Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 27hb Dzulkaedah 1435 @ 22hb September 2014, 12:11:08 tghari
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh RESEPI : TOMYAM ALA THAI
lemak_manis
Ahli Baru
1. Dihantar pada 10hb Disember 2004, 10:49:42 mlm    [Edit]

macamana caranya nak buat kuah tomyam keruh2 gitu stail masakan ala thai.biasanya lemak kalau wat tomyam ni ,guna pes yg di jaul kat kedai........tapi masih tak sama rasanya ngan beli kat gerai.....kalau tomyam stail thai ni ori......biasanya tukang masaknyer pong org thailand gak....

ader tak sesaper yg tau rahsia wat tomyam ni.....

--------------
ceriakan hari seseorang.......selamat tinggal toot-toot.....

219.95.252.:-)

Rimbunan3887
Ahli Aktif
2. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 11:26:23 pagi    [Edit]
takla..
sebenarnya rimbun memang terror masak tomyam ni..
1.tomato dan lada di mesin sekali
2.serai mesti banyak baru sedap
3.air rebusan ayam atau daging
4.jangan lupa lengkuas mesti letak
5.begiu juga daun limau purut banyak sikit
6.kalau boleh guna limau kasturi sedap tau..jangan letak biji
7.tumis bawang putih ( bawang putih biar banyak baru sedap )
8.bawang merah kisar halus juga di tumis( kalau boleh yang kecil tu )
sayur : letakla jagung yang kecik, tomato,lobak,bunga kobis or what ever la untuk sayur
itu ajerla yang nak sedap
takyah letak ajinomoto ( tak bagus untuk kesihatan )
kalau yang profesional memang tak letak ajinomoto
cuba le..
memang sedap
kalau taknak buat mcam tu
buat cam biasa tapi lebihkan serai, daun limau purut.
jangan lupa letak daun saderi-( betulker nama nye ni)
baru makan sampai tk ingat punyer
cubela

--------------
Pengedar tetap Produk Perubatan Elektronik 019-9950070

219.95.99.:-)

eicha
Ahli Aktif
3. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 12:36:25 tghari    [Edit]
ada sesapa reti buat paste tom yam ni...tolong la ajarkan. sebab saya prefer buat paste banyak pastu masuk fridge. lagi puas ati kalau kita buat sendiri.

--------------
I'm Knackered

202.58.80.:-)

Rimbunan3887
Ahli Aktif
4. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 1:24:32 tghari    [Edit]
lerr..
u all tak tau eik
ok..
if rimbun free rimbun ajarkan..
rebus daging or ayam dulu masukkan sikit garam-tk hayir-
mesin 2 biji tomato ngan 4 biji lada besar ( suka ati la )
cara cara-
1.masukkan minyak sikit
2.tumis bawang putih ( tk yah buang kulit just ketuk je lagi power)
3.masukkan bawang merah yang siap di mesin
tumis hingga naik bau..
4.masukkan tomato ngan lada yang di mesin sekali tu
5.tumis lagi biar lama sikit
6.masukan air rebusan daging sikir demi sedikit
7.masukkan serai( diketuk ketuk tadi ) letak bnyak lagi sedap
8.masukkan 1 inci lengkuas yang di ketuk ( biar seketu tau jgn pecah )
9.kacau..biar lama sikit
10. letakkan daun limau purut biar banyak( ketuk ketuk sikit daun tu )
kacau kacau
biarkan lama sikit
masukkan semua daging or ayam
last masukkan daun saderi dan masukkan perahan limau kasturi
baru masuk sayur dan letak garam
tutup api
rasala..
yum yum sedapnyer..

--------------
Pengedar tetap Produk Perubatan Elektronik 019-9950070

219.95.99.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
5. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 9:12:20 mlm    [Edit]
eicha
quote:
ada sesapa reti buat paste tom yam ni...tolong la ajarkan. sebab saya prefer buat paste banyak pastu masuk fridge. lagi puas ati kalau kita buat sendiri.



boleh cuba resepi kak liza ni..
hanya masukkan dalam rebusan ayam dan renehkan sehingga mendideh...

PES TOMYAM

Bahan-bahan
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota Tambahan
Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.102.:-)

LeiLa04
Ahli Interaktif
6. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 9:23:56 mlm    [Edit]
bagus le...thanks kak liza, rimbunan...

cam best aje..brapa lama bleh tahan tu kak lieza??

--------------
PSD~DCL,SaLinDah, Examo, Jamu MakDara~0133838444~/YM:leilasamad~www.eKedai2u.com~PJ/Shah Alam~

202.188.127.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 11hb Disember 2004, 10:49:15 mlm    [Edit]
LeiLa04
Itu bergantung pada keadaan penggunaan masakan sebab selain dari buat tomyam..
bolih juga dibuatkan sebagai pes untuk bakar ikan...
so kak liza tak pandai nak agak untuk berapa lama..
seeloknya disimpan dalam peti sejuk..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.95.102.:-)

eicha
Ahli Aktif
8. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 11:05:35 pagi    [Edit]
thanks kak liza...


ikan bakar punbley ehhh?? slurrppp ni yg terliur nak pi makan kat ikan bakar belakang istana ni...

--------------
I'm Knackered

202.58.80.:-)

harsha
harsha
Pengendali
9. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 1:06:08 tghari    [Edit]
eicha : tak payahlaa ke belakang istana lagi.. dah ada resepi tu.. buat sendiri.. dijamin bersih dan puas hati..

tq kak liza, bermurah hati dgn resepi

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

hanieliza
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 1:16:19 tghari    [Edit]
harsha..

betui tu..
buat masak sendiri ni selalu kita puas hati walaupun kekadng tu kureng menjadik...

anyway..sama-sama kasih..
kak liza sedia menolong/membantu untuk memberikan resepi yg mana kak liza tahu...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

nurafieza
Ahli Aktif
11. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 2:33:44 ptg    [Edit]


Kalau lemak manis nak tau....tom yam yg keruh tu sbb diorang letak susu cair...eiza ramai sedara kat thailand nuhhhh... diorang ler yg ajarkan cara letak susu tu ialah bila dah masak tom yam dan dah mendidih... masukkanlah susu lebih kurang 5 sudu untuk seperiuk sederhana tom yam .. pastu terus tutup api....cubalah..memang lemak ......

219.94.61.:-)

jen
Ahli Baru
12. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 3:29:54 ptg    [Edit]
hr tu kat bukit tinggi, sempatlah pegi buat thai massage. sempat berexchange resepi tomyam-sambal tumis nasik lemak.

minah siam tu kata mmg ada 2 jenis tom yam satu yg berlemak satu yg berebus. resepi tom yam (yg tak bubuh santan) dia plain je.

utk periuk yg sederhana: 2 labu bwg besar, halia dlm 2 inci, serai, daun limau, air limau, cabai and air asam jawa.

semua direbus sekali except udang & air limau masuk last sekali.

yg penting dia kata, mesti sentiasa tutup periuk. since dia bg resepi tak pernah masak tom yam lagi so tak boleh nak confirm kan.

219.93.8.:-)

harsha
harsha
Pengendali
13. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 5:45:24 ptg    [Edit]
eiza : ye ke letak susu cair.. bolehlah try kot?

jen : mekasih.. nanti bolehlah cuba

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

asmaan
Ahli Produktif
14. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 6:03:34 ptg    [Edit]
tom yam kalau betul² org thai buat mmg sedap .. tetambah kalau makan kat Thailand tul... sedap gilerrr

tp yg org thai masak kat sini dah tak sedap tak asli mcm kat Thailand.

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.232.:-)

tuanSENTANG
Ahli Produktif
15. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 8:18:17 mlm    [Edit]
itu ari adik ipar aku tanya kat satu kedai tom yam...yg memang top..
..kalau ikut tukang masak tuh cakap...dia tambah air kelapa utk buat kuah tom yam tuh...utk tambah kick lagik....

192.55.6.:-)

asmaan
Ahli Produktif
16. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 8:50:35 mlm    [Edit]
air kelapa tambah dlm kuah tom yam ? nape as see kawan as kat thailand buat taruk air biasa je ? sedapnye tak yah ckp la...

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.232.:-)

harsha
harsha
Pengendali
17. Dihantar pada 13hb Disember 2004, 10:10:55 mlm    [Edit]
ini macam kalu.. tetiap minggu try masak tomyam.. minggu ni try letak susu cair.. minggu depan try letak air kelapa.. etc etc... kita tgk yg mana satu menawan selera..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

NoorMasri
Ahli Produktif
18. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 00:25:13 pagi    [Edit]
akak pernah buat tomyam buh sedikit santan pekat (sedikit aja tau)..sodapppp..

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

yusmar
Ahli Produktif
19. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 2:54:01 ptg    [Edit]
Kak Liza, tul bakar ikan sedap. Selain tu boleh buat goreng bihun, nasi , stim ikan dan goreng seafood.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
20. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 3:01:44 ptg    [Edit]
Yusmar...
sos tomyam ni nak buat kerabu..nasi goreng kerabu pun sedap jugak..
tapi yg sedap tu mmg lah sapukan pada ikan dan bakar atas kuali yg dilapikkan daun pisang....

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

Liz_Dee
Ahli Interaktif
21. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 4:38:08 ptg    [Edit]
kak liza ni mcm2 resipi la akak tau.. salute sikittt..

--------------
Pembekal: Perfume/make up/accesori wanita/crystal/ jam tgn/handbag/OSH KOSH dan byk lagi-012-3172101

202.75.160.:-)

harsha
harsha
Pengendali
22. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:06:19 ptg    [Edit]
kak liza : tanya lagi.. resepi kak liza tu, jadiknya merah ke.. mcm warna putih putih gitu? hehehhe.. malas nak cuba nyerr kes lah ni.. kalau yg putih keruh tu.. sha mmg suka, tapi kalau yg merah tu.. kureng skit..

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

yusmar
Ahli Produktif
23. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:06:27 ptg    [Edit]
Kak liza, kerabu tu x pernah buat lagi. Kerabu apa yg sesuai?.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

hanieliza
Ahli Produktif
24. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:31:50 ptg    [Edit]
Liz_Dee..
kak liza pandai pun sebab pengalaman memasak ni dah lama ..
maklumlah kawin pun dah 24 thn..
itu tak masuk masa kena paksa masak b4 kawin...


harsha
rasanya tomyam ni warna merah..sebab ada cili kering..
ada kawan kak liza asal Pattani ajar buat tomyam jenis clear water [tak keruh] ..
nanti kak liza tulis esok..

yusmar..
selalunya kak liza buat kerabu timun +| tomato gunakan perisa tomyam ni..

kalau nak buat mee tomyam pun sedap gunakan pes ni..
hanya celurkan mee kuning dan masukkan dalam tomyam tu..
senang kan..
kak liza ni suka create resepi yg paling senang dan simple tapi kaw-kaw ..
maklumlah nak cepat..

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

yusmar
Ahli Produktif
25. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 5:41:56 ptg    [Edit]
Aduh ! kak liza ni buat kecur air liur je. Lagi satu kalau buat sup sayur campur pun sedap gak, cuma rebus air, pes tomyam dan sayur2an. Kerabu timun dan tomato macam sedap gak, nanti saya cuba. Selalu buat kerabu timun dan tomato campur cili padi potong dan cili sos je.

--------------
DCL/Salindah/Examo/Sbn Bg Perawan(Kulim,Kedah)~017-5982207 ~yuzee73@yahoo.com~

141.11.194.:-)

asmaan
Ahli Produktif
26. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 6:33:57 ptg    [Edit]
kak liza

patut la terror masak rupanye di paksa belajar masak ....... bila la as nie nak kena paksa ngan hubby masak ? hehehhehe

--------------
`noorasmaan`~ abadie selamanya HHH ~mama Muhammad Hazran Hafizudin

219.95.8.:-)

harsha
harsha
Pengendali
27. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 6:40:42 ptg    [Edit]
kak liza : mekasih.. sha tunggu kak liza kasik resepi tu

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

hanieliza
Ahli Produktif
28. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 8:03:37 mlm    [Edit]
TOMYAM CAMPUR

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
100 gm daging - potong kecil
1 batang lobak merah - potong kecil
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
50 gm kobis bunga - potong kecil
3 batang putik jagung - potong kecil
1 labu bawang besar - dibelah 4
2 biji buah tomato - dibelah 4
10 tangkai cili padi - ketukkan
5 helai daun limau purut
3 biji limai nipis
daun ketumbar - hiriskan
air
Garam
minyak

Cara
1. Serai, lengkuas dan bawang putih diketuk.
2. Kemudian ditumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan air. Biarkan sehingga air mendidih.
4. Setelah itu, masukkan ayam dan daging yang telah dipotong kecil.
5. Biarkan sehingga daging empuk.
6. Apabila daging telah empuk, masukkan lobak merah dan putik jagung.
7. Apabila kedua-dua hampir lembut, masukkan pula kobis bunga dan bawang besar.
8. Akhir sekali masukkan garam, limau purut dan buah tomato. Biarkan seketika. Jangan biarkan sayuran terlalu masak.
9. Masukkan cili padi dan perahan air limau.
10. Angkat dan taburkan hirisan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

* Mesej ini telah disunting oleh hanieliza pada 14hb Disember 2004, 8:05:25 mlm

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

harsha
harsha
Pengendali
29. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 10:21:17 mlm    [Edit]
kak liza : mekasih kak.. bila hembusan angin malas ni berakhir, bolehlah sha cuba resepi akak ni

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

hanieliza
Ahli Produktif
30. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 11:11:41 mlm    [Edit]
harsha..

suspeng jer..
ingatkan hembusan angin apalah tadik...

--------------
SenTiasA SenYum...JOM MASAK--->http://www.hanieliza.tk

219.93.199.:-)

harsha
harsha
Pengendali
31. Dihantar pada 14hb Disember 2004, 11:15:22 mlm    [Edit]
heheh kak liza.. betul.. tak cakap main main ni.. sekarang tgh malas sesangat nak masak.. sampai anak anak pun dah pandai tanya, mommy.. apsal dah lama tak buat kek.. hehehhe

--------------
I wanna be inside your heaven. . Take me to the place you cry from. . Where the storm blows you away

atoncute
Ahli Interaktif
32. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 10:19:27 pagi    [Edit]
quote:
tom yam yg keruh tu sbb diorang letak susu cair...bila dah masak tom yam dan dah mendidih... masukkanlah susu lebih kurang 5 sudu untuk seperiuk sederhana tom yam .. pastu terus tutup api....cubalah..memang lemak ......


ha ah...kat food court summit subang nie ada 'stall thailand' pure thailand mali...mahai..semua rate RM5..mmg betoi cam eiza ckp tu..kalo kita mkn apa sahaja yg berkaitan 'tom yam' s/ada bihun, mee etc mesti dia buh susu cair FN tu..mulal2 aton takut nak makan..DAH MKN SEDAP GAK...

--------------
~AyEN, AtOn & ALySHa FoREVer~

210.19.203.:-)

nuralisha
Ahli Aktif
33. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 10:55:58 pagi    [Edit]
hari tu lisha ada makan tom yam kat padang besar sebelah thai tu.. memang sedap dah le tomyam dia keruh pastu macam pekat sikit kuah dia... macam mana yer nak buat gitu... akt sini tak de orang thai yang bersembang2...

last week masa balik kg mak mertua lisha cuba buat guna resepi nii...

memang ada taruh susu cair dan ikut resepi yang diberi kat sini tapi tak sekeruh mana pun...... camne yekkk

ni resepi lisha :

Tom Yam Asli

Bahan-bahan Paste
150 g cili kering dikisar
50 g udang kering dikisar
50 g belacan
50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air
50 g bawang putih dikisar
50 g bawang merah dikisar
50 g gula
25 g garam
25 ml perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste
1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Bahan-bahan Tom Yam
1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.
1/2 kilo udang
1/2 kilo sotong
100 g cendawan tiram
2 biji tomato
2 biji bawang besar
1 tangkai daun bawang dihiris nipis
3 batang akar daun ketumbar
2 batang serai
10 keping daun limau purut
150 g lengkuas
100 g cili padi
25 g paste tomyam di atas
50 ml sos ikan
25 ml susu sejat
Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa
Daun ketumbar mengikut rasa

Cara membuatnya
1. Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.
2. Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.
3. Masukkan tomyam paste.
4. Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.
5. Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

202.75.44.:-)

cha
Ahli Produktif
34. Dihantar pada 18hb Januari 2005, 10:58:55 pagi    [Edit]
cha dah pernah cuba masak tomyam letak air kelapa tuh... memang sedap ...

masak nasi ngan air kelapa pun pernah... memang sedap... lebih sedap drp nasi lemak...

--------------
SALINDAH, EXAMO mishaemy@yahoo.com

161.142.141.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005