Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulkaedah 1435 @ 22hb September 2014, 6:09:31 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Kesihatan, Petua & Kecantikan  
(Pengendali : boboiz, piqah)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh Minta Petua : Nak hilangkan ulser mulut..
zurina77
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 11:39:33 pagi    [Edit]


Saya dah tak tau nak buat apa. Last2 terfikir nak tanya kat sini..
Dah 2 hari saya kena ulser mulut.. Sakitnya...
Tiap2 kali bercakap, bergenang je airmata..
Ingat bangun pagi ni akan kurang sakit tapi bertambah sakit..
Kebetulan ulser tu jadi kat lidah sebelah dalam, tepi gigi..
Asal tersentuh gigi je.. mesti nak nangis rasanya..
Telan air liur pun sakit.. apatah lagi makan.. huhuh..
Ada sorang student suruh letakkan ubat gigi, tak bagi kesan apa pun..
Babysitter pesan suruh letak minyak kelapa.. sama jugak..

So, nak minta tolong sesiapa yang tau cara nak hilangkan ulser mulut ni..
Tak tahan dah rasanya.. petang ni ada kelas.. mcm mana la nak bagi lecture ni.. tolonglah kawan2...

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

kimono
Ahli Baru
2. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 12:27:40 tghari    [Edit]
cuba nko kumur2 ngan air garam..

--------------
Ini pendapat jer beb! Jgn marah..

210.187.114.:-)

shurie
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 12:35:33 tghari    [Edit]
zurina..samalah kiter..baru jer ok dari ulser kat bwh lidah tu..sakit gile...ni pun sakit sikit
tapi takla seteruk dulu..dah beransur ok..shurie amik lotion 'oral aid' kat klinik..sapu kat
tempat ulser(pedihh sgt tapi kejap jer..)...lama gak nak baik...cubala...samping tu,
minum air byk...

--------------
Smart : IgG-Plus....sila sms/call..012-6705713

210.187.119.:-)

zurina77
Ahli Produktif
4. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 12:37:21 tghari    [Edit]
TQ kimono dan shurie sbb sudi reply..

air garam?
perghh.. mesti pedih giler..
tapi kalau boleh hilang atau at least kurangkan sanggupku cuba..

terfikir gak nak pegi klinik tapi tak pegi pun..
kalau free petang ni boleh pegi..

Sekarang ni mmg minum byk air masak.. walaupun terpaksa tahan sakit masa nak minum tu..

* Mesej ini telah disunting oleh zurina77 pada 08hb Mac 2005, 12:50:55 tghari

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

sliparburuk
Ahli Setia
5. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 1:47:50 tghari    [Edit]
minum ayo bali pon okes gak.. tapi jangan ler beli kat kedai better buat sdiri... minum masa suam2 tu.. amalkan.. setahu slipar ayo bali nie menyejukkan...

--------------
h a n y a k a u d a n a k u

219.93.8.:-)

zurina77
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 3:04:53 ptg    [Edit]
slipar

air barli tu utk sejukkan badan kan..
dah lama tak minum air barli..
last rebus sendiri masa pregnant dulu...
Dah selamat deliver lupa pulak..
TQ slipar..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

yusmar
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 5:22:39 ptg    [Edit]
Minum air byk, selalunya kalau panas senang nak jadi. Husband saya selalu jadi, jadi saya selalunya buatkan air gula batu madu/bunga kekwa/ barli. Dan beli ubat serbuk utk sapu kat kedai ubat cina.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

bayanbiru
Ahli Baru
8. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 7:25:43 mlm    [Edit]
hubby saya sokmo kena nih. dia letak/sapu madu asli kat tompek tu. Insya Allah berkesan.

--------------
aksesori comei - 019-9963815 -- e-mail:iffah51@yahoo.com YM:iffah51

218.111.158.:-)

ngah_2
Ahli Aktif
9. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 8:16:43 mlm    [Edit]


zurina- try beli bonjela...kat farmasi ada kot...ngah mmg guna ni je la...insyaAllah 2,3 kali sapu ok le...tapi mmg pedih sikit...sikit je

--------------
Yg baik itu dr Allah ,yg buruk itu dr kelemahan diri ini.

82.3.32.:-)

papaya04
Ahli Baru
10. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 10:52:31 mlm    [Edit]
zurina

emm bonjela tu memang ok, masa calit tempat ulser tu pedih la sikit tapi after awhile terasa sebal dan kurang sikit sakit nya.....kurang sikit jer , nak terus baik tak de lah.....ianya beransur2

nak share pengalaman
dulu saya memang kerap kena ulser ni, kadang2 dua tiga spot dalam satu masa...........pedih nya ..............mak aai........tak terkata
sorang dentist telah mengesyorkan supaya saya cuba guna ubat gigi oral-b
so saya ikut cakap dentist tu dan alhamdilillah tak kena lagi ulser melainkan kalau tergigit.........
ada gak kengkawan yang ada masaalah yang serupa , bila beralih ke oral-b .......settle

202.188.155.:-)

citanuryati
Ahli Produktif
11. Dihantar pada 08hb Mac 2005, 11:19:51 mlm    [Edit]

papaya,

saya penah kena ulser yang teruk, dekat nak dua minggu! tak penah kena lama gitu, paling teruk kena sehari aje...hm..kaffarah dosa betul!

mula saya guna air garam, tak jadik! Makin besar dan bernanah..makan lagila sakit..bercakap tak usah kata..sakit sangat! biasanya kalau saya buh garam okies aje..ni makin menjadik2 plak...sampaikan anak buah saya yg kecik2 takut tengok acik dorang ni nak makan payah

kedua saya guna madu..tak baik gak....guna bonjela tak moh jugek

pastu kawan saya suh guna ubat kumur2 utk hilangkan ulser dan mencegahnya..saya tak ingat nama apa..byk dijual kat farmasi, botol kecik dalam rm4+ gitu, warna merah serupa ubat batuk...saya amalkan kumur tiap2 malam..pedihnya tak usah kata..tapi alhamdulillah sembuh skang , ubat tu pun boleh cegah ulser..kalau rasa mulut nak kena ulser, kumur aje ngan ubat tu, insya Allah tak jadik ulser tu! ....so trylah..melambak kat farmasi

* Mesej ini telah disunting oleh citanuryati pada 08hb Mac 2005, 11:23:50 mlm

--------------
terpenjara di sangkar dosa.....

202.188.15.:-)

tenet_my
Ahli Setia
12. Dihantar pada 09hb Mac 2005, 5:31:20 ptg    [Edit]
kat kedai ubat cina ada jual ubat utk ulser tp x tau ler plak namanya.ia cecair pekat dlm botol kecik...kalu tanya kat apek tu sure dia taunya lah...

192.85.47.:-)

iss
Ahli Produktif
13. Dihantar pada 09hb Mac 2005, 5:35:17 ptg    [Edit]
dah baik ke blom ulser tu?

salunya saya klu kena...
tempekkan garam halus kat tpt tu time nak tido... perghhh sakit takyah ckp ar...
takde pun ambik asam kecut letak situ...
baru2 ni pakai bonjela pun tak jln... letak garam kasi dia kecut...
alhamdulillah ok...

--------------
CintaTakkanDtg,KalauTakDicari.CintaTakkanDpt,KalauTakMemberi

218.208.26.:-)

zurina77
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 2:47:27 ptg    [Edit]
iss

Belum baik lagi tapi dah kurang sikit..
Saya sekarang busy yg amat.. tak sempat nak menjenguk MDC.

kawan2

2 ari lepas beli bonjela, tapi lepas pakai tu ok la, pastu jadi mcm biasa balik..
Semlm beli ubat kat kedai ubat cina. Jenis serbuk, sapu kat tempat luka tu. Dah beransur ok dah..
Harap2 makin ok la..
Bayangkan semalam saya cuma makan kuih 2 keping je, itu pun ambik masa dekat setengah jam.. sakit sgt masa nak telan..

Ari ni pun belum lunch lagi, takut nak makan.. minum air masak je..

* Mesej ini telah disunting oleh zurina77 pada 10hb Mac 2005, 2:49:55 ptg

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

shurie
Ahli Aktif
15. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 2:56:09 ptg    [Edit]
letak garam? sure sakit..seriklaa..shurie dah kena..kekaang, satu hari tak mkn
pon..minum air jerrr..sekarang dah ok dah....

--------------
Smart : IgG-Plus....sila sms/call..012-6705713

210.187.119.:-)

issey
Ahli Baru
16. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 3:00:41 ptg    [Edit]
zurina.. hasben saya selalu kena ni.. kesiann dia. bila dah selalu sangat dia pi klinik tanya dr.. dr suruh dia minum air banyak jer.. letak bonjela sementara tu.

lagi satu dr kata tu terjadi sebab luka sikit jer kat mulut, may be cara berus gigi tu kuat kan, luka sikit tu bakteria akan mai hentam itu tempat jadi ulser. lepas tu husband saya berus gigi slow sikit, tak lah main tenyeh kuat2 cam dulu.. pas tu okay sikit.

lagi satu selalu kemam ais.. sejukkan mulut.

harap membantu.....

218.111.201.:-)

zurina77
Ahli Produktif
17. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 3:27:57 ptg    [Edit]
quote:
lagi satu selalu kemam ais.. sejukkan mulut.



Ais krim vanilla ok tak?
Kalau nak ubatkan dengan makanan ni best sikit dengar..

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

issey
Ahli Baru
18. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 3:31:51 ptg    [Edit]
amboii nak yg best best aje

boleh zurina rasanya.. tapi aiskirm cepat cair dalam mulut, sat sat je kena telan hehe.. aiskan lambat.. tu sebab kena kemam ais.. I'Allah kurng sikit panas dalam mulut dan kurang sikit sakit ulser tu...

* Mesej ini telah disunting oleh issey pada 10hb Mac 2005, 3:32:26 ptg

218.111.201.:-)

zurina77
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 10hb Mac 2005, 3:41:00 ptg    [Edit]
TQ issey

petang ni boleh try..
lapar aiskrim...

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

nabilanajwa
Ahli Setia
20. Dihantar pada 11hb Mac 2005, 11:07:47 pagi    [Edit]
Zurina,

ciannye...anak sulung saya baru je sembuh dari ulser mulut nie...sejak sabtu lalu hingga semalam baru dia dapat bercakap dan makan minum tanpa kesakitan. yang seronok taim dia sakit ulser tu dek kerana tak makan, dia dah kurus dah la plak hehehe

anyway, saya bawa dia ke dua klinik...first klinik beri ubat tahan sakit dan sembuh luka dgn ubat cecair sapu kat ulser....tapi tak jalan gak. second klinik beri ubat gel macam bonjela...tapi namanya kanolone tak silap saya...memula bubuh memang pedih sampai menangis anak nabila tu. tapi lebihkurang 15 minit pastu dia terus bleh bercakap tanpa kesakitan...perkataan pertama dia ucapkan pas letak ubat tu ' umi...it's a miracle...'

lagi satu doc syorkan makan betik yang disejukkan...kata dia ulser ni ada kaitan dgn kita punya sistem pembuangan...kalau bowel movement tak lancar bleh menyebabkan ulser.

hopefully zurina beransur sembuh...nah mungeee

--------------
Apalah ada padaku...hanya nyanyian dalam sepi...

202.188.163.:-)

kaklonglin
Ahli Setia
21. Dihantar pada 11hb Mac 2005, 4:25:33 ptg    [Edit]
zurina
kak long lin nak recomend transfer factor kat u , so far memang berkesan

--------------
Nuraslindah - AmWay/TransferFactor -017-3218365 lindasof@yahoo.com

210.186.217.:-)

zurina77
Ahli Produktif
22. Dihantar pada 12hb Mac 2005, 09:23:28 pagi    [Edit]
alhamdulillah..
dah ok dah walaupun tak sepenuhnya..
bercakap dah tak sakit, makan tak sakit, tapi buat masa sekarang elak makan benda pedas je la.. sib baik tak suka pedas..

nabila

saya pun 2 hari tak makan.. kurus dah kot..

kaklonglin

nanti kalau jadi lagi saya pm akak ok...

--------------
aisyah..aisyah..si merah..

202.161.129.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005