Sembang² Sembang²
PENGUMUMAN : sila klik disini Laman Utama Login
Syarat Penggunaan | Enjin Carian | Soalan Lazim | Arkib 7hb Dzulkaedah 1435 @ 02hb September 2014, 2:42:31 ptg
  Salam sejahtera
Melayu.com   »   Sembang²   »   Sembang Resepi , Hiasan & Fesyen  
(Pengendali : LangBuana, harsha)  

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru
Dihantar oleh NASI : KUNING
NoorMasri
Ahli Produktif
1. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 00:39:51 pagi    [Edit]
Nasi Kuning byk dijual di Trg samada utk hidangan di waktu pagi, petang atau malam lebih kurang cam nasi minyak, cuma lebih simple dan tak muak dimakan bersama gulai ikan aya/tongkol atau kari ayam, acar mentah dan sambal belacan



NASI KUNING

Hidangan utk 5 orang

Bahan-bahan:

3 cawan beras
3 1/2 cawan air } jika guna beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau mengikut kesesuaian beras tersebut
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan } disimpul

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi - kalau nak ganti majerin pun ok, kurang skit kolestrol
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis.
Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air, susu dan beberapa titis pewarna kuning.
Tanak hingga masak, gemburkan nasi dgn garpu.
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Nota: Jika tanak dlm rice cooker, bila butang dah naik biarkan dlm 10 minit baru gemburkan, supaya nasi masak dgn elok

GULAI IKAN AYA/TONGKOL

Bahan-bahan:

1 ekor ikan aya / tongkol yang sederhana besar (600 g)
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan Babas }bancuh dgn sedikit air panas utk dijadikan pes
sedikit gula melaka jika suka
garam secukup rasa
5 sudu besar minyak untuk menumis
1/3 sudu kecil halba

Bahan kisar

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa dijadikan 4 cawan santan
2 cm. halia
2 cm. lengkuas
4 keping asam gelugur
1 cm kunyit hidup

Cara membuatnya:

Ikan dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
Kemudian direbus dengan sedikit air, sedikit garam dan 2 keping asam gelugur
Biarkan sehingga mendidih dan hampir kering airnya, ketepikan
( Boleh juga disediakan sehari lebih awal atau disimpan satu malam kemudian dibuat gulai )
Panaskan minyak, masukkan cili kisar diikuti bahan kisar yg lain
Goreng hingga wangi dan agak garing masukkan pes rempah.
Tumis lagi sehingga pecah minyak kemudian masukkan santan.
Apabila mendidih masukkan ikan yang telah direbus tadi, halba, 2 keping asam gelugur, gula melaka dan garam secukup rasa
Renehkan sehingga agak pekat sedikit baru diangkat
Sedia utk dihidangkan


SELAMAT MENCUBA

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 25hb Februari 2005, 5:30:44 ptg

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

aDiYa
Ahli Produktif
2. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 09:31:59 pagi    [Edit]
bestnyer kak noor. dah la adiya lama tak balik kg. .
tp kat sini adiya buat camtuh gak..cuma letak caler merah...anak adiya suka ngat. la nih skit2 mintak nasi pink....

--------------
aku la ibu YaYa..binik aDieY

210.195.42.:-)

vogue2704
Ahli Produktif
3. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 10:14:28 pagi    [Edit]
bestnye....janganlaa aku mengidam nasi kuning...mana nak cari nih heheheh......kita nak masak tak berbaloi makan 2 org kalau nak cuba bolehla..

--------------
Life must Go On

202.190.64.:-)

sitipah
Ahli Baru
4. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 11:07:26 pagi    [Edit]
kak noor,
kaler kuning tu kalu diganti dgn serbuk kunyit ker ok tak?..ker nanti rasa dier berubah?

219.95.213.:-)

mama_hana
Ahli Baru
5. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 11:46:00 pagi    [Edit]
kak noor,

saya ni x pandai sangat memasak. masih peringkat belajar lagi... nak tanya, kata lah gulai ikan tu saya ganti gulai ayam ker, gulai udang, dll.. resipi dia sama x? (yang rempah ikan tu, sure tukar lah kan ganti rempah ayam)

sebab tengok dalam gambar nasik kuning ni letak lauk ayam tu cam nampak lagi sedap ler plak . terus terkecur tengok... ala, dah termengidam ler plak ni, kene buat nih...

202.75.165.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
6. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 5:38:44 ptg    [Edit]
mama hana , ni resepi kari ayam dan gulai ayam Trg

KARI AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
3 biji ubi kentang }dipotong 2 jika besar potong 4
1 paket serbuk kari Babas} campur sedikit air panas jadikan pes
4 cawan santan
minyak masak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

2 cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah }dimayang
1 ulas bawang putih }dimayang
1 tangkai daun kari

Cara membuat:

Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula.
Renehkan sebentar, masukkan santan
Bila mendidih, masukkan kentang.
Renehkan sehingga ayam dan kentang menjadi empuk
Rasakan garam secukupnya.
Bolehlah dihidangkan

GULAI AYAM TERENGGANU

Bahan-bahan :

1 ekor ayam }dipotong kecil
3-4 sudu besar rempah gulai ayam - boleh ganti rempah kari Babas jika suka} dicampur sedikit air panas menjadi pes
1 sudu besar kerisik
4 cawan santan
minyak masak untuk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan

Bahan kisar :

2 cm halia
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
2 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis:

2 ulas bawang merah }dimayang
1 ulas bawang putih } dimayang
2.5 kulit kayu manis
2 untum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Cara membuat:

Ayam di cuci dan ditoskan.Panaskan minyak di dalam periuk.
Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar, belacan dan rempah gulai. Tumis hingga naik minyak.
Masukkan ayam, air asam jawa, garam dan secubit gula.
Renehkan sebentar, baru masukkan santan dan kerisik.
Didihkan perlahan-lahan sehingga ayam menjadi empuk dan pecah minyak
Rasakan garam secukupnya.
Bolehlah dihidangkan.

* Mesej ini telah disunting oleh NoorMasri pada 24hb Februari 2005, 5:44:51 ptg

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
7. Dihantar pada 24hb Februari 2005, 5:49:16 ptg    [Edit]
sitipah , boleh gak kot,,tapi jgn byk..nanti bau kunyit lak..

diya , hehehe nasi pink lah pulak...

vogue2704 , nanti dah abis mabuk leh la try masak masa weekend..masak 2 cawan beras aje..sedang elok lah tu.. senang aje macam masak nasi putih gak la

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
8. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 12:05:03 tghari    [Edit]
Hai kak Noor,
walau pun saya bukan org Trg, tapi kami satu family memang suka nasi kuning ni campare dgn nasi lemak..Sejak kecik lagi mak saya suka masak nasi kuning..Tak muak mkn..mlh boleh jugak di pelbagaikan lauknya..Nak mkn dgn sambal tumis ikan bilis pun sedap..Selalunya mak saya akan masak sambal tumis ikan kembong buat lawannya..Memang sedap! Lagi satu, daun kari pun boleh letak sebagai ramuan untuk menumis nasi ni..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.181.:-)

NoorMasri
Ahli Produktif
9. Dihantar pada 25hb Februari 2005, 5:34:43 ptg    [Edit]
mamanisa, akak mmg biasa masak nasik kuning terutama pagi lawan dgn lauk sambal tumis ikan bilis atau ikan tongkol mmg sedappp..jika akak malas nak guna santan utk buat nasi lemak.

--------------
Jana duit di http://www.studiotraffic.com/index.php?refid=9828 , Dapur ku http://www.noormasri.tk/

195.92.67.:-)

mamanisa
Ahli Produktif
10. Dihantar pada 28hb Februari 2005, 1:35:47 tghari    [Edit]
Hi Kak Noor,
Dah masak pun nasi kuning sabtu lepas..Seperiuk..Untuk Breakfast, lunch dgn dinner sekali harung hihihi...( just panaskan balik dlm rice cooker)

Ni kes mls nak ke dapur 2,3 kali ler ni..Lagi pun husband kerja last Saturday..so nak senanglah ni..

--------------
Revell/Envy/Set Bersalin sms/call 0173065046/012-3604295

218.111.25.:-)

Cetak Ruangan Ini | Balas Mesej | Hantar Topik Baru

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim
Hakcipta Terpelihara © Melayu.com 1998 - 2005