak saya nih aktif, cergas dan bijak juga..dia pandai pikir kalau tayar kete kontrol tercabut dia tahu mana nak pasang tayar tu balik..komputer pun dah pandai off..paling suka dok godek2 mouse.dan macam2 lagila yang dia pandai buat..sembahyang pun dah pandai skang nih, pantang org hampar sejadah laju jerk dok atas sejadah angkat tangan nak sembahyang..problem dia satu jerk takleh nak bercakap lagitapi mulut dia tak berenti2 dok bla..bla..bla..bla..apa dia cakap pun tak faham. Makan pun kuat..tgh hari bagi satu mangkuk nasi penuh abis..pastu nampak sesapa makan dia pun makan lagi..nak dukung pun tak larat...tgh malam kul 1-2 pagi pun tak tido asyik main jerkk..kul 1-2 pagi pun leh nak makan nasi lagi...ermmm..yang paling saya risau dia takleh cakap, umur dah 1 tahun 9 bulan.macam mana nak buat erh?

219.95.253.:-)

mawarrimba
Ahli Aktif
43. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 08:43:13 pagi    [Edit]
citer pasal anak gemuk ke kurus ke tembam ke, rasanya bukan sebab susu.
kekadang faktor genetik perlu diambil kira jugak.......
anak anak saya minum susu yg murah je, makan pun nestum je, tapi masa baby semua nya montok, chubby sampai tak larat pulak nak carry dia, sampai sakit semua bebadan ni....semua family heran nape anak anak kita
sihat bebenor walhal mak ngan bapak nya kurus kering. siasat punya siasat rupanya side hubby kita yg gitu. dulu mak mertua kita kata, hubby kita masa kecik cam tu....patut le....

--------------
** ingin ku tahu sejauh mana kasihmu?

61.14.49.:-)

emasputih
Ahli Setia
44. Dihantar pada 01hb April 2005, 12:57:36 tghari    [Edit]
cha;

senarai yg cha buat tu utk toddler 1 tahun ke atas kan...

untuk baby newborn sampai setahun ada tak.... bukan aper.... skrg baby baru 3 bulan... susah sikit nak wat survey kat supermarket.... baby tak selesa berjalan lama2...

so, leh survey kat internet jer lah... kalo cha ada kesempatan, leh ler tolong.... rasanyer kenkawan yg lain pun berminat....

Lagi satu, saya nak tanya pada semua.... apa content yg biasa u all amik kira dlm susu baby... kalo saya, saya suka tgk & compare content di bawah nie:
- DHA
- AA
- RA
- Nukleotida
- Folic Acid
- Vit A @ Taurina
- Omega 3
- Omega 6
tak berapa ingat list yang lain

Rasanyer kalo kandungan yg lain2 tu.... semua susu ada.... susu yg mahal biasanyer ada lebih sikit kandungan2 seperti di atas...

Lagi satu, saya juga beri baby saya tambahan kolustrum susu, brand WIN IG6 dari Elken.... so far, alhamdulillah dia belum pernah demam... walaupun lepas kena cucuk.... maklumlah susu ibu sikit sangat.... baby tak dapat khasiat kolustrum susu ibu sepenuhnya...

--------------
# elken spirulina #

203.106.31.:-)

corn
Ahli Setia
45. Dihantar pada 01hb April 2005, 1:58:53 tghari    [Edit]
seingat aku laaa ..
masa aku kecik dulu..
mak aku bagi aku air milo jee..
skg org dah tak minum milo ke?

--------------
dalam hati tiada cinta

219.93.21.:-)

emasputih
Ahli Setia
46. Dihantar pada 01hb April 2005, 2:05:49 ptg    [Edit]
bagi milo?

takkan le baby umo 2 bulan nak bagi milo kot.... betul tak nazfahmi...

agaknyer corn nie hisap susu ibu sampai umo 2 tahun kot.... dah 2 tahun nak minum milo tak pelah....

anak2 zaman sekarang mana nak dapat hisap susu ibu sampai umo 2 tahun.... maklum ler ibunyer career woman..... kenalah bagi susu yang agak2 khasiatnyer hampir sama dgn susu ibu... bila 2 bulan, ibu dah nak start keja.... siang mmg kena minum susu formula.... lama2 susu ibu pun kering....

macam saya... susu mmg cepat kering.... baby lom masuk 2 bulan... susu dah sikit.... terpaksalah....

--------------
# elken spirulina #

203.106.31.:-)

x_eti007
Ahli Setia
47. Dihantar pada 01hb April 2005, 9:57:11 mlm    [Edit]
Corn:

Minum milo tak sembelit ker? Family saya kalau minum milo semua sembelit..sampai anak saya minum sikit pun dah sembelit, so tak minum milo laa...minum horlick.

219.95.169.:-)

buazo
Ahli Interaktif
48. Dihantar pada 02hb April 2005, 2:28:34 ptg    [Edit]
hai emasputih..kalo dlm englishnyer (whitegold) best tgk nick nie..awk peminat setia white goldke..sowi tuan umah lari topik skit..

aton pun tak suka sgt minum milo..kita suka hohohoclicks sedapppppppppppppppp

p/s kita guna nick buazo nie..nama kita atoncute..

* Mesej ini telah disunting oleh buazo pada 02hb April 2005, 2:35:58 ptg

--------------
mama Afiq Haikal

218.111.101.:-)

x_eti007
Ahli Setia
49. Dihantar pada 02hb April 2005, 8:13:57 mlm    [Edit]
off topic jap:

sama ler kita atoncute tapikan..Huhuhuhu dah lama tak minum horlicks..apasal ntah tiap kali suh asben beli mesti dia lupa, maybe dia tak suka minum horlicks kot tuh pasal lupa sokmo.

Skang lagila tension..dari minggu lepas satu2 penyakit dapat..demam panas pastu kene tonsil pastu kene ulser lak..dah 5 hari tak makan nasi..kurusla nampaknya camni..ari nih anak lak kene demam panas...tak abis2 lagila nampanyak..pasni sapa lak yang nak kene nih..

219.95.167.:-)

emasputih
Ahli Setia
50. Dihantar pada 04hb April 2005, 07:31:53 pagi    [Edit]
aton... dari remaja mmg suka emas putih... hihihi, nak beli tak mampu.... bubuh kat nickname jer lah...

sedikit info untuk dikongsi bersama :


ASID-ASID LEMAK MEMBAIKBINA OTAK BAYI


Peri mustahaknya DHA dan AA dalam pemakanan bayi yang baru lahir telah diuji berkali-kali, berikutan itu kedua-dua bahan tersebut telah ditambah di dalam rumusan makanan bayi di Eropah dan juga Asia.

DHA (“docosahexaenoic acid” dan AA (“arachidonic acid” merupakan dua substans yang amat genting bagi pengembangan optimum otak dan juga mata. Semasa mengandung, ibu membekalkan kepada “fetus” yang baru terjadi dengan asid-asid lemak ini dan ianya terus diberikan makanan penting otak ini kepada bayi melalui susu tetek (“breast”.

Pembekalan kekurangan asid-asid lemak penting ini kepada “fetus” semasa kelahiran bayi ada kaitannya dengan berat bayi yang rendah, lilitan kepala bayi kecil, dan saiz placenta yang kecil [J.Int. med 225:159-69]. Ini merupakan bukti yang sangat signifikan kerana berat kelahiran dan saiz kepala berhubungkait dengan faktor tumbesaran yang mempengaruhi pengembangan seterusnya kepada sistem saraf berpusat dan kebolehan kognitif bayi. [British Medical Journal. January 27, 2001].

Menurut kajian, bayi yang berumur 10 bulan dibekalkan dengan formulasi DHA dan AA, terbukti yang bayi tersebut telah lebih maju dalam pengembangan mentalnya. Ini terbukti dari pemerhatian “kebolehan awal bagi 3 langkah pertama bayi” yang mana didapati mereka telah lebih cepat maju dari segi pengembangan mentalnya. [Lancet 1998;352: 688-69]

Minyak Kecerdikan (“Oil of Intelligence”

Penambahan DHA dan AA kepada formula makanan bayi sangat berkesan merangsang skor paras kecerdikan bagi sekumpulan kanak-kanak, berdasarkan kepada kajian tahun 2000 yang ditaja oleh “U.S. National Institute of Child Health and Human Development”.

Satu kajian telah dilakukan bagi menguji skor kecerdikan (“intelligence scores” bagi 56 bayi baru lahir (“infants”, berumur 18 bulan. Satu kumpulan diberikan formula susu mengandungi DHA, manakala sekumpulan lain menerima formula susu yang mengandungi DHA dan AA; dan sekumpulan lagi sebagai kumpulan kawalan yang diberikan formulasi susu komers i a l biasa yang tidak mengandungi kedua-dua bahan DHA dan AA tersebut. Semua 3 kumpulan bayi baru lahir ini telah dimulakan kajian semasa 5 hari kelahiran, dan untuk selama 17 minggu menerima setiap satu daripada 3 formula susu tersebut.

Setelah diuji, tahap keseluruhan kecerdikan kanak-kanak didapati amat ketara berbeza bagi Indek Pengembangan Minda (“Mental Development Index” – MDI) yang mengukur tahap memori kanak-kanak, kebolehan menyelesai masalah kecil dan keupayaan menggunakan bahasa.

Kanak-kanak yang diberikan formula kawalan skor purata MDI berjumlah 98 mata; atau rendah dari purata kebangsaan MDI 100 mata bagi kanak-kanak U.S. Bagi kanak-kanak yang menerima formula mengandungi DHA, mereka telah mencapai skor MDI berjumlah 102.4 mata. Dan bagi kumpulan kanak-kanak yang menerima DHA dan AA pula mencapai tahap purata skor MDI berjumlah 105 mata. [Development Medicine and Child Neurology, March 2000]

Penyusuan Ibu (Susu Tetek) Menambahkan IQ

Dalam satu analisa bagi 20 laporan-laporan yang tersiar di jurnal-jurnal; penyelidik-penyelidik dari University of Kentucky Chandler Medical Center mendapati IQ bagi bayi-bayi yang menyusui ibu (susu tetek) adalah lebih tinggi dari mereka yang menyusui formulasi susu selain susu ibu.

Kesan kebaikan penyusuan ibu (susu tetek) amat berhubungkait dengan sekurang-kurangnya perbezaan 3.2 mata IQ bagi pengembangan mental bayi. Mata IQ ini diberikan selepas beberapa pertimbangan faktor-faktor lain seperti umur ibu, IQ ibu, cara kelahiran, bangsa, berat kelahiran, masa menyusu dan status sosio ekonomi.

Kajian mengesahkan bahawa nutrien dalam susu ibu dan genetik mempunyai kesan terhadap IQ. Kanak-kanak kecil (bayi) yang tidak mendapat susu ibu akan lebih menyebabkan IQ mereka rendah, tahap pencapaian pendidikan rendah dan rendah dalam pergaulan sos i a l nya. [American Journal of Clinical Nutrition, Oktober 1999]


Penyelidik Norway menguji seramai 345 kanak-kanak semasa berumur 13 bulan dan 5 tahun. Kanak-kanak yang telah mendapat susu ibu kurang 3 bulan akan berkeupayaan rendah dari segi kemahiran minda berbanding dengan mereka yang menyusui ibu melebih 6 bulan atau lebih. Apabila kanak-kanak yang menyusu ibu lebih 6 bulan tersebut berumur 5 tahun, mereka mempunyai IQ 8 mata lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mendapat susu ibu kurang daripada 6 bulan. [Archives of Disease in Children 2001;85:183-188]

DHA

Kajian selama 18 tahun merumuskan bahawa DHA ialah nutrien susu ibu (tetek) yang memberikan peningkatan tahap akademik bagi kanak-kanak yang mendapat susu ibu. [Pediatrics, Jan 1998] Susu ibu mempunyai DHA yang tinggi, dan kanak-kanak yang mendapat secukupnya jumlah DHA mempunyai IQ yang tinggi, serta juga penglihatan yang amat terang. [Lancet 1992; 339:261 and AM J Clin Nutr 1993; 58: 35-42]

Satu kajian pada tahun 1988 yang diterbitkan dalam jurnal “Metabolism” mencadangkan bekalan DHA kepada bayi (infant) melindungi mereka daripada “noninsulin-diabetes”, kegemokan (obesity), tekanan darah tinggi dan lain-lain penyakit berhubungkait dengan kegagalan dalam metabolisma glukosa.

Kajian turut merumuskan bahawa, tekanan darah tinggi terjadi apabila seseorang semasa muda mendapat DHA yang tidak mencukupi. Bila bekalan asid lemak (DHA) ini dibekalkan kepada orang dewasa, ianya memulihkan mereka yang mengalami tekanan darah moderat kepada tekanan normal.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, peranan paling genting DHA bagi pengembangan dan tumbesaran bayi meletakan pemakanan sebagai kuasa amat hebat bagi evolusi mental manusia.


Oleh:
Hj. Johani Md Zain
Terjemahan “The Human Brain Nutrition”

# setakat yg saya survey, Enfalac A+ mmg mengandungi kandungan DHA yang paling tinggi berbanding susu2 jenama lain (90mg per 100g tepung susu)....

* Mesej ini telah disunting oleh emasputih pada 04hb April 2005, 07:35:12 pagi

--------------
# elken spirulina #

203.106.31.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005