Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 26hb Dzulhijjah 1435 @ 21hb Oktober 2014, 6:20:29 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh KUEH TRADISI : Kueh kukus atau sewaktu dengannya
hanieliza
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 16hb Mac 2005, 11:33:49 pagi    [Edit]
Baru2 ni ada forumer tanya pasal resepi kueh tepung bungkus..
tapi kak liza tak ingat siapa..
so maybe ini akan membantu...



KUEH TEPUNG BUNGKUS

Bahan

1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

4 sudu besar tepung pulut [bancuh dgn 1 s/b air..saperti buat andeh2 tu]

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
2 s/b air
daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti sehingga kering. Bulat-bulatkan. Ketepikan dahulu.
2. Ambil tepung pulut yg telah di bancuh sedikit dan leperkan dan masukan inti kelapa yg telah dibulatkan. Bulatkan dan ketepikan.
3. Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau hingga separuh masak.
4. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan dan bersihkan.
5. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung.
6. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 16hb Mac 2005, 1:00:36 tghari

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 04:45:47 pagi    [Edit]
Kak Liza cayang, Noor suka kuih ni...nanti bila2 gi kedai cina, beli daun pisang nak try buat ni..pasti hubby ku suka...

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

hazdi
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 3:19:37 ptg    [Edit]
kak liza,

sayalah org yg minta resepi kuih tepung bungkus tuh....
nak buat dari sehari ke sehari asyik tak sempat ajer....

terima kasihlah sudi kongsi...

tu yg best dgn kak liza nih...tak kedekut resepi.....

--------------
Diapers => MAMAN, USA, MAMY POKO, HUGGIES....019-2607811

61.6.163.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 4:19:12 ptg    [Edit]
Hazdi..
oh.. tuan hamba gerangan rupa yg meminta resepi ini...
Sekarang bolehlah tuan hamba mencubanya...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

siti_sal
Ahli Baru
5. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 4:39:22 ptg    [Edit]
kak hanieliza and forumners lain,
ada resepi kuih koci tak ? tak kiralah yg pakai tepung pulut biasa or tepung pulut hitam tu...
kuih koci ni esp yg pakai tepung pulut hitam tu ditambah dgn lemak2 santannya.....adusss sungguh mengancam.... bisa membuatkan dietku tergelincir.... tolong ye, sapa yg tahu resepinya...TQ

kalau boleh tolong bagi tips2 sekali...maklumlah saya budak baru belajar...nah bunga....

202.188.127.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 17hb Mac 2005, 6:14:15 ptg    [Edit]
KUEH KOCI



Bahan-Bahan:

2 cawan tepung pulut putih atau hitam
3/4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya

Bahan untuk inti:
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula merah atau gula kabung
1/4 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan]

Cara:
1. Campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.
2. Daun pisang dipotong empat segi dan disapukan dengan sedikit minyak. 3. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula.
5. Bungkus adunan ini seperti nasi lemak dan lakukan sehingga selesai kesemuanya.
6. Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak anggaran 30 minit.
7. Bila telah masak, sejukkan barulah dihidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

ketoyong
Ahli Baru
7. Dihantar pada 18hb Mac 2005, 1:53:31 tghari    [Edit]
kuih seri muka ada tk?

202.45.133.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 21hb April 2005, 4:57:10 ptg    [Edit]


KUEH SERIMUKA JAGUNG

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan jagung cream
sedikit garam

Lapisan Atas..gaulkan semua dan masakkan sikit
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula
sedikit garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]
4. Masakkan anggaran 15 minit.
5. BIla dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.
6. Bila dah masak, sejukkan betui2 baru di potongkan dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 22hb April 2005, 1:12:41 tghari    [Edit]
Wuih..sedap Seri Muka tu..Boleh try ni..Tq kak Lieza, sudi paste resepi..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

60.48.32.:-)

jeeisa
Ahli Baru
10. Dihantar pada 23hb April 2005, 10:06:26 pagi    [Edit]
sedapppp tengok gambaq2 kuih tuh...puihhh buat terliuq
thankz kak liza banyak bagi resepi kat ruangan nih

161.142.141.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 23hb April 2005, 10:35:50 pagi    [Edit]
mamanisa dan jeeisa...


sama-sama kasihhhh...

kak liza seronok berkongsi ilmu disini...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.99.:-)

nilam72a
Ahli Setia
12. Dihantar pada 01hb Mei 2005, 6:58:27 ptg    [Edit]
sesiapa sajalah.....

sekiranya sudi kongsi bersama camne nak buat kuih kaswi... yg mkn ngan kelapa tu... thank you.....

218.111.27.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 00:34:22 pagi    [Edit]
kak liza selalu buat camni......

KUEH KASWI

Bahan A

5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
atau 3 s/b gula merah
3 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

Bahan B
2 cawan tepung gandum
cawan tepung kanji/ubi atau jagung
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan kan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak.
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 02hb Mei 2005, 00:35:40 pagi

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.96.:-)

nilam72a
Ahli Setia
14. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 08:50:29 pagi    [Edit]
akak, kalau x letak kapur kuih tu boleh x? ada effect x? 1 s/k je kan...?

60.48.37.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 12:06:40 tghari    [Edit]
nilam...
boleh letakkan sikit jer..
tapi kak liza x tahulah apa jadi kalau tak letak...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.96.:-)

nilam72a
Ahli Setia
16. Dihantar pada 02hb Mei 2005, 7:26:34 mlm    [Edit]
okaylah... nanti saya cuba... tp next week la... hari kerja x rajin...

anggaran brp minit nak kukus ni kak...?

* Mesej ini telah disunting oleh nilam72a pada 03hb Mei 2005, 11:24:20 pagi

60.48.39.:-)

nid
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 05hb Mei 2005, 4:15:48 ptg    [Edit]
kak liza
kuih koci...mmg peberet nid....bila la nak cuba buat sendiri....

semalam MIL buat lepat pisang....cedap...

203.121.49.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 06hb Mei 2005, 11:08:09 mlm    [Edit]


KUEH LOPES

Bahan kuih :

2 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
2 cawan santan + sikit garam
1 cawan jus pandan [blend daun pandan dgn air kelapa muda]
1/2 biji kelapa parut muda [kalau takder..gunakan yg putih saja]

Cara.
1. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut kedalam loyang dan kukus sehingga masa [30 minit]
2. Keluarkan dan masukkan dalam tudung botol nescafe yg telah dialaskan ngan pelastik.
3.Tekankan[kuat sikit] supaya pulut tadi mampat dan kemas.
4. Keluarkan [tarik pelastik alas dalam tudung tadi] dan gaulkan dgn kelapa parut tadi.
5. Hidangkan dgn air gula merah

Air Gula
2 buku gula melaka
1 cawan gula pasir
2 cawan air
daun pandan

cara
Masakkan semua bahan sehingga pekat dan tapiskan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.97.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 07hb Mei 2005, 11:55:03 mlm    [Edit]


KUEH KASWI PANDAN

Bahan

6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
[Masakkan semua dan sejukkan]

1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh

Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit].
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 07hb Mei 2005, 11:56:34 mlm

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.97.:-)

nilam72a
Ahli Setia
20. Dihantar pada 09hb Mei 2005, 07:48:00 pagi    [Edit]
kak liza,
saya dah buat dah kuih kaswi tu...... hi hi hi ni nak cite la ni.... mmg kena letak kapur kuih tu la kak..... supaya dia kenyal...smalam saya buat x letak, x best la sgt... saya bg kat mak saya sikit, mak pun kata kena letak sikit kapur tu supaya dia kenyal...baru sedap....

tapi disbbkan x mau membazir dan x mau menghampakan saya, semuanya mkn aje sampai habis.... bukannya x sedap pun......

202.146.65.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
21. Dihantar pada 19hb Jun 2005, 7:01:49 mlm    [Edit]


SERIMUKA DURIAN

Lapisan Bawah

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
1 cawan gula tebu/perang
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir
1 s/k garam

Caranya
1. Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan bawah dalam kuali non-stik [jika ada] sebentar.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.62.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 12hb Julai 2005, 09:03:30 pagi    [Edit]


KUEH LOMPANG

Bahan

2 cawan tepung beras
3 1/2 cawan air gula merah (secukup manis) ..panas skit
1/2 cawan air biasa ]
1/2 sudu kecil kapur ] bancuh dan tapis
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 15 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

60.48.56.:-)

atoncute
Ahli Interaktif
23. Dihantar pada 15hb Julai 2005, 11:16:15 pagi    [Edit]

sedapnyer kuih nie lama tak makan..rasanyer nie kueh org pantai timur kan..kat sini susah nak dpt kueh nie..

* Mesej ini telah disunting oleh atoncute pada 15hb Julai 2005, 11:18:02 pagi

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

218.111.101.:-)

nilam72a
Ahli Setia
24. Dihantar pada 18hb Julai 2005, 02:21:19 pagi    [Edit]
kak liza,
topik : kuih lopes
pulut tu nak kena rendam berapa lama...?

tq.

202.146.65.:-)

cikciti
Ahli Aktif
25. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 09:24:12 pagi    [Edit]
penah try buat kuih serimuka resipi kak liza...mmg menjadi dan cantik je yg bhgn atas tu...tak lembik tak keras...thanks k.liza muahhhhhhs

202.184.211.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 12:41:25 tghari    [Edit]
cikciti
TAHNIAH....
len kali boleh cuba buat kueh yg lain pulak yer...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
27. Dihantar pada 19hb Julai 2005, 12:47:16 tghari    [Edit]


KUEH SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah

2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.198.:-)

cikciti
Ahli Aktif
28. Dihantar pada 20hb Julai 2005, 05:21:44 pagi    [Edit]
kak liza, nanti kalau lalu tganu, boleh singgah umah k.liza makan2 yek???

202.184.211.:-)

tenet_my
Ahli Setia
29. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 07:57:10 pagi    [Edit]
kak lieza,



kalau tak letak tepung pulut tu tak per ker????

192.85.47.:-)

laylyza
Ahli Aktif
30. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 08:32:49 pagi    [Edit]
kak liza nih, serba serbi masakan dia arif. emm tentang kuih lapis tu, sedap jer..

--------------
pedulilah apa org nak kata... susah ke senang ke, sendiri yg tanggung kan?

210.187.119.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
31. Dihantar pada 21hb Julai 2005, 11:47:24 pagi    [Edit]
cikciti
kalau nak singgah..make sure kompem ngan kak liza dulu..
kalau tidak..harus gigit jari...

tenet_my
quote:
kalau tak letak tepung pulut tu tak per ker????



kak liza gunakan beras pulut..bukan tepung pulut..
sorilah..kak liza dah editkan...

mengenai lapisan atas tu..
insyaAllah kak liza akan buat Lapis Pelangi gitu sebab nak trial untuk buku masakan Kueh Lapis & Talam Hanieliza nanti...

laylyza

terimakasih ats pujian tapi seramla bila dipuji ni....

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.96.:-)

cikciti
Ahli Aktif
32. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 05:32:18 pagi    [Edit]
wah k.liza dah nak buat buku masakan

202.184.211.:-)

nilam72a
Ahli Setia
33. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 06:14:01 pagi    [Edit]
salam....kak liza,

saya nak tanya resepi serimuka pelangi & serimuka durian. soalannya, untuk bahagian bwh, yakni pulut. kenapa utk serimuka durian 2 cwn pulut & 2.5 cwn santan cair, sedangkan serimuka pelangi 2 cwn pulut & 2 cwn santan cair aje.... perbezaan di sini adalah sukatan santan cair.

tolong jelaskan......terima kasih.....

202.146.65.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 22hb Julai 2005, 07:04:17 pagi    [Edit]
nilam...

s/muka durian tu kak liza buh 2.5 caw santan cair sebab nakkan texture lapisan pulut tu agak lembut..

manakala lapisan pulut untu s/muka pelangi tu kak liza buh santan 2.5 kerana nakkan dia kental...
anyway jika nak lebihkan sikit santan supaya lembut pun okey juga...
tapi jangan banyak sangat santan..nanti lembek..

apap pun kekadang bergantung pada pulut yg digunakan..
sebab sekiranya pulut susu..tak perlu gunakan lebih santan..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.96.:-)

nid
Ahli Produktif
35. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 03:50:05 pagi    [Edit]
kak liza
hari sabtu lepas nid cuba buat tepung bungkus.... ...dua kali berulang rumah MIL ...psl tak jadik....tpg pulut yg nak bungkus inti tu....at last lepas ditunjuk...baru la paham....

susah tul nak buat kuih tradisi....tak pela...at least dah tau....nak bungkus pun tak tau...heheh....

203.121.49.:-)

nilam72a
Ahli Setia
36. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 04:53:32 pagi    [Edit]
kak liza, saya dah buat dah serimuka durian tu..... sedap.... sangat..... thank you ya kak liza....

202.146.65.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
37. Dihantar pada 25hb Julai 2005, 05:51:15 pagi    [Edit]
nid...

buat kueh tradisi dan lama2 ni memang kena tenguk praktikal..
tapi kalau dah ada basic..mungkin dapt membantu membuatnya...

nilam...
kak liza boleh bayangkan betapa sedapnya nilam makan kueh tuuuu...

anyway sama-sama kasih juga pada nilam untuk mencuba kueh tu..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.103.:-)

nilam72a
Ahli Setia
38. Dihantar pada 01hb Ogos 2005, 12:33:57 tghari    [Edit]
kak liza, kalau saya nak buat kuih seri muka yg biasa tu (lapis atas hijau), saya blh guna resepi pelangi tu ke...? But instead bubuh warna2 pelangi, i just put jus pandan... orait ke camtu? Sukatan dia sama ke? Please advice, thank you.

202.146.65.:-)

tenet_my
Ahli Setia
39. Dihantar pada 07hb September 2005, 09:08:45 pagi    [Edit]
kak lieza,

ader lagi tak resepi2 yang lain....ari tu try buat kuih talam pandan menjadik

192.85.47.:-)

kittun
Ahli Aktif
40. Dihantar pada 12hb September 2005, 2:39:55 ptg    [Edit]
a ah la..kak hanie, kalau ada lg kuih kukus lain, sharela sini. kittun baru je beli pengukus..hehe.kuih kukus pertama kittun wat ialah seri muka.mujurla jadi, cumanya lapisan atas tu nipis je..so rs pulut je lebih.loyang kat uk takde yg mcm kat mesia...hu hu.

--------------
sabar itu indah..

82.41.89.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
41. Dihantar pada 13hb September 2005, 05:54:49 pagi    [Edit]

aneka kueh mueh kukusan...
insyaAllah akan keluar dalam buku masakan kueh kak liza bulan depan...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

218.111.191.:-)

March95
Ahli Produktif
42. Dihantar pada 13hb September 2005, 06:48:12 pagi    [Edit]
Kak Liza
Jangan lupa war-warkan Tajuk Buku, tak sabar nak beli ni
Bulan posa ni boleh cuba resepikan masakan kak liza

--------------
~~Hidup Mesti Ceria Selalu~~

61.6.54.:-)

yusmar
Ahli Produktif
43. Dihantar pada 13hb September 2005, 09:16:55 pagi    [Edit]
kak liza betul tu jgn lupa bagitau tajuknye......takut melepas!.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

203.125.127.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
44. Dihantar pada 15hb September 2005, 11:09:43 pagi    [Edit]
March dan Yusmar..

InsyaAllah akan kak liza war-warkan buku tu bila berada dipasaran..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

218.111.191.:-)

tenet_my
Ahli Setia
45. Dihantar pada 16hb September 2005, 05:21:56 pagi    [Edit]
kak liza,

buku akak tu terbitan maner???? bkn aper senang skit sys nak suruh adik sy simpankan 1 coz dia keje kat MPH

192.85.47.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
46. Dihantar pada 16hb September 2005, 2:52:40 ptg    [Edit]
tenet...

kak liza buat buku tu dengan ALAF21..
tajuk.. ANEKA KUEH MUEH KUKUSAN...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

218.111.191.:-)

tenet_my
Ahli Setia
47. Dihantar pada 19hb September 2005, 04:02:16 pagi    [Edit]
orait kak liza.......

dah call adik suruh belikan....heeeee

192.85.47.:-)

lambak
Ahli Aktif
48. Dihantar pada 19hb September 2005, 04:13:27 pagi    [Edit]

kak liza~kuih pebenda dlm paper cup tu?
kuih cara berlauk ek? bagi resepi bleh tak?

--------------
Specialist in Installation, Service & Maintenance of all type Air-conditioner *012-2286290*

60.49.101.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
49. Dihantar pada 19hb September 2005, 04:25:47 pagi    [Edit]
lambak...

kueh dalam paper cup tu ialah kueh Muffin Berlauk...


BAHULU aka MUFFIN KUKUS BERLAUK

Bahan Inti
2 cawan isi ayam [cincang]
4 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging
2 s/b minyak
daun sup
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan mask sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.

Bahan Kek
3 biji telur
50 gm gula halus
1 s/b susu cair
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/k ovallate
130 gm tepung gandum

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon whisk sehingga gebu.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas.
5. Lapiskan dengan separuh inti ayam dan kukus selama 15 minit.
6. Keluarkan dari kukusan dan tuangkan lagi separuh adunan kek dalam acuan tadi dan habiskan juga inti ayam tadi.
7. Kukuskan adunan lagi 15 minit.
8. Sejukkan baru dihidangkan.



NOTA:
Bahulu ni boleh dibakar dalam oven pada suhu 180'C selama 15 minit.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.197.:-)

lambak
Ahli Aktif
50. Dihantar pada 19hb September 2005, 04:56:37 pagi    [Edit]
kak liza ~ tima kasih kak. eee..sedapnya..
emmm..balloon whisk tu..apa ek?

--------------
Specialist in Installation, Service & Maintenance of all type Air-conditioner *012-2286290*

60.49.101.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005