Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Syawal 1435 @ 23hb Ogos 2014, 11:33:16 pagi
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Diskusi  
(Pengendali : abe)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Langkawi : Apa yang best nak kat sana, ingat nak cari lokasi yang sesuai nak bercuti
sTapEkET
Ahli Setia
1. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 6:17:44 ptg    [Edit]
Aku rasa pergi Langkawi sekrang okey kut, tak der hujan sampai banjir. Cuma semua barang, tambang tol semua dah naik. Kalau gi ngan keter, tol campur minyak dah 200 kena spare. Tapi best gi ikut Kuala Kedah ke Kuala Perlis.

Aku teringin nak naik Keter Kebal panjang tuh...

Saper dah pegi Langkawi tahun nih, banyak tak perubahan... tambang ker, tempat peranginan baru ker, hotel yang best ker... kalau nak kira pengalaman aku. last aku pegi tahun 2000.

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

eyzlyn
Pengendali
2. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 6:20:55 ptg    [Edit]
kalau langkawi ni.. kena tanya abede kot...

--------------
I miss you Edinamaya... Al Fatihah buat arwah....

sTapEkET
Ahli Setia
3. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 6:40:17 ptg    [Edit]
atau ader ahli MDC dok langkawi, boleh jugak konteks... ramai nih nak gi... kira macam rombongan makcik kiah la jugok... dok tengah buat arrangement...

konvoi 2-3 keter jo...

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

Melayu04
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 6:48:51 ptg    [Edit]
aku ada port murah............
tapi ko kena la deal dulu...........
kalu nak pegi 3 famili boleh duduk satu rumah baru dalam 50 semalam.
3 bilik......3 famili satu rumah 50 semalam aku rasa amat berbaloi......
kalau hotel ke chalet baru $50 satu famili..........
tempat lepak kurang 1% dari hotel...........

budget ko berapa?

aku duduk sini dah 6 tahun...............tapi aku tak boleh la nak bawa ko jalan2

sbb aku keje sini...................tapi kalau ko nak dtg dan nak tempat tinggal murah tapi best dan dekat dgn kuah..............aku boleh la kasik..........siap security lagi...............24 jam.................tapi setakat tu la khidmat aku..bab kete sewa, makan minum ko...........nak jalan2....ko sendiri la boleh????
tapi kalau panduan sikit2 boleh la tolong.........

setuju email la kat aku...

--------------
Hidup mesti mau.............melayu hari2 mau.......

210.187.192.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
5. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 7:06:26 mlm    [Edit]


Aku ada port lagik cantek...ko try pegik KG Ulu Melaka, langkawi. Kat situ rumah aku, bleh dok free, tapi kalau mak aku tanya, ko kelentong la ko nih kawan sejak dari tadika...kuang kuang kuang

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

84.65.72.:-)

sTapEkET
Ahli Setia
6. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 7:31:53 mlm    [Edit]
oho... ader org langkawi sini erkkk

Melayu04
aku nak gi 3 buah keter... tapi aku belum kira baper org laki, baper pompuan... sbb dok tgh cari bila leh amik cuti... karang cuti serentak terkejut lak bigbos aku nih...
hmm... best gak offer nko tuh.... nanti aku dah tahu bilangan yg nak gi (opismate), aku email ko... yang penting dekat dgn tempat2 yang best nak melawat la kan.... kiranya pekan kuah jer lah kan... nak beli belah senang....
takperlah kalau xleh jadik turisgad kitorang pun, jadik kitenye securitygad pun okey.... kiranya privacy la nih.... leh berborak cam kedai kopi.... borak sampai 2-4 pagi, bising2, buat hilaian pontianak.... best tuh..
keter kabel pun aku tak tahu tang mana? nih kena rekki nih...


tenuk jenab
leh ker? kg ulu melaka tuh area makam mahsuri tuh... ko keturunan mahsuri ke nih... kalau cemgitu aku bilang sama ko nyer mak, aku nih keturunan mahsuri yang ke 7. Leh ker???

* Mesej ini telah disunting oleh sTapEkET pada 13hb Disember 2004, 7:36:39 mlm

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

waja82
Ahli Baru
7. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 02:19:22 pagi    [Edit]


nak pegi langkawi? my opinion... HIGHLY RECOMMENDED...

saya satu family pegi langkawi mase merdeka aritu (31/8/04)... bertolak dari kuantan pukul 6 pagi... sampai kat jeti kuala perlis dalam kul 5 petang... konvoi ramai-ramai... memang seronok giler...

tido semalaman di kuala perlis... keesokan harinya, beli tiket feri paling awal... terus masuk langkawi, cari keta sewa, cari hotel... pastu terus jalan2 pusing langkawi...

sewa keta kat sana boleh tahan gakla... mase saya pegi, kitorang sewa kereta nissan sentra baru tu... mileage baru 3000km... dapat rm90 sehari... hotel plak, tido kat kondo istana... sehari rm700, share 3 family, tapi memang spacious yang amat...

tempat menarik... naik kereta kabel (sangat best), underwater world (best jugak)... taman buaya, makam mahsuri, dataran lang (yang ade burung helang besar tu) dan banyak lagi tempat menarik...

shopping memang seronok... saya beli set audio kereta alpine... lengkap speaker depan blakang, cd changer dan power amp, dapat rm1400... kalau kat semenanjung, mau pegi rm3000 harganya...

bab makan plak... hari-hari makan ikan bakar... ade satu kedai tu agak ceruk... tapi krew Jalan-jalan Cari Makan TV3 penah sampai kat situ... makan kat sana amat murah... sedap pun sedap yang amat ... sampaikan tokei kedai tu kenal family kitorang...

keseronokan? fuh, tak dapat digambarkan dengan kata-kata... tapi kalau nak pegi langkawi... seeloknya spend lebih kurang 3-4 hari di sana (tak termasuk hari travel)... kitorang semua pulang dengan penuh kegirangan

dalam setahun dua lagi... nak pegi langkawi lagi

--------------
- semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan pada hari ini untuk mencipta hari esok -

61.6.129.:-)

maizana
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 02:31:24 pagi    [Edit]
September lepas pergi jugak.. tapi naik flight (sebab kerja).. stay 3 hari kat pekan kuah... tak tau nak buat apa... habis2 g tengok vision, corning ware.. beg..coklat... sudahnya tak beli jugak...

Mungkin kalau g ngan family..dan konvoi..best sikit kot

--------------
Arkitektur Makeup, Jahitan dan Masakan 012-3817292

218.111.65.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 03:59:19 pagi    [Edit]
Tahun 1997 kursus Induksi 4 minggu kat langkawi..dok kat Kuah apa ke nama hotel tuh...so bila hari minggu je gi merayau-rayau ke pekan Kuah dan Pokok Assam ..yg best murah2 ialah kain batik Siam/kain pelekat, pinggan mangkuk, cadar, coklat...balik naik flight sudahnya sampai terover luggage..

Tahun 1994, seminar kat Langkawi boleh bawak famili lagik..gi ke Pantai Cenang..cantikkk gak..umah biras kita kat Pantai Cenang,..tu le pasal..lagi satu yg paling best..org Langkawi sume pakai kete cantik2 kebyk2an kete import..jeles tengok..susah nak jumpa kete buruk...

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hazdi
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 08:54:32 pagi    [Edit]
,

saya nak gi Langkawi gak ni selama 3 hari 2 malam - bulan Januari 05
bab tempat menginap takda problem cuma kenderaan sbb kami pi dalam 10 org dewasa dan 7 kanak2.

kalau bleh nak amik van la kot sbb senang jer...tapi yg paling murah Toyota Hiace utk 9 seater @ Toyota Unser 7 seater = RM218 sehari...mahal tuuuuuu....kalau dah 3 hari sama dgn 2*218*3=RM1308.....

kalau nak amik kereta lak dalam 3 unit la....andai kata 1 unit sewa RM90.00 lebih kurang 3*90*3=RM810.00

So ada sesapa yg ada contact utk saya dapatkan kereta sewa dgn kadar yg murah sbb ada member kata kekadang penduduk langkawi cari duit sampingan dgn menyewa kereta depa kat pengujung pulau tuh.

--------------
Diapers => MAMAN, USA, MAMY POKO, HUGGIES....019-2607811

202.157.192.:-)

yatideen
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 09:23:39 pagi    [Edit]


seronok arr gi langkawi..saper yang ada modal boleh la buat chalet ker..kete sewa ker..

tumpang lalu err tuan rumah..
saya ada sebidang tanah di langkawi untuk dijual
lebih kurang 15 km dari pekan kuah dan berhampiran dengan muzium
sesiapa yang berminat, hubungi saya.. yatideen@yahoo.com

--------------
- bye -

219.95.190.:-)

sTapEkET
Ahli Setia
12. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 11:27:13 pagi    [Edit]
waja82
kuala perlis parking keter tepi umah orang ker atau ader tempat khas, aku besa gi kut kuala kedah, LADA ader buat parking khas dekat jeti, kalau penuh situ baru parking private. Naik ikut kuala perlis, tambang feri lak murah kan, aku rasa RM7, saper mabuk laut... elok naik ikut kuala perlis, 45 minit jerk sampai, kalau ikut kuala kedah 1 jam 45 minit dok atas feri.... tapi feri sekarang dah selesa... maner ader bergoyang sangat dah.... ker ader org mabuk jugak erkk...
eh, ko sewa hotel cam istana tuh kat mana? area pantai cenang gak ker? privacy ker?

Noormasri
sekarang semua dah lain.... semua diorang dah buat lain, dengar citer makam mahsuri dah ada bangunan baru siap... tempat shopping pun dah batu... bukan gerai- gerai cam dolu.


hazdi
mahalnyer... dulu tahun 2000 la aku sewa mitsibihi spacewagon, RM200 sehari, Unser RM180 sehari. Ala... mintak la kurang kasi Unser tu RM200 jerk sehari... takpun sewa Iswara, kalau ko amik ari sabtu petang, dia kasi RM 60 jerk sehari.... aku tak tahu camner leh sampai RM90 tuh...


yatideen
brp[ juta ko nak jual... kalau okey.. leh gak aku timbangkan... jual kilo lagi okey tuh...

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
13. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 12:57:53 tghari    [Edit]

liz pun tak lama lagi nak pi Lkawi. maybe dlm Jan05. Kat mana hotel murah2 sikit?
Citybayview tu liz dgr paling murah.
maybe nak pergi 3 hari 2 mlm jer. Tak lama.

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
14. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 3:30:17 ptg    [Edit]
dah lama tak gie langkawi.. ada satu spot aku berkenan kat langkawi tuh.. teluk burau.. dulu masa aku kat sana belum ada resort tuh.. yg ada cuma kem belia.. ko bayangkan sungai turun dari bukit tuh terus masuk laut kat teluk tuh.. time matahari jatuh betul2 kat ujung tanjung.. kalo aku gie langkawi.. kat situ aku nak pegi..

kalo nak gie shopping better cari hotel kat town.. kalo nak stay kat pantai.. cari chalet yg murah2.. kalo nak berehat dgn facility hotel baru cari hotel yg berbintang2..

satu nak tanya.. ada yg dah survey tak mana lebih jimat.. gie langkawi drive dari kl atau amik flight straight langkawi?

--------------
~;]usoP..

sTapEkET
Ahli Setia
15. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 4:00:20 ptg    [Edit]
LizDee
tu lah tengah cari buat survey gak nih, nak buat bajet paling optimam. Kalau ikut Melayu04 , dia ader tempat kat sana... kira murah gak lah RM50 semalam tapi aku tak tau, tandas dalam ke luar, towel include ker, ubat nyamuk, bleh buat ungun api ker? he he.... Kalau kat Pantai Chenang tuh ader, Pelangi Beach Resot tapi aku rasa mahal.. itu ader bintang2 tuh... baik dok chalet area tuh jerk... RM 45 satu malam... tapi no ekond lah... pakai kipas jerk... no hal kat sana malam sejuk cuma sediakan ubat nyamuk... nyamuk besar2.... itu yg kawan aku cakap la kan....

usopkuchai
kalau drive, satu keter....
petrol : RM100 pegi balik
tol : RM100 (pegibalik- lepas kira kenaikan 1 jan)
parking : RM 7-8 satu hari (area Jeti)
bot : kuala kedah (RM30) kuala perlis (RM15) pergi balik
sewa keter : RM 60-90 sehari
sewa chalet : RM 50 sehari

keter sewa kat sana, meter minyak mmg diorang dah modified, boh 10 inggit kejab jerk turun sebenarnya still banyak.... saja ja diorang.

* Mesej ini telah disunting oleh sTapEkET pada 14hb Disember 2004, 4:00:55 ptg

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
16. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 4:30:46 ptg    [Edit]
kalau you all pergi menerusi Reliance.. dia ada package 50% less.. every mth ada, tapi kena book awal.
So dr situ dpt murah. Kalau call dia, tanya promo apa skrg ni, dia tak akan bgtau, tapi u all bgtau la, nak promo 50% tu..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
17. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 4:33:47 ptg    [Edit]
stapeket..
itu belum kira makan kat tol.. penat sakit pinggang drive.. keter kena service.. tayar botak.. etc.. confirm kena gie naik flight.. TQ

--------------
~;]usoP..

Liz_Dee
Ahli Interaktif
18. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:09:43 ptg    [Edit]
Kawan liz pergi aritu, Lkawi flight RM600+ 3 person. RM100+ citybayview..

dia kata mmg okay tpt tu.. Jgn drive la.. bazir masa dan penat jer..
Tiba sana sewa jer keta. Sbb liz dgr kalau naik ferry pun charge dia mahal lagik.

tak tau betul ke tak..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

aridzaj
Ahli Setia
19. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:16:29 ptg    [Edit]
bila di Langkawi,singgahlah di Crystal Village Langkawi.Diusahakan oleh 100% bumiputera.(salah seorang member of melayu-trade).

219.95.43.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
20. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:26:07 ptg    [Edit]
Dekat mana tu? Dekat dgn town ke? apa websitenya?

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

sTapEkET
Ahli Setia
21. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:42:04 ptg    [Edit]
hmmm.... LizDee
RM600 3 orang erk... MAS ker? kalau cemgitu boleh la di pertimbangkan. Bleh sewa satu kapalterbang kecik nih kalau budak2 opis semua nak join... he heh.

Sbb sampai sana mesti nak shoping, mmg kalini kitorang tak nak bawak beg pakaian pun, nak cuba gi ala-koboi, gi selai sepinggang. Beli baju kat sana, RM5 selai... lepas tu beli beg troli... dalam RM20-50 satu.... so bleh la bwk byk barang.... makanan pun murah... roti canai bleh makan banyak2.

* Mesej ini telah disunting oleh sTapEkET pada 14hb Disember 2004, 5:55:58 ptg

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

asmaan
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 6:15:06 ptg    [Edit]
last as g langkawi thn 2001 itu pun g sebab keje ...

tp bgtahu awalČ la ... langkawi panas ... so mmg as tak suka pegi...

xmass nie cadang nak g cameron ... yahuuu bestnye. itu pun kalau jd la ...

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.8.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
23. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 6:33:05 ptg    [Edit]
quote:
bila di Langkawi,singgahlah di Crystal Village Langkawi.Diusahakan oleh 100% bumiputera.(salah seorang member of melayu-trade).

nih kalo ada kad MDC leh dapat diskaun tak?

quote:
mmg kalini kitorang tak nak bawak beg pakaian pun, nak cuba gi ala-koboi, gi selai sepinggang. Beli baju kat sana, RM5 selai... lepas tu beli beg troli... dalam RM20-50 satu....

aku selalu buat camnih kalo berjalan sengsorang.. bawak anak aku takleh laa.. hajab aku.. sehari 3-4 kali tukau baju..

* Mesej ini telah disunting oleh usoPkuChai pada 14hb Disember 2004, 6:34:40 ptg

--------------
~;]usoP..

waja82
Ahli Baru
24. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 08:44:57 pagi    [Edit]
sTapEkET
kat kuala perlis ade parking khas, bayaran tak sure plak, aritu ayah yang bayarkan
hotel tu namanya kondo istana... dekat pekan kuah, kalau dari jeti tu dalam 5 minitla... rm700 semalam, siap ade breakfast... ade 3 bilik, ruang tamu dan dapur untuk masak... so kalau taknak makan luar, leh masak sendiri... masa saya pegi tu, ade dalam 12 orang (3 family, 9 dewasa 3 kanak-kanak)... memang selesa yang amat... kondo tu dekat dengan deretan kedai tempat orang shopping sakan tu...
kalau taknak feri goyang-goyang, naik feri besar... tak terasa sangat goyangnye... masa saya pergi haritu, mase balik dari langkawi naik feri, mase tu ribut... seramnya Allah saja yang tau... rasa feri nak terbalik je... elok2 perjalanan 45 minit, jadi 2 jam setengah...

tapi kalau nak pegi langkawi nanti, bile sampai sana, pastikan peta langkawi tu peta latest... kalau peta lama, takde route nak ke cable car dengan taman buaya... mase saya datang aritu, saya teramik peta lama... penat giler nak cari cable car... nasib baik jumpe...

crystal village memang lawa... tryla pegi

ape-apepun... jangan lupa naik cable car... memang best gile...

--------------
- semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan pada hari ini untuk mencipta hari esok -

61.6.129.:-)

attyra
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 08:57:00 pagi    [Edit]
Ini yg buatkan saya pon nak ghi nih... tapi paling awal pon boleh ghi sana tgh tahun depan

--------------
It takes an hour to like someone, a day to love someone - but it takes a lifetime to forget someone

219.93.88.:-)

jeen
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 09:04:21 pagi    [Edit]
Kalau Trengganu camner plak. Jeen cadang cuti raya cina nanti nak pegi sana..mungkin nak beli batik. Ada tempat lain tak yg patut pegi dan chalet yg selesa untuk keluarga.

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.94.77.:-)

waja82
Ahli Baru
27. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 09:26:59 pagi    [Edit]


jeen
terengganu? best... makanan best, nak jalan-jalan kat sana pun best... tapi terengganu bandarnya tak besar... saya pegi aritu pun banyak jalan-jalan tgk bandar... saya pegi sana 3 hari bersama keluarga

kalau pegi terengganu... jangan lupa makan keropok lekor panas gerai 007 (kalau tak silap)... gerai tu depan istana... kalau beli tu, beli banyak-banyak... nanti nyesal kalau beli sikit

walaupun bandarnya tak besar... tapi tetap seronok pegi sana... dapat tgk bas mini wilayah kaler pink tu...

--------------
- semalam merupakan warna-warna yang perlu diadunkan pada hari ini untuk mencipta hari esok -

61.6.129.:-)

Mann70
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 09:54:18 pagi    [Edit]
Aku raya kat Langkawi thn ni..10 hari dok sana...lepak tepi laut..

192.228.129.:-)

jeen
Ahli Produktif
29. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:16:24 pagi    [Edit]
waja82

Ni yg berkobar2 nak pegi sana. Jeen pun dengar Terengganu ni banyak tempat menarik selain pulau. Bab borong kopok lekor tu dah temasuk dalam list brg yg nak di beli..

ada sesapa yg boleh rekemenkan tempat penginapan yg murah dan selesa or tempat menarik yg perlu kita lawati.

--------------
noorize@yahoo.com/016 6727 661

219.94.77.:-)

firwanies
Ahli Baru
30. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:51:03 pagi    [Edit]

Langkawi memang best. Wanie pernah dok sana sebulan lebih. Time tu buat practical. HQ kat KL tapi kitorang dihantar ke Langkawi untuk buat projek kat sana. Ofis kt LADA,best, dari ofis nampak laut. pemandangan memang indah. Bos ada kondo kat sana, so kitorang tak payah pikir pasal penginapan. kitorang dibagi keta sebijik. malangnya dua dua tak ada lesen memandu time tu. so, terpaksalah driver jemput dan hantar kitorang pergi dan balik keje. sampai dah hafal jalan dari Padang Matsirat ke Kuah tu. Tempat yang paling Wanie suka? Pantai Pasir Tengkorak. pantai tu memang lawa giler. jauh dari orang ramai. so, honeymoon next week memang dah decide nak ke sana. shopping kat Kuah memang best tapi kena pandai pilih tempat. kalau nak beli coklat, pinggan mangkuk dll, gi lah kat Idaman Suri or Ismail Group. Langkawi Saga pun o.k. Sekarang ini ada International Choclate Fair kat Langkawi.

Time cuti sekolah ni harga hotel dan kereta sewa memang mahal. sambung jp lagi la

218.208.242.:-)

firwanies
Ahli Baru
31. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 11:28:59 pagi    [Edit]
Kalau bernasib baik, korang bole dapat tambang murah dari MAS.try call MAS dan tanya flight super saver ke Langkawi, cuma RM114 je. tapi limited seat la. Kalo tak mau naik keta, naik flight la. kalo nak jimat, tambang bas ke Kuala Perlis baru RM28. Cable Car tu dalam kawasan Oriental Village. tempat tu memang lawa, dulu time Wanie pergi, setiap satu outlet jual sejenis produk.Satu outlet untuk coklat, satu outlet untuk batik, satu outlet untuk kraftangan dll. awal tahun ni gi banyak kedai-kedai yang dah tutup kat situ. skarang nie tak tau lak. design setiap bangunan memang lawa. ada kolam kat tengah-tengah perkampungan tu. tempat tu tak jauh dati Mutiara Burau Bay Resort. Sekang nie dah ada Langkawi Lagoon. sesape yang berbajet besar bolelah menginap kat situ. Awana Porto Malai pun cantik view nya cuma biliknye kureng skit. Kalau korang sewa bot, pergilah kat area Kilim, utara Langkawi. ada satu restoran atas air, claimed to be one of the famous seafood restaurant atas air kat dunia nie. ada keratan akhbar kat restoran tu. tempat tu berhampiran dengan lokasi eagle feeding. harganya pun murah, dapat makan seafood yang fresh lagi. kita boleh pilih dari sangkar ikan tu nak ikan apa. dia akan masak time tu gak. Pulau Payar pun best, gilah snorkeling kat sana.

Nie la pengalaman Wanie serba sikit dok kat Langkawi. walaupun dah banyak kali gi sana atas urusan kerja, tapi Wanie tak pernah jemu sampaikan Honeymoon pun nak gi sana jugak.Senang citer, memang bestlah tempat tu untuk relaks2 sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

218.208.242.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
32. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:35:11 ptg    [Edit]
quote:
tp bgtahu awalČ la ... langkawi panas ... so mmg as tak suka pegi...
Asmaan .. betul! Langkawi memang panas! WBP, Alor Star lagi panas! Menurut orang Kedah .. di Kedah Alor Star yang paling panas! Apa yang menghairankan pula Gurun kurang panas berbanding Alor Star sedangkan itu Gurun!

Potpetpotpet rasa anak Langkawi pejam mata pun tahu ini gambar di mana?



Jika benar anda anak Langkawi maka gambar ini pula di bahagian mana Pulau Langkawi? Apa tanda-tanda yang menjadi petunjuk kepada lokasi tempat tersebut?



Tenuk_jenab .. boleh jawab atau tidak? jeng .. jeng .. jeng .. !

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
33. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 2:43:26 ptg    [Edit]
Lkawi panas?? takpe la yg penting semangat nak pergi tu.. CUTI2 MALAYSIA. Melanconglah ke dlm negara... Promote....

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

sTapEkET
Ahli Setia
34. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 4:34:54 ptg    [Edit]
yer lah waja82 aku jumpa map lama... patut la takde keter kabel, aku rasa nak naik keter kebel kena tgk signbod arah gunung raya... nanti lah aku cari kat shell, map terbaru....


pegi bercuti, hanimun mmg best la kat sana...

adventure bila datang selai sepinggang boleh survive kat Langkawi. Jan05 nanti aku gi Langkawi, so saper ahli MDC yang pergi minggu yg sama leh la joinventure kat sana...

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

ashra
Ahli Interaktif
35. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 4:47:35 ptg    [Edit]
langkawi memang panas cuacanya..haritu aku pegi Tasik Merah Laketown balik je kl muke aku berjelaga..mak oi cam pi lepak kat hawaii laks

--------------
Irfan Danish....Permata Hati....

218.208.119.:-)

asmaan
Ahli Produktif
36. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 5:46:59 ptg    [Edit]
potpet

mana as tak kata langkawi panas .. sebab as org sungai petani kedha darul aman. kami kat sini mmg kaw yg panas .. bukit tak banyak maaaaaaa ... cuaca kalau musim panas adehhh rasa mcm terbakar je muka nie.

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.236.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
37. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:52:36 mlm    [Edit]


Gambo pertama tu kalau tak silap aku samada belakang rumah aku ataupon belakang rumah janda jenab, ex-gelpren penghulu karim. (tanjung rhu)

Yang no duer tu plak sawah padi depan umah aku.... yang lembu tu plak nama dier kamaruzaman, sempena nama pengasas teknik membajak menggunak mesin basuh, encik kamaruzaman kamarudin. (tak silap aku dari kuah ke kg mata ayaq ataupon sepanjang jalan dari pdg matsirat nak pi ghumah aku kt Ulu melaka)...kalau silap tatau la...

* Mesej ini telah disunting oleh tenuk_jenab pada 15hb Disember 2004, 10:59:23 mlm

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

81.79.159.:-)

abede
Ahli Produktif
38. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 10:59:38 mlm    [Edit]
quote:
langkawi memang panas cuacanya..haritu aku pegi Tasik Merah Laketown balik je kl muke aku berjelaga


nak tanya la...tasik merah laketown tu kat langkawi ka? ..kat sebelah mana?

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 15hb Disember 2004, 11:00:52 mlm

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
39. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 11:00:19 mlm    [Edit]


Sebagai oghnag langkawi jati, aku tau sebab apa sini hangat sangat... apsai banyak sangat botoi arak kot...muhahahahahahaha... yam seng...

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

81.79.159.:-)

abede
Ahli Produktif
40. Dihantar pada 15hb Disember 2004, 11:02:30 mlm    [Edit]
tenuk hang salah laa...sebab apa dia hangat? sebab ada telaga ayag hangat...
Gambag yang potpet bagi no 2 tu kat sebelah belakang ayag hangat la..

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 15hb Disember 2004, 11:44:55 mlm

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

joedett
Ahli Aktif
41. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 05:35:54 pagi    [Edit]
tenuk jenab,

lembu yg bernama kamaruzaman itu sebenarnya adalah seekor kerbau

202.171.32.:-)

joedett
Ahli Aktif
42. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 05:42:30 pagi    [Edit]
Aku ingat lebih best kalau diwujudkan sembang cuti2..

202.171.32.:-)

MrsBayijahat
Ahli Setia
43. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 08:38:12 pagi    [Edit]

yer..................saya setuju wujudkan 1 lg ruang sembang! Sembang Cuti2...Sbb org kita skrg dah ramai yg suke spend masa & kos pi bercuti bwk family,

Psl langkawi, saya pun tgh reccee & budget......Cdg nak pi awal thn dpn b4 perut ni makin memboyot

Kalau dlm 2-3 org pi ngan flight, ok kut...AirAsia ada pakej holiday, siap dgn hotel tp saya tgh idamkan yg ini...
http://www.awana.com.my/en/promotions/2005/apm/lover.htm

219.93.8.:-)

tenuk_jenab
Ahli Aktif
44. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 09:21:56 pagi    [Edit]


Sebenornye lembu kamaruzaman tu ada belakang pokok, tak berapa nampak.Kerbau depan tu cumer enter frame jek (salah satu teknik mencover diri )... kuang kuang kuang.

Aku pong stuju kalau diwujudkan ruangan sembang cuti-cuti..bayangkan topik ni ajer dah banyak bagi menfaat kepada pembaca MDC . Antara manfaat yang nampak adalah seperti terkenalnyer lembu kamaruzaman walaupun berselindung dibalik pokok.

--------------
PUTARAN MEDAN MAGNETIK DENGAN KUASA 1 JUTA HP

84.65.191.:-)

luarpagar
Ahli Setia
45. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 10:14:36 pagi    [Edit]
Aku ingat ko orang dah dikletong oleh si potpet ni..sebenar-benarnya tiada yang benar selain benar belako kalu tipupun sikit ajo.. gambar ke dua tu kat tanah jawa sana nu tempat kelahiran potpet..nama kerbau tu pot...pet ditambah so jadilah nickname potpet..

219.95.32.:-)

Babyhubby
Ahli Aktif
46. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 11:27:30 pagi    [Edit]
Eh korang.... korang pun ada yg nak gi bulan Jan'05 nih?
saya baru soh agen conform kan hotel n flight tuk jan nanti.. Actually nak pi bulan dec ni tapi ada masalah cuti plak! Tapi nasib tak pi pun cz lupa cuti sekolah ni.. harga sure naik punya especially sewa keta nih!

Saya ni tak pernah pi langkawi so excited tu beli sket la.. mmg ada org yg tak suka ada org tu kata pi 10 kali pun takpe cz best.. So tu yg tak sabar nak pi tu!

Cuti pun baru approved!! Yahoo!!

--------------
Silver l o v e r !

203.106.1.:-)

yazreina
Ahli Produktif
47. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 12:20:57 tghari    [Edit]
gambar 1st tu kat pantai tanjung rhu.. dekat ngan tanjung rhu resort.. depan sket ada gua cerita .. area situ ar.. kat situ ada kedai jual mee gulung yang best... hehee

gambar 2nd tu.. kawasan sawah padi area dekat2 ngan pantai cenang.. jalan menghala dari ulu melaka ke area delima resort.. sbb dari gambar tu leh nampak 'tangki air' warna putih nunnnn atas bukit...

so potpet.. sape nyer jawapan yg betul nie..??

--------------
mari kite carik duit!!! http://4daily.com/?ref=87512

219.93.57.:-)

sTapEkET
Ahli Setia
48. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 12:53:12 tghari    [Edit]
tanjung rhu resort
kedai jual mee gulung yang best
gua cerita
sawah padi area dekat2 ngan pantai cenang
delima resort
http://www.awana.com.my/en/promotions/2005/apm/lover.htm
telaga ayag hangat
pdg matsirat
keter kebel
gunung raya
Oriental Village. tempat tu memang lawa
Mutiara Burau Bay Resort
Langkawi Lagoon
Awana Porto Malai
Kilim, utara Langkawi - restoran atas air
eagle feeding (bagi makanan kat burung helang)
Pulau Payar- snokling
Idaman Suri or Ismail Group
International Choclate Fair kat Langkawi.
Langkawi Saga
Pantai Pasir Tengkorak
Crystal Village Langkawi
RM100+ citybayview.
Pelangi Beach Resot
muzium
Pokok Assam
underwater world
taman buaya, makam mahsuri, dataran lang
shopping
KG Ulu Melaka

banyak gak tempat yang aku nampak dalam perbincangan nih... so boleh la plan nak pegi mana-mana yang menarik....3 hari rasa nyer semua leh complete kut....

* Mesej ini telah disunting oleh sTapEkET pada 16hb Disember 2004, 12:54:40 tghari

--------------
-SLES9 green papaya-

202.188.158.:-)

potpetpotpet
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 1:33:04 tghari    [Edit]
Tenuk_jenab, Yazreina dll

Dua-dua jawapan .. dari Tenuk_jenab dan dari Yazreina .. Potpetpotpet nampak sebagai betul ..



Jika ada hadiah niscaya Yazreina dapat hadiah kerana jawapan Yazreina lebih menepati kehendak soalan!



Jika untuk ketawa maka niscaya jawapan Tenuk_jenab dapat ketawa yang lebih gamat .. terutama bab kerbau yang bernama Kamaruzzaman! Langkawi memang panas .. itu sebabnya si Kamaruzzaman itu tidak pakai seluar katok dan tidak pakai baju T dengan cop 'Pulau Lagenda' .. muka si Kamaruzzaman pun semacam .. seperti naik minyak nak tanduk orang .. maklumlah cuaca panas kan!

Soalan seterusnya:

OK .. dalam gambar pertama .. apa nama pulau yang di sebelah kanan gambar? Kita boleh sampai ke pulau berkenaan dengan berjalan kaki ketika air laut surut .. tetapi awas .. apabila sahaja air laut pasang maka ianya akan terpisah dari daratan Tanjung Rhu .. mula-mula di peringkat awal ianya terpisah sekedar satu parit besar sahaja .. lama-lama akan melebar .. akhirnya memisahkan langsung pulau tersebut dari daratan tanjung Rhu .. pada masa-masa lepas ramai yang menjadi mangsa dan mati lemas kerana terperangkap di pulau tersebut dan cuba menyeberangi air yang memisahkannya diperingkat awal .. ianya berpunca dari arus deras di bawah permukaan air yang menyebabkan peredah atau perenang seolah-olah tertolak, tersedut dan tertarik ke bawah permukaan air! So .. wahai anak-anak Langkawi .. Tenuk_jenab, Yazreina dll .. sila beritahu Warga MDC nama pulau berkenaan!


Tenuk_jenab

Silalah Tenuk_jenab telefon si Kamaruzzaman yang dalam gambar kedua .. manalah tahu .. si kamaruzzaman itu dapat memecahkan rahsia nama pulau tersebut!



Gurau je .. boleh kan?

* Mesej ini telah disunting oleh potpetpotpet pada 16hb Disember 2004, 1:36:31 tghari

--------------
... luwih beja kang eling lawan waspada!

61.6.163.:-)

fadzreen
Ahli Produktif
50. Dihantar pada 16hb Disember 2004, 2:41:19 ptg    [Edit]
aku rasa banyak banyak pulau kat malaya ni..langkawi no. 2 lahh.. no. satu PENANG FULLSTOP.. langkawi best woo.. serba serbi murah..

aku dah 2x pi langkawi.. 1st time pi rumah badik badik aku di ayaq hangat..tidoq free la kan.. 2nd time pi hanimun.. time tu raya cina.. keta takdak kosong.. apa lagi aku laki bini naik moto pusing langkawi..balik rumah mak aku tegoq awat hang itam sangat nie..ekekekekekeke

--------------
gelang kristal swarovski - YM fadz_reen/SMS/CALL 019-3921151

161.142.141.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005