Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 24hb Syawal 1435 @ 21hb Ogos 2014, 2:18:01 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh resepi acar : acar timun dan nenas yang famous kat utara
nuralisha
Ahli Aktif
1. Dihantar pada 21hb Mac 2005, 2:08:01 ptg    [Edit]
sesiapa yang ada resepi di atas boleh lah paste kat sini ......lisha tengah cari resepi nie... sebab nak buat makan makan sikit........tu lah dah puas cari kat internet tapi tak jumpa jumpa...harap kawan kawan yang terorr masak nie boleh lah paste kat sini

202.75.44.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 21hb Mac 2005, 9:41:06 mlm    [Edit]
acar ini memang terkenal diutara..
mak kak liza pun suka buat maklumlah orang utara...
kalau tak silap kak liza acar ni selalunya dipanggil ...


JELATAH

Bahan-Bahan:

1 biji timun
1/2 biji nenas
1/2 biji sengkuang
1 biji bawang besar
1 cawan kacang tanah [goreng & tumbukkan]
1 s/b air limau nipis,
garam & gula(secukup rasa)

bahan tumbuk
4 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah
1 cm belacan
30 gm udang kering

Cara:
1. semua bahan sayuran dan bawang dipotong kecil dan nipis.
2. Gaulkan bahan tumbuk, gula, garam dan air limau.
3. Masukkan sayuran dan bawang dan gaulkan rata.
4. Masukkan kacang tanah dan gaulkan lagi supaya rata.
5. Hidangkan bercama nasi putih atau nasi minyak.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 09:19:01 pagi    [Edit]
terima kasih kak liza nanti 11 april lisha nak buat kenduri doa selamat kat kg langkawi nunnnnnnnn ... mesti sedapkannnnnnn tima kasih

202.75.44.:-)

DaniaAlia
DaniaAlia
Pengendali
4. Dihantar pada 22hb Mac 2005, 10:45:52 mlm    [Edit]
aku nya jelatah simpel jaa..heh...

timun, nanas, bawang besar, cabai besar, gula, garam, cuka.

Timun, nanas dan bawang besar hiris nipis2. Pehtu masukkan gula dan garam secukup rasa dan sedikit cuka....sedepp...kalo ada kacang goreng nak letak pun bleh...tp aku dak sukaaa letak...

--------------
Adam manusia pertama...

hanieliza
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 22hb November 2005, 9:04:47 mlm    [Edit]


ACAR MENTAH TIMUN

Bahan-Bahan:

1 batang lobak merah
3 biji bawang besar
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 batang timun
1/2 biji kubis
1 s/k kapur makan + air secukupnya
3 s/b Apple Cider Veniger atau cuka biasa atau jus limau nipis
Gula Garam

Cara:
1. Buangkan kulit lobak dan potong tiga atau empat. Belah memanjang.
2. Timun juga begitu. Buang tulang dan belah macam lobak. 3. Hiris nipis kubis.
4. Hiris cili dan bawang besar membulat.
5. Rendamkan semua sayur dalam air kapur supaya rangup.
6. Toskan sayuran sehingga kering.
7. Campurkan semuanya ke dalam bekas.
8. Masukkan ACV, gula dan garam. Gaul rata.
9. Sedap dimakan setelah sejam atau dua jam selepas digaul bersama nasi dagang/minyak/beriani dan lain nasi tumis.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 22hb November 2005, 9:35:21 mlm

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.99.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005