Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 30hb Ramadhan 1435 @ 28hb Julai 2014, 10:22:29 mlm
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Agama & Cara Hidup  
(Pengendali : zayed)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2
Dihantar oleh Tasauf : Tasauf - adakah hanya untuk 'elit'?
luarpagar
Ahli Setia
51. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 8:31:02 mlm    [Edit]
Tasauf bagi saya adalah suatu kaedah penyucian hati. Hati yang bersih mudah mendapat hidayat Allah swt tak kira orang itu adalah elit atau tidak elit tapi benar-benar faham apa yang dilakukan adalah tidak melanggar syariat agama.

219.95.241.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
52. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 10:27:26 mlm    [Edit]
tasauf tuh hanya cabang ilmu.. semua org leh belajar.. tapi adab belajar sama cam naik tangga.. kena naik satu2.. dan paling mudah bersederhanalah.. buat apa yg kita tahu dan yakin dulu.. maklumat kena digest dgn betul baru jadi ilmu.. rasa 'hati dah bersih' tuh sendiri tanda hati belum bersih.. moga Tuhan memberkati kita semua.. Amin..

--------------
~;]usoP..

zabat69
Ahli Produktif
53. Dihantar pada 23hb Mac 2005, 11:44:27 mlm    [Edit]
uasPkuChai

Mana pergi post zabat sebelum ini? Munkin dah ditelan gelombang tsunami MDC agaknya.

Dalam nak belajar ilmu seperti tasauf hati main peranan yg terpenting.Hati perlu bersih,bukan sendiri sendiri boleh mengaku hati aku sudah bersih.Kena lalui proses tertentu yg biasanya ditentukan oleh Guru (yg bertauliah dibidang berkenaan).Antaranya kita perlu amal dan selesaikan zikir2 tertentu ikut bilangan dan masa yg telah ditetapkan.

Berbalik kepada post saya yg dicantas itu,tak mengapalah kerana orang yg mencantas ada kuasa untuk berbuat demikian.Patutnya tidak perlu dicantas pun dan sepatutnya dibuat penilaian ramai ramai,kalau tak kena ditegur,kalau kurang ditambah atau kalau lebih dipotong (potong yg lebih sahaja tidak kesemuanya).Ini pun proses membersih dan menguji hati juga.Tetapi tak patut post dicantas hanya untuk nak menjaga hati member
tertentu (munkin) dari diaibkan.Saya tidak berniat nak aibkan hati sesiapa,tetapi setiap perkataan yg diluahkan sekadar mengulas balik kata kata atau tomahan yg agak berat yg ditujukan kepada saya (yg saya fikir tak selari dengan khendak tuan rumah supaya berbaik sangka dan menghurmati pandangan orang lain).

* Mesej ini telah disunting oleh zabat69 pada 24hb Mac 2005, 00:00:51 pagi

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.95.101.:-)

Wali9
Ahli Produktif
54. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 11:37:21 pagi    [Edit]
......berbanyak sabar & redha encik zabat.......nie salah satu ujian Allah pd kita......jom kita semua mohon ma'af seperti penamerah syorkan kita semua berbaik sangka...terus mengutarakan pandangan masing2 walaupun lain tapi jlnnya sama

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

zabat69
Ahli Produktif
55. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:20:14 tghari    [Edit]
Wali9

Berbanyak sabar sudah lama aku amalkan kerana itu salah satu proses ujian.Tetapi aku suka pertahankan prinsip anak jantan, orang menjual kita membeli, orang mencabar kita mempertahankan diri.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.196.:-)

penamerah
Ahli Baru
56. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 12:38:37 tghari    [Edit]
Ikanukai menulis:
quote:
ramai lagi ghu yg leh dibawak berbincang dalam bicarasufi.com
mungkin sedara2 nih pon salu gi 'jalan2' kat sana.....kalau blom pegi lah jengok2 apo yg
ado.....

Betul, cuma pada saya tasauf ini tetaplah boleh dibawa di mana sahaja dengan ‘gu’
yang ada. Orang SACH saya percaya, ramai yang mengikuti jalan ini secara ‘diam’2…


Serban menulis:
quote:
ye betolla tu tuan pena..kita sekarang tgh bertarikat . dan sampai bila2 kita akan
bertarikat.

Setuju dengan syeikh al-serban…


Luarpagar menulis:
quote:
Jika 10 orang buta dikumpul dan dikehendaki merasai setiap angggota badan
gajah lama kelamaan akan terbentuk juga rupa gajah cuma masanya sahaja tetapi jika
seseorang hanya melihat rupa gajah tanpa merasainya bolehkah yang ia buktikan itu
adalah gajah atau hanya ilusinya sahaja.

Satu ulasan yang cantik dari luarpagar (bila nak masuk dalam pagar ni syeikh? Hehehe
). Pendapat luarpagar ini saya rasa bekait dengan ilmu yang diamalkan. Maksudnya,
ilmu tasauf adalah ilmu yang diamalkan, bukan sekadar dipelajari. Pokok yang tidak
berbuah adalah lambang kepada ilmu yang dipelajari tetapi tidak diamalkan…

Selagi tidak diamalkan maka jadilah ianya sebagai sangka-sangkaan…


Wali9 menulis:
quote:
dlm 10 org buta merasai bentuk2 gajah dlm masa tu pasti ada yg " Lu salah lerr
babe...tukan kakinya bukan belalainya.".. ...hok mano yg betul?....jika memandang
gajah saja lebih baik bertanya sapa ya pencipt gajah tu?....apsal dia cipta gajah untuk
apa sebab apa kenapa mengapa...


Ini tingkatan kedua selepas apa yang dinyatakan oleh luarpagar di atas, begitulah
prosesnya. Di dalam Al Quran banyak menyuruh kita melihat alam dan ciptaan yang
mana akhirnya akan membawa pengenalan kita kepada pencipta alam. (itu termasuk di
dalam silibus ilmu tasauf)

Abede menulis:
quote:
potpet nak kawin ke?

Potpet nak kahwinkan orang lain, jadi kadhi… hehehe
(selingan-iklan)

ikanukai menulis:
quote:
Penamerah......saya nih org kurang ilmu...macam mana nak saya 'keluarkan' ilmu
kalau tak berilmu...dalam proses mencari ilmu...yg tak ada sudahnya....

Merendah diri adalah pakaian salik, oklah tu…

ikanukai menulis:
quote:
untuk kita yg baru nak mula mengenal ilmu Allah....saya syorkan mulakan baca
kitab yg mudah2 dulu....mungkin ringkasan Ihya Ulumuddin-'Bimbingan Mukmin' boleh kot
buat permulaan....sebab step dia jelas dan ikut adab.....Insya Allah mudah faham yg
lain2......

Ini yang bagus ni, boleh tak ikanukai sertakan sikit2 kitab ini di dalam SACR ini?

219.93.33.:-)

moshi
Ahli Produktif
57. Dihantar pada 24hb Mac 2005, 1:42:53 tghari    [Edit]


Tanpa mengira dari kalangan ELITE dunianya atau agamanya, diantara langkah-langkah memulai penyucian 'jiwa' atau 'kalbu' atau 'hati' sehingga ada orang menyebutnya JIWA AGAMA ialah sejauhmana malalui 'SABAR YANG BENAR' dalam susahpayah dan lapar-dahaga.

Walaupun mengurangkan makan-minum kelihatan kecil, namun kesannya tentulah besar, kerana SUDAHLAH MAKAN KENA MUJAHADAH, malahan sumber permakanan juga kenalah mempastikan suci-bersih dan bukan sekadar ADA LOGO HALAL.

Ambillah contoh dari maksud Hadis Aisyah RA katanya:
Semenjak berpindah ke Madinah, keluarga Muhammad SAW tidak pernah kenyang makan gandum selama tiga malam berturut-turut sampai baginda wafat. (Bukhari-Muslim)

NOTA:
Sejauhmana kita dapat menjalani jikapun tidak seratusperatus sebagaimana Baginda SAW, kurang sikit, ok le
WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

ikhlasonline
Ahli Setia
58. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 5:19:54 ptg    [Edit]


Bagi mereka yang baru-baru nak berjinak... nak tahu pasal tarikat or tasauf or what so ever... kalau was-was... atau khuatir guru tu betul atau tidak... saya syorkan kepada mereka untuk bertemu dengan Tuan Mufti Negeri Sembilan.... Insyaallah beliau dapat membantu...

219.95.173.:-)

Sekafu
Ahli Produktif
59. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 7:11:22 mlm    [Edit]
Boleh saya conclude dari pandanagn ahli-ahli semua bahawasanya Tasauf bukan milik Elite.

maka sipekebun dapat memahamkan dan mengajar si elite mengenai tasauf.

218.111.117.:-)

penamerah
Ahli Baru
60. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 7:50:47 mlm    [Edit]
EluSIve menulis:
quote:
org bawahan tasauf mmg kelihatan mengelitkan diri.. berkata2 di dunia lain..
membawa manusia ke harapan dunia tersendiri.. mengelitkan diri sedang diri tidak elit..
membiarkan org yg dikatakan masih tahap syariat cuba menegakkan hukum di dunia..
terlalu agung dengan kesaktian para wali dan terelit dlm diri sendiri..

Saya rasa maksud orang bawahan tasauf itu adalah para ‘salik’. Salik ini merupakan
mereka yang sedang berjalan dan masih banyak mempunyai kelemahan dan nafsu
rendah pula masih menguasai diri. Maka itu mereka kadang-kala akan ‘tersasul’,
maklum… bukan maksum. Hakikatnya salik adalah golongan yang sedang berjalan dan
belum sampai kepada matlamat mereka. Perjuangan bukan mudah dan sewajarnya
mereka ditegur jika mereka melakukan kesalahan…

quote:
------------------------------------------------------------------------
belajar ilmu agama tidak semestinya di madrasah, universiti dan sebagainya.
------------------------------------------------------------------------

quote:
ikut keadaan dunia sekarang.. den lebih percaya pada org yg belajar agama di
madrasah universiti dan seterusnya belajar dan mengajar agama secara hati terbuka..
pembelajaran secara formal di permulaan perlu sbg asas kekuatan penerimaan
kemudiannya

Berkenaan ayat di atas, saya maksudkan begini:
1. Ilmu agama boleh diajar dan belajar di mana sahaja, tidak semua orang layak/mampu
masuk universiti maka bagi golongan ini, universiti mereka adalah ‘di mana ilmu itu
berada’. Kalau ianya ada di madrasah, mereka akan ke sana. Kalau ilmu itu ada di rumah
guru maka mereka akan juga ke sana. Kalau ada usrah, mereka join dan kalau ada
ceramah, mereka ikut…

2. Tidak semua orang yang bertaraf guru, membuka pusat pengajian (banyak faktor
yang menyebabkannya berlaku) dan mereka biasanya akan mengajar di rumah mereka
atau di surau-surau. Kalau diajak makan di kedai makan atau di mana sahaja maka
mereka tetaplah akan menabur ilmu mereka kepada yang berkehendak.

Maafkan saya, atas faktor masa yang terhad maka saya kurang dapat menulis...

Apapun, jazakallah... atas sumbangan sahabat-sahabat sekalian, semoga dapat terus di
manfaatkan oleh semua...

* Mesej ini telah disunting oleh penamerah pada 25hb Mac 2005, 7:51:40 mlm

219.93.33.:-)

penamerah
Ahli Baru
61. Dihantar pada 25hb Mac 2005, 8:05:11 mlm    [Edit]
nur312003 menulis:
quote:
Pernah dengar dari mulut orang yg belajar tasauf ni......hati2 la...jgn terpesong
sudah la, kalu ada basic agama baru bole belajar ilmu ni tu pun tgk sapa tok guru dia.....

pernah mengaku pernah naik ke langit ke7...., kalu sembahyang jumaat buat syarat je ,
jgn nanti org pikir lain... bole nampak org bertanduk ke tak?

ni la pengalaman aku sendiri....

Tasauf tidak ada tempat untuk ‘dakwa-dakwi’. Tasauf adalah tempat untuk kenyakinan
yang teguh dan bersumberkan kepada kenyataan yang paling benar. Sumber kepada
kebenaran kefahaman dan ilmu ini adalah Al Quran dan As Sunnah …

Biasanya orang-orang yang mengikuti jalan ini tidak akan mendedahkan apa yang
dialaminya kepada umum. Itu adabnya…

Abede menulis:
quote:
Saya lebih suka mengambil pendekatan menasihati diri sendiri dan rakan-rakan
supaya untuk kembali kepada asas agama kita iaitu dengan mengambil Al_Quran dan
As-Sunnah sebagai panduan kita.
Yang pasti hanya satu jalan yang diberi jaminan iaitu jalan@tarikat yang dibawa oleh
junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Terlalu banyak dan besar kemungkinan jalan-jalan yang ada sekarang yang sekiranya
tidak berhati-hati boleh menjerumuskan diri kedlm jalan kesesatan...
Terlalu banyak cabang-cabang tarikah yang telah terseleweng..dan diselewengkan

Tidak ada rahsia didlm ilmu islam yang dibawa oleh junjungan besar dan tidak ada
"short cut" ataupun jalan pintas untuk mendapat darjah ketakwaan disisi tuhan..

Hanya teguran untuk diri sendiri dan sekiranya boleh diambil panduan, alhamdulillah.

wallahualam

Satu ingatan yang baik, diharap ianya akan berterusan...

Tariqat yang benar, sumbernya dari Al Quran dan As Sunnah. Tariqat sebenarnya
mengikut perlakuan, perkataan dan pengamalan baginda s.a.w. Sabar, zuhud,
istiqamah, tawakkal, ikhlas dan sebagainya lagi merupakan ‘pakaian’ ahli-ahli sufi dan
ianya jelas mencontohi cara hidup baginda s.a.w…

Dalam tasauf sendiri tidak ada short cut…

219.93.33.:-)

ikanukai
Ahli Baru
62. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 12:28:47 tghari    [Edit]
mengenai permintaan penamerah utk kongsi kitab 'bimbingan mukmin' -ringkasan kepada Ihya Ulumuddin'...memang sukar kalau nak dibincangkan di sini.....macam tak kena dengan cara...elok dibaca dan difahami...baru boleh bincang kalau tak faham....cuma mungkin ada part2 yg boleh dikongsi mengkiut kesesuaian keadaan dan isu.....

mengenai tasauf dan tarikat yg betul kat negeri sembilan ...Insya Allah boleh jumpa Tuan hj abdul rahman...di lenggeng...org lama ni....

--------------
MendefinasikanSemulaMelayu

202.75.44.:-)

zabat69
Ahli Produktif
63. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 2:29:17 ptg    [Edit]
ikannukai

Satu pandangan yg bernas.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

218.111.191.:-)

abede
Ahli Produktif
64. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 3:41:04 ptg    [Edit]
quote:
Dalam tasauf sendiri tidak ada short cut…


setuju..tetapi kekadang saya konpius sebab kekadang ada pengamal tarikat seolah-olah mengiakan apabila dia berjaya berzikir sesuatu zikir itu sehingga sekian-sekian banyak..dia sudah sampai ke suatu peringkat dan darjat... setahu saya darjat ketakwan bukan setakat banyak mana kena zikir jeerr...
Kekadang tu siap ada cara berzikir jugak...berzikir dengan tubuh laa dengan jasad la dengan rohani la...

p/s: sori la sebab saya memang jahil bab-bab kumpulan tarikat-tarikat dan elit nih...

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 26hb Mac 2005, 3:42:10 ptg

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

zabat69
Ahli Produktif
65. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 7:21:31 mlm    [Edit]
Abede

Quote:
------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: sori la sebab saya memang jahil bab-bab kumpulan tarikat-tarikat dan elit nih...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku hurmat kat kau kerana kau berani atau sanggup membuat pengakuan seperti diatas.Munkin kau tidak jahil dlm bab bab diatas tetapi tidak bermakna kau jahil, dengan membuat pengakuan sedemikian.Setakat sembang2 agama biasa bolehlahkita lakukan diMDC ini.

Untuk membincangkan perkara perkara yg lebih "berat" kita perlu dibimbing oleh facilitator atau seorang Guru yg betul2 berpakaran dlm bidang berkenaan, yg dapat menghuraikan segala galanya.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.197.:-)

moshi
Ahli Produktif
66. Dihantar pada 26hb Mac 2005, 10:39:36 mlm    [Edit]

Salam.

Adakah majlis yang dibawah ini,
sebagai Majlis para 'sufi' yang berzikir sepanjang malam ?

atau majlis yang adanya maksud membesarkan Allah SWT termasuk berupa pengajian-pengajian Al Quran atau Sunnah di Masjid-Surau atau di Madrasah-Madrasah Agama ?

atau nasihat-nasihat yang bermaksud hanya membesarkan Allah SWT dimana sahaja berada ?

atau apakah yang dimaksud zikir untok mencapai 'kesufian' ?



Hadis dari Abu Hurairah RA katanya : Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhatikan majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit.

Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malaikat naik ke langit.
Baginda bersabda: Allah SWT bertanya para malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: Dari mana kamu datang?
Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.

Allah SWT berfirman: Apakah yang mereka pohonkan?
Para Malaikat menjawab: Mereka memohon Syurga dari-Mu.
Allah SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?
Para Malaikat menjawab: Belum, wahai Tuhan kami.
Allah SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Syurga-Ku?
Para Malaikat berkata lagi: Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.

Allah SWT berfirman: Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?
Para Malaikat menjawab: Dari Neraka-Mu, wahai Tuhan.
Allah SWT berfirman: Apakah mereka pernah melihat NerakaKu?
Para malaikat menjawab: Belum.
Allah SWT berfirman: Bagaimanakah akan terjadi seandainya mereka pernah melihat Neraka-Ku.

Para Malaikat terus berkata lagi: Mereka juga memohon keampunan-Mu. Allah SWT berfirman: Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.

Para Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.

Baginda SAW bersabda: Allah SWT berfirman: Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan. ( Muslim )


--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

218.111.117.:-)

gegala
Ahli Baru
67. Dihantar pada 27hb Mac 2005, 9:11:10 mlm    [Edit]



terasa syahdu membaca posting2 dr tuan penamerah dan ikhwan2 lain....

sesetengah org menganggap thorikat ini adalah utk golongan yg
'khusus' shj...yg tak berapa 'khusus' ni takut nak masuk krn tak cukup ilmu

pada saya...ilmu ni adalah merupakan ilmu yg sebasic-basicnya sebab
sebelum kita sembahyang kita mesti kenal Tuhan kita dulu

tak semua org dpt jalan ni...bahkan org yg ilmu agamanya tinggi pun
kadang-kadang tak dapat...Allah lebih mengetahui

hanya org yg ikhlas dan 'mencari' dgn bersungguh sahaja insyaalah
akan di beri hidayat...

kata org biar sesat mencari Tuhan dari sesat mengejar dunia
sila tegur kalu tersilap

wallhualam...

p/s...bila nak pekena teh tarik tarik lg tuan penamerah

* Mesej ini telah disunting oleh gegala pada 27hb Mac 2005, 9:12:03 mlm

--------------
setiap nafas yg disedut semakin dekatlah kita kepada ajal

192.91.75.:-)

abede
Ahli Produktif
68. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 10:07:13 pagi    [Edit]
quote:
kata org biar sesat mencari Tuhan dari sesat mengejar dunia
sila tegur kalu tersilap



jangan mencari tuhan..

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

zabat69
Ahli Produktif
69. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 11:26:24 pagi    [Edit]
Abede

Quote:

----------------------------------------------------------------------------------------------
jangan mencari tuhan..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa kau larang mencari Tuhan?.Aku ingat kau sudah berjumpa Tuhan.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

218.111.188.:-)

webweb
Pengendali
70. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 11:31:23 pagi    [Edit]
aku tak cari tuhan dan aku tak pernah mencari,
tapi aku yakin ujudnya Tuhan, ujudnya kekuasaanNYA, ujudnya zatNYA & ujudnya segala sifat yg haq padaNYA.

* Mesej ini telah disunting oleh webweb pada 28hb Mac 2005, 11:33:27 pagi

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

tuanSENTANG
Ahli Produktif
71. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 11:56:57 pagi    [Edit]
kalau kita setakat syariat jer...masih tak cukup kaa utk masuk syurga?
sori soklan basic nihh aku tanya....

192.55.6.:-)

abede
Ahli Produktif
72. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 11:57:10 pagi    [Edit]
quote:
Kenapa kau larang mencari Tuhan?.Aku ingat kau sudah berjumpa Tuhan.



kerana tuhan melarang kita mencarinya cuma suruh kita melihat dan berfikir akan keujudannya dengan melihat kekuasaannya akan kejadian alam maya ini...

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 28hb Mac 2005, 12:01:53 tghari

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

webweb
Pengendali
73. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 12:07:31 tghari    [Edit]
tuan sentang,

dlm menuntut ilmu ni, dah ramai yg pasti tahu yg benda ni fardu.
Jika berilmu, dlm bersyariat bukan sekadar atau setakat menjadi syariat dlm perkara yg bersyariat.


--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

zabat69
Ahli Produktif
74. Dihantar pada 28hb Mac 2005, 10:17:02 mlm    [Edit]
Tidakkah diawal agama kita disuruh mengenal Tuhan dan mengenal diri,untuk nak mengenal Tuhan tidakkah kita perlu mencarinya?


Adakah memadai mengenal Tuhan itu sekadar seperti kata kata webweb dibawah?

{aku tak cari tuhan dan aku tak pernah mencari,
tapi aku yakin ujudnya Tuhan, ujudnya kekuasaanNYA, ujudnya zatNYA & ujudnya segala sifat yg haq padaNYA}

Ramai daripada kita sekarang mudah sangat mengata orang itu tak betul,orang ini sesat dan sebagainaya tetapi yg penting adakah kita sendiri sudah berada dijalan yg betul? Kalau mengenal Tuhan dan mengenal diri (perkara yg basik kita ketahui) pun masih sekadar "imaginasi"dan"andaian" dan masih dalam berkeadaan kabur ,patutnya kita kena terus berusaha untuk mencarinya.Itu bezanya antara ulamak yg mengaku elite sekarang dengan ulamak yg tak elite tetapi elite dari segi ketinggian ilmu disisi Tuhan,sebagaimana terdapat ulamak2 terdahulu yg tersohor ketinggian ilmu mereka dan dapat dibuktikan dengan kelebihan istimewa seperti mulut masin atau keramat.Semua mereka ini mengenal Tuhan,tetapi saya yakin memreka mengenal Tuhan tidak secara web web kenal diatas.

Webweb maafkan saya saya sedikit pun tidak berniat tak baik dalam merujuk kepada kata kata saudara diatas,tetapi sekadar untuk menarik perhatian dan untuk dibincang bersama sekadar termampu demi untuk kebaikan bersama.

* Mesej ini telah disunting oleh zabat69 pada 28hb Mac 2005, 10:26:46 mlm

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.95.97.:-)

webweb
Pengendali
75. Dihantar pada 29hb Mac 2005, 09:09:08 pagi    [Edit]
tima kasih en. zabat sebab sudi quote saya sebagai cth..

apa pun kalau kita nak ke sesuatu tempat kenalah tahu dulu jln mana yg nak diguna, kalau tidak nanti berpusing-pusinglah kita dan kalau nasib tak baik ketempat lain kita dibawa.
kalau nak mencari sesuatu, pastikan dulu apa yg hendak dicari kalau tidak apa yg dicari sampai bla pun tak kita temui.
bagi saya kalau kita benar faham dan yakin pada sifat-sifat yg haq wajib pada Allah swt yg bisa kita lihat buktinya yg ada pada tiap makhluk pasti dtg dengan sendirinya perasaan ketakwaan pada Allah SWT dan perasaan hina makhluk seorang hamba pada kekuasaan Tuhannya.
Dahulu kalau dilihat pada zaman Rasullullah SAW bukanlah lebih dtg keimanan para sahabat tu hanya dgn dlm menghayati ilmu pencarian keTuhanan shj.
Bahkan mereka adalah dari golongan yg Bila Mereka Dengar Mereka Taat.
Apa sahaja amalan yg diturunkan dan diwajibkan mereka amalkan, tanpa ragu-ragu dan tanpa terniat dihati mereka sebagaimanakah Tuhan yg mereka sembah itu sebeleum mereka menyembah.
Bahkan penghayatan mereka adalah lebih dlm beramal(amalan dunia & akhirat) dan bukan sekadar penghayatan mereka dlm menghayati.
Hasilnya hanya dari syariat amalan yg dibuat bukan sekadar syariat, hakikat bukan sebarangan hakikat makrifat bukan sekadar makrifat dan apa-apa shjlah yg berakhir dgn "at" yg lain yg seronok kita sekrg panggil dan sembang-sembangkan.
Dan kita boleh lihat bagaimana majunya Islam pada zaman sahabat bila segala amalan yg dibuat berlandaskan syariat dan bukanlah amalan dunia itu sekadar amalan untuk dunia shj dan bukanlah amalan akhirah itu untuk akhirah bahkan kedua-dua amalan itu membuahkan hasil buat dunianya dan akhirah. Dan tidak sekali-kali kemajuan keduniaan mereka(seperti kekayaan,astronimo,perubatan) dapat menghalang mereka dari mendekat diri mereka lebih kepada Pencipta yg Maha Pencipta.
Sedangkan kita terus lena pada akhirah buat akhirah dan dunia buat dunia.Dan kita terus alpa mengejar dan mencari akhirah sehingga lupa pada dunia untuk ke akhirah.

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

Sekafu
Ahli Produktif
76. Dihantar pada 29hb Mac 2005, 6:49:50 ptg    [Edit]
Tak payah kenal lahhhhhhh .
Tak payah carilah.
Tak payah , tak payah, tak payah.

Tapi kenapa masih ada yg tak puas ,
Kenapa masih ada yg gelisah
kenapa masih ada persoalan

Nak jadi pak turut.
Satu meniarap semua meniarap
satu menonggeng menonggeng.

kemudioan bertanya
apa yg kita sedanag buat
siapa yg suruh buat
apa faedahnya kita buat

akhirnya kita disuruh back tu basic.
mengenal tuhan dulu barulah buat apa y disuruhnya
denagn lebih baik dan hati yg ikhlas.

Tanpa takut tanpa ragu-ragu lagi.

Kesudahannya kita tak teraba-raba
kita tak tercari-cari
kita juga tak bertanya-tanya.

Semua nya ada peluang
Ia tak terhad kepada golongan elite
Baik sarjana mahupun seorang buruh biasa.
kepada diri sendiri harus bertanya.

Apakah aku sudah bergerak
apakah aku suda bertanya
apakah aku sudah mencari
Apakah aku sudah faham

Tepuk dada tanya selera

Kalau nak makan steak kenalah cari duit lebih sikit.
Boleh dimakan direstoren terkenal.
Tapi kalau tak cukup duit
masih mempunyai harapan untuk merasa steak.
Buatlah sendiri tanpa mengharapkan makan direstoren

Pimai-pimai kepada diri sendiri juga akhirnya tassauf berdiri tegak.
Kepada diri sendiri tassauf diterokai
kepada diri sendiri yg akan menetukan

Maka Tepuk dada tanya selera.
Jangan salahkan sesiapa
mahupun tuhan
kalau tak ada petunjuk.

Bukan dikatakan tak ada rezeki
cuma rezeki perlu dicari
rezeki perlu diusahakan
rezeki juga menempuh dugaan dan halangan.

Aku bukan memberi rezeki kepada hamba ku
tetapi akau mencampakkan rezeki kepada hambaku.
Maka tak kira dia kafir atau islam .
siapa y rajin ,siapa yg berusaha maka dapatlah dia.

janan salah aku dan jangan salah kan tassauf
kalau diri sendiri tersesat atau terbabas
kerana aku mecampakkannya didunia.
kau hamba kena cari dan mengutinya sendiri.

maka ada bezanay antara hamba dan tuhan.
kalau nak mengaku tuhan?
tanyalah pada diri sendiri. Siapa pula kau pada aku.


hehhehheh hhheh kau siapa , aku siapa, kau ker elite atau aku yg elite

wasalam.

hai macam joget kat disko pulak .......... bila steam, dia menari macam dunia nih dia yg punya. Tambah ada GRO yg cantik jelita y menghangatkan suasana. Dunia dunia, dalam mencari tassauf teringat pulak GRO y aku jumpa di Kenana Dang dut. wasalam.

* Mesej ini telah disunting oleh Sekafu pada 29hb Mac 2005, 7:00:02 mlm

218.111.162.:-)

zabat69
Ahli Produktif
77. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 03:48:03 pagi    [Edit]
Sekafu

Quote:
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku bukan memberi rezeki kepada hamba ku
tetapi aku mencampakkan rezeki kepada hambaku.
Maka tak kira dia kafir atau islam .
siapa y rajin ,siapa yg berusaha maka dapatlah dia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kan nampak Tuhan tu adil dan tidak memilih bulu,puak atau agama.Tetapi ada manusia yg rasa lebih lebih pulak bahawa Syurga tu hak mereka atau yg sekapal dengan mereka saja.

* Mesej ini telah disunting oleh zabat69 pada 30hb Mac 2005, 03:50:44 pagi

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.93.197.:-)

webweb
Pengendali
78. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 5:01:39 ptg    [Edit]
tak salah rasanya kalau yg merasa syurga tu untuk mereka atau yg sekapal dgn mereka kalau mereka yg dimaksudkan tu org yg beriman pada Allah dan Rasulnya & sekapal yg dimaksudkan adalah sekapal dlm beragama Islam.

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

Sekafu
Ahli Produktif
79. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 5:40:32 ptg    [Edit]
quote:
tak salah rasanya kalau yg merasa syurga tu untuk mereka atau yg sekapal dgn mereka kalau mereka yg dimaksudkan tu org yg beriman pada Allah dan Rasulnya & sekapal yg dimaksudkan adalah sekapal dlm beragama Islam.


web tak salah dan saya setuju dengan pandanagn diatas.
tapi yg salahnya bila puak yg kau sebut diatas iri hati, dengki hati dan tak puas hati bila tuhana memberi rezeki kepada orang yg tak tergolong seperti kau katakan. sebab tu kita belajar tassauf. Supaya hati bersih dan hati tenang melihat kejayaan orang lain dan kekayaan orang lain yg lebih dari kita.( Tak kira puak ,bangsa dan ugama)

Boleh terima ker web?

218.111.117.:-)

webweb
Pengendali
80. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 6:33:29 ptg    [Edit]
rasanya kalau puak tu ada sifat-sifat tu, layakkah puak-puak tu untuk rasa dirinya sudah 100% tergolong didlm golongan mereka yg beriman pada Allah SWT & Rasulnya, sebab jika mereka beriman pada Allah SWT& Rasulnya dah tentu mereka akan cuba elakkan dan jauhkan sifat-sifat tu...

Ni belum masuk lagi persoalan sejauh manakah kita benar-benar selamat dan benar-benar berada dlm mereka yg beriman pada Allah SWT & Rasulnya hanya dgn berfikir kita ini sudah selamat atau berfikir yg kita ini sudah benar berada dlm mereka yg beriman pada Allah SWT & Rasulnya.

* Mesej ini telah disunting oleh webweb pada 30hb Mac 2005, 6:35:10 ptg

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

Sekafu
Ahli Produktif
81. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 7:05:21 mlm    [Edit]
Tsunami banyak mengajar kita.
Siapa kita nak kata kita telah benar-benar beriman.? hehehheh

218.111.117.:-)

webweb
Pengendali
82. Dihantar pada 30hb Mac 2005, 7:31:09 mlm    [Edit]
cakap bab tsunami ni nak jugak cakap bab kifarah.

kdg-kdg adat kebanyakan masyarakat kita ni bila ada je kematian bila kita lihat seseorg tu tgh nazak dan dtg bermacam-mcm ujian kat Allah SWT tambah-tambah benda pelik-pelik ni, masyarakat mulalah kaitkan si nazak/mati tu dulu dgn dosa-dosa atau perlakuan simati tu dgn kejadian-kejadian dia nak mati tu.
dan kadang-kadang kalau ada antara yg hidup ni pun bila kena musibah mcm lumpuh ke penyakit itu ke ini ke, mulalah jugak masyarakat ni kaitkan dgn org tu dulu ada buat benda tak eloklah itulah inilah.

Tapi seberapa ramaikah antara kita yg sedar dan ada terfikir yg benda-benda yg Allah SWT kenakan keatas mereka tu adalah kdg-kdg kerna atas sifat Kasih Allah SWT terhadap hambanya itu, dgn sebab benda-benda bala?/musibah? tu akan menjadi kifarah pada amal perbuatannya yg lalu atau mungkin juga sebagai ujian pada hambanya yg dikenakan musibah itu untuk menambahkan ganjarannya diakhirat nanti atas kesabarannya menghadapi dugaan Allah SWT?

Ambil cth. mudah adakah penyakit kulit yg ditimpakan oleh Allah SWT kepada seorg Nabi kerana Nabi tersebut dek disebabkan oleh dosanya?
atau apakah disebabkan kerna ujian Allah SWT untuk membuktikan & keteguhan keimanan hambanya?
apakah limpahan harta kekayaan/kesenangan itu sebenarnya tanda kasih Allah SWT pada kita ataupun sebagai tanda kita akan semakin jauh dan semakin lalai dgn kurniaan duniaNYA.


* Mesej ini telah disunting oleh webweb pada 30hb Mac 2005, 7:36:40 mlm

--------------
~why don't you worry about yourself instead~when there is a will, there is a way~

abede
Ahli Produktif
83. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 08:21:58 pagi    [Edit]


saya amat setuju dengan webweb di para 82...
suka utk saya bawa satu kisah yang saya dapat walaupun tiada kaitan secara direct namun ada sesuatu yang menarik utk dibaca...dan ada juga kaitan dengan ujian dan nikmat ALlah..
quote:

Assalamualaikum ........

Kisah ini sering saya sebut dalam ceramah-ceramah yang
saya sampaikan mahupun dalam kelas semasa kuliah
Kejuruteraan Mekanikal yang saya ajar.

Ia mengisahkan seorang saintis yang asyik memerhatikan
kepompong. Dia dapati si anak kupu-kupu bergelut untuk
keluar dari kepompong. Atas sebab kesian, saintis
tersebut memotong bucu kepompong untuk mengeluarkan si
anak kupu-kupu itu tadi.

Anak kupu-kupu itu merangkak-rangkak. Kepaknya kecut
dan badannya agak kecil. Saintis itu menunggu dengan
harapan badannya akan membesar dan kepaknya akan
mengembang. Sangkaannya meleset sekali kerana
kupu-kupu itu cacat seumur hidup dan tidak dapat
terbang.

Apa yang saintis itu tidak tahu, pergelutan itu suatu
perencanaan Allah swt agar cecair dalam badannya
mengalir keseluruh kepak, mengembangkan kepak tersebut
dan memperkukuhkan binaannya.

Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan,
perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita
berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau
Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan
dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita
ini.

"Sometimes struggles are exactly what we need in our
life. If Allah allowed us to go through life without
obstacles, it would cripple us. We would not be as
strong as we could have been.

And... we would never fly."




wallahualam

* Mesej ini telah disunting oleh abede pada 31hb Mac 2005, 08:23:32 pagi

--------------
Jangan jadi JEBON arrr..

192.198.147.:-)

zabat69
Ahli Produktif
84. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 12:36:20 tghari    [Edit]
Abede

Quote:
-------------------------------------------------------------------------------------- -------
Dalam hidup kita begitu juga - kekadang - pergelutan,
perjuangan dan usaha gigih diperlukan agar kita
berjaya dan kuat dalam menjalani hidup ini. Kalau
Allah membiarkan hidup kita ini tanpa dugaan, cubaan
dan pergelutan - kita akan gagal dalam kehidupan kita
ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
You are saying the right thing, which is which.Tasauf itu satu dari pada jalan yg perlu dilalui sebagai salah satu proses untuk melengkapkan diri (mencuci diri dan menyediakan tapak) untuk dianugerahkan ilmu Allah mengikut tahap ujian atau prjuangan yg masing masing dapat capai setelah melalui liku liku hidup(pergelutan,perjuangan hidup seperti kau katakan diatas)seagai mana yg telah diatur biasanya melalui perguruan.
Proses ini membawa kita mengenal Tuhan dan mengenal diri (sebenar benar kenal).Saya tak ada lagi nak komen.

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

60.48.63.:-)

Wali9
Ahli Produktif
85. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 3:04:02 ptg    [Edit]
......syukur alhamdulillah, bertambah ilmu saya......

lapar.......teringin nak makan kopok lekor....

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

penamerah
Ahli Baru
86. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 3:26:39 ptg    [Edit]
Moshi menulis:
quote:
Tanpa mengira dari kalangan ELITE dunianya atau agamanya, diantara
langkah-langkah memulai penyucian 'jiwa' atau 'kalbu' atau 'hati' sehingga ada orang
menyebutnya JIWA AGAMA ialah sejauhmana malalui 'SABAR YANG BENAR' dalam
susahpayah dan lapar-dahaga.

Walaupun mengurangkan makan-minum kelihatan kecil, namun kesannya tentulah
besar, kerana SUDAHLAH MAKAN KENA MUJAHADAH, malahan sumber permakanan juga
kenalah mempastikan suci-bersih dan bukan sekadar ADA LOGO HALAL.

Ambillah contoh dari maksud Hadis Aisyah RA katanya:
Semenjak berpindah ke Madinah, keluarga Muhammad SAW tidak pernah kenyang
makan gandum selama tiga malam berturut-turut sampai baginda wafat.
(Bukhari-Muslim)

NOTA:
Sejauhmana kita dapat menjalani jikapun tidak seratusperatus sebagaimana Baginda
SAW, kurang sikit, ok le
WA.

Jazakallah… syeikh moshi…

Sabar pada perkara yang benar juga sabar pada perkara yang mungkar. Sabar dalam
melakukan kebajikan/ibadah (istiqamah) dan sabar dalam menahan diri dari melakukan
kemaksiatan/kemungkaran. Itu pakaian ahli sufi. Sabar dalam pemberian (qanaah) dan
sabar dalam menerima ketentuanNya (redha)… sungguh, sabar itu sebahagian dari
iman…


Ikhlasonline menulis:
quote:
Bagi mereka yang baru-baru nak berjinak... nak tahu pasal tarikat or tasauf or
what so ever... kalau was-was... atau khuatir guru tu betul atau tidak... saya syorkan
kepada mereka untuk bertemu dengan Tuan Mufti Negeri Sembilan.... Insyaallah beliau
dapat membantu...

Mufti ini dikenali sebagai insan yang wara’ dan beliau adalah pemimpin tariqat Ahmadiah.
Satu syor yang bermanfaat… Alhamdulillah…

Sekafu menulis:
quote:
Boleh saya conclude dari pandanagn ahli-ahli semua bahawasanya Tasauf bukan
milik Elite.

maka sipekebun dapat memahamkan dan mengajar si elite mengenai
tasauf.

Bagaimana pendapat Sekafu tentang elit yang sepatutnya?


Ikanukai menulis:
quote:
mengenai permintaan penamerah utk kongsi kitab 'bimbingan mukmin' -ringkasan
kepada Ihya Ulumuddin'...memang sukar kalau nak dibincangkan di sini.....macam tak
kena dengan cara...elok dibaca dan difahami...baru boleh bincang kalau tak
faham....cuma mungkin ada part2 yg boleh dikongsi mengkiut kesesuaian keadaan dan
isu.....

Oklah kalau begitu, barangkali ada sesiapa yang sedang mentelaah kitab ini dan jika
kurang faham, maka bolehlah dinyatakan di ruangan SACH ini…

219.93.33.:-)

penamerah
Ahli Baru
87. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 4:02:56 ptg    [Edit]
Abede menulis:
quote:
quote:
------------------------------------------------------------------------
Dalam tasauf sendiri tidak ada short cut…
------------------------------------------------------------------------

setuju..tetapi kekadang saya konpius sebab kekadang ada pengamal tarikat
seolah-olah mengiakan apabila dia berjaya berzikir sesuatu zikir itu sehingga
sekian-sekian banyak..dia sudah sampai ke suatu peringkat dan darjat... setahu saya
darjat ketakwan bukan setakat banyak mana kena zikir jeerr...
Kekadang tu siap ada cara berzikir jugak...berzikir dengan tubuh laa dengan jasad la
dengan rohani la...

p/s: sori la sebab saya memang jahil bab-bab kumpulan tarikat-tarikat dan elit
nih...

Kita semua di sini sedang belajar dan akan terus belajar, belajar sebenarnya untuk
menjadi lebih ‘rendah’, bukan menjadi lebih ‘tinggi’. Merendah diri itu juga merupakan
satu bentuk latihan tasauf untuk menjadi hamba yang sebenar hambaNya…

Tentang zikir yang berperingkat-peringkat itu, ianya adalah silibus matapelajaran tariqat
(saya fokus kepada tariqat dulu, sebenarnya ada satu cabang ilmu lagi yang dipanggil
ilmu haqiqat). Tujuannya supaya guru dapat ‘monitor’ muridnya dengan mudah dan
tahap-tahap itu pula amat berkait dengan tahap kematangan murid dalam kefahaman
dan pengalamannya dalam sudut kerohanian.

Ianya adalah belajar dalam beramal, zikir itu tujuannya untuk membersihkan hati dan
ianya juga adalah ibadah yang khusus untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hati
yang bersih akan mudah menerima petunjuk dan limpahan ilmu yang ‘halus’ dan
bermanfaat.

Berkenaan istilah (berzikir dengan tubuh laa dengan jasad la dengan rohani la... ), ianya
adalah kenyataan dari pengalaman kerohanian. Contoh mudah, ihsan:
seolah-olah melihat Allah s.w.t. itu bagaimana? Ianya hanya dapat dirasai oleh mereka
yang melaluinya dan kenyataan-kenyataan dalam bentuk lisan dan perkataan tetaplah
tidak akan dapat menghuraikan ‘rasa’ tersebut…

Wallahua’lam…

219.93.33.:-)

EluSIve
Ahli Produktif
88. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 4:39:50 ptg    [Edit]
mmm.. merujuk pada penamerah 60..

den tahu tak semua mampu ke universiti.. tapi skrg mmg ramai amat org yg menulis pasal agama bukan dari bidang agama.. walaupun mmg nampak penulisannya lebih intelektual daripada org lulusan agama universiti.. den bukan tak setuju.. cuma den rasa.. agama itu terlalu byk pada akal..

org yg beriman dengan akal mmg berapi di hadapan musuh dgn hujahnya.. org yg beriman dgn hati.. walo tak berkata.. musuh sudah gentar dengan hanya memandangnya..

org yg beriman dengan akal.. mmg buat org teruja dgn ucapannya.. terpegun org mendengar ceramahnya.. bersemangat org mendengarnya.. org yg beriman dgn hati.. org ramai ternanti2 nasihatnya.. kata2nya buat org tunduk dan akur..

den tak suka pemimpin yg terlalu bermain dgn semangat.. walo semangat Islam..

org tasauf lebih terkenal di kalangan ahlinya saja.. jarang campur urusan masyarakat awam.. membiarkan org2 'syariah' yg ke hulu hilir menjaga maslahat awam.. org syariah juga yg cuba menentang undang2 yg ditakuti mencemar kedaulatan Islam..

namun den rasai.. byk persatuan agama skrg nampak lebih kurang je sama ngan lain.. bezanya.. hanya matlamat..

--------------
- : -

219.95.128.:-)

penamerah
Ahli Baru
89. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 4:41:47 ptg    [Edit]
zabat69 menulis:
quote:
Untuk membincangkan perkara perkara yg lebih "berat" kita perlu dibimbing oleh
facilitator atau seorang Guru yg betul2 berpakaran dlm bidang berkenaan, yg dapat
menghuraikan segala galanya.

Oklah tu, kita boleh bincang juga mana-mana yang ‘kurang berat’ untuk maslahah
umum…


Moshi menulis:
quote:
atau apakah yang dimaksud zikir untok mencapai 'kesufian' ?

Zikir adalah proses menuju kepada Allah s.w.t., zikir adalah ‘ingat’, apa sahaja yang
boleh mengingatkan manusia itu kepada Allah s.w.t. termasuk dalam konteks zikir
(umum). Salik dibimbing supaya hati dan perbuatannya senantiasa dikaitkan/hubungkan
dengan Allah s.wt. (rujukan: doa iftitah – sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan
matiku hanya untuk Allah s.w.t… )


Gegala menulis:
quote:
terasa syahdu membaca posting2 dr tuan penamerah dan ikhwan2 lain....

sesetengah org menganggap thorikat ini adalah utk golongan yg
'khusus' shj...yg tak berapa 'khusus' ni takut nak masuk krn tak cukup ilmu

pada saya...ilmu ni adalah merupakan ilmu yg sebasic-basicnya sebab
sebelum kita sembahyang kita mesti kenal Tuhan kita dulu

tak semua org dpt jalan ni...bahkan org yg ilmu agamanya tinggi pun
kadang-kadang tak dapat...Allah lebih mengetahui

hanya org yg ikhlas dan 'mencari' dgn bersungguh sahaja insyaalah
akan di beri hidayat...

kata org biar sesat mencari Tuhan dari sesat mengejar dunia
sila tegur kalu tersilap

wallhualam...

p/s...bila nak pekena teh tarik tarik lg tuan penamerah

macam pernah dengar kata-kata sahabat saya ‘gegala’…

kata org biar sesat mencari Tuhan dari sesat mengejar dunia
sila tegur kalu tersilap


Izinkan kawe kupas sikit ayat ini (untuk maslahah umum), maksud syeikh kita ini ialah
bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhan atau ‘gila’ menuju kepada Tuhan. Bukan
sebaliknya, bersungguh-sungguh menuju/menggenggam duniawi. Sesat itu bukan
hanya bermaksud tegelincir aqidah, sesat juga bermakna menghadapi kesukaran kerana
belum menemui penghujung jalan (matlamat)…

Pasal teh tarik tu, insyaAllah bila-bila saja syeikh...

219.93.33.:-)

penamerah
Ahli Baru
90. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 5:01:21 ptg    [Edit]
Tentang mencari tuhan, saya berpendapat yang itu hanya istilah. Maksudnya, mencari
itu ialah menuju kepada Dia/mendekatiNya/mengenalNya. Ianya memerlukan amal dan
ilmu, apapun hakikatnya, Allah s.w.t sebenarnya yang mengenalkan diriNya…

TuanSENTANG menulis:
quote:
kalau kita setakat syariat jer...masih tak cukup kaa utk masuk syurga?
sori soklan basic nihh aku tanya....

Kalau sampai mana tingginyapun masihlah kita tidak layak masuk syurga, RahmatNya
yang ‘memasukkan’ kita ke dalam syurga…

Maka itu, kena cari redhaNya dan berdoa. RedhaNya terletak di dalam ‘taat’ dan
murkaNya terletak di dalam ‘maksiat’…

Sedang baca input-input, menarik sebenarnya perbincangan sahabat-sahabat ini...

Wallahua'lam...

219.93.33.:-)

gegala
Ahli Baru
91. Dihantar pada 31hb Mac 2005, 9:14:07 mlm    [Edit]
....

pernah guru 'bermadah' kpd saya...

Wahai Tuhan...seandainya Engkau campakkan aku ke syurgaMu...
tapi Engkau tidak bersama ku...itu lah neraka bagi ku...

Dan jika Engkau campakkan aku ke nerakaMu...
tetapi Engkau bersamaku...itulah syurga bagiku...

satu lagi...

datang kedunia umpama kain putih....
kembali pun umpama kain putih jugak...

saya pulak...

jika kain kotor tu bolehlah bersihkan ngan breeze colour...
tapi kalu hati plakk....

wassalam

--------------
setiap nafas yg disedut semakin dekatlah kita kepada ajal

192.91.75.:-)

Wali9
Ahli Produktif
92. Dihantar pada 01hb April 2005, 4:50:18 ptg    [Edit]
bukankah redha Allah bila redhanya mak/ayah kita........kisah dizaman Rasulullah tentang hamba2 yg kuat ibadahnya tapi kerna tersilap menguris hati ibu...Allah pun murka...

Mohon ma'af....selalunya orang2 akan berkata saya mencari redha Allah...sedangkan mak/ayah dirumah tak dijaga kebajikkan mereka...the most basic thing in Islam masih cuai....camne Allah nak beri keredhaannya??

* Mesej ini telah disunting oleh Wali9 pada 01hb April 2005, 5:10:54 ptg

--------------
Cinta Pd Allah Kasih Pd 1&Sayang utk Semua

203.120.8.:-)

penamerah
Ahli Baru
93. Dihantar pada 01hb April 2005, 6:38:00 ptg    [Edit]
usoPkuChai menulis:
quote:
tasauf tuh hanya cabang ilmu.. semua org leh belajar.. tapi adab belajar sama cam naik tangga.. kena naik satu2.. dan paling mudah bersederhanalah.. buat apa yg kita tahu dan yakin dulu.. maklumat kena digest dgn betul baru jadi ilmu.. rasa 'hati dah bersih' tuh sendiri tanda hati belum bersih.. moga Tuhan memberkati kita semua.. Amin..

Amin...

Tasauf adalah satu cabang ilmu dan apabila dikatakan semua orang boleh belajar, automatiknya gelaran elit sudah 'gugur'...

Itu yang saya faham dari tulisan usop...

webweb menulis:
quote:
cakap bab tsunami ni nak jugak cakap bab kifarah.

kdg-kdg adat kebanyakan masyarakat kita ni bila ada je kematian bila kita lihat seseorg tu tgh nazak dan dtg bermacam-mcm ujian kat Allah SWT tambah-tambah benda pelik-pelik ni, masyarakat mulalah kaitkan si nazak/mati tu dulu dgn dosa-dosa atau perlakuan simati tu dgn kejadian-kejadian dia nak mati tu.
dan kadang-kadang kalau ada antara yg hidup ni pun bila kena musibah mcm lumpuh ke penyakit itu ke ini ke, mulalah jugak masyarakat ni kaitkan dgn org tu dulu ada buat benda tak eloklah itulah inilah.

Tapi seberapa ramaikah antara kita yg sedar dan ada terfikir yg benda-benda yg Allah SWT kenakan keatas mereka tu adalah kdg-kdg kerna atas sifat Kasih Allah SWT terhadap hambanya itu, dgn sebab benda-benda bala?/musibah? tu akan menjadi kifarah pada amal perbuatannya yg lalu atau mungkin juga sebagai ujian pada hambanya yg dikenakan musibah itu untuk menambahkan ganjarannya diakhirat nanti atas kesabarannya menghadapi dugaan Allah SWT?

Ambil cth. mudah adakah penyakit kulit yg ditimpakan oleh Allah SWT kepada seorg Nabi kerana Nabi tersebut dek disebabkan oleh dosanya?
atau apakah disebabkan kerna ujian Allah SWT untuk membuktikan & keteguhan keimanan hambanya?

Saya suka baca tulisan ini, begitulah sepatutnya bagi insan-insan yang sedang berusaha menyucikan hati - meletakkan nilai itu pada tempatnya dan tidak suka menghukum...


Elusive menulis:
quote:
mmm.. merujuk pada penamerah 60..

den tahu tak semua mampu ke universiti.. tapi skrg mmg ramai amat org yg menulis pasal agama bukan dari bidang agama.. walaupun mmg nampak penulisannya lebih intelektual daripada org lulusan agama universiti.. den bukan tak setuju.. cuma den rasa.. agama itu terlalu byk pada akal..

org yg beriman dengan akal mmg berapi di hadapan musuh dgn hujahnya.. org yg beriman dgn hati.. walo tak berkata.. musuh sudah gentar dengan hanya memandangnya..

org yg beriman dengan akal.. mmg buat org teruja dgn ucapannya.. terpegun org mendengar ceramahnya.. bersemangat org mendengarnya.. org yg beriman dgn hati.. org ramai ternanti2 nasihatnya.. kata2nya buat org tunduk dan akur..

den tak suka pemimpin yg terlalu bermain dgn semangat.. walo semangat Islam..

Faham maksud sahabat, apapun kena seimbang. Aqal dan hati perlu dipadu bagi mewujudkan umat islam yang 'teguh'...

p/s- wali9, keropok lekor 'losong' di terengganu...

219.93.33.:-)

penamerah
Ahli Baru
94. Dihantar pada 01hb April 2005, 6:47:55 ptg    [Edit]
gegala menulis:
pernah guru 'bermadah' kpd saya...

Wahai Tuhan...seandainya Engkau campakkan aku ke syurgaMu...
tapi Engkau tidak bersama ku...itu lah neraka bagi ku...


Dan jika Engkau campakkan aku ke nerakaMu...
tetapi Engkau bersamaku...itulah syurga bagiku...


Itu bicara orang asyik. Keasyikan membutakan mata sang perindu dari melihat selainNya...


satu lagi...

datang kedunia umpama kain putih....
kembali pun umpama kain putih jugak...


1. kembali kepada kesucian diri dan hati
2. memulangkan yang dipinjam kepada Pemberi Pinjam


saya pulak...

jika kain kotor tu bolehlah bersihkan ngan breeze colour...
tapi kalu hati plakk....


Dengan zikir juga semua amal-amal soleh di samping menjauhkan diri dari kemaksiatan (terutama dosa syirik)...

--------------
setiap nafas yg disedut semakin dekatlah kita kepada ajal


Ini zikrulmaut...



Wali9 menulis:

bukankah redha Allah bila redhanya mak/ayah kita........kisah dizaman Rasulullah tentang hamba2 yg kuat ibadahnya tapi kerna tersilap menguris hati ibu...Allah pun murka...

Mohon ma'af....selalunya orang2 akan berkata saya mencari redha Allah...sedangkan mak/ayah dirumah tak dijaga kebajikkan mereka...the most basic thing in Islam masih cuai....camne Allah nak beri keredhaannya??


Ianya jelas dan benar, Uwais al Qarni amat dikenali sebagai orang yang patuh dan mengasihi ibunya yang sudah tua. Kepatuhan yang utama adalah kepada Allah dan RasulNya dan diikuti dengan ibu bapa. Amat berkait sebenarnya kasih kepada ibu bapa dengan cinta kepada Allah dan rasulNya. Tasauf mengajar kita ini...

Wallahua'lam...

219.93.33.:-)

zabat69
Ahli Produktif
95. Dihantar pada 02hb April 2005, 1:52:26 tghari    [Edit]
penamerah

Sudahkah anda perolehi jawapan kepada persoalan tajuk topik anda dan sudahkah anda berpuas hati dengan jawapan2 yg diperolehi diatas?

* Mesej ini telah disunting oleh zabat69 pada 02hb April 2005, 1:54:04 tghari

--------------
Tuhan Tahu Setiap Niat Hati Ku, Manusia Belum Tentu.

219.95.103.:-)

Sekafu
Ahli Produktif
96. Dihantar pada 02hb April 2005, 3:45:12 ptg    [Edit]
web ........ penjelasan anda nyata dan jelas. Tapi kalau sekadar membaca tanpa memahami tasauf mana mungkin nak faham sepertimana anda mahu ahli mdc fahami. kalau sekadar membaca ............. tiada siapa yg boleh fahami.

Panamerah.
quote:
Bagaimana pendapat Sekafu tentang elit yang sepatutnya?


elite yg sepatutnya mempunyai ketelusan dan hati yg tiada tersangkut pada pandangan zahiriah dan pada nama. Mereka yg elite tiada membezakan elite yg nampak dimata tapi merasakan rasa elite dalam jiwa sesama mereka tanpa mengira dia berjubah , berkopiah, berkain pelikat, berseluar jeans, termasuk lahhhhhhh .................. pekebun durian.

218.111.117.:-)

moshi
Ahli Produktif
97. Dihantar pada 02hb April 2005, 6:11:45 ptg    [Edit]

Salam.



TIDAK TERJADI
kelakuan - akhlak yang kelihatan KEBIASAAN pada zahir
berbedza dengan dalamannya.

dengan erti kata yang lain;
akhlak YAHUSI-NASARA DAN KEMUSYRIKAN yang jelas sebagai amalan zahir
maka demikianlah 'akhlak dalamannya'. InsyaAllah.

Jika ELITE yang dizahirkan keperibadian 'sesuatu kaum'
sebagai amalan hariannya
sesungguhnya ITULAH IA RUPA DALAMAN.

ISLAM PENDUSTA yang nyata apabila zahir dengan jelas pengamal sifat kemusyrikan yang menjadikannya setaraf akhlak KEMUNAFIKAN lalu ia dianggap sebagai 'KEKASIH ALLAH', ia belum terjadi dan telah Baginda SAW kenalkan melalui berbgai-bagai petunjuk.WA.

Maka,
TIDAK BERLAKU 'ELITE' AS SUNNAH memakai kulit PEMBID'AH.
Lalu 'Elite' hubud dunia lalu mahu dianggap sebagai pengamal 'kesufian' haruslah sekadar angan-angan bagi yang suka berangan, sedangkan kebenaran Al Quran dan Sunnah SAW TIDAK PERNAH ALAH dengan pendapat dan khayalan pendusta-pendusta disaat-saat FITNAH DAJJAL yang semakin menjadi-jadi dimana-mana.

WA.

--------------
ISLAM AL HAQ adalah DARI AL QURAN DAN SUNNAH SAW. ITULAH AS SUNNAH.

60.48.8.:-)

usoPkuChai
usoPkuChai
Pengendali
98. Dihantar pada 03hb April 2005, 04:34:37 pagi    [Edit]
quote:
web ........ penjelasan anda nyata dan jelas. Tapi kalau sekadar membaca tanpa memahami tasauf mana mungkin nak faham sepertimana anda mahu ahli mdc fahami. kalau sekadar membaca ............. tiada siapa yg boleh fahami.
ada kebenaran dalam kata2 sekafu.. membaca belum tentu paham..


quote:
Kalau sampai mana tingginyapun masihlah kita tidak layak masuk syurga, RahmatNya yang ‘memasukkan’ kita ke dalam syurga…
quote:
Mohon ma'af....selalunya orang2 akan berkata saya mencari redha Allah...sedangkan mak/ayah dirumah tak dijaga kebajikkan mereka...the most basic thing in Islam masih cuai....camne Allah nak beri keredhaannya??
quote:
benda-benda yg Allah SWT kenakan keatas mereka tu adalah kdg-kdg kerna atas sifat Kasih Allah SWT terhadap hambanya itu, dgn sebab benda-benda bala?/musibah? tu akan menjadi kifarah pada amal perbuatannya yg lalu atau mungkin juga sebagai ujian pada hambanya yg dikenakan musibah itu untuk menambahkan ganjarannya diakhirat nanti atas kesabarannya menghadapi dugaan Allah SWT
quote:
begitulah sepatutnya bagi insan-insan yang sedang berusaha menyucikan hati - meletakkan nilai itu pada tempatnya dan tidak suka menghukum...
aku suka baca pesan2 begini.. terima kasih teman2..

* Mesej ini telah disunting oleh usoPkuChai pada 03hb April 2005, 04:38:14 pagi

--------------
~;]usoP..

Sekafu
Ahli Produktif
99. Dihantar pada 03hb April 2005, 10:27:08 pagi    [Edit]
Topik ini adalah antara topik yg terbaik pernah sekafu bersembang di mdc.

Sekafu rasa amat gembira dan mendapat manafaant yg banyak dari topik ini.

Perbincangan begini amat baik dan dapat membantu ahli-ahli yg ingin mengetahui dan mendapat ilmu untuk dibekalkan kepada guru-guru .

Selagi kita bersembang secara baik , maka yg baik juga akan kita dapati walupun tak sehaluan atau tak sama pendapat.

Yg penting kita boleh bersembang begini.

Harap lebih banyak topik yg baik dapat panemerah bawa untuk kita bersembang bersama.

wasalam.

218.111.117.:-)

azarazara
Ahli Setia
100. Dihantar pada 03hb April 2005, 11:53:27 pagi    [Edit]
Akhir nya... ..

60.48.20.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru Muka 1 | Muka 2

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005